3
Cara menjawab soalan KBAT pendidikan islam PT3; 1 markah : Isi sahaja 2 markah : Isi dan huraian ringkas 3 markah : Isi dan huraian lengkap - Contoh - Sebab - Kesan 4 markah : Kesimpulan Contoh soalan KBAT PT3; SOALAN SATU : Pada hari ini masih ramai manusia yang tidak menggunakan nikmat kurniaan Allah SWT yang diberikan kepada mereka dengan betul, walaupun banyak ayat al-Quran atau Hadis Nabi SAW yang menjanjikan balasan buruk kepada mereka yang menyalahgunakan nikmat tersebut. (a) Pada pandangan anda, mengapakah perkara ini berlaku ? (b) Apakah akan terjadi di dalam masyarakat, jika sekiranya nikmat kurniaan Allah SWT yang dinyatakan di dalam ayat di atas tidak digunakan dengan sebaiknya ? (c) Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda untuk membetulkan situasi di atas dalam kalangan rakan sebaya di sekolah ? SOALAN DUA : Sedekah boleh menggugurkan dosa dan menjadi bukti keimanan seseorang kepada Allah SWT. Tetapi amalan amalan ini masih belum menjadi budaya dalam kalangan umat Islam masakini. Amalan ini banyak dilakukan pada bulan tertentu seperti bulan Ramadhan. Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda untuk membudayakan amalan mulia ini di kalangan rakan sebaya di sekolah ?

Cara Menjawab Soalan KBAT pendidikan islam PT3

  • Upload
    wafwy1

  • View
    2.467

  • Download
    19

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Saya dapat dokumen ini daripada seseorang hamba Allah daripada website dan saya ingin share dengan semua gpi untuk rujukan....

Citation preview

Cara menjawab soalan KBAT pendidikan islam PT3;1 markah : Isi sahaja 2 markah : Isi dan huraian ringkas 3 markah : Isi dan huraian lengkap - Contoh - Sebab - Kesan 4 markah : Kesimpulan

Contoh soalan KBAT PT3;SOALAN SATU : Pada hari ini masih ramai manusia yang tidak menggunakan nikmat kurniaan Allah SWT yang diberikan kepada mereka dengan betul, walaupun banyak ayat al-Quran atau Hadis Nabi SAW yang menjanjikan balasan buruk kepada mereka yang menyalahgunakan nikmat tersebut. (a) Pada pandangan anda, mengapakah perkara ini berlaku ?(b) Apakah akan terjadi di dalam masyarakat, jika sekiranya nikmat kurniaan Allah SWT yang dinyatakan di dalam ayat di atas tidak digunakan dengan sebaiknya ?(c) Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda untuk membetulkan situasi di atas dalam kalangan rakan sebaya di sekolah ?

SOALAN DUA : Sedekah boleh menggugurkan dosa dan menjadi bukti keimanan seseorang kepada Allah SWT. Tetapi amalan amalan ini masih belum menjadi budaya dalam kalangan umat Islam masakini. Amalan ini banyak dilakukan pada bulan tertentu seperti bulan Ramadhan.Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda untuk membudayakan amalan mulia ini di kalangan rakan sebaya di sekolah ?

SOALAN TIGA : Dewasa ini, anda sering mendengar dan terlihat berita mengenai kes pembunuhan kejam yang berlaku di dalam negara kita samada di media elektronik atau media cetak. Kejadian yang berlaku ini, seolah-olah sudah tidak ada lagi sifat penyayang di dalam jiwa seseorang manusia. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berwajib bagi menangani perkara tersebut dari terus berleluasa sehingga tidak terkawal.Sebagai salah seorang ahli masyarakat yang beriman dengan Allah yang bersifat al-Rahim, bagaimanakah cara untuk menyuburkan sifat penyayang dalam kalangan masyarakat di tempat anda ?

SOALAN EMPAT : Malaikat sering dikaitkan dengan perkara kebaikan manakala syaitan dikaitkan dengan perkara kejahatan.Apakah yang akan terjadi sekiranya sesebuah institusi pekerjaan itu tidak menitikberatkan perkara kebaikan di dalam pengoperasiannya ?

SOALAN LIMA : Kewajipan mengeluarkan zakat harta menunjukkan bahawa Islam menganjurkan umatnya berusaha memantapkan ekonomi. Umat yang mantap ekonomi akan dihormati dan dimuliakan.Sebagai seorang Islam yang prihatin, kemukakan dua cadangan untuk meningkatkan kesedaran umat Islam mengeluarkan zakat harta.

SOALAN ENAM : Amalan solat berjamaah adalah disukai oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Amalan ini boleh menzahirkan syiar Islam terutamanya jika diadakan di masjid. Walaubagaimanapun, ibadat ini kurang mendapat sambutan dalam kalangan remaja hari ini.Pada pandangan anda, apakah yang akan terjadi jika amalan solat berjamaah ini semakin dipinggirkan di dalam sesebuah masyarakat ?

SOALAN TUJUH : Sayidina Bilal bin Rabah adalah contoh teladan terunggul dalam mempertahankan kesucian akidah walaupun menerima pelbagai tawaran dan siksaan oleh pihak kafir Quraisy.Mengapakah generasi muda hari ini begitu mudah menggadaikan akidah ?

SOALAN LAPAN : Dalam peristiwa hijrah, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan antara golongan Muhajirin dan Ansar. Persaudaraan tersebut menjadikan kedua-dua golongan tersebut seolah-seolah sebagai adik beradik sehingga sanggup berkorban demi kebajikan golongan Muhajirin serta perpaduan sesama umat Islam.Pada pendapat anda, bagaimanakah perkara di atas boleh dilaksanakan dalam sesebuah negara seperti Malaysia ?