247
PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PELAKSANAAN PIAWAIAN PEMBANGUNAN FASILITI PENGINAPAN DALAM KAWASAN HUTAN LINDUNGAN DI MALAYSIA SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006 Saya RIRY ZAIMORA (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM /Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: Kom.Perumahan Talang Prof.MadyaDr. Amran Hamzah Blok B No 5 Nama Penyelia Payakumbuh (Sum-Bar) Indonesia Tarikh : 22-Mei-2006 Tarikh : 22-Mei-2006 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

  • Upload
    buiminh

  • View
    284

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : PELAKSANAAN PIAWAIAN PEMBANGUNAN FASILITI

PENGINAPAN DALAM KAWASAN HUTAN LINDUNGAN

DI MALAYSIA

SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006

Saya RIRY ZAIMORA (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( 3)

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap: Kom.Perumahan Talang Prof.MadyaDr. Amran Hamzah

Blok B No 5 Nama Penyelia

Payakumbuh (Sum-Bar)

Indonesia

Tarikh : 22-Mei-2006 Tarikh : 22-Mei-2006

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

" Saya akui bahawa, saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah

Sarjana Sains

(Perancangan Bandar & Wilayah) ".

Tanda Tangan ;___________________________

Nama Penyelia ; Prof. Madya Dr. Amran bin Hamzah

Tarikh ; 22-Mei-2006

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAHAGIAN A – Pengesahan Kerjasama*

Adalah disahkan bahawa projek penyelidikan tesis ini telah dilaksanakan melalui

kerjasama antara _______________________dengan __________________________

Disahkan oleh:

Tandatangan : ………………………………………………. Tarikh: ……………..

Nama : ……………………………………………….

Jawatan : ……………………………………………….

(Cop rasmi)

Jika penyediaan tesis/projek melibatkan kerjasama.

BAHAGIAN B – Untuk Kegunaan Pejabat Sekolah Pengajian Siswazah

Tesis ini telah diperiksa dan diakui oleh:

Nama dan Alamat : Prof.Dr.Mansor Bin Ibrahim Pemeriksa Luar : Dean Kulliyyah Of Architecture and Enviromental Design International Islamic University Malaysia (UIA) Jalan Gombak 53100, Kuala Lumpur, Malaysia Tel (603)-61965220

Nama dan Alamat : Prof.Madya Dr.Mohd Hamdan Bin Ahmad Pemeriksa Dalam I : Timbalan Dekan (Lepas Ijazah dan Penyelidikan) Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM, Skudai

Johor Bahru

Nama Penyelia lain : Prof.Dr.Ahris Bin Yaakup : Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia 81300 UTM, Skudai

Johor Bahru

Disahkan oleh Penolong Pendaftar di SPS:

Tandatangan : ………………………………………………. Tarikh: ……………..

Nama : GANESAN A/L ANDIMUTHU

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PELAKSANAAN PIAWAIAN PEMBANGUNAN FASILITI PENGINAPAN

DALAM KAWASAN HUTAN LINDUNGAN

DI MALAYSIA

RIRY ZAIMORA

Tesis ini dikemukakan

sebagai memenuhi syarat penganugerahan

ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar & Wilayah)

Fakulti Alam Bina

Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2006

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ii

" Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya "

Tanda Tangan ;_____________________

Nama Penulis ; Riry Zaimora

No. Passport ; M 702593

Tarikh ; 22-Mei-2006

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

iii

Teristimewa buat ayahandaku tercinta Zainir Abbas , Ibundaku Yusnaniar,

kakakku Tanti, istreku tercinta dan teman-teman atas segala dorongan, bantuan dan

doa yang diberikan selama ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya

dapat saya menyempurnakan Projek Sarjana ini dengan sempurna dan berjaya

disiapkan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang sungguh

mencabar. Di dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih yang ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Amran

Hamzah, atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan bantuan yang diberikan

sepanjang tempoh penyediaan projek ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga

ditujukan kepada pensyarah, Prof. Madya Dr. Zainab Khalifah, En. Ahmad

Tajudin Hj Kecik, dan Puan Nor Azina Dahlan serta semua pensyarah-pensyarah

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia atas segala tunjuk ajar, nasihat

dan bantuan yang diberikan sepanjang tempoh pengajian.

Terima kasih juga kepada Dr. Rahmad, En. Hafis, En. Hasnizam, dan para

kakitangan di Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN Kuala Lumpur, Taman Negeri

Perlis, Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Pahang, Jabatan Kerja Raya

yang telah menghulurkan bantuan sepanjang penyelidikan dengan sentiasa

bersedia dan memberikan kerjasama yang baik semasa menjalankan kajian ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan G29 dan rakan-rakan seperjuangan.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

v

ABSTRAK

Tesis ini merupakan kajian yang bertujuan untuk melihat dan menilai

keberkesanan pelaksanaan piawaian pembangunan fasiliti penginapan pada kawasan

hutan lindungan di Malaysia melalui kesepaduan bangunan dengan lingkungan

persekitaran. Kajian ini juga mengutarakan prinsip-prinsip pembangunan yang lebih

bersesuaian untuk diterapkan dan diamalkan pada pembangunan fasiliti penginapan

di dalam kawasan lindungan yang sediaada di Malaysia. Metod yang dipakai dalam

menjalankan kajian ini adalah kombinasi kaedah kulitatif dan kuantitatif. Dalam

menganalisis data, pengkaji mengunakan teknik penilaian matrik. Secara prinsipnya,

kajian ini dibahagikan kepada 4 bahagian rangka kerja. Pada bahagian pertama akan

melihat dan membincangkan apa yang menjadi piawaian dan konsep pembangunan

dalam kawasan lindungan secara keseluruhan. Manakala pada bahagian kedua akan

menilai sejauh mana pengamalan daripada piawaian dan konsep pembangunan ini

dilaksanakan di Malaysia. Penilaian yang dilakukan meliputi perancangan tapak dan

perancangan bangunan. Pada bahagian ketiga membincangkan tentang prinsip-

prinsip pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan lindungan. Hasil kajian

mendapati pembangunan yang selama ini dilaksanakan di Malaysia belumlah

sepenuhnya mengamalkan prinsip-prinsip dan piawaian pembangunan sebenarnya.

Pada bahagian keempat kajian, pelbagai cadangan sebagai panduan yang boleh

diamalkan dalam penyediaan fasiliti penginapan pada kawasan hutan lindungan

diusulkan.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

vi

ABSTRACT

This thesis is a research with a purpose to observe and evaluate the

effectiveness of the implementations of accommodation facility development

standard for forest protected area in Malaysia by looking at suitability between

building and the surrounding. This thesis also suggests development principles which

are more suitable to be used and implemented on existing accommodation facility

development in Malaysia. The method used in the research is a combination of

qualitative and quantitative. In data analysis, the researcher used the matrix

evaluation technique. Basically, this research is divided into four part of frame work.

The first part discusses what would be the standard and concept of development in

the forest protected area in general. The second part evaluates how far the practice of

this standard and concept development is implemented in Malaysia. The evaluation

includes site planning and building design. The third part discusses the development

principles which are suitable for protected area. The research shows that

development in Malaysia all this while do not fully implementing the real

development principle and standard. The fourth part of this research offer various

suggestions as a guide which can be used in preparing accommodation facility within

forest protected area in Malaysia.

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Judul

Perakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Kandungan vii

Senarai Jadual xv

Senarai Rajah xviii

Senarai Gambar xix

Senarai Lampiran xxii

1. PENGENALAN

1.1. Pendahuluan 1

1.2. Latar Belakang Penyelidikan 4

1.3. Persoalan Kajian 7

1.4. Matlamat dan Objektif Kajian 9

1.5. Skop Kajian 10

1.6. Kawasan Kajian 10

1.7. Metodologi Penyelidikan 13

1.8. Pendekatan Kajian 13

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

viii1.8.1. Peringkat Pertama 14

1.8.2. Peringkat Kedua 15

1.8.3. Peringkat Ketiga 15

1.8.4. Peringkat Keempat 16

1.9. Penulisan Sistematik 18

1.10.Rumusan 19

2. PRINSIP DAN KONSEP PEMBANGUNAN FASILITI

PENGINAPAN DI TAMAN NEGARA

2.1. Pengenalan 20

2.2. Kawasan Lindungan dan Ekopelancongan 21

2.2.1. Defenisi dan Falsafah Ekopelancongan 21

2.2.2. Hubungan Kawasan Lindungan dengan

Ekopelancongan 22

2.2.3. Prinsip-prinsip Pembangunan dalam

Eko-pelancongan 22

2.3. Kawasan Lindungan dan Prinsip Pembangunannya 24

2.3.1. Definisi Kawasan Lindungan dan Penginapan 24

2.3.2. Prinsip-prinsip Bangunan untuk

Kawasan Lindungan 26

2.3.2.1 Objektif Penyediaan Fasiliti. 26

2.3.2.2 Alam Semulajadi Sebagai Pola dalam

Perancangan dan Pembinaan 27

2.3.2.3 Interaksi dengan Alam 29

2.3.2.4 Keseimbangan Perancangan dengan

Alam Sekitar 29

2.3.2.5 Penggabungan dengan Persekitaran 31

2.3.2.6 Keselesaan Pengguna 32

2.3.2.7 Mengelakkan Bahaya Persekitaran

atau Bencana Alam 34

2.4. Konsep-konsep Bangunan untuk Kawasan Lindungan 34

2.4.1 Konsep Senibina 34

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

ix2.4.1.1 Eko-Senibina 34

2.4.1.2 Senibina Organik 35

2.4.1.3 Senibina Vernakular 36

2.4.1.4 Bentuk Senibina 38

2.4.2 Landskap 39

2.4.2.1 PerancanganTapak 39

2.4.2.2 Agihan dan Tumpuan Jenis Bangunan 40

2.4.2.3 Perhubungan antara Susun Atur Bangunan 40

2.4.2.4 Mengekalkan Pemandangan 41

2.4.3 Kualiti Bangunan 42

2.4.3.1 Kualiti Binaan 42

2.4.3.2 Bahan Bangunan 43

2.5 Pertimbangan dalam Perancangan Bagunan 45

2.5.1 Pertimbangan Pengaruh Alam Persekitaran 45

2.5.2 Pertimbangan Penggunaan Bahan Binaan 46

2.5.3 Pertimbangan Model Bangunan 47

2.5.3.1 Gaya dan Motif Tempatan 47

2.5.3.2 Warna Bangunan 47

2.5.3.3 Rekabentuk Atap 48

2.5.4 Pertimbangan Kecekapan Tenaga 49

2.5.5 Pertimbangan Penggunaan Teknologi 50

2.5.6 Penyelenggaraan Kawasan dan Kemudahan 51

2.6 Rekabentuk Bangunan di dalam Taman Negara 52

2.6.1 Rekabentuk Bangunan 52

2.6.2 Kemudahan bagi Orang Kurang Upaya 54

2.7 Kemudahan Penginapan di beberapa Taman Negara 55

2.7.1 Taman Negara Maputaland, Afrika Selatan 55

2.7.2 Taman Nasional Pench, India 56

2.7.3 Taman Negara Corbett, India 58

2.7.4 Taman Nasional Hwange, Zimbabwe 60

2.7.4.1 Sikumi 61

2.7.4.2 Khatsana 62

2.7.5 Taman Nasional Komodo Flores, Indonesia 62

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

x2.7.5.1 Range Komodo 62

2.7.5.2 Bejo Eko-lodge 63

2.8 Rumusan 64

3. METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Pengenalan 68

3.2 Falsafah dan Kaedah Penyelidikan 69

3.2.1 Teknik Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif 69

3.2.1 Perbandingan Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif 70

3.3 Pendekatan Kajian 73

3.4 Instrumen Kajian dan Teknik Pengumpulan Data 75

3.4.1 Tinjauan Perpustakaan 75

3.4.2 Analisis Kandungan 75

3.4.3 Temubual 76

3.4.4 Pemerhatian Lapangan 78

3.5 Teknik Analisis Data 80

3.5.1 Kaedah Penilaiaan Matrik 80

3.5.2 Pengukuran Terhadap Alternatif Terpilih 82

3.6 Rumusan 83

4. PROSES PEMBANGUNAN DALAM KAWASAN LINDUNGAN

DI MALAYSIA

4.1 Pengenalan 84

4.2 Perancangan dan Dasar-Dasar Pembangunan 85

4.2.1 Kementrian Pelancongan Malaysia 85

4.2.2 Dasar-dasar dalam Perancangan Pelancongan

dan Ekopelancongan 86

4.2.2.1 Pelan Pelancongan Nasional (NTP 1992) 86

4.2.2.2 Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (NEP) 87

4.3 Agensi-agensi Pengurusan Pembangunan

Kawasan Lindungan 89

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xi4.3.1 Jabatan Perlindungan Hutan dan Hidupan Liar

(PERHILITAN) 89

4.3.2 Jabatan Perhutanan 94

4.4 Agensi-agensi Pelaksana Pembangunan

Di Kawasan Lindungan 95

4.4.1 Jabatan Kerja Raya (JKR) 95

4.4.2 Agensi-agensi Lain 98

4.5 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan

di beberapa Taman Negara 98

4.5.1 Taman Negara Pahang 98

4.5.2 Taman Negara Endau-Rompin 99

4.5.3 Taman Negeri Perlis 100

4.6 Rumusan 100

5. KAJIAN KES

5.1 Pengenalan 103

5.2 Taman Negeri Perlis 104

5.2.1 Penumbuhan Taman Negeri Perlis 104

5.2.2 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan 105

5.2.3 Proses Pembangunan 106

5.2.3.1 Sebelum Tahun 1999 106

5.2.3.2 Tahun 1999 Hehingga Sekarang 107

5.2.4. Konsep Pembangunan dan Tema 108

5.2.5 Kemudahan Penginapan di Taman Negeri Perlis 110

5.3 Taman Negara Endau-Rompin 114

5.3.1 Pengenalan Taman Negara Endau-rompin 114

5.3.2 Pengurusan Taman Negara Endau-Rompin 115

5.3.3 Pembangunan Fasiliti Penginapan

di Taman Negara Endau-Rompin 116

5.3.3.1 Tahun 1993 – 1996 116

5.3.3.2 Tahun 1998 – 2000 118

5.3.3.3 Tahun 2001 – 2003 119

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xii5.3.3.4 Pada Masa 2003 keatas 121

5.3.4 Kemudahan yang Disediakan 122

5.4 Taman Negara Pahang 126

5.4.1 Penganalan Mengenai Taman Negara Pahang 126

5.4.2 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan 127

5.4.3 Kemudahan Sokongan 127

5.4.4 Kemudahan Penginapan 129

5.4.5 Mutiara Taman Resort 130

5.5 Rumusan 133

6. ANALISIS KEBERKESANAN

6.1 Pengenalan 135

6.2 Latar Belakang Pengurusan dan Pelaksanaan

Pembangunan Fizikal 136

6.3 Pemilihan Kriteria 137

6.4 Analisis Terhadap Perancangan Tapak Bangunan 140

6.4.1 Sensitif Terhadap Persekitaran 140

6.4.1.1 Impak Pembangunan Terhadap

Persekitaran 140

6.4.1.2 Mengelakkan Bangunan dari

Bahaya Persekitaran 141

6.4.2 Konsep Pembangunan Tapak 143

6.4.2.1 Alam Dijadikan sebahagai Pola

Perancangan. 143

6.4.2.2 Interaksi dengan Alam Persekitaran 145

6.4.3 Landskap 147

6.4.3.1 Kepadatan Bangunan 147

6.4.3.2 Pengagihan dan Daya Tarikan 149

6.4.3.3 Jarak Antara Bangunan 148

6.5 Analisis Terhadap Perancangan Bangunan 149

6.5.1 Konsep Bangunan 149

6.5.1.1 Konsep Eko-senibina 150

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xiii6.5.1.2 Senibina Vernakular 151

6.5.1.3 Senibina Organik 153

6.5.1.4 Bentuk Senibina 154

6.5.2 Reka Bentuk Bangunan 156

6.5.2.1 Pengabungan Bangunan dengan

Lingkungan 156

6.5.2.2 Bentuk Atap 157

6.5.2.3.Pengunaan Bahan Binaan 159

6.5.3 Elemen Bangunan 161

6.5.3.1 Pengudaraan 161

6.5.3.2 Warna Atap Bangunan 162

6.5.4 Pemanfaatan Teknologi pada Bangunan 163

6.5.4.1 Kitar Semula Tenaga 163

6.5.4.2 Penjimatan Penggunaan Tenaga dan

Pengunaan Teknologi Sederhana 166

6.5.5 Rekabentuk dan Kemasan Bangunan 167

6.5.5.1 Persepaduan Warna Bangunan Dengan

Persekitarannya 168

6.5.5.2 Rekabentuk Dan Kemasan Akhir Bangunan 169

6.6 Penilaian Secara Keseluruhan 170

6.6.1 Penilaian Terhadap Perancangan Tapak

dan Perancangan Bangunan 170

6.6.2 Pengukuran Hasil Penilaian 175

6.7 Rumusan 176

7. PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN

7.1 Pendahuluan 177

7.2 Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan 178

7.2.1 Penyediaan dan Kululusan Pelan Pembangunan 179

7.2.2 Pengamalan Piawaian dan Pelaksanaan

Pembangunan 180

7.3 Implementasi antara Teori dan Amalan 181

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xiv7.4 Cadangan Kajian 184

7.4.1 Prinsip-prinsip Pembangunan

di Kawasan Lindungan 184

7.4.1.1 Keseimbangan Perancangan dangan

Lingkungan 1 185

7.4.1.2 Berpandukan pada Alam 186

7.4.1.3 Kitar Semula Tenaga 188

7.4.1.4 Menciptakan Hubungan Bangunan dengan

Persekitaran 189

7.4.1.5 Interaksi Bangunan dan Persekitaran 190

7.4.1.6 Menciptakan Imej yang Interaktif 191

7.4.2 Pengamalan Prinsip-pinsip pada

Perancangan Tapak 192

7.4.3 Pengamalan Prinsip-pinsip pada

Perancangan Bangunan 194

7.4.4 Rekabentuk dan Senibina Bangunan 195

7.4.5 Utiliti Bangunan 196

7.5 Kajian Lanjutan 198

Senarai Rujukan 199-210 Lampiran A-I 211-222

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Taburan Bilangan Pelancong Dunia Tahun 1990-2003 2

1.2. Kategori Kawasan Lindungan Mengikut IUCN 3

1.3 Taburan Bilangan Pelancong Malaysia Tahun 2000-2004 7

2.1 Prinsip-prinsip Pembangunan Ekopelancongan olehTIES 23

2.2 Prinsip-prinsip Pembangunan Ekopelancongan

Mengikut Wight (1993) 23

2.3 Perrancangan Tapak Bangunan 66

2.4 Perancangan pada Bangunan 67

3.1 Perbandingan Metode Kuantitatif (Positivists) dan

Kualitatif (Interpretivists) 71

3.2 Empat Metode Utama dalam Menjalankan Kaedah

Kualitatif dan Kuantitatif 74

3.3 Pengumpulan Data Skunder dan Objektif

Analisis Kandunagan 76

3.4 Pengumpulan Data-data Melalui Temubual 78

3.5 Pengumpulan Data dan Objektif Semasa

Kajian Lapangan 79

3.6 Model Penilaian Matrik 81

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xvi

3.7 Langkah-langkah dalam Metod Penilaian Matrik 82

4.1 Pembagian Seksyen Terkandung dalam Pelan

Ekopelancongan Negara 87

4.2 Tujuan Penumbuhan dan Penglibatan Jabatan Perhilitan 90

4.3 Bilangan Hutan Lipur di Semenanjung Malaysia 95

4.4 Piawaian Kerja Bangunan yang Dikeluarkan oleh JKR 97

4.5 Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan

di Kawasan Kajian 101

4.6 Pelaksanaan Pembangunan di Kawasan Kajian 102

5.1 Kemudahan di Taman Negeri Perlis 113

5.2 Komponen Kemudahan yang Disediakan

di Taman Negara Endau-Rompin 123

5.3 Pelbagai Kemudahan dan Perkhidmatan

di Taman Negara Pahang 128

6.1 Latar Belakang Pengurusan dan Pelaksanaan

Pembangunan 136

6.2 Kriteria-kriteria Penilai dalam Perancangan Tapak 137

6.3 Kriteria-kriteria Penilai dalam Perancangan Banguan 138

6.4 Pemberian Markah Terhadap Kriteria yang Dinilai 139

6.5 Peratusan Jumlah Pokok yang Dibuang 141

6.6 Bilangan Bangunan yang Berkemungkinan Menghadapi

Bahaya Persekitara 142

6.7 Pengamalan Keempat Prinsip yang Menjadikan Alam

Sebagai Pola Perancangan 144

6.8 Bilangan Bangunan Mengikut Ketinggian 145

6.9 Kepadatan Bangunan Perhektar 146

6.10 Pengamalan Prinsip Penggagihan dan Daya Tarikan 148

6.11 Pengamalan Asas Konsep Eko-senibina 151

6.12 Peratusan Bangunan yang Berkonsep Senibina Vernakular 152

6.13 Pengamalan Konsep Senibina Organik pada Bangunan 153

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xvii

6.14 Pengamalan 4 Unsur dalam Bentuk Senibina Bangunan 155

6.15 Pengamalan Prinsip Rekabentuk Bangunan 157

6.16 Peratusan Bangunan dengan Kecondongan Atap >30º 158

6.17 Pemanfaatan Bahan Binaan Tempatan pada Bangunan 160

6.18 Peratusan Bangunan yang Mengunakan Pengudaraan

Semulajadi untuk Pengaliran Udara dalam Ruangan 161

6.19 Pengunaan Warna Alam pada Atap Bangunan 163

6.20 Penilaian pada Kriteria Kitar Semula Tenaga 165

6.21 Pengamalan Prinsi-prinsip Penjimatan Tenaga

dan Penggunaan Teknologi Sederhana pada Bangunan 167

6.22 Markah Keseluruhan dalam Perancangan Tapak 172

6.23 Markah Keseluruhan dalam Perancangan Bangunan 173

6.24 Penilaian Kriteria Secara Keseluruhan 174

6.25 Peratusan Pengamalan Kriteria yang Berkesan 175

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xviii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Carta Aliran Pendekatan Kajian 17

2.1 Cara Membina Bangunan yang Menjimat Tenaga dan

Bahan Menurut Schwarz (1982) 33

2.2 Konsep Dasar Eko-senibina menurut Krusche 35

4.1 Cartar Aliran Menguruskan Pelaksanaan Projek

Pembangunan oleh Jabatan Perhilitan dan JKR 93

5.1 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan

di Taman Negeri Perlis 106

7.1 Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan 178

7.2 Konsep Perancangan dalam Kawasan Lindungan 182

7.3 Perbezaan dalam Mengimplementasikan antara

Prinsip dan Amalan 183

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xix

SENARAI GAMBAR

NO. GAMBAR TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peta Kawasan Kajian 12

2.1 Contoh Kawasan Lindungan yang dalam

Ketegori IUCN 25

2.2 Tataletak Bangunan yang Baik 30

2.3. Pengudaraan Alami pada Bangunan 30

2.4 Beberapa Bentuk Atap Bangunan 31

2.5 Contoh Bangunan Memekai Konsep Senibina Organik 36

2.6 Pengambilan Unsur Alam Untuk Rekabentuk Bangunan. 37

2.7 Contoh Rumah Tradisional di Filipina, 37

2.8 Pendekatan Terhadap Perhubungan Antar Bangunan 41

2.9 Contoh Fasiliti Penginapan di Kawasan Lindungan

Ponderosa Lodge yang Tetap Mengekalkan Sudut Pandang. 42

2.10 Contoh Perbezaan dalam Rekabentuk Bangunan 45

2.11 Contoh Penggunaan Gaya Senibina Temapatan 47

2.12 Tiga Buah Rekebentuk Atap yang Umum Digunakan 49

2.13 Perbezaan Rekabentuk Bangunan di Kawasan Lindungan

dan Kawasan Bandar 53

2.14 Reka Bentuk Kotej di Maputaland

yang Menyatu dengan Alam Persekitaran 56

2.15 Rekabentuk yang Memadukan Senibina Tempatan 57

2.16 Contoh Rekabentuk Tingkap yang Baik 58

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xx2.17 Fasiliti Penginapan dalam Taman Negara Corbett 59

2.18 Rekabentuk Tradisional akan

Memberikan Kesan Tersendiri bagi Pelawat. 59

2.19 Kemudahan Penginapan Malari Cottage 60

2.20 Kemudahan Penginapan Sikumi yang meniru

Rekabentuk Senibina Tempatan 61

2.21 Rumah Pokok di Daerah Khatsana 62

2.22 Rekabentuk Penginapan yang Unik dan Sangat Nyaman 63

2.23 Fasiliti yang Telah Mengamalkan Prinsip Kitar Semula 64

5.1 Zon 2A yang Merupakan Pusat Pelawat. 109

5.2 Zon 2B yang Diperuntukan Untuk Kawasan Penginapan 109

5.3 Kotej Teratai V.I.P 110

5.4 Kotej Teratai Biasa 111

5.5 Asrama Merupakan Penginapan bagi Pelawat

yang Datang Secara Kumpulan 112

5.6 Keaneka Ragaman Haiwan dan Tumbuhan di

Taman Negara Endau-Rompin 114

5.7 Diantara Kemudahan dalam Taman Negara Edau-Rompin 115

5.8 Rumah Orang Asli Sebagai Tempat Tinggal Sementara

Bagi Pelancong 116

5.9 Bangunan yang Awal Dibina Dengan Konsep A-frame 117

5.10 Bangunan Kotej yang Mengunakan Konsep Simenfero 118

5.11 Rekabentuk Kotej yang Dibangun Tahun 1998 119

5.12 Pelbagai Kemudahan Sokongan yang Dibina

Tahun 1998-2000 119

5.13 Penambahan Kemudahan Seperti Tempat Masak 120

5.14 Perbezaan Rekabentuk Antara

Kotej V.I.P dan Kotej Keluarga 121

5.15 Pembangunan Kemudahan yang Masih Terkendala 122

5.16 Diantara Kemudahan yang Disediakan. 129

5.17 Diantara Penginapan yang ada di Taman Negara 130

5.18 Kotej yang Berkonsepkan “Malaysia house” 132

5.19 Kotej Mewah dan Banglo di Mutiara Taman Negara 132

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xxi5.20 Asrama yang Diperuntukan Bagi Pelawat Yang

Datang Secara Kumpulan 133

6.1 Contoh Keberadaan Tapak Bangunan yang Kurang Baik 146

6.2 Cara Mengira Jarak Antara Bangunan 159

6.3 Pemilihan Warna Bangunan 169

7.1 Contoh Pengimplementasian Pembahagian Zon

untuk Bangunan di Kawasan Tapak. 193

7.2 Contoh Pengamalan Prinsip pada Bangunan 194

7.3 Contoh Rekabentuk Penginapan di Kawasan Lindungan

Malaysia dengan Konsep Vernakular 196

7.4 Contoh Sumur Resapan 197

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

xxii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Senarai Singkatan 211

B Senarai Nama-Nama yang Terlibat Dalam

Sesisi Temubual 212

C Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang

Berasal Daripada Rumput dan Pokok Palm 214

D Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan

yang Berasal dari Bambu dan Buluh 215

E Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang

Berasal dari Kayu 216

F Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang Berasal

Tanah Liat dan Batu Bakar 217

G Piawaian Perancangan Tapak Mengikut

NEP 1996 218

H Piawaian Perancangan Kotej di Kawasan

Ekopelancongan Mengikut NEP 1996 220

I Contoh Penginapan satu Lantai (dilihat dari bahagian

sisi kiri dan bahagian depan) 222

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Perkembangan industri pelancongan masa ini telahpun menunjukkan petanda

positif. Ini dibuktikan dengan meningkatnya jumlah bilangan pelancong yang

berkunjung di seluruh dunia dari tahun ke tahun. Seperti yang telah dilaporkan oleh

World Tourism Organization (WTO, 2004), bahawa dalam jangka masa tahun 1995-

2003 jumlah pelancong yang berkunjung di seluruh dunia mengalami peningkatan

antara 1.7 % - 2.8 % setiap tahun. WTO juga menjangkakan jumlah pelancong di

seluruh dunia pada tahun 2020 akan mencecah angka 1.6 bilion, manakala 13.7 %

daripada jumlah ini adalah pelancong yang berteraskan pada ekopelancongan.

Herliczek (1996) sebelumnya telah menjangkakan bahawa bilangan pelancong-eko

akan mengalami peningkatan sebanyak 25% antara tahun 1996-2005.

Melihat akan peningkatan kunjungan pelancong terutamanya pelancong

dengan bentuk percutian yang berasaskan eko, menjadikan banyak negara di dunia

mengembangkan bentuk percutian seperti ini. Ekopelancongan merupakan bentuk

percutian yang penuh tanggung jawab terhadap lingkungan persekitaranya dalam

ertikata bentuk perjalanan yang menikmati dan menambah nilai pada alam itu sendiri

(Blangy dan Wood 1992). Blangy dan Wood (1992) bersependapat dengan IUCN

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

2(1993) dimana ekopelancongan merupakan visi dan perjalanan lingkungan yang

bertanggung jawab terhadap alam sekitar secara relatif tidak terganggu, dalam rangka

menikmati, menghargai dan mempromosikan konservasi alam semulajadi. Kedua

pengertian di atas diperkukuhkan oleh Kutay (1989) yang mengatakan bahawa

ekopelancongan dapat dilihat sebagai model pengembangan daripada sebuah

kawasan semulajadi yang direncanakan sebagai tempat pelancongan. Disini

sangatlah jelas bahawasanya adanya perkaitan yang sangat erat antara

ekopelancongan dengan kawasan lindungan, di mana keindahan alam semulajadi

yang sediada di kawasan lindungan menjadi tarikan utama dari bentuk percutian

seperti ini.

Jadual 1.1 Taburan Bilangan Pelancong Dunia Tahun 1990-2003

Jumlah bilangan pelancong yang berkunjung

diseluruh dunia 1990-2003 (million)

Tahun 1990 1995 2000 2001 2002 2003

Pelancong didunia 451.3 545.4 685.5 683.8 703.0 690.9

Kawasan

Afrika 9.5 12.4 15.5 15.8 16.7 16.7

Amerika 96.9 106.8 129.1 122.5 118.4 114.0

Asia dan Pacifik 62.2 92.8 124.1 126.6 137.5 126.5

Eropah 257.9 313.8 388.2 388.7 399.3 404.2

Timur Tenggah 7.4 8.7 12.7 13.5 15.0 14.8

Kawasan yang belum ditetapkan

17.4 10.9 15.9 16.6 16.1 14.8

Kawasan tertentu 356.5 436.3 535.1 541.7 561.5 554.7

Kawasan lainya 77.4 98.1 133.9 125.5 125.4 121.5

Sumber : WTO, 2004

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

3Secara am kawasan lindungan dapat diertikan sebagai satu kawasan yang

mempunyai fungsi utama untuk menjaga dan melindungi warisan budaya atau alam

sekitar, kehidupan haiwan dan tumbuhan, serta kehidupan ekologi yang

mendukungnya (IUCN, 1991). Kawasan lindungan yang dimaksudkan oleh IUCN

dapat diwujudkan sebagai kawasan untuk konservasi alam, perlindungan terhadap

habitat haiwan liar, dan perlindungan terhadap monumen alam. Ciptakan kawasan

seperti ini merupakan suatu cara yang umum dilakukan oleh pelbagai negara di dunia

untuk melindungi dan menjaga suatu ekosistem, warisan budaya serta alam

semulajadinya. Lebih dari 130 negara telah berjaya mewujudkan kawasan lindungan

secara mapan dan 5 peratus daripadanya berada di daratan (McNelly, 1992). IUCN

(1993) mengkategorikan kawasan lindungan kedalam 6 kategori, dimana salah satu

kategorinya adalah taman negara. Untuk lebih jelasnya sila lihat Jadual 1.2.

Jadual 1.2. : Kategori Kawasan Lindungan Mengikut IUCN

Kategori Spesifikasi

Kategori I a. memelihara alam secara ketat/perlindungan haiwan liar.

b. Kawasan yang khas diperuntukkan untuk melindungi

haiwan liar.

Kategori II Taman Negara : kawasan untuk melindungi ekosistem haiwan

dan tumbuhan serta untuk rekreasi/pelancongan

Kategori III Monumen alam : kawasan untuk perlindungan alam

Kategori IV Kawasan lindungan untuk konservasi dan dikelola melalui satu

pengurusan/satu jawatan kuasa

Kategori V Perlindungan Landskap : kawasan lindungan untuk keperluan

landskap

Kategori VI Pengurusan sumber kawasan lindungan : kawasan lindungan

untuk melindungi sumberjaya alam.

Sumber : IUCN, 1993

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

4Dari keenam kategori kawasan lindungan ini, taman negara merupakan

kawasan yang paling banyak dijadikan sebagai kawasan pelancongan (McNelly,

1992). Layaknya sebagai kawasan pelancongan, ianya juga dilengkapi dengan

pelbagai prasarana dan perkhidmatan bagi memberikan kemudahan untuk pelancong,

termasuklah fasiliti penginapan.

Ada perbezaan dalam penyedian pelbagai fasiliti kemudahan dan

perhidmatan di kawasan taman negara bila dibandingkan dengan penyedian fasiliti

kemudahan di kawasan pelancongan lainnya, baik dari segi konsep, prinsip-prinsip

pembangunan, rekabentuk bangunan, mahupun piawaiannya. Sebagai contoh, fasiliti

kemudahan pada kawasan taman negara harus dapat mencerminkan adanya pengaruh

kuat dari alam persekitarannya dan disesuaikan dengan keadaan lingkunggannya

(Ceballos-Lascuráin, 1996). Manakala pembangunan di kawasan pantai lebih

mengutamakan pemeliharaan dan pengekalan ruang terbuka serta mengutamakan

pemandangan (view) bangunan ke arah pantai dan boleh mengunapakai teknik

perencanaan am (Schwanke, 1997).

Ada perbezaan yang sangat jelas antara piawaian, rekabentuk, dan konsep

bangunan untuk fasiliti dikawasan taman negara dengan kawasan pelancongan

lainnya. Selain itu, untuk mewujudkan pembangunan yang benar-benar mapan dan

berkesan, meski di amalkan prinsip-prinsip dan piawaian pembangunan (Beamiss,

1987).

1.2 Latar Belakang Penyelidikan

Pada mulanya penubuhan taman negara bertujuan untuk menjaga kelestarian,

haiwan, tumbuhan, dan alam persekitaran dari sebarang pencerobohan serta sebagai

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

5tempat penyelidikan yang berguna bagi ilmu pengetahuan, akan tetapi pada masa

kini fungsi tersebut telahpun bertambah menjadi sebagai tempat pelancongan. Hal ini

berlaku kerana adanya peningkatan minat dan permintaan pelancong untuk

berkunjung dan melakukan percutian di kawasan taman negara. Peningkatan ini juga

berkait rapat dengan peningkatan pembangunan infrastruktur dan pelbagai

kemudahan di dalam kawasan taman negara. Dengan melihat kenyataan yang sedang

berlaku masa ini, mendorong banyak negara di dunia termasuklah Malaysia,

menjadikan taman negara sebagai salah satu kawasan pelancongan.

Dengan merujuk apa yang telah diketegorikan oleh IUCN, di Malaysia

terdapat 19 buah taman negara, 3 di semenanjung Malaysia, 6 di Sabah, dan

selebihnya di Serawak. Diantara 19 buah taman negara ini, ada yang telah dijadikan

kawasan pelancongan seperti Taman Negeri Perlis, Taman Negara Endau-Rompin,

Taman Negara Pahang, Taman Negara Kinabalu, dan Taman Negara Niah.

Sebagai kawasan pelancongan, kawasan ini telah dilengkapi dengan pelbagai

kemudahan dan perhidmatan untuk pelancong termasuklah fasiliti penginapan.

Sebagai contoh pada kawasan Taman Negara Pahang, dimana fasiliti penginapannya

telahpun termasuk dalam klasifikasi resot empat bintang. Adakah fasiliti penginapan

yang seperti ini dianggap sesuai dengan kawasan taman negara ataupun sebaliknya.

Kajian ini akan mencuba untuk menilai fasiliti penginapan yang sediaada dalam

kawasan taman negara di Malaysia.

Penyediaan dan pembangunan infrastruktur serta kemudahan penginapan

pelancong dalam kawasan taman negara sangatlah berbeza dengan pembangunan

infrastruktur dan kemudahan pelancong pada kawasan lainnya, baik dari segi konsep

perencanaan, rekabentuk bangunan, mahupun dari segi piawaiannya.

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

6Konsep pembangunan, piawaian dan rekabentuk pelbagai kemudahan

pelancongan seperti tempat peranginan, hotel, dan kemudahan pelawat disetiap

kawasan pelancongan dipengaruhi oleh keadaan kawasan dan berhubung kait dengan

lokasi bangunan, saiz, jalinan hubungan dengan persekitaran semulajadi, seni bina,

lanskap, kejuruteraan, dan nilai kualiti yang dikehendaki. Sebahagian besar piawaian

hanya menentukan ciri fizikal kemudahan tersebut dengan alam persekitarannya.

Disamping itu, piawaian bangunan dan rekabentuk berubah-ubah dengan amat ketara

antara sebuah tempat dengan sebuah tempat yang lain, bergantung kepada konsep

pembangunan khusus yang digunakan dan keadaan persekitaran setempat (Inskeep,

1991).

Di dalam pembangunan dan penyediaan kemudahan pelancong di kawasan

lindungan perlu wujud satu pemahaman terhadap ciri kawasan tersebut. Pemahaman

dan mengenal ciri suatu kawasan sangatlah penting dalam sebuah perancangan dan

pembangunan apalagi jika dilakukan dalam kawasan lindungan yang sensitif. Seperti

apa yang telah dikatakan sebelumnya bahawa pembangunan yang dilakukan dalam

kawasan lindungan sangatlah erat hubungkaitnya dengan kelestarian alam

persekitarannya. Janganlah sampai pembangunan yang dilakukan merosak alam

semulajadi, tetapi hendaknya pembangunan tersebut dapat bersepadu dengan alam

persekitaran serta memberikan keberkesanan terhadap pembangunannya.

Sebagaimana Trancik (1986) menyatakan bahawa, merekabentuk sebuah

bangunan disebuah kawasan memerlukan pemahaman akan ciri kawasan secara

umum dan apa yang menjadi ciri khasnya, kerana ianya dapat digunakan sebagai

salah satu daripada pertimbangan dalam menciptakan pembangunan yang bersepadu

dengan lingkungan.

Berdasarkan keterangan diatas, pengkaji ingin mengkaji adakah wujud

keberkesanan piawaian pembangunan kemudahan penginapan dalam kawasan taman

negara khasnya di Malaysia, serta adakah piawaian tersebut telahpun mewujudkan

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

7pembangunan yang mapan dan berkesan ditinjau dari segi kesepaduan bangunan

dengan alam persekitarannya.

1.3 Persoalan Kajian

Berdasarkan kajian literatur, dapat disimpulkan bahawa ada beberapa

permasalahan yang timbul dalam pembangunan fasiliti penginapan di kawasan taman

negara, antanya ialah:

Meningkatnya jumlah kedatangan pelancong ke kawasan taman negara

penyebab peningkatan pembangunan di kawasan ini.

Dijangkakan tahun 2020, jumlah pelancong dunia ialah 1.56 bilion dan

13.7% (0.2 bilion) daripadanya adalah yang berteraskan eko-pelancongan

(WTO, 2004). Adanya kebimbangan akan terjadinya kedatangan

pelancong secara besar-besaran (mass tourism), dimana keperluan akan

fasiliti penginapan juga akan meningkat dan taman negara akan berada

pada tahap "kesesakan".

Jadual 1.3 : Taburan Bilangan Pelancong Malaysia Tahun 2000-2004

Sumber : www.mocat.org.my

Tahun Jumlah Pelancong Yang Datang ke Malaysia

Peratusan Purata pertumbuhan pelancong

2000 10.22 million 22.4% 2001 12.78 million 20% 2002 13.29 million 3.9% 2003 10.58 million -25.6% 2004 15.70 million 31.8%

Purata Pertumbuhan pelancong dalam satu

tahun10.5%

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

8Pembangunan dan penyedian fasiliti penginapan di kawasan lindungan

terhad dibandingkan dengan kawasan lainnya.

Ukuran dan kapasiti daripada penginapan di taman negara sangatlah

dihadkan, berbanding dengan kawasan lain sehingganya fasiliti

penginapan disini tidak memungkinkan untuk menampung pelancong

dalam jumlah yang banyak (Anderson, 1992).

Keadaan alam persekitaran sangatlah berpengaruh terhadap pemilihan

konsep, piawaian dan ciri bangunan di kawasan lindungan

Fasiliti dan kemudahan pada kawasan lindungan harus mencerminkan

adanya pengaruh yang kuat dari alam persekitarannya (Ceballos-

Lascuráin, 1996). Manakala pembangunan di kawasan pantai lebih

mengutamakan pemeliharaan dan pengekalan ruang terbuka serta lebih

mengutamakan pemandangan (view) bangunan ke arah pantai (Schwanke,

1997).

Pembangunan pelbagai kemudahan dan fasiliti penginapan di dalam

kawasan lindungan mempunyai prinsip-prinsip dan piawaian tersendiri.

Secara amnya, penyediaan fasiliti penginapan untuk pelancong di dalam

kawasan hutan lindungan (forest protected area) sangatlah berbeza dengan

penyediaan fasiliti penginapan di kawasan pelancongan lainnya.

Berikut adalah pertanyaan penyelidikan kajian ini :

Apakah Malaysia telah memiliki piawaian untuk pembangunan fasiliti

dan kemudahan di dalam kawasan lindungan?

Sekiranya telah memiliki piawaian, apakah piawaian tersebut telahpun

diamalkan dan dilaksanakan dalam pembangunan fasiliti penginapan di

kawasan lindungan di Malaysia?

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

9Apakah pembangunan fasiliti penginapan yang selama ini dilaksanakan

di Malaysia telah dapat memberikan kemapanan dan keberkesanan

ditinjau dari segi kesepaduan bangunan dengan alam persekitarannya?

1.4 Matlamat dan Objektif Kajian

Matlamat kajian adalah untuk membentuk prinsip dan piawaian yang lebih

bersesuaian bagi pembangunan fasiliti penginapan di kawasan lindungan, supaya

pembangunan yang dilakukan pada masa hadapan lebih memberikan kemapanan dan

berkesan jika dilihat dari segi kesepaduan bangunan dengan alam persekitarannya.

Objektif kajian ini adalah :

Melihat serta memaparkan bagaimana pelaksanaan pembangunan fasiliti

penginapan dalam kawasan lindungan di Malaysia

Menilai pengamalan daripada prinsip dan piawaian yang sediaada pada

pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan dalam kawasan lindungan

di Malaysia

Mencadangkan prinsip dan piawaian bagi pembangunan fasiliti

penginapan dalam kawasan lindungan di Malaysia

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

101.5 Skop Kajian

Kajian dihadkan dengan hanya mengkaji keberkesanan pelaksanaan piawaian

pembangunan kemudahan penginapan di kawasan lindungan yang berada di daratan

(forest protected area) tidak termasuk kawasan lindungan di pulau (marine protected

area). Definisi dan aspek kajian merangkumi :

Definisi dan kriteria kawasan yang termasuk dalam kawasan lindungan

yang berada di daratan (forest protected area) dalam kajian ini telah

merujuk pada definisi dan kriteria yang dikeluarkan oleh IUCN.

Kajian juga dihadkan kepada mengkaji keberkesanan piawaian fasiliti

penginapan sahaja, sedangkan pembangunan infrastruktur seperti jalan,

jeti dan sebagainya tidak termasuk dalam kajian ini.

Analisis di kawasan ini meliputi perancangan tapak dan analisis terhadap

fasiliti penginapan berdasarkan kepada beberapa kriteria penilaian.

Pembahagian dan penilaian kriteria berasaskan kepada teori-teori dan

piawaian pembangunan dalam kawasan lindungan yang disarankan oleh

IUCN.

1.6 Kawasan Kajian

Kawasan kajian meliputi tiga taman negara yang berada di semenanjung

Malaysia iaitu : Taman Negeri Perlis yang dibuka pada tahun 1999 dengan luas

kawasan 5000 hektar, Taman Negara Endau-Rompin dengan luas kawasan 48,908

hektar dan dibuka tahun 1993, serta Taman Negara Pahang yang ditumbuhkan tahun

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

111939 dengan luas kawasan 434,351 hektar. Pemilihan terhadap ketiga-tiga

kawasan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor :

Ketiga-tiga kawasan ini telah memenuhi kriteria sebagai kawasan

lindungan, merujuk kepada kriteria yang dikeluarkan oleh IUCN.

Bertepatan dengan penyelidikan yang memerlukan suatu kawasan yang

telah diwartakan sebagai kawasan lindungan dan kemajuan dalam

penyediaan kemudahan penginapan untuk pelancong di Taman Negara.

Ketiga-tiga kawasan ini dapat memberikan gambaran bagaimana

pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan di kawasan lindungan

dilaksanakan di Malaysia, kerana ianya merupakan model pembangunan

yang dilakukan oleh agensi swasta dan agensi kerajaan.

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

12Gambar 1.1 Peta Kawasan Kajian

Sumber : www.wildlife.gov.my

Taman Negeri Perlis

Taman Negara Pahang

Taman NegaraEndau-Rompin

U

Tidak Mengikut Skala Sebenarnya

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

131.7 Metodologi Penyelidikan

Metodologi penyelidikan adalah kaedah yang lebih khusus dan sesuai untuk

digunakan bagi menjalankan suatu kajian. Penggunaan kaedah yang sesuai akan

dapat meningkatkan kualiti suatu penyelidikan, dan untuk menjalankan kajian,

pengkaji mestilah menggunakan metod yang bersesuaian dengan kajiannya (Bailey

1984).

Dengan merujuk hal diatas dan kesesuai dengan kajian, maka metodologi

yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah kaedah pendekatan kualitatif

dan kuantitatif dengan tujuan menghasilkan kajian yang lebih mendalam dan

terperinci. Manakala pada tahap analisis data pengkaji mengunakan kaedah

penilaian matrik. Pembahasan dan pemakaian kaedah berkenaan pada kajian akan

dihuraikan secara terperinci pada bab III.

1.8 Pendekatan Kajian

Pendekatan kajian ini berisikan tentang rangka kerja pengkaji yang

dibahagikan pada empat bahagian, iaitu :

Peringkat pertama : Penyusunan rangka kerja dan kajian literatur

Peringkat kedua : Pengumpulan data-data

Peringkat ketiga : Analisis data dan penemuan kajian

Peringkat keempat : Kesimpulan dan cadangan Kajian

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

141.8.1 Peringkat Pertama

Pada peringkat ini, penyelidikan menjurus kepada mengenal pasti tentang

kajian yang akan dijalankan, baik mengenai isu-isu dan masalah semasa yang timbul.

Kajian literatur juga telah dilakukan pada peringkat ini untuk menyokong

permasalahan yang ada bagi mengaitkan dengan penyelidikan yang hendak

dilakukan.

Setelah pernyataan masalah dikemukakan, barulah pengkaji merangka dan

memahami tujuan, serta menentukan matlamat dan objektif kajian. Matlamat dan

objektif yang dibentuk bagi memperjelaskan tentang apa yang ingin dicapai diakhir

kajian serta langkah-langkah untuk mencapainya. Penetapan penggunaan metodologi

yang sesuai dalam menjalankan kajian juga ditetapkan untuk membantu penyelidik

dalam menjalankan kajiannya.

Pada peringkat ini juga akan dilakukan kajian terhadap literatur atau teori-

teori yang ada hubungkaitnya dengan kajian yang dijalankan. Sumber-sumber

rujukan dapat diambil dari buku-buku, jurnal-jurnal mahupun kajian yang pernah

dilakukan. Ini merupakan peringkat penting dalam penyelidikan kerana dari sinilah

pengkaji mendapatkan gambaran jelas tentang teori-teori yang digunapakai untuk

memahami keseluruhan dan sebagai panduan utama dalam menjalankan kajian ini.

Dibahagian ini pengkaji memahami dengan jelas terhadap konsep-konsep sedia ada

terhadap apa yang dikaji, seterusnya ia akan membantu pengkaji dalam

memperbaiki, mengembangkan dan menghasilkan sesuatu yang baru dalam bidang

ilmu yang dikaji.

Page 40: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

151.8.2 Peringkat Kedua

Pada peringkat kajian lapangan penyelidik berada langsung di kawasan kajian

untuk mengumpulkan data-data primer. Disamping itu, inventori, pengamatan dan

pemerhatian terhadap keadaan semasa kawasan kajian dilakukan untuk

mengenalpasti potensi dan halangan semasa dalam melaksanakan penyelidikan.

Selain itu, bagi mengukuhkan data-data primer, maklumat sekunder juga

diperlukan seperti data-data yang terlibat perlu diperolehi dan mengemaskini data

sediada melalui jabatan-jabatan yang berkaitan langsung dengan kajian, seperti

Jabatan Perhilitan, Jabatan Kerja Raya dan Penguat Kuasa Taman Negara. Ini

termasuk maklumat dasar seperti, undang-undang dan polisi yang dikeluarkan oleh

kerajaan dan jabatan yang berkaitan. Data-data ini akan digunakan untuk analisis di

peringkat selanjutnya.

1.8.3 Peringkat Ketiga

Pada peringkat ini, semua data-data yang ada baik data sekunder mahupun

data primer akan dianalisis dengan menggunakan teknik dan kaedah-kaedah yang

telah ditentukan. Perbandingan antara data-data yang dianalisis menggunakan

kaedah penilaian matrik dan teori yang berkaitan akan menghasilkan suatu rumusan

adakah piawaian pembangunan fasiliti penginapan dalam kawasan lindungan

memberi keberkesanan dan kemapanan ataupun sebaliknya. Peringkat ini paling

kritikal dalam menghasilkan suatu penemuan dan rumusan yang dapat mencapai

matlamat dan objektif kajian.

Page 41: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

161.8.4 Peringkat Keempat

Peringkat terakhir daripada penyelidikan ini adalah merupakan kesimpulan

terhadap penyelidikan yang telah dilakukan dari pernyataan masalah kajian

hinggalah kepada penemuan dan rumusan kajian. Setelah penemuan kajian

diperolehi, maka kesimpulan yang dibuat perlulah diselaraskan dengan matlamat dan

objektif kajian yang telah disasarkan pada peringkat pertama kajian ini. Selain itu,

termasuklah membincangkan tentang konsep yang telah ada dengan penyesuaian

kawasan kajian ataupun cadangan strategi dan polisi yang lebih berkesan dan

praktikal serta cadangan daripada penyelidik. Rajah 1.1 akan memperjelas lagi

bagaimana pengkaji melakukan pendekatan dan menjalankan kajian ini.

Page 42: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

17

Skop Kajian dan Analisis

Rajah 1.1: Carta Aliran Pendekatan Kajian

Latar Belakang

Tapak

Dasar-dasar, prinsip, dan piawaian pembangunan di kawasan lindungan.

Analisis Data ( Kaedah Matrik )

Data-Data Primer(Kajian visual terhadap tapak dan fasiliti

penginapannya di kawasan kajian)

Data-Data Sekunder (Temubual dan dokumen-dokumen)

Matlamat Kajian

Pengumpulan Maklumat

Pelaksanaan dan penangamalan daripada dasar-dasar, prinsip, dan piawaian.

Teori-teori berkaitan Amalan terbaik

Metode kualitatif dan kuantitatif (pengamatan, analisis kandungan, temubual,dan pemahaman)

Prinsip-prinsip pembangunanDi kawasan lindungan

Pengumpulan data (peringkat 2)

Analisis (peringkat 3)

Penemuan kajian (peringkat 4)

Kajian Literatur (peringkat 1)

Pengurusan Perancang PelaksanaanBangunanKawasan

Pembangunan fasiliti penginapan didalam taman negara.

Penemuan Kajian dan Rumusan

Implementasi antara prinsip (teori) dan amalan

Prinsip-prinsip pembangunan fasiliti penginapan di taman negara

Cadangan Kajian dan Kesimpulan

pengamatan

Page 43: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

181.9 Penulisan Sistematik

Dalam penulisannya, kajian ini terdiri daripada tujuh bab dengan

perinciannya seperti berikut :

Bab I : Memberikan gambaran tentang latar belakang, matlamat, objektif,

skop kajian dan kawasan dimana kajian ini dijalankan. Disamping itu

ianya juga memaparkan tentang metodologi dan langkah kerja pengkaji

dalam menjalankan kajian ini.

Bab II : Menghuraikan tentang rujukan bertulis dan teori-teori yang

berkaitan dengan kajian. Sumber-sumber rujukan diambil dari buku-buku,

jurnal-jurnal mahupun kajian terdahulu untuk dijadikan asas dan acuan

bagi pengkaji dalam menjalankan kajiannya.

Bab III : Metodologi yang digunapakai oleh pengkaji dalam kajian dan

penggunaanya semasa menjalankan kajian akan dihuraikan secara

terperinci dan mendalam pada bab ini. Adapun kaedah-kaedah berkenaan

adalah : kaedah kualitatif, kuantitatif dan kaedah penilaian matrik.

Bab IV : Menceritakan mengenai data skunder, yang diperoleh pengkaji

melalui temubual, dokumen-dokumen, kertas-kertas kajian, website, dan

perbagai sumber lainnya. Diantaranya data-data tersebut adalah : dasar-

dasar, piawaian, dan prinsip pembangunan dalam kawasan lindungan di

Malaysia serta peranan daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhilitan,

Jabatan Perhutanan, dan Kementrian Pelancongan dalam pembangunan

berkenaan.

Bab V : Kandungan daripada bab ini adalah pemaparan daripada data-

data primer/kajian kes, dimana data-data berkenaan meliputi proses

perancangan dan pelaksanaan pembangunan serta fasiliti penginapan yang

sediaada di kawasan kajian yang meliputi : Taman Negara Pahang,

Page 44: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

19Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis. Data-data ini

diperolehi melalui kajian lapangan yang dilakukan oleh pengkaji.

Bab VI : Analisis yang dilakukan pengkaji terhadap data-data yang

diperolehi akan dipaparkan pada bab ini. Pada bahagian inilah pengkaji

akan menjalankan kaidah penilaian matrik untuk mendapati temuan

kajian.

Bab VII : Bab ini merupakan bab penutup yang menghuraikan temuan

kajian dan cadangan daripada pengkaji. Hal ini merupakan hasil dan

kesimpulan keseluruhan daripada kajian yang telah dijalankan.

1.10 Rumusan

Penyelidikan yang akan dijalankan adalah berupa kajian yang akan melihat

sejauh mana kemapanan dan keberkesanan piawaian pembangunan fasiliti

penginapan dalam kawasan lindungan telah dilakukan di Malaysia. Diharapkan

diakhir kajian ini akan mencapai matlamat dan objektif yang telah disasarkan. Ini

adalah penting untuk bersiap sedia membantu pihak berkuasa ataupun pihak-pihak

yang berkaitan dalam pembangunan kemudahan penginapan di kawasan lindungan

sesuai dengan keadaan alam persekitaran, sehingga pembangunan yang dilakukan

pada masa hadapan dapat memberikan keberkesanan dan kemapanan dari segi

kesepaduan bangunan dengan alam persekitarannya.

Page 45: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB II

PRINSIP DAN KONSEP PEMBANGUNAN

FASILITI PENGINAPAN DI TAMAN NEGARA.

2.1 Pengenalan

Di bahagian ini pengkaji akan menjelaskan tiga definisi penting iaitu :

Ekopelancongan, Kawasan lindungan dan Penginapan serta hubungkait diantara

ketiganya. Ianya bertujuan untuk memberikan pembatasan dan pemahaman yang

lebih mendalam kepada apa yang hendak dikaji.

Disamping itu, bab ini juga akan memaparkan tentang rujukan bertulis yang

berkaitan dengan kajian. Sumber-sumber rujukan diambil dari buku-buku, jurnal-

jurnal mahupun kajian terdahulu. Ini merupakan peringkat penting dalam

penyelidikan kerana dari sinilah penyelidik mendapatkan gambaran jelas tentang

teori-teori, prinsip dan piawaian yang diguna pakai untuk memahami keseluruhan

kajian dan sebagai panduan utama dalam menjalankannya.

Page 46: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

212.2 Kawasan Lindungan dan Ekopelancongan

2.2.1 Definisi dan Falsafah Ekopelancongan

Ekopelancongan dapat dilihat sebagai model pengembangan di mana

kawasan lindungan direncanakan sebagai sebahagian dari industri pelancongan yang

dapat memberikan perlindungan terhadap sumberjaya biologi dan ekologi serta

mempunyai hubungan terhadap sektor sosial dan ekonomi (Kutay, 1989 dan Healy,

1992). Manakala IUCN dan Wright (1993) mengertikan ekopelancongan sebagai

bentuk percutian yang lebih menghargai alam persekitaran. Definisi yang sama juga

dikemukan oleh TIES (1998) dimana ekopelancongan merupakan bentuk percutian

yang penuh tanggung jawab terhadap kelestarian persekitaran serta adanya

kewujudan daripada orang-orang tempatan.

Walaubagaimanapun, bentuk percutian yang menimbulkan sebarang impak

negatif terhadap alam sekeliling, tidaklah boleh diertikan sebagai ekopelancongan

(Healy, 1992). Lebih lanjut Healy (1992) mengatakan, sesungguhnya

ekopelancongan adalah salah satu cara perlindungan terhadap lingkungan

persekitaran dari sebarang kerosakan.

Merujuk pada huraian diatas, dapat disimpulkan bahawasanya eko-

pelancongan merupakan bentuk percutian yang lebih mengutamakan perlindungan

terhadap lingkungan sekitar daripada sebarang impak negatif dengan melibatkan

pelancong dan masyarakat tempatan tanpa mengabaikan keuntungan pada sektor

ekonomi.

Page 47: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

222.2.2 Hubungan Kawasan Lindungan dengan Ekopelancongan

Ada hubungan bertimbal-balik antara ekopelancongan dan kawasan

lindungan, di mana ekopelancongan memerlukan kawasan lindungan sebagai tarikan

dan sebaliknya kawasan lindungan memerlukan pelancong sebagai sumber

pendapatan kewangan bagi kepentingan konservasi alam sekitar. Selain itu,

pelancong ikut serta menjaga dan memastikan tidak ada sebarang kerosakan pada

alam sekitar sebagai impak daripada penambahan fungsi kawasan lindungan sebagai

tempat pelancongan.

Pada masa ini, banyak negara didunia menciptakan kawasan lindungannya

menjadikan tempat pelancongan (Butler dan Boyd, 1992). Adakalanya pembangunan

yang dilakukan tanpa mengikuti prinsip-prinsip tertentu juga boleh menjadi

penyebab kerosakan pada kawasan lindungan (Kutay, 1989 dan Ceballos-Lescurain,

1992).

2.2.3 Prinsip-prinsip Pembangunan dalam Ekopelancongan

TIES telahpun membuat garis panduan bagi pihak berkuasa mahupun orang

yang terlibat dalam pembangunan ekopelancongan. Dalam melaksanakan

pembangunan, mereka harus mengikuti prinsip-prinsip seperti dalam Jadual 2.1.

Manakala ECA, sebuah agensi pelancongan di Kanada yang memiliki kepakaran

dalam ekopelancongan di negara itu mengatakan bahawa dalam pembangunan

ekopelancongan sebaiknya menggabungkan antara ekonomi, sosial dan persekitaran.

Sedangkan Wright (1993) memaparkan bahawa dalam pembangunan

ekopelancongan sebaiknya mengikut prinsip-prinsip seperti dalam Jadual 2.2.

Page 48: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

23Jadual 2.1. Prinsip-prinsip Pembangunan Ekopelancongan oleh TIES

Nombor Prinsip-prinsip Ekopelancongan

1 Memperkecilkan impak terhadap persekitaran

2 Membangunkan budaya dan persekitaran dengan berhati-hati serta

menghormatinya

3 Menyediakan pengalaman positif baik terhadap pengunjung mahupun

tuan rumah

4 Menyediakan keuntungan kewangan untuk konservasi alam sekitar

dan masyarakat tempatan

5 Mengembangkan sensitiviti untuk negara tempatan, baik dari segi

politik, sosial, dan lingkungan persekitaran

6 Menyediakan hak asasi peringkat antarabangsa dan perjanjian tenaga

kerja

Sumber : TIES, 1993

Jadual 2.2. Prinsip-prinsip Pembangunan Ekopelancongan Mengikut

Wright (1993)

Nombor Prinsip-prinsip Pembangunan Ekopelancongan

1 Pengembangan terhadap alam persekitaran tanpa sebarang kerosakan

daripada sumberjayanya.

2 Penyertaan dan pengalaman daripada orang-orang yang terbabit.

3 Penglibatan daripada sektor kerajaan, pemaju dan pelancong itu sendiri

dalam menjaga alam dan sumberjaya yang sedia ada.

4 Nilai intrinsik dari sumberjaya alam yang dijadikan tarikan

6 Tanggung jawab terhadap alam dan lingkungan budaya

7 Keuntungan jangka panjang (ekonomi dan bukan ekonomi),

sumberjaya, industri pelancongan dan komuniti tempatan.

Sumber : Wright, 1993

Page 49: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

24Pada prinsip, pembangunan dalam ekopelancongan lebih menekankan

bagaimana mewujudkan pembangunan yang tidak berimpak apapun terhadap alam

persekitaran dengan tidak mengabaikan keuntungan pada sektor ekonomi dan sektor

bukan-ekonomi.

2.3 Kawasan Lindungan dan Prinsip Pembangunannya.

2.3.1 Definisi Kawasan Lindungan dan Penginapan

IUCN ( 1993) menggambarkan kawasan lindungan sebagai suatu wilayah

semulajadi yang diwujudkan sebagai kawasan perlindungan terhadap ekositem dan

warisan budaya yang sediaada. Ciptaan kawasan seperti ini bersifat universal dimana

meniru cara memelihara suatu ekosistem alam sekitar dan hubungkait antara warisan

budaya untuk jangkauan luas yang berguna bagi nilai-nilai manusia pada masa

hadapan. IUCN (1993) mendefinisikan kawasan lindungan (forest protected area)

sebagai : Kawasan hutan yang khas untuk dilindungi dan dipelihara keaneka ragaman

biologi dan alam sekitar serta asosiasi budaya, dan ditangani secara undang-undang.

Sesuai dengan definisi dan pengkategorian kawasan lindungan oleh IUCN

memperkukuhkan lagi keberadaan taman negara sebagai sebahagian dari kawasan

lindungan.

Page 50: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

25

Gambar 2.1 : Contoh Kawasan Lindungan Mengikut Kategori IUCN

(a). Taman Negara Kerinci, Indonesia : ketegori I, (b). Taman Negara

Teide, Spain : ketegori II, (c). Taman Negara Refuge, Costarica :

ketegori IV, (d). Penisular, Costa Rica : ketegori V, (e). Machu

Picchu Park, Ketegori VI

Sumber: Ceballos-Lescurain, 1996

Adapun definisi daripada penginapan adalah tempat menumpang sementara

masa yang dikenakan sewa ( Sujono, 1985). Dalam pengertian dasar, ini belum lagi

mengambil kira bagaimana bentuk, lokasi, dan kemudahan yang disediakan untuk

pengguna daripada perkhidmatan penginapan itu. Neufert (1992) mendefinisikan

bahawasanya penginapan ialah sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat

tinggal yang bersifat sementara atau dalam masa yang terhad dan dikenakan sewa

atas perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

(c)(b)(a)

(e)(d)

Page 51: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

262.3.2 Prinsip-prinsip Bangunan untuk Kawasan Lindungan

2.3.2.1 Objektif Penyediaan Fasiliti.

Dalam penyediaan fasiliti yang mencukupi maka perencanaan yang

dilakukan haruslah mengandungi kriteria seperti memenuhi kepuasan pasaran dan

pelaburan yang diperlukan, mencipta imej yang menyerlah dan menarik perhatian,

serta keharmonian dengan lingkungan persekitaran. Untuk memenuhi kriteria

tersebut Lawson (1992) mengatakan, perancangan yang dilakukan mestilah mengikut

prinsip-prinsip seperti berikut :

Wujud penyesuaian dengan permintaan individu seperti :

1. Mewujudkan kawasan rehat, tetapi juga harus ada fasiliti hiburan

dan rekreasi.

2. Berinteraksi dengan alam, dan juga dengan keadaan tempatan

serta kebudayaannya.

3. Pengasingan dan privasi, dan bebas dari gangguan serta

berhampiran dengan kemudahan lain.

Mencipta imej yang menyerlah seperti :

1. Dengan menggunakan sebaik-baiknya sumberjaya yang ada

disekitarnya, menggunakan bahan binaan tempatan, serta

menggunakan teknik-teknik yang memungkinkan.

2. Dengan mengambil contoh rancangan pembangunan dan

rekabentuk bangunan ditempat lain untuk mencerminkan ciri

utama sesuatu kegiatan.

3. Dengan memberikan peluang untuk berinteraksi dengan penduduk

tempatan.

Page 52: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

272.3.2.2 Alam Semulajadi Sebagai Pola Perancangan dan Pembinaan

Dalam eko-senibina, alam semulajadi merupakan pertimbangan utama dalam

perencanaan dan pembinaan sesebuah bangunan (Christopher, 1979). Maknanya,

alam semulajadi dijadikan sebagai unsur makro sedangkan bangunan merupakan

unsur mikro. Unsur makro akan selalu mempengaruhi unsur mikro baik dari segi

bentuk bangunan, bahan binaan, mahupun perletakan bangunan ( Frick, 1998 ).

Mengikut Frick (1998), alam yang dijadikan sebagai pola perancangan eko-

senibina dapat disimpulkan dengan syarat seperti berikut :

Penyesuaian perancangan pada lingkungan tempatan.

Pembinaan bangunan yang dilakukan tidak akan mengganggu kawasan

persekitaran di mana bangunan itu dibina. Sebagai contoh bahan yang

digunakan untuk bangunan hendaklah menggunakan bahan yang tidak

menggunakan bahan-bahan kimia (Odum,1994).

Memanfaatkan tenaga yang sediada semulajadi untuk keperluan

bangunan.

Misalnya , penggunaan cahaya matahari sebagai sumber cahaya untuk

pencahayaan dalam bangunan pada siang hari, yang boleh menjimatkan

penggunaan elektrik. Angin juga boleh dimanfaatkan sebagai penyejuk

ruangan dan ini akan menghindari pencemaran terhadap lingkungan yang

disebabkan oleh pengunaan penghawa dingin (Pearson,1994).

Penggunaan teknologi sederhana

Impak negatif daripada penggunaan teknologi boleh diatasi dengan

penggunaan teknologi sederhana ataupun penggunaan teknologi alternatif

(Dickson dan David, 1978).

Page 53: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

28Memelihara segala sumberjaya yang ada

Setiap perancangan yang dibuat hendaklah menghormati keadaan alam

semulajadi agar tidak tercemar atapun rosak. Sebagai contoh, pembuatan

saluran saliran dan penyediaan tempat pengolahan air kumbahan sebelum

dibuang ke tasik-tasik ataupun sungai (Fuad, 1981).

Pola perencanaan yang berasaskan eko-senibina hendaklah mengikuti dan

memanfaatkan peredaran alam. Hal ini dikemukakan oleh Schwarz (1982) seperti

berikut :

Bangunan yang dibina sebaiknya diarahkan menurut orientasi timur-barat.

Ini bertujuan agar bahagian bangunan yang berorientasi ke arah selatan-

utara menerima cahaya matahari tanpa ada kesilauan.

Bangunan yang dibina haruslah boleh memanfaatkan penyegaran ruangan

secara semulajadi dan memanfaatkan angin untuk membuat ruangan

menjadi lebih sejuk.

Bahan binaan yang digunakan hendaklah mudah diperbaiki terutama

bahan binaan untuk dinding dan atap, sedangkan bahan binaan untuk

strukturnya haruslah memiliki ketahanan dalam jangka masa yang lama.

Perancangan yang menggunakan konsep eko-senibina sangat bergantung

kepada keadaan alam persekitaran di mana bangunan itu akan dibina (Doczi, 1994).

Disamping itu Schwarz (1982) juga mengemukakan cara membina bangunan yang

menjimat tenaga dan bahan. Hal ini boleh dilihat dalam Rajah 2.1, pada mukasurat

33.

Page 54: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

292.3.2.3 Interaksi Dengan Alam

Bangunan yang berada dalam kawasan lindungan sebaiknya berinteraksi

langsung dengan alam persekitaran (Schneider, 1981). Dalam mewujudkan interaksi

dengan alam secara visual seperti pemandangan panorama dari balkoni, memberikan

peluang untuk menyatukan dengan lingkungan persekitaran serta dapat menciptakan

imej tersendiri bagi pelancong untuk mengenali tempat berkenaan. Walaubagaimana

pun, interaksi secara visual akan susah didapati pada bangunan yang tinggi.

Pembinaan bangunan yang lebih kecil dengan ketinggian bangunan dihadkan

merupakan salah satu solusi yang baik.

2.3.2.4 Keseimbangan Perancangan dengan Alam Sekitar

Adapun maksud daripada keseimbangan perencanaan dengan alam sekitar

adalah : bagaimana hasil daripada perencanaan yang dibina boleh menyatu dengan

keadaan alam persekitaran serta tidak merosak terhadap apa-apa yang telah ada

(Szakeres, 1992). Menurut beliau, ada beberapa hal yang harus diambilkira oleh

seorang perancang agar terjadinya keseimbangan antara alam dan hasil rancangan,

diantaranya ialah :

Orientasi bangunan yang ditempatkan tepat diantara lintasan atau laluan

matahari serta bentuk tanah yang terlindung. Dalam hal ini tidak hanya

perlu diperhatikan sinar matahari yang mengakibatkan panas sahaja,

tetapi juga arah angin yang memberikan kesejukan (Schneider, 1981).

Orientasi bangunan yang paling baik berarah dari timur ke barat. Hal

yang seperti ini sangatlah sesuai digunapakai pada daerah yang beriklim

tropika (Bambang ,1998). Lihat Gambar 2.2. Akan tetapi hal ini juga

sangat bergantung kepada keadaan tapak bangunan.

Page 55: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

30

Gambar 2.2 : Tataletak Bangunan yang Baik

Memilih arah timur atau barat kerana baik untuk pemanfaatan sinar

matahari dan pengudaraan ruangan.

Sumber : Frick, 1998

Pengudaraan ruangan secara berterusan akan mengakibatkan ruangan

menjadi sejuk. Hal ini bisa dilakukan dengan memperbanyakan tingkap

pada bangunan ataupun melebarkan ukuran tingkap (Reed, 1953). Lihat

gambar 2.3.

Gambar 2.3. Pengudaraan Semulajadi pada Bangunan

Semakin banyak lobang angin pada bangunan maka semakin baik

kitaran udara dalam ruangan (gambar I), sedangkan semakin sedikit

lobang angin sirkulasi udara tidak baik (gambar II)

Sumber : Reed, 1953

I II

Page 56: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

31Pengaruh daripada suhu terhadap bangunan dan ruangan yang ada di

dalam bangunan boleh diatasi dengan rekabentuk atap dan pembinaannya.

Untuk memberikan perlindungan pada bangunan, bentuk atap yang baik

adalah bentuk atap yang tinggi dengan kemiringan lebih dari 30º. Bentuk

atap seperti ini juga lebih memberikan kesan semulajadi dan lebih

menyatu dengan alam (Purwanto, 1998). Lihat gambar 2.4.

Gambar 2.4 : Beberapa Rekabentuk Atap Bangunan

Bentuk atap pada gambar 2 memberikan perlindungan yang lebih

maksima pada bangunan daripada bentuk atap pada gambar 1.

Sumber : Purwanto, 1998

2.3.2.5 Penggabungan dengan Persekitaran

Penggabungan lingkungan persekitaran sangat diperlukan dan tidak dapat

disangkal, untuk membuat hubungan yang baik antara bangunan dengan lingkungan

alam sekitarnya (Schmid, 1983). Beberapa penggabungan dapat diperolehi melalui

1 2

Page 57: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

32senibina (sebagai contoh senibina vernakular), tetapi masih banyak lagi persoalan

yang mesti diambil kira seperti skala, penjelasan dalam pelan utama dan peraturan

dari kerajaan tempatan.

Menurut Boud dan Lawson (1998) ada dua prinsip utama dalam membuat

hubungan yang baik antara bangunan dengan lingkungan alam sekitarnya, iaitu :

Sekiranya lingkungan sekitar sangat menyerlah dengan nilai keindahan,

handaklah bangunan yang dibina memiliki karakter yang lunak, harmoni

dan tidak berlawanan dengan lingkungan (Doczi, 1994)

Di dalam kawasan yang memiliki lingkungan persekitaran yang kurang

menarik biasanya bangunan dirancang dengan mengseimbangkan

rekabentuk dengan alam persekitarannya.

2.3.2.6 Keselesaan Pengguna

Rekabentuk suatu bangunan lebih diutamakan oleh seorang perancang, tetapi

ada perkara yang selalu dilupakan iaitu keselesaan pengguna, bahan dan ketahanan

binaan bangunan itu sendiri (Doczi, 1994). Dalam eko-senibina, hal yang menjadi

perhatian utama adalah keselesaan pengguna ataupun penghuni bangunan.

Sayangnya, keselesaan pengguna terhadap bangunan tidak dapat diukur dengan

mengunakan alat seperti halnya kita mengukur panjang dan lebar suatu ruangan.

Penilaian terhadap keselesaan sangat subjektif dan bergantung pada beberapa perkara

seperti iklim, suhu ruangan, pencahayaan, dan warna bangunan (Peter dan Bouwen,

1998).

Page 58: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

33

Rajah 2.1 Cara Membina Bangunan yang Menjimat Tenaga dan Bahan

Mengikut Schwarz (1982)

Sumber : Schwarz, 1982

Perhatianpada iklim tempatan.

Sumber tenaga

yang tidak dapat

dirubah

Penggunaan bahan bangunan

yangmenjimat

tenaga

Penyediaandan

pembuang bahan

bangunan,tenaga, dan

air

Penggunateknologisederhana

1. Penggunaan tumbuhan dan air sebagai pengatur iklim

2. Orientasi kepada sinar matahari 3. Penyesuaian terhadap

persekitaran perubahan suhu

1. Menghapuskan penggunaan penghawa dingin.

2. Menggunakan angin sebagai penyejuk ruangan

3. Menggunakan tenaga yang semulajadi.

1. Memilih bahan yang sesuai untuk bangunan dan keadaan tempatan

2. Penggunaan kembali sisa-sisa bahan bangunan yang masih boleh digunapakai

3. Penggunaan bahan yang semulajadi

1. Air limbah dan sampah dihindari sejauh mungkin

2. Perhatian terhadap kitaran air limbah dan air bersih

3. Perhatian terhadap bahan-bahan yang boleh mengakibatkan pencemaran

1. Mudah diperbaiki dan tidak memerlukan kos yang tinggi

2. Menggunakan kembali material bangunan yang sudah digunakan(kitar semula)

Menjimatkan hasil produk

bahanbangunan

Pembinaan bangunan

yangmenjimatkan

tenaga

Menjimatkan sumber tenaga

Menjimat sumber dan penggunaan

bahan

Menjimatkan sember

semulajadi (air, udara dan

tanah)

Page 59: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

34

2.3.2.7 Mengelakkan Bahaya Persekitaran atau Bencana Alam

Schwanke (1997) menghuraikan bahawasanya hal yang tidak boleh diabaikan

dalam pembangunan di kawasan lindungan adalah menghindari bangunan daripada

kemungkinan untuk menghadapi bahaya yang ditimbulkan oleh keadaan

persekitaran. Misalnya bangunan dibina pada tanah yang rendah dan

berkemungkinan untuk menghadapi banjir bila musim hujan mahupun bangunan

berada ditapak yang memiliki berkeceruman diatas 30º.

2.4. Konsep-konsep Bangunan untuk Kawasan Lindungan

2.4.1. Konsep Senibina

2.4.1.1. Eko- senibina

Perancangan ataupun pembinaan fasiliti penginapan dalam sebuah taman

negara hendaklah memperhatikan pengaruh daripada pembangunan tersebut terhadap

alam persekitaran mahupun sebaliknya. Pembinaan rumah ataupun tempat tinggal

sebagai keperluan kehidupan manusia dalam hubungan timbal balik dengan

lingkungan alam sekitarnya dinamakan eko-senibina (Krusche, 1982).

Page 60: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

35Dalam perancangan eko-senibina, bangunan yang dibina haruslah

memperhatikan keselarasan antara manusia dan alam persekitaran. Konsep dasar

eko-senibina adalah : senibina biologi (senibina yang memperhatikan kesihatan),

senibina alternatif, senibina matahari (pemanfaatan tenaga matahari pada bangunan),

dan senibina bionik (binaan bangunan yang memperhatikan kesihatan manusia).

Rajah 2.2 Konsep Dasar Eko-senibina Menurut Krusche

Sumber : Krusche, 1982

2.4.1.2. Senibina Organik

Frank Loyd Wright mencontohkan bahawa bentuk dan bahan bangunan boleh

diambil dari alam semulajadi agar kesan yang ditimbulkan oleh bangunan lebih

semulajadi. Dalam pendekatan senibina organik mempunyai prinsip bahawa

bangunan yang dibina haruslah mempunyai keseimbangan dengan alam

persekitarannya. Seperti apa yang dikemukakan Frank Loyd Wright dimana

senibina biologi (senibina yang

memperhatikankesehatan) senibina

alternatif

Senibinamatahari

(pengunaan tenaga matahari pada bangunan)

senibinabionik

Bahan dan binaan yang

ekologi

eko-senibina

Page 61: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

36bangunan yang dibina tidaklah boleh mengganggu alam persekitaran tetapi ianya

harus menjadi bahagian dari dengan alam (Curtis dan William, 1982).

Ciri utama daripada senibina organik adalah perletakan dan nisbah bangunan

yang lebih mendatar yang merupakan simbol daripada keluasan alam semulajadi.

Ciri yang kedua ialah bahan binaan yang menggunakan bahan kayu dan batu yang

tahan terhadap cuaca dan yang dihasilkan secara semulajadi. Bumbung yang luas

menutupi kawasan dalamam merupakan ciri yang ketiga, dan yang ke empat adalah

pelan lantai yang terbuka tanpa dinding pembatas ruangan akan memberikan

kebebasan pada pencahayaan dan kitaran udara dalam bangunan.

Gambar 2.5. Contoh Bangunan yang Memakai Konsep Senibina Organik

Sumber : Tajuddin dan Nangkula, 2003

2.4.1.3. Senibina Vernakular

Dalam proses pembangunan, masyarakat di daerah perkampungan lebih

dipengaruhi oleh alam persekitaran, serta bentuk-bentuk yang diambil juga

merupakan bentuk-bentuk yang ada dialam persekitaran (Chatani dan Mori, 1981).

Page 62: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

37Misalnya, bumbung rumah masyarakat tradisional di daerah Toraja Sulawesi

(Indonesia) lebih menyerupai tanduk lembu, lihat gambar 2.6. Pada asasnya, mereka

menjadikan alam sebagai dasar dari pembangunan tempat tinggalnya. Jadi apapun

yang mereka buat tidaklah mengganggu pada alam persekitaran.

Gambar 2.6 : Pengambilan Unsur Alam dalam Rekabentuk Bangunan.

Sumber : Lippsmeier, 1997

Rumah bagi mereka merupakan tempat berlindung daripada gangguan

binatang mahupun gangguan alam. Maka dari itu kebanyakan daripada rumah-rumah

tradisional adalah rumah bertiang. Disamping boleh melindungi penghuni daripada

gangguan alam, juga sangat baik dari segi kesihatan kerana melindungi penghuninya

daripada kelembapan (Pearson, 1994).

Gambar 2.7 : Contoh Rumah Tradisional di Filipina

Sumber.: Manguneijaya, 1988

Page 63: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

382.4.1.4. Bentuk Senibina

Pendekatan baru terhadap bentuk senibina dalam perancangan pembangunan

kemudahan penginapan untuk pelancongan yang berasaskan alam semulajadi

merupakan faktor yang sangat penting. Ini telah dijelaskan, bahawa seluruh

bangunan, jalan dan layanan seharusnya direkabentuk tampak seperti ada pengaruh

yang kuat dari alam persekitarannya (Ceballos-Lascuráin, 1996 dan Walter, 1987).

Penyediaan fasiliti penginapan di dalam taman negara yang berorientasikan kepada

alam persekitaran harus juga memerhatikan bentuk fizikal bangunannya disamping

adanya kesan kesederhanaan, kenyamanan dan kebersihan serta keinginan daripada

pelancong (Pearson (1992), Doczi (1994) dan Chistopher (1979)). Hal yang

terpenting untuk diperhatikan adalah jangan sampai pembangunan fasiliti ini

merosak alam persekitaran (Edington, 1986). Kalaulah hal ini diamalkan, pelancong

akan tinggal lebih lama dan memberikan keuntungan yang bertambah kepada

ekopelancongan.

Untuk rekabentuk bangunan sebaiknya memerhatikan bentuk-bentuk rumah

atau bangunan penduduk tempatan, kerana teknik-teknik bangunan mereka sering

menampakkan pendekatan-pendekatan yang unik untuk berhubungan dengan

keadaan alam persekitarannya (Scenaider, 1981 dan Rykwert, 1972). Pembangunan

kemudahan penginapan yang tidak sesuai dengan keadaan alam persekitaran akan

memberikan kesan yang tidak baik dan mengurangkan daya tarikan (Brenda dan

Robert, 1996).

Page 64: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

392.4.2. Landskap dan Perancangan Tapak

2.4.2.1. Perancangan Tapak

Penggunaan pendekatan persekitaran untuk perancangan tapak amatlah

diperlukan supaya pembangunan bersepadu dengan persekitaran (Simonds, 1985).

Walter (1987) menyatakan ada beberapa pertimbangan asas yang perlu dilakukan

bagi perancangan tapak untuk pembinaan kemudahan pelancongan. Salah satu hal

terpenting dalam perancangan pembangunan tapak adalah bangunan tidak terletak

dan direkabentuk dalam keadaan yang berbahaya, khususnya lereng bukit yang

curam yang mana keadaan tanah yang tidak stabil atau tempat-tempat rendah yang

mungkin menghadapi banjir (Dorward, 1990 dan Schwanke, 1997).

Untuk mendapatkan hasil yang maksima dan berkesan, piawaian

pembangunan tapak perlulah ditetapkan terutama pada daerah yang peka terhadap

persekitaran. Mengikut Inskeep (1996), piawaian perancangan tapak pada umumnya

meliputi perkara-perkara sebagai berikut :

1. Kepadatan unit penginapan

2. Ketinggian bangunan

3. Jarak jauh bangunan

4. Nisbah kawasan lantai

5. Litupan tapak

6. Jalan masuk orang awam

Page 65: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

402.4.2.2. Agihan dan Tumpuan Jenis Bangunan

Pengagihan atau penyusunan bangunan yang seragam akan menghasilkan

tataletak bangunan yang kurang menarik serta menimbulkan ruang-ruang yang tidak

perlu pada tapak (Laverthol dan Howarth, 1984). Bagi Lawson (1995), sebaiknya

tataletak bangunan hendaklah memberikan kesan tersendiri dan pemandangan yang

menarik seperti:

Kawasan utama merupakan tempat kawasan umum seperti : kafe, dewan

pertemuan, pejabat dan lain sebagainya.

Tempat rehat pelancong mungkin mengambil lokasi yang agak jauh dari

kawasan yang diperuntukkan untuk awam.

Kawasan tempat tinggal secara kumpulan dipisahkan daripada kawasan

tempat tinggal keluarga atau perseorangan. Pengagihan bangunan juga

sangat bergantung kepada keadaan ditapak.

2.4.2.3. Perhubungan antara Susun Atur Bangunan

Pengumpulan bangunan yang disesuaikan dengan fungsi dan kegunaan

bangunan seperti pejabat dan lain sebagainya, merupakan pertimbangan yang penting

dalam usaha menentukan tapak (Lynch, 1984). Pengumpulan bangunan juga

bergantung kepada keadaan tapak, kepadatan dan ciri pembangunan yang diinginkan

Inskeep (1994). Gambar 2.8 merupakan diantara beberapa contoh susun atur

bangunan.

Page 66: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

41

Susun atur berkelompok

Gambar 2.8 : Pendekatan Terhadap Perhubungan Antara Bangunan

Sumber : Inskeep, 1994

2.4.2.4. Mengekalkan Pemandangan

Pertimbangan lainnya juga penting dalam perancangan tapak adalah sudut

pandang yang bertujuan untuk mengekalkan pemandangan atau sekurang-kurangnya

koridor pemandangan menghala keciri kemudahan (Lawson, 1995 dan Simonds,

1985). Untuk memaksimakan latar belakang semulajadi, perlunya persepaduan

antara bangunan dengan persekitaran dan penghalaan bangunan kearah ciri

Unit tunggal Susun atur lelurus

Page 67: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

42kemudahan. Kesalahan yang sering dilakukan adalah pembinaan yang dilakukan

memperlihatkan pemandangan yang menarik tetapi turut memusnahkan rupa bentuk

semulajadi, (Wilson, 1984).

Gambar 2.9.: Contoh Fasiliti Penginapan di dalam Kawasan Lindungan

Ponderosa Lodge yang Tetap Mengekalkan Sudut Pandang.

Sumber : Gunn, 1997

2.4.3 Kualiti Bangunan

2.4.3.1. Kualiti Binaan

Kualiti pada bangunan juga memerlukan kebijaksanaan. Kebanyakan negara

mempunyai peraturan seperti kod bangunan yang mungkin cukup sebagai piawaian

bagi menunjuk kualiti bangunan tersebut. Tetapi sering kali diperlukan perancangan

spesifik untuk dikenalkan agar memastikan pembangunan yang dilakukan

dilaksanakan secara komprehensif dengan melalui imej dan ciri-ciri bangunan

(Brenda dan Robert, 1996) . Secara keseluruhan, adalah sangat penting untuk

Page 68: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

43memelihara kesatuan daripada struktur, skala, bahan dan warna, serta hubungan

antara manusia (Egenter, 1992).

2.4.3.2. Bahan Bangunan

Lippsmeier, (1997) menyatakan ada beberapa bahan binaan bangunan yang

sesuai digunakan di dalam kawasan lindungan, khasnya pada kawasan tropika iaitu :

Rumput, daun dan pokok palma.

Seperti yang dikemukakan oleh Lippsmeier (1997), bagi daerah yang

memiliki iklim tropika banyak sekali bahan-bahan yang boleh digunakan

sebagai bahan binaan bangunan. Rumput dan pokok palma merupakan

bahan tradisional bangunan tropika yang paling banyak digunakan untuk

rumah tinggal sederhana hinggalah bangunan yang diperuntukkan untuk

kepentingan khalayak ramai. Lihat juga Lampiran C.

Bambu.

Selain bahan bangunan dari rumput, daun dan pokok palma, bangunan

tradisional di kawasan tropika banyak juga menggunakan bambu dan

buluh sebagai bahan untuk bangunan. Pokok bambu sangat banyak

dijumpai pada kawasan yang beriklim panas-lembab terutama di kawasan

Asia Tenggara, pulau–pulau di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Bahan

binaan bangunan yang diperbuat daripada pokok bambu mempunyai mutu

dan kualiti yang baik serta tidak mencemarkan lingkungan. Dengan

pengolahan yang tepat, bahan binaan bambu boleh bertahan dalam jangka

masa sehingga 25 tahun (Frick, 1998) (lihat Lampiran D).

Page 69: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

44Kayu

Jenis bahan binaan dari kayu sangat banyak terdapat di kawasan tropika,

tetapi tidak semua jenis kayu dapat digunakan sebagai bahan bangunan.

Pemilihan jenis kayu yang baik untuk dijadikan bahan bangunan harus

daripada jenis kayu yang keras dan memiliki serat yang rapat. Jenis kayu

seperti ini lebih tahan terhadap pengaruh panas, air, angin dan

kelembapan udara (Schmid, 1983). Dengan pemberian lapisan kimia pada

bahagian permukaan kayu akan menjadikan kayu memiliki ketahanan

sampai pada masa 40-50 tahun (Koesmartadi, 1999). Sebagai contohnya,

pemberian lapisan asid borat, monomonium dan diamonium fosfat akan

menjadikan kayu tidak mudah terbakar. Tetapi jika bahan kayu digunakan

di daerah yang memiliki kelembapan tinggi seperti dalam taman negara,

daerah pegunungan, dan daerah yang memiliki hujan yang tinggi maka

kayu yang dipilih hendaklah yang memiliki kelembapan kurang dari 20

peratus (Lampiran E).

Tanah liat (Laterit) dan batu bata.

Jenis bahan lain yang juga sesuai untuk bangunan di kawasan tropika

ialah bahan yang terdiri dari tanah liat dan batu bata bakar. Jenis bahan

ini merupakan bahan asas kebanyakan bangunan lama tradisional yang

telah digunakan sejak zaman dahulu (Pearson, 1994) . Batu bata dan tanah

liat sangat banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika basah.

Bahan bangunan yang diperbuat dari tanah liat dan batu bata bakar ini

menjimatkan kos pengangkutan kerana bahan jenis ini boleh dibuat di

lokasi binaan bangunan dan proses pembuatannya sangat mudah tanpa

memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan bahan ini banyak memberi

keuntungan terutama dari segi penjimatan kos. Lihat juga Lampiran F.

Page 70: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

452.5. Pertimbangan dalam Perancangan Bangunan

2.5.1. Pertimbangan Pengaruh Alam Persekitaran

Alam persekitaran juga akan mempengaruhi bangunan, baik dari segi

rekabentuk, penggunaan bahan binaan mahupun teknik-teknik penyelesaian terhadap

permasalahan yang dihadapi (Lippsmeier, 1997). Penyesuaian bangunan dengan

keadaan alam persekitaran juga akan menghindari bangunan dari ganguan yang

ditimbulkan oleh alam persekitaran.

Selain itu, keadaan iklim suatu kawasan juga dapat mempengaruhi

bangunan, kerana itulah keadaan iklim dan persekitaran amatlah penting untuk

dipertimbangkan dalam perancangan bangunan (Wright, 1954)

Gambar 2.10. Contoh Perbezaan dalam Rekabentuk Bangunan

(I). Contoh rumah masyarakat di kawasan beriklim tropika, Filipina

(II). Contoh rumah masyarakat di kawasan beriklim sub-tropika,

England

Sumber : Lippsmeier, 1997

I II

Page 71: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

462.5.2. Pertimbangan Penggunaan Bahan Binaan

Dalam pembinaan sebuah bangunan, pertimbangan terhadap bahan-bahan

yang digunakan sangatlah penting kerana ianya dapat mempengaruhi kenyamanan

dan keselesaan pengguna (Salim, 1987). Pemilihan bahan binaan yang tepat pada

sesebuah bangunan akan memberikan keuntungan. Penggunaan bahan binaan yang

disesuaikan dengan keadaan alam persekitaran akan menyebabkan kos untuk

pemeliharaan bangunan lebih rendah berbanding dengan bangunan yang

menggunakan bahan binaan yang berlawanan dengan keadaan persekitaran. Salah

satu contoh, penggunaan bahan binaan besi pada bangunan yang terletak dipinggir

laut memerlukan kos pemeliharaan yang lebih tinggi dibandingkan dengan bangunan

yang menggunakan aluminium. Ini disebabkan bahan yang diperbuat dari besi lebih

cepat mengalami kerosakan dibandingkan dengan aluminium (Mangkuwijaya, 1988).

Dalam perancangan penginapan pada kawasan taman negara, sebaiknya

menggunakan bahan semulajadi seperti bahan dari buluh, kayu dan atap rumbia

(Schmid, 1983). Disamping akan memberikan kesan semulajadi terhadap bangunan,

bahan binaan seperti ini juga tidak akan mencemarkan lingkungan persekitaran

(Zucker, 1983). Pemilihan terhadap bahan binaan hendaklah dilakukan dengan cara

menelaah terlebih dahulu keadaan alam persekitaran, kerana alam persekitaran akan

mempengaruhi ketahanan daripada bahan binaan (Pearson dan David, 1994).

Selain itu, dalam pemilihan bahan semulajadi sebaiknya melibatkan pekerja

tempatan, kerana mereka lebih mengetahui kelebihan, kelemahan dan keterbatasan

penyediaan bahan semulajadi yang sediaada pada kawasan serta dapat mencarikan

bahan binaan pengganti jika ada permasalah. Inilah yang dikehendaki oleh para

perancang (arkitek) untuk pemahaman penggunaan bahan semulajadi dan teknik-

teknik pembinaannya (Anderson, 1992). Pengunaan bahan binaan yang diperbuat

dari jenis kayu-kayu yang dilindungi serta yang mengandungi unsur kimia seperti

formaldehyde atau arsernic juga perlu dihindari (Fisher, 1991).

Page 72: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

472.5.3. Pertimbangan Model Banguan

2.5.3.1 Gaya dan Motif Tempatan

Senibina yang berunsur tradisional patutlah digabungkan seboleh mungkin

dalam merekabentuk kemudahan pelancongan, supaya kemudahan ini bukan sahaja

sesuai dipadankan dengan persekitaran, tetapi juga dapat memperkukuhkan senibina

kawasan itu (Walter, 1987). Sekiranya tidak dapat mewujudkan gaya senibina

tempatan, maka gaya senibina antarabangsa yang memberikan tumpuan kepada

persekitaran bolehlah digunakan, berbanding dengan tindakan meniru secara

keseluruhan gaya senibina dari tempat lain untuk digunapakai.

Gambar 2.11 : Contoh Penggabungan Gaya Senibina

(I). Rumah masyarakat tempatan di Snowdonia (II). Kemudahan

peginapan dalam Taman Negara Snowdonia.

Sumber : Hughes dan North, 1972

2.5.2.2 Warna Bangunan

Disamping dapat mempengaruhi kenyamanan dan keselesaan seseorang

terhadap bangunan, warna juga boleh mempengaruhi dan menunjukkan ciri khas

I II

Page 73: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

48suatu bangunan atau ruang. Selain itu warna juga dapat digunakan untuk

mengubah dan memperbaiki nisbah ruangan secara visual (Frick dan Suskiyatmo,

1998). Pada umumnya, bangunan yang terdapat pada kawasan bandar lebih banyak

menggunakan warna-warna terang seperti merah, oren, kuning dan biru. Ini juga

menunjukkan ciri aktiviti di kawasan bandar yang lebih aktif dan sibuk. Manakala

bangunan yang terdapat di kawasan perkampungan lebih memilih menggunakan

warna pasif seperti warna hijau, yang mana warna ini lebih menggambarkan

ketenangan dan berpasrah (Brenda and Robert, 1996).

Arwed (1992) mengatakan bahawa pemberian warna yang seragam terhadap

ruangan dan bangunan akan mempengaruhi faktor keselesaan. Akan tetapi beliau

menganjurkan, untuk pemberian warna pada sebuah ruangan atau bangunan

hendaklah memperhatikan :

Tidak memilih atau memberikan warna yang sesuka hati atau hanya boleh

diterima seketika sahaja.

Membentuk corak seni mengikut kerangka bangunan atau kegunaan

ruangan.

Mencerminkan pandangan menyeluruh tanpa memberi kesan yang

membosankan dan juga memperhatikan pengaruh nisbah bangunan

2.5.2.3 Rekabentuk Atap

Rekabentuk atap baik berbentuk rata, tinggi, berunjur dan sebagainya,

merupakan unsur rekabentuk yang penting. Ini adalah kerana bagi bangunan yang

rendah, bentuk atap kelihatan ketara dan banyak mempengaruhi ciri dan

pemandangan kerangka berkenaan (Neufert, 1992). Bentuk atap patut mencerminkan

Page 74: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

49gaya senibina tempatan dan harus selaras dengan ciri-ciri persekitaran semulajadi.

Lihat gambar 2.12.

Gambar 2.12. Tiga Buah Rekebentuk Atap yang Umum Digunakan

(I).Atap dengan kecondongan 30 darjah. (II) bentuk atap dengan

kecondongan 45 darjah. (III). bentuk atap mendatar

Sumber : Manguneijaya, 1988. Hughes dan North, 1972

2.5.4. Pertimbangan Kecekapan Tenaga

Kecekapan tenaga merupakan salah satu pertimbangan yang juga penting

dalam merekabentuk kemudahan di kawasan lindungan kerana kewujudannya pada

kawasan yang terpencil, jauh dari penempatan manusia serta tiada pemasangan

bekalan elektrik.

Penggunaan tenaga elektrik yang berasal dari sinar matahari pada kawasan

lindungan yang beriklim tropika atau sub-tropika adalah sangat sesuai. Dengan

adanya solar sel untuk mengumpulkan tenaga sinar matahari yang pada akhirnya

digubah menjadi tenaga elektrik dengan photovoltaic, sehingganya bekalan elektrik

yang berasal dari penjana elektrik berenjin diesel (diesel-electric) dapat disimpan dan

I II III

Page 75: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

50digunakan sebagai cadangan apabila keadaan tidak memungkinkan seperti pada

musim hujan. Ini merupakan salah satu cara untuk kecekapan tenaga, sangatlah

mudah dilakukan dan tidak memerlukan kos yang mahal (Bruce, 1990). Pemasangan

lampu dengan kuasa rendah serta pengesan yang dapat mematikan lampu secara

otomatik ketika bilik dalam keadaan kosong adalah cara penjimatan pemakaiaan

tenaga elektrik.

2.5.5. Pertimbangan Penggunaan Teknologi

Pada masa ini dapat dikatakan bahawa halangan yang banyak dihadapi

perancang taman negara adalah mencari alternatif lain atau jalan dengan

menggunakan teknologi baru. Kemajuan yang utama didalam teknologi adalah

penjimatan tenaga, perlindungan air, bunyi dan pengurangan terhadap pencemaran

udara (Ceballos-Lascuráin, 1996).

Teknologi ini boleh digunakan di dalam perancangan kemudahan

penginapan, terutama dalam penjimatan tenaga, dan perlindungan sumber-sumber

air. Penggunaan teknologi yang tepat pada bangunan juga akan mengurangkan kos

untuk penyediaan tenaga tambahan dan pengurangan pencemaran terhadap

lingkungan persekitaran (Dicson dan David 1978). Salah satu contoh ialah

penyediaan takungan untuk penampungan air hujan pada bangunan yang dapat

memenuhi keperluan bangunan tersebut tanpa menggunakan sumber air lain dalam

taman negara tersebut.

Meskipun belum digunakan di kawasan yang dilindungi, sistem solar-aquatik

sangat baik untuk digunakan, dimana sistem ini merupakan satu sistem perawatan

Page 76: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

51dan pengolahan kembali air kumbahan menjadi air bersih dan boleh digunakan

semula.

2.5.6 Penyelenggaraan Kawasan dan Kemudahan

Perawatan sebaiknya dilakukan untuk menjamin efisiensi dan operasi bagi

kemudahan yang ada (Lawson, 1995). Dengan melakukan pemeliharaan yang baik

pada bangunan, maka kos untuk penyelenggaraan bangunan akan lebih rendah.

Pemeliharaan bukan sahaja dilakukan ke atas fasiliti kemudahan tetapi juga

dilakukan terhadap segala yang ada di dalam kawasan taman negara.

Perlindungan terhadap alam semulajadi amatlah diperlukan selama

pembangunan tersebut dilaksanakan termasuklah penggunaan air secara bijak. Pada

kawasan lindungan, bekalan air tidaklah selalu banyak, maka daripada itu

pemeliharaan terhadap sumberjaya air sebaiknya lebih diperhatikan. Pemakaian

teknologi untuk pengolahan air kumbahan dapat dijadikan alternatif untuk

melakukan penjimatan pemakaian air, mengurangi kos operasinya serta dapat

meningkatkan kualiti daripada kawasan (Bertha, 1991). Manakala pengolahan

terhadap air hujan dijadikan sebagai alternatif untuk simpanan air. Pembuatan tangki

besar, tasik-tasik kecil, dan ciptaan aliran air secara semulajadi bisa digunakan

sebagai tempat penampungan air hujan.

Page 77: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

522.6. Rekabentuk Bangunan Dalam Taman Negara

Mengikut apa yang dikatakan Caballos-Lascuráin (1996) dimana rekabentuk

“ low tech” merupakan alternatif yang dapat digunakan. Rekabentuk bangunan

sebaiknya menggunakan rekabentuk senibina tempatan, maknanya seorang

perancang (arkitek) dapat menjadikan bangunan yang terdapat disekitar kawasan

taman negara tersebut sebagai panduan dalam merancang. Bangunan yang sediaada

juga banyak membantu dalam penggunaan teknik dan pemilihan bahan yang sesuai

dengan keadaan lingkungannya

Kemudahan penginapan harus berdasarkan pada keadaan lingkungan

jangka panjang bukannya pada keadaan semasa sahaja, dimana spesifikasi

pembangunan yang menggambarkan perhatian terhadap lingkungan. Dalam

pengunaan bahan binaan sebaiknya juga berusaha menggunakan bahan binaan yang

sediaada di sekitar kawasan, kerana bahan ini tidak memerlukan proses yang

kompleks dan proses pengeluaran yang intensif .

2.6.1 Rekabentuk Bangunan

Rekabentuk bangunan penginapan yang ada di dalam taman negara

seharusnya berbeza dengan bentuk bangunan di kawasan kota atau bandar.

Rekabentuk bangunan yang ada di kawasan bandar lebih cenderung kearah pada

rekabentuk moden dan mengikuti perkembangan masa, tetapi bentuk bangunan yang

ada di dalam taman negara lebih dipengaruhi oleh keadaan alam persekitaran

(Soegeng, 1985).Lihat gambar 2.13.

Page 78: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

53Rekabentuk sesebuah bangunan juga menjadi daya tarikan tersendiri dan

boleh memberikan keselesaan dan kenyamanan bagi orang-orang yang

menggunakannya (Richard, 1985). Begitu juga dengan rekabentuk bangunan yang

dibangunkan di taman negara harus memiliki unsur kenyamanan, bersih tetapi

memiliki nilai kesederhanaan (Ceballos-Lascuráin, 1986). Selain itu, hal lain yang

harus di perhatikan adalah tersedianya ruang serbaguna, operator dan institusi

pendidikan (Anderson, 1992).

Gambar 2.13 : Perbezaan Rekabentuk Bangunan.

(I). Rekabentuk pada kawasan lindungan, (II) Rekabentuk pada

kawasan bandar

Sumber : Soegeng, 1985

Pengudaraan silang pada bangunan sangatlah dianjurkan, kerana akan

memberikan kesan semulajadi yang lebih kuat (Reed, 1953). Pada kawasan

lindungan penggunaan penghawa dingin tidak dianjurkan atau wajar dihindari kerana

penggunaan penghawa dingin banyak menghabiskan tenaga. Disamping itu,

penggunaan penghawa dingin akan menimbulkan pencemaran bunyi (Ceballos-

Lascurain, 1996). Dengan memanfaatkan bayangan daripada pokok-pokok disekitar

bangunan dapat juga dijadikan alternatif untuk menghindari suhu yang panas (Lynch,

1984). Disamping itu, rekabentuk tingkap yang lebih besar ukurannya akan menjadi

alternatif terbaik untuk mendapatkan kitaran angin yang lebih lancar pada ruangan

dalam bangunan.

I II

Page 79: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

54

Bangunan juga sebaiknya disesuaikan dengan keadaan di sekelilingnya

(McHarg, 1969). Sebagai contoh, jika tempat penginapan untuk para pelancong

ditempatkan di kawasan atas bukit dengan pemandangan yang cantik keseluruh

kawasan, dengan sendirinya bangunan yang dibina akan terlihat dari pelbagai sudut.

Sekiranya bangunan diletakkan secara horizontal dengan satu tingkat, itu akan

menjadikan bangunan kurang menonjol. Dalam merekabentuk bangunan pada

kawasan yang beriklim tropika, perhatian terhadap ganguan serangga, reptilia dan

penyengat meskilah diambilkira (Lippsmeier, 1997). Pendekatan-pendekatan seperti

ini sangatlah penting kerana ianya dapat mengurangkan kos dalam pengawasan dan

perawatan bangunan.

Meskipun rekabentuk sering digunakan sebagai pemecahan permasalahan,

akan tetapi cara pemecahan permasalahan sebenarnya terletak pada diri perancang itu

sendiri. Menurut Camgeni (1986) para perancang sebaiknya :

Menggabungkan kawasan jalan masuk yang kemudian diperlihatkan

mempunyai tingkat kesulitan yang berbeza tiap-tiap paras.

Rancangan untuk meneruskan jalan kecil seperti denai.

Mempunyai kesedaran sivik dengan belajar sendiri biarpun tersedia bahan

bangunan serta mencari alternatif bahan semulajadi yang lain.

Membuat kemudahan yang benar-benar boleh digunakan oleh semua

orang.

2.6.2 Kemudahan Bagi Orang Kurang Upaya

Kemudahan untuk peribadi yang kurang upaya sebaiknya disediakan.

Keadaan alam semulajadi tidaklah selalu datar dan ini akan memberikan kesulitan

Page 80: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

55pada orang-orang kurang upaya untuk melakukan aktiviti. Ada beberapa bentuk

alam semulajadi yang berdasarkan pada kegiatan pelancongan memiliki keadaan

yang tidak datar sehingga memberikan halangan kepada orang-orang kurang upaya

untuk menikmatinya. Jadi dalam penyedian fasiliti kemudahan di kawasan

lindungan, perlulah sekiranya membuatkan fasiliti yang khas bagi orang kurang

upaya agar memberikan peluang kepada mereka melakukan aktiviti dalam rangka

menikmati keindahan alam semulajadi. Contohnya, membuatkan trail khusus

disekitar kawasan.

Di U.S.A, The Architectural Barriers Act of 1968 dan The National

Rehabilitation Act of 1973 mewajibkan kepada semua kemudahan termasuk

kemudahan pelancongan untuk merekabentuk kemudahan khusus untuk warga

kurang upaya agar mereka juga boleh menikmati alam semulajadi seperti layaknya

orang-orang yang normal.

2.7. Kemudahan Penginapan di Beberapa Taman Negara

2.7.1 Taman Negara Maputaland, Afrika Selatan

Taman Negara Maputaland terletak di Afrika Selatan. Kemudahan

penginapan dalam taman negara ini sangat unik dan terbukti sangat semulajadi

kerana mereka meniru konsep dan rekabentuk rumah masyarakat tempatan.

Rekabentuk pada kemudahan penginapan ini bertemakan pada ekopelancongan,

resort dan sebagai tempat konferensi, walaupun kewujudannya sangat dekat dengan

kawasan kehidupan liar.

Page 81: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

56Semua fasiliti yang ada di dalam taman negara ini dihubungkan dengan

mengunakan jalan setapak antara satu dengan yang lainnya. Ini benar-benar terbukti

sangat semulajadi dan menyatu dengan alam tanpa menghilangkan fungsi chalet itu

sendiri sebagai tempat berehat dan tempat rekreasi pelancongan.

Ini merupakan tempat menyenangkan bagi para pelancong untuk melakukan

percutian. Disamping menawarkan pemandangan hidupan liar, aneka jenis tumbuh-

tumbuhan, juga menawarkan pembelajaran akan kebudayaan dan kehidupan orang

asli.

Gambar 2.14 : Rekabentuk Kotej di Maputaland, yang Menyatu dengan

Persekitaran.

Sumber : Gunn, 1997

2.7.2 Taman Negara Pench, India

Taman Negara Pench merupakan diantara Taman Negara yang ada di India.

Sebagai salah satu tempat tujuan pelancongan, Taman Negara ini juga telah

dilengkapi dengan kemudahan seperti penginapan, restoran dan sebagainya.

Page 82: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

57Kebanyakan fasiliti yang ada di taman negara ini mengambil lokasi berhampiran

dengan pintu masuk ke kawasan empulur taman dan benar-benar dikelilingi oleh

kehidupan liar.

Fasiliti penginapan yang ada di sini berada dilokasi yang sangat baik untuk

menawarkan privasi pada pengunjung dan cukup menjamin keamanan serta

keselamatan pengunjung daripada gangguan haiwan liar. Untuk pencahayaan pada

malam hari hanya mengunakan lampu tanglung yang bertujuan untuk memberikan

kesan yang lebih unik serta menghindari gangguan daripada haiwan liar. Fasiliti

penginapan ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin yang hanya boleh

digunakan pada musim panas sahaja.

Kemudahan dalam taman negara ini dibina dengan sangat terliti sekali, baik

dilihat dari segi dalaman mahupun pada luaran bangunannya. Pada rekabentuk

luaran, pondok ini menggunakan perpaduan rekabentuk bangunan tempatan dan

moden, begitu juga dengan penggunaan bahan seperti penggunaan daun pokok

kelapa yang di jadikan sebagai bahan atap bangunan.

Gambar 2.15 : Rekabentuk yang Memadukan Senibina Tempatan dan dapat

Mewujudkan Satu Rekabentuk yang Baik

Sumber : www.wildlifeinindia.com

Page 83: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

58Sedangkan rekabentuk dalaman dibuat sedemikian rupa, dimana langit-

langit pada ruangan dalam ditinggikan untuk membolehkan pengaliran udara di

dalam ruangan berjalan dengan lancar sehingga kenyamanan udara dalam ruangan

tetap terjaga walaupun tingkap dalam keadaan tertutup. Tingkap tiap-tiap pondok

juga dirancang sangat baik sekali, dengan rekabentuk yang lebar serta kawasan

tempat duduk yang dibuat menyatu dengan dinding dekat tingkap, memungkinkan

pengunjung untuk menikmati pemandangan hanya dari dalam bilik tidur sahaja. Bilik

airnya juga sangat sempurna dan telah dilengkapi dengan mandi paip.

Gambar 2.16 : Contoh Rekabentuk Tingkap yang Baik

Rekabentuk tingkap dengan duduk dibawahnya memberikan peluang

bagi para pengunjung menikmati pemandangan dari dalam pondok

Sumber :www. journeymart.com

2.7.3 Taman Negara Corbett, India

Terdapat tiga jenis penginapan yang ada pada Taman Negara ini iaitu rumah

rehat, Bajrani Cottage dan Malari Cottage. Rumah istirehat berada di sebelah utara

daripada Taman Negara Corbett. Ia dinamakan pondok kerana rekabentuk

Page 84: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

59bangunannya yang menyerupai pondok-pondok masyarakat tempatan. Setiap

pondok memiliki dua buah bilik dengan masing-masing bilik telah dilengkapi dengan

bilik air. Juga telah dilengkapi dengan kemudahan air panas yang hanya berfungsi

pada musim sejuk sahaja.

Gambar 2.17 : Fasiliti Penginapan dalam Taman Negara Corbett

Sumber: www.wildlywise.com

Rekabentuk yang unik dan dibina agak tinggi dari permukaan tanah

membolehkan pelawat melihat pemandangan flora dan fauna yang ada di sini.

Bajrani cottage pula berada di sebelah selatan Taman Negara Corbett. Rekabentuk

bangunan penginapan yang ada di sini menyerupai rumah bertiang seperti rumah

masyarakat tempatan.

Gambar 2.18 : Rekabentuk yang Sangat Tradisional akan Memberikan

Kesan Tersendiri Bagi Pelawat.

Sumber : www.indian-wildlife.com

Page 85: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

60Penginapan yang ketiga iaitu Malari Cottage yang terletak di kawasan

tengah Taman Negara ini. Kemudahan di sini dibina menggunakan bahan asas batu

bata untuk dindingnya, bertujuan untuk melindungi pengunjung daripada gangguan

haiwan pemangsa seperti harimau dan singa yang banyak terdapat di kawasan ini.

Keunikan daripada kemudahan ini adalah terletak pada menara yang terdapat pada

bangunan yang membolehkan pengunjung untuk melihat secara langsung kehidupan

haiwan buas dan keanekaragaman tumbuhan yang ada disekitar lokasi.

Gambar 2.19 : Kemudahan Penginapan di Malari Cottage

Sumber : www.indian-wildlife.com

2.7.4 Taman Negara Hwange, Zimbabwe

Taman negara ini memiliki kemudahan penginapan yang sangat unik kerana

kesemua kemudahan tersebut dibina di atas pokok-pokok manggul yang besar.

Fasiliti penginapan di sini dinamakan rumah pokok. Rumah-rumah pokok ini

dibangunkan di tiga lokasi yang berbeza tetapi ianya masih berada di dalam kawasan

Taman Negara Hwange.

Page 86: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

612.7.4.1 Sikumi

Di kawasan ini terdapat tiga belas buah rumah pokok dan hanya

diperuntukkan untuk 30 orang tetamu sahaja dalam satu masa. Rekabentuk rumah

pokok ini mengambil rekabentuk rumah masyarakat tempatan. Begitu juga dengan

penggunaan bahan binaan bangunannya. Setiap tingkap pada rumah pokok ini tidak

menggunakan kaca dan hanya mengunakan kain sebagai penutup. Katil, bilik air,

paip mandi, tempat membasuh tangan dan muka adalah di antara kemudahan yang

disediakan di setiap rumah pokok.

Kemudahan penginapan yang tersedia di kawasan ini benar-benar

menawarkan pengalaman yang baru dan unik pada setiap pelawat yang datang.

Dengan keunikan inilah banyak pelancong yang datang ke Taman Negara Hwange

dan menjadikanya sangat terkenal.

Gambar 2.20 : Kemudahan Penginapan di Sikumi yang Meniru Rekabentuk

Senibina Tempatan.

Sumber : www.wildlifeafrica.co.za

Page 87: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

622.7.4.2 Khatsana

Terletak di kawasan tengah Taman Negara Hwange atau lebih dikenali

sebagai kawasan Safari Hwange. Reka bentuknya tidaklah banyak berubah dari

rekabentuk rumah pokok di daerah Sikumi dan Kanando.

Gambar 2.21 : Rumah Pokok di Daerah Khatsana

Sumber : www.thompsonssa.co.za

2.7.5 Taman Nasional Komodo Flores, Indonesia

2.7.5.1 Range Komodo

Seperti taman negara, Taman Nasional Komodo juga mempunyai fasiliti

penginapan bagi pelawat yang datang kesana. Fasiliti penginapan yang disediakan di

sini sangat terhad jumlahnya iaitu 20 unit sahaja. Satu unit penginapan mempunyai

Page 88: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

63satu kamar tidur dan bilik air. Dilihat dari segi senibinanya, penginapan disini juga

mengambil rekabentuk rumah tradisional masyarakat Flores.

Bentuk rumah bertiang dengan atap yang berasal dari bahan “ijuk”, serta

rekabentuknya yang sangat unik menjadikan fasiliti yang ada di sini mempunyai ciri

tersendiri. Penyesuaian rekabentuk dan penggunaan bahan bangunan dengan

keadaan lingkungan persekitarannya, telah berjaya mewujudkan rekabentuk

penginapan yang unik dan sangat nyaman walaupun keseluruhan bangunan tidak

menggunakan pendingin hawa.

Gambar 2.22 : Rekabentuk Penginapan yang Unik dan Sangat Nyaman.

Sumber : Dinas Pariwisata Indonesia, 2001

2.7.5.2 Bajo Eco-Lodge

Selain Range Komodo ada satu lagi fasiliti penginapan di dalam Taman

Negara Komodo iaitu Bajo Eco-Lodge. Ini mungkin merupakan salah satu bentuk

fasiliti penginapan pelancong yang sangat baik dan sangat mesra terhadap

lingkungan persekitarannya, di mana kesemua bangunan yang berada di kawasan ini

telah memanfaatkan tenaga matahari dan air hujan untuk keperluan bangunan dan

pelancong. Selain itu, pihak penguasa Bajo Eco-Lodge juga telah berjaya

Page 89: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

64membangunkan sebuah sistem pengolahan kembali air kumbahan, sehingga tidak

menimbulkan bahaya dan kerosakan terhadap lingkungan persekitaran. Sama halnya

dengan Range Komodo, rekabentuk bangunan pada Bajo-Ecologe meniru senibina

tempatan. Bahan bangunan yang di gunakan tidak semuanya berasal dari kayu tetapi

ada sebahagian dibuat dari simen. Untuk bahagian atap, masih mengunakan bahan

“ijuk”.

Gambar 2.23 : Fasiliti yang Telah Mengamalkan Prinsip Kitar Semula

Sumber : Dinas pariwisata Indonesia, 2001

2.8 Rumusan

Konsep utama daripada pembangunan di dalam kawasan lindungan adalah di

mana semua fasiliti yang dibangun mestilah dapat menunjukkan adanya pengaruh

yang kuat daripada lingkungannya dan mestilah memiliki unsur kenyamanan,

kesederhanaan dan keamanan. Ini disebabkan oleh keadaan kawasan yang sensitif

dan keseimbangan ekologi yang sangat mudah rosak. Ini merupakan suatu cabaran

bagi para perancang dan agensi-agensi yang terlibat didalam pembangunan fasiliti

kemudahan di dalam kawasan lindungan, di mana mereka dituntut bukan hanya

Page 90: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

65sekadar membangun dan menyediakan fasiliti kemudahan akan tetapi juga

menjaga alam sekitar daripada sebarang kerusakan yang diakibatkan oleh

pembangunan tersebut.

Banyak pertimbangan yang mesti diambilkira untuk membangun fasiliti di

kawasan lindungan. Untuk mewujudkan pembangunan yang mapan dan berkesan,

para pemaju mestilah mengamalkan dasar-dasar pembangunan dikawasan lindungan

seperti :

Menjadikan alam persekitaran sebagai acuan dalam perancangan

Kitar semula tenaga

Adanya keseimbangan antara perancangan dengan alam persekitaran

Berinteraksi dengan alam

Pemanfaatan sumberjaya alam atau semaksima mungkin

Penyesuaiaan pembangunan dengan lingkungan.

Dari contoh-contoh pembangunan yang telah memiliki kemapanan dan

keberkesanan, kebanyakkan pemaju dan agensi-agensi yang melakukan

pembangunan fasiliti penginapan di kawasan taman negara lebih cenderung untuk

belajar daripada penduduk tempatan dalam perancangan bangunan. Hal ini bisa

dilihat dari bangunan yang mereka bina lebih meniru kepada senibina tradisional,

baik rekabentuk, penggunaan bahan dan sebagainya.

Dari huraian konsep dan contoh-contoh di atas, secara amnya dapatlah

disimpulkan bahawasanya dalam pembangunan sebuah kawasan pelancongan di

Taman Negara perlu mengambilkira dua perkara utama :

Perancangan tapak

Sensitiviti persekitaran

Konsep pembangunan kawasan

Page 91: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

66Landskap

Perancangan bangunan

Konsep bangunan

Rekabentuk dan senibina bangunan

Elemen pembentuk bangunan

Pemamfaatan teknologi pada bangunan

Rekabentuk dan kemasan akhir bangunan

Untuk mewujudkan pembangunan yang mapan dan berkesan mestilah

mengamalkan perancangan tapak dan bangunan seperti yang telah dihuraikan di atas.

Untuk lebih jelas lihat pada Jadual 2.3 dan 2.4 berikut.

Jadual 2.3. Perancangan Tapak Bangunan

Nombor Perkara Huraian

1 Sensitif

Terhadap

Persekitaran

i. Impak pembangunan terhadap

persekitaran

ii. Mengelakkan bangunan dari

bahaya persekitaran

2 Konsep

Pembangunan

Kawasan

i. Alam sebagai pola perancangan

ii. Interaksi dengan alam

3 Landskap i. Kepadatan Bangunan

ii. Pengagihan dan fokus daya

tarikan

iii. Jarak antara bangunan

Page 92: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

67Jadual 2.4. Perancangan pada Bangunan

Nombor Kriteria Utama Elemen

1 Konsep bangunan i. Konsep Eko-senibina

ii. Senibina Vernakular

iii. Bentuk senibina

iv. Senibina Organik

2 Reka Bentuk dan

Senibina Bangunan

i. penggabungan dengan

lingkungan

ii. Bentuk atap/bumbung

iii. Penggunaan bahan binaan

3 Elemen Pembentuk

Bangunan

i. Model tingkap

ii. Pengudaraan

iii. Warna Atap bangunan

4 Pemanfaatan

Teknologi Pada

Bangunan

i. Kitar semula tenaga

ii. Penjimatan penggunaan

tenaga dan pengunaan

teknologi secara sederhana

5 Rekabentuk dan

kemasan

pembangunan

i. Persepaduan warna dengan

lingkungan

ii. Rekabentuk kemasan akhir

bangunan

Page 93: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB III

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1. Pengenalan

Menurut Bailey (1984), metodologi penyelidikan adalah kaedah yang lebih

khusus untuk digunakan bagi menjalankan sesuatu kajian. Peryataan ini didukung oleh

Usher (1996) dimana beliau menyatakan bahawasanya metodologi penyelidikan

merupakan sebuah teknik yang digunakan penyelidik untuk memecahkan sebuah

permasalahan. Penggunaan metodologi yang bersesuaian dengan penyelidikan yang

dijalankan akan dapat meningkatkan kualiti penyelidikan itu (Firestone, 1987).

Bab III ini juga akan menjelaskan bentuk dan metodologi yang akan digunakan

dalam penyelidikan. Ianya merupakan bahagian yang penting dan akan dijadikan sebagai

garis panduan untuk mengumpul dan menganalisis data-data yang diperolehi untuk

mengetahui hasil akhir kajian. Bahagian ini juga akan menghuraikan tentang metodologi

yang digunapakai dalam menjalankan kajian ini.

Page 94: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

69

3.2. Falsafah dan Kaedah Penyelidikan

Falsafah dalam penyelidikan terbahagi kepada dua bentuk utama yang sering

digunakan iaitu falsafah positivists paradigm dan interpretivists paradigim. Positivists

paradigm menggambarkan sesuatu pemahaman dari fakta terukur dan terperinci yang

telah ditetapkan, mencari penjelasan dan ramalan yang akan menyamaratakan orang dan

tempat, manakala interpretivists paradigm menggambarkan sesuatu pemahaman yang di

alami untuk suatu kenyataan dibangun secara komplek dan melibatkan pengkaji secara

langsung.

Creswell (1994) mengatakan penyelidikan berbentuk kuantitatif akan merujuk

kepada bentuk penyelidikan yang tradisional, positif, dan eksperimental. Manakala

Marson (1996), Poter (1996) dan Glesne (1999) menjelaskan bahawa dalam keadaan

amnya positivists paradigm lebih menyokong metodologi kuantitatif. Ini jelas

menunjukan penyelidikan berbentuk kuantitatif berfalsafah positivists menekankan pada

aspek objektif, realistik dan logik. Manakala falsafah interpretivists paradigm

menyokong kaedah kualitatif dimana penekanannya lebih kepada aspek explorasi,

kontektual, dan subjektif .

3.2.1 Teknik Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif

Terdapat dua kaedah utama dalam menjalankan penyelidikan tentang

persekitaran iaitu secara kualitatif dan kuantitatif atau dengan menggunakan kajian

lapangan dan soal selidik, manakala mengenai karakter dan keadaan kawasan yang

Page 95: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

70

hanya boleh direkodkan dengan terperinci melalui kajian lapangan dan seterusnya

analisis dibuat secara kualitatif (Shuhana, 1997).

Menurut Frestinger dan Karz (1953), perbezaan kedua-dua kaedah penyelidikan

itu adalah: kaedah kuantitatif yang meliputi kajian soal selidik akan meliputi skop yang

lebih besar dan lebih luas, sedangkan kaedah kualitatif yang meliputi kajian lapangan

lebih terperinci dan lebih mendalam. Sedangkan menurut Sarwano (2003) pendekatan

kualitatif ini rekabentuknya lebih fleksibel dan tergantung dari kondisi lapangan dan

populasi. Sementara dalam menjalankan teknik ini menurut beliau lagi tidak

memerlukan jumlah sampel yang besar, tapi lebih mengarah kepada kualiti sampel.

Manakala menurut Silverman (1993) data yang diperolehi dari kaedah kuantitatif kurang

dapat dipercaya kerana orang yang melakukan observasi berbeza dengan orang yang

melakukan pengamatan serta juga dipengaruhi oleh sampel yang besar dan lebih

berorientasikan pada teks, sedangkan kaedah kualitatif menggunakan sampel yang kecil

dan orang yang melakukan observasi dan pengamatan adalah sama sehingga data yang

diperolehi akan lebih terperinci, akan tetapi data yang didapati lebih banyak berupa data

lapangan dan data yang didapati tidak terstruktur kerana sebelumnya tidak ada definisi

dan hipotesis (Sley, 1990) . Untuk membantu penyelidik dalam mendapatkan data yang

lebih tepat, kedua pendekatan ini boleh dikombinasikan.

3.2.2. Perbandingan Kaedah Kualitatif dan Kuantitatif

Seperti yang telah dihuraikan pada bahagian sebelumnya, di mana kedua kaedah

ini memiliki perbezaan dalam falsafahnya, di mana kaedah kuantitatif lebih bersifat

Positivists paradigm manakala kaedah kualitati lebih bersifat Interpretivists paradigm

(lihat Jadual 3.1).

Page 96: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

71

Jadual 3.1: Perbandingan Metod Kuantitatif (Positivists)

dan Kualitatif (Interpretivists).

Metod Kuantitatif

(positivists)

Metod Kualitatif

(interpretivists).

Andaian Andaian

Kenyataan daripada faktor sosial

Variabel dapat dikenali dan

mengukur hubungannya

Kenyataan daripada faktor sosial

Variabel adalah kompleks dan sulit

untuk mengukurnya

Tujuan kajian Tujuan kajian

Generalisasi

Penjelasan terhadap penyebab

permasalahan.

Ramalan

Kontektual

Pemahaman terhadap permasalahan

Penafsiran

Pendekatan kajian Pendekatan kajian

Diawali dengan hipotesis dan teori

Mengunakan instrumen kajian rasmi

Bersifat percobaan

Deduktif

Analisis komponen

Mencari kaedah

Pengunaan bahasa abstrak dalam

penulisan

Dapat menghasilkan hipotesis dan

teori

Instrumen dari pengkaji

Naturalis

Induktif

Analisis keseluruhan

Pencarian untuk pola terbaik

Dalam penulisan deskriptif

Peranan pengkaji Peranan pengkaji

Pengolahan data yang sediaada

Cara mengunakan metode

Keterlibatan pengkaji dalam kajian.

Pemahaman empathik

Sumber : Glesne, 1999

Page 97: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

72

Dari jadual 3.1 dapat dilihat setiap metodologi memiliki kelebihan dan

kelemahan selaras dengan apa yang dikatakan oleh Brayman (1989) dimana data yang

didapati melalui kaedah kuantitatif kurang terperinci kerana ianya dipengaruhi oleh

jumlah sampel yang besar dan lebih berorientasi kepada teks, konsep dan teori-teori

yang sediaada, sedangkan kaedah kualitatif banyak dipengaruhi oleh perasaan dan

pengalaman pengkaji serta menghindari teori dan hipotesis pada tahap awal.

Cresswell (2003) mengatakan, untuk menghasilkan kajian yang lebih kukuh dan

terperinci, kedua kaedah ini dapat dikombinasikan, dimana setiap kaedah digunakan

untuk membantu memberikan maklumat pada kaedah lainnya. Sebelumnya Schwand

(1989) telahpun mengatakan hal yang sama, dengan andaian, kaedah kuantitatif

(positivists) tidak pernah terlibat langsung dengan survey dalam pengumpulan data

manakala sebaliknya kaedah kualitatif (interpretivists) tidak pernah melakukan

temubual.

Hal ini disokong oleh Marson (1996) dan Glesne (1999) dimana beliau

mencontohkan tentang kajian terhadap makanan di sebuah sekolah. Pada awal kajian

model kuantitatif digunakan untuk mendapatkan data kajian melalui teknik temubual

dengan pelajar, pengumpulan dokumen dan melakukan pengamatan terhadap tabiat

pelajar. Untuk melengkapi data menjadi lebih terperinci maka dilakukan tinjauan

langsung terhadap makanan. Beliau juga mengatakan bahawasanya pengkaji yang

mengunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif akan menggunakan unsur serupa di dalam

menjalankan kajian.

Pada langkah awalnya pengkaji menyatakan tujuan, menyatakan masalah,

menggambarkan suatu populasi kajian dan batasan kajian, hingga kajian itu berkembang

sampai pada batasan waktu di mana pengkaji mengumpulkan dan meneliti data yang

pada akhirnya akan memperoleh hasil kajiannya.

Page 98: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

73

Merujuk pada huraian di atas dan kesesuaian dalam menjalankan kajian, maka

kajian ini akan mengunakan kombinasi kaedah pendekatan kualitatif dan kuantitatif

dengan tujuan menghasilkan kajian yang lebih mendalam dan terperinci. Selain itu, hasil

penyelidikan juga akan dapat diguna semula atau diulangi di kawasan-kawasan lain yang

mempunyai ciri-ciri persekitaran yang sama dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan

atau untuk mencadangkan sesuatu perubahan pada sesebuah kawasan pelancongan.

3.3. Pendekatan Kajian

Seperti yang telah dipaparkan pada bahagian sebelumnya, kajian ini dijalankan

dengan mengunakan metod pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Bryman (1989), Sley

(1990) dan Silverman (1993) mengatakan bahawa dalam menjalankan kaedah kuantitatif

dan kualitatif terdapat 4 metod lainnya yang digunakan untuk menyokong kedua kaedah

ini iaitu : pengamatan, analisis kandungan, temubual, dan pemeriksaan ataupun

pemahaman terhadap data-data yang diperoleh. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji

akan menggunapakai keempat-empat metod berkenaan seperti pada Jadual 3.2.

Page 99: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

74

Jadual 3.2. Empat Metod Utama dalam Menjalankan

Kaedah Kualitatif dan Kuantitatif

Sumber : Silverman, 1993

Keempat metod ini akan digunapakai dalam menjalankan kajian ini, di mana

metode pengamatan akan berguna untuk memberikan pemahaman, membatasi skop

kajian dan menyiapkan soalan yang akan dibahas dalam kajian ini. Sedangkan analisis

kandungan akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam dan membantu dalam

mencari teori-teori yang ada hubungkaitnya dengan konsep, prinsip-prinsip, piawaian

mahupun pembangunan fasiliti penginapan di dalam kawasan lindungan dengan

menyertakan contoh-contoh pembangunan di kawasan lindungan negara lain.

Kajian lapangan dan temubual akan memberikan data-data yang sebenarnya

mengenai piawaian, perancangan dan pelaksanaan pembangunan dalam penyediaan

fasiliti penginapan di kawasan lindungan yang ada di Malaysia. Sebelum menganalisis

Kaedah Pendekatan Metod

Kuantitatif Kualitatif

Pengamatan Kerja awal: menyiapkan soalan

kajian

Fundamental untuk memahami

skop kajian

Analisis

Kandungan

Kandungan analisis :

menentukan tajuk dan syarat-

syarat

Memahami kategori kajian dan

menentukan hal yang berkaitan

dengan kajian

Temubual Mengadakan temubual Temubual dan kajian lapangan

Pemeriksaan

dan

Pemahaman

Memeriksa hasil temubual

yang telah dilakukan

Memahami tentang data-data

yang telah diperolehi untuk

dianalisis

Page 100: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

75

data-data berkenaan, perlulah dilakukan pemahaman dan pemeriksaan terhadap data-

data berkenaan. Setelah itu barulah dilakukan analisis dengan menggunakan metode

penilaian matrik.

3.4. Instrumen Kajian dan Teknik Pengumpulan Data

3.4.1. Tinjauan Perpustakaan

Tinjauan perpustakaan ini merupakan komponen yang penting dalam

penyelidikan yang dijalankan, kerana ianya dapat memberikan gambaran dan maklumat

yang jelas tentang bagaimana proses pembangunan fasiliti penginapan di kawasan

lindungan dijalankan. Kaedah dalam pengumpulan data pada kajian ini lebih kepada

pengumpulan dari `data sekunder` yang boleh diperolehi dari buku-buku, jurnal,

dokumen kerajaan, foto-foto, internet, dan gambar-gambar dari penyelidikan yang

berkenaan dengan kawasan kajian. Pembahasannya akan dibuat secara `content

analysis`.

3.4.2. Analisis Kandungan

Analisis kandungan adalah teknik penyelidikan untuk membuat rujukan-rujukan

yang dapat ditiru (replicable) dan data yang sahih dengan memperhatikan konteksnya.

Weber (1985) mendefinisikan teknik ini sebagai:

Page 101: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

76

“ Content analysis is research technique for the objective, systematic and

quantitative description of the manifest content of communication”.

Penekanan Weber pada teknik ini menjadikan content analysis sebagai teknik

penyelidikan yang objektif, sistematik dan deskriptif.

Jadual 3.3 : Pengumpulan Data Sekunder dan Objektif

Analisis kandungan

Data Objektif

Analisis kandungan dilakukan terhadap:

Dokumen-dokumen pembangunan

fasiliti penginapan dalam kawasan

lindungan yang telah dilakukan

Gambar-gambar bangunan yang ada

dalam kawasan lindungan

Sejarah dan latar belakang penubuhan

bangunan tersebut

Untuk mendapatkan bagaimana

bangunan dalam kawasan

lindungan dibina serta melihat

konsep dan prinsip-prinsip yang

dijalankan

3.4.3. Temubual

Temubual adalah merekod koleksi data yang dihuraikan sebagai interaksi yang

melibatkan penemubual dengan responden, yang bertujuan untuk memperolehi

informasi yang dipercayai dan sahih ( Marsal C & Robinson G.B, 1991 ). Objektif

Page 102: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

77

dan fokus temubual adalah untuk memperolehi informasi dalam bentuk komunikasi

yang akan memberikan manfaat iaitu:

(i) Berfungsi sebagai deskriptif dan dapat memperolehi gambaran yang

lebih jelas tentang masalah yang diselidiki

(ii) Berfungsi sebagai eksploratif, bila masalah yang dihadapi masih

samar-samar kerana belum pernah diselidiki orang lain.

Temubual dilaksanakan dengan pihak-pihak terbabit dalam pembangunan fasiliti

penginapan dalam kawasan lindungan seperti : Pegawai Jabatan Kerjaraya Malaysia

(JKR), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN),

pegawai-pegawai jabatan di kawasan setempat serta individu-individu yang berkenaan

(lihat lampiran B). Kajian ini diperlukan untuk melengkapi data-data sekunder.

Terdapat dua pendekatan yang dipakai dalam penggunaan teknik ini iaitu

temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur yang digunapakai oleh Burgess

(1982). Mengikut Burgess (1982), dari kedua teknik ini, temubual tak berstruktur

memungkinkan pengkaji memperolehi maklumat yang lebih tepat, terperinci dan jelas

berdasarkan kepada pengalaman peribadi responden. Oleh kerana itu, dalam

menjalankan kajian ini teknik temubual tak berstruktur akan digunakan.

Untuk memudahkan pengkaji dan responden dalam melaksanakan sesi temubual,

pengkaji akan menyiapkan terlebih dahulu topik yang akan dibahas. Hal ini juga

berguna, supaya semasa temuduga, penemuduga tidak lari daripada objektif dan soalan

tersebut. Dalam kajian yang dijalankan, perakam suara akan digunakan untuk merekod

temubual yang dibuat. Seterusnya, data-data yang diperolehi akan diubah ke dalam

Page 103: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

78

bentuk transkrip untuk memudahkan analisis. Langkah ini juga melibatkan penyusunan

semula data-data temubual kepada kategori-kategori tertentu seperti di dalam Jadual 3.4.

Jadual 3.4 : Pengumpulan Data-data Melalui Temubual

Data Objektif

Temubual untuk mendapatkan data-data

yang berkenaan dengan kawasan kajian

Latar belakang/sejarah

pembangunan yang dilakukan

Piawaian yang diguna untuk

bangunan yang ada dalam

kawasan lindungan

Penjelasan terhadap dokumen

pembangunan

Peristiwa yang tidak tertulis yang

ikut mempengaruhi pembangunan

menghuraikan mengenai keadaan

kawasan, dasar-dasar, piawaian dan

prinsip-prinsip pembangunan yang

sediaada, di mana nantinya berguna

untuk melengkapi data-data sekunder

berkenaan dengan kawasan kajian.

3.4.4. Pemerhatian Lapangan

Teknik `field observation` atau tinjauan lapangan ke atas kawasan dan ciri-ciri

fizikal bangunan, sangat diperlukan untuk mendapatkan data-data yang berhubungan

dengan penampilan fizikal. Menurut Lee (1976) dalam bukunya yang bertajuk

``Psychology and the Environment``, di dalam teknik penilaian bangunan (building

appraisal), pemerhatian perlulah dilakukan secara terperinci dan berhati-hati, ``free of

bias`` seperti rekod rakaman data yang tepat dan dapat mewakili.

Page 104: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

79

Terdapat dua pendekatan asas dalam kaedah kajian ini iaitu :

Pendekatan secara subjektif, dimana tinjauan ini dibuat berdasarkan

pengalaman dan pengamatan yang dilakukan oleh penyelidik menurut gerak

hatinya (intuitive). Melalui pendekatan ini, kualiti visual daripada bangunan

yang ada pada kawasan kajian akan dinilai melalui kajian lapangan.

Secara objektif, dimana kualiti visual diperolehi dengan melakukan

wawancara atau temubual. Hal ini telahpun dijelaskan pada bahagian

sebelumnya.

Jadual 3.5. Pengumpulan Data dan Objektif Semasa Kajian Lapangan

Data Objektif

Kawasan kajian :

- lokasi, pencapaian ke tapak,

- Kualiti pandangan dari dalam dan

luar ruang

- Landskap dan kemudahan yang ada

dalam kawasan

- susun atur bangunan dikawasan

- Elemen pembentuk bangunan,

model tingkap, rekabentuk bentuk

bumbung, lubang pengudaraan,

warna dan sebagainya.

Memperhatikan rupa kawasan dan

bangunan yang ada secara

langsung berdasarkan kualiti

visual, ini akan dijadikan sebagai

data-data primer, yang mana akan

dianalisa mengunakan metode

penilaian matrik (Matrix Method)

Page 105: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

80

3.5. Teknik Analisis Data

3.5.1. Kaedah Penilaian Matrik

Sesuai dengan pemilihan teknik dan kaedah kajian, maka di dalam penyelidikan

ini data yang diperolehi akan dianalisis mengunakan motod penilaian matrik. Teknik

analisis matrik ini digunakan untuk melakukan penilaian terhadap pembangunan pada

kawasan lindungan yang meliputi perancangan tapak dan fasiliti penginapan. Untuk

memudahkan pengkaji menjalankan analisis, maka pengkaji akan membahagikan

penilaian pada beberapa kriteria yang dipilih berdasarkan teori dan piawaian

pembangunan dalam kawasan lindungan.

Hal ini merujuk kepada apa yang telah dijelaskan oleh Stewart (2001), dimana

metode matrik merupakan metod untuk memilih antara pelbagai macam penyelesaian

alternatif. Untuk memudahkan pengkaji, Stewart (2001) membahagikan alternatif-

alternatif tersebut ke dalam bentuk daftar atau jadual dan dibandingkan sehingga terpilih

satu alternatif terbaik.

Metode matrik ini boleh digunakan didalam pelbagai situasi untuk mengambil

suatu keputusan, baik keputusan yang diambil secara individu mahupun secara

kumpulan. Martin ( 1998) juga membahagikan kriteria-kriteria yang akan beliau

bandingkan ke dalam bentuk jadual. Kriteria yang akan dinilai berada di paksi Y

manakala kriteria yang menjadi penilai atau pembanding berada di paksi X (lihat Jadual

3.6).

Page 106: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

81

Jadual 3.6. Model Penilaian Matrik oleh Martin (1998)

Kriteria A Kriteria B Kriteria C Kriteria D

Pilihan 1

Pilihan 2

Pilihan 3

Pilihan 4

Pilihan 5

Pilihan 6

Sumber : Martin, 1998

Peringkat penilaian dapat menggunakan pelbagai metod, mulai dari penetapan

nombor yang menggunakan formula matematik (angka) ataupun penilaian yang

menggunakan simbol, bergantung kepada orang yang menjalankan kajian. Perbandingan

skor atau simbol yang dihasilkan dengan teori atau alternatif lain akan memberikan

pengertian yang mendalam terhadap pemilihan alternatif yang terbaik (Messac, 2000).

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan skor dalam melakukan penilaian. Ada

lima langkah yang akan digunapakai oleh pengkaji didalam menjalankan metod

penilaian matrik ini seperti pada Jadual 3.7 berikut :

Page 107: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

82

Jadual 3.7. Langkah-langkah dalam Kaidah Penilaian Matrik

Langkah Kegunaannya

Langkah I

Daftar Penilaian Kriteria

Menjelaskan tentang kriteria yang akan

dinilai

Langkah II

Menentukan Berat Kriteria

Menjelaskan dimana kriteria yang penting

dan yang tidak penting

Langkah III

Pengumpulan Data Pada Alternatif

Menentukan beberapa alternatif yang akan

dipilih

Langkah IV

Peringkat Penilaiaan

Langkah 3 dan 4 membenarkan alternatif

untuk dibandingkan

Langkah V

Menghuraikan Nilai Keseluruhan

Untuk melihat dan memilih alternatif yang

terbaik

Sumber : Stewart, 2001

3.5.2 Pengukuran Terhadap Alternatif Terpilih

Martin (1998) mencontohkan, dalam memilih alternatif terbaik dapat dilakukan

dengan membandingkan markah akhir tiap-tiap alternatif. Misalnya, alternatif pertama

mendapat 3 markah, sedangkan alternatif kedua memperolehi 5 markah, maka alternatif

yang terbaik adalah alternatif kedua. lebih lanjut Martin (1998) mengemukakan, untuk

lebih memastikan benar-benar alternatif terbaik, maka pengukuran dapat dilakukan

dengan cara merujuk kepada seberapa banyak kriteria penilai berada pada taraf yang

baik.

Page 108: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

83

Lebih terperinci Stewart (2001) menyatakan, jika lebih dari 90% kriteria yang

dinilai memperolehi markah tertinggi, maka alternatif itu dapat dikatakan telah

memenuhi dan menepati apa yang diinginkan (berkesan). Kalaulah kurang dari 90%, ia

dapat dikatakan belum memenuhi dan menepati apa yang diinginkan (belum berkesan).

Contohnya, alternatif terpilih memiliki 10 kriteria penilaian, 9 diantaranya memperolehi

markah tertinggi manakala 1 kriteria memperolehi markah terendah. Jika dikira secara

peratusan, besar kriteria yang memperolehi markah tertinggi adalah 90%. Maka dapat

dikatakan, alternatif terpilih ini telah memenuhi dan menepati apa yang diinginkan.

3.6.Rumusan

Kajian ini dijalankan dengan mengunakan kombinasi kaedah pendekatan

secara kualitatif dan kuantitatif dengan tujuan untuk menghasilkan kajian yang lebih

mendalam dan terperinci, manakala dalam melakukan analisis data akan mengunakan

kaedah penilaian matrik. Pengkaji akan menggunakan angka dalam melakukan penilaian

terhadap pelaksanaan pembangunan di kawasan kajian, dimana angka ini akan

dibahagikan pada tiga bahagian iaitu :

Angka 1 bermakna pembangunan yang dilakukan belum mengikuti prinsip

dan piawaian yang sebenarnya.

Angka 2 bermakna pembangunan yang dilakukan belum sepenuhnya

mengamalkan prinsip dan piawaian yang sebenarnya.

Manakala angka 3 bermakna pembangunan yang dilakukan telah

mengamalkan dan mengikut pada piawaian dan prinsip pembangunan yang

sebenarnya.

Page 109: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB IV

PROSES PEMBANGUNAN DALAM KAWASAN LINDUNGAN

DI MALAYSIA

4.1 Pengenalan

Bab ini menghuraikan bagaimana proses pembangunan pada kawasan

lindungan yang sediaada di Malaysia, dimana proses pembangunan tersebut meliputi

tiga perkara iaitu perancangan, pengurusan dan pelaksanaan. Bahagian perancangan,

menghuraikan dasar-dasar pembangunan dan agensi-agensi yang terlibat, manakala

bahagian pengurusan membincangkan tentang pengurusan pembangunan di taman

negara dan agensi-agensi yang terkaitan dengannya. Manakala bahagian pelaksanaan,

pula menerangkan bagaimana pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan di tiap-

tiap taman negara yang selama ini dilaksanakan.

Dengan melakukan pemeriksaan terhadap bagaimana perancangan, pengurusan

dan pelaksanaan pembangunan di tiap-tiap kawasan, apakah terdapat kesilapan dalam

proses perancangan, pengurusan ataupun pelaksanaan daripada pembangunan tersebut.

Selain itu, bab ini juga berisikan data-data skunder yang berguna untuk melengkapi

dan memperkukuh data-data primer.

Page 110: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

854.2 Perancangan dan Dasar-Dasar Pembangunan

4.2.1 Kementerian Pelancongan Malaysia

Kementerian Pelancongan memainkan peranan utama dalam memajukan

industri pelancongan yang nantinya akan memberikan sokongan terhadap ekonomi

negara dengan berasaskan kepada unsur-unsur Kebudayaan Kebangsaan. Selain itu,

Kementerian Pelancongan juga memainkan peranan utama selaku penyelaras

rancangan, promosi dan peraturan. Pengenalpastian sebuah badan penyelaras tunggal

amat penting untuk menjayakan rancangan ini. Namun demikian, pelan ini menerima

hakikat bahawa pertumbuhan industri pelancongan juga dipacu oleh sektor swasta; ia

menunjukkan peranan untuk semua yang terlibat termasuk kerajaan persekutuan,

negeri dan tempatan, syarikat-syarikat perniagaan swasta, dan organisasi bukan

kerajaan.

Untuk memajukan industri pelancongan negara maka Kementerian

Pelancongan harus menyediakan pelan tindakan pelancongan negara baik secara am

mahupun secara khas. Pelan tindakan pelancongan secara amnya seperti yang terdapat

dalam pelan tindakan pelancongan negara (National Tourism Policy) yang dibuat

tahun 1992. Kementerian Pelancongan juga telah menyiapkan garis panduan untuk

pembangunan ekopelancongan negara secara khasnya (National Ecotourism Plan)

yang dibuat pada tahun 1996.

Dapatlah disimpulkan bahawasanya Kementerian Pelancongan Malaysia

memiliki peranan dalam pembangunan fasiliti penginapan di kawasan taman negara,

dimana jabatan ini berperanan sebagai agensi kerajaan yang mengeluarkan garis

panduan dan pelan tindakan yang nantinya merupakan panduan bagi setiap pemaju

Page 111: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

86mahupun pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan tersebut. Disamping itu,

mereka juga berperanan sebagai jabatan yang membuat kelulusan dan kawalan kepada

setiap projek pembangunan yang dilakukan.

4.2.2 Dasar-Dasar dalam Perancangan Pelancongan dan Ekopelancongan

4.2.2.1 Pelan Pelancongan Nasional (NTP 1992)

Tahun 1992 Kerajaan Persekutuan Malaysia telah menyiapkan kajian Pelan

Pelancongan Nasional, dimana pelan ini disyorkan untuk perancangan, pembangunan

dan pemasaran pelancongan negara. Objektif daripada pelan NTP digunakan sebagai

prinsip-prinsip panduan pembangunan untuk memajukan industri pelancongan negara

secara am. Pelan pembangunan yang meliputi pelbagai jenis bentuk pelancongan

seperti, pelancongan kembara, agro-pelancongan, eko-pelancongan, pelancongan yang

berasaskan warisan budaya dan pelancongan khusus (pendidikan dan penyelidikan).

Sebagai contoh Kerajaan Negeri Serawak yang memilih tema alam semulajadi dan

budaya sebagai garis panduan dalam mempromosi pelancongannya, mana kala

Kerajaan Negeri Malaka mengambil tema pelancongan yang berasaskan warisan

budaya.

Begitu juga kiranya dengan agensi dan jabatan yang terlibat dalam

pembangunan industri pelancongan negara mestilah berpandukan kepada NTP dalam

memajukan sebuah kawasan untuk dijadikan sebagai salah satu kawasan pelancongan.

Sama halnya dalam pembangunan di kawasan lindungan yang mana pembahasan lebih

terperinci terdapat didalam NEP.

Page 112: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

874.2.2.2 Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (NEP).

Pelan ekopelancongan telahpun disiapkan pada tahun 1996 dengan NGO

sebagai pimpinan persekitaran dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Negara untuk Kementerian Pelancongan Malaysia. Pelan ekopelancongan negara ini

mengandungi strategi dan garis panduan untuk pembangunan dan pengurusan

ekopelancongan di Malaysia, berdasarkan pada prinsip-prinsip yang telah ada. Pelan

ekopelancongan negara secara amnya dibahagikan kepada lima seksyen iaitu :

Sekyen I : Isu, strategi, dan perancangan tindakan

Sekyen II : Daftar tempat yang sesuai untuk ekopelancongan

Sekyen III : Garis panduan pembangunan

Sekyen IV : Status pada eko-pelancongan

Sekyen V : Kewujudan Malaysia di wilayah Asia Pasifik

Jadual 4.1. Pembahagian Seksyen Terkandung dalam

Pelan Ekopelancongan Negara

Seksyen Kandungan

Seksyen I Isu, strategi, dan perancangan tindakan. Mempunyai 21

pelan tindakan yang meliputi perancangan, pengurusan,

dan kapasiti bangunan.

Seksyen II Daftar tempat yang sesuai untuk ekopelancongan. Ada

48 kawasan yang sesuai untuk ekopelancongan

Seksyen III

Garis panduan pembangunan yang meliputi:

garis panduan am menurut kategori tempat.

Kapasiti pengangkutan

Mengikut system ekologi

Garis panduan khusus

Page 113: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

88Seksyen Kandungan

Seksyen IV Status pada ekopelancongan

Seksyen V Lokasi Malaysia sebagai bahagian

daripada kawasan Asia Pasifik.

Sumber : National Ecotourism Plan, 1996

Kesimpulan yang terpenting untuk pembangunan ekopelancongan negara

secara am adalah terdapat dalam seksyen 1, seksyen 2 dan seksyen 3. Manakala

seksyen yang terpenting untuk pembangunan dalam kawasan ekopelancongan adalah

pada seksyen 3. Dalam seksyen ini juga terdapat garis panduan untuk pembangunan

yang dilakukan dalam kawasan ekopelancongan (yang juga meliputi kawasan

lindungan) baik mengenai perancangan tapak mahupun perancangan bangunannya.

Perancangan tapak

Perancangan sesebuah kawasan untuk ekopelancongan hendaklah

mengikuti piawaian yang telah dikeluarkan oleh Kementrian Pelancongan

Malaysia melalui Pelan EkoPelancongan Negara. Perancangan tapak ini

merangkumi pelbagai aspek seperti pencakupan bidang tanah, kepadatan

bangunan, jarak antara bangunan dan sebagainya. Untuk lebih jelasnya ada

pada Lampiran G.

Perancangan bangunan

NEP juga membuat piawaian bangunan untuk kawasan yang diperuntukkan

bagi kawasan ekopelancongan. Bangunan penginapan di dalam kawasan

ekopelancongan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

1. Unit kediaman satu unit

Bangunan yang mengandungi satu unit tempat tinggal, yang

sebahagian atau keseluruhan bangunan dikelilingi oleh halaman

yang merupakan kawasan terbuka.

Page 114: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

892. Unit kediaman lebih daripada satu unit

Bangunan penginapan yang terikat menjadi satu kumpulan selain

dari yang berbentuk hotel yang meliputi lebih dari dua unit

kediaman tetamu (lihat Lampiran H).

4.3. Agensi – Agensi Pengurusan Pembangunan Kawasan Lindungan

4.3.1. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara berkewajiban untuk

mengurus pelbagai hal seperti perundangan mengenai perlindungan hutan dan

kehidupan liar yang ada di Malaysia. Visi, misi dan tujuan daripada penubuhan

jabatan ini adalah seperti berikut :

Memastikan sumber kepelbagaian biologi negara dilindungi, dikawal dan

diuruskan secara lestari.

Membangunkan potensi eko-pelancongan dengan mempelbagaikan biologi

selaras dengan pelan eko-pelancongan kebangsaan.

Memastikan kewujudan dan pengekalan sistem kawasan perlindungan

meliputi kesemua ekosistem di Semenanjung Malaysia.

Memastikan pengurusan dan pembiakan spesies hidupan liar menyumbang

kearah konservasi.

Memastikan pengurusan kepelbagaian biologi secara lestari bagi

menghasilkan faedah yang optimum.

Meningkatkan penyelidikan keatas kepelbagaian penggunaan biologi

Page 115: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

90Tujuan utama daripada penubuhan kawasan lindungan adalah untuk

menjaga kelestarian alam semulajadi. Dalam hal ini Jabatan Perhilitan memainkan

peranan yang sangat penting seperti dalam Jadual 4.2 berikut ini.

Jadual 4.2. Tujuan Penubuhan dan Penglibatan Jabatan Perhilitan

No Tujuan Penubuhan Kawasan

Lindungan

Peranan Jabatan Perhilitan

1 Untuk mengekalkan spesifikasi

ekosistem semulajadi, habitat dan

spesies untuk menyediakan

pemantauan, penyelidikan saintifik,

pembelajaran, pendidikan alam

sekitar.

Menguruskan kawasan perlindungan

melalui pengurusan yang mapan untuk

memaksimakan keuntungan tanpa

menjejaskan alam sekitar terhadap

kepelbagaian biologi alam sekitar di

dalam kawasan perlindungan.

Menyediakan garis panduan untuk

menguruskan kawasan perlindungan

dan melaksanakan aktiviti di

dalamnya

2 Memelihara, mengurus dan

membiak spesis flora dan fauna

yang mengalami kepupusan.

Kawasan pembiakan bagi binatang

dan pengurusan melalui cara

saintifik, alam sekitar, pendidikan,

rekreasi dan lain-lain tujuan.

Memberi kesedaran awam mengenai

kepentingan alam semula jadi dengan

menyediakan maklumat dan fungsi

serta kepentingan untuk melindungi

kawasan kepelbagaian biologi,

ekosistem, alam sekitar dan keburukan

memusnahkan alam semula jadi

3 Memelihara kepelbagaian biologi

untuk kawasan yang mempunyai

nilai estetik bagi tujuan kebudayaan,

ekonomi, sejarah, saintifik,

pelancongan, rekreasi, penyelidikan,

dan pendidikan dengan melindungi

kawasan.

Memberi peluang kepada penduduk

tempatan untuk mengurus dan

memantau bersama pertubuhan bukan

kerajaan bersama-sama dalam

menguruskan kawasan perlindungan

dan aktiviti lain yang berkaitan untuk

menyokong kawasan perlindungan.

Page 116: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

91No Tujuan Penubuhan Kawasan

Lindungan

Peranan Jabatan Perhilitan

4 Menyediakan pendidikan dan khidmat

rekreasi yang khusus kepada orang

ramai untuk memberi kesedaran tentang

nilai kawasan perlindungan.

Membawa masuk penyelidik dari

luar untuk mendapatkan infomasi

untuk membantu kejayaan

pengurusan kawasan perlindungan,

memahami hubungkait ekologi bagi

akademik

5 Menyediakan kepelbagaian guna

sumber kawasan dengan mapan untuk

ekosistem dan sumber baik seperti

peluang ekonomi.

Membawa masuk penguatkuasa dan

sukarelawan untuk memastikan tiada

kegiatan tidak bertanggung jawab di

kawasan perlindungan daripada

gangguan fizikal.

Sumber : Jabatan Perhilitan, 2004

Dalam pembangunan eko-pelancongan Jabatan Perhilitan memainkan peranan

penting dengan memberi galakan atas penggunaan sumber-sumber hidupan liar dan

habitatnya untuk eko-pelancongan. Adapun peranan lain dari Jabatan Perhilitan dalam

pembangunan eko-pelancongan adalah :

Untuk mengenalpasti dan merancang program-program eko-pelancongan.

Untuk merancang dan menyediakan program-program dan bahan-bahan

interpretif yang sesuai.

Untuk memberi nasihat dan idea berkenaan aktiviti-aktiviti eko-

pelancongan kepada organisasi kerajaan dan swasta sama ada di dalam

mahupun di luar negara.

Untuk membantu Kementerian Pelancongan didalam perancangan dan

pelaksanaan Rancangan Eko-pelancongan Kebangsaan.

Untuk menyelaraskan program dan aktiviti di taman-taman zoologi.

Page 117: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

92Dalam penyediaan infrastruktur yang dilakukan oleh Jabatan Perhilitan

semuanya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Seksyen

Pembangunan Infrastruktur dan Perancangan di Jabatan Perhilitan. Dalam hal ini

peranan Seksyen Pembangunan hanya menyediakan garis panduan dan spesifikasi

mengenai pembangunan tersebut, sedangkan untuk pelaksanaan pembangunan

semuanya akan dilakukan oleh JKR. Sila lihat Rajah. 4.1.

Page 118: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

93Rajah 4.1. Carta Aliran Menguruskan Pelaksanaan Projek Pembangunan

oleh Jabatan Perhilitan dan JKR

Melawat ketapak projek berkenaan

Menghadiri mesyuarat kecacatan projek

Menghadiri upacara serah kunci

Menghadiri mesyuarat serah tapak

Membantu JKR mendapatkan maklumat untuk penyediaan tender

Menyediakan maklumat tambahan kepada JKR untuk pindaan pelan

Menghadiri mesyuarat jawatan kuasa pembangunan bagi membincangkan cadangan pihak JKR

Membantu JKR mendapat maklumat ukur tapak

Meminda ringkasan spesifikasi

Menyediakan waran untuk ukur tanah

Menghadiri mesyuarat kordinasi bersama pengarah pembangunan JKR

Menghadiri mesyuarat jawatan kuasa pembangunan jabatan

Menghadiri lawatan ketapak bersama JKR atau perunding

Buat pindaanTidak

Buat pindaan

Buat pindaan

Terima arahan dan mendapat maklum bagi spesifikasi projek pembangunan

Tidak

Ya

Sumber : Jabatan Perhilitan, 2004

Page 119: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

944.3.2. Jabatan Perhutanan

Secara amnya, Jabatan Perhutanan tidak terlibat secara langsung dalam

pembangunan infrastruktur pelancongan di kawasan lindungan (kawasan eko-

pelancongan). Akan tetapi jabatan ini bertanggung jawab untuk mengurus dan

membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan

sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Untuk tujuan itu, Jabatan

mewujudkan hutan liar untuk dijadikan sebagai salah satu daya tarikan dalam

ekopelancongan .

Penubuhan hutan lipur di dalam kawasan hutan simpan adalah selaras dengan

Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) iaitu untuk mengekalkan sejumlah

kawasan yang mencukupi sebagai tempat rekreasi, eko-pelancongan dan untuk

kesedaran masyarakat mengenai perhutanan. Salah satu daripada Dasar Perhutanan

Negara ialah untuk menggubal program-program perhutanan masyarakat serta

menyediakan kemudahan berekreasi dan pelancongan.

Kawasan-kawasan hutan yang mempunyai daya tarikan dan keaslian

semulajadi untuk ketenteraman fikiran dan menyeronokkan bagi menghindarkan

kebisingan keadaan alam sekeliling boleh dinamakan hutan lipur atau hutan rekreasi.

Sehingga tahun 2004 jumlah hutan lipur di Semenanjung Malaysia ialah sebanyak 114

buah. Lihat Jadual 4.3.

Page 120: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

95Jadual 4.3. Bilangan Hutan Lipur di Semenanjung Malaysia

Sumber : Jabatan Perhutanan, 2004

4.4. Agensi-agensi Pelaksana Pembangunan di Kawasan Lindungan

4.4.1 Jabatan Kerja Raya (JKR)

Fungsi utama Jabatan ini adalah melaksanakan serta bertanggung jawab

terhadap semua projek kerja binaan di Malaysia. Sebagai Jabatan yang bertanggung

jawab terhadap semua kerja binaan, maka Jabatan Kerja Raya telah mengeluarkan

garis panduan ataupun piawaian untuk semua kerja binaan. Setiap pemaju yang

melaksanakan projek mestilah mengikuti garis panduan ini, disamping itu semua kerja

nombor Negeri Hutan Lipur Taman Rimba/Negeri

1 Johor 6 -

2 Kedah 25 -

3 Kelantan 2 -

4 Melaka 4 -

5 Negeri Sembilan 14 -

6 Pahang 22 2

7 Perak 13 -

8 Perlis 3 -

9 Pulau Pinang 3 -

10 Selangor 5 2

11 Terengganu 13 -

Page 121: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

96binaan yang akan dibuat mestilah mendapat kelulusan dari Jabatan Kerja Raya

terlebih dahulu, begitu juga dengan kerja binaan bangunan (lihat Jadual 4.4).

Dalam pelaksanaan kerja binaan bangunan JKR membuat piawaian yang meski

dipatuhi oleh pemaju seperti piawaian penggunaan bahan binaan. Untuk penggunaan

bahan binaan, JKR membahagikan kepada dua keadaan seperti yang dijelaskan pada

bahagian berikut ini :

Pengunaan bahan binaan yang biasa

Penggunaan bahan binaan serta hasil kerja sebaiknya melalui persetujuan

daripada JKR, dimana barang-barang dan hasil kerja merujuk pada

piawaian yang dikeluarkan oleh British Standard, kod amalan Malaysia

kecuali apabila keadaan yang tidak memerlukan mengikut piawaian yang

ada.

Penggunaan bahan alternatif

Pengguaan bahan binaan pengganti haruslah dilihat dari segi kualiti dan

harus mendapatkan persetujuan daripada JKR dengan ketentuan sebagai

berikut:

1. Kontraktor mestilah membuktikan bahan yang tidak diperolehi

tersebut dan JKR haruslah puas hati terhadap ketiadaan bahan

tersebut disebabkan oleh kekurangan masa, keuntungan kos yang

disimpan dan ini kemudiannya akan ditolak dengan nilai kontrak.

2. Permintaan terhadap bahan asli Malaysia hendaklah diajukan oleh

kontraktor kepada JKR untuk diuji dan mendapat kelulusan.

Page 122: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

97Jadual 4.4. Piawaian Kerja Bangunan yang Dikeluarkan oleh JKR

Nombor Jenis Pekerjaan Spesifikasi Kerja

1 Asas Muatan rekabentuk asas sebaiknya ditakrifkan

dalam hubungan terhadap tiang pancang dan harus

sesuai dengan faktor keselamatan. Ketahanan asas

harus diuji dan memenuhi piawaian yang

dikeluarkan JKR. Jika bangunan menggunakan asas

yang dibuat dari pokok bakau, pokok bakau yang

digunakan memenuhi persyaratan dan memiliki

panjang 6 meter serta diameter 100 milimeter.

2 Penggunaan bahan

simen

Simen yang digunakan pada bangunan adalah jenis

portland cement yang telah disetujui oleh (JKR)

merujuk pada piawaian yang dikeluarkan British

Standard

3 Batu bata (brick

work)

batu bata haruslah menggunakan Portland cement

dan pasir dengan kualiti yang bagus

4 Atap

/bumbung

Untuk setiap jenis bahan atap yang digunakan

mestilah mengikut panduan daripada kilang. Semua

aksesori atau cucuran atap dan lain sebagainya,

sebaiknya menggunakan bahan yang sama dengan

penutup pada umumnya

5 Kayu Spesis kayu yang digunakan mestilah sesuai baik

dari segi mutu dan kekuatannya. Untuk kekuatan

kayu sebaiknya sesuai dengan piawaian Malaysia.

6 Besi Semua logam dari besi yang digunakan haruslah

memenuhi piawaian yang dikeluarkan JKR dan

British Standard.

7 Cat Tekstur serta pola untuk kemasan akhir bangunan di

pilihkan oleh JKR yang merujuk kepada British

Standard.

Sumber : JKR, 2004

Page 123: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

984.4.2. Agensi-agensi Lain

Dalam pembangunan fasiliti penginapan di kawasan lindungan terutamanya di

taman negara memungkinkan untuk penglibatan agensi-agensi lain dalam proses

pelaksanaan pembangunan fizikal. Seperti apa yang telah berlaku selama ini di mana

pembangunan yang dilakukan tidaklah hanya oleh JKR akan tetapi juga dilakukan

oleh Perbadanan Taman Negara Johor untuk Taman Negara Endau-Rompin dan

Mutiara Taman Negara Resort untuk Taman Negara Pahang. Pembangunan yang

mereka lakukan mestilah mengikut dan mengamalkan dasar-dasar pembangunan dan

mesti mendapatkan kelulusan daripada jabatan-jabatan yang terbabit di dalam

pembangunan di kawasan lindungan seperti Kementerian Pelancongan Malaysia,

Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan dan JKR

4.5. Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan Di Beberapa Taman Negara

4.5.1 Taman Negara Pahang

Taman negara ini merupakan Taman Negara yang pertama kali ditubuhkan di

Semenanjung Malaysia pada tahun 1939 dengan keluasan 434,351 hektar. Pada

awalnya Taman Negara ini diuruskan oleh pihak kerajaan, akan tetapi pada akhir

tahun 1980an dan awal 1990an pengelolaan dan pengurusan Taman Negara ini di

swastakan seperti Mutiara Taman Negara Resort. Begitu juga halnya dengan

pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan yang ada di Taman Negara ini telah

dilakukan oleh JKR dan Pihak Penguasa Mutiara Taman Negara Resort. Pada

sebagian bangunan berkonsepkan ”Malaysia house” atau konsep bangunan yang

Page 124: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

99meniru pada rekabentuk rumah masyarakat tempatan manakala sebahagian lagi

berkonsepkan a-frame.

Fasiliti penginapan di Mutiara Taman Negara Resort, pada mulanya

dibangunkan oleh JKR, akan tetapi pada akhir 1993 sampai masa ini, pembangunan

dan pengembangan komplek penginapan ini dibangunkan oleh pihak Penguasa

Mutiara Taman Negara Resort. Terdapat pelbagai jenis penginapan yang ada di

komplek ini, mulai dari asrama, penginapan biasa, chalet mewah hinggalah banglo.

4.5.2 Taman Negara Endau-Rompin

Taman Negara Endau-Rompin terletak di sempadan antara Negeri Johor dan

Pahang, dimana merupakan Taman Negara kedua yang ditubuhkan di Semenanjung

Malaysia iaitu pada tahun 1993, di bawah Pengurusan PTNJ. Taman Negara Endau-

Rompin ini memiliki keluasan 48,905 hektar.

Pembangunan pelbagai fasiliti penginapan di dalam taman negara ini dilakukan

dan diarahkan oleh PTNJ. Pada awalnya, pembangunan fasiliti penginapan di Taman

Negara ini dikerjakan oleh staf daripada PTNJ sendiri, mulai dari membuat rancangan

sampai pelaksanaan di tapak dengan menggambil konsep bangunan a-frame. Di awal

tahun 1998 sehingga sekarang mereka lantik arkitek untuk merancang dan

merekabentuk fasiliti penginapan yang akan dibangun dalam kawasan ini. Fasiliti

penginapan yang ada pada kawasan taman negara ini terdiri dari asrama, chalet biasa,

chalet untuk keluarga dan V.I.P.

Page 125: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1004.5.3 Taman Negara Perlis

Taman Negeri Perlis atau yang lebih terkenal dengan nama Perlis State Park

pertama kali ditubuhkan pada awal tahun 90an dengan keluasan 5000 hekar dan

berada di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dengan kos awal 3 juta

ringgit. Pada pertengahan tahun 1999, projek pembangunan kemudahan prasarana

untuk menyokong kegiatan pelancongan di dalam kawasan Taman Negeri Perlis yang

mereka bagikan pada dua zon iaitu : zon 2A untuk kegiatan pengurusan dan pusat

pelawat, manakala zon 2B bagi fasiliti kemudahan pelancong.

Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, bermula dari

pelan, rekabentuk dan pembangunan fizikalnya. Kos pembangunan ditanggung oleh

kerajaan Negeri Perlis.

4.6. Rumusan

Dasar-dasar dan piawaian untuk pembangunan fasiliti penginapan di kawasan

lindungan ditetapkan oleh NTP(1992) dan NETP(1996), di mana terdapat garis

panduan untuk pembangunan fasiliti penginapan di kawasan lindungan. NTP dan

NETP dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan. Garis panduan ini mestilah

dilaksanakan dan diamalkan bagi setiap pemaju dan agensi-agensi kerajaan yang akan

melakukan pembangunan di kawasan lindungan. Sedangkan peranan daripada Jabatan

Perhilitan dan Jabatan Perhutanan dalam pembangunan fasiliti penginapan di kawasan

taman negara lebih kepada pengurusan dan memastikan tidak terjadinya sebarang

kerosakan pada alam sekitar akibat pembangunan yang akan dilakukan. Manakala

Jabatan Kerja Raya adalah jawatan yang bertanggunjawab melaksanakan

pembangunan yang dilakukan.

Page 126: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

101Daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa, pengurusan dan

pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan dilakukan oleh agensi yang berbeza-

beza. Di Taman Negara Endau-Rompin pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan

dilakukan oleh pihak PTNJ dan arkitek/kontraktor yang dilantik, sedangkan di Taman

Negara Perlis dilakukan oleh JKR Negeri Perlis, manakala di Taman Negara Pahang

oleh JKR dan agensi swasta (pihak Mutiara Taman Negara Resort). Untuk lebih jelasa

bagaimana perancangan, pengurusan, dan pelaksanaan pembangunan di tiga kawasan

kajian sila lihat Jadual 4.5. dan 4.6.

Jadual 4.5. Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan

di Kawasan Kajian

Perancangan

/ dasar-dasar

Pengurusan Pelaksanaan

Pembangunan

Kawasan

NT

P (1

992)

dan

NE

TP

(199

6)

Jaba

tan

Perh

ilita

n

Jaba

tan

perh

utan

an

PTN

J

Mut

iara

Tam

an N

egar

a

reso

rt

JKR

PTN

J

Age

nsi s

was

ta la

inya

Taman Negara

Pahang

Taman Negara

Endau-Rompin

Taman Negara Perlis

Page 127: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

102Jadual 4.6. Pelaksanaan Pembangunan di Kawasan Kajian

Pembangunan

Kawasan

Perancangan Pengurusan

fasiliti

penginapan dan

kawasan

Pelaksana

pembangunan

Taman Negara

Pahang

Dasar pembangunan

NEP/NTP

Master plan

Pelan pembangunan

kawasan

Pelan tindakan

Badan pengurusan

Jabatan

Perhilitan

Mutiara Taman

Negara Resort

Jabatan Kerja

Raya

Pihak penguasa

Mutiara Taman

Negara Resort

Taman Negara

Endau-Rompin

Dasar pembangunan

NEP/NTP

Master plan

Pelan pembangunan

kawasan

Pelan tindakan

Badan pengurusan

JNPC (Johor

National Park

Corporation)

Perbadanan

Taman Negara

Johor (Taman

Negara Endau-

Rompin)

Perbadanan

Taman Negara

Johor (Taman

Negara Endau-

Rompin

Pihak swasta

yang dilantik

oleh PTNJ

Taman Negara

Perlis

Dasar pembangunan

NEP/NTP

Master palan

Pelan pembangunan

kawasan

Pelan tindakan

Badan pengurusan

Jabatan

Perhutanan

Negeri Perlis

Jabatan Kerja

Raya

Cawangan

Negeri Perlis

Kontraktor/arki

tek yang

mereka lantik

Page 128: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB V

KAJIAN KES

5.1 Pengenalan

Bab V ini mengandungi data-data kajian lapangan yang dilakukan oleh

pengkaji di kawasan kajian. Data-data ini merupakan data terperinci dan kenyataan

yang sebenarnya terhadap pengamalan prinsip-prinsip pembangunan dan

pelaksanaan proses pembangunan fasiliti penginapan di kawasan taman negara di

Malaysia khasnya ditiga kawasan iaitu Taman Negara Pahang, Taman Negara

Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis.

Data terperinci untuk bangunan dimulai daripada proses pelaksanaan

pembangunan, rekebentuk bangunan, bahan, rekod bangunan berupa foto-foto

bangunan, dan sebagainya. Data-data ini digunakan untuk metode penilaian kaedah

matrik pada bab berikut.

Page 129: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1045.2 Taman Negeri Perlis

5.2.1 Penubuhan Taman Negeri Perlis

Taman Negeri Perlis terletak di sempadan barat Negeri Perlis dimana

Semenanjung Malaysia bertemu dengan Negara Thailand. Taman Negeri ini

berkedudukan di Banjaran Bukit Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia, iaitu

Banjaran Nakawan. Banjaran ini mempunyai tebing-tebing bukit yang diselubungi

hutan tebal, dinding batu curam, anak-anak sungai dan sistem gua yang panjang. Gua

yang terdapat di Taman Negeri ini adalah gua yang terpanjang di Semenanjung

Malaysia.

Taman Negeri Perlis memiliki keluasan kira-kira 5000 hektar yang mana

terdiri daripada Hutan Simpan Mata Air dan Hutan Simpan Wang Mu. Selain Hutan

Simpan Mata Air dan Hutan Simpan Wang Mu, di taman negeri ini juga terdapat

Hutan meranti-geruntu iaitu hutan bermusim yang mengandungi pokok-pokok daun

luruh. Hutan atas batu kapur pula mengandungi pelbagai tumbuhan herba seperti

halia hutan, paku pakis dan balsam juga termasuk spesis–spesis haiwan yang sukar

ataupun tidak terdapat di daerah lain di kawasan Malaysia seperti berok kentoi

(Macaca arctoides), kambing gurun, harimau kumbang dan sebagainya.

Taman Negari Perlis berhampiran dengan 2 buah perkampungan terpencil

iaitu Kampong Wang Kelian dan Kampung Kaki Bukit. Kampong Wang Kelian

adalah perkampungan orang Melayu yang sebahagian masyarakatnya bekerja sebagai

petani, sedangkan Kampung Kaki Bukit merupakan perkampungan orang keturunan

Cina yang dahulunya bekerja sebagai pelombong timah yang banyak terdapat pada

daerah ini.

Page 130: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

105Dengan pelbagai keunikan dan keindahan alam semulajadi yang

dimilikinya membolehkan Taman Negeri Perlis menjadi sebagai salah satu pusat

pelancongan. Untuk menyokong dan menarik minat pelancong berkunjung ke sini,

maka ianya juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Salah satu kemudahan

yang terdapat di dalam kawasan taman negeri ini adalah kemudahan penginapan.

5.2.2. Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan

Dari awal penubuhannya pengurusan taman negeri ini terletak dibawah

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Seperti halnya dengan kawasan lindungan lain,

tujuan penubuhan Taman Negeri ini adalah untuk menjaga habitat haiwan dan

tumbuhan yang ada di dalamnya, disamping dijadikan sebagai kawasan pelancongan.

Pada pertengahan tahun 1999, projek pembangunan kemudahan prasarana

untuk menyokong kegiatan pelancongan dimulakan. Projek ini dilaksanakan oleh

Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, bermula dari pelan, rekabentuk dan pembangunan

fizikalnya. Sedangkan untuk kos pembangunan ini ditanggung oleh kerajaan Negeri

Perlis. Projek pembangunan ini selesai pada tarikh 2 Oktober tahun 2000 dan

dirasmikan penggunaanya oleh Datuk Sri Syafril Sanjai Bin Najib. Sila lihat Rajah

5.1 berikut ini.

Page 131: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

106 Rajah 5.1 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan

Di Taman Negeri Perlis

5.2.3. Proses Pembangunan

5.2.3.1.Sebelum Tahun 1999

Taman Negeri Perlis ditubuhkan pada awal tahun 90an di bawah pengawasan

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Tujuan utama daripada penubuhan taman negeri

ini adalah untuk menjaga dan memelihara sumberjaya alam semulajadi yang terdapat

di kawasan ini baik haiwan mauhupun tumbuhan dari sebarang pencerobohan dan

kerosakan.

Kerajaan Negeri Perlis Taman Negeri Perlis

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

PelanPembangunan

Pelaksanaan

Pengurusan

RekabentukBangunan

JKRCawangan Negeri Perlis

Sumber Kewangan

Page 132: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

107Sebelum tahun 1999, kemudahan yang ada hanya terdiri dari musholla

(surau), tandas, medan arena dan tapak perkhemahan di zon 2b yang jaraknya kira-

kira 1.2 km dari Gua Burma. Pada masa itu belum ada kemudahan penginapan bagi

pelawat yang hendak bermalam. Perkara ini juga disebabkan orang ramai belum tau

tentang kewujudan taman negeri ini sebagai kawasan pelancongan. Pelawat yang

datang pada masa itu hanyalah masyarakat tempatan dan pelancong di sekitar

kawasan Negeri Perlis sahaja.

Seiring promosi yang dilakukan oleh pihak Jabatan Perhutanan dan Jabatan

Pelancongan Negeri Perlis, barulah banyak pelawat, pengkaji, mahupun pelajar dari

luar daerah yang datang ke taman negeri ini. Sebelum kemudahan penginapan dibina

seperti masa sekarang, para pelawat yang ingin bermalam boleh menyewa rumah

penduduk di Kampung Wang Kelian dan Kaki Bukit ataupun berkhemah.

5.2.3.2.Tahun 1999 Hingga Sekarang

Mulai pertengahan tahun 1999 , projek pembangunan kemudahan prasarana

untuk menyokong kegiatan pelancongan di dalam kawasan Taman Negeri Perlis

dilaksanakan. Pelan pembangunan kemudahan prasarana pada tahun ini dibahagi

kepada dua zon iaitu :

Zon 2a yang merupakan pusat pelawat.

Zon 2b yang merupakan kawasan penginapan.

Pembangunan ini mengambil masa lebih kurang 1 tahun bermula dari tahun

1999 dan siap pada tahun 2000. Pada Oktober tahun 2000, Taman Negeri Perlis

Page 133: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

108dirasmikan dan secara awam menjadi salah satu pusat pelancongan yang

berasaskan ekopelancongan di Negeri Perlis khasnya dan di Malaysia amnya.

5.2.4. Konsep Pembangunan dan Tema

Tujuan utama daripada pambangunan dan penyediaan kemudahan di Taman

Negeri Perlis adalah untuk memperluas dan menyokong program pemeliharaan alam

semulajadi dan memperkenalkannya kepada pelawat sekaligus menjadi tempat

istirehat atau hentian bagi pelawat. Dalam rangkaian syarat-syarat pembangunan ini

serta untuk mewujudkannya, ada dua kaedah utama didalam tema pembangunan

iaitu:

Pertama adalah meningkatkan pemberian bahan-bahan pengetahuan

mengenai Taman Negeri Perlis yang di interpretasikan di dalam pusat

pelawat, yang mana nantinya terletak di zon 2A.

Yang kedua adalah membina jalan kecil (walkway) dari pusat pelawat ke

kawasan penginapan dimana menggambarkan aspek-aspek yang berbeza

pada penampilan fizikal taman, haiwan dan tumbuh-tumbuhannya.

Untuk mewujudkan kedua kaedah ini, pembangunan dalam Taman Negeri

Perlis dibahagikan pada dua lokasi yang berbeza iaitu :

Zon 2A

Zon 2A merupakan kawasan yang berfungsi sebagai pusat pelawat

dengan menawarkan pemandu pelancong, pemesanan penginapan dan

gerai-gerai yang menjual pelbagai kraftangan tempatan.

Page 134: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

109

Gambar 5.1 :Zon 2A yang Merupakan Pusat Pelawat.

Sumber: Kajian Lapangan, 2004

Zon 2B

Zon 2b diperuntukan sebagai kawasan untuk kemudahan penginapan.

Letak kawasan ini kira-kira 1 hingga 2 km dari zon 2A kearah perjalanan

menuju Gua Wang Burma. Konsep pembangunan dalam zon penyediaan

fasiliti penginapan bagi para pengkaji dan pelancong. Komponen utama

daripada pembangunan ini adalah penyediaan papan-papan petunjuk

jalan, jalan kecil dan pelbagai jenis bentuk penginapan untuk pengunjung

yang datang bersendirian, berkeluarga, mahupun yang datang dalam

kumpulan yang besar.

Gambar 5.2. Zon 2B yang Diperuntukkan Untuk Kawasan Penginapan

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

Page 135: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1105.2.5. Kemudahan Penginapan di Taman Negeri Perlis

Kemudahan penginapan yang ada dalam Taman Negeri Perlis berjumlah 16

unit, terdiri daripada 4 unit kotej V.I.P, 10 unit kotej biasa, dan 2 buah asrama. Pada

masa ini kotej yang boleh digunakan hanya berjumlah 15 unit kerana satu unit kotej

telah mangalami kerosakan. Di antara lima belas kotej ini, terdapat sebuah chalet

kembar yang khas diperuntukkan untuk pelawat yang datang bersama keluarganya.

Kemudahan penginapan di Taman Negeri Perlis terbagi kepada tiga bahagian:

Teratai V.I.P

Kotej Teratai V.I.P berjumlah 4 unit yang telah dilengkapi dengan

pelbagai kemudahan yang mewah di dalamnya seperti penghawa dingin,

kipas angin, TV, dan peti sejuk. Kotej ini memiliki dua buah bilik tidur di

mana satu bilik tidur telah dilengkapi dengan penghawa dingin sedangkan

bilik yang lain hanya dilengkapi dengan kipas angin.

Selain bilik tidur, terdapat juga satu ruang besar dan dua buah balkoni

yang berada didepan dan belakang bangunan. Kotej ini juga dilengkapi

dengan satu bilik air. Konsep rekabentuk bangunan ini meniru rekabentuk

rumah masyarakat tempatan. Bahan binaan untuk pembangunan kotej ini

diperbuat daripada kayu.

Gambar 5.3. Kotej Teratai V.I.P

Sumber Kajian Lapangan, 2004

Page 136: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

111 Teratai biasa

Kotej biasa atau diberi nama teratai biasa berjumlah 9 unit. Kemudahan

yang disediakan di dalam kotej ini adalah satu bilik tidur dengan satu katil

besar, satu bilik air yang dilengkapi dengan mandi paip hujan. Ukuran

bilik tidur pada kotej ini adalah 3x4 meter dan bilik air berukuran 1x1.5

meter.

Rekabentuk kotej ini diambil daripada rekabentuk rumah penduduk

tempatan dan mengunakan bahan binaan dari kayu. Pemandangan dari

dalam kotej-kotej ini sangatlah menarik, kerana perletakan tapak kotej

yang agak tinggi. Ini sangat berbeza dengan kotej teratai V.I.P yang

memiliki pemandangan kurang menarik, kerana perletakan kotej ini pada

tapak yang lebih rendah.

Gambar 5.4 ; Kotej Teratai Biasa

Sumber Kajian Lapangan, 2004

Asrama

Terdapat 2 blok asrama di dalam Taman Negeri Perlis. Satu blok untuk

lelaki dan satu blok lagi untuk perempuan. Tiap blok dapat menampung

32 orang. Biasanya asrama ini diperuntukan bagi pelawat ataupun pelajar-

Page 137: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

112pelajar yang akan membuat kajian yang datang dengan jumlah

kumpulan yang besar. Terdapat juga empat buah bilik dalam satu blok

asrama, yang mana satu bilik boleh memuatkan lapan orang pengunjung.

Setiap bilik telah dilengkapi dengan kipas angin. Selain itu, juga terdapat

empat buah bilik air yang telah dilengkapi dengan mandi paip hujan.

Gambar 5.5.: Asrama, Merupakan Penginapan Bagi Pelawat yang Datang

Secara Kumpulan..

Sumber Kajian Lapangan, 2004

Selain kemudahan penginapan, Taman Negeri ini juga dilengkapi dengan

kemudahan lain seperti surau, dewan makan, tapak perkemahan, tandas, tempat

masak, arena, pusat pelawat, kedai cenderahati, ruang pameran dan pejabat pengurus

Taman Negeri (lihat Jadual 5.1).

Page 138: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

113Jadual 5.1. Kemudahan di Taman Negeri Perlis

Pentadbiran dan Pengurusan zon 2A

Jenis Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam meter persegi/m²

Pejabat

Ruang pameran

Kedai cenderahati

Ruang audio-visual

Kuarter pertanyaan

1 bilik

2 buah

1 bilik

1 buah

48 m²

7 m²

38m²

3 m²

Jenis Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam meter persegi/m²

Kotej tetamu dan penyelidik 4 unit @. 21 M²

Power supply 1 unit 24 m²

Kawalan 1 unit 12. m²

Kawasan penginapan zon 2B

Jenis Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam meter persegi/m²

Kotej Teratai V.I.P 4 unit (2 bilik, untuk satu

unit )

@. 38.m²

Kotej Teratai biasa 9 unit( 1unit diperuntukkan

untuk keluarga)

@ 21 m²

Asrama 2 unit ( 1 unit 4 bilik ) 108 m²

Tapak Perkhemahan 20 unit @ 6 m²

Jenis Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam meter persegi/m²

Medan arena 1 unit 64 m²

Surau 1 unit 36 m²

Tempat masak 1 unit 30 m²

Dewan makan 1 unit 72 m²

Tandas 2 unit @ 6 m²

Sumber : Taman Negeri Perlis, 2004

Page 139: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1145.3. Taman Negara Endau-Rompin

5.3.1. Pengenalan Taman Negara Endau-Rompin

Taman Negara Endau-Rompin ditubuhkan pada tahun 1993 dengan kawasan

seluas 48.905 hektar terletak di daerah Mersing dan Segamat, Negeri Johor Darul

Takzim. Kawasan yang diwartakan untuk dijadikan taman negara merupakan

kawasan hutan hujan tropika yang sangat kaya dengan keanekaragaman spesis

haiwan dan tumbuhan. Bahagian utara taman negara ini bersempadan dengan Negeri

Pahang, di bahagian timur bersepadan dengan Kampung Peta dan Mersing, di

bahagian selatan dengan Kluang dan pada bahagian barat bersempadan dengan

Segamat dan Selai.

Gambar 5.6 : Diantara Keanekaragaman Haiwan dan Tumbuhan di Taman

Negara Endau-Rompin

Sumber : PTNJ, 2004

Taman Negara Endau-Rompin merupakan Taman Negara kedua yang

ditubuhkan di Malaysia setelah Taman Negara Pahang. Nama Taman Negara Endau-

Rompin diambil daripada nama sungai terbesar yang terdapat di dalam taman ini

iaitu Sungai Endau. Kewujudan Taman Negara ini sangatlah penting ertinya dalam

Page 140: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

115menjaga keaslian habitat haiwan dan tumbuhan yang ada di dalamnya daripada

kepupusan. Disamping itu, ia dijadikan tempat penyelidikan bagi pengkaji–pengkaji,

baik pengkaji yang datang dari dalam mahupun dari luar negara. Hal ini dibuktikan

dengan banyaknya kajian yang telah dilakukan di sana, baik kajian mengenai alam

persekitaran mahupun mengenai haiwan dan tumbuhan. Disamping menawarkan

aktiviti yang menarik, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan-kemudahan

seperti penginapan, kafe, perpustakaan, tempat penyelidikan dan kemudahan–

kemudahan yang lengkap.

Gambar 5.7 : Di antara Kemudahan yang Sediaada Dalam

Taman Negara Endau-Rompin

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

5.3.2. Pengurusan Taman Negara Endau-Rompin

Selain sebagai tempat penyelidikan, taman negara yang telah beroperasi

selama 11 tahun di bawah pengurusan PTNJ ini juga telah berjaya menjadi salah satu

destinasi pelancongan. Bilangan pelancong yang berkunjung mengalami peningkatan

setiap tahun, terutama pelancong dari luar negara. Pembangunan fasiliti penginapan

yang ada di taman negara ini dilaksanakan oleh PTNJ dengan melantik arkitek dan

Page 141: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

116pembina swasta mulai dari proses perancangan sampai pelaksanaan

pembangunannya.

5.3.3 Pembangunan Fasiliti Penginapan di Taman Negara Endau-Rompin

5.3.3.1.Tahun 1993 - 1996

Pada masa awal penubuhannya iaitu pada tahun 1993, Taman Negara Endau-

Rompin hanya merupakan hutan belantara dan belum lagi memiliki pelbagai

kemudahan untuk para pelancong seperti masa kini. Pada masa itu, pelancong yang

datang menumpang rumah orang asli di Kampung Peta ataupun menumpang di Balai

Raya Kampung Peta. Keadaan seperti ini berlanjutan sehingga tahun 1995. Awal

tahun 1996 merupakan permulaan pembangunan kemudahan penginapan untuk

pelancong dengan bertemakan mesra alam.

Gambar 5.8 Rumah Orang Asli Sebagai Tempat Tinggal Bagi Pelancong

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

Page 142: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

117Pembangunan ini dilakukan oleh staf PTNJ, bermula daripada

rekabentuk, sehingga pembangunannya di tapak. Konsep yang mereka gunakan

adalah konsep bangunan oversite yang berbentuk A-frame (bumbung berbentuk

segitiga). Pemilihan terhadap konsep ini diasaskan untuk mengelakkan daun-daun

berkumpul di atas bumbung kerana kebanyakan bangunan di kawasan lindungan di

bawah pokok-pokok. Pada dasarnya pembangunan empat buah a-frame ini hanya

sekadar penyediaan tempat tidur sahaja tanpa mempertimbangkan rekabentuk

mahupun struktur bangunannya.

Gambar 5.9 : Bangunan yang Awal Dibina Dengan Konsep A-frame

Sumber : PTNJ, 2004

Kemudahan penginapan yang dibina berjumlah empat buah iaitu : tiga buah

kotej biasa dan satu buah kotej V.I.P. Pada kotej biasa terdapat 3-4 buah katil dan

satu bilik air, sedangkan kotej V.I.P memiliki 2 buah katil dan satu bilik air. Ke

empat kotej ini menggunakan bahan binaan daripada kayu untuk lantai dan

dindingnya, sedangkan bumbung mengunakan bahan binaan asbestos.

Pembangunan ini pada awalnya menimbulkan pelbagai masalah seperti ruang

dalam bangunan yang sempit dan kos penyelenggaraan bangunan yang tinggi. Hal ini

disebabkan kerana pengunaan konsep a-frame pada rekabentuk bangunan, buruknya

kualiti kayu yang digunakan sebagai bahan binaan serta kewujudan bangunan

didalam kawasan hutan yang lembab.

Page 143: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1185.3.3.2.Tahun 1998 – 2000

Tidak sebandingnya jumlah permintaan dengan jumlah kemudahan yang

tersedia, menyebabkan PTNJ untuk menambah jumlah fasiliti penginapan yang

sediaada. Tahun 1998 projek pembangunan penyediaan kemudahan penginapan

tahap ke dua telah dimulakan dengan menggunapakai konsep bangunan simenfero.

Pemakaian konsep bangunan simenfero ini dimaksudkan untuk menekan kos

perawatan bangunan.

Dalam konsep simenfero, bangunan sebenarnya mengunakan bahan binaan

simen, tetapi direkabentuk seolah-olah menggunakan bahan binaan dari kayu. Hal ini

dimaksudkan untuk menjaga suasana dan kesan semulajadi pada bangunan.

Gambar 5.10 : Bangunan Kotej yang Menggunakan Konsep Simenfero

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

Lapan unit kotej biasa telah dibina pada projek ini, yang mana tiap unit kotej

memiliki dua bilik yang berukuran 3.5 X 4 meter dan satu bilik air yang berukuran 1

X 1.5 meter. Selain pembinaan lapan unit kotej, dalam projek ini juga dibina dua unit

asrama, satu unit kafe, surau, tandas awam dan dewan serbaguna.

Page 144: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

119

Gambar 5.11 : Rekabentuk Kotej yang Dibangun Pada Tahun 1998

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

Gambar 5.12 : Pelbagai Kemudahan Sokongan yang Dibina Pada Tahun

1998-2000

Sumber Kajian Lapangan, 2004

5.3.3.3.Tahun 2001 – 2003

Pembangunan pelbagai kemudahan dalam Taman Negara tahap ketiga

dimulai pada tahun 2001-2003 atau tepatnya setelah memasuki RMK 8. Pada masa

inilah pihak PTNJ menggunakan perkhidmatan jurutera, juruukur dan arkitek.

Konsep binaan bangunan pada masa ini adalah konsep binaan simen fero dan

tradisional. Konsep binaan semen fero digunapakai pada bangunan kotej biasa

manakala konsep tradisional pada bangunan kotej keluarga dan V.I.P.

Page 145: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

120Fasiliti penginapan yang dibangun pada masa ini adalah sepuluh unit

kotej biasa, dua blok asrama, sembilan unit kotej keluarga dan satu unit kotej V.I.P.

Kotej biasa yang dibina pada tahap ini hampir sama dengan kotej yang dibina pada

tahun 1998, baik dilihat dari segi rekabentuk bangunannya mahupun fasiliti yang ada

dalam ruangan. Perbezaan hanya pada tambahan tempat memasak dibahagian

belakang bangunan.

Gambar 5.13 Penambahan Kemudahan Seperti Tempat Masak

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

Dalam kotej keluarga dan kotej V.I.P terdapat tiga buah bilik dengan

perincian sebagai berikut :

Satu bilik diperuntukan bagi orang tua dengan ukuran 4x3 meter

Dua bilik dengan ukuran 3x2 diperuntukan bagi anak lelaki dan

perempuan.

Selain itu, kotej keluarga dan kotej V.I.P juga memiliki satu bilik air dengan ukuran

1.5 X 2 meter. Yang membezakan antara kotej keluarga dan kotej V.I.P hanyalah

Page 146: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

121rekabentuk dan ukuran ruangan yang ada di dalamnya, sedangkan kemudahan

yang tersedia adalah sama.

Gambar 5.14 Perbezaan Rekabentuk

(I) kotej V.I.P dan (II).kotej keluarga

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

Pada masa tahun 2001-2003 ini kemudahan sokongan lain juga dibina seperti

kemudahan tempat masak, tandas, tapak perkhemahan yang berpangkin,

anjun/selasar dan sebagainya.

5.3.3.4.Tahun 2003 Keatas

Ini masih merupakan kelanjutan dari projek yang dibuat pada masa tahun

2001-2003, akan tetapi projek ini tergendala buat sementara waktu. Banyak

penyebab yang menjadikan projek tergendala diantaranya dari segi kewangan dan

sebab-sebab lain yang tidak boleh dinyatakan.

I II

Page 147: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

122

Gambar 5.15 Pembangunan Kemudahan yang Masih Tergendala.

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

5.3.4. Kemudahan yang Disediakan

Pelancong yang ingin berkunjung ke Taman Negara baik yang datang dari

arah Kuala Lumpur mahupun dari Johor Bahru dapat menggunakan perkhidmatan

bas sampai ke Kahang dan dari Kahang perjalanan dilanjutkan dengan menggunakan

perkhidmatan teksi atau menggunakan kereta operator Taman Negara. Perjalanan

dari Kahang ke Taman Negara mengambil masa 1.½ hingga 2 jam. Disamping itu,

terdapat juga jenis kemudahan lain yang disediakan iaitu dari segi pentadbiran dan

pengurusan, penginapan dan kemudahan sokongan pelancong yang ada di kawasan

seperti Kampung Peta, NERC, dan Kuala Jasin (lihat Jadual 5.2)

Page 148: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

123Jadual 5.2 : Komponen kemudahan yang disediakan di Taman

Negara Endau-Rompin

a. Kompleks Pelawat ( Kampung Peta )

Pentadbiran dan Pengurusan

Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m²

Pejabat

Pusat Penerangan

Perpustakaan

Bilik Pameran

Ibu Pejabat

1 unit

42 m²

30 m²

70 m²

48 m²

Kaki Tangan Kotej 1 unit ( Terdapat 2 bilik ) 26 m²

Penginapan

Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m²

Kotej biasa 17 unit @ 21 m²

Kotej keluarga 5 unit ( Tiga bilik, 1 bilik = 2

orang )

@ 42 m²

Kotej V.I.P 1 unit ( Tiga bilik, 1 bilik = 2

orang )

46 m²

Asrama 1 unit ( Kapasiti 78 orang ) 180 m²

Kemudahan Sokongan

Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan

dalam m²

Pusat Interpretif Taman

Negara

Bilik Tayangan

1 unit 56 m²

Dewan Serbaguna 1 unit ( Kapasiti 150 orang ) 144 m²

Kafe 1 unit ( Kapasiti 60 orang ) 72 m²

Surau 1 unit 38 m²

Page 149: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

124Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan

dalam m² Tandas 2 unit @ 6 m²

Bilik cawangan elektrik 1 unit 24 m²

Tangki air 1 unit - m²

Telefon awam 1 unit 1 m²

b. NERC

Pentadbiran dan Pengurusan

Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m²

Pejabat Mini

Perpustakaan mini

1 unit 24 m²

Penginapan

Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik /

Blok

Keluasan dalam m²

Asrama 2 blok ( 1 blok kapasiti

78 orang )

@ 200m²

Kaki Tangan Kotej 1 blok ( 2 bilik, 1 bilik =

6 katil )

52 m²

Kemudahan Sokongan

Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m²

Dewan Serba Guna 1 unit 72 m²

Bilik Internet 1 unit 18 m²

Tempat masak 1 unit 12 m²

Tangki air 1 unit - m²

Power supply 1 unit 18 m²

Tandas 1 unit 6 m²

Jeti 1 unit - m²

Page 150: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

125

c. Kuala Jasin

Pentadbiran dan Pengurusan

Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m²

Pejabat Mini 1 unit 24 m²

Penginapan

Kabin 1 unit ( 3 bilik, 1 bilik ada 3 katil )

42 m²

Kotej biasa 10 unit @ 21 m²

Kotej keluarga 4 unit @ 42 m²

Tapak Perkemahan 20 unit ( 10 berpangkin 10 tidak berpangkin )

@ 6 m²

Kemudahan Sokongan

Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m²

Pelanta 2 unit 12 m²

Tempat masak 4 unit @ 6 m²

Tangki air 1 unit - m²

Power supply 1 unit 16 m²

Tandas 2 unit @ 6 m²

Jeti 1 unit - m²

Sumber : PTNJ, 2004

Page 151: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1265.4 Taman Negara Pahang

5.4.1 Pengenalan Mengenai Taman Negara Pahang

Seawal tahun 1925, kawasan di sekitar Gunung Tahan yang mempunyai luas

9,240 hektar ditawarkan sebagai Gunung Tahan Game Reserve oleh kerajaan British

yang memerintah Malaysia pada masa itu. Pada tahun 1939, sultan dari 3 negeri iaitu

Negeri Pahang, Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan memperlebarkan kawasan

tersebut menjadi 434,351 hektar untuk dijadikan Taman Nasional Raja George 4.

Sejak Malaysia merdeka sehingga kini nama Taman Nasional ini diganti menjadi

Taman Negara.

Seperti yang telah dijelaskan di bahagian atas, Taman Negara ini meliputi 3

buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan yang merupakan hutan hujan

tropika basah yang memiliki pelbagai macam spesies haiwan dan tumbuhan. Selain

itu, Taman Negara ini juga memiliki keindahan alam semulajadi dan kini dijadikan

sebagai daya tarikan untuk pelancong.

Peningkatan bilangan pengunjung yang datang dari masa ke masa, telah

menjadikan Taman Negara Pahang sebagai salah satu tempat pelancongan yang

berimbas kepada penyediaan pelbagai perkhidmatan kemudahan seperti penginapan,

restoran, dan kemudahan penyokong lain. Kemudahan-kemudahan ini ada di

beberapa kawasan iaitu Kuala Tahan, Kuala Kenyam, Merapoh, Kuala Koh dan

Tanjung Mentong.

Page 152: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1275.4.2 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan

Hampir semua kemudahan yang ada di Taman Negara sekarang ini, telah di

swastakan oleh pihak kerajaan. Salah satu daripada sebabnya adalah peningkatan

kedatangan pelancong pada tahun 1970an dan 1980an yang membebankan kewangan

pihak berkuasa dan kerajaan. Salah satu contohnya adalah penswastaan kompleks

pelawat Kuala Tahan yang pengelolaannya diserahkan kepada anak Syarikat

Perbadanan Nasional Berhad (Pernas).

Pada awalnya pembangunan fasiliti penginapan di Taman Negara Pahang

dikerjakan oleh JKR, akan tetapi pada akhir 1993 sampai masa ini, pembangunan

dan pengembangan komplek penginapan diserahkan kepada pihak Penguasa Mutiara

Taman Negara Resort. Ada pelbagai jenis penginapan yang ditawarkan mulai dari

asrama, penginapan biasa, kotej mewah dan banglo.

5.4.3. Kemudahan Sokongan

Bagi pelancong yang ingin ke Taman Negara Pahang dapat menggunakan

kemudahan awam, perkhidmatan bot telah disediakan di Kuala Temberling dengan

bayaran 19 Ringgit bagi perjalanan sehala dengan mengambil masa kira-kira 3 jam.

Bagi mereka yang menginginkan perjalanan darat, perkhidmatan teksi telahpun

disediakan dengan bayaran 40 Ringgit (RM) untuk perjalanan sehala. Disamping itu

terdapat juga jenis kemudahan lain yang disediakan seperti penginapan, pengurusan

dan perkhidmatan awam (lihat Jadual 5.3).

Page 153: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

128Jadual 5.3 : Pelbagai Kemudahan dan Perkhidmatan

di Taman Negara

Pentadbiran dan Pengurusan

Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m²

Pejabat ( Bangunan Utama )

Pejabat penguasa taman

negara

Pejabat penguat kuasa

taman negara

1 unit

1 unit ---

Penginapan

Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m²

Bilik tetamu 16 unit m²

Kotej biasa 71 unit m²

Kotej mewah 14 unit m²

Banglo 2 unit m²

Asrama 8 bilik (1 bilik=4katil) m²

Tapak perkhemahan 2.5 hektar 2.500 m²

Kemudahan Sokongan

Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m²

Pusat Interpretif Taman Negara

Bilik Tayangan

Pameran

1 unit _

Mini market 1 unit -

Kuarter tempahan boat 1 unit m²

Kuarter tempahan alat-alat

aktiviti

1 unit m²

Seri mutiara restaurant 1 unit m²

Bilik cawangan elektrik 1 unit m²

Tangki air 1 unit m²

Jeti 3 unit m²

Tandas 5 unit m²

Page 154: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

129Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m²

Dewan pertemuan 1 unit ( max 300

peserta )

-

Sumber: Mutiara Taman Negara Resort, 2004

Gambar 5.16 : Diantara Kemudahan yang Disediakan

Di Taman Negara Pahang.

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

5.4.4. Kemudahan Penginapan

Kemudahan penginapan ini pada awalnya ditubuhkan sebagai wujud dari

peningkatan jumlah kedatangan pelancong, kerana adanya permintaan yang tinggi

terhadap penyediaan kotej untuk keperluan pelancong. Pada mulanya penduduk

tempatan yang menjalankan syarikat kotej berskala kecil bagi membantu

membangunkan industri pelancongan, tetapi pada masa ini syarikat swasta juga ikut

serta dalam pengelolaan dan penyediaan akan fasiliti penginapan dalam kawasan

Taman Negara Pahang . Diantara kemudahan penginapan yang ada di dalam Taman

Negara Pahang, baik yang dikelola secara persendirian mahupun syarikat iaitu :

Anggoh Chalet

Page 155: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

130Durian Chalet

Rumah Tetamu

Asrama

Mutiara Taman Resort

Rain Forest

Gambar 5.17 : Di antara Penginapan di Taman Negara Pahang.

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

Pengkaji hanya mengambil 1 sampel sahaja dari sekian banyak kemudahan

yang telah dibina di Taman Negara Pahang iaitu Mutiara Taman Resort.

5.4.5. Mutiara Taman Nagara Resort

Mutiara Taman Negara Resort didirikan pada kawasan yang memiliki

keluasan 15 hektar dan mulai beroperasi pada tanggal 1 September 1990. Pelbagai

kemudahan dan perkhidmatan yang moden telahpun dibina dalam kawasan ini

Page 156: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

131seperti pelbagai jenis penginapan mulai dari asrama sampailah banglow, restoran,

kafe, pusat kesihatan, telefon awam, kedai runcit dan lain sebagainya.

Kotej biasa dan asrama, rekabentuk bangunannya meniru kepada rekabentuk

rumah masyarakat tempatan atau lebih terkenal dengan sebutan ”Malaysia House”,

manakala sebahagian chalet mewah berkonsepkan bangunan a-frame. Sedangkan

banglo, rekabentuk bangunannya merupakan perpaduan rekabentuk bangunan

tradisional dan moden.

Sebahagian fasiliti yang ada telah dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik

air dengan fasiliti mandi paip hujan serta penyediaan air panas. Akan tetapi, tersedia

juga kotej yang tidak dilengkapi penghawa dingin yang diperuntukkan bagi mereka

yang tidak menyukai ruangan berhawa sejuk. Selain itu, tersedia juga pilihan untuk

penginapan dengan fasiliti lengkap dan hanya diperuntuknan bagi pelancong yang

datang membawa keluarga.

Tapak perkhemahan juga disediakan bagi mereka yang menyukainya.

Biasanya tapak perkhemahan ini digunakan oleh pelajar yang datang dengan

persatuan sekolah ataupun pelancong yang gemarkan suasana lain daripada kotej.

Diantara bentuk penginapan yang ada di Mutiara Taman Negara Resort adalah:

Kotej biasa

Kotej biasa atau yang lebih dikenal dengan nama “Malaysia House”, yang

mana konsep dan rekabentuk bangunannya meniru kepada rekabentuk

rumah masyarakat Malaysia. Untuk kotej ini, terdapat satu bilik tidur

dengan ukuran 3.5 X 4 meter dan 1 bilik air dengan ukuran 1 X 1.5. Kotej

jenis ini juga dilengkapi dengan penyejuk ruangan.

Page 157: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

132

Gambar 5.18 Kotej yang Berkonsepkan “Malaysian House”

Sumber. Kajian Lapangan, 2004

Kotej mewah dan banglo

Menawarkan kemewahan dan keselesaan seperti berada di rumah sendiri,

sangatlah ideal untuk pelawat yang datang dengan keluarga. Terdapat dua

buah bilik tidur dan satu bilik air yang dilengkapi penyedian air panas.

Sebagiannya daripada banglo telah juga dilengkapi dengan dapur untuk

memasak bagi pelawat yang suka memasak sendiri. Ada sebahagian kotej

mengunakan konsep bentuk bangunan seperti a-frame. Kesemua kotej dan

banglo ini telah dilengkapi penghawa dingin, tv, peti sejuk dan

sebagainya.

Gambar 5.19 : Kotej Mewah dan Banglo di Mutiara Taman Negara “

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

Page 158: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

133

Asrama

Jenis penginapan ini diperuntukkan bagi pelancong yang datang dengan

kumpulan yang besar. Terdapat lapan buah bilik tidur yang mana tiap-tiap

bilik dilengkapi dengan 4 buah katil dan kipas angin. Setiap asrama juga

dilengkapi dengan bilik air.

Gambar 5.20 Asrama Diperuntukan bagi Pelawat yang Datang Secara

Kumpulan

Sumber : Kajian Lapangan, 2004

5.5 Rumusan

Seperti yang telah dihuraikan pada bab sebelumnya, pembangunan fasiliti di

kawasan kajian dilakukan oleh agensi berbeza-beza. Dari kajian lapangan yang

dilakukan pengkaji, ditemui kenyataan bahawa adanya perbezaan antara fasiliti

kemudahan pada taman negara, baik ianya dilihat dari konsep bangunan, rekabentuk,

senibina dan sebagainya.

Page 159: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

134Tiap-tiap agensi mempuyai cara dan kaedah tersendiri dalam pelaksanaan

pembangunan yang mereka lakukan dimana pada akhirnya akan mempengaruhi hasil

pembangunan itu sendiri. Secara prinsipnya, jika pelaksanaan dan pembangunan

yang dilakukan oleh agensi-agensi yang berbeza tentunya juga akan menghasilkan

yang berbeza pula. Hal ini dapat dilihat pada fasiliti yang ada di tiap-tiap taman

negara, dimana adanya perbezaan konsep pembangunan, rekabentuk dan lain

sebagainya. Selain itu, perbezaan bangunan wujud disebabkan juga oleh tahun

pembangunan yang berlainan. Akan tetapi, komponen fasiliti yang dibina adalah

sama seperti kotej, restoran, kafe dan sebagainya.

Pada bahagian selanjutnya akan dilakukan analisis dan penilaian terhadap

fasiliti penginapan yang ada dikawasan kajian, dimana kriteria penilaian yang dipilih

telahpun disesuaikan dengan teori dan prinsip-prinsip pembangunan yang

sebenarnya.

Page 160: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB VI

ANALISIS KEBERKESANAN

6.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan menganalisa data yang dikumpul dan dijelaskan

dengan metode penilaian matrik untuk mendapatkan penemuan kajian. Penekanan

yang diberikan dalam hasil analisis akan menjurus kepada keberkesanan pelaksanaan

prinsip dan piawaian pembangunan kemudahan penginapan di kawasan kajian.

Aspek-aspek yang akan dinilai dibahagikan kepada dua bahagian iaitu :

Perancangan Tapak

Perancangan Bangunan

Aspek-aspek yang dinilai akan dibandingkan dengan kriteria-kriteria penilai,

dimana kriteria-kriteria ini telah disesuaikan dengan prinsip dan piawaian

pembangunan dalam kawasan lindungan seperti yang telah dihuraikan dalam bab II.

Page 161: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1366.2 Latar Belakang Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan Fizikal

Pengurusan dan pelaksanaan pembangunan fizikal penginapan di kawasan

Taman Negara Pahang, Taman Negeri Pahang, dan Taman Negara Endau-Rompin

dilaksanakan oleh oleh Jabatan dan agensi yang berbeza, seperti pada Jadual 6.1.

Jadual 6.1. Latar Belakang Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan

Nombor Kawasan Kajian Pengurusan Pelaksana

Pembangunan

1 Taman Negara

Pahang

Penguasa Mutiara

Taman Negara Resort

dan Jabatan Perhilitan

JKR dan Agensi

swasta

2 Taman Negara

Endau-rompin

Penguasa Taman

Negara Johor (PTNJ)

Agensi swasta dan

PTNJ

3 Taman Negeri

Perlis

Jabatan Perhutanan

Negeri Perlis

JKR

Seperti yang telah dihuraikan pada bab IV, di mana pengurusan dan

pelaksanaan pembangunan di kawasan kajian diuruskan oleh jabatan dan agensi yang

berbeza. Hal ini mengakibatkan piawaian yang digunakan dalam pembangunan

kemudahan penginapan setiap kawasan akan berbeza-beza pula, sehingga produk

(bangunan) tidak lagi mengikuti dasar-dasar atau prinsip-prinsip pembangunan yang

telah ditetapkan.

Semestinya pengurusan dan pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan

dalam kawasan lindungan dilaksanakan oleh suatu agensi atau jabatan khas yang

didalamya terdapat pakar-pakar yang benar-benar mengerti dan faham bagaimana

semestinya pembangunan itu dilakukan.

Page 162: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1376.3 Pemilihan Kriteria

Penilaian dan pemilihan kriteria didasarkan pada prinsip dan piawaian

pembangunan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan terkait seperti Kementerian

Pelancongan Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhutanan, dan Jabatan

Perhilitan. Penilaian ini dibahagikan kepada 2 aspek iaitu :

Penilaian terhadap perancangan tapak

Kriteria-kriteria yang termasuk dalam penilaian ini meliputi :

1. Sensitif Terhadap Persekitaran

2. Konsep Pembangunan Kawasan

3. Landskap

Jadual 6.2. Kriteria-Kriteria Penilaian dalam Perancangan Tapak

No Kriteria Utama Elemen

1 Sensitif Terhadap

Persekitaran

i. Impak pembangunan terhadap

persekitaran

ii. Mengelakkan bangunan dari bahaya

persekitaran

2 Konsep

Pembangunan

Kawasan

i. Alam sebagai pola perencanaan

ii. Interaksi dengan alam

3 Landskap i. Kepadatan Bangunan

ii. Pengagihan dan fokus daya tarikan

iii. Jarak antara bangunan

Page 163: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

138Penilaian terhadap perancangan bangunan

Penilaian yang kedua dilakukan terhadap bangunan penginapan yang ada

di setiap kawasan kajian. Penilaian terhadap bangunan meliputi :

1. Konsep bangunan

2. Reka Bentuk dan Senibina Bangunan

3. Elemen Pembentuk Bangunan

4. Pemamfaatan Teknologi Pada Bangunan

5. Rekabentuk dan kemasan akhir bangunan

Jadual 6.3. Kriteria-Kriteria Penilaian pada Perancangan Bangunan

No Kriteria Utama Elemen

1 Konsep bangunan i. Konsep Eko-senibina

ii. Senibina Vernakular

iii. Bentuk senibina

iv. Senibina Organik

2 Reka Bentuk dan

Senibina Bangunan

i. Penggabungan dengan

lingkungan

ii. Bentuk atap/bumbung

iii. Penggunaan bahan binaan

3 Elemen Pembentuk

Bangunan

i. Model tingkap

ii. Pengudaraan

iii. Warna atap bangunan

4 Pemanfaatan

Teknologi Pada

Bangunan

i. Kitar semula tenaga

ii. Penjimatan penggunaan

tenaga dan penggunaan

teknologi secara sederhana

Page 164: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

139No Kriteria Utama Elemen

5 Rekabentuk dan

kemasan

pembangunan

i. Persepaduan warna dengan

lingkungan

ii. Rekabentuk kemasan akhir

bangunan

Dalam melakukan penilaian terhadap kriteria yang telah dipilih, maka tiap-

tiap kriteria yang dinilai akan diberikan markah yang bersesuaian. Dasar pemberian

markah ini juga berlandaskan kepada keadaan sebenarnya yang dibandingkan dengan

prinsip dan piawaian pembangunan dalam kawasan lindungan. Markah yang

diberikan bergantung kepada tingkat keberkesanan dari pembangunan yang telah

dilakukan seperti yang terdapat pada jadual 6.4. :

Jadual 6.4. Pemberian Markah Terhadap Kriteria Yang Dinilai

Bilangan Markah Huraian

Markah : 3 Diberikan pada kriteria yang telah

memenuhi piawaian (menunjukkan

keberkesanan)

Markah : 2 Menunjukkan pembangunan yang

dilakukan biasa sahaja (tahap

menengah)

Markah : 1 Menunjukan pembangunan tidak

memberi keberkesanan atau belum

memenuhi piawaiaan.

Page 165: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1406.4 Analisis Terhadap Perancangan Tapak Bangunan

6.4.1 Sensitif Terhadap Persekitaran

Dalam perencanaan tapak, elemen pertama harus diambilkira adalah sensitif

terhadap persekitaran. Maknanya, tapak bangunan mestilah terletak di lokasi yang

bebas dari pelbagai bahaya persekitaran seperti kemungkinan menghadapi banjir dan

tanah runtuh. Ada dua kriteria yang mesti diambilkira dalam hal ini :

Impak pembangunan terhadap persekitaran

Mengelakkan bangunan dari bahaya persekitaran

6.4.1.1 Impak Pembangunan Terhadap Persekitaran

Pembangunan yang dilakukan dalam kawasan taman negara harus dapat

mengurangkan impak negatif terhadap lingkungan persekitaranya. Salah satu cara

dalam mengurangkan impak negatif adalah melihat jumlah peratusan pokok yang

dibuang di kawasan yang akan dibangunkan. Semakin sedikit jumlah pokok yang

dibuang, maka semakin berkesanlah pembangunan yang dilakukan ditinjau dari

aspek penjagaan terhadap sumberjaya semuladi dan keaslian lingkungan

persekitaran. Jumlah pokok yang diperbolehkan untuk dibuang pada kawasan tapak

binaan mengikut piawaian pembangunan dalam kawasan lindungan adalah di antara

10%-15% sahaja (Fischer, 1991).

Page 166: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

141Didapati, pada kawasan Taman Negara Pahang lebih dari 61% jumlah

pokok telah dibuang untuk pembangunan kawasan Mutiara Taman Negara Resort,

manakala di Taman Negara Endau-Rompin jumlah pokok yang dibuang untuk

pembangunan kawasan penginapan di Kampung Peta, NERC dan Kuala Jasin

sebanyak 25%, sedangkan di Taman Negeri Perlis sebanyak 20%. Ini menunjukan

bahawa pembangunan yang dilakukan pada ketiga kawasan kajian belumlah

berkesan kerana jumlah pokok yang dibuang untuk pembangunan di kawasan telah

melebihi batas maksimum iaitu 15%.

Jadual 6.5 : Peratusan Jumlah Pokok Dibuang

Kawasan Peratusan Pokok yang dibuang

Markah

Taman Negara Pahang 61% 1

Taman Negara

Endau-Rompin

25% 1

Taman Negeri Perlis 20% 1

6.4.1.2 Mengelakkan Bangunan dari Bahaya Persekitaran

Ada dua piawai yang dapat digunakan untuk mengelakkan bangunan dari

bahaya persekitaran (Schwanke, 1997) iaitu :

Bangunan yang dibina tidak boleh pada tapak yang memiliki keceruman

lebih daripada 30º dengan keadaan tanah tidak stabil atau

berkemungkinan menghadapi tanah runtuh.

Page 167: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

142Bangunan tidak boleh dibina pada tapak yang berkemungkinan

menghadapi banjir.

Asas penilaian yang dilakukan pada kriteria ini adalah :

Berkesan : jika bangunan yang dibina pada tapak yang berbahaya hanya

berjumlah < 10%

Biasa sahaja : jika bangunan yang dibina antara 11%-20%.

Tidak berkesan : jika bangunan yang dibina >21%

Jadual : 6.6. Bilangan Bangunan yang Berkemungkinan Menghadapi

Bahaya Persekitaran

Kawasan Bilangan bangunan

Penginapan

Bilanganbangunan pada tapak bahaya

Peratusan Markah

Taman Negara Pahang 52 Unit 5 Unit 9.6 % 3

Taman Negara

Endau-Rompin

29 Unit 11 Unit 37.9 % 1

Taman Negeri Perlis 18 Unit 4 Unit 22.2 % 1

Dari jadual 6.6 dapat dilihat bahawa Taman Negara Pahang memiliki jumlah

peratusan bangunan yang paling sedikit dibangun di kawasan tapak yang berbahaya

iaitu kurang dari 10% (9.6%), maknanya pembangunan yang dilakukan telah

mengikut piawaian sekiranya ditinjau dari segi penghindaran bangunan dari

kemungkinan bahaya persekitaran. Manakala Taman Negara Endau-Rompin (37.9

%) dan Taman Negeri Perlis (22.2%) belum lagi mengikut piawaian pembangunan,

kerana peratusan bangunan yang dibina pada tapak berbahaya masih diatas 10% yang

merupakan batas minimum penilaian pembangunan yang berkesan.

Page 168: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1436.4.2 Konsep Pembangunan Tapak

Ada beberapa penilaian dalam penggunaan konsep yang digunapakai untuk

pembangunan tapak dikawasan kajian. Penilaian terhadap konsep ini meliputi

beberapa kriteria iaitu:

Alam dijadikan sebagai pola perancangan

Keseimbangn perancangan dengan alam persekitaran

Interaksi dengan alam

6.4.2.1 Alam Dijadikan Sebagai Pola Perancangan.

Prinsip dalam konsep pembangunan yang menjadikan alam sebagai pola

perancangan adalah :

Penyesuaian perencanaan pada lingkungan tempatan

Pemanfaatan tenaga matahari untuk keperluan bangunan

Penggunaan teknologi sederhana pada bangunan

Pemeliharaan pada sumberjaya yang ada

Untuk mewujudkan konsep pembangunan yang mana alam dijadikan sebagai

pola perancangan, sebuah kawasan mestilah mengamalkan keempat prinsip di atas

dalam perancangan kawasannya.

Page 169: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

144Didapati pada kawasan kajian keempat prinsip ini belumlah lagi

diamalkan secara keseluruhan. Ketiga kawasan kajian baru mengamalkan prinsip

nombor satu dan empat, hal ini dapat dibuktikan dengan adanya usaha dari pihak

pelaksana pembangunan untuk menggunakan bahan binaan yang mesra terhadap

lingkungan persekitaran (contoh kayu) dan pembuatan saliran air kumbahan disekitar

kawasan. Walaupun belum dilaksanakan sebagaimana mestinya, akan tetapi usaha

daripada pelaksana pembangunan bolehlah diambilkira sebagai bentuk pengamalan

daripada prinsip nombor satu dan empat. Manakala prinsip nombor tiga dan empat

memanglah belum diamalkan sama sekali. Bukti yang sangat nyata dapat dilihat pada

kawasan kajian, dimana belum satupun bangunan yang menggunakan tenaga

matahari untuk keperluan bangunan contoh pengolahan tenaga matahari untuk

bekalan elektrik . Untuk lebih jelasnya sila lihat Jadual 6.7.

Jadual 6.7. Pengamalan Keempat Prinsip yang Menjadikan Alam

Sebagai Pola Perancangan

Prinsip Pembangunan

Pengamalandikawasan

Penyesuaian perancangan

padalingkungantempatan

Pemamfaatan tenaga

matahari untuk

keperluanbangunan

Pengunaanteknologisederhana

padabangunan

Pemeliharaan sumberjaya

yang ada

Markah

Taman Negara

Pahang

X - - X 2

Taman Negara

Endau-Rompin

X - - X 2

Taman Negeri

Perlis

X - - X 2

Note ( x ) telah diamalkan

( - ) belum diamalkan

Page 170: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

145Dari jadual 6.7 juga dapat disimpulkan, pembangunan yang selama ini

dilakukan di kawasan Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin dan

Taman Negeri Perlis boleh dipastikan masih belum berkesan tetapi masih dalam taraf

biasa sahaja.

6.4.2.2 Interaksi Dengan Alam Persekitaran

Interaksi dan pendekatan bangunan dengan alam secara fizikal lebih penting

dibandingkan secara visual, dan hal ini mustahil didapati pada bangunan yang tinggi,

hanya didapati pada bangunan yang rendah atau satu tingkat (Ceballos - Lascurain,

1996). Pembatasan tinggi bangunan pada kawasan yang dilindungi sebaiknya tidak

lebih daripada 2 tingkat (8 meter) atau tidak melebihi tinggi pokok ( NEP 1996) dan

sebaiknya bangunan yang dibina memiliki ketinggian 3-5 meter.

Jadual 6.8. Bilangan Bangunan Penginapan Mengikut Ketinggian

Kawasan Bilangan bangunan

penginapan

Bilanganbangunan

penginapansatu lantai

Bilanganpenginapan

2 lantai

Peratusan Markah

Taman Negara Pahang

52 Unit 52 Unit 1 unit 100 % 3

Taman Negara Endau-rompin

29 Unit 2 Unit 2 unit 96.9 % 3

Taman Negari Perlis

18 Unit 18 Unit - 100 % 3

Dari hasil kajian pengkaji, didapati bahawa bangunan yang dibina pada

kawasan kajian telah memenuhi piawaian jika ditinjau dari segi interaksi bangunan

Page 171: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

146dengan alam persekitarannya. Ini boleh dilihat dari peratus bangunan yang

memiliki ketinggian tidak lebih dari had yang telah ditentukan. Taman Negara

Pahang memiliki 52 unit bangunan yang memiliki ketinggian 1 lantai atau peratusan

dari jumlah keseluruhan bangunan. Sedangkan di Taman Negara Endau–Rompin

96.9 % daripada bangunan dengan ketinggian tidak melebihi 5 meter. Taman Negeri

Perlis pula, keseluruhan bangunan penginapannya memiliki ketinggian 3-5 meter.

6.4.3 Landskap

6.4.3.1 Kepadatan Bangunan

Kepadatan bangunan pada suatu kawasan dapat dihitung dengan membahagi

keseluruhan bilangan bangunan dengan kawasan yang diperuntukkan untuk

bangunan. Mengikut apa yang telah digariskan oleh NEP (1996) dan Edward Inkeep

(1991), maka piawaian untuk kepadatan bangunan dalam kawasan lindungan adalah

antara 5-10 unit perhektar (tingkat kepadatan rendah).

Jadual 6.9. Kepadatan Bangunan Perhektar

Kawasan Jumlah Unit Bangunan

LuasKawasan

KepadatanBangunanperhektar Markah

Taman Negara

Pahang 52 Unit

15 hektar

(15.000m²)

4-5 unit

perhektar 3

Taman Negara

Endau-rompin 29 Unit

12.5 Hektar

(12.500m²)

2-3 unit

perhektar 3

Taman Negeri

Perlis 18 Unit

5.5 Hektar

(5.500m²)

3-4 unit

perhektar 3

Page 172: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

147Dari jadual 6.9. dapat dilihat, bahawa kepadatan bangunan dikawasan

kajian telah memenuhi piawaiaan. Taman Negara Pahang memiliki kepadatan yang

tertingggi (4-5 unit perhektar) akan tetapi kepadatan ini belum melebihi had

maksimum (5-10 unit perhektar) daripada piawaian kepadatan bangunan dikawasan

lindungan.

6.4.3.2 Pengagihan dan Daya Tarikan

Untuk mempermudahkan penyebaran dan tataletak bangunan, semestinya

bangunan dipisahkan ke dalam tiga kawasan iaitu:

kawasan pertama untuk awam

kawasan kedua untuk penginapan perseorangan/keluarga

kawasan ketiga untuk penginapan secara kumpulan

Dengan adanya pembahagian kawasan yang diperuntukan untuk bangunan

awam, bangunan penginapan perseorangan dan penginapan berkumpulan maka akan

memudahkan proses pengagihan bangunan serta perancangannya. Hal ini juga

bertujuan untuk menghindari terciptanya ruang-ruang yang tidak perlu pada

kawasan, sehingga kawasan yang diperuntukan untuk tapak bangunan dapat

dipergunakan semaksimanya.

Page 173: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

148Jadual 6.10. Pengamalan Prinsip Pengagihan dan Daya Tarikan

Kawasan Kawasan awam

Kawasan Penginapan

perseorangan

Kawasan penginapankumpulan

Markah

Taman Negara X X X 3

Taman Negara Endau-rompin

X X X 3

Taman Negari Perlis

X X X 3

Dari jadual 6.10 disimpulkan, bahawa ketiga-tiga prinsip ini telahpun

diterapkan dan diamalkan pada kawasan kajian iaitu dengan adanya pembahagian

kawasan untuk bangunan mengikut fungsinya seperti kawasan untuk bangunan yang

diperuntukan bagi pengunjung kompleks, penginapan perseorangan/keluarga dan

penginapan secara kumpulan.

6.4.3.3 Jarak antara Bangunan

Jarak antara bangunan dikira daripada bahagian paling luar bangunan dengan

bangunan yang lain. Piawaian yang digunakan dalam jarak antara bangunan adalah

minimum 10 meter dan maksimum 30-50 meter (Edward Inkeep 1991). Pengaturan

jarak bangunan diperlukan dalam perancangan tapak, hal ini behubungan dengan

memberikan ruang untuk pengaliran udara serta pengcahayaan pada bangunan.

Page 174: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

149

Gambar 6.1. Cara Menggira Jarak Antara Bangunan

Sumber : Inkeep, 1991

Di Taman Negara Pahang didapati hanya 41% bangunan yang memiliki jarak

10 meter atau yang memenuhi piawaian. Manakala di Taman Negara Endau

Rompin hanya 19% sahaja bangunan yang memiliki jarak 10 meter. Sedangkan

pada kawasan Taman Negeri Perlis hanya 42% sahaja yang memenuhi piawaian

untuk jarak antara bangunan. Maknanya, pembangunan yang selama ini dilakukan

masih belum mengamalkan piawaian yang telah ditetapkan secara maksima.

6.5 Analisis Terhadap Perancangan Bangunan

6.5.1 Konsep Bangunan

Dalam penilaian terhadap kriteria konsep bangunan, ianya melibatkan 4

konsep bangunan yang dipakai dalam kawasan lindungan iaitu :

Konsep Eko-senibina

Page 175: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

150Konsep Senibina Vernakular

Senibina Organik

Bentuk Senibina

6.5.1.1 Konsep Eko-senibina

Konsep eko-senibina merupakan senibina yang memadukan antara

keselarasan bangunan dengan kepentingan pengguna. Dalam konsep ini ada 3 asas

utama yang mesti diamalkan iaitu:

Biologi (bangunan yang memperhatikan kesihatan penggunanya)

Matahari (Pemamfaatan tenaga matahari untuk keperluan bangunan)

Bionik (penggunaan bahan binaan bangunan yang tidak menggangu

kesihatan penggunanya) contoh menghindari penggunaan bahan binaan

yang tidak mengandungi zat-zat kimia seperti penggunaan cat yang

menagandungi zat asernic.

Pemberian markah pada kriteria ini didasari oleh pengamalan 3 asas dalam

eko-senibina pada pembangunan di kawasan kajian, dimana markah 3 diberikan

apabila ketiga asas ini telah diamalkan dan markah 2 diberikan jika di kawasan

kajian hanya mengamalkan dua dari tiga asas ini, sedangkan markah 1 diberikan jika

hanya mengamalkan satu dari tiga asas ini (lihat Jadual 6.11)

Page 176: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

151Jadual 6.11. Pengamalan Asas Konsep Eko-senibina

Note ( x ) telah diamalkan

( - ) belum diamalkan

Dari jadual 6.11 dapat dilihat bahawa ketiga-tiga asas ini belum lagi

diamalkan sepenuhnya. Taman Negara Pahang baru mengamalkan asas yang ketiga,

manakala asas yang pertama dan kedua belum lagi mereka amalkan dalam

pembangunan kemudahan penginapan. Hal yang sama juga ditemui di Taman Negara

Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis yang baru mengamalkan asas penggunaan

bahan binaan yang tidak mengganggu kesihatan penggunanya. Ini juga menandakan

pembangunan yang dilakukan selama ini tidaklah berkesan jika ditinjau dari konsep

eko-senibina.

6.5.1.2 Senibina Vernakular

Penggunaan rekabentuk dan peniruan cara-cara masyarakat tempatan dalam

membina bangunan di kawasan lindungan adalah salah satu cara yang boleh

digunakan untuk mewujudkan bangunan yang bersepadu dengan lingkungan

persekitaran. Konsep bangunan vernakular sangat sesuai digunakan dalam

Asas konsep eko-senibina

Amalan di kawasan Kajian

Biologi Matahari Bionik Markah

Taman Negara Pahang

- - X 1

Taman Negara Endau-Rompin

- - X 1

Taman NegeriPerlis

- - X 1

Page 177: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

152perancangan bangunan dikawasan lindungan. Penilaian yang dilakukan pada

kriteria merujuk kepada apa yang dihuraikan oleh Martin (1998) dan Stewart (2001)

dimana :

Berkesan :lebih dari 90% bangunan mengunakan konsep vernakular

Tahap menengah : jika hanya 60%-90%.

Tidak berkesan : jika kurang dari > 60%

Jadual 6.12. Peratusan Bangunan yang Berkonsep Senibina Vernakular

Pada jadual 6.12, Taman Negeri Perlis mencatat angka peratusan tertinggi

sebanyak 77.7% (tahap menengah) yang mana pembangunan di sini lebih baik

dibandingkan dengan Taman Negara Pahang iaitu sebanyak 67.3% (tahap

menengah) dan Taman Negara Endau-Rompin 41.3% (tidak berkesan) akan tetapi,

secara amnya pembangunan di ketiga-tiga kawasan kajian belum lagi mencapai

keberkesanan ditinjau dari pengamalan konsep senibina vernakular pada kawasan.

Kawasan Jumlah Unit

Bangunan

Jumlah

bangunan

berkonsepkan

vernakular

Peratusan Markah

Taman Negara

Pahang

52 Unit 35 Unit 67.3 % 2

Taman Negara

Endau-Rompin

29 Unit 12 Unit 41.3% 1

Taman Negeri

Perlis

18 Unit 14 Unit 77.7 % 2

Page 178: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

153

6.5.1.3 Senibina Organik

Prinsip asas daripada konsep ini adalah keseimbangan bangunan dengan

persekitaran. Ciri daripada senibina organik :

Komposisi dan nisbah bangunan yang lebih mendatar

Bahan binaan daripada kayu

Bumbung yang luas

Tidak banyak dinding pembatas dalam ruangan

Jadual 6.13. Pengamalan Konsep Senibina Organik pada Bangunan

Ciri dari senibina organik

Amalan

dikawasan

Kajian

Komposisi dan nisbah

bangunanyang lebih mendatar

bumbung yang luas

Bahanbinaan

daripadakayu

TidakBanyakDinding

Pembatas Ruangan

Markah

Taman Negara Pahang

- - X X 2

Taman NegaraEndau-Rompin

- - - X 1

Taman NegariPerlis

- - X X 2

Note ( x ) telah diamalkan dan ( - ) belum diamalkan

Seperti halnya dengan konsep eko-senibina, konsep senibina organik belum

lagi diamalkan sepenuhnya pada kawasan kajian. Hal ini boleh dilihat dari Jadual

6.13 di mana bangunan yang ada pada Taman Negara Pahang dan Taman Negeri

Perlis hanya memiliki ciri bahan binaan daripada kayu dan tidak banyak dinding

pembatas pada ruangan, sedangkan ciri yang tidak dimiliki adalah bentuk bumbung

yang luas serta komposisi bangunan yang mendatar. Ini juga menandakan bahawa

Page 179: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

154pembangunan yang dilakukan masih belum berkesan akan tetapi boleh di

kategorikan pada tahap menengah.

Lain pula dengan Taman Negara Endau-Rompin yang hanya memiliki satu

ciri sahaja, manakala tiga ciri lain dari konsep senibina organik tidaklah mereka

miliki. Ini dapat dinyatakan bahawa pembangunan di Taman Negara ini tidak

berkesan sama sekali.

6.5.1.4 Bentuk Senibina

Bangunan dalam kawasan lindungan hendaklah memiliki 4 unsur iaitu :

Unsur keamanan (perlindungan pengunjung dari gangguan haiwan liar

dan bencana alam persekitaran seperti tanah runtuh)

Unsur keselesaan ruangan (tanpa penggunaan penghawa dingin dan

kipas)

Unsur kesederhanaan (rekabentuk bangunan meniru pada rekabentuk

rumah masyarakat tempatan)

Unsur kewujudannya yang disesuai dengan lingkungan

Penilaian pada kriteria ini diasaskan pada pengamalan keempat unsur di

atas pada keseluruhan bangunan di kawasan kajian. Jika telah mengamalkan

keseluruhan unsur ini maka markah yang diberikan adalah 3, kalaulah hanya

mengamalkan 3 ataupun 2 dari empat unsur ini maka markah yang diberikan 2,

manakala hanya mengamalkan 1 sahaja maka markah yang diberikan adalah 1.

Page 180: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

155Jadual 6.14. Pengamalan 4 Unsur Dalam Bentuk Senibina Bangunan

Nota ( x ) telah diamalkan

( - ) belum diamalkan

Dari Jadual 6.14 didapati bahawa Taman Negara Pahang dan Taman Negara

Endau-Rompin paling sedikit dalam penerapan konsep bentuk senibina pada

bangunannya. Mereka (bangunan) hanya memiliki unsur keamanan sahaja manakala,

unsur keselesaan ruangan, unsur kesederhanaan, dan kewujudan yang sesuai dengan

lingkungannya belum lagi sepenuhnya diamalkan.

Taman Negeri Perlis telah memiliki dua dari empat unsur yang ada di dalam

konsep bentuk senibina iaitu unsur keamanan dan kesederhanaan sedangkan unsur

keselesaan dan kewujudan yang sesuai dengan lingkungannya masih belum dicapai.

Mengikut penilaian pada kriteria ini, pembangunan di kawasan Taman Negara

Pahang dan Taman Negara Endau-Rompin dalam taraf tidak berkesan, manakala

pembangunan di Taman Negeri Perlis masih dalam taraf menengah jika ditinjau dari

segi bentuk senibina bangunan.

4 unsur penting dalam bentuk senibina Kawasan Unsur

keamanan Unsurkeselesaan ruangan

Unsurkesederhanaan

Kewujudanyang

disesuaidengan

lingkungan

Markah

Taman NegaraPahang

X - - - 1

Taman Negara Endau-rompin

X - - - 1

Taman Negari Perlis

X - X 2

Page 181: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1566.5.2 Reka Bentuk bangunan

Adapun yang dinilai dari ketegori rekabentuk bangunan adalah :

Penggabungan bangunan dengan lingkungan

Bentuk atap

Penggunaan bahan binaan

6.5.2.1 Penggabungan Bangunan Dengan Lingkungan

Penggabungan bangunan dengan lingkungan dapat dicapai dengan

menerapkan dua prinsip dasar iaitu :

Merekabentuk bangunan yang memiliki ciri-ciri yang sesuai (rumah

tempatan/tradisional)

Memiliki keseimbangan dengan lingkungannya (memiliki imej tersendiri)

Penilaian pada kriteria ini juga didasari pada pengamalan kedua prinsip diatas

pada kawasan kajian. Jika telah mengamalkan kedua prinsip berkenaan, maka

markah yang diberikan adalah 3. Manakala hanya mengamalkan satu sahaja markah

yang diberikan adalah 2, sedangkan markah 1 diberikan jika belum mengamalkan

sama sekali.

Prinsip pertama (ciri-ciri yang sesuai) sudah boleh dilihat di Taman Negara

Pahang, Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis. Pada kawasan ini

ada sebahagian bangunan yang dibina mengikut konsep senibina rumah tradisional

Melayu. Sedangkan untuk prinsip yang kedua belumlah ada terlihat pada rekabentuk

Page 182: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

157bangunan baik itu di Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin

mahupun Taman Negeri Perlis, kerana secara keseluruhan bentuk bangunan yang ada

pada kawasan kajian tidak dapat menampilkan ciri khas tersendiri pada bangunan

yang mereka bina (lihat Jadual 6.15).

Jadual 6.15 Pengamalan Prinsip Rekabentuk Bangunan

Nota ( x ) telah diamalkan

( - ) belum diamalkan

6.5.2.2 Bentuk Atap

Sebenarnya rekabentuk atap mahupun rekabentuk bangunan tergantung

daripada selera dan keinginan arkitek (perancang) akan tetapi ada baiknya

rekabentuk atap bangunan pada kawasan lindungan memiliki kecondongan > 30

darjah. Hal ini didasari pada pertimbangan untuk menghindari berkumpulnya daun

dan ranting pokok diatas bumbung yang mana nantinya akan merosakan atap

bangunan. Bandingkan dengan rekabentuk atap yang memiliki kecondongan <30

darjah, tentu peluang daun dan ranting pokok berkumpul diatas bumbung akan lebih

Prinsip Rekabentuk Bangunan

Amalan di kawasan Kajian

Memiliki ciri-ciri

yang sesuai

memiliki imej

tersendiri

Markah

Taman Negara Pahang

X - 2

Taman Negara Endau-Rompin

X - 2

Taman NegeriPerlis

X - 2

Page 183: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

158besar dan mempercepat kerosakan pada atap bangunan dan menyebabkan kos

penyelenggaraan bangunan menjadi tinggi.

Merujuk pada huraian diatas, penilaian pada kriteria ini didasari pada

bilangan bangunan yang memiliki kecondongan >30 darjah. Jika dikawasan kajian

lebih dari 90% bangunan penginapan memiliki kecondongan atap >30 darjah, maka

markah yang diberikan adalah 3. Manakala markah 2 diberikan pada kawasan yang

60%-90% bangunannya memiliki kecondongan atap >30 darjah, sedangkan markah 1

diberikan pada kawasan yang hanya memiliki > 60% bangunan dengan kecondongan

atap >30 darjah (lihat Jadual 6.16).

Jadual 6.16. Peratusan Bangunan Dengan Kecondongan Atap >30 º

Dari jadual 6.16 dapat disimpulkan bahawa pembangunan di ketiga kawasan

telah berkesan apabila ditinjau dari segi kriteria bentuk atap bangunan.

PeratusanBangunan yang

memilikikecondongan atap

>30 º

PeratusanBangunan yang

memilikikecondongan atap

<30 º

Kawasan BilanganBangunanPenginapan

Markah

Taman NegaraPahang

52 unit 100 % - 3

Taman Negara Endau-rompin

29 unit 100 % - 3

Taman Negari Perlis

18 unit 100 % - 3

Page 184: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1596.5.2.3.Penggunaan Bahan Binaan

Keberkesanan pembangunan di kawasan lindungan juga boleh dinilai

daripada penggunaan dan pemanfaatan daripada bahan binaan tempatan untuk

perancangan bangunannya. Di anggarkan bahan binaan yang berasal daripada

kawasan tersebut lebih memiliki kepekaan selaras dengan lingkungannya.

Pemanfaatan bahan binaan tempatan sangat baik dalam perancangan di kawasan

lindungan, kerana akan dapat mengurangkan kos pembangunan. Ada beberapa bahan

binaan semulajadi yang banyak terdapat di sekitar kawasan kajian dan boleh

dimanfaatkan untuk pembinaan bangunan seperti buluh dan pokok palma. Disamping

dapat mengurangkan kos pembangunan dan mudah dalam pengolahan, ianya juga

tidak ada permasalahan dari segi perundangan.

Tetapi perlu juga dipertimbangkan penyedian bahan binaan di kawasan

lindungan tentu ada hadnya. Maka daripada itu, dalam pembangunan di kawasan

lindungan tidaklah memungkinkan hanya menggunakan bahan bianaan tempatan

tanpa mendatangkan tambahan dari luar kawasan. Tetapi perlu juga diingat,

tambahan bahan binaan yang didatangkan dari luar kawasan hendaklah bahan binaan

yang sesuai dengan keadaan lingkungan di kawasan seperti kayu, batu bata bakar dan

papan (bahan asli Malaysia) dan hindari penggunaan bahan binaan import seperti

simen, baja dan besi.

Penilaian pada kriteria dilakukan dengan cara :

Markah 3 diberikan jika pada kawasan telah mengunakan perpaduan

bahan bahan binaan tempatan dan bahan binaan asli Malaysia.

Page 185: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

160Markah 2 diberikan pada kawasan yang mengunakan kombinasi

bahan binaan asli Malaysia dan bahan binaan import.

Markah 1 diberikan pada kawasan yang hanya mengunakan bahan

binaan import.

Jadual 6.17. Pemanfaatan Bahan Binaan Tempatan Pada Bangunan

Nota ( ) Ada pada bangunan

( - ) Tidak ada pada bangunan

Didapati pada Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Pahang dan

Taman Negeri Perlis mengunakan kombinasi bahan binaan asli Malaysia dan bahan

binaan import. Jadi pembangunan yang dilakukan selama ini masih dalam taraf biasa

sahaja ditinjau dari kriteria penggunaan bahan binaan.

Pengunaan Bahan Binaan

Amalan di kawasan Kajian

BahanBinaan

Tempatan(pokok

palma dan bambu)

BahanBinaan

Dari Luar Kawasan

(asliMalaysia)

Bahan Binaan Dari Luar Kawasan (BahanImport)

Markah

Taman Negara Pahang

- 2

Taman Negara Endau-Rompin

- 2

Taman NegeriPerlis

- 2

Page 186: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1616.5.3 Elemen Bangunan

6.5.3.1 Pengudaraan

Pengudaraan semulajadi (pengudaraan silang) pada bangunan sangat baik

digunakan di kawasan lindungan dibandingkan penggunaan kipas dan penghawa

dingin. Pengudaraan semulajadi sangat baik untuk pengaliran dan pengudaraan

ruangan, disamping itu pengudaraan semulajadi juga tidak mengganggu terhadap

kesihatan manusia dan boleh menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Jadual 6.18 Peratusan Bangunan yang Menggunakan Pengudaraan

Semulajadi dan Pengaliran Udara Dalam Ruangan

Belum ada satupun dari bangunan pada Taman Negara Pahang, Taman

Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis yang memanfaatkan penggunaan

Kawasan

Jumlah Bangunan

bangunan yang menggunakan pengudaraansemulajadi

(tidak menggunakan

penghawadingin dan

kipas)

Jumlah bangunan

yangmenggunakan

penghawadingin dan

kipas)

Bangunanyang

menggunakan pengudaraansemulajadi

(%)

Markah

Taman Negara Pahang

52 Unit - 52 Unit 0 % 1

Taman Negara Endau-Rompin

29 Unit - 29 Unit 0 % 1

Taman Negeri Perlis

18 Unit - 18 Unit 0 % 1

Page 187: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

162pengudaraan semulajadi untuk keselesaan, pengudaraan dan pengaliran udara

dalam ruangan. Ini dapat dilihat dalam Jadual 6.18 di atas, dimana peratusan

bangunan yang menggunakan pengudaraan semulajadi untuk pengaliran dan

keselesaan ruangan adalah kosong untuk ketiga-tiga kawasan ini. Hal ini juga

menggambarkan bahawa perancangan bangunan yang ditinjau dari segi penggunaan

pengudaraan semulajadi dan pengaliran udara pada bangunan boleh dikatakan tidak

berkesan.

6.5.3.2 Warna Atap Bangunan

Penampilan warna-warna unsur alam seperti warna pokok, daun, dan

sebagainya sangat baik untuk bangunan yang berada di kawasan lindungan. Warna

yang sangat sesuai untuk bangunan yang berada di kawasan lindungan adalah warna

hijau dan coklat kerana warna ini lebih menunjukkan ciri persekitaran dan lebih

sesuai dengan lingkungannya. Begitu juga halnya dengan warna pada bahagian atap

bangunan.

Pemilihan warna atap pada bangunan di kawasan Taman Negara Pahang,

Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis telah mengikuti piawaian

yang telah ditetapkan. Warna pada atap bangunan menggunakan warna alam iaitu

hijau dan coklat tua, sehingga kelihatan sangat serasi dengan persekitarannya. Di

Taman Negara Pahang, warna yang dipilih adalah warna hijau kemerah-merahan,

manakala Taman Negara Endau-Rompin menggunakan warna coklat tua pada

sebahagian atap bangunannya yang boleh dilihat dikompleks penginapan Kuala

Jasin, sedangkan di Taman Negeri Perlis warna atap bangunannya sama seperti yang

ada di Taman Negara Pahang (lihat Jadual 6.19).

Page 188: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

163Jadual 6.19 Penggunaan Warna Alam pada Atap Bangunan

6.5.4 Pemanfaatan Teknologi Pada Bangunan

Ada dua kriteria yang akan dinilai pada pemanfaatan teknologi pada

bangunan iaitu :

Kitar semula tenaga

Penjimatan tenaga dan pengunaan teknologi sederhana

6.5.4.1 Kitar Semula Tenaga

Pemanfaatan dan penggunaan tenaga matahari dan pengolahan kembali air

hujan untuk keperluan bangunan merupakan salah satu piawaian di dalam membina

bangunan di kawasan lindungan. Tenaga matahari dapat diolah menjadi bekalan

Kawasan

Jumlah Bangunan

Jumlah Bangunan yang menggunakan

warna atap selain warna

hijau dan coklat tua

Jumlah Bangunan

yangmenggunakan

warna atap hijau dan coklat tua

Bangunanyang

menggunakan warna alam

(%)

Markah

Taman Negara Pahang

52 Unit - 52 unit 100 % 3

Taman Negara Endau-Rompin

29 Unit - 29 unit 100 % 3

Taman Negeri Perlis

18 Unit - 18 unit 100 % 3

Page 189: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

164elektrik manakala air hujan dapat diolah kembali untuk keperluan pelancong

demi menghindari penggunaan sumberjaya semulajadi secara berlebihan.

Melihat daripada keadaan kawasan yang beriklim tropika, dimana perubahan

musim dua kali iaitu musim panas dan musim hujan, penerapan kedua prinsip ini

tidaklah memungkinkan jika ianya tidak dikombinasikan dengan penggunaan mesin

genset untuk cadangan bekalan elektrik dan pemanfaatan sumberjaya air disekitar

kawasan untuk cadangan bekalan air.

Pada musim panas bekalan elekrik diperolehi dari pengubahan tenaga

matahari menjadi tenaga elektrik, akan tetapi pada musim hujan cara ini akan sulit

untuk diterapkan kerana sinar matahari tidak mencukupi, barulah menggunakan

cadangan elektrik dari mesin genset. Untuk bekalan air, pada musim hujan dapat

menggunakan air hujan untuk keperluan bangunan manakala pada musim panas

menggunakan bekalan air dari alam sekitar. Cara ini boleh menjimatkan pemakaian

dan perawatan akan sumberjaya semulajadi yang sediaada di kawasan.

Pemberian markah didasari pada :

Markah 3 diberikan pada kawasan yang telah mengamalkan

kombinasi antara pemanfaatan tenaga matahari dan penggunaan mesin

genset untuk bekalan elektrik serta pengolahan air hujan dan

pemanfaatan sumberjaya air di dalam kawasan untuk bekalan air

Markah 2 diberikan pada kawasan yang telah ada usaha untuk

memanfaatkan tenaga matahari dan air hujan untuk keperluan

bangunannya seperti pembuatan tangki penampungan air hujan .

Page 190: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

165Markah 1 diberikan pada kawasan yang hanya mengunakan mesin

genset untuk bekalan elektrik serta memanfaatkan sumberjaya air

yang sediaada di dalam kawasan.

Kombinasi antara pemanfaatan tenaga matahari dan penggunaan mesin

genset serta kombinasi pengolahan air hujan dan pemanfaatan sumberjaya air

belumlah diamalkan pada Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin dan

Taman Negeri Perlis. Bangunan di ketiga-tiga kawasan ini masih menggunakan

bekalan elektrik dari mesin genset manakala untuk bekalan air didapati daripada

sumber air dari kawasan sekitar. Pada kawasan juga ditemui tidak adanya usaha

untuk memanfaatkan sumberjaya matahari dan air hujan untuk keperluan bangunan

seperti pembuatan tangki penampungan air hujan untuk cadangan bekalan air.

Dengan demikian pembangunan yang dilakukan selama ini masih belum berkesan

(lihat Jadual 6.20).

Jadual 6.20. Penilaian pada Kriteria Kitar Semula Tenaga

Note ( ) Ada pada kawasan.

( - ) Tidak ada pada kawasan

Kawasan

Kombinasi dalam

penyedianbekalan elekrik

dan air

Telah ada usaha untuk

memanfaatkan tenaga matahari

dan air hujan

Menggunakanmesin genset dan

mengambil bekalan air dari semberjaya di dalam kawasan

Markah

Taman Negara Pahang

- - 1

Taman Negara Endau-Rompin

- - 1

Taman Negeri Perlis - - 1

Page 191: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1666.5.4.2 Penjimatan Tenaga dan Pengunaan Teknologi Sederhana

Prinsip dasar yang dipakai dalam kriteria ini adalah :

Penggunaan lampu pijar berkuasa rendah pada bangunan

Menghindari pengunaan penghawa dingin dan kipas angin pada bangunan

Sensor mematikan lampu secara otomatik

Dengan mengamalkan ketiga prinsip ini, maka akan dapat menjimatkan

penggunaan tenaga elektrik dan kos operasi akan menjadi rendah. Sebagai contoh

pemasangan sensor mematikan lampu secara otomatik dimana lampu dalam ruangan

akan terpadan secara otomatik jika ruangan dalam keadaan kosong walaupun

pelancong lupa mematikan lampu ketika meninggalkan ruangan. Bandingkan jika

tidak menggunakan alat ini, dimana pelancong lupa untuk mematikan lampu ketika

keluar dari ruangan tentulah lampu akan tetap menyala dan ini merupakan

pembaziran terhadap penggunaan tenaga. Bayangkan jika menggunakan bekalan

elektrik dari penjana berenjin diesel, tentulah kos operasi akan menjadi tinggi kerana

penyediaan minyak diesel semakin bertambah.

Didapati pada kawasan kajian, prinsip seperti ini belum lagi diamalkan

pada bangunan (lihat Jadual 6.21), dimana semua kawasan baru mengamalkan

prinsip yang pertama iaitu penggunaan lampu pijar berkuasa rendah untuk

pencahayaan di dalam ruangan, manakala prinsip tidak menggunakan penghawa

dingin dan penggunaan sensor mematikan lampu secara otomatik belum lagi

diterapkan.

Penggunaan ketiga-tiga prinsip ini dapat meminimakan penggunaan tenaga,

dimana penjimatan tenaga merupakan salah satu hal yang sangat mustahak dalam

pembangunan di kawasan lindungan. Ini juga menunjukkan bahawa pembangunan di

Page 192: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

167ketiga-tiga kawasan adalah kurang berkesan sekiranya ditinjau dari kriteria

penjimatan penggunaan tenaga pada bangunan

Jadual 6.21. Pengamalan Prinsip-prinsip Penjimatan Tenaga dan

Penggunaan Teknologi Sederhana pada Bangunan

Nota ( x ) telah diamalkan

( - ) belum diamalkan

6.5.5 Rekabentuk dan Kemasan Bangunan

Penilaian pada Rekabentuk dan kemasan bangunan dibahagikan pada dua

elemen kriteria iaitu :

Persepaduan warna bangunan dengan persekitaran

Kemasan akhir bangunan

Prinsip-prinsip penjimatan tenaga dan pengunaan

teknogi sederhana pada bangunanPrinsip-prinsip penjimatan tenaga

dan pengunaan teknogi sederhana

pada bangunan

Penggunaanlampu pijar berkuasa rendah pada bangunan

Menghindaripenggunaanpenghawadingin dan kipas angin

pada bangunan

Sensormematikan

lampu secara

otomatik

Markah

Taman Negara Pahang

X - - 1

Taman Negara Endau-Rompin

X - - 1

Taman Negeri Perlis

X - - 1

Page 193: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1686.5.5.1 Persepaduan Warna Bangunan Dengan Persekitarannya

Penilaian ini meliputi keseluruhan warna bangunan mulai daripada atap,

dinding, bingkai tingkap dan elemen lain. Sedangkan warna yang memberi kesan

persepaduan dengan persekitaran adalah warna hijau dan coklat.

Dilihat dari warna yang digunakan pada bangunan penginapan di Taman

Negeri Perlis menunjukkan perpaduan warna yang baik antara bangunan dengan

lingkungannya, mulai dari warna atap bangunan, dinding, serta elemen lain. Ini juga

berlaku di Taman Negara Pahang.

Manakala di Taman Negara Endau-Rompin, penggunaan warna pada

sebahagian bangunan kelihatan kurang memuaskan kerana elemen bangunan yang

menggunakan warna selain warna hijau dan coklat seperti yang dapat di lihat pada

bangunan kotej keluarga dan kotej V.I.P. (lihat Gambar 6.2)

Dari huraian diatas serta tinjauan lapangan yang dilakukan pengkaji, maka

markah yang deberikan untuk kriteria persepaduan warna bangunan dengan

persekitarannya adalah :

Taman Negara Pahang dan Taman Negeri Perlis adalah 3 markah

Taman Negara Endau-Rompin memperolehi 2 markah.

Page 194: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

169

Gambar 6.2 : Pemilihan Warna Bangunan

(1)Taman Negeri Perlis dan (2) Taman Negara Pahang telah berkesan.

(3) Taman Negara Endau-Rompin tahap menengah.

Sumber :Kajian Lapangan, 2004

6.5.5.2 Rekabentuk dan Kemasan Akhir Bangunan

Dilihat dari segi rekabentuk dan kemasan pada bangunan penginapan yang

ada di Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin mahupun di kawasan

Taman Negeri Perlis, masih belum lagi menunjukkan ciri tersendiri dari bangunan

yang sememangnya diperuntukkan khas untuk kawasan lindungan. Ini mungkin

disebabkan rekabentuk penginapan yang ada pada ketiga-tiga kawasan ini masih

boleh kita jumpai di daerah-daerah yang bukan berada di dalam kawasan lindungan

Semestinya fasiliti penginapan yang berada pada kawasan Taman Negeri

Perlis, Taman Negara Pahang, dan Taman Negara Endau-Rompin harus mempunyai

ciri khas dan imej tersendiri, di mana pelawat yang datang mempunyai kesan serta

persepsi tersendiri terhadap bangunan. Maka daripada itu pengkaji memberikan 2

markah pada ketiga-tiga kawasan tersebut

3. Taman NegaraEndau-Rompin

2.Taman Negara Pahang

1. Taman Negeri Perlis

Page 195: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1706.6 Penilaian Secara Keseluruhan

Seperti yang telah dihuraikan pada bab III, dimana markah yang telah

diberikan pada setiap kriteria penilai akan dihuraikan dan dijumlahkan secara

keseluruhan. Penghuraian dan penjumlahan markah secara keseluruhan dimaksudkan

untuk mencari dan menyimpulkan, pembangunan di kawasan mana yang paling baik

diantara tiga kawasan kajian ini. Alternatif terpilih nantinya akan dihuraikan lagi,

untuk membuktikan adakah pembangunan ini merupakan pembangunan yang telah

mengamalkan prinsip dan piawaian sebenarnya ataupun sebaliknya.

6.6.1. Penilaian Terhadap Perancangan Tapak dan Perancangan Bangunan.

Dari enam kriteria penilaian untuk perancangan tapak, markah tertinggi di

perolehi oleh Taman Negara Pahang iaitu 15 markah, sedangkan Taman Negara

Endau-Rompin memperolehi 13 markah sama dengan yang diperolehi oleh Taman

Negeri Perlis, dengan perincian seperti pada Jadual 6.22. Dalam penilaian

perancangan tapak, Taman Negara Pahang lebih baik jika dibandingkan dengan

Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negari Perlis .

Untuk perancangan bangunan, ada 14 kriteria penilaian dimana Taman

Negeri Perlis memperolehi markah tertinggi iaitu 25 markah, Sedangkan Taman

Negara Pahang hanya mendapatkan markah 24 dan Taman Negara Endau-Rompin

memperolehi markah paling rendah iaitu 21 (lihat Jadual 6.23). Ini menggambarkan

sekiranya ditinjau dari segi perancangan bangunan, pembangunan di Taman Negeri

Perlis lebih banyak mengamalkan prinsip dan piawaian pembangunan.

Page 196: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

171Hasil penilaian secara keseluruhan terhadap perancangan tapak dan

perancangan bangunan yang melibatkan 20 kriteria penilai, didapati Taman Negara

Pahang memperolehi markah tertinggi iaitu 39 markah, berbanding Taman Negara

Endau-Rompin yang hanya memperolehi 34 markah dan Taman Negeri Perlis

memperolehi 38 markah (lihat Jadual 6.24). Jika merujuk kepada hasil nilaian

keseluruhan, Pembangunan yang dilakukan di Taman Negara Pahang merupakan

yang terbaik dibandingkan dengan 2 kawasan lainnya.

..

Page 197: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

172

Jadu

al 6

.22.

Mar

kah

Kes

elur

uhan

Dal

am P

eran

cang

an T

apak

Not

a :

Ang

ka 3

: Ta

hap

kebe

rkes

anan

(bai

k)A

ngka

2 :

Taha

p m

enen

gah

A

ngka

1 :

Tida

k be

rkes

an (b

elum

men

gam

alka

n)

Pera

ncan

gan

Tap

akK

rite

ria

Pers

ekita

ran

yang

sens

itif

Kon

sep

Pem

bang

unan

tapa

k

Lan

dska

p

Am

alan

Pad

a K

awas

an

Kaj

ian

Impak daripada pembangunan

Mengelakkan bahaya persekitaran

Jumlah Kecil

Alam sebagai pola perancangan

Interaksi Dengan Persekitaran

Jumlah Kecil

Kepadatan Bangunan

Pengagihan Dan Fokus Daya Tarikan

Jarak antara bangunan

Jumlah Kecil

Jumlah Besar

Tam

an N

egar

a Pa

hang

1

3 4

1 3

43

3 1

7 15

Tam

an N

egar

a E

ndau

-R

ompi

n1

1 2

1 3

43

3 1

7 13

Tam

an N

eger

i Per

lis

1 1

21

3 4

3 3

1 7

13

Page 198: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

173

Jadu

al 6

.23.

Mar

kah

Kes

elur

uhan

Dal

am P

eran

cang

an B

angu

nan

Not

a :

Ang

ka 3

: Ta

hap

kebe

rkes

anan

(bai

k)A

ngka

2 :

Taha

p m

enen

gah

A

ngka

1 :

Tida

k be

rkes

an (b

elum

men

gam

alka

n)

Pera

ncan

gan

Ban

guna

n

Kri

teri

aK

onse

pB

angu

nan

Rek

a B

entu

k /

Seni

bina

Ban

guna

n

Ele

men

Ban

guna

nPe

man

faat

anT

ekno

logi

Rek

aben

tuk

dan

kem

asan

Am

alan

Pad

a K

awas

an

Kaj

ian

Konsep Eko-senibina

Senibina Vernakular

Senibina Organik

Bentuk Senibina

Jumlah Kecil

Penggabungan dengan lingkungan Bentuk atap

Penggunaan bahan binaanJumlah Kecil

Pengudaraan

Warna Atap bangunan

Kitar Semula Tenaga

Penjimatan Tenaga dan penggunaan teknologi sederhana

Jumlah Kecil

Persepaduan warna dengan lingkungan

Rekabentuk Akhir bangunan

Jumlah Kecil

Jumlah Besar

Tam

an N

egar

a Pa

hang

1 2

2 1

62

3 2

71

3 1

1 6

3 2

5 24

Tam

an N

egar

a E

dau-

Rom

pin

1 1

1 1

42

3 2

71

3 1

1 6

2 2

4 21

Tam

an N

egar

i Pe

rlis

1 2

2 2

72

3 2

71

3 1

1 6

3 2

5 25

Page 199: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

174

Jadu

al 6

.24.

P

enila

ian

Kri

teri

a Se

cara

Kes

elur

uhan

.

Kri

teri

a

Pera

ncan

gan

Tap

ak

Pera

ncan

gan

Ban

guna

n

Am

alan

Pad

a

Kaw

asan

Kaj

ian

Sensitif persekitaran

Konseppembangunan tapak

Landkap

Jumlah Kecil

Konsep bangunan

Rekabentuk/senibinabangunan

Elemen pembentuk bangunan

Pemamfaatantekologi

Rekabentuk dan kemasan bangunan

Jumlah Kecil

Jumlah Besar

Tam

an N

egar

a Pa

hang

4 4

7 15

6 7

4 2

5 24

39

Tam

an N

egar

a E

ndau

-rom

pin

2 4

7 13

4 7

4 2

4 21

34

Tam

an N

eger

i Per

lis

2 4

7 13

7 7

4 2

5 25

38

Page 200: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1756.6.2. Pengukuran Hasil Penilaian

Dengan merujuk kepada apa yang telah dihuraikan oleh Martin (1998) dan

Stewart (2001) pada bab III, dimana pengukuran terhadap alternatif terpilih (Taman

Negara Pahang) dapat dilakukan dengan cara mengira seberapa besar peratusan

kriteria penilai yang memiliki markah teringgi.

Dari 20 kriteria penilaian, Taman Negara Pahang hanya mempunyai 7 kriteria

penilaian yang berada pada taraf berkesan, sedangkan 5 kriteria penilaian yang lain

berada pada taraf biasa sahaja dan 8 kriteria berada pada taraf kurang berkesan. Jika

dikira secara peratusan, kriteria penilaian yang berkesan hanya sebesar 35 % (lihat

Jadual 6.25).

Jadual 6.25 Peratusan Pengamalan Kriteria yang Berkesan

Kawasan Bilangan KriteriaPenilaian

Berkesan Taraf biasa

sahaja

Tidak Berkesan

PeratusanKriteriaberkesan

Taman Negara Pahang

20 kriteria 7 kriteria 5 kriteria 8 kriteria 35 %

Taman Negara Endau-Rompin

20 kriteria 6 kriteria 3 kriteria 11 kriteria 30 %

Taman NegeriPerlis

20 kriteria 5 kriteria 7 kriteria 8 kriteria 25 %

Dari jadual 6.24 dan 6.25 dapat disimpulkan, pembangunan di Taman Negara

Pahang belum sepenuhnya mengamalkan prinsip dan piawaian pembangunan yang

sebenarnya.

Page 201: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1766.7. Rumusan

Dari hasil penilaian secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa Taman

Negara Pahang memperolehi markah tertinggi. Maknanya, pembangunan yang

dilaksanakan pada kawasan ini adalah yang terbaik dibandingkan dengan Taman

Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis. Akan tetapi, dari hasil pengukuran

terhadap taraf keberkesanan pelaksanaan pembangunan didapati bahawa,

pembangunan yang dilakukan pada kawasan ini masih berada pada taraf yang tidak

berkesan. Dengan kata lain, pembangunan dikawasan ini belumlah melaksanakan

dan mengamalkan prinsip dan piawaian pembangunan yang sebenarnya.

Secara am, pembangunan di ketiga-tiga kawasan memanglah belum dapat

memberikan keberkesanan dan kemapanan sekiranya ditinjau dari segi kesepaduan

bangunan dengan lingkungannya. Tetapi, apa yang berlaku di Taman Negara Pahang

setidaknya telah dapat memberikan gambaran bagaimana pengamalan daripada

prinsip-prinsip dan piawaian pembangunan dalam penyediaan kemudahan

penginapan pada kawasan lindungan di Malaysia .

Page 202: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

BAB VII

PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN

7.1. Pendahuluan

Bab VII ini mengandungi penemuan kajian secara keseluruan yang meliputi

proses pembangunan, mulai daripada perancangan, pengurusan dan pelaksanaan

terhadap pembangunan yang telah dilaksanakan. Didapati pembangunan yang

dilakukan selama ini masih sangat jauh daripada keberkesanan dan kemapanan

kerana terdapat kesilapan pada proses pelaksanaan.

Selain itu, bab ini juga akan menghuraikan cadangan-cadangan dari pengkaji

berkenaan dengan prinsip-prinsip dan asas-asas yang boleh diamalkan dalam

pembangunan kemudahan penginapan di kawasan lindungan khasnya di Malaysia,

untuk mewujudkan sebuah pembangunan yang memiliki kemapanan dilihat dari segi

kesepaduan bangunan dengan lingkungan persekitaran. Pada bahagian akhir bab ini,

akan membincangkan kajian lanjutan yang dapat dilakukan oleh pengkaji lain untuk

lebih menyempurnakan kajian ini.

Page 203: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1787.2. Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan

Dari hasil analisis dapat disimpulkan bahawa secara am pembangunan fasiliti

penginapan di dalam kawasan lindungan yang selama ini dilakukan di Malaysia

masih jauh daripada apa yang dikatakan dengan pembangunan yang berkesan dan

mapan. Hal ini disebabkan proses pelaksanaan yang tidak mengikuti prinsip dan

piawaian yang telah ditetapkan, kerana kalaulah ditinjau daripada dasar-dasar dan

piawaian pembangunan tiadalah sebarang kesilapan. Rajah 7.1 menghuraikan proses

perancangan, pengurusan dan pelaksanaan pembangunan pada kawasan kajian.

Rajah 7.1. Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan

Kementerian Pelancongan Malaysia

NTP (1992) dan NEP (1996)

Dasar-dasar dan piawaian pembangunan

JabatanPERHILITAN

JabatanPerhutanan

Agensi-Agensi Swasta (Mutiara Taman Negara Resort)

JNPC

JKR(Jabatan Kerja Raya)

Piawaian bangunan am di Malaysia

Pengurusan

Pelaksanaan

PIAWAIAN

PEMBAGUNAN

Pengamalanoleh pelaksana pembangunan

Page 204: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

179Rajah 7.1 menunjukkan dimana Kementerian Pelancongan Malaysia

telahpun mengeluarkan NTP (1992) dan NEP (1996) yang menjadi dasar dan

panduan untuk pembangunan di kawasan lindungan (lihat juga lampiran 2).

Sedangkan untuk pengurusan, kawasan ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan,

Jabatan Perhilitan dan JNPC yang telah mempunyai kepakaran dalam hal pengurusan

kawasan lindungan. Manakala pada pelaksanaan pembangunan melibatkan JKR,

Mutiara Taman Negara Resort dan kontraktor yang dilantik oleh JNPC.

7.2.1. Penyediaan dan Kelulusan Pelan Pembangunan

Untuk pembangunan di Taman Negara Pahang pelan-pelan pembangunan

disediakan oleh Jabatan Perhilitan dan kelulusan pelan ini dibuat oleh Unit

Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Pelan pembangunan yang

disediakan hanya mengenai peruntukan kawasan yang akan dibangunkan dan fasiliti

apa sahaja yang diperlukan. Sedangkan untuk pelaksanaan projek yang meliputi

pelan perancangan bangunan seperti rekabentuk bangunan, pengunaan bahan,

piawaian yang digunakan dan lain sebagainya disediakan dan diluluskan oleh JKR.

Di Taman Negeri Perlis, pelan pembangunan secara am disediakan oleh

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis melalui persetujuan dari pihak Kerajaan Negeri

Perlis. Manakala pelan perancangan bangunan disediakan dan diluluskan oleh JKR

cawangan Negeri Perlis. Begitu juga dengan Taman Negara Endau-Rompin, dimana

pelan pembangunan disediakan oleh JNPC dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri

Johor, sedangkan yang membuat kelulusan akan pelan perancangan bangunan dibuat

oleh JKR.

Page 205: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

180Dari huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawasanya kelulusan pelan

perancangan bangunan bagi pembangunan fasiliti dalam kawasan lindungan

diluluskan oleh JKR.

7.2.2. Pengamalan Piawaian dalam Pelaksanaan Pembangunan

Agensi yang terlibat secara langsung dalam proses pelaksanaan pembangunan

adalah JKR, Mutiara Taman Negara Resort dan kontraktor yang dilantik oleh JNPC.

Dibahagian inilah dapat dilihat bagaimana pengamalan daripada dasar-dasar dan

piawaian pembangunan serta pada tahap inilah penentuan hasil pembangunan yang

dilakukan adakah ianya akan berkesan ataupun sebaliknya.

Dari hasil kajian lapangan, pembahasan dan analisis yang telah dilakukan

pada bahagian sebelumnya didapati bahawasanya pembangunan yang dilakukan di

kawasan kajian masih jauh daripada apa yang dikatakan dengan pembangunan yang

berkesan dan memiliki kemapanan. Kenyataan ini juga diperkukuh oleh hasil temu

bual dangan Dr. Ebil Bin Musa (Ketua Penolong Pengarah di Ibu Pejabat Jabatan

Perhilitan Kuala Lumpur), dimana beliau mengatakan :

Kebanyakan fasiliti yang ada sekarang ini, meniru kepada fasiliti yang

ada di negara lain tanpa terlebih dahulu adanya penyesuaian dengan

keadaan kawasan.

Terlalu banyak rekabentuk bangunan dalam kawasan lindungan,

hingganya fasiliti yang ada tidak mampu melahirkan suatu ciri khas atau

imej tersendiri.

Page 206: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

1817.3. Implementasi Antara Teori dan Amalan

Secara prinsipnya bangunan yang dibina pada kawasan lindungan mestilah

memiliki tiga unsur utama iaitu : kesederhanaan, keselesaan, dan keamanan, di mana

pada akhirnya ketiga unsur ini akan dapat menciptakan imej khusus pada bangunan.

Ketiga unsur utama ini boleh didapati melalui pembangunan yang telah

mengamalkan prinsip dan piawaian pembangunan sebenarnya.

Dari hasil analisis dan penilaian yang dilakukan pada ketiga kawasan kajian,

dimana didapati banyaknya prinsip-prinsip dan piawaian yang belum diamalkan

dalam pembangunan kemudahan penginapan pada kawasan lindungan di Malaysia.

Hal ini dapat memberikan gambaran kepada kita wujud percanggahan yang sangat

jelas antara teori dengan pengamalannya baik ditinjau dari segi konsep bangunan,

mahupun perancangan tapak kawasan. Untuk lebih jelas lihat rajah 7.2 dan 7.3. Dari

rajah ini juga boleh dilihat bahawa wujud perbezaan antara pengamalan prinsip dan

praktis dalam pelaksanaan pembangunan di kawasan lindungan.

Page 207: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

182

Kon

sep

Pem

bang

unan

Kon

sep

Pera

ncan

gan

Ban

guna

n K

onse

p Pe

ranc

anga

n T

apak

Raj

ah 7

.2 K

onse

p Pe

ranc

anga

n D

alam

Kaw

asan

Lin

dung

an

Eko

-sen

ibin

am

empe

rliha

tkan

ke

sela

rasa

n an

tara

ba

ngun

an d

enga

n al

am se

kita

rnya

Seni

bina

Org

anik

m

empu

nyai

ke

seim

bang

an d

enga

n pe

rsek

itara

nnya

Seni

bina

Ver

naku

lar

Kec

ende

rung

an u

ntuk

pe

nggu

naan

ele

men

ba

ngun

an tr

adis

iona

l

Ben

tuk

Seni

bina

Pe

nyes

uaia

n de

ngan

ke

adaa

n se

kita

rnya

Cir

i-cir

i Ban

guna

nPe

mbe

ntuk

an Im

ej

Kes

eder

hana

an

Rek

aben

tuk

bang

unan

ya

ng d

ises

uaik

an d

enga

n ka

was

an d

an

lingk

unga

nnya

Kes

elam

atan

M

engh

inda

ri da

ri ga

nggu

an h

aiw

an

mah

upun

ben

cana

ala

m.

Dip

erol

ehi m

elal

ui

peny

esua

ian

ranc

anga

n de

ngan

kar

akte

r pe

rsek

itara

nnya

Kes

eles

aan

D

iper

oleh

i sec

ara

sem

ulaj

adi

mel

alui

reka

bent

uk b

angu

nan

yang

mem

anfa

at su

mbe

rjaya

ya

ng se

dia

ada

tanp

a pe

nggu

naan

ala

t/tek

nolo

gi

yang

bol

eh m

emba

haya

kan

lingk

unga

n da

n ke

siha

tan

Peng

agih

an B

angu

nan

Tata

leta

k da

n su

sun

atur

ba

ngun

an y

ang

diba

hagi

kan

pada

zon

-zon

, dira

ncan

g un

tuk

mem

berik

an k

esan

dan

pe

man

dang

an y

ang

men

arik

Zon

bang

unan

Perh

ubun

gan

Ant

ara

Ban

guna

n pe

ngum

pula

n da

n hu

bung

an a

ntar

a ba

ngun

an te

rgan

tung

kep

ada

kead

aan

tapa

k, k

epad

atan

dan

ciri

pem

bang

unan

ya

ng d

iingi

nkan

Sum

ber :

Kaj

ian

Peng

kaji

(200

5)

Page 208: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

183

Raj

ah 7

.3. P

erbe

zaan

Dal

am M

engi

mpl

emen

tasi

kan

Ant

ara

Prin

sip

dan

Am

alan

Prin

sip

Tem

aA

mal

an/R

ealit

i

Cir

i-cir

i

Kes

eder

hana

an

Kes

eles

aan

Peng

agih

an B

angu

nan

Tata

leta

k da

n su

sun

atur

ban

guna

n ya

ng

diba

hagi

kan

pada

zon

-zon

, dira

ncan

g un

tuk

mem

berik

an k

esan

dan

pe

man

dang

an y

ang

men

arik

Men

jadi

kan

alam

seba

gai p

ola

pera

ncan

gan,

aka

n m

engh

asilk

an

reka

bent

uk b

angu

nan

yang

mem

iliki

ka

rakt

er te

rsen

diri

yang

pad

a ak

hirn

ya a

kan

men

ghas

ilkan

imej

khu

sus,

dim

ana

kew

ujud

anny

a te

lah

dapa

t mem

berik

an

gam

bara

n da

n ke

adaa

n lin

gkun

gann

ya.

Kes

an k

esed

erha

naan

per

anca

ngan

pe

mba

ngun

an b

oleh

dili

hat d

ari p

elba

gai

aspe

k se

perti

: re

kabe

ntuk

ban

guna

n,

pem

anfa

atan

tekn

olog

i pad

a ba

ngun

an,

kese

imba

ngan

den

gan

alam

dan

se

baga

inya

.

Did

apat

i sec

ara

sem

ulaj

adi m

elal

ui

pem

buat

an p

engu

dara

an si

lang

(s

emul

ajad

i) de

ngan

mem

anfa

atka

n an

gin

seba

gai u

nsur

uta

ma

untu

k pe

ngal

iran

udar

a da

n pe

ngud

araa

n ru

anga

n se

rta

mer

ekab

entu

k tin

gkap

sede

mik

ian

rupa

se

hing

ga si

nar m

atah

ari d

apat

dig

unak

an

untu

k pe

ncah

ayaa

n ru

anga

n.

Pem

baha

gian

zon

dan

pen

gagi

han

bang

unan

dis

esua

ikan

den

gan

kead

aan

kaw

asan

yan

g ka

dang

kala

tida

k m

engi

kuti

piaw

aian

yan

g te

lah

dite

tapk

an.

Rek

a be

ntuk

ban

guna

n ya

ng ti

dak

dapa

t da

n be

lum

bol

eh m

enci

pta

kara

kter

te

rsen

diri

kera

na ia

tida

k bo

leh

men

ggam

bark

an k

eada

an se

kita

rnya

. B

angu

nan

terk

esan

han

ya se

baga

i pe

leng

kap

untu

k se

buah

des

tinas

i pe

lanc

onga

n.

Bel

um la

gi se

penu

hnya

men

gam

alka

n da

n m

ener

apka

n pr

insi

p ke

sede

rhan

aan

dala

m

pem

bang

unan

yan

g m

erek

a la

kuka

n.

Con

toh

belu

m w

ujud

kita

r sem

ula

untu

k te

naga

mat

ahar

i dan

air

untu

k ke

perlu

an

bang

unan

.

Kec

ende

rung

an m

engg

unak

an p

engu

dara

an

buat

an (p

engh

awa

ding

in) u

ntuk

pen

galir

anud

ara

dala

m ru

anga

n, y

ang

mem

beri

impa

k te

rhad

ap k

esih

atan

dan

ling

kung

an

seki

tarn

ya.

Sum

ber :

Kaj

ian

Peng

kaji

(200

5)

Page 209: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

184

7.4. Cadangan Kajian

Seperti yang telah dihuraikan pada bab I dimana kajian ini bertujuan untuk

membentuk prisip-prinsip yang bersesuaian bagi pembangunan fasiliti penginapan

pada kawasan lindungan di Malaysia. Dilihat daripada hasil analisis dan dapatan

kajian, dimana pembangunan pada kawasan lindungan yang dilaksanakan di

Malaysia belumlah mengikuti dan mengamalkan prinsip-prinsip pembangunan

sebenarnya. Hal ini juga dibuktikan dengan adanya percanggahan dalam

mengimplementasikan prinsip dan praktik.

Cadangan kajian ini akan menghuraikan prinsip-prinsip pembangunan

yang mesti diamalkan dalam pembangunan di kawasan lindungan Malaysia

khasnya pada kawasan kajian. selain itu, pengkaji juga memberikan contoh

pengamalan prinsip-prinsip pada perancangan tapak dan perancangan bangunan.

diharapkan nantinya cadangan kajian ini akan menjadi rujukan dan pertimbangan

bagi pihak-pihak berkuasa dan yang terlibat dalam pembangunan di kawasan

lindungan

7.4.1. Prinsip-prinsip Pembangunan di Kawasan Lindungan

Dalam melaksanakan pembangunan di kawasan lindungan, ada beberapa

prinsip yang mesti diamalkan untuk mewujudkan pembangunan yang bersepadu

dengan lingkungannya. Pada dasarnya, prinsip-prinsip ini lebih menekankan

kepada penjagaan lingkungan persekitaran dari sebarang impak negatif dari

Page 210: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

185

pembangunan. Dangan kata lain, pembangunan yang dilakukan harus disesuaikan

dengan keadaaan alam persekitaran bukanlah alam persekitaran yang mesti

membuat penyesuaian dengan pembangunan.

7.4.1.1.Keseimbangan Perancangan dan Lingkungan

Prinsip pertama yang mesti diamalkan dalam pembangunan kemudahan

penginapan dalam kawasan lindungan di Malaysia adalah adanya keseimbangan

perancangan dengan alam persekitaran. Prinsip ini lebih menekankan kepada

bagaimana merancang bangunan yang boleh disatukan dengan keadaan sekitarnya,

ini dapat diperolehi dengan memperhatikan orientasi bangunan, pengudaraan pada

ruangan bangunan dan rekabentuk model tingkap dan atap bangunan.

Keseimbangan perancangan dengan alam boleh didapati melalui :

Menghindari perletakan bangunan pada tapak yang terlindung dan

kurang mendapat cahaya matahari seperti perletakan tapak dibawah dan

dikelilingi pokok-pokok besar di kotej V.I.P di Taman Negeri Perlis

dan Taman Negara Endau-Rompin. Perletakan bangunan yang seperti

ini sangat tidak baik untuk pencahayaan dalam ruang bangunan baik

waktu pagi mahupun petang. Sebaiknya tapak ditempatkan pada

kawasan yang sedikit terbuka dan mendapat cahaya matahari.

Perlebaran ukuran tingkap bangunan merupakan salah satu alternatif

untuk dapat memaksimakan pemanfaatan cahaya. Model tingkap yang

lebar akan memberikan kebebasan kepada pelancong untuk menikmati

keindahan alam persekitaran dari dalam bangunan, sehingga tercipta

Page 211: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

186

apa yang dinamakan ``The best view in the building`` `atau

pemandangan yang baik dari dalam bangunan.

Pembuatan pengudaraan semulajadi dalam bangunan. Pengudaraan

yang dimaksudkan disini adalah penciptaan aliran udara dalam

bangunan tanpa menggunakan penyejuk ruangan atau kipas. Lebih 90%

bangunan di kawasan kajian mengunakan penyejuk ruangan dan kipas

untuk pengaliran udara dalam ruangan. semestinya hal ini dapat

dihindari jika aliran udara dalam ruangan baik. Ada beberapa alternatif

yang boleh digunakan seperti pelebaran ukuran tingkap,

memperbanyak lobang angin, susun atur bangunan yang tidak terlalu

rapat dan sebagainya.

Rekabentuk bangunan yang meniru pada rekabentuk rumah masyarakat

tempatan dapat dijadikan pertimbangan dalam perancangan bangunan

untuk mewujudkan keseimbangan dengan alam sekitarnya.

Keempat cara ini dapat diamalkan di dalam menciptakan perancangan

penginapan dalam kawasan lindungan di Malaysia, untuk mencapai dan

mewujudkan pelaksanaan prinsip yang pertama.

7.4.1.2.Berpandukan Pada Alam

Dalam perancangan kemudahan penginapan di kawasan lindungan, tidak

dapat dinafikan bahawa ada pengaruh kuat daripada alam terhadap bangunan.

Page 212: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

187

Keadaan alam merupakan pertimbangan utama dalam prinsip ini. Maknanya, alam

dijadikan sebagai unsur makro sedangkan bangunan merupakan unsur mikronya.

Dimana unsur makro akan selalu mempengaruhi unsur mikronya (bentuk

bangunan, bahan bangunan, susunatur bangunan, mahupun struktur bangunan).

Pertimbangan terhadap keadaan alam persekitaran dalam melaksanakan

pembangunan di kawasan lindungan akan menghasilkan pembangunan lebih

berkesan dan tidak akan mengakibatkan sebarang impak negatif terhadap

bangunan itu sendiri mahupun lingkungannya.

Pembaikan yang perlu dilakukan dalam penyediaan kemudahan

penginapan pada kawasan lindungan di Malaysia dengan memberikan perhatian

lebih kepada penggunaan bahan bangunan. Masih banyak bangunan yang

menggunakan bahan yang dapat menimbulkan kerosakan pada lingkungan

sekitarnya seperti yang terdapat pada bangunan di kawasan Taman Negara Endau-

Rompin dan Taman Negara Pahang, yang masih banyak menggunakan bahan

konkrit (simen) dimana zat kimia daripada simen tersebut dapat mengakibatkan

kerosakan terhadap lingkungan.

Beberapa pertimbangan dalam mewujudkan pembangunan yang

berpandukan pada alam semulajadi :

Pembangunan kemudahan penginapan harus berdasarkan pada keadaan

lingkungan jangka panjang bukannya keadaan untuk jangka pendek.

Spesifikasi pembangunan sebaiknya menggambarkan perhatian

terhadap lingkungan yang berkenaan dengan menggunakan bahan yang

tidak berimpak negatif terhadap lingkungan seperti kayu, buluh, pokok

palma dan lain sebagainya.

Page 213: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

188

Setiap perancangan yang dibuat hendaklah juga memperhatikan

keadaan alam semulajadi agar tidak tercemar ataupun rosak.

Secara keseluruhan, dalam merancang bangunan yang menjadikan alam

sebagai panduan perancangannya dapat disimpulkan bahawa pembangunan yang

dilakukan harus berorientasikan kepada alam semulajadi dengan menyesuaikan

perancangan yang dilakukan selaras dengan keadaan tempatan. Selain itu,

pembangunan yang dilakukan harus memperhitungkan keadaan jangka panjang

bukan semata-mata hanya mempertimbangkan keadaan semasa sahaja sehingga

pembangunan yang dilakukan dapat berkekalan.

7.4.1.3.Kitar Semula Tenaga.

Pada masa ini dapat dikatakan bahawa, rintangan dan masalah yang banyak

dihadapi perancang kemudahan penginapan di kawasan lindungan adalah mencari

alternatif atau jalan dengan menggunakan teknologi baru seperti :

Penggunaan tenaga matahari untuk keperluan pencahayaan ruangan, Ini

boleh dilakukan dengan mengubah tenaga matahari menjadi tenaga

elektrik yang pada akhirnya akan berguna sebagai bekalan elektrik

utama, sedangkan untuk bekalan elekrik cadangan digunakan generator.

Penyediaan keperluan air, boleh dilakukan dengan membuat takungan

air utama untuk penampungan air hujan yang kemudian dialirkan ke

bangunan disekitarnya.

Page 214: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

189

Pemanfaatan kedua-dua teknologi adalah sangat baik sekali, dengan

pertimbangan untuk penjagaan sumberjaya semulajadi, penggunaan teknologi ini

tidak menimbulkan sebarang impak negatif dan kewujudan bangunan pada

kawasan terpencil. Sudah tiba saatnya, dalam perancangan bangunan yang

diperuntukkan pada kawasan lindungan di Malaysia khususnya ketiga kawasan

kajian untuk mengamalkan cara-cara seperti ini ataupun mengkombinasikan

dengan apa yang telah ada sekarang. Rekabentuk bangunan juga perlu disesuaikan

untuk penerapan kedua teknologi ini.

7.4.1.4.Menciptakan Hubungan Bangunan Dengan Persekitaran

Penggabungan bangunan dengan alam persekitaran memang sangat

diperlukan untuk membuat hubungan yang baik antara bangunan dengan

lingkungan alam sekitarnya. Beberapa penggabungan dapat diperolehi melalui

senibina (sebagai contoh senibina vernakular), tetapi masih banyak lagi persoalan

yang mesti diambil kira seperti skala, penjelasan dalam pelan utama, dan peraturan

dari kerajaan tempatan. Terdapat beberapa cadangan yang dapat dilakukan untuk

mewujudkan penggabungan bangunan dengan lingkungannya.

Membina bangunan yang memiliki karakter yang mesra alam

(environmental friendly) dan tidak berlawanan dengan lingkungannya.

Memanfaatkan gaya senibina masyarakat tempatan sebagai acuan

dalam pembangunan. Cara seperti ini telah banyak dilakukan

dibeberapa kawasan lindungan seperti di Taman Negara Hwange

Page 215: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

190

dimana mereka meniru rumah masyarakat tempatan untuk merancang

kemudahan penginapannya.

Usaha untuk mengamalkan prinsip ini telahpun bisa kita temui pada

kawasan kajian seperti rekabentuk bangunan yang diusahakan untuk memiliki

perpaduan dengan persekitarannya. Akan tetapi, masih ada bangunan yang dibina

memiliki karakter berlawanan dengan lingkungan seperti sebahagian kecil fasiliti

di Taman Negara Endau-Rompin, dimana warna bangunannya tidak selaras

dengan warna persekitaran sehingganya bangunan terkesan berlawanan dengan

lingkungan.

7.4.1.5.Interaksi Bangunan Dengan Persekitaran

Bangunan yang berada pada kawasan lindungan sebaiknya berinteraksi

langsung dengan alam persekitaran, kerana alam sekitarlah yang menjadi tarikan

utama untuk pelancong pada kawasan disamping itu hal ini juga akan

memudahkan pelancong mengenali tempat/kawasan tersebut. Banyak cara yang

dilakukan untuk menciptakan kesan interaksi bangunan dengan alam persekitaran

seperti perletakan bangunan pada sudut pandang yang baik.

Untuk memperolehi sudut pandang yang baik dari bangunan, diperolehi

dengan menghadapkan bangunan langsung kearah objek. Akan tetapi, jika hal ini

tidak memungkinkan untuk dilakukan maka alternatif terbaiknya adalah

merekabentuk bangunan dengan membuatkan balkoni pada sisi bangunan. Ini akan

memberikan peluang kepada pelancong untuk dapat menikmati pemandangan

Page 216: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

191

alam persekitaran secara leluasa dan akan memberi kesan adanya kedekatan

dengan persekitaran.

7.4.1.6.Menciptakan Imej yang Interaktif

Sekiranya boleh, cipta suatu tempat yang mempunyai ciri khas tersendiri,

sehingga ianya akan mudah dapat diingat. Perkara seperti ini yang masih belum

diperolehi pada fasiliti kemudahan dalam kawasan lindungan di Malaysia khasnya

pada kawasan kajian, dimana mereka lebih cenderung untuk menyerahkan

rekabentuk bangunan yang akan dibina mengikut keinginan daripada pelaksana

fizikal atau pemaju sehingga bangunan yang dihasilkan tidak memiliki karakter

dan imej khas.

Untuk menciptakan karakter dan imej yang khas sebenar dapat diperolehi

melalui cara-cara yang sederhana sekali iaitu :

Menggunakan sebaik-baiknya sumberjaya yang ada disekitarnya,

menggunakan bahan tempatan, serta menggunakan teknik-teknik yang

dibolehkan.

Membuat rekabentuk bangunan yang menggambarkan atau

mencerminkan karakter utama dari suatu aktiviti misalnya, rekabentuk

bangunan yang menggambarkan aktiviti lasak, berburu ataupun

aktiviti-aktiviti lainnya. Dengan merekabentuk bangunan seperti ini,

Page 217: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

192

akan memberikan kesan tersendiri terhadap pengunjung sehingga ianya

mudah untuk ingat dan lebih menarik.

7.4.2. Pengamalan Prinsip-prinsip Pada Perancangan Tapak

Untuk kawasan lindungan, pemaju harus benar-benar memilih kawasan

yang paling aman dengan cara memilih kawasan yang agak lapang untuk

menghindari daripada timpaan pokok dan gangguan daripada haiwan. Untuk

menghasilkan perancangan tapak bangunan yang baik beberapa perkara mesti

diperhatikan seperti kepadatan unit bangunan, ketinggian bangunan, jarak antara

bangunan, nisbah kawasan lantai, dan litupan tapak.

Selain hal diatas, didalam perancangan tapak bangunan dalam kawasan

lindungan, hal yang paling utama diperhatikan adalah pembahagian zon yang

diperuntukkan untuk bangunan. Pembahagian zon di kawasan, sebaiknya meliputi

4 zon seperti pada Gambar 7.1.

Zon I diperuntukkan untuk bangunan mahupun infrastruktur awam

seperti pejabat, kafé, gerai, tempat letak kereta dan sebagainya. Zon I

mesti berhampiran dengan akses masuk ke dalam kawasan dan mesti

juga berhampiran dengan zon-zon lain agar mudah dalam

pencapaiannya.

Zon II diperuntukkan untuk bangunan penginapan bagi pelancong yang

datang secara kumpulan. Bangunan pada zon ini boleh diletakkan

bersama akses utama ke kawasan, kerana pelancong yang datang secara

Page 218: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

193

kumpulan biasanya adalah para penyelidik dan pelajar yang akan

banyak melakukan aktiviti dan kurang mementingkan keadaan

berahsia.

Gambar 7.1. Contoh Pengimplementasian Pembahagian Zon untuk Bangunan di Kawasan Tapak.

Zon III diperuntukkan bagi bangunan penginapan yang diperuntukkan

untuk pelancong yang datang secara persendirian.

Zon IV diperuntukkan untuk bangunan penginapan pelancong yang

datang secara keluarga. Perletakan untuk zon 3 dan 4 agak jauh dari

akses utama ke kawasan dan dari bangunan yang terletak pada Zon I

dan II, kerana orang yang datang persendirian mahupun keluarga secara

batin lebih memerlukan keadaan berahsia.

Pemisahan bangunan pada zon-zon yang telah ditentukan juga akan

memudahkan dalam tataletak dan pengaturan bangunan pada kawasan.

ZonII

Zon I

Zon III

Zon IV

Page 219: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

194

7.4.3. Pengamalan Prinsip-prinsip Pada Perancangan Bangunan

Pengamalan prinsip–prinsip pambangunan pada rancangan fasiliti

penginapan mestilah disesuaikan dengan rekabentuk bangunan. Sebagai contoh

bagaimana cara pengamalan prinsip-prinsip pembangunan pada rancangan

bangunan lihat Gambar 7.2.

Gambar 7.2. Contoh Pengamalan Prinsip pada Bangunan

Rekabentuk sederhana yang mengekalkan senibina rumah tradisional melayu (bentuk rumah panggung) dimana akan menciptakan imej tersendiri. (prinsip no 3 dan 6)

Tangki air untuk penampung air hujan bagi keperluan pengguna ( prinsip no 3)

Memperlebar ukuran tingkap untuk: 1. Pencahayaan 2. pandangan pengunjung( prinsip no 1 dan 5)

Pembuatan Atap transparan untuk pencahayaan ruangan waktu siang. (prinsip no 1 dan 2)

menggunapakai bahan atapdengan syarat: 1. tidak menyilaukan 2. mempunyai ketahanan 3. jika memungkinkan guna

bahan tradisional 4. warna mesti sesuai

dengan lingkungan (prinsip no 1, 2,4 dan 6)

Pembuatan kekisi untuk membantu pengudaraan dalam ruangan(prinsip 1 dan 4)

Balkoni bagi pengekalan sudut pandang(prinsip no 5)

Ventilasi untuk pengudaraan secara alami (prinsip no 1)

Plat untuk mengubah tenaga matahari (prinsip no.3)

Page 220: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

195

7.4.4. Rekabentuk dan Senibina Bangunan

Melihat kepada keadaan iklim, keadaan kawasan yang memiliki tingkat

kelembapan udara yang sangat tinggi serta kesesuaian bentuk rancangan dengan

keadaan lingkungan persekitaran, rekabentuk rumah bertiang merupakan alternatif

yang sangat sesuai untuk kawasan lindungan yang sedia ada di Malaysia.

Pertimbangan lain daripada pemilihan rekabentuk rumah tradisional

Melayu juga didasari oleh kesesuaian daripada bentuk bangunan dengan teori dan

prinsip-prinsip pembangunan dalam kawasan lindungan, dimana kebanyakkan

daripada bangunan-bangunan tradisional memiliki kesesuaian dengan

persekitarannya dimana penggunaan bahan bangunan yang terbuat daripada kayu,

buluh dan bahan binaan semulajadi tiada impak kepada persekitaran.

Rekabentuk bangunan yang meniru pada rekabentuk rumah tradisional

Melayu merupakan alternatif yang sangat baik bagi melahirkan rancangan

bangunan yang dapat menciptakan imej kesederhanaan, keselesaan, dan

keselamatan. Selain itu, rekabentuk rumah Melayu juga akan memberikan ciri dan

kesan yang tersendiri bagi pelancong yang datang berkunjung, contohnya

rekabentuk bangunan rumah bertiang. Sila lihat Gambar 7.3 dan Lampiran I.

Page 221: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

196

Gambar 7.3 Contoh Rekabentuk Penginapan di Kawasan Lindungan Malaysia dengan Konsep Vernakular

7.4.5. Utiliti Bangunan

Utiliti pada bangunan yang sering menjadi permasalahan adalah :

Pengudaraan

Dengan kondisi kelembapan yang cukup tinggi dan suhu yang sedang,

maka sangatlah memungkinkan sekali untuk mewujudkan pengudaraan

secara alami pada bangunan . Pengudaraan secara semulajadi bisa

dilakukan dengan memperbanyak bukaan, memperbesar ukuran tingkap

dan penerapan metode pembuatan lubang udara secara silang.

Page 222: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

197

Penggunaan penyejuk ruangan hanya pada ruangan yang memerlukan

sahaja seperti : gudang penyimpanan makanan.

Pengcahayaan

Penerapan sistem pengcahayaan semulajadi pada bangunan akan

menjimatkan penggunaan tenaga . Penggunaan lampu pijar rendah

merupakan alternatif terakhir jika tidak memungkinkan untuk

merekabentuk bangunan untuk mendapatkan pengcahayaan secara

semulajadi.

Penyedian air bersih dan pengolahan air kumbahan

Dalam penyediaan air bersih untuk keperluan pelancong diperolehi

melalui pengolahan kembali air hujan dengan cara membuat tangki

penampungan air yang diletakkan pada bahagian yang tinggi dari

kawasan. Air akan diagihkan ke bangunan dengan menggunakan paip-

paip kecil yang ditanamkan di dalam tanah. Untuk cadangan air barulah

menggunakan sumber air yang ada disekitar kawasan. Manakala untuk

pengolahan air kumbahan dapat dilakukan dengan membuatkan sumur

resapan pada setiap bangunan. Gambar 7.4 contoh sumur resapan air

kumbahan.

Gambar 7.4 Contoh Sumur Resapan

Air kumbahan Paib saluran air

Lapisan ijuk 30cm

Lapisan batu kerikil 20cm

Lapisan pasir 20 cm

penyaringan Paib buangan

Page 223: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

198

7.5. Kajian Lanjutan

Isu dan ide yang cuba diangkat oleh tesis ini merupakan bahagian kecil dari

sebuah kerangka besar pendekatan untuk mewujudkan pembangunan yang

berkesan dan berkekalan dalam kawasan lindungan. Ia hanya melengkapi

sebahagian kecil daripada prinsip-prinsip dan piawaian pembangunan di kawasan

lindungan serta mencuba untuk membangkitkan kesedaran pihak-pihak yang

terlibat dalam pelaksanaan pembangunan.

Untuk melengkapi prinsip-prinsip pembangunan di kawasan lindungan

menjadi lengkap, diperlukan lebih banyak kajian tentang pembangunan di kawasan

lindungan lain seperti kawasan lindungan yang terletak di pulau (marine protected

area).

Tesis ini sendiri memerlukan pelengkapan dan kajian lanjutan terhadap isu-

isu utamanya seperti :

Keberkesanaan daripada pelaksanaan pembangunan fasiliti kemudahan di

kawasan lindungan ditinjau dari segi keinginan dan minat pelancong yang

datang.

Pengaruh perundangan yang sedia ada terhadap pelaksanaan pembangunan

di kawasan lindungan dan peranan pihak-pihak berkaitan untuk

mewujudkan pembangunan yang berkekalan.

Oleh kerana itu, pengkaji lain dicadangkan melakukan kajian lanjutan

dengan mengangkat isu-isu diatas sehingga ianya akan dapat melengkapi lagi

kajian ini.

Page 224: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

199

Senarai Rujukan

Achille, M. (2000). Pugh Method or Decision-Matrix Method. Evaluation Matrix.

Vol 112 (9). 24-32.

Adams, C. (1995). Holistic Site Design. Paper presented at seminar, Ecolodge

Planning and Sustainable Design, 10-12 July, St. John, U.S. Virgin Island :

IEE, 67-78.

Amsari, F (1981). Prinsip-prinsip Masalah Pencemaran Lingkungan. 2th ed. Jakarta :

Air Langga.

Anderson, B. (1992). Solar Building Aarchitecture. Cambridge, Mass : The MIT Pr.

Anink, D & Boonstra, C. (1996). Handbook of Sustainable Building. London : James

& James.

Alexander, C. (1979). The Timeless Way of Building. 11th ed. New York : Oxford

University Press.

Arwed, T. (1992). Ecologis Planning. Braunschweig, Wiesbaden : Fried, Vieweg &

sohn.

Bailey, K D.(1978). Methods of Social Research. New York : Free pr.

Baud, B., Manuel and Lawson, F. (1998). Tourism and Recreation Handbook of

Planning and Design. Boston U.S, Architectural Press.

Page 225: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

200Beamiss (1987). Basic Design in Architecture. Zurich : ETH-GTA.

Beda, G. and Szekeres, A. (1992). Thoughts on The Cherry Tree. In: Fischer, H. 2th

ed. Arsitektur dan Lingkungan, Yogyakarta : Yayasan Karnisiu, 48-50.

Bertha (1991). Design of Building. In : Arwed, T. ed. Ecologis Planning.

Braunschweig, Wiesbaden : Fried, Vieweg & sohn.137-141

Blangy and Wood (1992). Tourism and Ecotourism. In: Butler, W. R, and Boyd, W.

S. ed: Tourism and National Park : Issues and Implikations, England : Johs

Wiley & Sons . LTD.102-109

Bodlender, J. (1991). Developing Tourism Destinations : Policies and Perspective

Essex. England : Longman.

Brayman (1989). Quantity and Quality in Social Research. London : Unwin Hyiman.

Bruce, (1990). Techniques for Low-cost Help Building. New York : New American

library.

Burgess, R. A. (1982). Construction Projects : Their Financial Policy and Control.

London : Construction Pr.

Butler, W. R, and Boyd, W. S, (2000) . Tourism and National Park : Issues and

Implikations, England : Johs Wiley & Sons . LTD.

Camgeni, K. (1986). Baukonstruktionslerhe. In: Frick, H. and Pujo, L. ed: Ilmu

Kontruksi Perlengkapan dan Utilitas Bagunan. Yogyakarta : Yayasan

Karnisius.131-136.

Ceballos-Lascurain, H, (1996). Tourism, Ecotourism, and Protected Areas :

Switzerland : IUCN.

Page 226: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

201Chatani, M, Yagi, K, Mori, K, and Yamuguchi, H. (1981). Indoneshia Sulaweshi

shima Sadan Toraja no shüraku to jükyo no keitai. Analyses of Toraja

Settlements and Housing in Sulawesi island, Indonesia. Tokyo : Housing

Architecture Research Institute.

Clamp, H. (1982). Spon` Landscape Contract Handbook : 2nd ed : New York : E &

FN SPON.

Creswell, J. W. (1994). Research Design : Qualitative and Quantitative Approaches.

London : Sage Publications.

Cresswell, J. W. (2003). Research Design : Qualitative, Quantitative and Mixed

Methods Approaches. 2th ed. London : Sage Publications.

Curtis, and William, J. R. (1982). Modern Architecture since. News Jersey : Printice

Hall, Incoporated.

Dickson and David. (1978). Alternative Technologie. In: Direktorat Perumahan. ed:

Rumah Sehat dalam Lingkungan Sehat. Jakarta : Air Langga. 170-172.

Dinas Pariwisata Indonesia, (2001). Panduan Mengenai Tempat-tempat Wisata Alam

di Indonesia. Jakarta : Gramedia.

Doczi, G. (1994). The Power of Limits. Proportional Harmonies in Nature, Art, and

Architecutre. Boston, London : Shambala,

Dorward, M. (1990). Housing, architecture and iconography. In: Frick, H ed:

Membangun dan Menghuni Rumah Dilereng. Seri Pengetahuan

Lingkungan-Manusia-Bangunan 2. Yogyakarta : Kanisius. 52-54.

Edington, G. (1986). Recreation and Accommodations. Concept and Design. New

York : New American library.

Page 227: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

202Egenter, N. (1992). The Present Relevance of the Primitive in Architecture.

Architecturel Anthtropology. Lausanne : Structura Mundi.

Ernst, N. (1990). Architects` Data I. 2th ed. Braunschweig : Friedr, Vieweg & Sohn

Verlagsgesellscaft mbH.

Ernst, N. (1996). Architects` Data II. 2th ed. Braunschweig : Friedr, Vieweg & Sohn

Verlagsgesellscaft mbH.

Festinger, L. and Katz, D. (1953) . Research Methods In The Beharioural Sciences.

Holt. London : Rinehart and Winston.

Fischer, H. (1991). Arsitektur dan Lingkungan. 2th ed. Yogyakarta : Kanisius.

Frick, H. and Suskiyatmo, B. (1998) Dasar-dasar Eco-arsitektur I. Yogyakarta :

Karnisius.

Frick , H. (1998). Seri II Arsitektur dan Lingkungan. Yogyakarta : Karnisius.

Frick, H. dan Purwanto, LMF. (1998). Sistem Bentuk Struktur Bangunan. Dasar-

Dasar Konstruksi Dalam Arsitektur. Yogyakarta : Karnisius.

Frick, H. and Koesmartadi Ch. (1999). Ilmu Bahan Bangunan, Eksploitasi,

Pembuatan, Penggunaan dan Pembuangan. Yogyakarta : Karnisius.

Frick, H. and Pujo, L. (2002). Ilmu Kontruksi Perlengkapan dan Utilitas Bagunan.

Yogyakarta : Karnisius.

Frick, H. (2003). Membangun dan Menghuni Rumah Dilereng. Seri Pengetahuan

Lingkungan-Manusia-Bangunan 2. Yogyakarta : Kanisius.

Fitestone, J. (1987). Research Methods. London : Sage Publications

Page 228: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

203Glesne, H. (1999). Qualitative and Quantitative Methods. In: Cresswell, J. W. ed.

Research Design : Qualitative, Quantitative and Mixed Methods

Approaches. 2th ed. London : Sage Publications. 69-75.

Graw-hill, M. (2000). Resort Design : Planning, Architecture, and Interiors : New

York U.S.A. Division of the McGraw-hill companies.

Gunn, C. A. (1978). Tourism Planning : Basics, Concepts, and Cases. London :

Taylor & Francis, publishers since.

Gunn, C. A. (1997) . Vacationscape: Developing Tourist Areas”. 3th ed. London :

Taylor & Francis, Publisher.

Healy, L. (1992).Housing Planning. In. Pearson and David, G. T. ed. The Natural

House Book. London : Gaia Books. 13-16.

Hammer, S. (1990). The Dilemma of Qualitative Method. London : Herbert blumer

and the chichago tradition.

Hall, C. M. (2000) : Tourism Planning : Policies, Processes and Relationships.

London : Pearson Education Limeted.

Herliczek. (1996). Where Is EcoTourism Going. the amicus journal. vol 181 (1) :

31-34.

Hughes and North. (1972). The Old Cottage Of Snowdonia . London : Gaia Book.

Inskeep, E. (1991) . National and Regional Tourism Planning. U.S.A : Van nostrand

reinhold.

Inskeep, E. (1994) . National And Regional Tourism Planning : Methodologies And

Case Studies. U.S.A : Van nostrand reinhold.

Page 229: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

204Taylor, J., Steven, and Bogdan, R. (1998).Quantitative Research Methods: A

Guide Book and Resousrce. London : john wiley & sons, Inc.

JKR (1998) : Laporan Cadangan Untuk Menyiapakan dan Membina Projek

Pengembangan Konservasi Hidupan Liar dan Kesadaran Awam di Kuala

Atok Pahang, Jilid I. document kontrak. Unpublished Report.

Krusche, P. (1982). Ecologis Buillding. Wiesbaden, Berlin: Bauverlag.

Kutay, F. (1989). National park . In: Ceballos-Lascurain, H, ed. Tourism,

Ecotourism, and Protected Areas : Switzerland : IUCN.43-47

Lawson, F. R. (1992). Hotel and Resort Planning. Oxford : Architectural Press.

Lawson, F. R. (1995 ). Hotel and Resort : Planning, Design and Refurbishment.

Oxford : Architectural Press.

Lee, T. (1976) . Psychology and The Environment . London : Methuen.

Leverthold and Howart, J. (1984). Building and Landcape. München : Callwey

Lippsmiler, G. (1997). Bangunan Tropis. 2th ed : Jakarta. Air langga.

Lynch, K. (1984). Cottage and Resort. Planning and Design. New York : Oxpord

University press

Malaysian National Ecotourism Plan (1996) Pelan Ekopelancongan Kebangsaan

Malaysia. Ringkasan Eksekutif. Petaling Jaya : WWF Malaysia

Malaysian National Ecotourism Plan (1996). Petaling Jaya : WWF Malaysia.

Mangunwijaya, (1988). Pengantar Fisika Bangunan. 3th ed. Jakarta : Djambatan

1988.

Page 230: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

205Marsal, C., and Robinson, G. B. (2001) Desingning Qualitatif Research.

Newbury Park London and Newdehli, Sage Publications.

Marson, J. (1996). Quantitative Methods. In: Taylor, J., Steven, and Bogdan, R.

ed.Quantitative Research Methods: A Guide Book and Resousrce. London :

john wiley & sons, Inc.85-88.

Martin, S. C. (1998). The Evaluation Matrix .Business Solutions, The Positive Way

All rights reserved. vol 161 (2). 21-39.

Mathieson, A. and Geoffery, W. (1991). Pelancongan : Impak Ekonomi, Fisikal dan

Sosial . Kuala lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementrian Pendidikan

Malaysia.

McHarg, D. (1969). Hotel Planning. In: Lynih. ed. Cottage and Resort. Planning and

Design. New York : Oxpord University press.56-57.

Messac, A. (2000). Matrix Method. Engineering Design, A systematic Approach.

London : Springer-Verlag

Michael, L. and Torsten, K. (2003). Global Ecotourism Policies and Case Studies:

Perspective and Constraints. London : Chanel view publication.

Neil, R. (1992). Recreation Planning and Development. London : Macmillan

Odum, E. P. (1994). Dasar-dasar Ekolog. 2th ed. Yogyakarta: Gajah Mada University

Press.

Page, J. S. (1995) : Urban Tourism . London and New York : Routledge

Page J. S, and Getz . D (1999). The Business of Rural Tourism . London : An

International Thamson Publishing Company.

Page 231: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

206Pearson and David. G T. (1992). Design for a Living Planet. Paper for the

International Svedala Symposium on Ecological Design, 11-14 September,

Budapest. ETH. 86-91.

Pearson and David, G. T. (1994). The Natural House Book. London : Gaia Books.

Peter and Bowen (1998) Climate Resposive Building. England : St,Gall.

Reaves, C. C. (1992). Quantitative Research for The Behavioral Sciences. London :

John Wiley & sons, inc.

Reed, R. H. (1953). Design for Natural Ventilation in Hot Humid Weather. Texas :

Penguin books.

Richard, and Sharpley, J. (1998) : Rural Tourism An Introduction . London :An

International Thamson Publishing Company.

Ringo, C. B. & Anderson, B .R. (1992). Designing Floor Slabs on Grade. Step-by-

Step Procedures, Sample Solutions, and Commentary Addison. Boston :

Aberdeen Group.

Rosaleen, D. (2002). Too Far. Ecotourism, Politics, and Exploitation. London :

Easthscan publications ltd.

Rykwert, J. (1972). On Adam`s House in Paradise. The Idea of the Primitive Hut in

Architectural History. New York : The Museum of Modern Art.

Salim, S. (1987). Rumah Tropis. Seri Anatomi Struktur dan Bangunan. Jakarta : Air

langga.

Scheyvens ,R. (2000). Tourism For Development. London : pearson Education

Limeted.

Page 232: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

207Scheyvens, R. (2002) : Tourism for Development : Empowering Communities.

London : Pearson Education Limeted.

Schwand (1989). Qualitative Methods. In: Cresswell, J. W. ed. Research Design :

Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. 2th ed. London :

Sage Publications. 23-24.

Schwanke, D. (1997). Resort Development Handbook. Washington : Urban Land

Institute.

Schmid, P. (1983) Bio-logis Architektur. 2th ed. Köln-Braunsfeld: Rudolf Müller,

1983.

Schneider, R. (1981). Natural Building. Stuttgart: Institut für leichten Flächen

tragwerke.

Shuhana, Shamsuddin (1997) . Identity of Place : a case study of Kuantan town

centre. University of Nottingham, Ph.D. Tesis.

Simonds, J. O. (1985). Landscape Architecture. 2th ed. New York : McGraw-H.

Silverman, D. (1993). Interpreting Qualitative Data : Methods for Analyzing Talk,

Tex and Interaction. London : Sage publication.

Sujono, M. (1985). Kamus Besar Bahasa Indonesia. 5th ed. Jakarta : Balai pustaka

Stephen, J. P. and Don .G. (1991) : The Business of Rural Tourism. London : An

International Thamson Publishing Company.

Stewart. K. (2001). Design Methods Fact Shee. Weighted Objective Matrix Methods.

London : Schooll of Engeneering And Advanced Tegnology.

Page 233: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

208Soegeng, (1985). Peran, Kesan dan Pesan Bentuk-Bentuk Arsitektur. Jakarta :

Djembatan.

Syamsul, A (1990). Data Arsitek Jilid I . 2th ed. Jakarta : Airlangga.

Taylor, J., Steven, and Bogdan, R. (1998).Quantitative Research Methods: A Guide

Book and Resousrce. London : john wiley & sons, Inc.

Tajuddin, M. and Nangkula, U. (2003). Sejarah, Teori, dan Kritikan Seni bina. Johor

Bahru : Universiti Teknologi Malaysia.

TIES (1998). Definition and Ecotourism Principles. In: Regina, S. ed. Tourism For

Development. London : Pearson Education Limeted. 123-134

Trancik, R. (1987). Finding Lost Space Theories of Urban Design. New York :

Oxpord University press.

United Nations (WTO) (2003): Report of the Economic and Social Council :

Assessment of The Results Achieved in Realizing Aims and Objectives of

The International Year of Ecotourism. Madrid : IYE.17-21

User, J. (1996). Research Methods. In: Marsal, C and Robinson, G.B, ed: Desingning

Qualitatif Research. Newbury Park London and Newdehli, Sage

Publications. 72-75.

Vale, Brenda, and Rober. (1996) Green Arscitecture. : Design For a Sustainable

Future. London : Thames and Hodson ltd.

Walter, G. (1987). Design in Architecture . Köln : Rudolf müler.

Weaver, D. B. (1998). Ecotourism In The Less Developed World. London : cab

international

Page 234: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

209Weber, R. P. (1985). Basic Content Analysis. Beverly Hills, Calif : Sage Pub.

Wilson, F. (1984). A graphic Survey of Perception and Behavior for The Design

Professions. New york : Van Nostrand Reinhold.

Worskett (1969). The Character Of Towns. London : Architekturar Press.

Wright, F. L. (1954). The Natural House. New York : New Tork Horison Press.

Wright, F. L. (1957) Truth Against the World. New York : A Wiley-interscience

publication.

Wright (1993). Ecotourism, Ethics or Eco-sell. London : Pearson educations limited.

World Tourism Organitation (2004): Tourism Highlights Editions 2004. Madrid :

IYE, Facts & Figures

Zucker, W. (1983). The Image and Imagination of The Architect. In Via 6,

Architecture and Visual Perception, eds Read and Doo. Cambridge : MA:

MIT Press.

Laman Web

http://www.ecotourism.org

http://www.ecotourism.org.com

http://www.indian-wildlife.com

http://www. journeymart.com

http://www.mocat.org.my

Page 235: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

210http://www.thompsonssa.co.za

http://www.tnks.com

http://www.wildlife.gov.my

http://www.wildlifeafrica.co.za

http://www.wildlifeinindia.com

http://www.wildlywise.com

Page 236: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

211Lampiran A

Senarai Singkatan

ECA : Eviroment Council Of Alberta

JKR : Jabatan Kerja Raya

JNPC : Johor National Park Corporation

NEP : National Ecotourism Plan

NTP : National Tourism Policy

PERHILITAN : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

PTNJ : Penguasa Taman Negara Johor

RM : Ringgit Malaysia

RMK 8 : Rancangan Malaysia Ke Delapan

TIES : The International Ecotourism Society

WTO : Word Tourism Organisasion

Page 237: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

212Lampiran B

Senarai Nama-Nama yang Terlibat Dalam Sesisi Temubual

Sesisi temubual dilakukan dengan :

Jawatan no tlp/email

Jabatan Kerja Raya Dr. Amir Hamzah Pengarah Kanan

cawangan Arkitek03-26165025

Nur Haizi binti Abdul Hai

Pengarah Cawagan Bangunan am

03-27715200

Jabatan Perhilitan Puan Hajah Khairiah Mohd Shariff :

Pengarah Eko-Pelancongan

En. Rahmat Topani : Penolong Pengarah Kanan

Rahmat@wild life.gov.my

Dr. Ebil b` musa : Ketua Penolong Pengarah

ebil@wild life.gov.my

Dr. Rahimatsyah bin Amat

Pengurus Besar Majelis Tindakan Pelancongan Negri Perlis

Kakitangan Ibu Pejabat Pelancongan Negri Perlis

Ibu pejabat Taman Negara Johor En. Hasnizam b` Hamzah

Penolong Pengarah

Kahairunizam b` Nasa Pembantu Takbir Qamzalhafis Yahya Juru Teknik

07-2242525

Penguasa Taman Negara Johor En. Abdul Aziz M.Top Pegawai Pemelihara

HutanKakitangan Taman Negara Endau-Rompin Lili tukiman Pengurus Taman

[email protected]

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Mohd. Noor. Jamli b` Hajat

Pengawas

Nor Hafizah Bt. MustafaEn. Aziz

Penolong Pengarah

012-457307204-976596604-977662804-9557898

Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Hasim B` Saad. RangerRasli B` Jaya Pekerja Rendah Khas

012-4573072

Page 238: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

213Penguasa Mutiara Taman Negara Resort

Kaki tangan Mutiara Taman Negara Resort

Page 239: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

214Lampiran C.

Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang Berasal Daripada Rumput dan Pokok Palm

Nobor Keuntungannya Kelemahannya 1 Bahan ini sangat banyak tersedia di

alam semulajadi Sangat mudah rosak oleh angin dan badai.

2Dalam pengerjaan pembinaan bangunan sangatlah mudah dan kos pengangkutan untuk jenis bahan ini sangatlah murah, kerana bahan ini sangatlah ringan untuk diangkat.

Sangatmudah terbakar

3

Sangat menguntungkan jika digunakan pada kawasan yang memiliki iklim yang hangat mahupun lembab. Ini adalah kerana sifat semulajadi dari bahan ini yang tidak menyerap panas mahupun dingin, dan ini mengakibatkan suhu dalam bangunan tetap.

4Lebih mudah dalam pemeliharaan bangunan dan kos pemeliharan terhadap bangunan lebih murah.

5

Atap yang terbuat dari rumput atau daun pohon palm memiliki ketahanan dengan masa 3 tahun, tetapi dengan pemasangan atap dengan kemirigan minimal 45 maka akan memiliki ketahanan dengan masa 5-6 tahun.

6

Dengan penggunaan bahan kimia khusus dan tepat dalam pengerjaan pembinaan bangunan, maka material bangunan ini akan memiliki ketahanan dengan masa 15 tahun.

Sumber : Lippsmier, 1997

Page 240: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

215Lampiran D

Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang Berasal

Daripada Bambu dan Buluh.

Nobor Keuntungannya Kelemahannya 1 Murah, mudah dikerjakan dan

diperbaiki. Penggunaan pada bangunan bukan sahaja sebagai atap tetapi juga boleh digunakan sebagai dinding dan pembinaanbangunan

Bahan dari bambu dan buluh tidak tahan terhadap serangan serangga dan cendawan.

2Bahan bangunan dari bambu dan buluh ini sangat sesuai digunakan di kawasan yang mengalami gempa bumi, kerana perbandingan berat dan ketahanan yang menguntungkan.

Bahan yang terhasil dari pokok bambu dan buluh sangat mudah terbakar sepertimana bahan yang terdiri dari rumput dan pokok palm.

3Permukaan buluh dan bambu sangat tahan terhadap air dan perubahan cuaca.

Tanpa pengolahan dan pemasangan yang baik bahan bangunan dari buluh dan bambu ini hanya memiliki ketahanan dalam jangka masa 2-3 tahun

4Pengudaraan yang sangat baik, dan menyerap haba panas yang sedikit.

5

Perlindungan terhadap penghuni daripada gangguan haiwan buas sangat baik

6

Bahan daripada bambu dan buluh ini lebih tahan terhadapangin dan badai dibandingkan dengan bahan dari rumput dan pokok palm

Sumber : Lippsmier, 1997

Page 241: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

216Lampiran E

Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang Berasal Daripada Kayu

Sumber : Mangunwijaya, 1988.dan Koesmartadi, 1999

Nobor Keuntungannya Kelemahannya 1 Murah, mudah dikerjakan dan

diperbaiki dengan penggunaan pada bangunan bukan sahaja sebagai kerangka atap tetapi juga boleh digunakan sebahagai dinding dan binaan bangunan

Tidak tahan terhadap anai-anai dan serangga

2Memiliki kestabilan mekanikal yang tidak dimiliki oleh bahan bangunan yang diperbuat dari rumput, pokok palm, pokok bambu dan buluh

Sangat mudah terbakar terutama di kawasan tropikal kering

3Kemampuan untuk pengisolasian panas sedang dan penyerapan terhadap panas sangat kecil sehingga suhu dalam ruangan memiliki kestabilan

Kerosakan pada kayu diakibatkan oleh kulat yang akan mengakibatkan kayu menjadi lapuk

4Lebih tahan terhadap angin dan perlindungan yang lebih baik terhadap hujan, haiwan buas, dan cahaya matahari

5Kos perawatan yang lebih murah dan mudah dalam melakukan pembaikan terhadap bangunan.

6 Lebih ramah terhadap lingkungan dan mudah dalam pembinaan bangunan

Page 242: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

217Lampiran F

Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan Tanah Liat dan Batu Bakar.

Nombor Keuntungannya Kelemahannya 1 Penyerapan terhadap panas yang

baik dan kemampuan menyalurkan haba panas sangat rendah membuatkan suhu dalam ruangan menjadi stabil stabil

Air mudah masuk pada waktu hujan lebat melalui sambungan batu, ini terjadi jika dinding tidak diberi lapisan seperti : lapisan silicon

2Sangatlah sesuai jika digunakan di kawasan tropika basah, kerana daya serap dan pemindahan panas nya sangatlah kecil

Rongga bata yang tidak tertutup akan menjadi sarang dan jalan bagi serangga, ulat dan binatang kecil

3Lebih tahan terhadap gangguan cuaca, bebas daripada gangguan haiwan buas, dan lebih tahan terhadap gempa bumi

Pada kelembapan yang berterusan akan tumbuh lumut dan kulat yang akhirnya akan mengakibatkan batu bata bakar menjadi lapuk

4Tidak mengganggu atau mencemarkan lingkungan sekitarnya

Mudah retak akibat tingginya pemanasan lapisan luar oleh sinar matahari dan pendinginan di bahagian dalam ( pemasangan penghawa dingin ).

5Tahan terhadap asid jika dilapisi dengan bahan–bahan mineral dan logam

Kos pemeliharaan lebih mahal jika dibandingkan dengan bangunan yang diperbuat dari bahan yang lain.

6 Bisa tahan dalam masa 75 tahun

Sumber : Lippsmier, 1997 dan Mangunwijaya, 1988.

Page 243: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

218Lampiran G

Piawaian Perancangan Tapak Mengikut NEP 1996

Nombor Perancangan Kawasan Tapak

Spesifikasi

1 Piawaian lokasi pembangunan

Tiap bidang tanah digunakan secara eksklusif dan memiliki keuntungan. Harus wujud akses di setiap kemudahan pendukung. Seperti pengangkutan.

2 Kawasan landskap Pemelharaan kawasan, dimana minimum 50% daripada luas kawasan dapat digunakan untuk penanaman pokok-pokok untuk kepentingan landskap.

3 Ruang terbuka Dicadangkan bagi lokasi berkemah, rekreasi dan keperluan landskap.

4 Pencakupan bidang tanah

Merupakan peratusan kawasan untuk zoning yang digunakan untuk struktur bangunan dan kawasan tempat letak kereta.

5 kawasan untuk bangunan

Bangunan dapat ditempatkan di bahagian maksimum, selama pencakupan bidang tanah sesuai.

6 Kepadatan bangunan Kepadatan dihitung dengan membahagikan total area dengan total unit yang dihitung melalui total jumlah bangunan perhektar.

7 Jarak antara bangunan Dihitung dari bahagian terluar bangunan. Sebaiknya jarak antara bangunan mengikuti piawaian senibina.

8 Pagar rekabentuk seluruh pagar tergantung pada pihak pengelola, akan tetapi sebaiknya menggunakan material daripada kayu dan batu/material yang disetujui.

9 Susur tangga. Susur tangga sebaiknya terbuat daripada pokok/kayu secara semulajadi, tertutup atu dicat dengan warna hijau atau coklat tua.

10 Jubin Sebaiknya terbuat daripada batu-batu yang semulajadi, konkrit aspal atau bahan yang mempunyai permukaan keras dan berwarna kelabu atau hijau.

11 Jambatan Pembuatan jambatan untuk pejalan kaki dapat dibolehkan, tetapi harus melalui persetujuan MDO

12 Perabot diluar bangunan

Seperti bangku, meja, telefon, dan tempat pembuangan sampah. Rekabentuk harus mendapat persetujuan daripada MDO

Page 244: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

219Nombor Perancangan Kawasan

Tapak Spesifikasi

13 Pencahayaan eksterior Untuk keindahan, dipastikan anak tangga dan jalan biasa mendapat pencahayaan. Akan tetapi pencahayaan yang diberikan harus sesuai dengan piawaian senibina. Cahaya sebaiknya tidak melebihi cahaya satu lilin yang diletakan ditanah, kecuali untuk alasan keamanan.

14 Kawasan tempat letak kereta

Dalam kawasan harus memiliki dua kawasan tempat letak kereta : -. Kawasan tempat letak kereta untuk umum -. Kawasan tempat letak kereta pegawai

15 Tempat berjalan kaki (walkway)

Maksimum luas kawasan yang disediakan untuk walkway adalah 10% dari luas kawasan untuk panjang 100 kaki, atau 7% untuk jalan tanjakan dengan panjang lebih 100 kaki.

16 Tinggi bangunan di kawasan

tidak melebihi tinggi pokok/kurang 5 tingkat di kawasan biasa dan tidak melebihi 2 tingkat di kawasan lindungan

Sumber : Malaysian National Ecotourism Plan, 1996

Page 245: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

220Lampiran H

Piawaian Perancangan Kotej di Kawasan Ekopelancongan Mengikut NEP 1996

Nombor Diperuntukan

untuk :

Country Resort

(dalam kawasan biasa)

Retreat Resort

(dalamkawasan lindungan

/kawasan yang sensitive)

1

Izin atau

kebenaran

pembangunan

Hotel, chalet, komersial

tourism, pelayanan

pangsapuri, rekreasi, dan

hiburan.

Hotel, chalet, pelayanan

pangsapuri, tapak untuk

perkemahan, dan rekreasi.

2

Syarat minimum.

a. lokasi kawasan.

b. Bidang

bahagian depan

jalan

c. Bidang

halaman bagian

belakang

d. Lokasi

bahagian

belakang

e. Hujung

halaman

bahagian

belakang

8 hektar

30 meter

15 meter

6 meter plus 1,5 meter

untuk setiap tingkat

bangunan yang lebih

daripada 2 tingkat.

6 meter plus 1,5 meter

untuk bangunan lebih

daripada 2 tingkat

10 hektar

30 meter

15 meter

6 meter plus 1,5 meter untuk

setiap tingkat bangunan 2

tingkat

30 meter untuk bangunan 2

tingkat

3Kepadatanmaksimum a.ratiokawasan tingkat

1:0:1 1:0:1

Page 246: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

221Nombor Diperuntukan

untuk :

Country Resort

(dalam kawasan biasa)

Retreat Resort

(dalamkawasan lindungan

/kawasan yang sensitive)

3 b.unit bangunan perhektar

35 unit perhektar 10 unit perhektar

4 Tinggi

maksimum

bangunan

5 tingkat bangunan.

Akan tetapi ini

bergantung kepada lokasi

dalam hubungan

terhadap alam

persekitaran dan fitur

buatan manusia

2 tingkat. Hal ini juga

bergantung kepada lokasi dan

tidak boleh melebihi tinggi

poko-pokok yang ada dilokasi.

5

Maksimum

pencakupan

bidang tanah

30% 20%

6

Jalan dan

kawasan tempat

letak

(ruang perunit)

1:3 plus 1 per 7,5

Ruangan am dan ruang

perniagaan

1:2 plus 1 per 7,5

Ruangan am dan perniagaan

Sumber : National Ecotourism Plan, 1996

Page 247: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

222Lampiran I

Penginapan Satu Lantai (dilihat dari sisi kiri)

contoh penginapan satu lantai

Dilihat dari bahagian depan