28
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PEMBANGUNAN SISTEM PANGKALAN DATA PENGURUSAN KEHADIRAN PELAJAR KE KULIAH BERASASKAN WEB (MODUL PENGURUSAN MAKLUMAT) SESI PENGAJIAN: 2011/2012 Saya ANWARUDDIN BIN MOHD KASIM (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan). TIDAK TERHAD Disahkan oleh _____________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : NO. 18, KG SG MASIN TN HJ MEGAT AMAN ZAHARI 44300 BATANG KALI, NAMA PENYELIA HULU SELANGOR, SELANGOR Tarikh: 18 MEI 2012 Tarikh: 18 MEI 2012

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

  • Upload
    buianh

  • View
    222

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PEMBANGUNAN SISTEM PANGKALAN DATA PENGURUSAN

KEHADIRAN PELAJAR KE KULIAH BERASASKAN WEB

(MODUL PENGURUSAN MAKLUMAT)

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya ANWARUDDIN BIN MOHD KASIM

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_____________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

NO. 18, KG SG MASIN TN HJ MEGAT AMAN ZAHARI 44300 BATANG KALI, NAMA PENYELIA

HULU SELANGOR, SELANGOR

Tarikh: 18 MEI 2012 Tarikh: 18 MEI 2012

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan

(Fizik) ”

Tandatangan :………………………….……………….…….................

Nama Penyelia : TN HJ MEGAT AMAN ZAHARI BIN MEGAT

ZAKARIA

Tarikh :…………………………………………………................

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

ii

PEMBANGUNAN SISTEM PANGKALAN DATA PENGURUSAN

KEHADIRAN PELAJAR KE KULIAH BERASASKAN WEB

(MODUL PENGURUSAN MAKLUMAT)

ANWARUDDIN BIN MOHD KASIM

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat Penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2012

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :………………………………………......

Nama : ANWARUDDIN BIN MOHD KASIM

Tarikh : 21 Jun 2012

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

iv

DEDIKASI

Khas buat ibu Zainab binti lebai ya yang dicintai...

Juga khusus buat ayahanda Mohd kasim bin Ahmad yang dikasihi...

Jutaan terima kasih atas nasihat dan galakan...

Doa restu kalian menjadi inspirasi perjuanganku...

Khas buat kakak,dan adik yang tersayang...

Siti Haida, Maria, Zainah dan Siti Noor Idayu....

Jutaan terima kasih kerana telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepadaku

untuk meneruskan perjuangan dalam menggapai cita-cita yang diimpikan...

Khas buat rakan-rakan yang disanjungi...

Terima kasih juga atas bantuan dan tunjuk ajar kalian...

Yang telah banyak membantu tanpa ada rasa jemu sepanjang perjuangan ini...

Kenangan bersama kalian tidak kulupakan...

Jutaan terima kasih ku ucapkan di atas segala doa restu,kesabaran, sokongan, dorongan

dan bantuan kalian semua...

Terima kasih, semoga jasa anda dibalas dan diberkati Allah S.W.T....

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

v

PENGHARGAAN

حيمحالر بسم هللا من الر

Segala puji bagi Allah S.W.T. Tuhan yang menciptakan sekalian alam.

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga

dan sahabat-sahabat baginda. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana atas limpah

kurnia serta taufiq dan hidayahNya dapatlah saya menyempurnakan penulisan kajian

ini bagi memenuhi syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer

serta Pendidikan (Fizik).

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Tn Hj

Megat Aman Zahari Bin Megat Zakaria atas kerjasana, tunjuk ajar, bimbingan,

toleransi serta kepercayaan yang tidak berbelah bagi yang diberikan beliau kepada

saya sepanjang proses penyediaan laporan ini. Tunjuk ajar beliau serta komen-komen

membina yang beliau berikan banyak membantu dalam meningkatkan lagi kualiti

laporan saya supaya memenuhi kehendak-kehendak yang disasarkan untuk PSM ini.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan

dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya sebagai

seorang pelajar. Semoga jasa baik kalian di balas dengan ganjaran yang setimpal oleh

ALLAH S.W.T.

Akhir sekali, saya sudahi dengan salam takzim penuh kehormatan kepada

semua yang terlibat dalam menjayakan kajian ini.

Sekian, Terima Kasih.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

vi

Abstrak

Sistem pangkalan data pengurusan kehadiran pelajar ke kuliah (eKantoi) dibangunkan

adalah bertujuan untuk menyediakan sebuah platform di mana platform tersebut boleh

dijadikan sebagai alternatif baru kepada para pensyarah dalam proses pengurusan dan

menyimpan data kehadiran pelajar ke kuliah. Sistem ini merupakan sebuah sistem yang

berasaskan lama web dan ianya dilengkapi dengan aplikasi atas talian (online) melalui

capaian Internet di mana ianya membolehkan segala urusan merekodkan dan menyimpan

data dilakukan dengan lebih mudah. Kategori pengguna utama yang akan menggunakan

sistem ini adalah golongan pensyarah di mana mereka akan merekodkan segala maklumat

kehadiran pelajar mereka secara atas talian. Objektif utama pembangunan sistem eKantoi ini

adalah untuk menyediakan sebuah sistem maklumat kehadiran yang mempunyai paparan

yang membolehkan para pensyarah mengemas kini, melihat dan memasukkan status

kehadiran pelajar ke kuliah. Selain itu, sistem ini juga membolehkan para pensyarah untuk

memantau maklumat kehadiran pelajar ke kuliah Dalam proses pembinaan sistem ini,

terdapat beberapa elemen penting yang digunakan seperti bahasa pengaturcaraan Activer

Server Page (ASP) di mana dijadikan sebagai bahasa pengaturcaraan utama dalam sistem ini.

Selain itu terdapat juga elemen lain seperti Cascading Style Sheets (CSS), Hypertext Markup

Language (HTML) dan Structured Query Language (SQL). Kesimpulannya, sistem ini boleh

dijadikan sebagai satu pembaharuan dalam proses pengursan dan penyimpanan data

kehadiran pelajar ke kuliah kerana ianya merupakan sebuah sistem yang lebih efektif dan

sistematik dan mudah untuk diuruskan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

vii

Abstract

Management database system attendance to lectures (eKantoi) developed is intended

to provide a platform where can be used as an alternative to the lecturers in the management

process and store data to attendance of student to lecture. This system is a new web-based

system and is equipped with on-line applications (online) through your Internet connection,

where it allows the business to capture and store the data more easily. The main categories of

users who will use this system are the lecturers where they will record their student

attendance information online. The main objective of this eKantoi system development is to

provide an information system has a screen presence that allows the lecturers to update, view

and present status of students entering college. In addition, this system also allows the

lecturers to monitor student attendance information to their student. In the process of building

this system, there are several key elements that are used as the programming language Active

Server Page (ASP) which serve as the main language in this system. There are also other

elements such as Cascading Style Sheets (CSS), Hypertext Markup Language (HTML) and

Structured Query Language (SQL). In conclusion, this system can be used as a reform in the

process of management and storage of student attendance data to lecture because it is a

system that is more effective and systematic and easy to manage.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

viii

KANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Projek 6

1.5 Rasional Projek 7

1.6 Kepentingan Projek 7

1.7 Batasan Projek 8

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Internet 9

1.8.2 Laman Web 9

1.8.3 Sistem 10

1.8.4 Pangkalan Data 10

7.8.5 Hadir 10

1.8.6 Ketidakhadiran 11

1.9 Penutup 11

II KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan 12

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

ix

2.2 Kepentingan Kehadiran Kepada Pembelajaran 13

2.3 Sistem Maklumat 14

2.3.1 Fungsi Sistem Maklumat 14

2.4 Sistem Maklumat Pengurusan (SMP) 15

2.4.1 Ciri-ciri Sistem Maklumat Pengurusan 16

2.4.2 Kelebihan Penggunaan Sistem Maklumat

Berkomputer 17

2.5 Sistem Pangkalan Data 18

2.5.1 Kelebihan sistem Pangkalan Data 19

2.5.2 Model-model Pembinaan Sistem

Pangkalan Data 19

2.6 Pangkalan Data Microsoft Access 20

2.6.1 Jadual (Table) 21

2.6.2 Pertanyaan (Query) 21

2.6.3 Dynaset 22

2.6.4 Borang (Form) 22

2.6.5 Laporan (Report) 22

2.6.6 Makro 23

2.6.7 Modul 23

2.7 Bahasa Pengaturcaraan 23

2.7.1 HTML (HyperText Markup Language) 24

2.7.2 Java Script 25

2.7.3 CSS (Cascading Style Sheet) 25

III METODOLOGI PROJEK

3.1 Pengenalan 28

3.2 Model Pangkalan Data secara

Hubungan (Relational Database) 29

3.3 Model Reka bentuk Dalam Pembangunan

Sistem 30

3.3.1 Fasa Analisis 31

3.3.1.1 Justifikasi Perkakasan 31

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

x

3.3.1.2 Justifikasi Perisian 32

3.3.1.2.1 Penyunting Web 33

3.3.1.2.2 Penyunting Grafik 33

3.3.1.2.3 ASP 34

3.3.1.2.4 Microsoft Access 34

3.3.1.2.5 Cascading Style

Sheets (CSS) 35

3.4 Fasa Reka bentuk 36

3.4.1 Carta Alir 36

3.5 Fasa Pembangunan 36

3.6 Fasa Perlaksanaan 37

3.7 Fasa Penilaian 37

3.8 Kesimpulan 38

IV PEMBANGUNAN SISTEM

4.1 Pengenalan 40

4.2 Pakej Sistem 41

4.2.1 Kategori Pengguna : Pensyarah 46

4.2.2 Kategori Pengguna : Pentadbir (Admin) 57

4.3 Komen Terdapat Sistem 64

4.4 Penutup 64

V RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 66

5.2 Ringkasan Pembangunan 66

5.3 Masalah yang Dihadapi 67

5.4 Kelebihan Sistem 68

5.5 Kelemahan Sistem 70

5.6 Cadangan 71

5.6 Kesimpulan 72

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

xi

RUJUKAN 74

LAMPIRAN

Lampiran A 76

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1 Paparan antara muka utama sistem 46

4.2 Login bagi kategori pengguna pensyarah 47

4.3 Login bagi kategori pengguna Pentadbir 47

4.4 Jadual kategori pengguna 48

4.5 Pautan yang menghubungkan pengguna bagi

tujuan berhubung dengan pentadbir 49

4.6 Butang “Logout” 50

4.7 Paparan antara muka utama bagi pengguna kategori

Pensyarah 51

4.8 Maklumat Pengguna 52

4.9 Senarai subjek mengikut no pekerja pensyarah 53

4.10 Butang “Add” 53

4.11 Paparan antara muka “Tambah Subjek” 54

4.12 Butang “Edit” 54

4.13 Paparan antara muka “Ubah Subjek” 55

4.14 Butang “Delete” 55

4.15 Pautan bagi setiap subjek 56

4.16 Paparan antara muka senarai subjek 57

4.17 Paparan antara muka “Tambah Tarikh” 58

4.18 Paparan antara muka senarai pelajar 58

4.19 Paparan antara muka pengesahan kehadiran 59

4.20 Paparan antara muka senarai semua pelajar 60

4.21 Paparan antara muka senarai subjek yang diambil

oleh pelajar 61

4.22 Pautan ke “Login” pentadbir 62

4.23 Paparan antara muka “Login” pentadbir 63

4.24 Paparan antara muka senarai semua pensyarah 64

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

xiii

4.25 Paparan antara muka “Tambah Pensyarah” 65

4.26 Paparan antara muka “Ubah Pensyarah” 66

4.27 Paparan antara muka “Padam Pensyarah” 67

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

xiv

SENARAI SINGKATAN

IIS - Internet Information Services

ASP - Active Server Pages

CSS - Cascading Style Sheet

HTML - Hypertext Markup Language

ISP - Internet Service Provider

WWW - World Wide Web

SQL - Bahasa Pertanyaan Berstruktur

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Carta Alir eKantoi 76

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Jika kita mempersoalkan tentang kehebatan teknologi di negara kita pada masa

kini, sememangnya teknologi pada masa kini adalah lebih canggih berbanding dengan

teknologi pada masa lampau. Tambahan pula, dengan penciptaan komputer pada abad

ke-19 oleh Charles Barbage dengan model Difference Engine dan Analytic Engine

(Zoraini,1993) merupakan titik permulaan teknologi komputer walaupun telah wujud

alat lain seperti sempoa yang digunakan meluas di negara China.

Kita juga dapat melihat bahawa teknologi komputer ini mula digunakan dalam

bidang pengurusan, di mana pengurusan ketenteraan seperti ENIAC (Electronic

Numerical Integrator and Calculator) yang mampu mencampurkan 5,000 nombor sesaat

telah digunakan oleh Tentera Amerika dalam Perang Dunia Pertama.

Dengan ledakan perkembangan teknologi yang hebat ini, bidang pendidikan juga

turut tidak ketinggalan. Dalam sektor pendidikan, kita dapat melihat penggunaan

teknologi ini sama ada dalam bidang pembelajaran mahupun bidang pengurusan

pendidikan. Justeru itu, pihak kementerian juga turut tampil dengan memperkenalkan

pelbagai sistem seperti Sistem Maklumat murid Berkomputer, Sistem Pengurusan

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

2

Peperiksaan, Sistem Merit Demerit, Sistem Pengurusan Kokurikulum, Sistem

Pentafsiran Lisan Berasaskan Sekolah dan Sistem Laporan Adab Belajar (Wikipedia,

2008). Sistem-sistem ini diperkenalkan bagi tujuan meringankan beban para pendidik.

Kementerian juga turut maju selangkah di mana sistem-sistem ini diletakkan secara atas

talian bagi capaian yang lebih mudah dan efisien.

Oleh yang demikian, projek yang akan dibangunkan merupakan Sistem

Kehadiran Pelajar Fakulti Pendidikan Secara Atas Talian Bagi Modul Pensyarah.

Sistem ini merupakan sistem yang dibina khas untuk kegunaan para pensyarah fakulti

pendidikan ,UTM bagi melihat paparan rekod kehadiran para pelajar ke kuliah serta

memberi maklum balas.

Dengan kewujudan dan perkembangan teknologi kini, sistem kehadiran pelajar

juga perlu diwujudkan dengan menggunakan elemen-elemen teknologi yang terkini. Di

mana sistem yang akan dihasilkan dapat membantu pelbagai pihak dalam menguruskan

sesuatu kerja dengan lebih mudah, sistematik dan lebih efisien.

Sistem yang akan dibangunkan dapat membantu untuk mengatasi permasalahan

terutamanya kemasukan dan penyimpanan data. Selain dari itu, sistem itu juga dapat

membantu para pensyarah untuk memantau kehadiran para pelajar ke kuliah.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengurusan data bagi satu organisasi adalah suatu perkara yang sangat penting.

Dalam pengurusan pendidikan juga perlu pengurusan data di mana sistem yang

diperkenalkan dapat memantapkan keberkesanan pengurusan.

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

3

Menurut Tey Kien Huat (2005), maklumat merupakan data atau fakta yang

diproses dan disusun dengan cara yang membawa maksud atau nilai kepada pengguna

bagi menyempurnakan sesuatu tugas ataupun menyelesaikan sesuatu masalah.

Maklumat yang dikatakan sebagai sumber yang penting kerana dianggap sebagai aset

dan sumber utama bagi sesebuah organisasi yang menjadi tunjang dalam menentukan

hala tuju pengurusan sesebuah organisasi.

Pengurusan data yang baik membolehkan para pengguna menyimpan data secara

sistematik. Pengguna seharusnya mampu untuk mengubah, memadam dan merekodkan

data yang baru. Pengguna juga boleh melaksanakan mahupun meminta sistem untuk

melakukan operasi seperti memasukkan data ke dalam fail yang sedia ada , memperbaiki

data, dan menambah fail baru ke dalam pangkalan data, memadam serta menukar data

sedia ada yang tidak diperlukan daripada pangkalan data.

Jika kita melihat pengurusan maklumat secara klasik atau tradisional, beberapa

kelemahan serta kekurangan yang terdapat dalam sistem pengurusan tersebut. Hal yang

demikian sedikit sebanyak telah mengganggu kelancaran pentadbiran sesebuah

organisasi. Antaranya ialah faktor keselamatan. Maklumat atau data dalam bentuk fail

atau kertas yang digunakan dalam sistem ini membolehkan kemungkinan untuk rosak

atau hilang. Sekiranya sesuatu kejadian yang tidak diingini berlaku seperti banjir dan

kebakaran, pastinya maklumat-maklumat tersebut sukar untuk diselamatkan. Situasi

seperti ini secara tidak langsung membawa kepada kerugian pada organisasi tersebut.

Selain itu, faktor lain yang harus difikirkan adalah capaian yang terhad dalam

menyimpan sesuatu maklumat. Sekiranya seseorang sedang menggunakan sesuatu

fail,adalah sukar bagi pengguna yang lain untuk menggunakan fail tersebut, dan terpaksa

menunggu sehingga pengguna tersebut selesai urusannya. Keadaan di mana fail sukar

untuk dikemas kini juga menyumbang kepada kelemahan menggunakan kaedah

tradisional ini. Proses kemas kini akan menjadi semakin lambat sekiranya maklumat

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

4

yang ingin dicapai adalah sukar. Ini mendorong kepada permasalahan bagi individu

menyempurnakan tugasannya.

Golongan pensyarah juga merupakan pengguna yang terlibat dalam pengurusan

maklumat. Ini termasuklah maklumat kehadiran pelajar ke kuliah serta maklumat

akademik yang lain. Sekiranya, pihak universiti menggunakan sistem pengurusan

maklumat yang lama adalah sukar bagi para pensyarah untuk mencapai maklumat-

maklumat tersebut. Pencarian maklumat adalah sukar dan rumit kerana maklumat yang

direkodkan dan disimpan tidak disusun dalam bentuk yang sempurna.

Selain itu, ruang yang banyak juga diperlukan untuk penyimpanan fail-fail yang

lama (Mohamad Mahadi, 2001). Disebabkan maklumat yang bertambah dari satu masa

ke masa yang lain, maka suatu ruang yang luas diperlukan untuk menyimpan maklumat-

maklumat tersebut. Adalah sukar untuk menyediakan ruang yang mencukupi untuk

menyimpan maklumat yang banyak untuk jangka masa yang panjang.

Dengan wujudnya perisian pangkalan data yang berada di pasaran dapat

membantu untuk menyimpan dan mengurus maklumat dengan lebih baik. Perisian-

perisian seperti Structued Query Language (SQL) dan Microsoft Access sering

digunakan bagi proses penyimpanan maklumat ini. Natijahnya, pensyarah-pensyarah

dapat menjimatkan masa dalam menguruskan maklumat pelajar. Selain itu, faktor

keselamatan juga tidak perlu dirisaukan kerana kiat semua sedia maklum bahawa

perisian–perisian tersebut telah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tersendiri.

Namun yang demikian, terdapat juga kekangan yang harus dihadapi di mana fail-

fail yang mengandungi maklumat-maklumat tersebut hanya boleh dicapai dengan

menggunakan komputer yang telah dipasangkan dengan perisian tersebut. Hal yang

demikian telah menimbulkan kesukaran bagi para pensyarah sekiranya ingin

menggunakan komputer yang lain. Oleh yang demikian, bagi menangani kekangan

tersebut, maka perisian pangkalan data atas talian (online database) boleh digunakan.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

5

Dengan menggunakan perisian ini, komputer pelayan (server) akan digunakan untuk

menyimpan segala maklumat dan tidak lagi disimpan dalam satu komputer. Maklumat

tersebut boleh dicapai dengan mudah sekiranya komputer tersebut dilengkapi dengan

kemudahan talian Internet.

Dengan wujudnya pangkalan data atas talian ini dapat membantu para pensyarah

dalam menguruskan maklumat kehadiran dan akademik pelajar dengan lebih baik.

Maklumat-maklumat tersebut tidak lagi di letakkan pada satu tempat yang khusus,

sebaliknya disimpan pada komputer pelayan (server). Dengan itu, para pensyarah tidak

perlu untuk menunggu giliran untuk memasukkan maklumat di komputer yang telah di

tetapkan, malahan urusan tersebut boleh di lakukan di mana sahaja dengan capaian

Internet.

Hal-hal yang telah dinyatakan, telah mendorong para penyelidik untuk

membangunkan suatu sistem yang dapat membantu para pensyarah dalam menguruskan

maklumat kehadiran pelajar mereka. Dengan adanya sistem ini, maklumat dan dapat

diproses dengan lebih efektif dan efisien.

1.3 Penyataan Masalah

Pengurusan maklumat pendidikan boleh dikatakan perkara yang perlu ambil

perhatian terutama maklumat kehadiran. Pusat pengajian yang dikatakan bukan sekadar

tempat untuk menimba ilmu semata-mata, malah ia juga merupakan sebuah institusi

pendidikan masyarakat yang akan membentuk pola-pola generasi akan datang (Dewan

Masyarakat,1999). Dengan kata lain, pusat pengajian juga sepatutnya memainkan

peranan yang amat penting untuk menyediakan landasan disiplin kepada masyarakat

remaja dan hasrat(Robiah Sidin,1987)

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

6

Antara matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan insan-insan yang

berdisiplin. Mereka ini seharusnya sedar akan tanggungjawab mereka terhadap diri

sendiri, masyarakat, institusi-institusi pelajaran dan sosial serta negara. Disiplin diri

yang menjadi tunjang kepada pembentukan masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu,

demokratik, adil, liberal dan progresif( Dr. Mahthir Bin Mohamad,1979).

Berdasarkan kekangan dan kesukaran yang perlu dihadapi oleh pihak pengurusan

dalam menguruskan sistem kehadiran secara manual, sistem yang dibangunkan dapat

membantu pihak pengurusan terutamanya dalam pengurusan maklumat terutamanya

merekodkan kehadiran pelajar dengan lebih efektif dan efisien.

Selain itu, sistem yang dibangunkan telah menyediakan satu platform kepada

para pensyarah untuk mengemas kini maklumat kehadiran para pelajar. Para pensyarah

tidak perlu lagi menyediakan helaian kertas sebagai medium untuk mencatatkan

kehadiran pelajar di mana helaian tersebut sukar untuk dikemas kini dan disimpan.

1.4 Objektif Projek

Fokus sistem ini adalah untuk:

1. Mereka bentuk sebuah sistem kehadiran pelajar ke kuliah secara atas

talian bagi modul pensyarah.

2. Membangunkan satu sistem maklumat yang membolehkan pensyarah

untuk memantau maklumat kehadiran pelajar.

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

7

1.5 Rasional Projek

Pembangunan sistem ini adalah bertujuan mengatasi masalah yang terdapat

dalam sistem pengurusan rekod kehadiran pelajar ke kuliah pada masa kini. Sistem

yang sedang diguna pakai kini mempunyai pelbagai kekangan di mana maklumat

kehadiran pelajar tidak dicatatkan dengan tepat malahan ada yang tidak jujur

merekodkan kehadiran pelajar. Natijahnya ketepatan rekod kehadiran pelajar adalah

kurang dipercayai.

Selain daripada itu, pemantauan pensyarah terhadap kehadiran pelajar ke kuliah

turut tidak dititikberatkan, di mana pensyarah tidak mengetahui bilangan hari pelajar

sudah tidak datang ke kuliah. Terdapat juga kejadian di mana para pensyarah tidak

mengetahui bahawa pelajar tersebut merupakan pelajar beliau. Oleh yang demikian,

dengan pembangunan sistem ini dapat membantu merekodkan kehadiran pelajar dan

memantau kehadiran pelajar dengan lebih terperinci dan efektif.

Seterusnya, pembangunan sistem yang berbentuk mesra pengguna ini

memudahkan pengendalian rekod dan maklumat pelajar serta mampu memantau

kehadiran pelajar dengan lebih cepat dan mudah.

1.6 Kepentingan Projek

Sistem yang akan dibangunkan merupakan sebuah sistem yang berasaskan laman

Web yang mempunyai kepentingan dan manfaat yang dianggap akan memberikan

faedah kepada pensyarah dan pihak pengurusan. Antaranya adalah:

i) Pensyarah

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

8

(a) Memudahkan para pensyarah untuk menyimpan, merekodkan dan

mencapai maklumat kehadiran pelajar ke kuliah.

(b) Memudahkan para pensyarah untuk memantau kehadiran pelajar ke

kuliah secara atas talian.

ii) Pihak Pengurusan.

(a) Membantu pihak pengurusan untuk menyimpan, merekodkan dan

mencapai maklumat kehadiran pelajar ke kuliah.

(b) Membantu mengurangkan penggunaan kertas dan ruang untuk

menyimpan data maklumat kehadiran pelajar ke kuliah.

1.7 Batasan Projek

Pembangun Sistem Maklumat Kehadiran Pelajar Ke Kelas ini merupakan satu

usaha untuk mengatasi kelemahan yang ada pada sistem kehadiran yang diguna pakai

pada masa ini. Oleh yang demikian pembangunan sistem ini adalah bertujuan untuk

merekodkan kehadiran pelajar ke kuliah bagi modul para pensyarah. Sistem yang dibina

ini merupakan sebuah sistem pangkalan data secara atas talian.

Di samping itu, pembangunan sistem ini juga adalah bertujuan untuk kegunaan

para pensyarah bagi memantau kehadiran para pelajar ke kuliah. Para pensyarah akan

memastikan kehadiran pelajar dalam keadaan yang sepatutnya.Sistem ini menyediakan

ruang di mana para pensyarah akan dapat mengetahui pelajar yang mempunyai rekod

kehadiran yang kurang memuaskan melalui sistem ini.

Dengan adanya sistem ini, segala urusan pengurusan data kehadiran yang akan

dilakukan akan menjadi lebih mudah dan sistematik. Secara tidak langsung, penjimatan

masa, ruang , tenaga juga dapat dilakukan.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

9

1.8 Definisi Istilah

Dalam kajian ini, sitilah dan perkataan yang digunakan secara khusus membawa

makna dan pengertian yang khusus. Isitilah-istilah yang diguna pakai adalah:

1.8.1 Internet

Menurut Kamus Dwibahasa Edisi Kedua (2002), Internet merupakan sebuah

sistem di mana pertukaran maklumat yang dilakukan oleh berjuta-juta pengguna dengan

kebenaran sistem komputer tersebut. Manakala menurut Hofstetter (2003) Internet pula

merupakan sebuah protokol yang digunakan untuk berkomunikasi di mana ianya

menyambungkan penyambung global bagi lebih 109 million buah komputer.

Penyambungan yang dikatakan merupakan satu rangkaian menggunakan satu protokol

utama yang dinamakan sebagai protokol kawalan transmisi/protokol Internet tau TCP/IP

(Transmission Control Protocol/Internet Protocol).

1.8.2 Laman Web

Laman web merupakan sebuah medium interaktif di mana mengandungi elemen-

elemen multimedia seperti teks,grafik audio dan video. Penyambungan antara satu

bahagian ke satu bahagian yang lain dalam laman web tersebut dengan menggunakan

satu pautan (hypertext). Pautan (hypertext) tersebut menggunakan suatu bahasa yang

khusus yang dinamakan Hypertext Markup Language atau dikenali sebagai HTML

(Gralla,1997)

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

10

1.8.3 Sistem

Sistem diertikan sebagai suatu kaedah atau cara untuk melakukan sesuatu

perkara atau aturan (Kamus Dewan Edisi Keempat,2005). Dalam pembangunan sistem

ini, sistem merupakan gabungan aturan pengurusan data dengan perisian komputer yang

membawa makna apabila data diproses.

1.8.4 Pangkalan Data

Pangkalan data adalah koleksi data yang berkaitan di mana ianya yang boleh

dicapai dengan mudah dan boleh diproses oleh komputer.(Anderson,1990). Dalam

kajian ini, pangkalan data merujuk kepada maklumat peribadi pelajar, maklumat

pensyarah dan maklumat kehadiran pelajar ke kuliah.

1.8.5 Hadir

Menurut Kamus Dewan (2005), hadir membawa maksud datang. Dalam kajian

ini, hadir membawa erti pelajar datang ke kuliah.

1.8.6 Ketidakhadiran

Ketidakhadiran didefinisikan sebagai suatu yang ekstrem dalam satu kontinum

iaitu membawa maksud tingkah laku tarik diri( Ahmad Atory Hussain, 1986). Dalam

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya

11

penyelidikan ini, ketidakhadiran membawa maksud kepada pelajar yang tidak

menghadirkan diri ke kuliah.

1.9 Penutup

Teknologi komputer yang dikatakan sudah berkembangan pesta di negara kita di

mana perkembangan teknologi ini secara tidak langsung telah memaksa hampir semua

individu untuk bergerak seiring dengannya. Oleh yang demikian, suatu persaingan yang

sehat telah wujud di mana hampir setiap organisasi berlumba-lumba menggunakan

teknologi ini untuk menjadi sebuah organisasi yang terbaik. Secara tidak langsung ianya

membawa kepada suatu arah yang positif terutamanya dalam sektor pembangunan dan

perindustrian.

Selaras dengan perkembangan ini, penggunaan aplikasi berasaskan laman web

dalam pengurusan dan pentadbiran dilihat semakin mendapat tempat dalam organisasi

kerajaan mahupun swasta. Ditambahkan pula oleh kemudahan Internet yang

mempunyai kelajuan yang tinggi menyumbang kepada peningkatan permintaan yang

melibatkan pembangun aplikasi atas talian(online).Sejurus itu, pembangunan sistem

kehadiran pelajar ke kuliah ini diharap dapat membantu proses pengurusan maklumat

supaya ianya dapat dilakukan secara lebih sistematik dan efektif.

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my fileTidak lupa juga kepada ibu bapa dan keluarga yang banyak memberikan dorongan serta semangat kepada saya untuk meneruskan perjuangan saya