Upload
taliafaridah
View
34
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
Bilik Darjah Mesra Budaya huzaini ismail 4:43 AM No comments
Cadangan kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk mewujudkan
persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan
yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif
kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan
merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahsuaian yang
berlaku terhadap anak didik.
Perancangan dan kaedah perlu dilakukan untuk memenuhi masa yang
diperuntukan, menepati kehendak objektif dan matlamat, berkesan sepanjang waktu
pengajaran dan menarik perhatian dan tidak membosankan lebih-lebih lagi kelas
yang mempunyai murid-murid dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama
contohnya orang Melayu, Cina, India dan Sikh. Persekitaran yang mesra budaya
perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif, tenteram dan berkesan kepada semua murid.
Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan
persekitaran yang mesra budaya terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa
sangat penting kepada guru dalam merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai dimana semua bangsa mempunyai hak yang sama rata dimana mereka
semua berpeluang untuk belajar dengan menggunakan kaedah dan pendekatan
yang sesuai yang telah dirancang oleh guru.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yan pertama yang boleh diguna pakai
oleh guru dalam mewujudkan kelas yang mesra budaya ialah pembelajaran secara
kooperatif. Melalui kaedah ini, guru menjadi pemantau dan fasilitator kepada murid
dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dimana semua murid
tanpa mengira latar belakang, bangsa dan budaya dapat disatukan dalam satu kelas
dan dapat menjalani proses pembelajaran dengan sempurna. Hal ini dapat
mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang berlainan bangsa dan budaya.
Selain itu, melalui pembelajaran kooperatif murid-murid disusun dalam
satu kumpulan dimana setap kumpulan mempunyai murid yang berbeza latar
belakang, bangsa dan agama. Kaedah yang digunakan ini dapat menambah minat
murid-murid dalam aktiviti pembelajaran dimana setiap murid dapat berkomunikasi
seasama mereka dan mereka juga dapat berbincang tentang hal -hal yang
melibatkan asal usul bangsa mereka. Oleh itu, perpaduan antara murid tanpa
mengira latar belakang, bangsa, agama dapat direalisasikan dengan jayanya.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya ialah penglibatan
murid secara aktif dan menyeluruh. Penglibatan murid secara aktif dan
menyeluruh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran tanpa mengira bangsa
memberi penyumbang kepada kewujudan kelas yang mesra budaya dimana murid-
murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran secara aktif mengikut kehendak
mereka sendiri dengan bantuan guru sebagai pemantau, fasilitator dan penilai.
Sebagai tambahan, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
digunakan dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya ialah guru
perlu merancang dan menyediakan modul dan bahan-bahan pengajaran yang
sesuai kepada murid yang berlainan bangsa contohya guru perlu menyediakan alat
bantu mengajar(ABM) yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan dimana
ABM itu perlulah mengikut kesesuaian semua bangsa dan mereka semua boleh
menerima ABM tersebat sebagai alat untuk tujuan pembelajaran.
Suasana bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu meningkatkan
tahap pengajaran dan pembelajaran yang lebih seimbang kepada semua murid
dimana mereka dapat menjalankan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah tanpa
mengira perbezaan. Hak kesaksamaan rata perlu diamalkan bagi membolehkan
semua kaum dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan
sempurna. Oleh itu iklim kelas yang mesra budaya akan mengurangkan peratus
murid yang terpinggir dikalangan golongan tertentu apabila hak kesaksamaan
diamalkan.
Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim kelas yang
mesra budaya justeru itu proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan sempurna jika guru dan murid berkerjasama. Kaedah yang boleh dilakukan
untuk mewujudkan kelas yang mesra budaya juga ialah guru perlulah merancang
aktiviti yang sesuai bagi semua bangsa contohnya guru menyediakan permainan
bahasa, kuiz dan sebagainya. Permainan bahasa penting dalam mewujudkan kelas
yang mesra budaya dimana murid-murid dapat bertukar-tukar maklumat tentang
sebutan sesuatu perkara dalam bahasa mereka sendiri. Contohnya sebuatan ”apa
khabar”, orang Melayu menyebut ”apa khabar”, orang Cina menyebut ”ni hao ma”
dan orang India menyebut ”wane’kem”.
Bagi mewujudkan kelas yang mesra budaya, isu yang sensitif tidak boleh
dibangkitkan didalam kelas yang mempunyai pelbagai latar belakang. Pendekatan
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan bagi mengawal
iklim kelas yang mesra budaya perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-
murid dan latar belakang mereka kerana hal ini boleh mempengaruhi minat mereka
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran justera itu proses untuk mewujudkan
iklim dan persekitaran yang mesra budaya dikalangan murid tidak dapat dilakukan
dengan jayanya.
Seterusnya kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan
persekitaran kelas yang mesra budaya, guru perlulah memainkan peranan yang
penting dan menjadi contoh kepada pelajar dalam mewujudkan situasi atau
persekitaran yang mesra budaya antara pelajar disesebuah sekolah. Antara kaedah
yang boleh dipraktikan oleh guru ialah kaedah membuat persembahan oleh
pelajar. Dalan kes ini, pelajar digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan
rakan mereka dari pelbagai bangsa dan mereka membuat persembahan tentang
tajuk yang telah diberi oleh guru. Sebagai contoh jika guru mengajar tentang pakaian
tardisional, murid-murid perlu membuat persembahan tentang pakaian tradisonal
bangsa mereka dengan menamakan pakaian mereka contohnya orang Melayu ”baju
kurung”, orang Cina ”chong sam” dan India ’sari”.
Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga, kaedah yang boleh
digunakan oleh guru ialah menyerap budaya dari pelbagai kaum mengikut
kesesuaian aktiviti yang ingin dijalankan. Sebagai contoh, semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, guru boleh memasukkan unsur budaya sesuatu
bangsa dalam aktiviti yang dijalankan dengan penjelasan bersama campuran unsur
budaya justeru murid-murid akan mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu
bangsa dan mereka akan cuba untuk menghormatinya. Disamping itu, guru juga
digalakkan memberi dorongan kepada murid dengan mengatakan bahawa
sesuatu bangsa mempunyai kelebihan masing-masing.
Kaedah pengajaran yang boleh digunakan untuk mewujudkan persekitaran
kelas yang mesra budaya juga ialah guru dan murid-murid boleh menghias kelas
dengan mempamerkan semua unsur-unsur budaya sesebuah bangsa melalui hasil
kerja tangan murid dari pelbagai bangsa. Suasana kelas boleh dipadatkan lagi
dengan hasil kerja tangan mereka seperti lukisan, anyaman dan archa didalam
kelas. Guru juga perlulah memberi dorongan kepada mereka dalam penghasilan
karya seni dimana ia menggambarkan identiti sesuatu bangsa.
Di samping itu juga, kaedah yang boleh digunakan ialah menyediakan ruang
belakang kelas yang dikenali sebagai ”red carpet”. Di ruangan ini, guru dan
murid berbincang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sambil
membuat bulatan diatas karpet merah. Melalui kaedah ini hubungan silaturahim
antara murid dapat dilakukan dengan jayanya dengan kata lain mereka boleh belajar
tentang cara untuk belajar dan berbincang sesama mereka tanpa mengira bangsa.
Sebagai kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan akan memberi kesan positif kepada perkembangan nilai murni, perpaduan
dan kerjasama antara murid tanpa mengira bangsa justeru ia menjadi menyumbang
utama dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budya.