24
WE LOVE CITIES 2015 Shah Alam bandar raya ketiga paling disayangi di dunia melalui kempen We Love Cities 2015 ShahAlam BERSIH . INDAH . HIJAU ISU JAN-MAC 2015 1/2015 VISI DATO’ HJ. AHMAD ZAHARIN BIN MOHD SAAD Datuk Bandar Baru Shah Alam Ke-7 m 24 m 03 PERKONGISAN PINTAR MBSA – PENDUDUK Usaha berterusan MBSA jayakan inisiatif hijau Shah Alam m 04-05

buletin jan - mac 2015

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: buletin jan - mac 2015

WE LOVE CITIES 2015Shah Alam bandar raya ketiga paling disayangi di dunia

melalui kempen We Love Cities 2015

ShahAlamBERSIH . INDAH . HIJAU

ISU

JAN-MAC2015

1/2015

VISI DATO’ HJ. AHMAD ZAHARIN BIN MOHD SAADDatuk Bandar Baru Shah Alam Ke-7

m24

m03

pERkONgISAN pINTAR MBSA – pENDuDuk

Usaha berterusan MBSA jayakan inisiatif hijau Shah Alam

m04-05

Page 2: buletin jan - mac 2015

02

SUDUt eDitoriAL

PenaungYBHG. DATO’ HJ AHMAD ZAHARIN B MOHD SAADDatuk Bandar Shah Alam

PenasihatTUAN HJ ROSLAN B DARUSPemangku Timbalan Datuk Bandar

Ketua PengarangASMAH BT MOHD ZINPengarah Korporat & Pembangunan Komuniti

Pengarang BeritaSHAHRIN B AHMADTimbalan Pengarah Korporat & Pembangunan Komuniti

EditorFUAZA ILMI BT BOSROPegawai Penerbitan

WartawanJU MUNIRA BT DAHARI

JurugambarFAZEEL AZUAN B JAAFAR

EdaranSHAHARANI SHAHARUDDIN

0311

20

18

Buletin komuniti ini diterbitkan olehJABATAN KORPORAT & PEMBANGUNAN KOMUNITI, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAMTingkat G, Wisma MBSA Peti Surat 7200 Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

+603 5522 2743/2741

[email protected]

www.mbsa.gov.my

www.korporat-mbsa.blogspot.com

fb.com/shahalamcitycouncil

twitter.com/sacitycouncil

Page 3: buletin jan - mac 2015

ISU 1/2015 » jan-MaC 2015 03VISI DATuk BANDAR

Saya akan memberi fokus kepada kestabilan ekonomi, kemudahan asas yang baik dan keharmonian komuniti. Di samping itu juga, dari segi pembangunan landskap, bandar raya Shah Alam akan ditambah nilai dengan pokok bunga bagi menceriakan lagi suasana dan kawasan persekitaran. Saya juga akan memberi tumpuan dalam memperkasakan modal insan kakitangan, iaitu melibatkan keseluruhan warga kerja MBSA.

Begitu juga apabila kita meneliti Pelan Strategik MBSA 2010-2015, teras-teras strategik dan rangkaian strategik yang telah dikenalpasti dan digubal adalah penentu kejayaan organisasi dalam membangunkan nilai-nilai teras dan seterusnya mencapai hala tuju MBSA. teras-teras strategik berikut adalah:

Bandar raya Shah alam Bakal Bertaraf antaraBangSa menjelang tahun 2020

Selaku Datuk Bandar Shah Alam yang Ke-7, saya berhasrat untuk menjadikan bandar raya Shah Alam sebagai bandar raya bertaraf dunia/antarabangsa menjelang tahun 2020. Bagi saya, ia bukanlah sesuatu yang mustahil atau sukar dicapai, memandangkan kepada pencapaian bandar raya Shah Alam serta pelbagai pengiktirafan yang diterima sebelum ini, tentu sekali akan membantu dan memudahkan kita untuk sama-sama mencapai hasrat tertinggi ini.

Petikan ucapan Ybhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin b. Mohd Saad pada Mesyuarat Majlis Kali Pertama 2015; 28 Januari 2015; Dewan Perbandaran MBSA.

pEMANTAuAN, pENILAIAN DAN pENgukuHAN

Kawalan strategik perlu digerakkan sebaik sahaja Pelan Strategik MBSA 2010-2015 dilaksanakan. ini bagi membolehkan MBSA melaksanakan proses dan membentuk sistem pengukuran, pemantauan dan penilaian prestasi serta perubahan senario. Langkah penambahbaikan perlu diambil untuk mengatasi jurang pencapaian sasaran KPi. Cabaran konsep kawalan strategik adalah untuk melaksanakannya dalam pelbagai situasi dan perubahan yang pesat berlaku iaitu dari segi perubahan cabaran dan keperluan penduduk, komuniti dan pelanggan. Manakala, sistem pemantauan dan penilaian 360 darjah berasaskan penggunaan iCt dapat memastikan kawalan strategik dapat dilaksanakan secara ‘on-line’ serta lebih komprehensif, bersepadu dan berintegriti.

Kawalan strategik akan dapat menjamin usaha-usaha penambahbaikan dapat diukur, dipantau dan dinilai secara ‘on-line’. ini akan membantu kumpulan perancang dan pelaksana untuk menjana program perubahan yang diperlukan. Aspek-aspek yang perlu diukur, dinilai dan diperkukuh dari masa ke semasa merangkumi perkara-perkara seperti berikut:

» Jurang pencapaian dan sasaran mengikut bidang, dalam setiap masa dan keadaan;

» Perubahan senario di peringkat setempat, komuniti, bandar raya, negeri dan negara;

» Mengenalpasti cabaran dan permintaan baru;

» Mengenalpasti dan mendapatkan sumber tambahan untuk pengukuhan strategi MBSA menuju tahun 2020.

Teras 1 Khidmat bandaran; dengan menjana kualiti bandar raya unggul;

Teras 2 Pembangunan fizikal; melalui konsep “bridging the gap” di mana pentingnya untuk melaksanakan pembangunan seimbang di antara kawasan dan seksyen;

Teras 3 Penguatkuasaan; dengan mendidik dan mentadbir undang-undang secara berkesan;

Teras 4 Pembangunan pengurusan organisasi; di mana diterapkan pembangunan nilai dan budaya kerja cemerlang;

Teras 5 iCt; memperkasa iCt untuk memperkukuhkan “core business value”;

Teras 6 Kewangan; di mana organisasi MBSA perlu mempunyai keupayaan berdikari dan menjana pendapatan baru;

Teras 7 Pembangunan pengurusan komuniti; melalui “smart partnership bersama komuniti.

Page 4: buletin jan - mac 2015

04 SHAH ALAM BERSIH, INDAH DAN HIJAu

Menyedari kepentingan alam sekitar dalam kehidupan sejagat, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama F&N Beverages Marketing Sdn Bhd menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Sekolah tahun 2015 buat kali kesembilan berturut-turut. Program ini merupakan inisiatif berterusan pihak Majlis dalam mendidik masyarakat khususnya golongan pelajar sekolah tentang kepentingan amalan kitar semula dan menjaga alam sekitar demi manfaat generasi akan datang.

Program murni ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang amalan kitar semula dalam kehidupan harian. Amalan kitar semula seperti ini perlu dipupuk dari awal lagi bagi menanam minat serta menerapkan kepentingan menjaga alam sekitar dalam diri golongan muda. Kitar semula merupakan amalan yang mudah dilaksanakan dan tidak memerlukan masa yang lama untuk melakukannya.

Program Kempen Kitar Semula Peringkat Sekolah ini turut mendapat sokongan dan galakan sepenuhnya daripada agensi-agensi kerajaan serta badan korporat yang mendukung amalan kitar semula ini seperti Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Pejabat Pendidikan Daerah Klang, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Utama, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak, Syarikat F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dan Syarikat tetra Pak Malaysia Sdn Bhd.

Pertandingan ini terbuka kepada 3 kategori iaitu kategori tadika/pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di bawah pentadbiran MBSA. Sekolah-sekolah yang terlibat dikehendaki untuk mengumpul barangan yang boleh dikitar semula seperti kertas, aluminium dan plastik. Sekolah yang berjaya mengumpul bahan kitar semula yang paling berat akan menerima hadiah yang disediakan oleh pihak F&N Beverages Marketing Sdn Bhd dan Syarikat tetra Pak Malaysia Sdn Bhd.

tiga kategori anugerah khas ditawarkan kepada pemenang bagi sekolah menengah dan sekolah rendah serta Anugerah tetra Pak tertinggi iaitu:BIL SEkOLAH kATEgORI BAHAN TERkuMpuL HADIAH

1. SMK Bukit Jelutong Plastik 1,120 kg rM6002. SMK Seksyen 7 Aluminum 245.7 kg rM600

Anugerah Khas tetra Pak tertinggi iaitu:BIL SEkOLAH kATEgORI BAHAN TERkuMpuL HADIAH

1. SK Seksyen 17 Sekolah rendah 190 kg rM6002. SMK Bukit Jelutong Sekolah Menengah 85 kg rM6003. Pra Sekolah tadika 57 kg rM300

tUDM Subang

Tahukah Anda?Dengan mengitar semula 1 tin

aluminium, kita akan menjimatkan tenaga yang mencukupi untuk menghidupkan peti televisyen

selama 3 jam.

Datuk Bandar Shah Alam bergambar bersama para penaja, Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan MBSA.

Pelajar sekolah rendah menjawab soalan berkenaan kitar semula.

Pameran tentang Kitar Semula bagi mendidik pelajar sekolah yang hadir.

Pertandingan kitar Semula Peringkat Sekolah tahun 2015

usaha Berterusan mBSa jayakan inisiatif hijau Shah alam

Page 5: buletin jan - mac 2015

ISU 1/2015 » jan-MaC 2015 05SHAH ALAM BERSIH, INDAH DAN HIJAu

Suasana dan pemandangan indah dalam taman merupakan tarikan utama Program Mekar Shah Alam 2015 anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Program yang berlangsung pada 18 hingga 22 Mac 2015 di taman Lembah, Bukit SUK, Seksyen 5 Shah Alam ini menyajikan pelbagai bentuk landskap, pokok-pokok bunga, pokok herba, pokok buah-buahan dan sebagainya.

Program ini turut menyediakan sebanyak 30 buah ‘booth’ jualan bahan-bahan landskap seperti baja, produk dari industri Kecil dan Sederhana (iKS), mesin pertanian, anak pokok dan penjualan makanan ringan. Antara tarikan yang lain adalah pameran orkid, bonsai dan landskap perkahwinan bertemakan dalam taman.

Bagi penggemar aktiviti memancing, program ini juga menyediakan aktiviti memancing di sekitar kawasan tasik dengan bayaran sebanyak rM10 sahaja. Selain itu, para pengunjung turut berpeluang menyertai aktiviti sukan lasak seperti ‘wall climbing’, ‘paintball’ dan berkayak.

Program Mekar Shah Alam 2015 merupakan salah satu inisiatif MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di Negeri Selangor. Pihak MBSA berharap melalui aktiviti dan program yang dilaksanakan ini dapat memperkenalkan produk tempatan serta menggalakkan penduduk sekitar Shah Alam untuk menanam pokok bagi menghijaukan suasana di kediaman masing-masing.

Program mekar Shah alam 2015khas Buat Pencinta landskap, Pokok & Bunga

keBun komuniti

kebun untuk SemuaKawasan tanah lapang seluas 2.4 ekar di Kolam tadahan, Jalan 8/3, Seksyen 8, Shah Alam menjadi inspirasi kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Lapan timur (PP8t), Seksyen 8 untuk mewujudkan kebun dalam bandar yang menjadi kelainan kepada bandar raya urban dan serba moden.

Pihak Majlis telah mengambil inisiatif ini dengan mewujudkan Kebun Komuniti di kawasan tanah lapang di bawah pencawang elektrik dengan kebenaran tenaga Nasional Berhad dan Pejabat tanah & Daerah Petaling untuk melaksanakan Program Pertanian Bandar. Kebun Komuniti ini juga merupakan program bandar mampan yang dilaksanakan bagi mewujudkan kawasan hijau dan aktiviti kejiranan untuk komuniti setempat.

Program Pertanian Bandar ini atau dikenali sebagai Kebun Komuniti telah diusahakan bersama dengan pihak MBSA dan Persatuan Penduduk Lapan timur (PP8t) sejak awal bulan September 2014. Pihak MBSA telah menyediakan pelbagai keperluan dan kelengkapan bagi mengusahakan Kebun Komuniti tersebut seperti pembelian benih tanaman, pembelian baja, pemasangan saliran air, penyediaan peralatan tanaman seperti cangkul dan sebagainya.

Penduduk sekitar berperanan dalam memastikan tanaman di Kebun Komuniti ini sentiasa disiram mengikut waktu, menggembur dan membaja tanah, meracun rumpai, memastikan kawalan penyakit dan serangga perosak, memastikan plot/batas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur, merumpai/mencabut rumput di batas tanaman dan memastikan kebun tidak diserahkan atau ditukar milik atau dijual kepada pihak luar.

Melalui Program Pertanian Bandar ini pihak Majlis berharap dapat menjadi platform kepada komuniti setempat untuk berekreasi dan berkomunikasi antara satu sama lain. Selain itu, Kebun Komuniti ini juga dapat menjadi satu program mampan yang berterusan.

Page 6: buletin jan - mac 2015

06

1

11

21

2

12

22

3

13

23 24

4

14

5

15

Ahli Majlis Sesi 2014/2015

Page 7: buletin jan - mac 2015

ISU 1/2015 » jan-MaC 2015 07

DATuk BANDARY. Bhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin Bin Mohd Saad

pENgERuSI Mpp1. Puan Noraini binti Hussin

Zon 1 (Seksyen 1, 2, 3, 4, 5, 6 & 14)

2. YDH Dato’ Haji emran bin Haji KadirZon 2 (Seksyen 9, 10, 11, 12 & 13)

3. en. Noryzal bin Zainal AbidinZon 3 (Seksyen 7 & U12)

4. Puan Anizan binti othmanZon 4 (Seksyen 8 & U11)

5. en. Mohamad Jamil bin Abdul rahimZon 5 (Seksyen 15 & 16)

6. en. Azli bin Yusof Zon 6 (Seksyen 17 & 18)

7. en. Afzainizam bin Abd. rahmanZon 7 (Seksyen 19, 20 & 21)

8. en. Awang bin ibrahimZon 8 (Seksyen 22, 23 & 24)

9. Puan ruthira a/p SurasanZon 9 (Seksyen 25)

10. Puan rozaina binti Hamzih Zon 10 (Seksyen 26, 27 & 28)

11. en. Norhalim bin SiromeZon 11 (Seksyen 29 & 30)

12. en. tan Ah Kow @ tan Sie WaiZon 12 (Seksyen 31 & 33)

13. en. Kamarudzaman bin SanusiZon 13 (Seksyen 32)

14. en. Papparaidu a/l VeramanZon 14 (Seksyen 34 & 35)

15. en. Abdul Manaff bin Haji YusoffZon 15 (Seksyen 36)

16. en. Husni Zaim bin MosmadanZon 16 (Seksyen U1 & U2)

17. en. ir. Foong Saik HoongZon 17 (Seksyen U3, U6 & U7)

18. Puan Siti rohaya binti AhadZon 18 (Seksyen U4A & U5)

19. YM tengku Ahmad bin tengku KasimZon 19 (Seksyen U8)

20. en. Prakash rao a/l ApplasamyZon 20 (Seksyen U9 & U10)

21. en. Lim Kwan MengZon 21 (Seksyen U13)

22. Puan Ng Li LiZon 22 (Seksyen U15 & U16)

23. en. Harri bin Mohammad HassanZon 23 (Seksyen U17, U18 & U19a)

24. en. Magesvaran a/l ArumugamZon 24 (Seksyen U4b, U19b & U20)

6

16

7

17

8

18

9

19

10

20

Page 8: buletin jan - mac 2015

08 MBSA pRIHATIN

mBSa giat anjurkan Program gerak advokasi denggi dan gerak gempur denggi Shah alamMelalui penganjuran Program Gerak Advokasi Denggi dan Gerak Gempur Denggi Shah Alam bermula pada tahun 2014, serta aktiviti kawalan dan pencegahan secara berterusan, jumlah kes demam Denggi di kawasan-kawasan ‘hotspot’ di Shah Alam telah menurun pada minggu ke-12 tahun 2015 (22 hingga 28 Mac 2015), iaitu sebanyak 153 kes berbanding pada minggu ke-11 (15 hingga 21 Mac 2015) iaitu sebanyak 214 kes demam Denggi.

Manakala, bermula pada tahun 2015, sehingga 28 Mac 2015, pihak MBSA telah mengadakan aktiviti pemeriksaan terhadap 12,570 premis di sekitar Shah Alam, aktiviti semburan atau ‘fogging’ di 190,687 premis dan mengeluarkan sebanyak 189 kompaun atas kesalahan membiak jentik-jentik Aedes.

Di samping itu juga, MBSA melaksanakan aktiviti pendidikan dengan mengedarkan sebanyak 46,537 risalah berkenaan demam denggi. MBSA turut menyeru kepada orang ramai untuk mengambil masa 10 minit setiap minggu untuk memastikan kawasan luar dan dalam premis berada dalam keadaan bersih dan bebas dari menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Pihak MBSA akan sentiasa mengadakan pemeriksaan secara berkala di sekitar bandar raya Shah Alam yang berpotensi sebagai kawasan ‘hotspot’ Denggi seperti di kawasan kediaman, bangunan bertingkat, tapak binaan, institut Pengajian tinggi Awam/Swasta, perniagaan barangan lusuh, dan sebagainya.

Sebarang aduan dan laporan berkenaan denggi boleh menghubungi Bilik gerakan denggi di talian 03-5522 2793 (waktu pejabat).

kemPen 1 tikuS 2 ringgit

Bandar raya Shah alam Bebas haiwan PerosakMBSA telah melaksanakan kempen 1 tikus 2 ringgit bagi menggalakkan penduduk sekitar bandar raya Shah Alam untuk mengamalkan kebersihan dan memastikan haiwan kacau ganggu ini tidak menjadi perosak yang mengganggu kehidupan seharian.

Kempen ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai dan pengusaha perniagaan makanan terutamanya untuk memastikan kawasan premis mereka bebas dari ancaman haiwan perosak ini.

Dalam menggalakkan aktiviti kebersihan ini, pihak MBSA menyediakan kaunter penyerahan tikus dan bayaran bermula pada 16 Mac 2015 hingga 10 April 2015. Kaunter ini dibuka di Pasar Moden Seksyen 6, Jalan 6/9, Seksyen 6, Shah Alam bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang pada setiap hari isnin hingga Jumaat. Setiap tikus yang diserahkan di kaunter akan dibayar rM2.00/seekor sama ada hidup ataupun mati.

Page 9: buletin jan - mac 2015

ISU 1/2015 » jan-MaC 2015 09MBSA pRIHATIN

datuk Bandar turun Padang ke majlis Perwakilan Penduduk

mBSa Sedia Borang Permohonan Bazar ramadan 2015

Penyerahan tong sampah oleh Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad kepada penduduk Jalan Elektron U16/89, Denai Alam yang terpilih.

Ybhg. Dato’ Ahmad Zaharin b. Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam mengadakan lawatan turun padang bagi mendekati warga bandar raya Shah Alam di kawasan yang terletak di dalam Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 22 iaitu di kawasan taman Bukit Subang, Denai Alam, Seksyen U16, Shah Alam.

Program lawatan turun padang ini adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan ukhuwah dan silaturrahim di antara pihak MBSA dengan warga Shah Alam yang merupakan ‘stakeholder’ bagi pihak MBSA. Program seperti ini memberi peluang kepada warga Shah Alam untuk memahami dan mengambil maklum tanggungjawab serta peranan MBSA dalam pembangunan persekitaran bandar raya Shah Alam.

Selain itu, program lawatan turun padang ini juga memberikan peluang kepada ahli majlis serta pemimpin masyarakat menjalinkan ikatan dan mengenali komuniti setempat dengan lebih dekat. Secara tidak langsung juga ia memberi maklumbalas secara bersemuka bagi meningkatkan imej Majlis sebagai sebuah Pihak Berkuasa tempatan yang mendahului dari aspek penyampaian khidmat yang terbaik serta memberi peluang kepada warga kota Shah Alam mengenali dengan lebih dekat Datuk Bandar Shah Alam yang baharu.

Melalui program ini, diharapkan dapat memberikan impak yang positif dan mengeratkan silaturahim antara masyarakat Shah Alam dan MBSA dalam mewujudkan masyarakat yang maju dalam memacu pembangunan Shah Alam.

Sekali lagi, MBSA memberi peluang kepada orang ramai untuk menjana pendapatan dengan menjalankan perniagaan di tapak Bazar ramadan yang disediakan sempena ketibaan bulan ramadan 1436H/2015. Pengeluaran borang bazar ramadan ini boleh diperoleh bermula pada 1 hingga 10 April 2015.

Proses pendaftaran dan penyerahan borang permit bazar ramadan ini akan dilaksanakan bermula pada 13 hingga17 April 2015 bagi tapak yang tidak melalui proses pengundian. Manakala bagi tapak yang melalui proses pengundian pula, proses pendaftaran dan penyerahan borang permit bazar ramadan ini akan dilaksanakan bermula pada 20 hingga 24 April 2015 di Dewan Bankuet, Wisma MBSA.

Dijangka sebanyak 2500 permohonan akan diterima bagi mengisi lot berniaga di 27 lokasi Bazar ramadan yang disediakan di bawah pengurusan pihak Majlis. Lokasi tapak bazar ramadan adalah di Seksyen 2, 6, 7, 8, 18, 24, 27, 28, 31, U5, U8, U10, U13, U19, dan U20 bagi tapak tiada undi. Manakala lokasi tapak bazar ramadhan yang melalui proses undian adalah di Seksyen 7, 13, 17, 18, 20, 25, U2 dan U3.

Pemohon hanya dibenarkan mengemukakan satu borang permohonan sahaja dan perlu hadir bagi menyerahkan borang permohonan dan gambar pemohon akan diambil secara terus pada masa tersebut. Peniaga juga hanya dibenarkan berniaga di tempat yang diluluskan sahaja dan diminta menjaga kebersihan di kawasan tapak berniaga atau tindakan kompaun akan dikenakan jika peniaga meninggalkan tapak dalam keadaan yang kotor dan tidak dikemaskan.

Page 10: buletin jan - mac 2015

10

Selain daripada bantuan keperluan asas makanan dan juga petugas p e m b e r s i h a n , M B S A j u g a menyumbangkan 20 unit tong sampah beroda dan 3 unit khemah bersaiz 20’x20’ untuk kegunaan penduduk yang terjejas akibat bencana banjir. Sebelum ini, MBSA pernah menghantar misi bantuan yang sama untuk membantu mangsa banjir di Kuantan dan Johor.

MBSA pRIHATIN

majlis menghargai Sumbangan Petugas Pasca Banjir di kelantan

Sehubungan itu, satu Majlis Penghargaan telah diadakan bagi meraikan sumbangan dan komitmen warga kerja MBSA yang telah menyertai misi bantuan kemanusiaan ini. Para pekerja telah diraikan dengan jamuan tengahari serta pemberian sijil penghargaan bagi menghargai komitmen dalam menyertai misi bantuan ini.

Pasukan petugas seramai 13 orang telah dihantar pada 29 Disember 2014, ke Kota Bharu untuk mengedarkan bantuan keperluan asas seperti susu tepung, lampin pakai buang, tuala wanita, air mineral, tikar, selimut, tilam, makanan dalam tin dan pelbagai lagi barangan yang bernilai rM20,000. Pasukan ini diketuai oleh encik Hairul Hanif bin Abu taib, Pegawai Penguatkuasa, MBSA.

Pasukan petugas yang melakukan kerja-kerja pembersihan awam di Gua Musang pula telah dihantar secara berperingkat mulai 7 hingga 13 Januari 2015, pasukan kedua mulai 14 hingga 20 Januari 2015 dan pasukan ketiga dari 19 hingga 25 Januari 2015. Seramai 138 orang anggota terdiri daripada 40 anggota dari Jabatan Pelesenan & Penguatkuasaan, 46 anggota daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam, 26 anggota daripada Jabatan Kejuruteraan, 20 orang daripada Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, MBSA.

Pasukan pembersihan pertama diketuai oleh encik rozaidi bin Ahmad, Pegawai Penguatkuasa MBSA, pasukan kedua yang diketuai oleh encik Ahmad Chairil Zen bin Mostafa, Pegawai Penguatkuasa MBSA dan pasukan ketiga pula diketuai oleh encik Khalidon bin Harun, Pengurus Pejabat Cawangan MBSA Setia Alam.

Seperti yang dilaporkan di dalam media massa, umum mengetahui bahawa Negeri Kelantan merupakan salah satu negeri yang dilanda banjir teruk pada penghujung tahun 2014. Berikutan masalah tersebut, pihak MBSA telah menghantar konvoi bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

Pelepasan kumpulan petugas Misi Bantuan Kemanusiaan oleh Datuk Bandar.

Page 11: buletin jan - mac 2015

ISU 1/2015 » jan-MaC 2015 11MBSA EfISyEN

PejaBat Bergerak mBSa“Shah alam on Wheel”

lebih Cepat dan mudah‘Shah Alam on Wheel’ beroperasi di lokasi tumpuan ramai seperti kompleks beli-belah, padang awam, dewan orang ramai dan sebagainya. Apa yang paling menarik adalah Pejabat Bergerak ‘Shah Alam on Wheel’ menawarkan harga tetap (flat rate) iaitu rM15.00 bagi kompaun trafik/lalulintas kepada orang Kena Kompaun (oKK). Pembayaran istimewa ini hanya boleh dilunaskan di kaunter Pejabat Bergerak ‘Shah Alam on Wheel’ sahaja. Untuk mengetahui lokasi Pejabat Bergerak ‘Shah Alam on Wheel’ yang seterusnya boleh layari www.facebook.com/shahalamcitycouncil.

PejaBat Bergerak SaoWmBSa terima lawatan dari dewan Bandaraya kuching utara

Timbalan Pengarah Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti, En. Shahrin Ahmad memberi penerangan

berkenaan sistem dan pengoperasian Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ kepada wakil dari

Dewan Bandaraya Kuching Utara.

Waktu oPeraSiShah alam on Wheel11.00 pagi – 5.00 petangSetiap Hari Sabtu

Pelaksanaan dan pengendalian Pejabat Bergerak ‘Shah Alam on Wheel’ oleh MBSA telah mendapat perhatian daripada beberapa Pihak Berkuasa tempatan (PBt) yang lain. Baru-baru ini, MBSA menerima kunjungan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan struktur, sistem, pengendalian dan pengoperasian Pejabat Bergerak ‘Shah Alam on Wheel’.

Seramai 8 orang wakil dari Bahagian Penilaian dan Pencukaian DBKU, Sarawak hadir mendengar taklimat

berkenaan latar belakang projek Kaunter Bergerak, pengubahsuaian bas dan seterusnya melihat sendiri perlaksanaan operasi Pejabat Bergerak ‘Shah Alam on Wheel’. Pihak DBKU mengakui bahawa banyak maklumat

yang dipelajari sepanjang lawatan tersebut. Pihak MBSA sentiasa mengalu-alukan kedatangan dari pihak PBt lain yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengoperasian Pejabat Bergerak ‘Shah Alam on Wheel’.

Perkhidmatan yang disediakan di Shah Alam on Wheel:

» Semakan dan mencetak bil cukai taksiran

» Pembayaran cukai taksiran

» Semakan dan mencetak kompaun

» Pembayaran kompaun

» Membuat aduan/semakan/kemaskini aduan

» Jualan buku peta jalan/buku rancangan tempatan

» rundingcara/jualan buku pelan setara

» Pendaftaran Shah Alam Kita

» rundingcara Permohonan/Pembaharuan Lesen Komposit

Page 12: buletin jan - mac 2015

12

Program

60 Earth Hour

SHaH alam 2015Sepintas lalu, kempen earth Hour ini telah mula diperkenalkan di Sydney, Australia pada tahun 2006, di mana premis dan juga rumah kediaman akan memadamkan lampu selama sejam mulai jam 8.30 hingga 9.30 malam. Pada tahun 2007, kempen earth Hour di Sydney berjaya menarik 2,000 premis dan 2.2 juta orang untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam kempen ini. Manakala, pada tahun 2008, impak kempen ini telah mendapat perhatian ke seluruh dunia di mana 400 bandar dari 35 buah negara telah mengambil bahagian dalam kempen ini.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mengadakan Program 60 earth Hour sejak tahun 2011. Bagi tahun ini, program telah berlangsung di Dataran Kemerdekaan, pada 28 Mac 2015. Kempen ini bertujuan menyampaikan maklumat berkenaan permasalahan pemanasan global atau global warming yang semakin meruncing akibat pembangunan pada masa kini. Lebih daripada 3000 pengunjung hadir memeriahkan suasana dan menyertai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung.

kAyuHAN MALAM / night cycling

Acara utama bagi program kali ini adalah kayuhan malam atau night cycling yang disertai lebih daripada 1500 pengayuh yang telah mengambil

bahagian dalam aktiviti kayuhan mengelilingi pusat bandar Shah Alam sejauh 21.6 kilometer. Antara laluan yang dilalui adalah Seksyen 14, 10, 4, 2, 18 dan 24. Acara pelepasan disempurnakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, YBhg. Dato’ Hj. Ahmad Zaharin Mohd Saad.

pENgIkTIRAfAN DARI WWf

Pada tahun ini juga MBSA mendapat kerjasama yang erat daripada WWF Malaysia atas penglibatan Shah Alam sebagai finalis untuk “Earth Hour City Challenge” (eHCC) dan “We Love City Campaign”. Pada malam tersebut pihak WWF telah memberikan Anugerah Khas kepada MBSA iaitu “Finalist Of Earth Hour City Capital 2015 and Special Mention Category”

Page 13: buletin jan - mac 2015

ISU 1/2015 » jan-MaC 2015 13

bersama 44 bandar raya lain seluruh dunia. MBSA telah mendapat tempat ketiga melalui Pertandingan “We Love City Campaign”.

MBSA telah di jemput untuk mengambil bahagian dalam peraduan Earth Hour City Challenge yang merupakan pertandingan tahunan anjuran badan dunia, World Wild Life Fund (WWF) yang berpangkalan di Sweden. Pertandingan ini memberi motivasi kepada bandar-bandar di seluruh dunia untuk melaksanakan langkah pembangunan mampan seperti mempergiatkan penggunaan

tenaga yang boleh diperbaharui, aktiviti kecekapan tenaga dan insiatif -inisiatif low carbon yang lain untuk menggalakkan pembangunan sebuah bandar raya mampan.

Dua bandar raya Malaysia iaitu Petaling Jaya dan Shah Alam telahpun disenarai pendek sebagai finalis antarabangsa untuk program di atas. Para juri antarabangsa yang menghakimi pertandingan ini kagum dengan tindakan Shah Alam kerana menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pengurusan sampah dan sisa buangan, serta usaha dalam

meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat. Juri antarabangsa juga tertarik dengan peruntukkan bajet yang tinggi oleh MBSA untuk melaksanakan langkah-langkah bagi menjayakan pembangunan bandar raya low carbon ini.

Anugerah khas ini diterima oleh bandar raya Shah Alam bersama-sama sebelas bandar raya antarabangsa yang lain seperti rio, Brazil; edmonton, Kanada dan juga Seattle dan Cleveland, Amerika Syarikat.

MBSA menerima Anugerah Khas “Finalist Of Earth Hour City Capital 2015 and Special Mention Category” daripada pihak WWF.

Pemandangan Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada

malam Earth Hour 2015.

Page 14: buletin jan - mac 2015

14 MBSA EfISyEN

Pelaksanaan Sistem i-Blacklist Bagi membendung kesalahan lalulintas dan trafik

info kupon 4 jam» 1 buku mengandungi 5 keping kupon» Nilai 1 keping kupon = RM1.60Nilai GST = RM0.480Harga Jualan 1 buku kupon: RM8.50

PelakSanaan kuPon 4 jammemudahkan Pengguna

Penggunaan kupon tempat letak kereta memberikan pelbagai manfaat khususnya kepada para pengguna. Melalui sistem kupon ini, pengguna tidak lagi perlu bimbang dikenakan caj penalti yang tinggi disebabkan kelewatan pembayaran tiket letak kereta mereka.

Baru-baru ini MBSA memperkenalkan penggunaan kupon 4 jam berbanding kupon yang diperkenalkan sebelum ini iaitu untuk 1 jam sahaja. Masih mengekalkan konsep yang sama iaitu gores dan pamerkan, penggunaan kupon 4 jam adalah lebih berbaloi bagi mereka yang memarkir kereta lebih daripada satu jam ataupun seharian.

Kupon 4 jam ini dilaksanakan pada 1 April 2015 selaras dengan bermulanya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GSt) oleh Kerajaan Malaysia. Selain daripada ia memudahkan pelanggan yang meletak kenderaan melebihi tempoh satu jam dan tidak perlu menggores kupon yang banyak, ia juga secara tidak langsung menjimatkan penggunaan kertas serta kebersihan lebih terjamin.

Dengan kerjasama pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), MBSA melaksanakan sistem i-Blacklist iaitu menyenarai hitam kenderaan yang gagal menjelaskan kompaun kesalahan tidak meletak kenderaan di tempat letak kenderaan.

Pelaksanaan sistem i-Blacklist merupakan sekatan untuk memperbaharui cukai jalan oleh pihak JPJ terhadap orang Kena Kompaun (oKK) yang mempunyai rekod kesalahan tidak meletak kenderaan di tempat letak kenderaan yang disediakan oleh MBSA.

Pihak MBSA terlebih dahulu akan mengeluarkan saman untuk hadir ke mahkamah kepada oKK. Sekiranya oKK gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan dan sekaligus menyenarai hitamkan oKK dalam sistem i-Blacklist. oKK yang telah disenarai hitamkan tidak boleh memperbaharui cukai jalan selagi kompaun tersebut tidak dijelaskan.

Pihak MBSA turut menyeru orang ramai agar menjelaskan semua tunggakan kompaun tempat letak kenderaan bagi mengelakkan daripada disenarai hitamkan di bawah sistem i-Blacklist.

Page 15: buletin jan - mac 2015

ISU 1/2015 » jan-MaC 2015 15pELANCONgAN & kEBuDAyAAN

Seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadikan Shah Alam sebagai Kota Seni, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tampil dengan idea baru, segar dan kreatif bagi merealisasikan matlamat ini. Mensasarkan kepada golongan muda yang gemarkan aktiviti santai dan hiburan yang sihat, pihak MBSA bijak dalam menyusun aktiviti bagi menarik lebih ramai golongan muda memeriahkan bandaraya Shah Alam. Bertempat di Laman Seni 7 Shah Alam, program kesenian dan kebudayaan bertema ‘Warna’ telah diadakan pada 7 Mac 2015 bermula jam 2.00 petang hingga 7.00 petang.

tranSformaSi Baru Shah alam

Sebagai “kota Seni”

Pertanyaan berkenaan sebarang program kebudayaan anjuran MBSA, sila hubungi Bahagian kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan Korporat & Pembangunan Komuniti MBSA, di talian 03-5522 2733. Atau layari www.facebook.com/lamanbudayashahalam untuk keterangan lanjut.

Dekorasi menarik yang menjadi tarikan utama di Laman Seni 2.

fakta» Laman Seni 2, Seksyen 2 Shah Alam

telah dirasmikan pada Disember 2013 bersempena dengan program Zon Bersih anjuran Kerajaan Negeri Selangor.

» Laman Seni 7, Shah Alam telah dirasmikan pada 22 Jun 2014 oleh Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor.

» Lukisan mural di Laman Seni 7 telah dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori: ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’.

Program ini mengetengahkan konsep interaktif dengan mengajak para pengunjung untuk menyertai aktiviti yang disediakan. Program kali ini melibatkan pelbagai aktiviti seni sambil memberi peluang kepada para pengunjung menikmati suasana indah lukisan mural yang menghiasi dinding di sekeliling Laman Seni 7. Antara persembahan seni dan kebudayaan yang dipersembahkan pada program tersebut adalah persembahan qasidah oleh Persatuan Anak Soleh, mengetengahkan kumpulan akustik dari kumpulan the Bakars, otam, Homerz, teekay dan AiAi. Selain itu, program Warna ini juga membawakan kumpulan muzik tradisional yang tidak asing lagi iaitu kumpulan Balle-Balle yang hadir mempersembahkan tarian dan muzik asli.

tidak hanya tertumpu di Laman Seni 7, pihak MBSA turut mengadakan program bual bicara ‘Borak-Borak Siri 2/2015’ di Laman Seni 2, Seksyen 2 Shah Alam pada 21 Mac 2015 dari jam 8.30 malam hingga 11.00 malam. Dengan topik ‘Seni...Hobi atau Kerja?’, 2 orang selebriti iaitu Amylea Azizan dan Awi rafael dijemput untuk sama-sama berkongsi pengalaman serta pengetahuan mereka sepanjang berada di dalam industri hiburan tanah air. Program ini diadakan khas buat golongan muda yang ingin mempelajari dan mengetahui lebih lanjut tentang selok-belok dan cabaran sebagai anak

seni tempatan terutamanya dalam bidang muzik dan nyanyian. terdapat juga artis tempatan lain yang membuat persembahan akustik seperti kumpulan Kidnap. Program ini juga secara tidak langsung menjadi tarikan kepada pelancong baru di Shah Alam.

Di Laman Seni 2 dan Laman Seni 7, antara program seni yang telah dianjurkan adalah “inilah Cherita Kita”, Fun-raising “Where Art Donates”, “Art For Homeless”, Warna dan #Borak Borak. Laman seni merupakan kawasan tarikan pelancong ke bandar raya Shah Alam melalui Program Pengindahan Lorong Belakang yang juga insiatif pihak MBSA untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan menarik untuk dilawati oleh para pengunjung dari dalam dan luar bandaraya Shah Alam.

Bandar raya Shah Alam sebenarnya memiliki pelbagai lokasi seni dan kebudayaan yang menarik seperti Galeri Seni Shah Alam, teater Shah Alam, Kompleks Kesenian islam, Laman Budaya dan banyak lagi. Laman Budaya Shah Alam juga sentiasa dipenuhi dengan program pusat seni setempat yang menarik seperti Layar tanchap, ‘roadshow’ tarian, ekspresi Muzik Selangor 2014 dan Program inspirasi Seni Buku Jalanan 3 tahun.

Antara program dan pameran yang diadakan di #lorongbelakang Laman Seni 7, Shah Alam.

Laman Seni 2 dan 7 sentiasa meriah dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian.

Page 16: buletin jan - mac 2015

16 pELANCONgAN & kEBuDAyAAN

tahun 2015 merupakan tahun Melawat Selangor selepas edisi yang pertama ia diadakan pada tahun 2000. Pihak Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf dan mengakui permintaan dan cadangan daripada semua rakan kongsi industri pelancongan utama bagi keperluan mengadakan tahun Melawat Selangor.

Sehubungan itu, temasya Selangor 15 diadakan bersempena 100 hari Mohamed Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor. temasya Selangor pada tahun ini merangkumi tiga acara penting dalam kalendar negeri iaitu Sambutan Ambang tahun Baru 2015, Pelancaran tahun Melawat Selangor 2015 dan Sambutan 100 Hari Pentadbiran Menteri Besar.

Majlis Pelancaran tahun Melawat Selangor 2015 telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, tuan Mohamed Azmin bin Ali. Pelancaran ini diadakan sempena penganjuran temasya Selangor 15 dan pihak tourism Selangor berpeluang mengadakan pelancaran kempen ini secara besar-besaran. Angka 15 juga merupakan signifikan kepada Mohamed Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor ke-15 selepas tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin ibrahim.

temasya Selangor 15 telah berlangsung di SACC Mall, Pusat Konvensyen SACC, Kompleks PKNS Shah Alam dan kawasan sekitarnya. Pelbagai aktiviti yang meliputi aspek kesenian dan kebudayaan seperti pameran kesenian, pertandingan grafiti, lukisan jalanan dan ‘buskers’. Antara artis jemputan yang turut hadir bagi memeriahkan sambutan temasya Selangor 15 adalah Faizal tahir dan Yaasin Sulaiman.

mBSa Sedia Perkhidmatan Bas komuniti Secara PercumaDalam usaha untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menyediakan perkhidmatan bas komuniti secara percuma untuk kegunaan orang ramai.

Bas komuniti ini disediakan bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma kepada warga Shah Alam khususnya, sekaligus membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam dan membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam.

Bas komuniti MBSA ini mengandungi 17 kerusi penumpang, 1 ruang khas kerusi roda, 7 kerusi khusus untuk warga emas, ibu mengandung, serta ruang berdiri. Kapasiti selesa untuk penumpang bas komuniti dalam satu masa boleh memuatkan sehingga 30 orang penumpang.

Sasaran penumpang perkhidmatan pengangkutan bas komuniti ini adalah kepada mereka yang berpendapatan rendah, warga emas, pelajar, pekerja industri dan kakitangan kerajaan. Waktu pengoperasian bas komuniti ini adalah sebanyak 3 kali sehari, perjalanan (pusingan) antara jam 7.30 pagi, 11.30 tengahari dan 4.30 petang. operasi bermula di Hentian Pusat Bandar Seksyen 14, Shah Alam.

temaSya Selangor 15

menteri Besar Sempurnakan majlis Pelancaran tahun melawat Selangor 2015

Antara laluan yang dilalui Bas Komuniti MBSA:1. Hentian Pusat Bandar Seksyen 142. Hentian Laman Budaya Seksyen 143. Hentian Gerai Seksyen 24. Hentian Utama UiTM Seksyen 25. Hentian Apartmen Baiduri Seksyen 76. Hentian Unisel Seksyen 77. Hentian Jakel Sekyen 78. Hentian JPJ (Padang Jawa) Seksyen 169. Hentian Pangsapuri Rimba Jaya Seksyen 1610. Hentian Masjid Raja Tun Uda Seksyen 1611. Hentian LPPKN Seksyen 1612. Hentian Pasar Seksyen 1613. Hentian SMK Seksyen 1614. Hentian Terminal Bas Seksyen 1716. Hentian Kompleks Ole-Ole Seksyen 1817. Hentian LKSA Seksyen 1818. Hentian Dataran Shah Alam Seksyen 1419. Hentian Masjid Negeri Seksyen 1420. Hentian Pejabat Pos Besar Seksyen 14

Page 17: buletin jan - mac 2015

ISU 1/2015 » jan-MaC 2015 17kEMASyARAkATAN

mBSa anjur majliS ilmu khuSuS untuk

golongan Wanita Sekitar Shah alam

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencetus idea murni dengan menganjurkan Program Majlis ilmu Jawatankuasa Wanita yang turut melibatkan beberapa badan bukan kerajaan (NGo) wanita dari sekitar bandar raya Shah Alam.

Bertempat di Dewan Auditorium MBSA, Jabatan Korporat dan Pembangunan Komuniti MBSA yang bertindak sebagai urusetia program mengetengahkan penceramah Ustazah Norhafizah binti Musa, Pensyarah Universiti teknologi Malaysia (UtM). Selain daripada membincangkan topik dan isu-isu semasa terhadap perkembangan wanita pada masa kini, Program Majlis ilmu ini juga menampilkan aktiviti jualan makanan dan barangan wanita.

Penganjuran Program Majlis ilmu ini adalah salah satu aktiviti pengisian rohani selain memupuk hubungan silaturrahim dan semangat ukhuwah di antara satu sama lain. Program Majlis ilmu ini diadakan sebulan sekali pada hari Jumaat minggu pertama.

Penggunaan lampu led di jalan raya lebih mesra alam

Majlis Bandaraya Shah Alam mengambil inisiatif yang bijak dengan menaiktaraf lampu jalan di kebanyakan Persiaran di Pusat Bandar Shah Alam. Pemasangan lampu diod pemancar cahaya (LeD) di sekitar bandar raya ini dilakukan sejak akhir tahun 2014. Penaiktarafan dari penggunaan lampu Sodium ke lampu LeD ini dipasang di kebanyakan persiaran utama di bandar raya Shah Alam.

Persiaran yang terlibat adalah Persiaran Kayangan sebanyak 74 unit, Persiaran Sultan sebanyak 42 unit dan Persiaran Dato’ Menteri sebanyak 30 unit. Penggunaan lampu LeD ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kesedaran warga Shah Alam dalam mengamalkan gaya hidup mesra alam selain menjadikan Shah Alam sebuah Bandar raya Hijau Berkarbon rendah.

Jika dibandingkan, penggunaan lampu LeD adalah lebih mesra alam berbanding lampu jenis sodium ‘metal-halide’. Jangka hayat penggunaan lampu LeD juga lebih lama dan ia mempunyai nilai karbon ‘footprint’ yang rendah. Cahaya putih yang dipantulkan meningkatkan daya penglihatan selain memberikan lebih tahap keselamatan dan baik kepada penggunaan kamera litar tertutup (CCtV).

Pemasangan lampu jenis LeD menyumbang kepada penggunaan tenaga yang lebih efisien selain mengurangkan pembebasan karbon dioksida dan mewujudkan keadaan selesa kepada penduduk dari segi keselamatan. Penggunaan lampu LeD dalam pencahayaan juga boleh menjimatkan sehingga 70 peratus penggunaan tenaga berbanding penggunaan lampu jenis sodium. Apa yang penting adalah ia lebih tahan lama, tidak memancarkan radiasi inframerah dan bebas merkuri.

Penggunaan lampu jalan jenis LED di Persiaran Kayangan,

Shah Alam.

Page 18: buletin jan - mac 2015

18 kEMASyARAkATAN

Cuti sekolah merupakan waktu yang paling ideal untuk mendidik kanak-kanak menjadi lebih kreatif serta memberi peluang kepada mereka untuk menyerlahkan bakat yang ada. Sehubungan itu, MBSA menganjurkan Program Cuti Sekolah yang diadakan pada 17 hingga 19 Mac 2015, bertempat di Perpustakaan Anggerik Vanilla MBSA, Seksyen 31, Kota Kemuning, Shah Alam.

Program Cuti Sekolah kali ini merupakan program pembelajaran kraf kreatif yang memfokuskan kepada pemikiran kreatif. Seramai 172 orang kanak-kanak berumur antara 5 hingga 12 tahun telah menyertai program ini. Selama 3 hari Program Cuti Sekolah ini berlangsung, sebanyak 3 jenis aktiviti dijalankan iaitu ‘Wooden Book end’, ‘Mini robotic Model engineering’ dan Lawatan ke ostrich Wonderlands Semenyih. Pengisian aktiviti adalah seperti:

‘Wooden Book end’

Peserta diberikan bahan ‘Wooden Book end’ yang belum dipasang dan tidak berwarna. Setiap peserta turut diberikan cat air pelbagai warna. Peserta perlu mengecat bahan tersebut terlebih dahulu mengikut kreativiti masing-masing. Apabila bahan tersebut sudah kering, ia perlu dipasang. Pelbagai jenis ‘Wooden Book end’ yang disediakan oleh pihak penganjur.

‘mini roBotiC model engineering’

Dalam aktiviti ini, peserta diberikan satu set model robot pelbagai jenis yang belum dipasang. Setiap set model robot tersebut diberikan satu kertas panduan tentang

cara pemasangannya. Secara tidak langsung aktiviti ini memberikan pendedahan tentang kejuruteraan kerana ia melibatkan perkakasan seperti spanar, kunci allen, skru dan nat.

laWatan ke oStriCh WonderlandS Semenyih

Pada hari ketiga program, para peserta telah dibawa melawat ke ostrich Wonderlands di Semenyih, Selangor sebagai lawatan sambil belajar. Peserta dibawa melihat haiwan ternakan yang terdapat di ostrich Wonderlands seperti burung unta, kambing, kuda dan pelbagai jenis ayam. Para peserta turut berpeluang mempelajari tetang kehidupan haiwan ternakan tersebut serta menunggang burung unta atau kuda pada akhir sesi lawatan.

Program Cuti Sekolah ini secara keseluruhannya dilihat dapat membantu kanak-kanak dalam membina kreativiti dan mengasah kemahiran berfikir mereka. Kerjasama yang baik daripada ibu bapa menjadi pendorong kepada pihak MBSA untuk meneruskan lagi program seumpama ini, demi membentuk generasi yang berilmu untuk masa akan datang.

Page 19: buletin jan - mac 2015

ISU 1/2015 » jan-MaC 2015 19kEMASyARAkATAN

Keperluan untuk mendapatkan tahap keselamatan yang lebih baik telah meningkatkan permintaan kepada skim-skim kediaman yang menawarkan sistem kawalan keselamatan secara berpagar (gated) dan berpengawal (guarded). Skim Komuniti berpengawal dan berpagar menjadi trend masa kini kerana penduduk merasakan ia boleh meningkatkan keselamatan persekitaran tempat tinggal dan mewujudkan kediaman yang lebih kondusif dan selesa.

Penyediaan garis panduan skim komuniti berpengawal ini bertujuan untuk membantu pihak MBSA bagi menyelesaikan isu-isu pembangunan komuniti berpengawal di kawasan perumahan sedia ada serta pembangunan perumahan baru yang bercabang dalam mewujudkan komuniti berpengawal yang bukan di dalam skim perumahan berstrata.

Garis panduan ini juga dapat mempermudahkan dan memberi panduan kepada persatuan-persatuan penduduk serta pemaju-pemaju untuk melaksanakan konsep skim komuniti berpengawal di kawasan pembangunan perumahan masing-masing bagi menjamin keselamatan penghuni serta meningkatkan prestij sesuatu kawasan kediaman.

Permohonana) Permohonan hendaklah dikemukakan di kaunter

Jabatan Pusat Setempat (oSC), MBSA menggunakan Borang Permohonan Skim Komuniti Berpengawal dengan disertakan:i) “Cover Letter” Persatuan Pendudukii) Dokumen Persatuan Penduduk (Pengesahan)iii) Pelan kawasan Komuniti Berpengawal dan lokasi

perletakan pondok pengawal (Saiz A3)iv) Gambar foto kawasan yang terlibat.

b) Bagi kawasan yang telah mempunyai komuniti penduduk, permohonan hendaklah dikemukakan oleh Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (roS).

c) Bagi kawasan pembangunan baru, permohonan hendaklah dikemukakan oleh pemaju dan perlu menandakan lokasi perletakan pondok pengawal di dalam pelan susunatur berkenaan. (Lokasi pondok pengawal hendaklah diwarnakan kuning)

Permit Bangunan Sementara a) Mendapatkan kelulusan permit bangunan sementara

dari Jabatan Bangunan, MBSA bagi struktur binaan pondok pengawal.

b) rekabentuk pondok pengawal akan disediakan oleh pihak Majlis dan hendaklah mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

c) Perlu mempamerkan surat dan partel kelulusan di mana-mana bahagian pada pondok pengawal yang mudah dilihat.

d) Kegagalan mempamerkan butiran berkenaan boleh dikenakan tindakan notis dan kompaun engkar arahan di bawah Seksyen 70 (13(d) Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133).

keSeSuaian lokaSi a) Lokasi tapak tidak mempunyai jalan yang bersambung

dengan pembangunan yang lain.b) Mempunyai alternatif jalan yang lain untuk berhubung

dengan kawasan-kawasan di lapisan kedua.

kePerluan utilitia) Mendapatkan kelulusan permit korekan daripada

Jabatan Kejuruteraan, MBSA terlebih dahulu bagi kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik dari sumber ke pondok pengawal sekiranya ia melalui jalan-jalan di bawah pentadbiran Majlis.

b) Pondok pengawal dengan kemudahan tandas hendaklah mendapatkan kelulusan daripada indah Water Konsortium Sdn. Bhd.

c) Bekalan air hendaklah diperoleh daripada sumber yang sah serta perlu dirujuk dan mendapat kelulusan daripada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.

d) Bekalan elektrik hendaklah diperolehi daripada sumber yang sah serta perlu dirujuk dan mendapat kelulusan daripada dan tenaga Nasional Berhad.

e) Bekalan elektrik daripada sumber tiang lampu dan ‘feeder pillar’ Majlis sedia ada adalah tidak dibenarkan sama sekali.

gariSPanduan Permohonan Skim komuniti BerPengaWal (guarded Community)

Panduan berguna bagi menjamin keselamatan penghuni kawasan kediaman

Untuk mendapatkan maklumat lengkap berkenaan Garispanduan ini, Buku garis Panduan Permohonan Skim komuniti Berpengawal mBSa boleh dibeli di jabatan Perancangan, Majlis Bandaraya Shah Alam, Tingkat 9, Wisma MBSA, Shah Alam atau hubungi talian 03-5510 5133.

Page 20: buletin jan - mac 2015

Pertandingan kriterium Shah alam 2015 Pamer kehebatan Pelumba Basikal

mBSa anjur kejohanan taekwondo jemputan Piala datuk Bandar Shah alam 2015 Buat kali Pertama

Bertempat di jalan sekitar taman tasik Shah Alam, pertandingan ini mempertaruhkan kategori basikal bukit dan kategori basikal lumba. Manakala, peringkat yang dipertandingkan adalah lelaki bawah umur 15 dan 18 tahun, lelaki junior veteran umur 35 hingga 45 tahun, lelaki senior umur 46 ke atas, kategori lelaki terbuka berumur 19 hingga 35 tahun dan kategori wanita terbuka. Bagi kanak-kanak pula terbuka bagi kategori kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 4 hingga 5 tahun dengan jarak 100m.

Sufian Nabil b. omar dari pasukan Majlis Sukan Negara berjaya merangkul gelaran juara apabila berjaya memenangi tempat pertama dalam kategori terbuka Pertandingan Berbasikal Kriterium Shah Alam.

Seramai 800 penyertaan yang terdiri daripada pengayuh basikal profesional dan amatur telah menyertai pertandingan ini. Sambutan dan sokongan yang padu daripada peserta dari seluruh negeri sentiasa menjadi inspirasi kepada pihak MBSA untuk meneruskan pertandingan ini pada masa akan datang.

Sebahagian daripada peserta pertandingan Kriterium Shah Alam 2015

yang berjaya menamatkan kayuhan.

tidak dinafikan bahawa sukan berbasikal semakin menjadi pilihan orang ramai terutama golongan belia untuk melakukan aktiviti luar. Sehubungan itu, ia sekaligus menjadi ilham kepada pihak MBSA untuk menganjurkan Pertandingan Lumba Basikal Kriterium Shah Alam pada 14 Februari 2015 yang lalu.

Buat julung kalinya, MBSA telah menganjurkan Kejohanan taekwondo Jemputan Piala Datuk Bandar Shah Alam pada 21 Mac 2015. Kejohanan yang telah berlangsung di Dewan Bola tampar MBSA, Seksyen 19, Shah Alam ini merupakan pertandingan mempertahankan diri yang diadakan buat pertama kalinya melibatkan golongan kanak-kanak dan remaja.

Dengan penganjuran kejohanan ini, golongan muda sekaligus diberi pendedahan dan meningkatkan tahap keyakinan diri melalui aktiviti seni pertahanan diri. ia juga dapat membentuk disiplin diri serta memupuk semangat kesukanan dalam melahirkan individu yang sihat dan cergas.

Kejohanan ini membuka peluang kepada bandar raya Shah Alam untuk menjadi bandar raya sukan yang menyediakan pelbagai kemudahan sukan bertaraf antarabangsa seperti Stadium Shah Alam, Pusat Akuatik Darul ehsan, Stadium Malawati dan dewan-dewan bagi pelbagai acara sukan dan sebagainya.

Antara persatuan/kelab taekwondo yang menyertai kejohanan ini adalah Pewaris, ‘rockafella’, Jagoh, Bravo, Newgen, ‘Adventure’, Matsa, United Sport, Universiti teknologi MArA (UitM), pasukan Bersatu terengganu dan banyak lagi.

20 SukAN

Page 21: buletin jan - mac 2015

21

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekali lagi menganjurkan Kejohanan Bola tampar Piala Datuk Bandar dan Volleython 2015 pada 6 hingga 8 Februari yang lalu. Kejohanan kali ini diadakan di Dewan Bola tampar, Seksyen 19 dan Seksyen 24, Shah Alam.

Sebanyak 2 kategori yang dipertandingkan iaitu kategori Piala Datuk Bandar terbuka kepada semua pemain dan kategori Volleython Piala timbalan Datuk Bandar yang terdiri daripada pasukan amatur. Antara objektif kejohanan ini dianjurkan adalah untuk melahirkan pemain pelapis sukan bola tampar yang akan dikenalpasti untuk mewakili negara ke kejohanan bola tampar bertaraf kebangsaan dan antarabangsa, di samping membudayakan aktiviti sukan dan gaya hidup sihat di kalangan warga bandar raya Shah Alam.

kejohanan Bola SePak liga jr. 1mCC

yamaha 2015 tonjol kejaguhan Si Cilik

Melalui Akademi Soccer Kids Shah Alam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menghantar pasukan Soccer Kids MBSA bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak Liga Jr. 1MCC – Yamaha 2015 bagi kategori bawah 12 tahun. Kejohanan ini telah dibahagikan kepada dua Divisyen iaitu Divisyen 1 dan Divisyen 2. Pasukan Soccer Kids MBSA adalah di antara 16 pasukan terbaik yang telah disenaraikan di dalam kumpulan Divisyen 1.

Kejohanan ini telah berlangsung dari 17 Januari hingga 29 Mac 2015 di Padang Bola Sepak UPM, Serdang bagi peringkat liga. Manakala perlawanan

akhir telah berlangsung di Stadium Mini UPM, Serdang. Sebanyak 16 buah pasukan telah menyertai dalam Kejohanan Bola Sepak Liga Jr. 1MCC – YAMAHA 2015.

Sepanjang kejohanan di peringkat liga kumpulan, Pasukan Soccer Kids MBSA telah mempersembahkan aksi yang cemerlang sehingga berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan akhir turut menyaksikan pertemuan dua kelab yang digeruni iaitu Soccer Kids MBSA dan KB tunas Lagenda. Kedua-dua pasukan telah menunjukkan aksi-aksi yang menarik semasa perlawanan dijalankan.

Atas semangat juang yang tinggi, Pasukan Soccer Kids MBSA di bawah kendalian encik Anuar Abu Bakar berjaya merangkul gelaran Juara dan seterusnya membawa pulang piala kejuaraan yang diidamkan untuk kali ke-3 berturut-turut. Pihak pengurusan MBSA turut bercadang untuk memberikan insentif kepada pasukan Soccer Kids MBSA kerana telah mendapat ‘Hatrick’ mengekalkan gelaran juara 1MCC – YAMAHA bawah 12 tahun selama 3 tahun berturut-turut.

kejohanan Bola tampar Piala datuk Bandar dan Volleython 2015 ketengahkan Pemain muda Berbakat

SukAN

Page 22: buletin jan - mac 2015

‘Shah alam treeS for life 2015’mBSa teruskan usaha Program Penghijauan Bandar raya

Pada kali ini, Program ‘Shah Alam trees For Life’ diadakan di sepanjang Jalan Monfort (hadapan Sekolah Monfort Boys town), Seksyen U2, Shah Alam. Program ini turut mendapat sambutan daripada badan korporat, badan bukan kerajaan, sekolah, institut Pengajian tinggi serta 300 orang peserta sukarelawan seperti eCo Warriors, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Jabatan Kerja raya.

tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi memberikan wajah baru dengan konsep teduhan hijau pada kawasan persekitaran tersebut. Selain itu, dengan penglibatan para pelajar daripada institut Pengajian tinggi Awam/Swasta dapat mendidik dan menanamkan nilai-nilai murni untuk mencintai alam sekitar di dalam diri mereka khusus kepada generasi muda yang merupakan pewaris negara.

Program penanaman pokok ini turut mendapat tajaan daripada J.C. Jacobsen Foundation yang menyumbang sebanyak rM45,000 bagi pembelian anak pokok untuk program penghijauan bandar ini.

Sebanyak 1500 batang anak pokok yang terdiri daripada 2 jenis pokok iaitu pokok tecoma atau ‘tabebuia rosea’ dan pokok Kiara Payung atau ‘Felicium Decipiems’. Anak-anak pokok ini ditanam sepanjang 1.6 kilometer di Jalan Monfort, Seksyen U2.

Melalui program penanaman pokok ini, pihak MBSA menggalakkan penyertaan badan korporat dan syarikat swasta yang mengamalkan dan ingin melaksanakan ‘Corporate Social responsibility’ (CSr) dengan menyertai program ‘Shah Alam trees For Life’ anjuran MBSA.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pihak MBSA terus mengorak langkah dalam usaha menghijaukan bandar raya Shah Alam dengan menganjurkan program penanaman pokok ‘Shah Alam trees For Life 2015’. Program penghijauan bandar ini dijalankan bersama sukarelawan dan pencinta alam sekitar.

Datuk Bandar Shah Alam bersama-sama wakil daripada J.C Jacobsen Foundation berganding bahu menanam pokok.

Antara sukarelawan yang turut sama membantu dan menjayakan program Shah Alam Trees For Life.

22 SHAH ALAM BERSIH, INDAH DAN HIJAu

Page 23: buletin jan - mac 2015

Tahukah Anda?terdapat beberapa nama yang terkenal merupakan pengidap penyakit gout

seperti Ahli Fizik isaac Newton, Benjamin Franklin

dan pelukis terkenal Leonardo da Vinci.

ISU 1/2015 » jan-MaC 2015 23kESIHATAN

Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan asid urik yang tidak dibuang secara berkesan di dalam badan. Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi-sendi yang sakit dan ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Jika tidak dibendung, ia akhirnya boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang. Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, memakan makanan yang kaya dengan purin, obesiti, pengambilan alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat-ubatan seperti diuretik dan aspirin.

Seringkali menjadi persoalan apakah tanda-tanda penyakit gout sehingga ia menjadi satu perkara yang membimbangkan kepada sesetengah golongan terutamanya bagi mereka yang gemarkan makanan laut. Antara tanda-tanda individu tersebut diserang penyakit gout adalah sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Gout juga boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, pergelangan tangan dan jari.

Selain itu, sendi akan membengkak, kaku serta menjadi panas dan merah secara tiba-tiba apabila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam. Antara tanda-tanda yang lain adalah benjolan pada sendi dan cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urik yang mungkin kelihatan seperti kapur. Serangan penyakit gout ini berlaku secara

tiba-tiba tanpa mempunyai sebab yang ketara. tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout boleh berlaku jika kekurangan air di dalam tubuh apabila makan secara berlebihan, minum air beralkohol, kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara ketika tengah malam di mana pesakit merasa sejuk seolah-olah disiram air sejuk di tempat yang sakit dan ini akan menyebabkan mereka menggigil dan demam. Simptom seperti ini kemungkinan akan berlaku selama seminggu hingga dua minggu dan kemudiannya rasa sakit itu akan berhenti secara sendirinya. Namun, ini bukan bermakna ia telah sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati, sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan serangan kerap kali pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.

oleh kerana penyakit gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan

dalam badan, seseorang itu haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik seperti menjaga berat badan kerana kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan. Selain itu, elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi purin yang tinggi, minuman beralkohol dan sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang yang mengandungi purin yang tinggi.

Penyakit gout juga boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran turut memainkan peranan. Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada masa kini, dengan rawatan yang baik, ia boleh dikawal melalui amalan cara hidup yang sihat. individu yang menyedari dirinya diserang penyakit gout perlu peka dan mendapatkan rawatan lebih awal agar penyakit ini tidak melarat.

Elakkan Makan kurangkan Makan

Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak

Asperagus, bunga kobis, cendawan dan bayam

Ikan bilis, kembung, sardin Kekacang

Daging cincang Ayam

Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging

Roti jagung dan bijirinMakanan bercangkerang seperti ketam, udang dan kerang

golongan lelaki mudah diserang gout!

Kesihatan merupakan anugerah yang tidak ternilai. tanpa kesihatan yang baik, seorang manusia tidak dapat merasai nikmat atau erti hidup yang sebenar. Menghindari diri dari serangan penyakit merupakan satu cabaran besar yang perlu dilalui oleh setiap manusia di dunia ini. Salah satu penyakit yang kerap menyerang masyarakat Malaysia adalah penyakit Gout. Penyakit ini lebih mudah menyerang golongan lelaki. Walau bagaimanapun, golongan wanita yang sudah melalui putus haid atau menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar golongan lelaki.

Page 24: buletin jan - mac 2015

» Shah Alam adalah antara 44 bandar raya telah terpilih ke peringkat akhir Kempen ‘We Love Cities’.

» Kempen Welovecities “We Love Shah Alam” telah berlangsung selama 8 minggu dari 26 Januari hingga 27 Mac 2015.

» Kempen ini adalah sebahagian daripada usaha World Wide Fund (WWF) menggalakkan masyarakat dunia mempunyai kesederan betapa pentingnya persekitaran hijau dan bandar mampan kepada komuniti.

» Bandar raya Shah Alam mendapat tempat ketiga dalam Kempen Welovecities “We Love Shah Alam”.