28
Buku Panduan Paralegal Komuniti Daftar Kelahiran, Dokumentasi Diri dan masyarakat Tanpa Warganegara di Sabah

Buku Panduan Paralegal Komunitiasasikita.com/konsol/wp-content/uploads/2019/10/Paralegal-Guide-final-1.pdf · masyarakat membuat pilihan yang sesuai untuk menyelesaikan konflik atau

  • Upload
    others

  • View
    9

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Buku Panduan Paralegal Komuniti

Daftar Kelahiran, Dokumentasi Diri dan masyarakat

Tanpa Warganegara di Sabah

2

KANDUNGAN 1) Peranan seorang Paralegal

2) Kepentingan Etika

3) Perlindungan Data

4) Komunikasi

5) Mengambil Kenyataan dari seorang Klien

6) Pengesahan Maklumat

7) Kod Etika Perlindungan Kanak-kanak

8) Pengurusan Rekod dan Fail

7) Pendidikan untuk Orang Awam

8) Pendaftaran Sijil Kelahiran

9) Kepentingan Identiti dan Kewarganegaraan

10) Kepentingan Dokumentasi

11) Proses Pendaftaran Daftar Kelahiran

12) Proses Mendapat Kewarganegaraan

13) Apa Itu Penduduk Tanpa Dokumen

14) Kenapa masalah daftar kelahiran terjadi?

15) Kesan Kesan ketiadaan dokumen pengenalan diri

16) Paralegal Beraksi: Kajian Kes

17) Definasi terma terma utama

18) Penghargaan

Lampiran 1 - Panduan Soalan dan Jawapan Jabatan Pendaftaran Negara

3

1) Peranan seorang Paralegal Komuniti

Tugas utama Paralegal adalah untuk merapatkan jurang dalam sistem undang-undang dengan bertindak sebagai pembekal perkhidmatan pertolongan cemas undang-undang. Paralegal membantu masyarakat untuk memahami, meminta dan mengakses hak mereka. Mereka membantu masyarakat untuk menyelesaikan pertikaian dengan memperkasakan ahli masyarakat membuat pilihan yang sesuai untuk menyelesaikan konflik atau mengelakkan konflik daripada bertambah teruk. Berikut adalah fungsi-fungsi tertentu seorang Paralegal Komuniti. Kaunseling asas Ini membantu dan melibatkan ahli masyarakat untuk mencari penyelesaian kepada masalah mereka sendiri. Kaunseling boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah peribadi atau masalah keluarga. Peranan Paralegal dalam kaunseling adalah untuk membantu klien menyelesaikan perselisihan antara mereka dan mencari penyelesaian secara baik. Penyelesaian Pertikaian Alternatif - Paralegal boleh membantu menyelesaikan pertikaian melalui pelbagai cara, iaitu dengan negosiasi, mediasi, timbangtara, konsiliasi dan lain-lain. Siasatan Awal dan Menyediakan Fakta (Pengurusan Maklumat): Adalah penting bahawa Paralegal menyiasat fakta masalah atau aduan untuk membolehkan mereka membuat keputusan sama ada mereka boleh mengendalikan kes itu atau mereka perlu rujukan. Seorang Paralegal perlu menjadi pengurus maklumat yang baik, pastikan meminta maklumat yang berguna dan maklumat yang diterima perlu digunakan dengan baik. Dalam melaksanakan peranan ini, Paralegal hendaklah menemubual mereka yang terlibat dengan masalah dan mengambil nota yang boleh difahami oleh klien sendiri dan boleh digunakan oleh peguam sebagai lembaran fakta atau untuk rujukan institusi lain. Penyediaan Dokumen / Penyimpanan Rekod Paralegal membantu klien mengisi lembaran maklumat yang akan membolehkan Paralegal untuk menentukan sama ada klien layak atau tidak untuk bantuan undang-undang. Paralegal hendaklah membuka fail bagi setiap aduan untuk klien yang layak mendapatkan perkhidmatan percuma dan rekod seberapa banyak maklumat yang mungkin mengenai klien tersebut dalam fail kes. Paralegal juga menyediakan petisyen, afidavit dan akuan bersumpah untuk klien, jika perlu. Paralegal hendaklah memastikan bahawa setiap komunikasi dengan klien termasuk jenis perkhidmatan yang diberikan, tarikh dan masa mesyuarat dicatat dalam fail klien. Maklumat mengenai tindakan yang diambil dan temu janji akan datang juga mesti didokumenkan dengan jelas dalam fail.

4

Menjalankan Klinik Undang-undang Berdasarkan kepada jenis masalah yang dihadapi, Paralegal memberi bantuan undang-undang kepada orang dengan menyediakan penyelesaian awal yang segera dalam situasi kecemasan seperti kekerasan jenayah atau apa-apa bentuk keganasan atau kemalangan. Pendidikan Komuniti / Sesi Pembangunan Kapasiti Komuniti Paralegal juga membantu mendidik orang awam mengenai hak-hak mereka dan undang-undang asas yang memberi kesan kepada mereka. Mereka mewujudkan kesedaran mengenai perkhidmatan yang disediakan dan bagaimana untuk berhubung dengan Paralegal yang terdekat atau agensi berkaitan apabila ahli masyarakat mempunyai masalah. Pembangunan kapasiti dan perkongsian maklumat boleh dilakukan melalui mesyuarat kumpulan, kempen kesedaran dan penggunaan bahan Maklumat Pendidikan Komunikasi. Membuat Rangkaian dan Advokasi Paralegal perlu menjalin hubungan baik dengan pihak berkepentingan lain seperti bersama Paralegal lain, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain. Ini perlu untuk membantu mereka menyedari tentang peluang perkhidmatan yang tersedia kepada ahli masyarakat dan untuk mendapatkan sokongan dalam menyelesaikan masalah. Seorang Paralegal juga menyokong untuk perubahan positif dalam masyarakat dengan menggerakkan rakyat ke arah perubahan sikap dan tingkah laku yang tidak menghalang kemajuan dan pembangunan dalam masyarakat dan negara secara keseluruhannya. 2) Kepentingan Etika

Etika adalah peraturan dan kelakuan moral yang harus dipatuhi oleh seorang Paralegal. Ia sangat penting kerana ahli komuniti harus tahu bahawa seorang Paralegal ialah seseorang yang boleh dipercayai untuk menguruskan maklumat peribadi mereka. Etika yang harus dipatuhi adalah seperti berikut:

• Seorang Paralegal hendaklah menguruskan masalah seorang klien dengan serta merta.

• Kerja yang dilakukan oleh Paralegal adalah percuma, dan tidak boleh

mengenakan bayaran atau menerima sebarang “sagu hati” daripada klien.

• Seorang Paralegal hanya boleh lakukan kerja sesuai dengan

kelayakannya. Seorang Paralegal tidak boleh berpura-pura, atau menganggap diri mereka sebagai peguam.

• Seorang Paralegal hendaklah membuat “pemeriksaan kembali”

terhadap tugas mereka untuk pastikan tiada kesilapan.

5

• Seorang Paralegal tidak boleh mendiskriminasikan mana-mana klien yang bekerja dengan mereka. Paralegal hendaklah menghormati klien mereka tidak mengira bangsa, jantina, kewarganegaraan, agama, kecacatan/kekurangan, atau pandangan politik.

• Seorang Paralegal hendaklah pada setiap masa bertindak dengan

sopan dan penuh hormat terhadap klien, walaupun klien tersebut tidak bekerjasama atau bertindak kasar.

3) Perlindungan Data

Semua yang dibincangkan dengan klien adalah sulit, ini bermakna anda tidak boleh kongsikan maklumat tersebut dengan sesiapa melainkan klien tersebut sendiri memberi persetujuannya. Akta Perlindungan Peribadi 2010 Prinsip Am: Seseorang pengguna data tidak boleh dalam hal peribadi sensitif, memproses data peribadi mengenai seorang subjek data melainkan jika subjek data atau tuan punya badan itu telah memberikan persetujuannya bagi pemprosesan data peribadi itu. Seseorang pengguna data boleh memproses data peribadi mengenai seorang subjek data jika pemprosesan itu perlu bagi mentadbir keadilan; atau bagi menjalankan apa-apa fungsi di bawah mana-mana undang-undang. Prinsip Keselamatan: Seseorang pengguna data hendaklah, apabila memproses data peribadi, mengambil langkah yang praktikal untuk melindungi data peribadi itu daripada apa-apa kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau; dengan tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan dengan mengambil kira

(a) sifat data peribadi itu dan kemudaratan akibat daripada kehilangan, salah guna, ubah suaian, akses atau penzahiran tanpa kebenaran atau tidak sengaja, pengubahan atau pemusnahan itu;

(b) tempat atau lokasi di mana data peribadi itu disimpan;

(c) apa-apa langkah keselamatan yang digabungkan ke dalam apa-apa kelengkapan yang dalamnya data peribadi itu disimpan;

(d) langkah yang diambil untuk memastikan kebolehpercayaan, integriti

dan kewibawaan personel yang mempunyai akses kepada data peribadi itu; dan (e) langkah yang diambil bagi memastikan pemindahan selamat data peribadi itu.

6

Prinsip Integriti Data: Seseorang pengguna data hendaklah mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa data peribadi adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini dengan mengambil kira maksud, termasuk apa-apa maksud yang berhubungan secara langsung, yang baginya data peribadi itu dikumpulkan dan diproses selanjutnya. Prinsip Akses: Seseorang subjek data hendaklah diberi akses kepada data peribadinya yang dipegang oleh seorang pengguna data dan boleh membetulkan data peribadi itu jika data peribadi itu tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, kecuali jika pematuhan dengan permintaan untuk akses atau pembetulan itu enggan diberikan di bawah Akta ini. 4) Komunikasi Disini ada beberapa tips penting apabila menjalankan temuramah:

• Perkenalkan diri kepada klien, nyatakan nama anda, latihan yang anda ikuti sebelum ini dan jenis bantuan yang anda boleh berikan.

• Tanya klien: “bagaimana saya boleh bantu anda?” Dan minta kebenaran untuk mengambil nota semasa perbincangan.

• Sila tanya nama, tarikh lahir dan alamat klien tersebut.

• Dengar klien dengan teliti dan lakukan temuan mata untuk menunjukkan bahawa anda sedang mendengar.

• Dengar keseluruhan cerita dahulu dan kemudian rumuskan cerita mereka dalam nota anda. Pastikan anda membuat pemeriksaan dengan klien untuk memastikan bahawa nota anda tepat.

• Bincang dengan klien anda apa yang anda fikirkan langkah yang perlu diambil oleh klien untuk menyelesaikan masalah. Pastikan nasihat anda realistik, jangan berikan harapan palsu kerana ini akan memberi kesan kepada reputasi anda dalam komuniti tersebut.

• Penting untuk tidak berikan nasihat kepada klien jika anda tidak pasti akan faktanya. Lebih baik untuk kembali kepada klien selepas beberapa hari apabila anda sudah pasti dan faham fakta tersebut.

• Jangan menganggap bahawa klien tahu tentang undang-undang, oleh itu anda hendaklah beri penjelasan yang mudah, gunakan bahasa harian untuk memastikan klien anda faham.

7

• Adalah penting untuk bersimpati terhadap klien, kerana ini akan mengukuhkan kepercayaan klien terhadap anda.

5) Mengambil Kenyataan dari seorang Klien Kenyataan adalah penting untuk menyimpan rekod kes klien kerana kerap kali klien akan lupa. Penting untuk merekod kenyataan klien dengan tepat dan pastikan maklumat di dalam kenyataan adalah lengkap. Kenyataan klien termasuk:

1. Butir-butir penting mengenai klien, cth: nama, alamat rumah, tarikh lahir, tempat lahir dan kad pengenalan (atau dokumen lain).

2. Penerangan tentang masalah klien.

3. Kronologi tentang peristiwa yang berlaku (ikut urutan tarikh).

4. Kalau boleh, tandatangan klien untuk mengesahkan bahawa klien sudah baca dan faham dengan kenyataannya.

5. Kalau maklumat tidak diberikan/tiada tulis: “N/A” 6) Pengesahan Maklumat Sebagai Paralegal anda hendaklah berhati-hati untuk tidak bertindak berdasarkan maklumat palsu. Ada masanya dimana klien memberi maklumat palsu / tidak tepat untuk menyokong kesnya. Jika anda bertindak menurut maklumat tersebut, ia sesuatu yang memalukan dan kamu akan kehilangan kepercayaan dan hormat dari komuniti. Oleh itu, penting untuk membuat pemeriksaan kembali dengan bertanya beberapa saksi (jiran, ketua kampung, bidan/doktor tempatan) atau ahli keluarga klien untuk mengesahkan kebenaran maklumat tersebut. 7) Kod Etika Perlindungan Kanak-kanak

• Layani kanak-kanak dengan hormat, tidak mengira jantina, bangsa, bahasa, agama, pandangan politik, etnik, kewarganegaraan, kecacatan/kekurangan, status kelahiran atau status lain.

• Jangan gunakan bahasa atau kelakuan yang kesat, tidak sesuai, bersifat seksual yang provokatif atau tidak sesuai dengan budaya kanak-kanak tersebut.

• Tidak boleh libatkan kanak-kanak dalam apa-apa aktiviti yang berbentuk seks, termasuk bayaran untuk perkhidmatan seks.

• Jika boleh, pastikan ada lebih kurang seorang dewasa hadir apabila bekerja berdekatan dengan kanak-kanak.

8

• Tidak boleh jemput kanak-kanak yang tidak diiringi oleh orang dewasa ke dalam rumah seseorang, kecuali jika mereka mempunyai risiko kecederaan atau dalam keadaan bahaya.

• Gunakan komputer, telefon bimbit, media sosial, atau kamera digital dan video dengan sewajarnya, dan tidak gunakan untuk mengeksploitasi atau mangganggu kanak-kanak atau mengakses bahan eksploitasi kanak-kanak melalui mana-mana medium.

• Tidak boleh menggunakan hukuman fizikal terhadap kanak-kanak.

• Tidak boleh menjadikan kanak-kanak sebagai buruh memandangkan mereka masih muda dan sedang bertumbuh, kerana ini akan mengganggu masa mereka untuk berpendidikan / aktiviti rekreasi, atau akan meletakkan mereka dalam risiko bahaya.

• Patuhi segala undang-undang persekutuan dan undang-undang tempatan yang berkaitan dengan buruh kanak-kanak.

• Laporkan apa-apa kebimbangan atau tuduhan terhadap penderaan / eksploitasi kanak-kanak kepada pihak berkuasa yang berkaitan dengan serta-merta.

• Memahami bahawa sebagai seorang yang mempunyai kaitan dengan The Asia Foundation, anda harus menggunakan akal pikiran (common sense) dan mengelakkan tindakan dan sikap yang boleh dirafsirkan sebagai eksploitasi dan/atau penderaan kanak-kanak.

8) Pengurusan Rekod dan Fail Penyimpanan fail-fail kes dengan teratur adalah sangat penting. Fail klien harus lengkap dan boleh diakses untuk membolehkan kes-kes dikendalikan secara konsisten. Sistem pemfailan yang mudah dan efektif juga akan membolehkan ketua program untuk memantau program dan juga mengumpul data untuk membuat laporan. Sistem pemfailan yang baik termasuk:

• Satu (1) borang kes baru bagi setiap klien yang baru.

• Setiap borang kes harus mempunyai nama klien, tarikh lahir, berikan nombor kes, tarikh pengambilan kes, butir-butir klien, nama dan lokasi pejabat Paralegal.

• Apabila kes telah diselesaikan, Paralegal dan klien perlu menandatangani bahagian bawah borang kes tersebut di samping tarikh kes itu diselesaikan untuk menunjukkan bahawa tidak ada tindakan lanjut diperlukan.

9

• Fail dibuka secara berasingan mengikut jenis kes, dan susunan fail harus mengikut urutan tarikh kes diambil.

• Penting untuk menyimpan fail-fail di kawasan yang selamat di mana kakitangan yang dibenarkan sahaja mempunyai akses kepada fail tersebut. Ini adalah untuk memastikan maklumat sulit klien terjaga.

Adalah penting untuk mewujudkan kesedaran tentang isu orang tanpa kewarganegaraan dan implikasi yang bersangkut-paut di sekitar komuniti. Semua ahli komuniti tidak kira yang muda dan tua perlu memahami apa maksudnya untuk menjadi seorang tanpa kewarganegaraan dan apa yang boleh dilakukan untuk mengatasi keadaan ini. 9) Kepentingan Identiti dan Kewarganegaraan Mempunyai identiti atau kewarganegaraan adalah sangat penting bagi seseorang individu kerana ini membolehkan anda untuk mengakses barangan dan perkhidmatan asas. Seseorang tanpa kewarganegaraan tidak boleh mempunyai kehidupan yang sama dengan seseorang yang mempunyai kewarganegaraan. Cabaran yang bakal dihadapi oleh mereka yang tiada kewarganegaraan adalah:

• Akses pendidikan yang terhad, terutamanya menengah dan pendidikan tinggi. Akses untuk pembelajaran dalam kelas mungkin tidak dihadkan tetapi pengambilan ujian untuk kelayakan boleh menjadi sukar tanpa apa-apa dokumen pengenalan diri.

• Tidak ada hak untuk mengundi semasa pilihan raya.

• Kekurangan atau tiada akses kepada perkhidmatan perubatan. Kadang-kadang pihak hospital akan mengenakan bayaran lebih kepada mereka yang tiada kewarganegaraan.

• Kekurangan dokumentasi untuk hak-hak perlindungan dan hak untuk

berharta.

• Kekurangan peluang pekerjaan terutamanya dari segi pekerjaan formal yang membawa kepada pendapat rendah atau tidak stabil. Keadaan ini boleh mengakibatkan eksploitasi dan penyalahgunaan kuasa dalam sektor pekerjaan yang tidak formal.

10

• Sentiasa rasa tidak selamat disebabkan gangguan pegawai kerajaan yang sentiasa menyoal identiti anda dan mengancam untuk menangkap atau mengusir mereka yang tiada kewarganegaraan. Terdapat ancaman untuk mengusir mereka yang tiada kewarganegaraan.

• Meningkatkan pendedahan terhadap keganasan seksual dan fikizal,

pemerdagangan manusia dan pengusiran secara paksa. 10) Kepentingan Dokumentasi Pendaftaran kelahiran adalah amat penting kerana ini merupakan dokumen rasmi yang memberikan maklumat mengenai identiti anda. Sijil kelahiran adalah langkah pertama untuk mendapatkan kewarganegaraan, membuktikan kewujuduan seseorang dan menjamin identiti seseorang secara undang-undang. Para ibu bapa hendaklah digalakkan untuk daftarkan kelahiran anak mereka secara rasmi. Jika pasangan membuat keputusan untuk berkahwin adalah digalakkan untuk daftarkan perkahwinan mereka secara rasmi dan dapatkan sijil perkahwinan demi kebaikan anak-anak mereka di masa hadapan. 11) Proses Pendaftaran Sijil Kelahiran Jenis-jenis Pendaftaran Kelahiran:

• Pendaftaran kelahiran biasa – permohonan hendaklah dilakukan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kelahiran.

• Pendaftaran kelahiran lambat – permohononan hendaklah dilakukan dalam tempoh 15 hari hingga 42 dari tarikh kelahiran.

• Pendaftaran kelahiran lewat – permohonan hendaklah dilakukan lebih

42 hari hingga ke 12 bulan keatas selepas kelahiran. Siapa Boleh Mendaftarkan Kanak-Kanak tersebut:

• Ibu bapa • Penjaga sah • Orang yang mengetahui tentang kelahiran tersebut

NOTA: Untuk pendaftaran kelahiran lewat terdapat syarat lain bagi siapa yang boleh mendaftarkan kanak-kanak tersebut:

• Ibu bapa

11

• Jika bapa tidak dapat dijumpai dan ibu telah meninggal dunia, permohonan boleh dilakukan oleh dua orang penganjur yang mengetahui tentang kelahiran tersebut, kedua-dua harus berumur 18 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 10 tahun lebih tua dari kanak-kanak tersebut.

• Jika kanak-kanak baru lahir dijumpai terdedah dan kelahirannya

belum didaftarkan permohohan boleh dilakukan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau orang yang diberikan hak jagaan kepada kanak-kanak menurut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991.

Prosedur Permohonan:

Pemohon dikehendaki untuk pergi ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan.

Kehilangan Sijil Kelahiran: Jika salinan sijil kelahiran anda rosak atau hilang, ibu/bapa, seorang wakil yang diberi kuasa atau anda sendiri boleh memohon sesalinan sijil kelahiran anda dengan menghadirkan diri di pejabat JPN. Anda mesti membawa IC asal atau dokumen pengenalan lain dan tunai berjumlah RM5.00. Adalah disyorkan bahawa anda pergi ke tempat lahir (jika di hospital) untuk mendapatkan salinan sijil kelahiran anda disana.

12) Proses Mendapat Kewarganegaraan Permohonan Kewarganegaraan Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan

• Seseorang yang Lahir di Persekutuan Sebelum Hari Merdeka, 31 Ogos 1957

Syarat Permohonan

• Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar semasa mengemukakan pemohonan.

• Pemohon hendaklah dilahirkan dalam Persekutuan sebelum Hari Merdeka (tidak termasuk Sabah dan Sarawak).

• Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh permohonan.

• Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan dalam tempoh 7 tahun terdahulu tidak kurang daripada 5 tahun daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan.

• Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan. • Pemohon berkelakuan baik. • Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang mudah. • Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen

sokongan.

12

Dokumen • Kad Pengenalan pemohon • Kad Pengenalan sabjek (jika ada) • Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat sabjek (Salinan terjemahan dalam

Bahasa Malaysia/Inggeris jika perlu). • Permit Masuk/ dokumen-dokumen perjalanan sabjek. • Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga. • Sijil Warganegara ibu bapa/penjaga. • Sijil Perkahwinan ibu bapa/penjaga. • Perintah mahkamah mengenai penjagaan (jika ada) • 3 keping gambar warna sabjek berukuran 32 mm x 38mm. • Bayaran : RM10

Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan

• Permohonan Kewarganegaraan Perkara 15(1) - Isteri kepada Warganegara

• Permohonan oleh mana-mana perempuan yang bersuami dan suaminya seorang warganegara dan perkahwinannya masih berterusan.

• Bahawa ia telah bermastautin dalam Persekutuan sepanjang tempoh dua tahun sebelum daripada tarikh permohonan, dan ianya berniat hendak bermastautin tetap di Persekutuan; dan

• berkelakuan baik. Syarat Permohonan

• Pemohon dan suami hendaklah hadir semasa mengemukakan pemohonan

• Mengisi Borang A dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

Dokumen

• Kad Pengenalan pemohon dan suami. • Sijil perkahwinan (yang didaftar dalam negeri). • Sijil warganegara/sijil kelahiran suami. • Permit Masuk /sijil kelahiran pemohon. • Dokumen perjalanan pemohon dan suami. • Kad pengenalan ibu/bapa dan adik-beradik . • Sijil kelahiran anak-anak . • 3 keping gambar pemohon. • 1 keping gambar suami. • Bayaran RM10

Permohonan Kewarganegaraan Perkara 19(1) dan 19(2)

• Berumur 21 tahun ke atas Syarat Permohonan

• Pemohon hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan.

13

• Pemohon hendaklah berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan dikemukakan.

• Pemohon telah bermastautin dalam Persekutuan selama tempoh kesemuanya tidak kurang daripada 10 tahun dalam 12 tahun termasuk 12 bulan terdahulu daripada dan hingga tarikh permohonan dikemukakan.

• Pemohon berniat untuk bermastautin dalam Persekutuan selama-lamanya.

• Pemohon berkelakuan baik. • Pemohon mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang

memadai. • Pemohon hendaklah ditaja oleh dua orang penyokong bertaraf

warganegara. • Mengisi Borang C dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen

sokongan. Dokumen

• Kad Pengenalan pemohon. • Permit Masuk pemohon • Pasport /dokumen perjalanan pemohon. • Sijil Kelahiran/anakangkat pemohon (jika ada). • Kad Pengenalan/sijil kelahiran/sijil warganegara penyokong. • 3 keping gambar warna pemohon berukuran 32 mm x 38mm • Kad Pengenalan suami/isteri, jika ada. • Kad Pengenalan/sijil kelahiran anak-anak pemohon. • Kad Pengenalan ibu/bapa dan adik beradik pemohon, jika ada. • Bayaran Rm10

Permohonan Kewarganegaraan Perkara 15(2)

• Anak kurang dari 21 tahun • Salah seorang dari ibu atau bapanys (atau pada masa

kematiannya) seorang warganegara Syarat Permohonan

• Pemohon dan orang yang hendak didaftarkan hendaklah hadir di hadapan Pendaftar Warganegara / Penolong Pendaftar Warganegara semasa mengemukakan pemohonan.

• Sabjek hendaklah berumur kurang daripada 21 tahun pada tarikh permohonan dikemukakan.

• Salah seorang dari ibubapanya adalah seorang warganegara Malaysia.

• Permohonan hendaklah dikemukakan oleh ibu atau bapanya atau penjaga.

• Mengisi Borang B dengan lengkap dan sertakan salinan dokumen sokongan.

Dokumen

• Kad Pengenalan pemohon. • Kad Pengenalan sabjek (jika ada).

14

• Sijil Kelahiran sabjek (salinan terjemahan dalam Bahasa Malaysia/Inggeris jika perlu).

• Permit Masuk / dokumen-dokumen perjalanan sabjek. • Sijil Kelahiran ibu/bapa dan adik-beradik sabjek. • Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga. • Sijil Warganegara ibu bapa/penjaga. • Sijil Kahwin / Nikah ibu bapa yang didaftarkan di Persekutuan. • 3 keping gambar warna sabjek berukuran 32 mm x 38mm. • Bayaran Rm10

13) Apa itu penduduk tanpa dokumen (PTD) atau Undocumented Penduduk yang tidak memiliki dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah atau tidak lengkap maupun maklumat yang salah. Ini termasuk:

• Mereka mereka yang hidup dipendalaman tanpa dokumen pengenalan diri atau tercicir dari proses pendaftaran kelahiran.

• Mereka yang datang ke Malaysia atau dari pedalaman dengan dokumen tetapi tidak mampu memperbaharui dokumen perjalanan diri atau permit kerja kerana faktor faktor birokrasi, exploitasi, kecurian, bencana dan masalah ekonomi.

• Pekerja asing juga mempunyai risiko dibuang kerja sewenangnya

dengan dokumen visa serta passport dirampas majikan atau agent. Ketiadaan kemudahan konsular serta proses pembaharuan passport yang merumitkan.

• Mangsa mangsa permerdagangan manusia dan buruh paksa dan

sindiket antarabangsa yang beroperasi di lautan antarabangsa.

• Kanak- kanak yang terbiar tanpa keluarga

• Refugee dan peminta suaka

• Mereka mereka yang masuk tanpa sebarang dokumen atau penduduk sempadan.

Mangsa-mangsa dokumentasi bukan penjenayah tetapi kesalahan administratif atau mangsa keadaan. Mereka mempunyai hak untuk pembetulan menurut prinsip jangkaan yang sah terhadap undang-undang. Perlindungan mangsa-mangsa pemerdagangan manusia.

15

14) Kenapa masalah daftar kelahiran terjadi?

• Kekurangan kesedaran akan kepentingan dan kelebihan dokumentasi. Sering mula mendaftar bila berhadapan masalah.

• Kekurangan pematuhan pada masa paling awal atau first given

opportunity.

• Tidak tersedia dan terburu buru.

• Masalah pemahaman serta prosidur yang menyekat dan jalan buntu.

• Bahasa dan kekurangan pendidikan

• Masalah logistic serta kekurangan kemudahan

• Kurang kepercayaan serta rasuah.

• Masyarakat luar Bandar dan orang asal yang hidup secara adat dan tiada keperluan dokumentasi.

• Sistem yang mendiskriminasi sesuatu kelompok biar dari segi

kedudukan social, agama, ethnic ataupun gender 15) Kesan kesan ketiadaan dokumen pengenalan diri yang sa/lengkap

• Kanak-kanak terbiar dan masalah social

• Eksploitasi ibu dan anak oleh sindiket-sindiket jenayah dan pemerdagangan manusia

• Eksploitasi buruh paksa dan pemerdagangan manusia

• Kelompok masyarakat yang terperangkap dan tidak dapat pulang atau

meneruskan kehidupan biasa.

• Gejala miskin tegar dan keselamatan diri

• Tangkapan, pemenjaraan dan deportasi 16) Paralegal Beraksi: Kajian Kes Melayari Pihak Berkuasa untuk melengkapkan Daftar Kelahiran Ali adalah seorang pemandu bas berusia 35 tahun yang tinggal di kawasan itu. Masyarakat tersebut terdiri daripada kumpulan etnik dan agama minoriti yang sering mengalami diskriminasi daripada kerajaan dan orang awam. Ali cuba untuk memperoleh sijil kelahiran untuk dirinya melalui prosedur

16

pendaftaran lewat kelahiran, tetapi tidak berjaya. Ali menjadi takut kepada pihak berkuasa. Beliau memutuskan untuk tidak memohon semula, mengetahui bagaimana pegawai-pegawai menyoal dengan agresif. Paralegal Komuniti melawat Ali semasa mereka melakukan kempen kesedaran dari rumah ke rumah. Mereka menggalakkan Ali untuk sekali lagi mencuba mendapatkan sijil kelahiran - kali ini, dengan bantuan yang Paralegal Komuniti. Paralegal menjelaskan proses undang-undang secara terperinci, memberi maklumat tentang apa yang orang lain telah mengalami sebelum ini dan bagaimana mereka mencapai kejayaan. Oleh kerana Ali telah kehilangan sijil sekolah menengah, Paralegal menasihati beliau untuk mendapatkan sijil daripada institusi pendidikan agama sebelum ini, kerana dokumen ini boleh membantu mendapatkan pendaftaran kelahiran lewat. Paralegal menasihatkan Ali untuk mendapatkan salinan kad pengenalan ahli keluarganya yang juga diperlukan dalam proses pendaftaran kelahiran lewat. Berbekalkan dengan pengetahuan baru tentang prosedur dan dokumen sokongan, Ali mengisi borang permohonan. Paralegal turut serta menemani Ali ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara. Walaupun lawatan pertama mereka tidak menghasilkan mesyuarat, Ali dan Paralegal kembali untuk membuat susulan sebanyak empat kali, akhirnya mendapatkan tandatangan yang diperlukan untuk permohonan pendaftaran kelahiran Ali. Walaupun Ali masih mempunyai dua pusingan lagi untuk melengkapkan pengesahan tambahan, Paralegal masih menasihatkan dan mengiringi beliau melalui setiap langkah. Dalam ketika itu, Ali telah mendapat keberanian untuk membuat pembayaran rasmi permohonan sebanyak RM10. Dua minggu kemudian, Ali telah diminta untuk mengambil sijil kelahirannya di pejabat pendaftaran. 17) Definisi terma-terma utama Kewarganegaraan – Status untuk menjadi sebahagian daripada rakyat sesebuah negara. Seseorang perlu memenuhi syarat-syarat tertentu untuk menikmati faedah menjadi warga sesebuah negara. Syarat-syarat termasuklah seseorang harus dilahirkan di negara tersebut, ibu bapa ialah warganegara, atau melalui proses naturalisasi. Identiti – Ciri-ciri individu bagaimana seseorang itu dikenali atau diketahui. Ciri-ciri tersebut seperti nama anda, tempat lahir, nama ibu bapa, asal atau kewarganegaraan. Dokumentasi – Boleh dijadikan bahan sokongan untuk membuktikan siapa anda dan identiti anda. Sijil kelahiran merupakan dokumen rasmi yang mempunyai maklumat tentang status kelahiran kanak-kanak seperti nama mereka, nama ibu bapa, masa dan tempat lahir ataupun kewarganegaraan kanak-kanak dan ibu bapa. Tiada Dokumen – Seseorang yang tidak ada dokumen untuk membuktikan identiti dan kewarganegaraan mereka.

17

Diskriminasi – Diskriminasi adalah apabila seseorang menyisihkan orang lain dari kumpulan kerana beranggapan bahawa nilai orang tersebut adalah lebih rendah berbanding yang lain kerana perbezaan (dari segi bangsa, etnik, pandangan politik, jantina atau umur) Penglibatan Sosial – Penglibatan sosial adalah apabila semua individu dalam kumpulan boleh terlibat dan sumbang kepada kehidupan sosial dan budaya dalam komuniti kerana mereka tidak mendiskriminasikan sesiapa yang berbeza. Tiada Negara - Seseorang yang tidak dianggap sebagai warganegara oleh mana-mana negara. Mereka tidak boleh menikmati faedah kewarganegaraan. 18) PENGHARGAAN

! Petikan dari Namibia Access to Justice Paralegal Manual, 2012 ! Petikan dari Timap for Justice Paralegal Manual, 2012 ! Community-Based Paralegals: A Practitioner’s guide, 2010 (Provided

by Open Society Justice Initiative) ! The Asia Foundation Child Protection Code of Conduct, 2016 ! Statelessness, Teacher's’ Guide to Teaching on Statelessness to

Children, 2015 (paper report) ! I Am Here, I Belong - The Urgent Need to End Childhood

Statelessness, 2015 (article/report) ! NRD Roadmap Sabah (UNHCR document) ! Protecting the Rights of Stateless Persons – The 1954 Convention

Relating to the Status of Stateless People, 2010 ! PACOS Birth Registration Systems Malaysia Q&A (document) ! US Department of State Website: Statelessness ! Malaysian Personal Data Protection Act 2010 ! Malaysian National Registration Department, Ministry of Home Affairs

LAMPIRAN 1: PANDUAN SOALAN DAN JAWAPAN DAFTAR KELAHIRAN 1. DI MANA SAYA MENDAFTARKAN KELAHIRAN ANAK SAYA DAN MENGELUARKAN SIJIL KELAHIRAN? Di Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia, (JPN). 2. BAGAIMANA SAYA MENDAFTARKAN KANAK-KANAK ITU? Pejabat Pendaftaran dan unit mobil bergerak. Hospital di mana bayi itu dilahirkan menyediakan satu borang yang dikenali sebagai Permohonan Pendaftaran Kelahiran (Borang Pendaftaran Kelahiran), yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dalam beberapa kes, pendaftaran kelahiran memerlukan salinan permit kerja atau visa ibu bapa, dan pasport mereka. Jika pendaftaran kelahiran harus dilakukan oleh ibu bapa, mereka perlu memohon sijil kelahiran di pejabat JPN.

18

3. APAKAH TEMPOH DI MANA KELAHIRAN YANG BERLAKU HENDAKLAH DIDAFTARKAN? Untuk pendaftaran kelahiran biasa, ia dalam tempoh 14 hari dari tarikh kelahiran kanak-kanak tersebut. Pendaftaran kelahiran lambat dibuat pada hari ke-15 hingga hari ke-42 selepas kelahiran kanak-kanak berlaku. Permohonan pendaftaran kelahiran lewat dibuat selepas 42 hari dari tarikh kelahiran kanan-kanak itu. Prosedur permohonan untuk ketiga-tiga adalah seperti berikut:

I. PENDAFTARAN KELAHIRAN BIASA

4. SIAPAKAH YANG BOLEH MENDAFTAR KANAK-KANAK ITU? Permohonan pendaftaran kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut:

1) Ibu atau bapa kanak-kanak; 2) Penjaga kanak-kanak yang sah; 3) Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak1

5. APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN SIJIL KELAHIRAN? Dokumen Kanak-kanak (Asal dan Salinan):

1) Borang A dan Borang N1 (cabutan) diisi dengan lengkap; 2) Borang pengesahan kelahiran dari hospital atau surat akuan

bidan/doktor bagi kelahiran di rumah (asal); 3) Kad pranatal (buku rawatan mengandung) (asal dan salinan); dan 4) Kad kesihatan & imunisasi kanak-kanak, (asal dan salinan)

Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan):

5) Kad Pengenalan atau permit masuk atau pasport bagi ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);

6) Dokumen perkahwinan atau perceraian atau sijil kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan)

Dokumen Pemaklum (Asal dan Salinan):

7) Kad Pengenalan atau Permit Masuk atau Pasport (asal dan salinan)2 6. ADAKAH TERDAPAT APA-APA KOS YANG BERKAITAN DENGAN PENDAFTARAN KELAHIRAN ITU? Tidak, pendaftaran kelahiran adalah percuma.

1http://www.jpn.gov.my/en/perkhidmatan/pendaftaran-kelahiran-biasa-sabah/2http://www.jpn.gov.my/en/perkhidmatan/pendaftaran-kelahiran-biasa-sabah/

19

7. BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL OLEH PIHAK BERKUASA UNTUK MENDAFTARKAN KELAHIRAN? 1 hari. 8. BERAPA LAMA MASA YANG DIAMBIL UNTUK MENDAPATKAN SIJIL KELAHIRAN SELEPAS KELAHIRAN ITU DIDAFTARKAN? Pada hari yang sama dengan pendaftaran. 9. ADAKAH TERDAPAT APA-APA KOS YANG BERKAITAN DENGAN SIJIL KELAHIRAN ITU? Tidak, sijil kelahiran adalah percuma.

II. PENDAFTARAN KELAHIRAN LAMBAT 10. SIAPAKAH YANG BOLEH MEMBUAT PERMOHONAN PENDAFTARAN KELAHIRAN LAMBAT SESEORANG KANAK-KANAK? Permohonan pendaftaran kanak-kanak boleh dibuat oleh individu berikut di mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara:

1) Ibu atau bapa kanak-kanak; 2) Penjaga kanak-kanak yang sah; 3) Individu yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak

11. APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN KELAHIRAN LAMBAT? Dokumen Kanak-kanak (Asal dan Salinan):

1) Borang A dan Borang N1 (cabutan) diisi dengan lengkap; 2) Borang pengesahan kelahiran dari hospital atau surat akuan

bidan/doktor bagi kelahiran di rumah (asal); 3) Kad pranatal (buku rawatan mengandung) (asal dan salinan); dan 4) Kad kesihatan & imunisasi kanak-kanak, (asal dan salinan)

Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan):

5) Kad pengenalan atau permit masuk atau pasport bagi ibu dan bapa kanak-kanak serta individu yang melaporkan kelahiran (asal dan salinan);

6) Dokumen perkahwinan atau perceraian atau sijil kematian ibu dan bapa kanak-kanak (asal dan salinan)

Dokumen Pemaklum (Asal dan Salinan):

7) Kad pengenalan atau permit masuk atau pasport (asal dan salinan)

20

12. ADAKAH TERDAPAT APA-APA KOS YANG BERKAITAN DENGAN PENDAFTARAN KELAHIRAN LAMBAT ITU? Ya. Anda perlu membayaran bayaran proses sebanyak RM5.00. III. PENDAFTARAN KELAHIRAN LEWAT

13. SIAPAKAH YANG BOLEH MENDAFTAR SESEORANG KANAK-KANAK MELALUI PENDAFTARAN LEWAT? Permohonan pendaftaran lewat kelahiran boleh dibuat di seluruh Sabah dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan ke mana-mana pejabat JPN yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon. Individu-individu ini adalah layak untuk membuat pendaftaran lewat:

1) Ibu atau bapa kandung kanak-kanak; 2) Jika bapa kandung tidak diperolehi, ibu atau seorang penganjur yng

mengetahui mengenai kelahiran yang umurnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak;

3) Jika bapa kandung tidak diperolehi dan ibu telah meninggal dunia, permohonan boleh dibuat oleh dua (2) orang penganjur yang mengetahui mengenai kanak-kanak tersebut dan masing-masing berumur 18 tahun dan ke atas di mana perbezaan umur sekurang-kurangnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak;

4) Jika kanak-kanak yang baru dilahirkan hidup dan terdedah dan kelahirannya tidak didaftarkan, permohonan boleh dikemukakan oleh dua (2) orang penganjur yang merupakan Pegawai Kebajikan Masyarakat atau orang yang diberi hak penjagaan kanak-kanak mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991.

14. APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN LEWAT SEORANG ANAK YANG DILAHIRKAN DI RUMAH? Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan kepada JPN: Dokumen Kanak-kanak (Asal dan Salinan):

1) Borang Carian Kelahiran Borang N1 (bagi kelahiran yang berlaku pada tahun 2002 dan ke bawah);

2) Borang daftar kelahiran (Borang A) diisi dengan lengkap; 3) Kad pranatal atau rawatan mengandung, kad kesihatan & imunisasi

kanak-kanak, surat akuan bidan atau doktor (asal dan salinan). Sekiranya tiada, akuan sumpah berkanun perlu dikemukakan;

4) Gambar penuh terkini kanak-kanak ukuran pasport 4R (satu (1) keping);

5) Gambar terkini ukuran pasport kanak-kanak (satu (1) keping); 6) Surat akuan kelahiran kanak-kanak oleh ketua kampung atau ketua

kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan kelahiran kanak-kanak berlaku;

7) Cabutan Daftar Sekolah atau sijil persekolahan berserta pengesahan oleh guru besar atau pengetua sekolah jika kanak-kanak bersekolah

21

dan berumur tujuh (7) tahun ke atas, atau surat akuan kanak-kanak tidak pernah bersekolah perlu diisi oleh penghulu atau ketua kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas (jika ada);

8) Surat Akuan Saksi oleh dua (2) orang yang mengetahui mengenai kelahiran

Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan):

9) Kad pengenalan atau permit masuk atau pasport atau sijil kematian (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) (asal dan salinan);

10) Dokumen perkahwinan atau sijil perceraian atau sijil kematian ibu bapa kanak-kanak (asal dan salinan);

11) Gambar terkini ukuran pasport ibu dan bapa (satu (1) keping)

Dokumen Adik-Beradik (Asal dan Salinan): 12) Sijil kelahiran atau kad pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada

(asal dan salinan); 13) Gambar terkini ukuran pasport adik-beradik kandung seibu dan sebapa

(satu (1) keping); 14) Borang Maklumat Keluarga BMK-81 dan BMK-81A

Dokumen Penganjur (Asal dan Salinan):

15) Akuan sumpah berkanun JPN.LM27 (akuan saksi untuk permohonan daftar kelahiran lewat) bagi dua (2) orang penganjur

yang mengetahui tentang kelahiran; 16) Kad pengenalan atau permit masuk atau pasport atau sijil kematian

pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan)

15. APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENDAFTARAN LEWAT SEORANG ANAK YANG DILAHIRKAN DI HOSPITAL KERAJAAN/SWASTA ATAU KLINIK KERAJAAN/SWASTA? Dokumen-dokumen berikut adalah diperlukan: Dokumen Kanak-kanak (Asal dan Salinan):

1) Borang permohonan carian atau cabutan daftar kelahiran – Borang N1; 2) Borang daftar kelahiran - Borang A; 3) Borang pengesahan kelahiran; 4) Kad pranatal atau rawatan mengandung, kad kesihatan & imunisasi

kanak-kanak, surat akuan bidan atau doktor (asal dan salinan); 5) Gambar penuh terkini kanak-kanak ukuran poskad 4R (satu(1) keping); 6) Gambar terkini ukuran pasport kanak-kanak (satu (1) keping); 7) Cabutan daftar sekolah atau sijil persekolahan berserta pengesahan

oleh guru besar atau pengetua sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas, atau surat akuan kanak-kanak tidak pernah bersekolah perlu diisi oleh penghulu atau ketua kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak tujuh (7) tahun ke atas (jika ada)

22

Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan): 8) Kad pengenalan atau permit masuk atau pasport atau sijil kematian

(ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan);

9) Dokumen perkahwinan atau sijil perceraian atau sijil kematian (ibu bapa kanak-kanak atau pemaklum atau saksi atau penganjur) (asal dan salinan);

10) Gambar terkini ukuran pasport ibu dan bapa (satu (1) keping)

Dokumen Adik-Beradik (Asal dan Salinan): 11) Sijil kelahiran atau kad pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada

(asal dan salinan); 12) Gambar terkini ukuran pasport adik-beradik kandung seibu sebapa

(satu (1) keping); 13) Borang maklumat keluarga BMK-81 dan BMK-81A

Dokumen Penganjur (Asal dan Salinan):

14) Kad pengenalan atau permit masuk atau pasport atau sijil kematian pemaklum atau saksi atau penganjur (asal dan salinan)

16. ADAKAH TERDAPAT APA-APA KOS YANG BERKAITAN DENGAN PENDAFTARAN LEWAT ITU? Ya, bayaran proses RM10.00 dan kompaun (sekitar RM10.00 - RM50.00) bergantung kepada umur kanak-kanak tersebut.

17. BERAPA HARI YANG DIPERLUKAN UNTUK KELAHIRAN ITU DIDAFTARKAN OLEH PIHAK BERKUASA? Tidak dapat ditentukan, berbeza-beza bergantung kepada Pejabat Cawangan JPN/Pegawai memproses permohonan.

18. APAKAH YANG BERLAKU SELEPAS PERMOHONAN UNTUK PENDAFTARAN LEWAT DIKEMUKAKAN KEPADA JPN? Sijil pendaftaran lewat akan dikeluarkan, tetapi mengikut undang-undang Sabah, ia dianggap tidak sah mengikut undang-undang sehingga disahkan oleh Majistret Kelas Pertama. Pemohon perlu ke mahkamah bagi perbicaraan untuk mengesahkan butir-butir yang dinyatakan dalam pendaftaran kelahiran lewat. Untuk membuktikan butir-butir kelahiran, pemohon perlu mengemukakan saksi kepada Majistret, dan mereka akan disoal mengenai maklumat khusus tentang kelahiran pemohon. Saksi-saksi ini biasanya ibu bapa, saudara mara atau orang lain yang hadir semasa kelahiran dan harus mempunyai pengetahuan yang tepat tentang kelahiran untuk dapat meyakinkan Mahkamah. Jika Mahkamah membuat kesimpulan bahawa tidak ada percanggahan dalam maklumat yang dinyatakan, pendaftaran lewat akan disahkan dan diiktiraf oleh undang-undang.3

3LaporanRCIhalaman332-334.

23

IV. SOALAN-SOALAN LAIN YANG BERKAITAN 19. SAYA TELAH KEHILANGAN SIJIL KELAHIRAN SAYA. APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN? Jika salinan anda telah hilang atau rosak, sama ada ibu atau bapa anda, wakil yang diberi kuasa atau anda sendiri boleh memohon cabutan atau salinan sijil kelahiran dengan hadir sendiri di pejabat JPN bersama-sama dengan IC asal atau dokumen pengenalan dan pembayaran tunai RM5.00. Ia adalah disyorkan, untuk anda pergi ke tempat lahir anda untuk mendapatkan salinan sijil kelahiran anda di sana. 20. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN CARIAN DALAM DAFTAR KELAHIRAN? Permohonan carian adalah permohonan untuk mendapatkan keputusan carian mengenai daftar kelahiran dengan bayaran fee yang ditetapkan (pada RM5.00 setahun dari Januari-Disember untuk tahun yang dicari). Carian untuk tahun tambahan akan dikenakan bayaran RM5.00 bagi setiap tahun yang dimohon. Pemaklum mestilah ibu/bapa/penjaga kanak-kanak tersebut. Permohonan boleh dibuat di Semenanjung Malaysia dan akan dipanjangkan ke Sabah untuk kelulusan Pendaftar Wilayah. (Seksyen 13, Ordinan Sabah, Cap.123) 21. BAGAIMANA SAYA MEMOHON CARIAN DALAM DAFTAR KELAHIRAN DAN ADAKAH IA PERCUMA? Pemohon perlu mengisi Borang N1 (cabutan) dengan lengkap beserta dokumen sokongan iaitu:

1) Dokumen pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika bukan warganegara)

2) Surat rasmi jabatan untuk memohon carian dalam daftar (bagi permohonan dari jabatan kerajaan)

3) Sebarang dokumen atau maklumat yang boleh dijadikan asas membuat carian dalam daftar kelahiran seperti cabutan daftar persekolahan dan sijil kelahiran adik-beradik yang lain (bagi permohonan carian kelahiran)

Perkhidmatan ini adalah percuma. 22. APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN CABUTAN SIJIL KELAHIRAN DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMOHONNYA? Cabutan sijil kelahiran adalah salinan sijil kelahiran. Cabutan sijil kelahiran boleh dibuat hanya di pejabat JPN Negeri dan Pejabat JPN Putrajaya. Yuran permohonan adalah RM5.00. Anda layak untuk memohon cabutan itu jika anda:

1) Pemilik sijil kelahiran;

24

2) Ibu atau bapa pemilik sijil kelahiran; 3) Suami atau isteri pemilik sijil kelahiran; 4) Anak kandung atau anak angkat yang sah bagi pemilik sijil kelahiran; 5) Adik-beradik kandung pemilik sijil kelahiran; 6) Firma guaman; 7) Badan berkanun; 8) Agensi kerajaan

Ini adalah dokumen-dokumen yang diperlukan (bergantung kepada jenis pemohon): KATEGORI 1: INDIVIDU DALAM KATEGORI 1 HINGGA 5

1) Borang N1 yang lengkap; 2) Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri pemohon (asal dan

salinan); 3) Salinan sijil kelahiran pemilik daftar (sekiranya ada)

KATEGORI 2: INDIVIDU DALAM KATEGORI 6

1) Borang N1 yang lengkap; 2) Surat rasmi pejabat firma guaman untuk memohon carian dan cabutan

dalam daftar; 3) Surat lantikan daripada anak guam (pemohon); 4) Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri anak guam (pemohon)

(asal dan salinan); 5) Surat wakil kuasa untuk menguruskan permohonan (sekiranya

berkaitan) KATEGORI 3: INDIVIDU DALAM KATEGORI 7 DAN 8

1) Borang N1 yang lengkap; 2) Surat rasmi badan berkanun atau agensi kerajaan untuk memohon

carian atau cabutan dalam daftar; 3) Surat wakil kuasa pemohon untuk menguruskan permohonan

(sekiranya berkaitan) 23. SIAPAKAH PENJAGA YANG SAH? Penjaga adalah individu yang bukan ibu bapa kandung kanak-kanak itu tetapi mempunyai penjagaan yang sah terhadap kanak-kanak itu. Ia tidak bertentangan dengan undang-undang untuk tidak mendaftar sebarang pengangkatan tetapi ia disyorkan kerana pengangkatan yang sah melindungi ibu bapa angkat tersebut. Terdapat dua jenis pengangkatan di Malaysia: pengangkatan de facto di bawah bidang kuasa JPN dan pengangkatan melalui perintah mahkamah yang dikendalikan oleh Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Sesyen. Pengangkatan de facto adalah terpakai bagi orang beragama Islam dan orang bukan beragama Islam. Pendaftaran pengangkatan de facto memerlukan kanak-kanak itu diambil dan dipelihara oleh ibu bapa angkat selama 2 tahun sebelum pendaftaran dilakukan. Ibu/bapa angkat tunggal atau pasangan suami isteri (dengan dokumen perkahwinan sah) yang bertaraf

25

warganegara atau penduduk tetap layak untuk pengangkatan de-facto. Ibu bapa angkat tunggal harus berumur 25 tahun ke atas dan sekurang-kurangnya 18 tahun lebih tua daripada kanak-kanak itu. Anda perlu mengemukakan permohonan itu di pejabat JPN dalam daerah ibu dan bapa angkat bermastautin. Jika pengangkatan diluluskan, anda akan menerima sijil pengangkatan yang menyatakan anda sebagai ibu atau bapa, tetapi butiran anda tidak akan dimasukkan dalam sijil kelahiran anak angkat anda. Pilihan kedua pengangkatan adalah dikendalikan di mahkamah dan anda akan diwakili oleh firma guaman. Sama ada anda atau pembantu undang-undang anda perlu mengemukakan permohonan kepada JPN di Putrajaya dan kes anda akan dibawa ke mahkamah. Pengangkatan melalui perintah mahkamah akan mengesahkan ibu bapa angkat dan kanak-kanak itu akan dianggap dilahirkan dalam luar nikah yang sah. Ini bermaksud anda secara rasmi diakui sebagai penjaga kepada kanak-kanak yang diangkat tersebut. Anak anda akan diberikan sijil kelahiran baru dengan nama anda sebagai ibu bapa. Sebagai penjaga yang sah, anda mempunyai hak dan tanggungjawab yang sama terhadap anak angkat anda sebagaimana anak kandung anda. Pengangkatan melalui perintah mahkamah biasanya terpakai untuk orang bukan beragama Islam. 24. BOLEHKAH KANAK-KANAK TANPA SIJIL KELAHIRAN MEMPUNYAI AKSES KEPADA PERKHIDMATAN SEPERTI KESIHATAN, PENDIDIKAN DAN SEBAGAINYA?

Tidak. 25. TERDAPAT RALAT DALAM SIJIL KELAHIRAN SAYA. APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN? Jika anda mempunyai sijil kelahiran dengan kesilapan kecil yang dilakukan oleh Pendaftar yang melibatkan cuma kesilapan ejaan yang mana walaupun tidak diperbetulkan tidak akan mengubah fakta di dalam Sijil Kelahiran, anda boleh memohon untuk membuat pembetulan. Permohonan untuk pembetulan maklumat kesilapan perkeranian boleh dikemukakan oleh ibu atau bapa kandung kanak-kanak; atau penjaga kanak-kanak yang sah. Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara di Sabah dengan membawa dokumen-dokumen yang diperlukan.

26. APAKAH DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN JIKA SAYA INGIN MEMBETULKAN KESILAPAN PERKERANIAN PADA SIJIL KELAHIRAN SAYA? Dokumen-dokumen yang diperlukan adalah: Dokumen Kanak-kanak (Asal dan Salinan):

1) Borang PSB 4 dan PSB 4A yang lengkap; 2) Sijil kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan); 3) Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak (asal dan

salinan);

26

4) Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);

5) Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan):

6) Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal dan salinan);

7) Surat keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan

27. BERAPAKAH JUMLAH KOS? Jumlah kos adalah RM12.00 termasuk:

• Bayaran pendaftaran permohonan RM2.00 • Bayaran kelulusan permohonan RM 5.00 • Bayaran cabutan Sijil Kelahiran RM 5.00

28. TERDAPAT KESILAPAN FAKTA PADA SIJIL KELAHIRAN SAYA. BOLEHKAH SAYA MENGUBAHNYA?

Ya, anda perlu mengemukakan permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta. Ini hanya terpakai kepada kesilapan selain dari nama kanak-kanak yang diberikan semasa pendaftaran kelahiran kerana maklumat yang tidak betul atau tidak diperolehi. Permohonan untuk membetulkan kesilapan fakta boleh dikemukakan oleh individu yang berikut:

1) Pemilik sijil kelahiran; 2) Ibu atau bapa kandung kanak-kanak; 3) Penjaga kanak-kanak yang sah; 4) Dua (2) orang individu yang mengenali kanak-kanak

Untuk memohon, dokumen-dokumen ini perlu diserahkan ke mana-mana pejabat JPN di Sabah:

Dokumen Kanak-kanak (Asal dan Salinan):

1) Borang PSB 4 dan Borang PSB 4A yang lengkap; 2) Surat akuan sumpah; 3) Borang maklumat keluarga BMK-81; 4) Borang MyKid; 5) Sijil kelahiran kanak-kanak (asal dan salinan); 6) Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri kanak-kanak (asal

dan salinan); 7) Pasport atau dokumen insurans atau buku bank kanak-kanak

sekiranya kanak-kanak telah mempunyai pasport atau akaun bank atau insurans (asal dan salinan);

8) Gambar kanak-kanak berukuran 3R (poskad) dan berukuran pasport

27

Dokumen Ibu dan Bapa (Asal dan Salinan): 9) Kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri ibu dan bapa (asal

dan salinan); 10) Surat keizinan oleh ibu bapa kandung kanak-kanak yang memberikan

kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan; 11) Perkahwinan atau sijil perceraian atau sijil kematian ibu bapa kanak-

kanak (asal dan salinan); 12) Surat kebenaran penjagaan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika

permohonan dibuat oleh penjaga kanak-kanak) (asal dan salinan); 13) Dokumen-dokumen lain yang boleh menyokong permohonan seperti

sijil atau kad memeluk agama Islam ibu atau bapa kanak-kanak, sijil kelahiran atau sijil kematian ibu atau bapa kanak-kanak dan surat kelulusan penukaran nama daripada Bahagian Kad Pengenalan, JPN

Dokumen Adik-Beradik (Asal dan Salinan):

14) Sijil kelahiran atau kad pengenalan adik-beradik kanak-kanak jika ada

(asal dan salinan)

29. MENGAPA TERDAPAT WARNA YANG BERLAINAN PADA SIJIL PENDAFTARAN KELAHIRAN?

Menurut undang-undang domestik Malaysia, dua jenis sijil kelahiran dikeluarkan. Sijil Kelahiran “Hijau” dikeluarkan kepada kanak-kanak yang memenuhi kriteria bagi kewarganegaraan Malaysia. Manakala Sijil Kelahiran “Merah” dikeluarkan untuk kanak-kanak yang tidak memenuhi kriteria untuk kewarganegaraan Malaysia atau kewarganegaraan adalah “belum ditentukan”. Kategori ini boleh mempunyai kesan yang penting dari segi kewarganegaraan kanak-kanak itu atau status undang-undang di Malaysia, terutamanya kerana sijil kelahiran bertindak sebagai pintu masuk kepada pemerolehan dokumen pengenalan yang lain. Peruntukan mengenai pendaftaran kelahiran dinyatakan dalam Ordinan Kelahiran dan Kematian Sabah 1953. 30. JIKA IBU BAPA KEPADA KANAK-KANAK ITU TIDAK BERKAHWIN DENGAN SAH, BOLEHKAH KELAHIRAN KANAK-KANAK ITU DIDAFTARKAN? Ya, anda boleh mendaftar anak anda jika anda dan pasangan anda tidak berkahwin secara sah. Tetapi semua perkahwinan orang beragama Islam dan orang bukan beragama Islam yang diupacarakan di luar negara hendaklah didaftarkan dengan JPN mengikut Akta Membaharui Undang-Undang 1976. Sesuatu perkahwinan yang tidak didaftarkan tidak akan diiktiraf sebagai perkahwinan yang sah dan anak itu akan dianggap telah dilahirkan di luar nikah. Dalam kes ini, hanya maklumat ibu akan dipindahkan kepada kanak-kanak itu dan jika ibu itu memiliki “kewarganegaraan belum ditentukan” atau hilang, kanak-kanak itu akan menerima sijil kelahiran merah yang menyatakan kewarganegaraan sebagai “bukan warganegara”. Dalam kes-kes apabila ibu mempunyai kewarganegaraan asing, kanak-kanak itu akan

28

menerima kewarganegaraan yang sama dengan ibunya. Ini juga terpakai kepada kes-kes di mana seorang bapa warganegara Malaysia hadir semasa pendaftaran kelahiran, kerana hanya maklumat ibu akan dipindahkan dan dia hanya akan diiktiraf sebagai pemaklum pada sijil kelahiran itu. Butiran bapa tidak akan didaftarkan melainkan jika ibu bapa membuat permohonan bersama. Satu permohonan bersama memerlukan kedua-dua ibu bapa untuk hadir semasa pendaftaran untuk menandatangani daftar kelahiran. Dalam kes ini, butiran bapa akan dimasukkan dalam sijil kelahiran. Kanak-kanak dengan sijil kelahiran di mana butiran bapa dimasukkan (melalui permohonan bersama), boleh memohon kewarganegaraan melalui permohonan mahkamah di bawah Perkara 15A. Sijil kelahiran hijau akan dikeluarkan kepada kanak-kanak yang dilahirkan di luar nikah kepada ibu warganegara Malaysia yang hadir pada masa pendaftaran kelahiran. Bagi orang beragama Islam, kanak-kanak yang dilahirkan di luar nikah akan mendapat nama terakhir sebagai bin/binti Abdullah dan tidak akan ada butiran bapa pada sijil kelahiran. Hanya butiran ibu akan dipindahkan kepada kanak-kanak itu seperti yang dinyatakan di atas. 31. JIKA IBU BAPA KANAK-KANAK ITU TIDAK BERKAHWIN MENGIKUT AGAMA, BOLEHKAH KELAHIRAN KANAK-KANAK ITU DIDAFTARKAN? Ya, anda boleh mendaftar anak anda jika anda tidak berkahwin mengikut agama. Tetapi hanya perkahwinan yang diupacarakan dan didaftarkan mengikut peruntukan dalam Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 (Akta 164) adalah dikira sah dan diiktiraf undang-undang. Jika perkahwinan anda tidak jatuh di bawah peruntukan Akta 164, anak anda akan dianggap sebagai anak luar nikah dan hanya butiran ibu akan didaftarkan dan dimasukkan dalam sijil kelahiran mengikut amalan JPN.

Jika ibu adalah seorang warganegara Malaysia, ini tidak akan menjadi masalah kerana kanak-kanak itu akan menerima sijil kelahiran hijau (untuk warganegara Malaysia sahaja). Situasi bermasalah berlaku apabila ibu sama ada hilang atau mempunyai status “kewarganegaraan belum ditentukan” yang akan menyebabkan kanak-kanak itu dalam risiko kerana tidak memperoleh apa-apa kewarganegaraan. Dalam kes ini, kanak-kanak itu akan diberikan sijil kelahiran merah (untuk bukan warganegara sahaja). Jika kedua-dua ibu bapa hadir semasa pendaftaran kelahiran, permohonan bersama boleh dibuat untuk pendaftaran kelahiran bagi memasukkan butiran bapa pada sijil kelahiran tersebut.