Ciri-Ciri Guru Sejarah Yang Efektif Dari Asperk Berpengetahuan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SJH 3103

Citation preview

Ciri-ciri Guru Sejarah yang Efektif dari Asperk Berpengetahuan 06-03-2014

Ciri-ciri Guru Sejarah yang Efektif dari Asperk Berpengetahuan 06-03-2014

Penguasaan Isi Kandungan

Maksud: mempunyai ilmu, kemahiran dan pengalaman yang komprefensif terhadap bidangnya dengan mendalam.

Guru yang berpengetahuan haruslah serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincangkan dan mencari penyelesaian isu-isu berkaitan dengan sejarah tanah air seperti zaman prasejarah, kerajaan Melayu Mlaka, kemerdekaan Tanah Melayu dan sebagainya.

Guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang kukuh serta mendalam dalam bidang sejarah.

In dapat menyampaikan pengajaran sejarah secara berkesan dan dapat menyesuaikan diri dengan pengetahuan baru.

Guru juga memahami perbezaan individu, personaliti yang seimbang dan menjadi pakar rujuk untuk mengatasi masalah pelajar dalam bidang sejarah.

Guru hendaklah membuat persediaan yang rapi untuk menyampaikan pengajarannya.

Guru hendaklah mempunyai pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isi pengajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.

Bijak menggabungkan beberapa kaedah dalam suatu masa pelajaran.

Kaedah pengajaran yang pelbagai ini penting bagi menjamin kejelasan dan kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran.

Menguasai Dokumen Standard Kurikulum dan Pentafsiran

Guru hendaklah mengetahui:

Matlamat dan objektif mata pelajaran Sejarah

Fokus mata pelajaran

Organisasi kurikulum

P&P Sejarah

Penilaian

Standard kandungan dan standard pembelajaran mata pelajaran Sejarah.

Kreativiti dan Inovasi

Kreatif dan inovatif, khususnya dari segi pengajaran, pembelajaran, personaliti dan penggunaan pelbagai inovasi media dan teknologi pembelajaran.

Mempunyai kebolehan berhujah, kemampuan menjana dan mencetuskan pemikiran aras tinggi, berpengetahuan yang luas, dedikasi terhadap tugas pengajaran, minat dan dorongan profesional bagi memaju dan meningkatkan kualiti pengajaran, semangat berusaha menjadikan diri cemerlang dan pakar bidang yang diajar serta sentiasa berusaha memajukan diri dalam profesional perguruan yang diceburi.

EQ dan IQ

IQ (Intellegence Qoutient)

Kapasiti umum seseorang untuk mengerjakan atau melakukan sesuatu.

Berhubungan dengan kemahiran berfikir.

Intellegen adalah keseluruhan kemampuan individu untuk berfikir dan bertindak secara logik, terarah.

Kesimpulan IQ:

Kemampuan untuk menyelesaikan masalah yang terjadi dalam kehidupan manusia.

Kemampuan untuk menghasilkan persoalan-persoalan caru untuk diselesaikan.

Kemampuan untuk menciptakan sesuatu yang akan memunculkan penghargaan dalam budaya seorang individu.

EQ (Emotional Qoutient)

Kemampuan untuk mengenali perasaan sendiri, perasaan orang lain, memotivasikan diri sendiri, mengelola emosi dengan baik dan berhubungan dengan orang lain.

Kemampuan mengerti dan mengendalikan emosi.

Kemampuan mengindra, memahami dan dengan efektif menerapkan kekeuatan ketajaman, emosi sebagai sumber energi, informasi dan pengaruh.

Bertanggungjawab atas harga diri, kesedaran diri, kepekaan sosial dan adaptasi sosial.

Apek EQ ada lima:

Kemampuan mengenal diri (kesedaran diri)

Kemampuan mengelola emosi (penguasaan diri)

Kemampuan memotivasikan diri

Kemampuan mengendalikan emosi orang lain

Kemampuan berhubungan dengan orang lain (empati)

Minat dalam Penyelidikan

Menyelesaikan masalah yang mungkin dihadapi oleh murid.

Mengubah dan menyesuaikan strategi P&P dapat menarik perhatian murid.

Sentiasa membuat dan menjalankan refleksi kendiri bagi memperbaiki kelemahan dalam P&P.

Menguasai Bidang IT

Mahir menggunakan elektronik seperti komputer, internet, power point dan video dalam menyampaikan isi pelajaran.

Boleh menyelenggara konputer (jika ada).

Pembelajaran Berasaskan Projek

Guru yang efektif menjalankan Pembelajaran Berasaskan Projek semasa P&P di dalam bilik darjah.

SOALAN:

Huraikan ciri-ciri guru yang efektif dalam konteks guru yang berpengetahuan.