28
KULIAH 1

BML 3043 Kuliah 1.pdf

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Fonetik dan Fonologi

Citation preview

Page 1: BML 3043 Kuliah 1.pdf

KULIAH 1

Page 2: BML 3043 Kuliah 1.pdf

DEFINISI FONETIK Bertil Malmberg ( 1968 ) iaitu seorang ahli fonetikPerancis telah mendefinisikan fonetik sebagaipengkajian bunyi‐bunyi bahasa. Menurutnya lagi, fonetik ialah pengkajian yang lebih memberatkanpenglahiran bahasa bukan kandungannya. Hal inibermaksud perkara yang dipentingkan ialahbunyi‐bunyi bahasa yang dihasilkan, bukannyamakna yang cuba disampaikan. 

Dlm erti kata lain fonetik ialah bidang kajianbunyi bahasa (ucapan) secara fizik.

Page 3: BML 3043 Kuliah 1.pdf

Tiga bidang utama

Fonetik artikulasi – mengkaji proses yg. kitasebenarnya buat, atau tuturkan, bunyi pertuturan

Fonetik akustik – mengkaji properti bunyi sbg. kesan drp. variasi dalam tekanan udara

Fonetik auditori – berkaitan persepsi bunyipertuturan: i.e bagaimana ianya didengar

Page 4: BML 3043 Kuliah 1.pdf

DEFINISI FONETIK Cabang linguistik yang mengkaji bunyi sesuatubahasa dan fungsinya dalam sistem bunyi bahasatersebut. Bunyi disusun dan dianalisis dari segifonem, fitur distingtif, nahu bunyi dan disesuaikandengan teori yang digunakan. Antara teorifonologi ialah teori atur rumus, teori prosodi, teoriautosegmental, teori optimal dan lain‐lain. 

Fonologi juga dikenali sebagai bidang kajian bunyibahasa (ucapan) yang bersifat abstrak.

Page 5: BML 3043 Kuliah 1.pdf

Organ Pertuturan

Page 6: BML 3043 Kuliah 1.pdf

Organ‐Organ Pertuturan

1. Bibir atas 11. Tengah lidah2.     Bibir bawah 12. Belakang lidah3. Gigi atas 13. Akar lidah/Epiglotis4. Gigi bawah 14. Larinks5. Gusi 15. Pita suara6. Lelangit keras 16. Rongga tekak/farinks7. Lelangit lembut 17. Rongga hidung8. Anak tekak 18. Rongga mulut9. Hujung lidah 19. Rahang10. Hadapan lidah 20. Tenggorok

Page 7: BML 3043 Kuliah 1.pdf

Mekanisma Arus Udara (a) Pengenalan: Kajian fungsi alat‐alat artikulasi dalamartikulasi bunyi bahasa (fonetik fisiologi) sepertisaluran suara (vocal tract) dan organ‐organ artikulasi(articulatory organs) merupakan bidang fonetikartikulasi.

Arus pengaliran udara dari paru‐paru (lungs) –melalui trakea (trachea) – larinks (larynx) – dan salurudara.

Semua penghasilan bunyi bahasa bersifat egresifpulmonik – udara dari paru‐paru ke luar.

Ada penghasilan bunyi bahasa bersifat ingresifpulmonik ‐ udara dari rongga mulut disedut masuk keparu‐paru.

Page 8: BML 3043 Kuliah 1.pdf

Artikulasi(a) Pita/Kotak suara (vocal cords/folds)

Pita suara berada di dalam larinks: udara dari paru‐parubergerak melalui trakea dan larinks, seterusnya menggetarkanpita suara. 

Dua jenis bunyi berlaku semasa melalui pita suara: a. Bunyi bersuara (voiced sound) – bila dua kelopak pita     suara berkeadaan rapat dan udara yg lalu menyebabkantekanan pada pita suara menghasilkan getaran pada pita suara.b. Bunyi tidak bersuara (voiceless sounds) – udara keluarmelalui dua kelopak pita suara yg berkeadaan renggang. 

Page 9: BML 3043 Kuliah 1.pdf

Artikulasi(b) Lelangit Lembut ‘velum’ (Velum)

Lelangit lembut ialah otot artikulasi yang lembut beradadi antara lelangit keras dan anak lidah (velic). 

Lelangit lembut bergerak ke atas dan ke bawah.  Apabila lelangit lembut naik, rongga nasal (nasal tract/cavity) akan tertutup dan menyebabkan udarakeluar melalui rongga oral (oral tract/cavity). Bunyi ygterhasil ialah bunyi‐bunyi oral seperti bunyi‐bunyivokal, hentian, frikatif, afrikat dan likuida.

Apabila velum direndahkan, udara mengalir melaluikedua‐dua rongga iaitu rongga oral dan rongga hidung(nasal oral). Bunyi yg terhasil ialah bunyi‐bunyi nasal atau bunyi sengau. 

Page 10: BML 3043 Kuliah 1.pdf

ArtikulasiRongga oral (oral tract/cavity)

Rongga oral dikenali juga sebagai rongga mulut.  Alat artikulasi yang aktif dalam rongga oral ialah bibir bawahdan lidah.

Bahagian lidah terdiri daripada hujung lidah (tip), depanlidah (front), tengah lidah (body) dan belakang atau akarlidah (back and root). 

Alat artikulasi yang pasif dalam rongga oral ialah bibir atas, gigi, rabung mulut dan dinding farinks ‘rongga tekak’ (pharynx wall).

Rabung mulut terdiri daripada alveolar, lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak (uvular). 

e. Hubungan di antara aktif dan pasif alat‐alatartikulasi boleh dispesifikasikan: 

i. Titik artikulasi (place of articulation)ii. Artikulasi cara (manner of articulation) 

Page 11: BML 3043 Kuliah 1.pdf

ArtikulasiTitik Artikulasi

Penghuraian tentang daerah‐daerah penghasilan bunyi fonem.  Antara titik artikulasi adalah: 

i.    Bilabial: Bunyi bilabial terhasil melalui penyempitan aliran udara di antarabibir bawah dengan bibir atas, cth. bunyi /p/, /b/

ii.  Labio‐dental: Bunyi labio‐dental dihasilkan melalui penyempitan aliran udaradi antara bibir bawah dan gigi atas, cth.bunyi /f/, /v/

iii.  Dental: Bunyi dental dihasilkan dengan melakukan penyempitan aliran udaradi antara hujung lidah dengan gigi atas, cth. bunyi /T/, /D/

iv.  Alveolar: Bunyi alveolar terhasil dengan melakukan penyempitan aliran udaradi antara badan lidah atau hujung lidah dengan gigi‐gusi, cth. bunyi /s/, /z/, /t/, /d/

Page 12: BML 3043 Kuliah 1.pdf

Artikulasi

v.  Palato‐alveolar: Bunyi palato‐alveolar terhasil denganmelakukan penyempitan aliran udara di antara badanlidah dengan gusi, cth. bunyi /S/

vi. Bunyi palatal: penyempitan aliran udara di antara depanlidah dengan lelangit keras, cth. bunyi /y/, /c &/, /j &/, /¯/

vii. Bunyi velar: penyempitan aliran udara di antara belakanglidah dengan anak tekak, cth. bunyi /k/, /g/, /x/, /ƒ/

viii. Bunyi glotis: halangan aliran udara berlaku di antara ruangpita suara (glotis) dan dilepas secara tiba‐tiba, cth.bunyi/h/, ///

Page 13: BML 3043 Kuliah 1.pdf

Artikulasi

Artikulasi cara Perbezaan tiga kadar penyempitan aliran udaraialah penyempitan total, approsimen sempit danapprosimen terbuka. 

Tiga ketegori konsonan iaitu hentian, frikatif danapprosimen adalah untuk mengenal pasti carabunyi diartikulasikan.

Page 14: BML 3043 Kuliah 1.pdf

VOKAL(a) Vokal merupakan segmen bunyi yang dihasilkan

apabila udara ditekan keluar dari paru‐paru denganmenggetarkan pita suara tanpa penyekatan udarayang signifikan di ruang oral.

(b) Pengkelasan vokal BM adalah berdasarkan kepadasistem kardinal yang telah dihasilkan oleh Daniel Jones (1956).

(c) Menurut Farid Onn(1980), vokal BM terbahagikepada 6 iaitu /a/, /e/, /o/, /u/, /ə/ dan /i/

Page 15: BML 3043 Kuliah 1.pdf

RAJAH: VOKAL BAHASA MELAYU

Depan Tengah               BelakangTinggi i                                                                                                u

Separuh e oTinggi ə

Rendah a

Page 16: BML 3043 Kuliah 1.pdf

(d) Vokal dibunyikan berdasarkan kepada dimensi‐dimensi atauciri‐ciri seperti di bawah:‐

(i) Tinggi* Ada 2 vokal tinggi dalam BM iaitu vokal depan /i/ dan vokalbelakang /u/ ‐ berkeadaan tinggi dalam rongga mulut. 

* Semasa membunyikan vokal depan tinggi /i/, hujung lidahdinaikkan tinggi menghampiri lelangit keras dan bibirdihamparkan. Udara keluar dari paru‐paru melalui pita suaradan rongga mulut. 

* Begitu juga dengan vokal belakang tinggi /u/; belakang lidahdinaikkan tinggi mengarah ke lelangit lembut dan bibirdibundarkan apabila menghasilkan bunyi tersebut. Udarakeluar dari paru‐paru melalui pita suara dan rongga mulut.

Page 17: BML 3043 Kuliah 1.pdf

CONTOH‐CONTOH PERKATAAN Vokal Tinggi /i/

Vokal Tinggi /u/

Awal Tengah Akhir

/ibu/ [ibu] /pintar/ [pinta] /api/ [api]

/ikan/ [ikan] /biǰak/ [biǰaɁ] /rapi/ [rapi]

Awal Tengah Akhir

/unta/ [untə] /buku/ [buku] /balu/ [balu]

/upah/ [upah] /buŋa/ [buŋə] /baǰu/ [baǰu]

Page 18: BML 3043 Kuliah 1.pdf

(ii) Vokal separuh tinggi

* Ada 2 vokal separuh tinggi dalam BM iaitu vokal depan /e/  dan vokal belakang /o/.

* Bagi vokal depan/e/, hujung lidah dinaikkan separuh tinggike lelangit keras dan bibir dihamparkan. Udara dari paru‐paru keluar melalui pita suara dan rongga mulut. Pita suarabergetar dan bunyi bersuara dihasilkan.

* Bagi vokal belakang /o/ pula, belakang lidah dinaikkanseparuh tinggi ke lelangit lembut dan bibir dibundarkan. Udara dari paru‐paru keluar melalui pita suara dan ronggamulut. Pita suara bergetar dan bunyi bersuara dihasilkan

Vokal Awal Tengah Akhir

/e/ /enak/ [enaɁ] /teleŋ/ [teleŋ] /tauge/ [tauge]

/o/ /onak/ [onaɁ] /toloŋ/ [toloŋ] /koko/ [koko]

Page 19: BML 3043 Kuliah 1.pdf

(iii) Vokal Rendah

* Vokal rendah BM terdiri daripada vokal /a/. Semasamenghasilkan vokal rendah /a/, lidah diturunkan serendah‐rendahnya dan bibir dihamparkan. Udara keluar dari paru‐paru melalui pita suara dan rongga mulut. Pita suarabergetar dan bunyi yang dihasilkan ialah bunyi bersuara. 

(iv) Vokal Tengah /ə/

* Tengah lidah dinaikkan separuh tinggi mengarah ke lelangitkeras dan bibir dihamparkan dan udara keluar dari paru‐paru melalui pita suara dan rongga mulut. Vokal tengah/ə/ merupakan bunyi bersuara.

Page 20: BML 3043 Kuliah 1.pdf

CONTOH PERKATAAN Vokal Rendah /a/

Vokal Tengah /ə/

Awal Tengah Akhir

/ambil/ [ambel] /makan/ [makan] /bara/ [barə]/abu/ [abu] /ǰalan/ [ǰalan] /puaka/ [puwakə]

Awal Tengah Akhir

/əmak/ [əmaɁ] /pənat/ [pənat] /pada/ [padə]/əmpat/ [əmpat] /pəluh/ [peloh] /lama/ [lamə]

Page 21: BML 3043 Kuliah 1.pdf

Urutan Vokal BM1.   Urutan vokal ialah dua atau lebih vokal yang hadir berurutan

sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. 2.  Kehadiran vokal berurutan dalam BM ini memperlihatkan ada

dua bentuk penghasilan bunyi sama ada dibunyikan secarabisilabik iaitu terpisah suku kata (V.V) atau secara tautosilabik(diftong) iaitu satu suku kata (VV). 

3.  Manakala urutan vokal yang terpisah suku kata boleh dilihatdalam dua bentuk iaitu pertama, urutan vokal yang dihadirioleh konsonan (V.KV) seperti dalam perkataan /buah] [bu.wah], /diam/ [di.yam] dan /guna + an/ [gu.na./an] dan kedua urutanvokal tanpa dihadiri sebarang konsonan (V.V) seperti dalamperkataan /kain/ [ka.en], /main/ [ma.en], /daik/ [da.e/], /paut/ [pa.ot], /laut/ [la.ot] dan /sauh/ [sa.oh].  

Page 22: BML 3043 Kuliah 1.pdf

Urutan Vokal BM5.  Urutan vokal (V.V) yang tidak dihadir sebarang konsonan di 

antara urutan vokal dikenali sebagai heterosilabik atau hiatus.6.  Manakala, urutan vokal (VV) yang dibunyikan sebagai satu

fonem, yakni tanpa memisahkan urutan vokal tersebut dikenalisebagai diftong. Dalam BM terdapat tiga jenis diftong iaitudiftong /au/, /ai/ dan /oi/. Contoh, dalam perkataan /kalau/ [kalau], /lambai/ [lam.bai] dan /kaloi/ [ka.loi]

7.  Oleh itu, struktur permukaan urutan vokal BM boleh terdiridaripada tiga bentuk‐bentuk suku kata seperti yang berikut:

Bentuk‐bentuk suku kata bagi urutan vokal BMa. V.KVb. V.Vc. VV

Page 23: BML 3043 Kuliah 1.pdf

DIFTONG

* Diftong merupakan urutan vokal atau dua deretanvokal yang hadir serentak sama ada di awal, tengahdan akhir kata. Bunyi diftong terhasil apabila bunyivokal yang hadir selepas bunyi vokal yang satu lagimenggeluncur ke arah vokal yang mula‐mula hadirtanpa menunjukkan sebarang puncak kelantangan. Hal ini bermaksud bunyi tersebut sebagai satu sukukata sahaja.

Page 24: BML 3043 Kuliah 1.pdf

JENIS‐JENIS DIFTONG DALAM BM

* Terdapat tiga jenis diftong dalam BM iaitu /ai/, /oi/ dan /au/. Dalam diftong /ai/, bunyi vokal /i/ akanmenggeluncur ke bunyi /a/ dan bunyi /i/ akan hilangpuncak kelantangannya. Begitu juga bunyi /i/ padadiftong /oi/ dan bunyi /u/ pada diftong /au/. Namundemikian, tidak banyak perkataan yang mengandungidiftong /oi/ dalam BM.

Page 25: BML 3043 Kuliah 1.pdf

DIFTONG [ai]

Hujung lidah menyentuhgigi depan pada bahagianbawahnyalelangit lembut dinaikkanpita suara bergetar

•Kedudukan lidah pada posisimenghasilkan bunyi vokal [a] dancepat beralih kepada bunyi [i]• Bahagian depan lidah yang dinaikkan tidak benar‐benar sampaikepada posisi seperti melafazkanbunyi [i]

Contoh:[#pandai#] (pandai)[#sampai#] (sampai)[#tapai#] (tapai)

Bentuk bibir dalamkeadaan neutralpembukaan rahangsederhana dan luas

Page 26: BML 3043 Kuliah 1.pdf

DIFTONG [au]

•Bibir pada mulanya tidak dalamkeadaan bundar tetapi menjadibundar apabila hampir selesailafaz bunyi ini.Hujung lidah hampirmenyentuh gigi depan bawah

Kedudukan lidah secara anggaranpada posisi seperti melafazkanbunyi [a] dan secepatnya beralihkepada bunyi vokal [u]

Contoh bunyi[ #pulau#] (pulau)[#kalau#] (kalau)[#kerbau#] (kerbau)

Pembukaan rahangsederhana dan luas. 

Page 27: BML 3043 Kuliah 1.pdf

DIFTONG [oi]

Bentuk bibir bundar padageluncuran pertama tetapi

menghampar semasahampir selesai melafaznya

Kedudukan lidah mulamenggeluncur padaposisi vokal [o] dancepat beralih kepada

bunyi [i]

Contoh:[#sepoi#][ #kaloi#][#amboi]

Pembukaan rahangsemasa lafaz ini adalah

luas

Page 28: BML 3043 Kuliah 1.pdf

TERIMA KASIH