16
Mac 2010 | JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA www.islam.gov.my PERCUMA • TAHUN 21 • BILANGAN 129 • MAC 2010 • RABIULAWAL - RABIULAKHIR 1431 H PM Seru Hayati Konsep Wasatiyah PM Seru Hayati Konsep Wasatiyah

Buletin Jakim Mac 2010

  • Upload
    yusof-s

  • View
    289

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Buletin Jakim Mac 2010

Citation preview

Page 1: Buletin Jakim Mac 2010

Mac 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

www.islam.gov.my

PERCUMA

• TAHUN 21 • BILANGAN 129 • MAC 2010 • RABIULAWAL - RABIULAKHIR 1431 H

PM Seru Hayati Konsep WasatiyahPM Seru Hayati Konsep Wasatiyah

Page 2: Buletin Jakim Mac 2010

2| Mac 2010

Kandungan

Meja Pengarang

• PM Seru Hayati Konsep Wasatiyah 3

• Wacana Pendidikan Fatwa: Penggunaan Lafaz Allah 4

• Isu Sebat: Golongan Penentang Adalah Pelampau 5

• Retreat Agensi-agensi di Bawah YB Menteri di jPM 6

• Retreat Bengkel Penilaian Pelan Strategik Pelaksanaan 6 Pendekatan Hadhari

• KP jakim Kunjung Hormat ke Atas Tun Abdullah 7 Ahmad Badawi

• Kunjungan Muhibah Ketua jabatan Perangkaan 7 Malaysia ke jakim

• Berita Bergambar 8-9

• Perjumpaan KP Bersama Kakitangan jakim Sarawak 10

• Rugi Seandainya Terlepas Menonton Program Adik-adikku 10 - Dato’ KP jakim

• jakim Ketuai Pembangunan Metodologi Analisis Halal 11

• Sistem E-Halal Baru Mesra Pengguna 11

• Malaysia Kongsi Pengalaman Isu Wanita dengan Afghanistan 12

• jakim Terima Sekolah Lagi 12

• ILIM Lebarkan Sayap ke Wilayah Timur, Besut 13

• DQ Lahirkan Generasi Huffaz 14

• Sekalung Tahniah 14

• Selamat Bersara 14

• Senarai Pertukaran dan Lantikan Baru Pegawai 15 jakim Februari 2010

SIDAnG REDAKSI

PENAUNGDato’ Haji Wan MohamadDato’ Sheikh Abdul Aziz

Ketua Pengarahjabatan Kemajuan Islam Malaysia

PENASIHATMohd noor Abd. HamidTimbalan Ketua Pengarah

(Pengurusan) jakim

KETUA PENGARANGMohamad Saari

Pengarah Bahagian Penerbitan

PENGARANGMohd Yusof Sham

PENOLONG PENGARANGMohd Firdaus Mohd Suhani

JURUFOTOjamal Ibrahim

PENGEDARUnit Edaran

Bahagian Penerbitanjabatan Kemajuan Islam Malaysia

Aras 1 & 4, Blok D9, Kompleks D,Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62519 Putrajaya

ATUR HURUF / REKA BENTUKVisual Print Sdn. Bhd.

PERcETAKANPercetakan nasional Malaysia Berhad

Di mana-mana sahaja kita terdedah dengan pelbagai sumber maklumat sama ada lisan mahupun dalam bentuk tulisan yang memerlukan kita menentukan kesahihannya terlebih dahulu, termasuklah fitnah. Fitnah secara umumnya merujuk pada tuduhan

atau khabar angin yang diada-adakan bagi memburukkan seseorang. Ia melibatkan perkataan yang menyakitkan hati serta niat jahat berikutan rasa dengki dan iri hati. Zaman canggih sekarang ini tidak terhad pada penyebarannya melalui percakapan, malah ia turut tersebar melalui e-mel, SMS, televisyen, radio, laman web, blog dan sebagainya.

Sedar tidak sedar, seolah-olah menjadi budaya, kita selalu forward e-mel atau SMS yang tidak pasti kebenarannya. Jika perkara tersebut tidak benar, maka tersebarlah fitnah yang memungkinkan kita mendapat ‘saham’ daripada fitnah tersebut. Eloklah diperiksa atau hubungi pihak yang berautoriti terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat. Jangan disebabkan tindakan tersebut, orang lain menanggung malu dan kerugian gara-gara sikap kita.

Suasana di pejabat juga turut tidak terlepas dengan situasi ini. Gosip dan berita keburukan seseorang tidak terlepas daripada kita sebagai pendengar. Makin ramai kawan kita, makin banyak pula versi ceritanya. Terpulang kepada kita untuk menyaring maklumat-maklumat liar seperti itu. Jangan jadi seperti talam dua muka yang bersifat hipokrit, menghasut orang serta mengadu domba. Akibatnya, lambat laun ia akan memakan diri, dibenci semua orang.

Dek kerana impak fitnah yang boleh memecah-belahkan masyarakat, tidak hairan ia diibaratkan lebih buruk daripada membunuh. Kita tidak terlepas daripada menghadapi cabaran ini kerana manusia merupakan makhluk sosial yang memerlukan kita berhubung dengan orang lain. Oleh itu, penilaian dan ilmu menjadi perisai kepada penyebaran fitnah. Kita mampu mengawal penyebarannya sekiranya kita prihatin dan sedar akan dosa penyebarkan fitnah.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Fitnah Sana SiniFitnah Sana Sini

Page 3: Buletin Jakim Mac 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak menyeru umat Islam

supaya menghayati dan mengamalkan konsep wasatiyah yang akan melahirkan satu ummah yang progresif. Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri Bersama Ulama’ dan Umara’ di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) pada 5 Februari 2010.

Katanya, wasatiyah yang bermaksud sederhana, pertengahan dan se-imbang akan melahirkan ummah yang berpaksikan kekuatan keimanan kepada Allah, tanpa mengabaikan kebajikan rakyat, tanpa mengira bangsa dan agama dalam konteks masyarakat majmuk di Malaysia.

Beliau menambah, dalam merealisasi-

kan gagasan 1Malaysia yang lebih memfokuskan hala tuju umat Islam di negara ini, satu konsep yang bersifat komprehensif dan bersepadu perlu dirintis selaras dengan tuntutan agama Islam bagi menangani pelbagai isu dan masalah semasa yang berlaku.

Turut hadir pada majlis tersebut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B), Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan

Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, ketua-ketua agensi agama, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, para mufti, ulama, dan pegawai kerajaan. Dato’ Sri Mohd Najib turut melancarkan gagasan dan logo 1Malaysia 1Ummah peringkat agensi-agensi agama seluruh Malaysia. Turut diadakan satu sesi dialog tertutup dengan ulama pada majlis berkenaan.

Mengenai isu semasa yang berkait dengan umat Islam seperti penggunaan kalimah Allah, cubaan membakar gereja dan surau serta kejadian meletak kepala babi di perkarangan masjid, Dato’ Sri Mohd Najib berkata, ia merupakan cubaan pihak tertentu untuk menggugat kestabilan dan hubungan kaum di negara ini. Bagaimanapun, dengan bermodalkan penerimaan sesama bangsa, pelbagai cabaran agama dan kaum itu berjaya ditangani secara berhemah.

Terdahulu, tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu, “Langkah yang Diambil Kerajaan dalam Memartabatkan Institusi Mahkamah Syariah di Malaysia” oleh Ketua Hakim Syarii, YAA Tan Sri Ibrahim Lembut, “Ulama’ dan Umara: Siapa Memimpin Siapa?” oleh Penyandang Kerusi Sheikh Abdullah Fahim, Institut Islam Hadhari UKM, Prof. Dato’ Dr. Ismail Ibrahim, dan “Hubungan Antara Ulama’ dan Umara’ dalam Memperkasa Pembangunan Ummah” oleh Timbalan Dekan ISTAC UIAM, Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abd Majid, serta Ustaz Nidzamuddin Zakaria (USIM) bertindak sebagai moderator.

PM Seru Hayati Konsep Wasatiyah

Mac 2010 | 3

Page 4: Buletin Jakim Mac 2010

4| Mac 2010

Jakim telah menganjurkan Wacana Pendidikan Fatwa: Penggunaan Lafaz Allah pada 28 Januari 2010 bertempat di Auditorium D8, Putrajaya. Program ini telah menarik minat lebih 1,200 orang peserta yang terdiri daripada

pegawai dan kakitangan Jakim, Jabatan Mufti, Jabatan dan Majlis Agama Islam seluruh negara, imam dan guru agama Wilayah Persekutuan, wakil agensi kerajaan sekitar Putrajaya serta pelajar IPT.

Objektif utama wacana ini adalah untuk memberi maklumat dan penerangan yang tepat dari sudut Islam dan undang-undang negara mengenai penggunaan lafaz Allah kepada masyarakat Islam.

Perasmian wacana ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof. Dato’ Dr. Abdul Shukor Haji Husin dan Mufti Negeri Sabah, SS Dato’ Haji Ahmad Alawi Haji Adnan.

Dalam ucapan perasmian, Dato’ Haji Wan Mohamad menegaskan lafaz Allah merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan amat berkait rapat dengan akidah Islam. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama, bersikap terlalu terbuka dengan membiarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat berbahaya. Beliau menambah, pandangan para ilmuwan Islam diraikan walaupun berbeza dengan keputusan fatwa. Namun dalam sistem pentadbiran Islam, rakyat wajib menerima keputusan pemerintah walaupun pandangan tersebut mungkin benar dan mungkin sebaliknya. Asas utama pendirian Jakim selari dan selaras dengan syariat serta selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan yang termaktub satu nama agama iaitu Islam dan tidak disebut agama lain.

Sebanyak empat kertas kerja telah dibentangkan, iaitu “Keabsahan Penggunaan Nama Allah Hanya untuk Orang Islam” oleh Dr. Zulkifli Muhamad Al-Bakri, “Hikmah di Sebalik Isu Lafaz Allah: Satu Analisa” oleh Ustaz Haji Zamihan Mat Zin (ILIM), “Implikasi Penggunaan Lafaz Allah Oleh Orang Bukan Islam Terhadap Pemikiran Orang Islam” oleh Ustaz Mohd. Aizam Masod (Jakim), dan “Penggunaan Lafaz Allah dari Aspek Perundangan” oleh Tuan Haji Mahamad Nasir Disa, Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan (Syariah), Jabatan Peguam Negara. Wacana telah dipengerusikan oleh Ustaz Iszam Padil dari Bahagian Dakwah Jakim.

Penggunaan Lafaz Allah

Wacana Pendidikan Fatwa:

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Page 5: Buletin Jakim Mac 2010

5Mac 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Isu Sebat: Golongan Penentang adalah Pelampau

Sebatan syariah ke atas tiga wanita di Penjara Kajang yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein

mengundang pelbagai reaksi. Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Sisters in Islam (SIS) mengutuk langkah itu kerana berpendapat ia boleh menjatuhkan maruah wanita dan tidak berkesan menyedarkan pesalah terbabit dengan jenayah kekerasan dan seks.

Sebagaimana dijelaskan, hukuman sebat dalam Islam adalah berbeza dengan sebatan sivil. Dalam Islam, tujuan sebatan antara lain adalah menghindarkan masyarakat daripada melakukan jenayah dan menjadikan sesiapa yang dihukum atau menyaksikannya berasa takut dan gerun.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz, pihak yang menentang ini mempunyai kaitan dengan tahap kefahaman dan kesedaran, dan mungkin faham namun tidak cukup sedar.

“Bagi yang kurang memahami mereka terbelenggu dengan dakyah dan propaganda yang dipupuk dari perspektif bukan Islam. Yang sebenarnya ia melibatkan faktor sejarah. Terhadap pihak ini tanggungjawab kita ialah memberi ruang supaya tahap pemahaman mereka perlu diperluas.” Katanya ketika ditemu ramah oleh wartawan Mingguan Malaysia pada 20 Februari lalu.

Ditanya mengapa hukuman tersebut tidak dilaksanakan di depan khalayak, Dato’ Haji Wan Mohamad menjawab, “Umumnya undang-undang tentang keseksaan dalam sistem perundangan negara didasari oleh beberapa tujuan. Dari segi Islam ia adalah untuk menegakkan keadilan dan juga menjaga kepentingan umum. Lebih-lebih lagi, dalam konteks kesalahan yang melibatkan pihak kedua dan ketiga atau komuniti masyarakat. Orang yang minum arak sampai ke tahap memabukkan memberi mudarat kepada keselamatan awam. Dalam Islam, walaupun tidak mabuk, minum arak tetap haram. Mungkin tidak sampai ganggu keselamatan awam tetapi sudah mula masuk wilayah yang bawa mudarat besar.”

“Realiti pelaksanaan sebat bagi kes syariah ia mesti dilaksanakan di dalam penjara. Ia mengikut seksyen 125(4) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah no. 8 Tahun 2002. Orang ramai tidak dibenar menyaksikannya.”

Wan Mohamad berkata, undang-undang sebat bagi kes kesalahan syariah ini baru dilaksanakan selepas pindaan Akta Parlimen 1965 yang digazetkan pada 1986. Ia memperuntukan hukuman maksimum enam sebatan, tiga tahun penjara atau denda RM5,000. Oleh itu kata

beliau, tidak wajar mempersalahkan Mahkamah Syariah ataupun mempertikaikan keputusan hakim sebab tidak hukum sebat 40, 80 atau 100 kali. Yang jelas, mahkamah bertindak mengikut undang-undang,” tambahnya lagi.

Wan Mohamad juga berkata dalam kes takzir, pesalah tidak boleh dihukum sebat lebih 10 rotan berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Janganlah disebat lebih 10 kali sebatan kecuali dalam kes had daripada had-had (hudud) Allah.”

“Namun, saya pelik apabila ada ahli undang-undang sendiri yang pertikaikan perkara ini. Seolah-olah mereka tidak iktiraf akta ini. Sepatutnya mereka termasuk Majlis Peguam kena didik masyarakat agar memahami perkara ini,” katanya lagi.

“Soalnya, jika isu begini dimulakan oleh orang yang jahil kita boleh faham, tetapi kalau ia dibawa oleh orang undang-undang atau syariah ini satu keganjilan yang besar. Sebab itu saya kata orang yang menentang ini sebagai pelampau,” kata beliau.

Turut diajukan soalan mengapa Kartika Sari Dewi Sukharnor yang dihukum sebat oleh mahkamah pada Julai 2008 masih belum disebat sehingga sekarang? Dato’ Haji Wan Mohamad menjelaskan kes tersebut di bawah bidang kuasa negeri. Ia tertakluk kepada pihak berkuasa negeri untuk memutuskan perkara tersebut. Bagaimanapun, setakat ini 10 lelaki dan tiga wanita telah dihukum sebatan syariah iaitu tujuh kes di Penjara Kajang dan Penjara Wanita Kajang, Selangor, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan (5) dan Penjara Penor, Pahang (1).

Dato’ Haji Wan Mohamad menganggap kelompok ‘Islam’ seperti SIS merupakan satu cabaran kepada cendekiawan Islam untuk memberi fokus kepada aktiviti pendakwahan dan mengabaikan perkara khilafiah serta melupakan perkara yang memacakkan bendera pemikiran dan mazhab yang diimport. Lebih banyak perkara besar yang perlu diberi tumpuan. Hal berkaitan dengan agama kalau tidak dirujuk kepada pihak yang berautoriti, masyarakat akan jahanam.

Sumber: Mingguan Malaysia, 21 Februari 2010. Untuk maklumat lanjut berkaitan isu sebat, sila layari http://

www.islam.gov.my/portal/hukuman_sebat.php

Page 6: Buletin Jakim Mac 2010

6| Mac 2010

Retreat agensi-agensi di Bawah Menteri di JPM

Retreat Agensi-agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 17 hingga 19 Februari 2010 di Awana Hotels &

Resorts, Genting Highlands. Retreat yang diurussetiakan secara bersama oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Jakim ini diadakan bagi tujuan membuat semakan ke atas visi, misi dan skop portfolio hal ehwal Islam khususnya program-program strategik utama 2010 agensi di bawah YB Menteri, menilai semula bidang tugas dan bidang kuasa agensi selaras dengan kehendak stakeholders serta mengenal pasti program dan aktiviti yang dilaksanakan oleh agensi bagi mendokong

pelaksanaan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.Retreat yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B) dan turut dihadiri oleh timbalan beliau, YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Haji Ibrahim. Semua 12 ketua agensi di bawah YB Menteri bersama-sama dengan dua orang pegawai kanan masing-masing telah hadir dalam

retreat ini. Sepanjang mesyuarat berlangsung, setiap jabatan dan agensi telah membentangkan visi, misi dan skop portfolio hal ehwal Islam di samping tumpuan kepada pembentangan program-program strategik utama 2010 setiap jabatan dan agensi tersebut.Terdahulu, satu majlis makan malam dan perutusan YB Menteri di JPM telah diadakan pada 17 Februari 2010. Majlis ini telah dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan bersama-sama dengan isteri/suami masing-masing.Dalam perutusannya, YB Menteri telah mengutarakan key performance indicators (KPI) yang perlu dilaksanakan oleh setiap agensi dan perlu dijadikan sebagai fokus utama tahun 2010.

Retreat Bengkel Penilaian Pelan Strategik Pendekatan Hadhari

Pada 25 hingga 27 Januari 2010, program Retreat Bengkel Penilaian Pelan Strategik

Pelaksanaan Pendekatan Hadhari di kementerian (2006-2010) telah diadakan di Pusat Latihan Sarawak.Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menilai dan membincangkan isu-isu berhubung pelaksanaan Pendekatan Hadhari Kementerian di samping menghasilkan satu pendekatan yang lebih efektif dalam melaksanakan program dan aktiviti hadhari pada masa hadapan. Bengkel ini telah disertai oleh pegawai kader di kementerian dan kakitangan Jakim Cawangan Sarawak.Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Tuan Haji Abd. Halid Sintol telah

mempengerusikan sesi perbincangan manakala Pengarah Institut Islam Hadhari UKM, Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusoff Haji Othman, dan Tuan Haji Wan Abd. Hamid Wan Teh, karyawan tamu di Institut Islam Hadhari UKM bertindak selaku fasilitator program.Bengkel ini turut diserikan dengan dua sesi pembentangan daripada pihak MAMPU dan SPRM iaitu “Hadhari dan 1Malaysia: Transformasi Minda’’ oleh Encik Mohd Zabri Yusoff (MAMPU) dan “Keutuhan dalam Pengurusan Organisasi’’ oleh En. Norazlan Mohd Razali (SPRM).Acara kemuncak yang paling mendapat perhatian peserta bengkel adalah sesi amanat dan diskusi bersama Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan

Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz. Dalam ucapannya, beliau menyarankan program Pendekatan Hadhari pada tahun ini dilaksanakan secara lebih kreatif dengan melibatkan kerjasama semua pihak di peringkat kementerian, negeri, agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi awam serta pertubuhan bukan kerajaan. Beliau juga berharap agar program Excecutive Talk dan Intellectual Discourse berhubung Pendekatan Hadhari dapat diperhebatkan.

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Page 7: Buletin Jakim Mac 2010

7Mac 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Pengurusan Tertinggi Jabatan Perangkaan Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’

Sheikh Abdul Aziz pada 17 Februari 2010 bertempat di Dewan Syura Jakim.

Dato’ Haji Wan Mohamad mengalu-alukan kedatangan Ketua Perangkawan dan rombongannya. Jakim turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dan pengarah-pengarah bahagian. Dalam pertemuan itu, Dato’ Haji Wan Mohamad menerangkan fungsi dan peranan Jakim sebagai agensi agama peringkat persekutuan.

Rombongan Jabatan Perangkaan diketuai oleh Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan merangkap Ketua Perangkawan, Dato’ Hjh. Wan Ramlah Wan Abdul Raof, dan turut disertai oleh Timbalan Ketua Perangkawan (Sosial/Demografi), Tuan Haji Ismail Yusof, dan pegawai kanan Jabatan Perangkaan.

Kunjungan ini merupakan kunjungan balas susulan daripada kunjungan hormat pengurusan tertinggi Jakim yang diketuai oleh Ketua Pengarah Jakim kepada Ketua Perangkawan, pada 23 September 2008 di Jabatan Perangkaan Malaysia, Kompleks C, Putrajaya.

Ketua Perangkawan menjelaskan satu projek besar pada tahun 2010 ialah Projek Banci Penduduk dan Perumahan Negara pada 2010. Sehubungan dengan itu, Jakim dimohon untuk membantu projek tersebut terutamanya melibatkan publisiti iaitu melalui Khutbah Jumaat dan bahan terbitan Jakim.

Dato’ Haji Wan Mohamad menyatakan akan membantu pihak Jabatan Perangkaan memberi publisiti bagi projek tersebut melalui bahan-bahan terbitan Jakim seperti buletin, majalah, radio Jakim (Salam FM), program-program terbitan Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran di RTM, khutbah Jumaat dan forum-forum yang bersesuaian.

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad

Dato’ Sheikh Abdul Aziz telah mengadakan kunjung hormat ke atas YABhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri di pejabat beliau di Persiaran Perdana, Persint 3, Putrajaya pada 8 Februari 2010.

Selain untuk bertanya khabar, tujuan pertemuan itu diadakan adalah untuk menyampaikan hasrat Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaili, ulama’ terkenal di

peringkat antarabangsa yang juga merupakan tokoh Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 2008M/1430H yang menyampaikan beberapa buah buku hasil karangan beliau kepada Tun Abdullah melalui Dato’

Haji Wan Mohamad.

Pada pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu juga, YABhg. Tun sempat memberi pandangan beliau mengenai beberapa isu semasa berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia kepada Dato’ Haji Wan Mohamad.

Kp Jakim Kunjung Hormat ke Atas Tun Abdullah Ahmad Badawi

Kunjungan Muhibah Ketua Jabatan perangkaan Malaysia ke Jakim

Page 8: Buletin Jakim Mac 2010

Majlis Taklimat Khas Pendaftaran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) SMAN/SMAR Negeri Kedah di Hotel Holiday Villa, Alor Setar Kedah pada 30 Januari 2010.

Malaysia telah menghantar wakil qari dan qariah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Bangkok pada 26 hingga 28 Disember 2009.

Kunjungan hormat Pengarah Jakim Sabah ke Pejabat Setiausaha MKN Sabah pada 9 Februari 2010.

Audit pematuhan terhadap tiga badan pensijilan halal dan sembilan rumah sembelihan (abattoir) di Australia pada tahun lalu.

Taklimat MS1500: 2009 disampaikan oleh Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia di Sydney, Australia pada 9 Disember 2009.

Kunjungan kerja Bahagian Dakwah Jakim ke Unit Agama, Bahagian Rawatan dan Pemulihan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada 28 Januari 2010.

Bengkel Fardhu Kifayah Pengurusan Jenazah anjuran Jakim Cawangan Sarawak Unit Miri pada 7 Februari 2010.

Lawatan kajian mengenai kaedah pemengsanan (stunning) gas dan sembelihan menggunakan pisau mekanikal pada 11 Februari 2010 di Baiada Poultry Pty. Ltd., Ipswich, Brisbane, Australia.

B e r i t a B e r g a m b a r

| Mac 2010 8

B e r i t a B e r g a m b a rJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Page 9: Buletin Jakim Mac 2010

Jakim menghulurkan bantuan sebanyak RM42 600 kepada Masjid Raya Lohong Sungai Limua, Padang Pariaman yang roboh akibat gempa bumi yang berlaku di Padang pada 30 September 2009.

Kursus Penerapan Nilai Murni dan Pengukuhan Integriti Pasukan Beruniform khusus kepada Jabatan Kastam, Jabatan Penjara dan JPJ Sabah anjuran Pusat Latihan Islam Kundasang pada 8 hingga 10 Februari 2010.

Bengkel Pemantapan Sahsiah Da’ie diadakan pada 26 hingga 28 Januari 2010 di Pusat Latihan Islam Kundasang.

Kursus Jatidiri dan Kesukarelawan Remaja Peringkat Kebangsaan di Bachok, Kelantan pada 7 Februari 2010.

Ziarah Prihatin Kesuma ke Rumah Nur City Centre iaitu rumah bagi penghidap HIV pada 7 Februari 2010.

Bahagian Kesuma melancarkan aktiviti temuseru dengan golongan terpinggir khususnya pekerja seks sekitar KL pada 4 Februari 2010.

Pusat Pemantapan Akidah telah berjaya menganjurkan dua siri Kursus Kefahaman Akidah pada Februari lalu.

Lawatan Kerja Rasmi oleh Bahagian Kesuma ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 28 Januari 2010.

B e r i t a B e r g a m b a rJABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

B e r i t a B e r g a m b a r

9Mac 2010 |

Page 10: Buletin Jakim Mac 2010

Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan

Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz

menyuarakan hasrat agar penghasilan

rancangan realiti “Adik-adikku” mampu

memberikan mesej yang berguna kepada

para penonton.

Rancangan realiti TV kanak-kanak

ini merupakan satu aktiviti yang akan

mengumpulkan 20 kanak-kanak berbakat,

berkarisma kepimpinan yang terpilih di

kalangan yang terbaik. Para peserta telah

dididik selama sebulan di Institut Latihan Islam

Malaysia (ILIM), Bangi dengan mendapat

bimbingan dari Rais (Pengetua) iaitu Encik

Farihin Abdul Fattah dan lima orang murabbi

(pembimbing) iaitu Ustaz Mohd Farid Ravi

Abdullah, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,

Ustaz Zamri Zainuldin, Ustaz Badrul Sani

Baharudin dan Ustazah Asni Abu Mansor.

Sesi bimbingan telah diadakan mulai 29

November 2009 hingga 23 Disember 2009.

Pada peringkat permulaan, lebih daripada 400

orang peserta yang berumur antara 9 hingga

14 tahun telah menghadiri sesi uji bakat yang

diadakan pada penghujung tahun yang lalu.

Daripada jumlah tersebut, hanya 20 orang

sahaja yang terpilih. Enam orang peserta

dipilih untuk mara ke peringkat akhir yang

berlangsung pada 18 Mac 2010 di Dewan

Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 9.00 malam

disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Rancangan realiti TV kanak-kanak ini

disiarkan sebanyak 25 episod melalui TV1

dengan tempoh siaran bagi setiap episod

adalah selama 30 minit. Pertandingan

diadakan secara 5 pusingan iaitu Pusingan

Pertama, Peringkat Suku Akhir, Peringkat

Separuh Akhir 1, Peringkat Separuh Akhir 2

dan Peringkat Akhir.

Untuk ke peringkat akhir, seramai 20 orang

peserta Adik-adikku berkampung semula

untuk sesi latihan di Institut Latihan Islam

Malaysia (ILIM), Bangi pada 13 hingga 16

Mac 2010 sebelum berpindah ke Masjid

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

bermula 16 hingga 19 Mac 2010. Walau

bagaimanapun, hanya enam orang peserta

sahaja yang layak dan terpilih ke peringkat

akhir.Siaran Program Adik-adikku ini disiarkan

setiap hari kecuali hujung minggu di TV1

bermula pada 15 Februari jam 6.30 hingga

7.00 petang, manakala siaran ulangannya

pada keesokkan hari pada jam 9.30 hingga

10.00 pagi.

Selain itu, Ketua Pengarah Jakim turut

melahirkan rasa kagum dengan semangat

dan bakat yang ada pada mereka. Rugi

sekiranya kita ketinggalan untuk menonton

rancangan yang menarik seperti ini.

Sidang media yang telah diatur itu me-

nampilkan dua orang tokoh utama dari kedua-

dua agensi yang bekerjasama iaitu Ketua

Pengarah Jakim bersama Ketua Pengarah

Jabatan Penyiaran, Dato’ Ibrahim Yahya.

Bertempat di Bilik Mesyuarat Jakim Cawangan Sarawak, telah berlangsung Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Jakim, Dato’ Haji Wan Mohamad Dato’ Sheikh Abdul Aziz bersama kakitangan Jakim

Cawangan Sarawak pada 26 Januari 2010.

Majlis ini diatur bersempena dengan kedatangan Ketua Pengarah ke Majlis Diskusi Program Retreat Bengkel Pelan Strategik Pelaksanaan Pendekatan Hadhari Kementerian (2006-2010) yang diadakan di Pusat Latihan Sarawak, Telaga Air, Kuching.

Dalam amanatnya, beliau menekankan betapa pentingnya menilai kembali program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sebelum ini sama ada adakah ia menepati kehendak jabatan dan memberi kesan positif kepada pelanggan atau sebaliknya. Selain itu juga, beliau juga menyeru agar semua pegawai dan kakitangan Jakim Cawangan Sarawak supaya peka tentang isu-isu semasa yang berlaku di tanah air.

Perjumpaan kP Bersama kakitangan Jakim Sarawak

Rugi Terlepas Menonton

Adik-adikku - Dato’ KP Jakim

| Mac 2010 10

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Page 11: Buletin Jakim Mac 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Jakim dan Jabatan Kimia Malaysia (JKM) pada dasarnya bersetuju Jakim mengetuai pembangunan

metodologi analisis halal di negara ini. Persetujuan ini dicapai dalam satu perbincangan antara Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JKM, Tuan Haji

Ahmad Ridzuan Ibrahim dan Pengarah Bahagian Hab Halal, Puan Hjh. Saimah Mukhtar yang mewakili Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim dalam satu Majlis Kunjungan Hormat pada 14 Januari 2010 di JKM.

Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai kanan JKM dan enam orang pegawai

Bahagian Hab Halal. Perbincangan yang berasaskan ukhuwah ini bersetuju supaya kerjasama Jakim dan JKM akan dimantapkan dan disusuli dengan beberapa kerjasama baru, antaranya saintis JKM dialukan-alukan dalam sesi pengauditan premis sebagai pendedahan; JKM bersedia bekerjasama untuk membantu Jakim dalam pengauditan premis di dalam

dan luar negara; Jakim akan membantu mempromosi analisis halal oleh JKM dan menawarkan untuk slot analisis halal untuk rancangan Hanya Halal di TV1; dan JKM dijemput dalam kempen Satu Malaysia dan Satu Halal. Rombongan turut dibawa melawat makmal dan diberi penerangan mengenai kaedah analisis DNA serta beberapa kaedah analisis yang dijalankan oleh JKM.

Jakim Ketuai pembangunan Metodologi Analisis Halal

Sistem E-Halal Baru Mesra pengguna

Bahagian Hab Halal telah mengadakan bengkel Business Process Reengineering (BPR)

bagi sistem e-halal dan penyelarasan maklumat Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (MPPHM) pada 11 hingga 13 Januari 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan hasil BPR oleh MAMPU mengenai pensijilan halal Malaysia, memurnikan hasil BPR dengan prosedur dan dasar pensijilan, menghasilkan prosedur pensijilan yang strategik berdasarkan hasil BPR serta

menyelaraskan maklumat berkaitan dengan MPPHM.

Bengkel ini bermula dengan pembentangan hasil BPR sistem e-halal bersama MAMPU yang dibentangkan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat Jakim, Tuan Haji Kamarudin Haji Dolmoin. Turut sama membuat pembentangan ialah En. Nizam, vendor e-halal yang memberi penerangan tentang sistem e-halal baru.

Sistem e-halal yang mesra pengguna ini menyediakan perkhidmatan seperti payment gateway, semakan status halal permohonan halal melalui e-mel

dan SMS, database ingredient halal dan tiada pengisian borang e-halal bagi pembaharuan sijil serta pelbagai lagi. Di samping itu, semakan halal diperluaskan lagi kepada semua jenis carian seperti carian produk, jenama, syarikat, tradename, barcode, tempat dan sebagainya melalui laman web dan SMS.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha. Seramai 22 orang peserta terdiri daripada pegawai di Bahagian Hab Halal telah menghadiri bengkel.

11Mac 2010 |

Page 12: Buletin Jakim Mac 2010

12| Mac 2010

Isu memperkasa golongan wanita dalam penyelesaian konflik, keadilan serta kesedaran berkaitan

keganasan terhadap wanita merupakan inti pati perbincangan antara Jakim dan delegasi Afghanistan pada satu pertemuan bertempat di Dewan Syura Jakim pada 25 Januari 2010.

Pertemuan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dan turut dihadiri wakil-wakil bahagian Jakim. Delegasi seramai 12 orang terdiri daripada pegawai Jabatan Haji

dan Hal Ehwal Agama Afghanistan dan Jabatan Hal Ehwal Wanita Afghanistan, termasuk beberapa orang pegawai dari United Nations Development Programme (UNDP).

Dalam ucapan Mr. Ahmaduddin selaku ketua delegasi, beliau menyatakan kerajaan Afghanistan sedang dalam usaha meningkatkan pendidikan dan pemerkasaan golongan wanita. Antara yang dibahaskan dalam sesi dialog ialah isu kesamaan gender, penyelesaian konflik, keberkesanan program-program yang dilaksanakan di

Malaysia, perceraian, hak-hak wanita dan sebagainya.

Kunjungan ini merupakan salah satu agenda delegasi dalam rangka lawatan kerja ke Malaysia selama seminggu di bawah Projek Kesamaan Gender, UNDP. Pihak delegasi merakamkan penghargaan atas layanan kerajaan Malaysia sepanjang mereka berada di sini dan kedua-dua pihak berharap jalinan kerjasama antarabangsa yang lebih erat dapat dijalin menerusi program-program dua hala khususnya dalam pengurusan hal ehwal Islam.

Jakim telah menerima sebuah lagi Sekolah Rendah Agama di Kampung

Malaysia Tambahan, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan (Pembangunan) JKR Wilayah Persekutuan KL, Encik Azmi Che Kop kepada Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, Encik Mohd Noor Abd Hamid, seterusnya kepada wakil Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Jawi, Encik Tengku Mohd Amin Tuan Sulaiman.

Blok baru sekolah ini terdiri daripada satu unit blok empat tingkat yang berbentuk L, satu pondok pengawal dan satu rumah sampah. Pada asalnya

sekolah ini mempunyai dua blok bangunan setingkat dan hanya berdindingkan papan. Projek di bawah RMK-9 ini bermula pada 26 Julai 2007 yang diterajui oleh kontraktor utama iaitu KS Cemerlang Sdn. Bhd.. Walaupun tertangguh berikutan masalah tapak yang sempit serta harga barang yang meningkat, namun ia berjaya disiapkan sepenuhnya pada 10 Jun 2009. Projek ini menelan kos sebanyak RM3.2 juta dan memulakan proses pengajaran dan pembelajaran pada 4 Januari 2010. Encik Mohd Noor dalam ucapannya berharap pihak pengurusan sekolah dapat mengurus dan menyelenggara serta menjaga keindahan serta kebersihan sekolah, di samping melengkapkan ilmu kepada anak-anak.

Jakim Terima Sekolah Lagi

Malaysia Kongsi pengalaman Isu Wanita dengan Afghanistan

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Page 13: Buletin Jakim Mac 2010

13Mac 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

IlIm lebarkan Sayap ke Wilayah Timur, Besut

Pada pertengahan pelaksanaan RMK-8, Jakim telah mengemukakan permohonan

tanah kerajaan di atas Lot PT 6092, Bukit Kluang Besut berkeluasan 65 ekar untuk tapak Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan permohonan ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Terengganu. Cadangan pembinaan projek ILIM Wilayah Timur ini telah dikemukakan untuk dilaksanakan dalam RMK-9 dengan anggaran awal memakan belanja sebanyak RM 15 juta. Majlis pecah tanah disempurnakan oleh mantan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Idris Jusoh pada 9 Jun 2007.Cita-cita tinggi ini akhirnya menjadi suatu realiti apabila institut ini diserahkan kepada Jakim pada 11 Februari 2010 yang lalu. ILIM, Besut atau lebih dikenali dengan ILIM Wilayah Timur terletak kira-kira 18 kilometer dari Bandar Jertih dengan keluasan lebih kurang 26.5 hektar. Institut ini dilengkapi komponen-komponen utama yang lengkap seperti bangunan pentadbiran dan hal ehwal pelajar termasuk kafeteria, bangunan akademik, bangunan asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan yang mampu menampung 100 orang peserta dalam satu-satu masa, surau, pondok pengawal dan rumah penginapan pengawal serta rumah tetamu.

Pembinaan ILIM Wilayah Timur ini menggunakan siling peruntukan sebanyak RM27.4 juta yang telah diluluskan dalam RMK-9. Projek ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 25 bulan bermula 3 Disember 2007 hingga 31 Disember 2009.

Institut ini dijangka akan memulakan operasinya pada April tahun ini dan sasaran utama pesertanya adalah pegawai jabatan kerajaan khususnya agensi agama, guru KAFA, takmir imam, AJK masjid dan lain-lain.

Program-program yang diatur dijangka dapat mengukuhkan lagi permuafakatan serta meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat

dan dapat melahirkan para profesional dalam pengurusan hal ehwal Islam yang unggul berketerampilan dan mampu berhadapan dengan cabaran ummah. Dengan tertubuhnya ILIM Wilayah Timur ini, selari dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk membangunkan Modal Insan.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, En. Mohd Noor Abd Hamid dalam ucapannya semasa majlis penyerahan tersebut berkata, “Lokasi tapak ILIM Wilayah Timur ini dikelilingi dengan kawasan peranginan dan riadah Pantai Bukit Keluang dan juga berdekatan dengan jeti ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang mana menjadi tempat tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.”

Page 14: Buletin Jakim Mac 2010

14| Mac 2010

S e k a l u n g T a h n i a h

Setelah berkhidmat dalam

perkhidmatan awam selama

hampir 27 tahun, Ustazah Zainab

binti Othman, Ketua Penolong Pengarah

(Kanan), Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (Jawi) Cawangan Putrajaya,

tiba masanya untuk bersara dari

perkhidmatannya.

Majlis Persaraan dan perpisahan

beliau telah diadakan dalam suasana

yang cukup sederhana tetapi penuh

makna bersempena dengan Mesyuarat

Pengurusan Jawi pada 12 Februari 2010

yang turut diserikan juga oleh ucapan

terima kasih dan penghargaan oleh

Pengarah Pengarah Jawi, Dato’ Haji Che

Mat bin Che Ali. Dalam ucapannya, beliau

menyatakan bahawa Ustazah Zainab telah

menyumbangkan banyak jasa kepada

Jawi terutamanya dalam merekayasakan

Jawi Cawangan Putrajaya. Warga Jakim

mengucapkan selamat bersara kepada

beliau. Semoga segala jasa yang dicurah

dikira sebagai ibadah di sisi Allah SWT.

Tahniah diucapkan kepada Ustaz Zakuan Sawai, Ketua Penolong Pengarah Bahagian

Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (Kesuma) atas pengurniaan pingat Ahli Mahkota Kedah (AMK) oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman sempena ulang tahun hari keputeraan baginda ke-82 pada 21 Januari 2010. Upacara berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Alor Setar.

Tidak ketinggalan kepada Ustaz Zakaria Othman, Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Jakim di atas pengurniaan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2010 di Istana Negara. Istiadat Pengurniaan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Semoga dengan pengurniaan ini dapat memberi semangat untuk memberi sumbangan dengan lebih cemerlang untuk jabatan dan negara.

S e l a m a t B e r s a r a

Darul Quran (DQ) telah meneruskan tradisi kecemerlangannya pada tahun ini apabila berjaya melahirkan 222 orang pelajar yang telah berjaya

menghafaz al-Quran 30 juzuk selama tiga tahun bagi program diploma. Para pelajar tersebut telah diraikan di dalam Majlis Khatam Hafazan al-Quran 2010 yang bertempat di kampus induk DQ, Kuala Kubu Bharu pada 22 Januari 2010.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Tuan Haji Othman Mustapha. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangga dengan lahirnya para huffaz di bumi DQ ini dan mengingatkan para pelajar supaya sentiasa meningkatkan keazaman

untuk melanjutkan pelajaran selepas menamatkan pengajian di DQ. Dua orang pelajar telah dianugerahkan pelajar cemerlang iaitu Muhammad Ilyas Md. Yusoff dan Nabilah Mohd Ali.

DQ Lahirkan Generasi HuffazDQ Lahirkan Generasi Huffaz

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Page 15: Buletin Jakim Mac 2010

15Mac 2010 |

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Penempatan dan Pertukaran Pegawai Hal Ehwal Islam Jakim Februari 2010

BIL. NAMA PEGAWAI GRED DARI KETARIKH KUAT

KUASA1. TUAN HAJI ZAKARIA BIN ISA S52 PEJ. MUFTI KL MASJID WILAYAH 17.2.20102. TUAN HAJI ABDUL MALEK BIN SALEH S52 JAWI PEJ. MUFTI KL 17.2.20103. TUAN HAJI ABDUL NASIR BIN AHMAD S48 JAWI DAKWAH 17.2.20104. TUAN HAJI ABDULLAH BIN HJ. ABD. RAHMAN S48 PENYELIDIKAN JAWI 17.2.20105. DR. MOHD MOHADIS BIN MD. YASSIN S48 JAIS ILIM, BESUT 1.2.20106. ZAINAB BINTI ABD RAHMAN S48 DAKWAH JAWI 2.2.20107. MAHDI AL-HILMY BIN ARSHAD S44 KEMENTERIAN PERTAHANAN KEMENTERIAN KESIHATAN 17.2.20108. NASRODDIN BIN MAT DAUD S44 KPKT KEM.. WILAYAH PERSEKUTUAN 17.2.20109. KHAIRUNNA’IM BIN RAMLI S44 KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN KEMENTERIAN PERTANIAN, INDUSTRI & ASAS TANI 17.2.201010. MOHD AJIB BIN ISMAIL S44 DAKWAH KEM. PENERANGAN, KOMUNIKASI & KEBUDAYAAN 17.2.201011. ISMAIL HASHIM BIN JUNAIDI S44 KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT DAKWAH 17.2.201012. ZULFAQAR BIN MAMAT S44 KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN JAKIM 17.2.201013. JAFRI BIN ABDULLAH S44 KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI JAKIM 17.2.201014. ZALEHA BINTI EMBONG S44 ILIM, BANGI JAWHAR 1.2.201015. MOHD SODRI BIN ABDULLAH S44 JAWHAR ILIM, BESUT 1.2.201016. NORAWI BIN ENDUT S44 KEMENTERIAN KESIHATAN ILIM, BESUT 1.2.201017. UMMIATON BIN KORONAY S27 PENYELIDIKAN ILIM, BANGI 16.2.201018. HAMID BIN MOHAMAD S17 BAKA, SABAH JKM 16.2.201019. SHAIFUL IZAM BIN MOHD NOOR S17 JAWI JAB. PENJARA 16.2.201020. RABIATON ADAWIYAH BINTI AB RAHMAN S17 JAWI ILIM, BANGI 16.2.201021. NURUL FAKRI BIN SURIP S17 JAWI JKM 16.2.201022. NURRUL AKHMAR BINTI HASSAN S17 JAWI HAB HALAL 16.2.201023. SAUFI BIN HIM S17 JAWI ILIM, BANGI 16.2.201024. FAUZI BIN HOSNI S17 JAWI PENERBITAN 16.2.201025. ISA BIN SUKRI S17 JAWI JAB. PENJARA 16.2.201026. AZHARI BIN JAAFAR S17 JAWI JAB. PENJARA 16.2.201027. MUHD SYAMSUL RIDHWAN BIN RAHIM S17 JAWI JAB. PENJARA 16.2.201028. MOHAMAD SYAHMEE BIN ZAHID SAPIAN S17 JAWI HAB HALAL 16.2.201029. NOR AZARUDDIN BIN AHMAD S17 JAWI JKM 16.2.201030. MOHD MUSTAQIM BIN MOHAMAD S17 JAWI AADK 16.2.201031. MOHD LUTHFEE BIN ALIAS S17 JAWI AADK 16.2.201032. NOR ZALITA BINTI MAT LAZIM @ MANSOR S17 JAWI KBS 16.2.201033. AIDARUSLINA BINTI MOHADI S17 JAWI JKM 16.2.201034. MOHD NAJIB BIN HASAMALDIN S17 JAWI KESUMA 16.2.201035. KALSOM BIN MOHAMAD NOR S17 JAWI HAB HALAL 16.2.201036. MOHD NAHAR BIN A. KASSIM S17 JAWI AADK 16.2.201037. MOHD NOR BIN AHMAD S17 JAWI JKM 16.2.201038. BADOR BIN JALIL S17 JAWI KESUMA 16.2.201039. MOHAMAD ZAHIR BIN JUSOH @ YUSOFF S17 MASJID NEGARA MASJID NEGARA 16.2.201040. JEFFRI BIN BUJANG S17 MASJID NEGARA MASJID NEGARA 16.2.201041. WAN MAKHTAR BIN ISMAIL S17 MASJID NEGARA MASJID NEGARA 16.2.201042. MUNIRAH BINTI ABDUL RAHMAN S17 MASJID NEGARA MASJID TUANKU MIZAN 16.2.201043. JUNAINAH BINTI OTHMAN S17 JAWI, PUTRAJAYA ILIM, BANGI 16.2.201044. RAHIMAH BINTI ABDULLAH S17 JAWI ILIM, BANGI 16.2.201045. RABIDI BIN OMAR S17 JAWI JKM 16.2.201046. NUR DZALILAH BINTI MOHD ALI S17 JKM PDRM 16.2.201047. Y.M RAJA ZAINALABIDIN BIN RAJA MOHD

SALLEHS17 JAWI PDRM 16.2.2010

48. MOHAMMAD AKMAL BIN AHMAD S17 JKM PDRM 16.2.201049. PUAN ZURAINI BINTI IBRAHIM S17 MASJID AL-MIZAN ILIM, BESUT 1.2.201050. TUAN SHAIFULLAH BIN TUAN MUSTAPHA S17 ILIM, BANGI ILIM, BESUT 1.2.201051. NIK ZAKIAH BINTI ABD WAHID S17 IPK, TERENGGANU ILIM, BESUT 1.2.2010

Penempatan dan Pertukaran Pegawai Guna Sama Jakim Februari 2010BIL. NAMA PEGAWAI GRED DARI KE TARIKH KUAT KUASA

1. MOHD PAKHRUDDIN BIN ABDULLAH DG41 JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR DARUL QURAN 16.2.20102. ZURAIDA BINTI JALAL M48 BARU BPSM 2.2.20103. WAN SAJIRAH BINTI WAN AHMAD W17 KEWANGAN ILIM, BESUT 1.2.20104. WAN MASNIZA BINTI WAN NOOR N17 BPSM ILIM, BESUT 1.2.20105. NORIZAN BINTI JEMAIN N17 BARU DARUL QURAN 3.2.20106. SAZALI BIN SAMSUDIN N17 BARU ILIM, BESUT 3.2.20107. ROHALAH BINTI TARMIZI N17 BPSM ILIM, BANGI 17.2.20108. ROSIAH BINTI KASIM N17 BARU PERHUBUNGAN 9.2.20109. MAZLAN BIN MOHAMAD R3 BARU PENYELIDIKAN 9.2.2010

10. MOHD BUKHARI BIN YUSOF R3 PENYELIDIKAN ILIM, BESUT 1.2.201011. MOHD RIDZUAN BIN ABDUL RAHMAN R3 BARU DARUL QURAN 19.2.201012. TUAN HAJI MOHD HASERI BIN ISMAIL H27,M32 BARU ILIM, BESUT 18.2.201013. NORSHAHRUL EFENDI BIN BAHARUDIN KP11 BARU ILIM, BESUT 22.2.201014. AHMAD HAZIMIN FAROUQ BIN ABDUL AZIZ KP11 BARU ILIM, BESUT 22.2.201015. AHMAD KHAIRUHAFIZI BIN MOHD MAZLAN KP11 BARU ILIM, BESUT 22.2.201016. AZLINDA BINTI AB WAHAB KP11 BARU ILIM, BESUT 22.2.2010

Page 16: Buletin Jakim Mac 2010

16| Mac 2010

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

Kenangan Bersama Jakim

Indah Jalan LembahDakwah 915Dakwah 498Dakwah 903Dari Semenanjung menyeberangi Laut China SelatanIkmas/PLSKg. JemukanBerambeh di Kg. Darul Iman TebeduKg. Bedup Sg. Buluh SerianDari Kuching ke SibuMenyusuri Sg. RajangTaman Negara Simalajau BintuluTwin Auter ke Limbang dan LawasCuaca buruk melimpasi Brunei Darussalam melalui jalan daratUntuk pulang ke KuchingKini saya puas anak didik saya mengganti tempat saya di Jakim sekarangJawi mengajar erti kesabaranBerhadapan berbagai-bagai ragam manusiaJakim tetap dikenang sampai bila-bila

Selamat maju jaya Jakim juga warganya.

Nukilan,Ummu HanaDedikasi daripada Ustazah Zainab Othman sempena persaraan beliau.