4
BAHASA MELAYU Kertas 2 TAHUN 6 Satu jam lima belas minit Bahagian A ( Masa yang dicadangkan : 15 minit ) ( 10 markah ) 1. Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

bmthn6k2_3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

bm kertas 2

Citation preview

BAHASA MELAYU

BAHASA MELAYU

Kertas 2

TAHUN 6

Satu jam lima belas minit

Bahagian A

( Masa yang dicadangkan : 15 minit )

( 10 markah )

1.Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

Bahagian B

( Masa yang dicadangkan : 40 minit )

( 30 markah )Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.

1.Baru-baru ini kamu sekeluarga telah bercuti di kampung datuk

dan nenek kamu. Ceritakan pengalaman kamu bersama mereka di kampung.

ATAU

2.Kamu diminta memberikan ucapan pada suatu majlis perpisahan sempena meraikan perpindahan kamu ke sekolah lain.

Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.

ATAU

3.Alat-alat permainan di taman perumahan tempat anda tinggal telah mengalami kerosakan. Sebagai setiausaha di taman itu, anda dikehendaki menulis surat bagi melaporkan tentang kerosakan tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab. Tuliskan surat anda itu selengkapnya.

Bahagian C

( Masa yang dicadangkan : 20 minit )

(20 markah)

1.Tulis beberapa pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan

Sudah hampir empat tahun ibu bekerja di sebuah kilang pakaian di bandar Teluk Intan. Ibu terpaksa bekerja untuk menyara hidup kami berdua. Aku amat menghargai jasa dan pengorbanan ibu. Jauh disudut hati kecilku, aku bertekad untuk membalas segala pergorbanan dan curahan kasih sayang ibu kepada ku. Hampir setiap bulan aku dihadiahi ibu sepasang pakaian yang baharu. Hal ini demikian kerana ibu membeli pakaian tersebut daripada potongan harga yang istimewa di tempat kerjanya.

Pengorbanan ibu amat besar dan tidak ternilai olehku. Subuh-subuh lagi ibu sudah bangun tidur dan memasak juadah bagi sarapan pagi dan makan tengah hari untukku. Setiap pagi aku dan ibu menikmati sarapan bersama-sama. Ibu juga menyediakan bekal untuk aku bawa ke sekolah. Emak , Sham ke sekolah ya. Doakan Sham agar berjaya dalam pelajaran ya mak, barulah tangan ibu ku lepaskan dan aku mencapai basikalku. Aku mengayuh basikalku bagi menjejak sinar-sinar gemilang yang amat ku idam-idamkan.