10
Bincangkan bagaimanakah penggunaan aplikasi telefon bimbit dalam kalangan guru-guru sekolah dapat membantu mempertingkatkan komitmen terhadap profesionalisme keguruan?Jelaskan impak serta implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Era digital ini, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Menurut Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, secara purata, seorang rakyat Malaysia kini memiliki dua buah telefon bimbit. Statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa telefon bimbit sememangnya menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita. Marcapada ini, telefon bimbit menjadi satu daripada alat komunikasi yang menguasai dunia tanpa memilih usia, status dan kedudukan ekonomi seseorang. Tidak hairanlah telefon bimbit menjadi medium penting untuk masyarakat berinteraksi dalam dan luar negara. Namun begitu, penggunaan telefon bimbit mendatangkan pelbagai kesan buruk dan baik terhadap pengguna, khususnya pelajar sekolah. Dalam kalangan pelajar sekolah hari ini, telefon bimbit sinonim dengan mereka. Malah, ada ibu bapa yang berkemampuan menyediakan telefon bimbit untuk kegunaan anak- anak.Telefon bimbit atau telefon mudah alih merupakan alat komunikasi utama untuk masyarakat berinteraksi serta berkomunikasi sama ada dalam mahupun luar negara. Perkembangan dunia teknologi maklumat saban tahun telah menginterpretasi kehidupan individu ke arah lebih tersusun dan sistematik. Dengan kecanggihan teknologi ini, ianya telah mengubah lanskap dan pola norma kehidupan individu ketika berhadapan dengan seribu satu kecanggihan. Macam-macam reaksi daripada pelbagai pihak apabila Kementerian Pelajaran mengambil langkah merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang membolehkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan. Bagi pelajar-pelajar , tentunya menganggap langkah ini sebagai suatu kemudahan yang menyeronokkan’ dan ditunggu-tunggu manakala golongan ibu bapa ada yang merasa lega kerana boleh mengikuti perkembangan anak mereka di sekolah dan pada masa sama tidak kurang ramai juga bimbang dengan kesannya kepada anak-anak apabila membawa alat komunikasi itu ke sekolah.

Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Dalam Kalangan Guru

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penting

Citation preview

Page 1: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Dalam Kalangan Guru

Bincangkan bagaimanakah penggunaan aplikasi telefon bimbit dalam kalangan guru-guru sekolah dapat membantu mempertingkatkan komitmen terhadap profesionalisme keguruan?Jelaskan impak serta implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Era digital ini, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dari semasa ke semasa. Menurut Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, secara purata, seorang rakyat Malaysia kini memiliki dua buah telefon bimbit. Statistik tersebut jelas menunjukkan bahawa telefon bimbit sememangnya menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita.Marcapada ini, telefon bimbit menjadi satu daripada alat komunikasi yang menguasai dunia tanpa memilih usia, status dan kedudukan ekonomi seseorang. Tidak hairanlah telefon bimbit menjadi medium penting untuk masyarakat berinteraksi dalam dan luar negara. Namun begitu, penggunaan telefon bimbit mendatangkan pelbagai kesan buruk dan baik terhadap pengguna, khususnya pelajar sekolah. Dalam kalangan pelajar sekolah hari ini, telefon bimbit sinonim dengan mereka. Malah, ada ibu bapa yang berkemampuan menyediakan telefon bimbit untuk kegunaan anak-anak.Telefon bimbit atau telefon mudah alih merupakan alat komunikasi utama untuk masyarakat berinteraksi serta berkomunikasi sama ada dalam mahupun luar negara. Perkembangan dunia teknologi maklumat saban tahun telah menginterpretasi kehidupan individu ke arah lebih tersusun dan sistematik.

Dengan kecanggihan teknologi ini, ianya telah mengubah lanskap dan pola norma kehidupan individu ketika berhadapan dengan seribu satu kecanggihan.

Macam-macam reaksi daripada pelbagai pihak apabila Kementerian Pelajaran mengambil langkah merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang membolehkan pelajar membawa telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Bagi pelajar-pelajar , tentunya menganggap langkah ini sebagai suatu kemudahan yang menyeronokkan’ dan ditunggu-tunggu manakala golongan ibu bapa ada yang merasa lega kerana boleh mengikuti perkembangan anak mereka di sekolah dan pada masa sama tidak kurang ramai juga bimbang dengan kesannya kepada anak-anak apabila membawa alat komunikasi itu ke sekolah.

Satu kebaikan memiliki telefon bimbit ini ialah kemudahan untuk berkomunikasi. Hubungan antaa ibu bapa, adik, kakak, abang, kawan, guru dan sebagainya menjadi lebih akrab kerana telefon bimbit mempunyai kelebihan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh perbualan tradisi kita. Konsep sistem pesanan ringkas (SMS) yang unik bersama-sama dengan ikon dan lagu atau irama menjadikan penggunaan teknologi ini untuk berinteraksi begitu romantik. Kemudahan berhubung juga mengelakkan pelbagai masalah seperti aspek keselamatan, tidak membuang masa untuk menunggu dan mendapat ketepatan tentang sesuatu perkara yang sering menimbulkan masaalah kepada remaja kini. Jadi, telefon bimbit memang membawa kebaikan kepada remaja dalam aspek komunikasi.Selain itu, murid-murid dapat menghubungi ibubapanya apabila ada perkara yang penting. Salas satu contoh adalah sakit. Kalau ibu atau bapanya tidak dihubungi segera, mungkin keadaan murid itu akan menjadi lebih teruk.

Page 2: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Dalam Kalangan Guru

Kebaikan kedua ialah telefon bimbit ini menjadi satu bentuk penyampaian informasi yang pelbagai dan menarik. Teknologi ini memudahkan pelbagai maklumat disalurkan seperti berita, lagu dan data peribadi. Maklumat ini berguna kepada remaja kerana melalui penggunaan yang betul semua maklumat ini dapat

memastikan remaja memahami sesuatu atau melakukan sesuatu dengan betul. Murid-murid juga boleh menggunakan fungsi-fungsi yang terdapat di dalam telefon bimbit mereka untuk membantu mereka belajar. Sekarang ini, ada telefon bimbit yang terdapat fungsi rekod suara dan mengambil gambar. Apabila cikgu mahu murid-murid untuk mengambil gambar atau rekod suara untuk membuat projek, telefon bimbit dapat membantu. Jelaslah, telefon bimbit yang mempunyai pelbagai guna ini penting dalam memastikan remaja kita menjadi remaja berinformasi.

Kebaikan telefon bimbit juga dikhususkan kepada mereka yang memang memerlukan telefon bimbit untuk mengakses email mereka. Ini memberi kebaikan kepada mereka yang banyak membuat kerja luar. Kebolehan telefon bimbit masa kini untuk mengakses email dan juga applikasi-applikasi lain seperti maps, words, excel, pdf, calendar, reminder dan sebagainya telah memberi pelbagai kemudahan kepada mereka dan kita juga khususnya.

Baru-baru ini kita dihebahkan dengan satu cadangan yang hangat diperbincangkan dalam draf Peraturan Pendidikan Disiplin Murid 2012 mengenai kesediaan pihak kerajaan membenarkan pelajar sekolah membawa telefon dan gajet untuk sesi 2013 atas faktor keselamatan.

Isu ini dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia,Dr.Wee Kah Siong yang kini sudah  berada pada peringkat akhir sebelum dibawa ke pejabat Peguam Negara untuk diluluskan.

Kita tidak melihat atas faktor keselamatan menjadi kewajaran pihak kerajaan membenarkan membawa telefon bimbit. Kebejatan suasana penggunaan telefon bimbit dalam ruang lingkup golongan yang berstatus pelajar di sekolah hari ini pada tahap yang membimbangkan. Malah pembinaan generasi pewaris negara kelak akan terbantut dan dikhuatiri negara gagal melahirkan generasi yang bakal mewarnai dunia Malaysia kelak.

Ini merupakan virus negatif  sebagai penyumbang serta pembimbing ke lembah keburukan dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, keburukan penggunaan telefon bimbit melebihi 80% berbanding kebaikan penggunaannya.

Pembelajaran di dalam kelas akan terganggu jika pelajar dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Hal ini demikian kerana pelajar kni sering gemar menghantar pesanan melalui sistem pesanan ringkas malah ‘berbual’ dengan rakan-rakan mereka secara maya. Keadaan ini bertambah buruk apabila telefon bimbit dijadikan sebagai alat untuk meniru semasa peperiksaan. Pelajar akan bertukar jawapan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) sesama rakan-rakan mereka. Lebih-lebih lagi, nota-nota ringkas boleh disimpan dalam bentuk gambar dalam telefon bimbit dan digunakan untuk meniru semasa peperiksaan. Maka, pembelajaran melalui sistem peperiksaan hanya sia-sia

Page 3: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Dalam Kalangan Guru

jika pelajar dibenarkan untuk membawa telefon bimbit ke sekolah. Memang ada aktiviti meniru menggunakan telefon bimbit. Pelajar akan cuba sedaya upaya untuk meniru dalam peperiksaan sekiranya keadaan terdesak. Pelajar boleh tanya rakan melalui sms atau sudah set jawapan dalam bentuk point dalam telefon bimbit.Kadang-kadang semasa peperiksaan awam, ketua pengawas akan mengarahkan agar calon keluarkan telefon bimbit yang dibawa kemudian serahkan kepada pengawas peperiksaan untuk disimpan sepanjang waktu peperiksaan. Hal ini pasti akan menyusahkan kerana pengawas perlu mengawasi calon dan juga telefon calon.

Mutu pendidikan dan pembelajaran akan merosot akibat penyalahgunaan di sekolah. Pelajar yang leka dengan telefon bimbit akan hilang fokus ketika sesi pembelajaran. Penggunaan telefon bimbit menyebabkan remaja tidak memberi tumpuan dalam aspek pendidikan mereka. Ada remaja terutama yang masih belajar menggunakan telefon bimbit di dalam kelas ketika guru mengajar tanpa segan silu. Mereka juga sering menghabiskan masa dengan membuat SMS atau berbual sehingga melupakan tanggung jawab mereka sebagai pelajar iaitu belajar. Akibatnya, banyak pelajar akan terjejas prestasi pelajarannya kerana penggunaan telefon bimbit. Akibatnya keputusan peperiksaan merosot bahkan dibimbangi pelajar tersebut  tiada peluang untuk meneruskan pendidikan ke peringkat seterusnya.

Di samping itu, keruntuhan akhlak dan moral akan meningkat disebabkan penyerapan nilai-nilai yang meruntuh pembinaan generasi pembina masyarakat. Malah masalah sosial ini akan memberi tekanan kepada golongan pendidik dan menambahkan lagi bebanan. Implikasinya bukan hanya melibatkan satu pihak sahaja malah banyak pihak  yang akan terlibat sama dalam isu ini.

Di antara keburukan lain yang dapat di kenal pasti ialah pembaziran masa. Ini berlaku apabila masa banyak dihabiskan dengan bermain “games”, melayari laman-laman sosial, melayan sms/mms dan juga ber”chatting”. Masa yang banyak dengan telefon bimbit telah menyebabkan masa untuk beriadah, membaca buku, berjumpa kawan-kawan dan masa dengan keluarga telah terhad. Ini memberi impak yang tidak baik untuk jangka masa panjang.

Ada juga pelajar yang menyalahgunakan teknologi ini demi keseronokan dan kepuasan jiwa. Mereka gemar berbual dengan rakan sebaya sehingga lewat malam. Ini

Page 4: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Dalam Kalangan Guru

menyebabkan masa untuk mengulangkaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Apabila lewat tidur, tentulah masa tidur tidak mencukupi. Ini pasti menjejaskan prestasi mereka semasa di dalam kelas. Akibatnya, mereka tidak mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar. Di samping itu, penggunaan telefon bimbit juga boleh melalaikan remaja. Lihat sahaja situasi masa ini apabila golongan remaja tidak boleh berpisah dengan ‘kembar’ mereka itu walaupun sedetik. Ditambah pula dengan pelbagai aplikasi yang kurang penting dan permainan yang melekakan dalam telefon mudah alih itu pastinya membuang masa para remaja dengan sia-sia. Walhal, masa senggang para remaja perlu diisi dengan ilmu yang bakal menerangi masa depan mereka.

Lebih membimbangkan, telefon bimbit menjadi alat menyebarkan bahan lucah.

Pelajar merakam gambar yang tidak sepatutnya. Pasti situasi

begini akan berlaku sekiranya pelajar bebas membawa

telefon bimbit ke sekolah. Pelajar-pelajar yang miang pasti

akan mencari jalan dan peluang untuk merakam gambar

bawah skirt pelajar perempuan ataupun guru wanita yang

memakai skirt ke sekolah. Ada sesetengah pelajar

perempuan dengan rela gambar sensitif mereka dirakam

untuk sekadar suka-suka ataupun mengikut kemahuan

kekasih. Ada juga yang skodeng menggunakan telefon

bimbit.Ada juga pelajar yang mencabul rakan sekolah

semata-mata untuk dirakam dan dimuat naik ke dalam you

Page 5: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Dalam Kalangan Guru

tube. Dengan kemampuan telefon bimbit menghantar dan menerima mesej SMS dan

MMS, segelintir pelajar sanggup merakam dan memuat turun klip video, menyimpan dan

mengedarkan foto lucah dan seumpamanya. Menurut statistik PDRM, jenayah rogol dan

cabul meningkat akibat salah guna telefon bimbit. Lebih buruk lagi, remaja sekolah

mudah terdorong dengan ‘cinta monyet’ yang boleh mendatangkan keburukan kepada

diri mereka, terutama bagi remaja perempuan. Sesetengah mesej lucah yang

disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang remaja. Ia juga

menggalakkan pergaulan yang tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan perzinaan.

Inilah punca yang mengakibatkan kes pembuangan bayi persis zaman Jahiliah di Tanah

Arab dahulu.

Selain itu, telefon bimbit turut mendatangkan masalah terhadap keputusan akademik

pelajar kerana mereka teruja untuk menggunakan perkakasan tersebut berbanding

mentelaah buku pelajaran. Sikap suka bertangguh akan mula bertapak di dalam jiwa

kerana terlalu obses dengan telefon bimbit. Ini sekaligus menyebabkan prestasi mereka

merudum, apatah lagi jika mereka diberi ruang menggunakannya pada usia yang masih

belasan tahun.

Penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan masalah kewangan.Ada pelajar sekolah

yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk memastikan telefon mereka

mempunyai baki kredit prabayar. Selain itu, ada pelajar yang sanggup berbohong

terhadap ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan duit poket yang lebih. Secara

purata, seorang pelajar sekolah memerlukan antara RM20 hingga RM30 sebulan untuk

membiayai nilai tambah kad prabayar mereka. Ini tentulah dianggap suatu pembaziran

kerana pesanan SMS dan perbualan berkenaan tidak penting dan hanya celoteh kosong

sahaja.

Page 6: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Dalam Kalangan Guru

Pembaziran wang berlaku apabila penggunaan sms, mms, panggilan dan GPRS yang terlampau banyak dan melebihi kemampuan. Sekiranya telefon bimbit digunakan oleh pelajar, ibu bapa terpaksa menanggung kos tersebut. Para remaja khususnya begitu mudah terpengaruh dengan iklan-iklan yang dipaparkan seperti memuatkan turun lagu dan applikasi yang sesetengahnya dikenakan bayaran. Undian Akademi Fantasia juga merupakan salah satu pembaziran yang tanpa kita sedari telah member keuntungan berganda kepada pembekal servis talian.

Ada segelintir pelajar menganggap telefon bimbit lambang kekayaan. Bagi sesetengah

ibu bapa yang berkemampuan, mereka membeli telefon bimbit yang canggih kepada

anak-anak. Sikap suka menunjuk-nunjuk dan menayangkan kepada rakan-rakan sebaya

membuka ruang kepada persaingan yang tidak sihat. Alangkah baiknya jika wang

menukar beli telefon tersebut digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Pembawaan telefon bimbit ke sekolah akan meningkatkan kes kecurian di sekolah. Pelajar-pelajar

sekolah sering menjadikan telefon bimbit sebagai lambang status diri mereka. Oleh itu, kebanyakan

pelajar suka membeli telefon bimbit yang berharga tinggi. Namun begitu, terdapat segelintir pelajar

yang panjang tangan dan mengambil kesempatan ini untuk menjalankan ‘operasi’ mereka. Lebih

membimbangkan lagi apabila terdapat pelajar yang sanggup mengugut dan merompak pelajar-

pelajar yang lebih muda daripada mereka. Keadaan ini akan meningkatkan kes buli dan seterusnya

membebankan guru-guru disiplin.

Akan wujudnya jurang miskin dan kaya dalam kalangan

pelajar.Hal ini disebabkan pelajar yang kaya akan cuba

menunjuk-nunjuk telefon canggih kepunyaannya kepada

rakan-rakan lain. Pelajar yang kaya akan berkawan sesama

mereka yang juga kaya. Pelajar miskin yang tidak mempunyai

Page 7: Bincangkan Bagaimanakah Penggunaan Aplikasi Telefon Bimbit Dalam Kalangan Guru

telefon atau mempunyai telefon yang murah akan berasa

rendah diri lalu cuba menyepikan diri.

Telefon bimbit juga menyebabkan segelintir pelajar menipu dengan membuat panggilan

palsu kepada agensi tertentu. Antaranya, nombor talian 999 untuk kecemasan sering

disalahgunakan demi keseronokan yang menyusahkan pihak lain. Mereka harus sedar

bahawa penggunaan telefon bimbit yang berterusan dalam tempoh yang lama juga,

boleh mendatangkan kesan kepada otak seperti peningkatan sel-sel barah. Mengikut

kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan menjejaskan

kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran. Telefon bimbit

tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan menjejaskan

kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak. Mencegah itu

lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain pula

dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang

telefon itu.

Intihanya, sememangnya terdapat pelbagai implikasi penggunaan telefon bimbit dalam kalangan

murid di sekolah. Oleh itu, pihak kerajaan harus menitikberatkan langkah membenarkan

pembawaan telefon bimbit ke sekolah kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada

gunaya. Persepsi ibu bapa dan guru perlu diutamakan supaya kepputusan yang tepat dapat diambil

dalam jangka masa yang pendek.