10
CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang tanaman dan dibiarkan selama lebih kurang dua atau tiga minggu, barulah aktiviti menanam anak getah boleh dilakukan. Teknologi terkini mengutamakan kepada penggunaan benih polibeg sama ada daripada tunggul cantuman berpolibeg, cantuman muda berpolibeg atau tunggul teras yang lebih tua daripada tapak semaian sebagai bahan tanaman. Kaedah Penanaman Satu bahan tanaman cantuman berpolibeg biasanya ditanam sehingga bekas cantumannya terbenam. Ianya boleh ditanam lebih dalam sehingga sedalam satu pusaran daun, yang mana bagi benih biasa dianggarkan sehingga 15 sm ukuran batang yang dicantum. Kaedah ini dikenali sebagai penanaman dalam. Apabila polibeg ditempatkan menegak dalam lubang tanaman untuk menentukan dalamnya yang sebenar. Sekiranyanya tidak cukup dalam, lubangnya perlu dikorek lagi dan sekiranya ia terlalu dalam, lubangnya boleh dinaikkan dengan mengisi tanah ke paras yang dikehendaki. Bahagian bawah polibeg dipotong untuk mendedahkan tanahnya. Polibeg didirikan di tengah-tengah lubang. Satu potongan menegak dibuat di sisi polibeg dan lubangnya dikambus separuh dengan tanah lapisan atas. Polibeg yang dipotong dicabut dengan cermat dan lubangnya dikambus sepenuhnya dengan tanah yang telah dicampur dengan 113 g baja debu fosfat. Untuk menjaga akarnya supaya tidak rosak hanya tanah di sekeliling lubang dipadatkan. Ini diikuti dengan meletakkan sungkupan di keliling pangkal pokok (Gambarajah 5.1).

CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang

  • Upload
    vunhi

  • View
    285

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang

CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang tanaman dan dibiarkan selama lebih kurang dua atau tiga minggu, barulah aktiviti menanam anak getah boleh dilakukan. Teknologi terkini mengutamakan kepada penggunaan benih polibeg sama ada daripada tunggul cantuman berpolibeg, cantuman muda berpolibeg atau tunggul teras yang lebih tua daripada tapak semaian sebagai bahan tanaman. Kaedah Penanaman Satu bahan tanaman cantuman berpolibeg biasanya ditanam sehingga bekas cantumannya terbenam. Ianya boleh ditanam lebih dalam sehingga sedalam satu pusaran daun, yang mana bagi benih biasa dianggarkan sehingga 15 sm ukuran batang yang dicantum. Kaedah ini dikenali sebagai penanaman dalam. Apabila polibeg ditempatkan menegak dalam lubang tanaman untuk menentukan dalamnya yang sebenar. Sekiranyanya tidak cukup dalam, lubangnya perlu dikorek lagi dan sekiranya ia terlalu dalam, lubangnya boleh dinaikkan dengan mengisi tanah ke paras yang dikehendaki. Bahagian bawah polibeg dipotong untuk mendedahkan tanahnya. Polibeg didirikan di tengah-tengah lubang. Satu potongan menegak dibuat di sisi polibeg dan lubangnya dikambus separuh dengan tanah lapisan atas. Polibeg yang dipotong dicabut dengan cermat dan lubangnya dikambus sepenuhnya dengan tanah yang telah dicampur dengan 113 g baja debu fosfat. Untuk menjaga akarnya supaya tidak rosak hanya tanah di sekeliling lubang dipadatkan. Ini diikuti dengan meletakkan sungkupan di keliling pangkal pokok (Gambarajah 5.1).

Page 2: CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang

(a) Lukisan menunjukkan kedalaman penanaman – biasa (kiri) dan dalam (kanan)

(b) Memotong bahagian bawah polibeg

dan sedikit di sisinya (c) Meletakkan polibeg dalam lubang

tanaman

Page 3: CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang

(d) Lubang tanaman diisi semula dengan tanah dan tarik keluar polibeg

(e) Lubang dikambus penuh dengan tanah yang dicampur dengan debu fosfat

(f) Padatkan tanah yang telah diisi

(g) Penanaman selesai

Gambarajah 5.1 Kaedah penanaman dalam

Page 4: CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang

TANAMAN CAMPURAN Di Malaysia, tanaman-tanaman campuran telah diamalkan sejak tahun 1942-1945 ketika kerajaan Jepun memerintah Malaya. Peladang-peladang dan pekebun kecil dipaksa menebang getah dan menggantikannya dengan tanaman-tanaman yang boleh dimakan kerana terdapat kekurangan makanan ketika itu. Peladang getah yang tidak mematuhi perintah tersebut, memilih untuk menanam pokok-pokok yang boleh dimakan di antara barisan pokok getah (Gambarajah 5.3). Walau bagaimanapun usaha menanam campuran dihentikan apabila harga getah terus melonjak tinggi. Tanaman campuran dipercayai akan kembali penting ketika harga getah menurun. Hasil tanaman campuran boleh menambah pendapatan terutamanya ketika peringkat pokok muda.

(a) Getah + tebu + betik

Page 5: CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang

(b) Getah + jagung

(c) Getah + pastur + kambing

Gambarajah 5.3 Berbagai jenis tanaman campuran

Page 6: CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang

Kaedah Tanaman Campuran Dalam urusan tanaman campuran, getah adalah tanaman utama dengan kepadatan sebanyak 400 pokok sehektar. Untuk membolehkan tanaman-tanaman lain hidup, rekabentuk penanaman mestilah dari sistem tanaman pepagar, pepagar berkembar atau pepagar tiga baris. Dalam rekabentuk tersebut, jarak antara barisan getah adalah amat luas sementara jarak antara pokok adalah cukup rapat. Dalam rekabentuk pepagar berkembar dan pepagar tiga barisan, jarak antara pokok bukan sahaja rapat tetapi pokok-pokoknya diatur dalam bentuk tiga segi bagi yang berkembar dan tiga barisan. Dalam ruang antara barisan yang luas, tanaman saka lain ditanam. Oleh kerana pokok getah ditanam amat rapat dalam barisan, pembangunan jemala yang tidak serata boleh menyebabkan ianya jadi berat sebelah ketika pokok membesar. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, hanya klon-klon yang sesuai disyorkan untuk ditanam rapat (kurang daripada tiga meter) seperti RRIM 728, RRIM 729, RRIM 805, RRIM 901, RRIM 905, RRIM 936, RRIM 937, RRIM 938, PB 217,PB 260, PB254, PB 255, BPM 24 dan Nab 17. Pokok-pokok saka yang disyorkan adalah seperti durian, cempedak, mangga, rambutan, duku dan koko. Tanaman jangka pendek dan pastura boleh juga dimasukkan. Walau bagaimanapun, kesesuaian persekitaran untuk tanaman yang dipilih perlu ditentukan terlebih dahulu. Agen-agen pengembangan pertanian tempatan pasti boleh membantu dalam hal ini. Gambarajah 5.4 menunjukkan cadangan-cadangan rekabentuk tanaman dari berbagai jenis tanaman campuran yang boleh dibangunkan dengan pokok getah.

Page 7: CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang
Page 8: CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang
Page 9: CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang

Gambarajah 5.4 Berbagai rekabentuk menanam tanaman campuran

Page 10: CARA PENANAMAN GETAH Selepas menyediakan lubang

(a) Sebaris pokok getah dengan pokok buah-buahan di atas teres

(b) Dua baris pokok getah dengan pokok buah-buahan di

tanah beralun

(c) Tiga baris pokok getah ditanam dengan pokok buah-buahan

dalam kawasan kontan pada jarak 25 m

Gambarajah 5.5 Berbagai jenis tanaman pepagar