BM1_pemahaman

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BM

Citation preview

Kertas 1

Kertas 1

Masa: 1 jam

Arahan am:

Tiap-tiap soalan diikuti tiga pilihan jawapan A, B. C. dan D. Antaranya adalah satu jawapan yang betul. Pilih satu jawapan yang betul sahaja. Kemudian tandakan jawapan anda dengan menghitamkan ruang pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga soalan 5

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Tahukah anda nyamuk aedes boleh membunuh? Nyamuk aedes ialah penyebab terjadinya penyakit demam denggi. Penyakit ini boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera. Oleh itu, orang ramai diingatkan agar mendapatkan rawatan dengan segera jika berlaku tanda-tanda seperti bintik-bntik merah pada badan, sakit pada sendi-sendi, berdarah pada badan, hidung, mulut, muntah-muntah, hilang selera makan atau sakit perut.

Nyamuk aedes boleh dimusnahkan jika orang ramai melakukan amalan kebersihan di premis masing-masing. Pastikan tempat-tempat pembiakan nyamuk aedes diperiksa secara kerap seperti di dalam bekas pasu bunga, tin-tin atau plastic minuman, tayar-tayar buruk, takungan air hujan, bekas-bekas plastik yang terdedah dan sebagainya. Bubuh ubat jentik-jentik ke dalam bekas-bekas tersebut.

Nyamuk aedes boleh dikenali dengan belang hitam dan putih di badan dan kakinya. Ingat, jentik-jentik boleh membesar menjadi nyamuk aedes hanya dalam tempoh seminggu. Nyamuk aedes hanya membiak di dalam air jernih. Kebiasaannya nyamuk ini akan mencari mangsanya pada waktu petang dan awal pagi.

Jabatan Kesihatan melalui unit pencegahan meminta kerjasama orang ramai agar membenarkan pihaknya melakukan semburan kabus dilakukan di premis masing-masing. Orang ramai juga boleh menghalau nyamuk ini dengan menggunakan ubat nyamuk dan semburan racun perosak. Oleh itu, cegahlah aedes untuk kesejahteraan hidup.

1. Mengapakah nyamuk aedes sangat berbahaya?

A. Nyamuk aedes akan menghisap darah

B. Nyamuk ini cepat membiak

C. Gigitan nyamuk aedes boleh membunuh

D. Nyamuk ini mencari mangsa pada bila-bila masa

2. Apakah jenis penyakit disebabkan oleh nyamuk aedes?

A. Demam kepialu

B. Demam denggi

C. Pening kepala

D. Demam selsema

3. Pernyataan berikut benar tentang petikan ini kecualiA. Nyamuk aedes hidup dalam tempoh seminggu

B. Nyamuk aedes sangat berbahaya dan mampu membunuh

C. Nyamuk aedes hanya membiak di dalam air jernih

D. Rawatan segera diperlukan jika mengalami demam yang teruk.

4. Apakah yang perlu dilakukan oleh Encik Ahmad jika pasukan dari unit pencegahan datang ke rumahnya?

A. Menghalau mereka dengan meyembur racun perosak

B. Memberitahu mereka bahawa nyamuk aedes tidak membiak di rumahnya

C. Membenarkan mereka melakukan semburan kabus di kawasan rumahnya

D. Menyuruh mereka pulang

5. Cara yang paling berkesan untuk menghapuskan nyamuk aedes ialah

A. Menggunakan ubat nyamuk pada waktu malam

B. Memastikan tiada bekas atau tempat yang boleh menakung air hujan

C. Menyembur racun aerosol di kawasan di kawasan rumah pada setiap minggu

D. Tidak keluar rumah pada waktu pagi dan senja

Soalan 6 hingga soalan 10

Baca dialog di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Munir : Salma, apakah cita-cita kamu?

Salwa: Saya ingin menjadi seorang pendidik

Munir : Mengapakah kamu ingin menjadi pendidik?

Salwa: Ibu dan bapa saya adalah pendidik. Selain itu, saya ingin memajukan

bangsa, masyarakat dan Negara.

Munir : Tidak berminatkah kamu untuk menjadi seorang usahawan?

Salma: Minat juga Munir? Tapi..

Munir : Mengapa?

Salwa: Kerjaya itu agak mencabar dan saya pula masih tidak tahu apa-apa

tentang keusahawanan. Mungkin apabila dewasa nanti saya akan

mengusahaknnya sehingga saya berjaya.

Munir : Jadi, apakah perancangan kamu?

Salwa: Pada masa ini saya akan belajar sehabis baik dan berusaha dengan gigih

agar berjaya dalam pelajaran. Inilah asas yang perlu saya bina sekarang.

Munir : Saya lihat kamu pun berminat dalam bidang sukan?

Salwa: Sudah tentu. Bersukan itu banyak faedahnya.

Munir : Sukan apakah yang paling kamu minati?

Salwa: Tentulah sukan olahraga, Munir.

Munir : Oh ya! Kamu kan Olahragawati harapan sekolah. Baiklah Salwa, terima

kasih kerana memberi peluang saya menemuramah kamu.

Salwa: Sama-sama

6. Apakah cita-cita utama Salwa?

A. Guru

B. Peguam

C. Ahli sukan

D. Usahawan

7. Bagaimanakah cara Salwa ingin mencapai cita-citanya?

A. Rajin pergi ke sekolah

B. Mengikut kelas tambahan

C. Belajar bersungguh-sungguh

D. Melibatkan diri dalam sukan olahraga

8. Apakah yang menyebabkan Salwa ingin menjadi pendidik?

A. Dia berminat dalam bidang itu

B. Dia amat menghormati pendidiknya

C. Kedua-dua orang tuanya ialah pendidik

D. Dia ingin memajukan bangsa , masyarakat , dan Negara

9. Manakah yang berikut bukan minat Salwa?

A. Belajar

B. Berlepak

C. Bersukan

D. Berniaga

10. Salwa menyatakan bahawa dia masih tidak tahu apa-apa tentang bidang keusahawan di dalam dialog di atas menunjukkan dia

A. Tidak berminat dengan kerjaya itu.

B. Tidak mempunyai modal lagi.

C. Perlu belajar untuk mencapai cita-citanya.

D. Belum pernah menjadi usahawan sebelum ini.Soalan 11 hingga soalan 15

Baca surat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikut.

Persatuan Kajian Tempatan,

Sekolah Kebangsaan Taman Mesra,

43000 Kajang,

Selangor Darul Ehsan.

___________________________________________________________________________

Pengurus,

Tapak Semaian Nuri,

Taman Mesra,

43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan. 28 FEBRUARI 2008Tuan,

Memohon Sumbangan Pokok Bunga

Merujuk kepada perkara di atas, Persatuan Kajian Tempatan sekolah ini telah bercadang untuk memohon sumbangan pokok bunga daripada pihak tuan.

2. Tujuan persatuan ini memohon sumbangan pokok bunga adalah untuk

aktiviti gotong-royong menceriakan sekolah yang akan diadakan pada 15 Mac 2008.

3. Pokok-pokok bunga ini yang ingin disumbangkan bolehlah dihantarkan ke sekolah pada 13 Mac 2008.

4. Pihak persatuan amat mengalu-alukan sumbangan daripada pihak tuan. Sumbangan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

_________________

( ZUHANA ISMAIL)

Setiausaha,

Persatuan Kajian Tempatan,

Sekolah Kebangsaan Taman Mesra,

11. Siapakah yang telah menulis surat tersebut?

A. Setiausaha persatuan

B. Guru Penasihat

C. Guru Besar

D. Pengerusi persatuan

12. Apakah tujuan utama pokok bunga disumbangkan kepada pihak sekolah?

A. untuk menceriakan dewan sekolah

B. untuk hiasan pintu masuk

C. untuk menceriakan kawasan sekolah

D. untuk kegunaan persatuan

13. Bilakah pokok bungan boleh dihantar ke sekolah

A. mulai 28 Februari 2008

B. pada 13 Mac 2008

C. semasa hari gotong-royong

D. bila-bila masa sahaja

14. Semua yang berikut benar, kecuali ________

A. guru-guru terlibat dalam sumbangan itu

B. pokok bunga boleh dihantar terus ke sekolah

C. kerjasama pihak Tapak Semaian Nuri diharapkan oleh pihak persatuan

D. sumbangan pokok bunga bertujuan untuk menceriakan kawasan

Sekolah.

15. Perkataan dihantarkan dalam petikan bermaksud_____________

A. dilonggokkan

B. diletakkan

C.diserahkan

D. disusunkan

PAGE 2