Buku Panduan dan Peraturan Cuti Sabatikal

  • View
    250

  • Download
    18

Embed Size (px)

Text of Buku Panduan dan Peraturan Cuti Sabatikal

10

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 1

2. TAFSIRAN 1

3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL 2 - 3

4. KELAYAKAN 3 - 4

5. TEMPOH CUTI SABATIKAL 4 - 5

6. KEMUDAHAN DAN FAEDAH 5 - 6

7. PENANGGUHAN CUTI SABATIKAL 6

8. LUPUT DAN HILANG KELAYAKAN CUTI SABATIKAL 7

9. IKATAN PERJANJIAN CUTI SABATIKAL 7

10. PROSEDUR MEMOHON 7 - 8

11. LAPORAN CUTI SABATIKAL 8

12. TATATERTIB DAN PENGLIBATAN DALAM 8 - 9

PEKERJAAN

13. HAK UNIVERSITI 9

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

10

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENDAHULUAN

1. Cuti Sabatikal merupakan satu tempoh masa yang diluluskan oleh Universiti

untuk pegawai akademik bagi membolehkan mereka meningkatkan kebolehan dan

kemahiran dalam bidang kepakaran masing-masing. Selari dengan perkembangan ilmu

yang dinamik, Cuti Sabatikal adalah platform yang sesuai untuk pegawai akademik

mengemaskini pengetahuan kemahiran mereka dari masa ke semasa.

TAFSIRAN

2. Istilah yang digunakan dalam Syarat Syarat dan Peraturan Cuti Sabatikal ini

adalah seperti berikut;

a) Cuti Sabatikal ertinya seperti yang diterangkan dalam perenggan 1;

b) Pegawai / Pegawai Akademik ertinya seorang guru yang dilantik

secara tetap oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;

c) Tahun Akademik ertinya dari tempoh permulaan sesi baru pengajian

hingga tamat sesi pengajian;

d) Universiti ertinya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;

e) Luput ertinya tempoh masa tidak boleh diambilkira;

f) Naib Canselor ertinya Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia; dan

g) Perkhidmatan Tiga Tahun ertinya perkhidmatan terus menerus

selama tiga puluh enam bulan, dan perkhidmatan lima tahun ertinya

perkhidmatan terus menerus selama enam puluh bulan, dengan

Universiti, sebagaimana yang terpakai, dan termasuk apa apa tempoh

pinjaman, tetapi tidak termasuk apa apa tempoh;-

1

10

i. Cuti Tanpa Gaji;

ii. Cuti Separuh Gaji;

iii. Cuti Belajar;

iv. cuti bagi menghadiri suatu program di bawah apa apa skim

latihan bagi kakitangan akademik;

v. perkhidmatan yang dikehendaki dikecualikan;

vi. tangguhan Cuti Sabatikal yang diluluskan;

vii. tindakan tahan kerja atau gantung kerja di bawah peraturan

tatatertib Universiti; dan

viii. perintah tahanan di bawah mana-mana peruntukan undang

undang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana

mana bahagiannya, pencegahan jenayah atau tahanan

pencegahan.

h) Bench Fees ertinya yuran penyelidikan yang juga dikenali Research

Support Fees yang merangkumi kos sumber / material yang digunakan

semasa dalam pengajian. Ianya merupakan yuran tambahan kepada

yuran pengajian biasa.

BENTUK PROGRAM SABATIKAL

3. Program Cuti Sabatikal boleh dijalankan dalam bentuk :-

i) Pengajian; atau

ii) Penyelidikan; atau

iii) Sangkutan; atau

iv) Penulisan buku

atau kombinasi mana-mana bentuk program tersebut.

2

10

4. Program Sabatikal bagi bentuk pengajian , penyelidikan dan sangkutan :-

a) bertujuan menambah dan meluaskan pengalaman dalam bidang atau

meneroka bidang yang baru;

b) membuat penyelidikan yang memberi nilai tambah kepada universiti tetapi

bukan bertujuan untuk menyelesaikan penyelidikan untuk mendapatkan

PhD;

c) mengadakan program Cuti Sabatikal dengan mana-mana organisasi yang

bertujuan memperolehi kelayakan profesional dalam bidang seperti

undang-undang, perakaunan dan kejuruteraan; dan

d) mengadakan program Cuti Sabatikal yang boleh dibuat dua kombinasi

tempat dan masa dalam dan luar negara.

5. Program Sabatikal bagi penulisan;

a) bertujuan menulis buku ilmiah yang asli dan diterbitkan sebaik sahaja

program Cuti Sabatikal berakhir; dan

b) Kerja - kerja asas seperti mengumpul maklumat atau menyediakan draf

buku ilmiah sebelum memulakan Cuti Sabatikal.

6. Mengajar di Universiti - universiti terkemuka di luar negara;

a) Melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran institusi terkemuka di

luar negara

KELAYAKAN

7. Seseorang pegawai boleh dipertimbangkan untuk Cuti Sabatikal sekiranya

memenuhi syarat-syarat berikut;

3

10

a) warganegara Malaysia;

b) telah disahkan dalam perkhidmatan;

c) keutamaan kepada pegawai yang telah memiliki Ijazah Doktor Falsafah;

d) tarikh tamat Cuti Sabatikal ialah sekurang kurangnya 24 bulan sebelum

tarikh persaraan wajib;

e) telah berkhidmat tiga (3) tahun atau lima (5) tahun selepas ditawarkan

jawatan tetap dalam perkhidmatan secara terus menerus selama 36

bulan atau 60 bulan dengan universiti tanpa terputus dengan cuti

tertentu;

f) tidak terlibat dengan prosiding jenayah di mahkamah atau dikenakan

tindakan tahan kerja / gantung kerja; dan

g) telah tamat tempoh hukuman tatatertib ( jika ada ).

TEMPOH CUTI SABATIKAL

8. Tempoh Cuti Sabatikal bagi pegawai yang genap tiga (3) tahun ialah selama lima

(5) bulan kalendar dan bagi pegawai yang genap perkhidmatan lima (5) tahun ialah

sembilan (9) bulan kalendar.

9. Sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan tiga (3)

tahun yang diambilkira, Cuti Sabatikal hendaklah dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia.

Sekiranya pegawai masih ingin melaksanakan Cuti Sabatikal di luar Malaysia;

a) pegawai tidak berhak dan tidak boleh dibayar apa-apa perbelanjaan

perjalanan, yuran atau bench fee, rawatan kesihatan dan elaun pakaian

panas; dan

b) pegawai hanya akan dibayar elaun sara hidup mengikut kadar di

Malaysia.

10. Sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan lima (5)

tahun yang diambilkira Cuti Sabatikal pegawai boleh menjalaninya di dalam atau di luar

negara.

4

10

11. Sekiranya menjalani Cuti Sabatikal di luar negara tempohnya tidak kurang dari

satu (1) bulan kalendar dan Cuti Sabatikal hendaklah dilaksanakan di satu tempat

sahaja. Sekiranya melibatkan dua tempat berbeza, kadar elaun yang layak akan dibayar

mengikut kadar yang terendah.

KEMUDAHAN DAN FAEDAH

12. Pegawai yang menjalani Cuti Sabatikal dalam negara layak dibayar elaun sara

hidup atas kadar tempatan, elaun buku sebanyak RM500 yang boleh dituntut sekali

sahaja, dan bench fees (jika ada)

13. Pegawai yang menjalani Cuti Sabatikal di luar negara kali pertama layak

mendapat faedah seperti berikut:

a) Tambang perjalanan pergi / balik bagi laluan terdekat kelas ekonomi

dengan menggunakan penerbangan yang dibenarkan dengan kos yang

lebih murah;

b) Elaun Sara Hidup kadar luar negara bagi tempoh tidak kurang tiga (3)

bulan mengikut Pekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa;

c) Elaun Pakaian Panas;

d) Insuran kesihatan

e) Elaun Buku sebanyak RM500 sekali sahaja; dan

f) Bayaran bench fees.

14. Cuti Sabatikal kali kedua dan seterusnya, pihak Universiti hanya akan membayar

elaun sara hidup pada kadar tempatan dan pegawai digalakkan untuk mendapatkan

pembiayaan luar universiti. Walau bagaimanapun, pegawai perlu mendapat kebenaran

Universiti sebelum memohon pembiayaian daripada luar.

14. Semua cuti rehat yang belum dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sabatikal

hendaklah disifatkan telah luput berkuatkuasa mulai tarikh permulaan Cuti

Sabatikal. Bagi pegawai yang mengambil Cuti Sabatikal selama sembilan bulan

dan mengikuti cuti

5

10

sabatikal di luar negara boleh dibenarkan mengambil cuti maksimum selama

tujuh (7) hari sebaik sahaja tamat Cuti Sabatikalnya yang dikira daripada cuti

rehat yang tidak dapat dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sabatikal.

Kelayakan cuti rehat akan dikira mulai tarikh pegawai melapor diri untuk bertugas

semula.

16. Pihak Universiti berhak menyelaras apa jua elaun yang akan diterima oleh

pegawai semasa menjalani Cuti Sabatikal.

PENANGGUHAN CUTI SABATIKAL

17. Pegawai mesti mengambil dan melaksanakan Cuti Sabatikalnya pada tarikh

genap masa beliau boleh diluluskan , walaubagaimanapun Cuti Sabatikal tersebut boleh

ditangguhkan atas sebab:

a) kepentingan perkhidmatan pegawai boleh melalui Dekan dan Ketua

Jabatan memohon penangguhan atas sebab kepentingan tetapi

penangguhan itu tidak boleh melebih daripada 24 bulan selepas tarikh

genap masa Cuti Sabatikal yang diluluskan itu.

b) sebab-sebab peribadi - pegawai boleh melalui Dekan dan Ketua

Jabatan memohon penangguhan atas sebab peribadi tetapi

penangguhan itu tidak boleh melebih daripada 12 bulan selepas tarikh

genap masa Cuti Sabatikal yang diluluskan itu.

c) pegawai juga dikehendaki menangguh Cuti Sa