Upload
doduong
View
234
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
1
THE 360° LEADER
OLEH : JOHN C. MAXWELL
Hampir tiga puluh tahun John C. Maxwell berceramah dan berpidato
mengenai kepimpinan dan beliau sering dilontari soalan-soalan yang
serupa daripada audiens iaitu: Bagaimana cara menerapkan prinsip-
prinsip kepimpinan jika kita bukan pemimpin?
Maxwell menegaskan bahawa seseorang itu tidak harus menjadi pemimpin
terulung dalam sesebuah organisasi semata-semata untuk membuat satu
keputusan yang signifikan. Cukup mereka memahami kaedah-kaedah
kepimpinan yang tertentu untuk memimpin dengan cara yang paling
berkesan.
Oleh yang demikian, Maxwell cuba mengenengahkan kaedah terulung
kepimpinan iaitu melalui berbagai hala atau Pemimpin 360°, yang
sebenarnya membuka ruang lebih luas kepada semua individu mengetuai
organisasi dengan lebih cekap dan cemerlang.
2
Para pemimpin yang berkesan, tidak hanya mampu memimpin pengikut
atau subordinat mereka, tetapi juga mahir dalam memimpin orang atasan
dan teman-teman sekitar. Dalam memahami konsep kepimpinan secara
umum, terdapat beberapa mitos dan sekatan yang perlu ditangani terlebih
dahulu. Bagi membongkar mitos dan mencurahkan idea pada cabaran
tersebut, John Maxwell menawarkan prinsip-prinsip khusus untuk Leading
Down, Leading Up dan Leading Across. Pemimpin 360° dapat memimpin
secara berkesan, melepasi kedudukan mereka dalam organisasi.
Bahagian 1
Mitos Memimpin dari Peringkat Pertengahan Organisasi
Mitos 1 : Kedudukan
Individu merasakan bahawa untuk menjadi pemimpin yang baik terlebih
dahulu memerlukan pangkat dan pengiktirafan oleh ketua atau pihak
tertentu. Tanpa pengiktirafan tersebut kita tidak akan mentadbir dan
menjadi pentadbir.
Realiti : Pemimpin sebenar tidak pernah dilahirkan, namun dia
berdiri di atas kesedaran mengenai kepimpinan dan berupaya mencari
peluang memimpin walau dari berbagai keadaan dan situasi.
3
Mitos 2 : Destinasi
Tanpa menetapkan matlamat dan tujuan organisasi, kita tidak boleh
menentukan halatuju kepimpinan.
Realiti : Matlamat organisasi menjadi secondary kerana pemimpin
akan menetapkan kepimpinan dan hala tuju sendiri mengikut acuan
semasa.
Mitos 3 : Pengaruh
Pemimpin yang berpengaruh disokong oleh kepimpinan asal yang
sudahpun berpengaruh. Kejayaan berdasarkan leluhur mereka.
Realiti : Pengaruh kepimpinan lahir daripada usaha yang
dikembangkan oleh pemimpin itu sendiri. Pemimpin tidak dilahirkan
bahkan pemimpin sebenarnya diasuh melalui kaedah-kaedah kepimpinan
mengikut masa dan keadaan.
Mitos 4 : Tiada Pengalaman
Kekurangan pengalaman kepimpinan menjadi penghalang kepada menjadi
pemimpin yang baik.
4
Realiti : Individu tidak memerlukan pengalaman untuk menjadi
pemimpin yang baik. Cukup dengan pendedahan dan pergaulan yang luas
dalam satu-satu kumpulan atau organisasi.
Mitos 5 : Kebebasan
Kita akan menjadi pemimpin yang baik jika kita diberikan kebebasan penuh
untuk menjadi pemimpin.
Realiti : Kebebasan penuh bukan syarat mutlak untuk menjadi
pemimpin kerana pemimpin yang berkesan dapat mengetuai satu-satu
kelompok melalui sedikit kebebasan yang diberikan.
Mitos 6 : Potensi
Kita dilihat berdasarkan potensi kepimpinan yang kita miliki oleh pegawai
atasan kita.
Realiti : Potensi kepimpinan lahir melalui pendedahan dan
pengalaman dan bukan secara semula jadi.
5
Mitos 7 : Diberi Kuasa ataupun Lupa Sahaja
Jika tiada kuasa kepimpinan yang diberikan, lupakan saja niat untuk
memimpin.
Realiti : Kuasa hanyalah faktor permulaan dan galakan sementara
dan tidak bersifat kekal. Kekuasaan kepimpinan dilihat melalui
kemampuan individu mentadbir.
Bahagian II
Cabaran Pemimpin 360°
Cabaran 1 : Ketegangan
Merasa tertekan dengan persekitaran masyarakat atau
subordinat dan kesukaran memenuhi tuntuan mereka.
Cabaran 2 : Kekecewaan
Merasa kecewa kerana tidak diberi pengiktirafan atau
kegagalan menjalankan tanggungjawab kepimpinan yang
diberikan.
6
Cabaran 3 : Memakai Banyak Topi
Memegang terlalu banyak jawatan dan tanggungjawab
yang menyebabkan kurang daya untuk menjalankan
semua amanah tersebut dengan sempurna.
Cabaran 4 : Ego
Berasa sombong dan bangga diri terhadap jawatan atau
kepimpinan yang dipegang. Perasaan ini selalunya
merosakkan semangat kendiri pemimpin dan mudah
terpengaruh dengan dorongan peribadi.
Cabaran 5 : Tiada Kepuasan Bekerja
Sama ada tidak diberikan tugasan yang berpadanan atau
ketidak sesuaian dengan faktor persekitaran, menjadi
penyumbang kepada ketidakpuasan bekerja. Tiada
recognition daripada pihak atasan juga menjadi
penyumbang kepada perasaan begini.
7
Cabaran 6 : Visi
Kekadang individu akan terperangkap dengan visi
organisasi. Ke arah pencapaian visi tersebut, individu
terpaksa melibatkan berbagai tahap anggota dalam
organisasi.
Cabaran 7 : Pengaruh
Pengaruh merupakan jalan pintas untuk berjaya tetapi
tidak pernah disukai oleh semua. Pengaruh kerap
diandaikan sebagai paksaan menerima di luar kelayakan
individu. Pencapaian tahap ini boleh diumpamakan
sebagai pencapaian sementara.
Bahagian III
Prinsip Pemimpin 360° Memimpin Pegawai Atasan
Bahagian ini menceritakan tentang prinsip yang perlu difahami untuk
memimpin Pegawai Atasan.
Prinsip 1 : Pimpin Diri Sendiri dengan Baik (Berupaya menjadikan diri sendiri sebagai teladan yang terbaik dan dinilai cemerlang oleh pegawai atasan).
8
Prinsip 2 : Ringankan Beban Bos (Tidak membebani Ketua dengan
perkara-perkara di dalam bidang kuasa sendiri dan tidak sebagai pengadu).
Prinsip 3 : Sanggup Melakukan Kerja yang Orang Lain Tidak Mahu Lakukan (Bersikap proaktif dalam melaksanakan tugasan jabatan).
Prinsip 4 : Jangan Urus Sahaja - Pimpin! (Berupaya berfungsi memimpin organisasi di bawah bidang kuasa yang dibenarkan).
Prinsip 5 : Memupuk Hubungan Yang Serasi (Menjalin hubungan intim sesama rakan sejawatan)
Prinsip 6 : Sentiasa Bersedia Semasa Berdepan Dengan Pemimpin (Bersiap siaga menghadapi dan memberi sokongan dan dorongan kepada pemimpin)
Prinsip 7 : Tahu Bila Perlu Mendesak dan Bila Perlu Mengalah (Berupaya mengesan dan bertindakbalas terhadap isu apabila diajukan).
Prinsip 8 : Menjadi Orang Harapan (Sentiasa bersedia membantu pegawai atasan dan organisasi jika diperlukan).
9
Prinsip 9 : Jadikan Hari Ini Lebih Baik (Sentiasa aktif dan progresif
dalam kerja).
Bahagian IV
Prinsip Amalan Pemimpin 360° Memimpin Rakan Sejawat
Bahagian ini menceritakan tentang prinsip yang perlu difahami untuk
memimpin Rakan Sejawat.
Prinsip 1 : Memahami, Mengamal dan Melengkapkan Pusingan Kepimpinan.
Prinsip 2 : Utamakan Pemimpin Yang Cekap, Bukan Menentang
Prinsip 3 : Bersahabat dengan Rakan Sejawatan
Prinsip 4 : Jauhi Politik Pejabat
Prinsip 5 : Ramaikan Kenalan
Prinsip 6 : Menyokong Setiap Idea yang Bagus
Prinsip 7 : Jalan Berlagak Sempurna
10
Bahagian V
Prinsip Amalan Pemimpin 360° - Memimpin Orang Bawahan
Prinsip 1 : Perlahankan Langkah Semasa Berjalan ke Kelompok Bawahan
Prinsip 2 : Anggap Mereka Semua 10/10
Prinsip 3 : Kembangkan Potensi Anggota Pasukan
Prinsip 4 : Tempatkan Individu Dalam Zon Kekuatan
Prinsip 5 : Tunjukkan Gaya Yang Kita Mahu Mereka Contohi
Prinsip 6 : Memindahkan Visi dan Misi
Prinsip 7 : Beri Ganjaran Atas Pencapaian
Bahagian VI
Nilai Pemimpin 360°
Nilai 1
: Pasukan Pemimpin Lebih Berkesan Daripada Seorang Pemimpin
11
Nilai 2 : Pemimpin Diperlukan di Setiap Peringkat
Nilai 3 : Berjaya Memimpin di Satu Peringkat Melayakkan Kita
Memimpin di Peringkat Seterusnya.
Nilai 4 : Pemimpin Yang Baik di Peringkat Pertengahan Menjadi Pemimpin Yang Hebat di Peringkat Atasan.
Nilai 5 : Pemimpin 360° Memiliki Kualiti Yang Diperlukan Oleh Setiap Organisasi
Berikut adalah 10 petua untuk mendapatkan nilai yang paling baik dari
penilaian kepimpinan 360°:
1. Persiapan Mental
Kita harus secara realitinya berfikir positif ke arah menjadi pemimpin yang serba boleh. Masalah atau tribulasi sebagai pemimpin adalah biasa dan kekuatan kita adalah terletak kepada keupayaan menangani semua masalah tersebut.
2. Jangan Cepat Leka Terhadap Keberhasilan.
Kita kerap terleka kepada satu-satu dapatan yang dampak nilai
12
positif di dalam hidup kita lantas mengabaikan tanggungjawab sebenar kepada maksud kepimpinan yang sedang dilaksanakan. Sikap ini akan menyebabkan seseorang itu mula mengambil sikap acuh tak acuh kepada tanggungjawab asal. Keadaan ini juga akan melengahkan seseorang bagi mencapai maksud pemimpin 360° sebagaimana yang dibahaskan.
3. Jangan Buang Masa Mencari Siapa Salah
Kita kerap menghabiskan masa mencari punca masalah kecuali diarahkan oleh pihak pengurusan atasan untuk berbuat demikian. Sikap suka mencari masalah tidak pernah disukai oleh sesiapa pun dan boleh merencatkan kepercayaan orang terhadap kita.
4. Pendekatan Holistik atau Sistematik Terdapat dua cara untuk menilai semua peringkat dan komentar. Ada pengurus mengambil pendekatan yang lebih holistik. Mereka mengambil kira semua faktor dan menganalisa pendekatan dengan lebih sistematik, manakala lainnya menggunakan pendekatan yang lebih signifikan secara statistik dan kompleks. Walau bagaimanapun kaedah digunapakai, pertimbangan dan kewajaran penilaian sendiri adalah lebih penting. Kita tidak perlu terpengaruh dengan kaedah yang boleh melemaskan kita apabila membuat keputusan.
13
5. Perhatikan dan Menghargai Kekuatan Sendiri Para pemimpin tidak selalu boleh mendengar tentang apa yang mereka lakukan. Sesungguhnya kekuatan ini juga boleh memainkan peranan utama dalam mencari bagaimana mengatasi masalah atau kaedah terbaik untuk melaksanakan kerja di sekitar kelemahan.
6. Cari ‘blind spot’ dan ‘spot differences’ ‘Blind spot’ adalah situasi di mana kita telah menilai diri sendiri lebih tinggi daripada orang lain. Keadaan pemahaman sebegini mungkin berbeza dengan cara orang lain memahami kita. Kadang kala orang lain menilai kita berbeza, berbanding dengan bagaimana pegawai atasan membuat penilaian. Perbezaan ini jika dikenalpasti dapat membantu kita mempertingkatkan nilai kepimpinan yang kita telah miliki.
7. Buatlah Perencanaan dan Ambil Tindakan Kaedah Pemimpin 360°, meletakkan harapan terbesar kepada perencanaan sendiri dan perancanaan orang lain. Kolaborasi kedua-dua perencanaan ini akan membantu kita mengurus dalam keadaan yang lebih baik dan cekap.
8. Follow-up Jika kita meninjau kembali kesan dalam tempoh 12 – 18 bulan
14
kemudian atau mendapatkan keputusan daripada pihak lain selepas daripada itu, kita pasti akan memperolehi keputusan yang agak berbeza dan terencana.
KESIMPULAN 1. Kejayaan
Kejayaan melibatkan banyak hal positif dalam perilaku. 1.1. Kejayaan juga bererti kesejahteraan peribadi, rumah besar dan
mewah, bercuti, melancong, hal baru, jaminan kewangan.
1.2. Kejayaan adalah memenangi kekaguman, kepimpinan, perniagaan dan kehidupan sosial.
1.3. Kejayaan bererti kebebasan, kebebasan dari
kebimbangan,ketakutan, kekecewaan dan kegagalan. 1.4. Kejayaan bererti diri terus menerus mencari kebahagian lebih
nyata dan kepuasan dari kehidupan, boleh berbuat lebih banyak bagi mereka yang bergantung pada anda.
1.5. Kejayaan bererti menang.
15
2. Kepimpinan “Proses Pengaruh Sosial Di Mana Satu Orang Boleh Meminta Bantuan Dan Sokongan Orang Lain Dalam Memenuhi Tugas Umum”.
Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang Kuantan. Bertarikh : 4 Januari 2012