3
Ciri2 modal insan Pembentukkan modal insan berkualiti ke atas pembinaan satu tenaga manusia yang lebih berkemahiran, berintegriti, amanah serta menekankan amalan nilai-nilai yang murni amat diperlukan. Modal insan berkualiti sebenarnya perlu menjadi satu faktor yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malah jika kita lihat kepada negara-negara maju yang lain, jelas menunjukkan pembangunan modal insan dijadikan sebagai aset utama. Tenaga muda dijadikan aset yang penting dalam pembangunan modal insan berkualiti kerana golongan ini mempunyai potensi yang amat bernilai untuk dibangunkan. Golongan ini perlu dijadikan benteng harapan untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan kemajuan sebuah negara. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan Secara ringkasnya ciri  ciri modal insan yang berkualiti dapat dikategorikan kepada tiga aspek utama iaitu ilmu, kemahiran dan penampilan unggul. Ketiga   tiga aspek ini sangat berkaitan antara satu sama lain. Modal insan yang berkualiti bukan sekadar mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi semata  mata tetapi ia mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi yang perlu ada pada seseorang itu. Modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji. Jujur, amanah, bersifat kemanusiaan, bekerja sama adalah antara akhlak yang unggul. Akhlak yang tinggi yang dimiliki oleh individu merupakan aset yang penting kepada negara. Akhlak yang unggul melahirkan individu yang progresif, dan berperanan positif dalam dimensi pembangunan negara. Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 ialah Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika tinggi, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi. Menjadi Negara maju dengan acuan sendiri amat sukar andai rakyat tidak memiliki akhlak yang baik. Ternyatalah bahawa akhlak yang unggul merupakan antara cabang modal insan sebagai pemacu pembangunan Negara. Nilai  nilai murni ini perlu diterapkan semasa individu itu pada usia kecil lagi dan institusi pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam proses penerapan nilai  nilai murni tersebut. Modal insan yang berkualiti juga perlu mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahira n tinggi sert a berkemampuan berfikir secara kreatif dan kritis serta berkemahiran menyelesaikan masalah. Modal insan yang berkualiti juga mampu untuk mencipta peluang-peluang baru tidak hanya mengharapkan peluang yang sedia ada sebaliknya mempunyai inisiatif untuk memperbaiki dan mengembangkan potensi bagi meningkatkan taraf hidup.

Ciri2 Modal Insan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ciri2 Modal Insan

 

Ciri2 modal insan

Pembentukkan modal insan berkualiti ke atas pembinaan satu tenaga manusia yang

lebih berkemahiran, berintegriti, amanah serta menekankan amalan nilai-nilai yang

murni amat diperlukan. Modal insan berkualiti sebenarnya perlu menjadi satu faktor

yang penting dalam pembangunan sesebuah negara. Malah jika kita lihat kepada

negara-negara maju yang lain, jelas menunjukkan pembangunan modal insan

dijadikan sebagai aset utama. Tenaga muda dijadikan aset yang penting dalam

pembangunan modal insan berkualiti kerana golongan ini mempunyai potensi yang

amat bernilai untuk dibangunkan. Golongan ini perlu dijadikan benteng harapan

untuk maju ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk zaman dan

kemajuan sebuah negara. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa

berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu

pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan

merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral

yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopan-santun, berdisiplin, dinamik, inovatif,

kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah

modal insan yang memiliki personaliti unggul. Merekalah yang akan menentukan

hala tuju negara pada masa hadapan

Secara ringkasnya ciri – ciri modal insan yang berkualiti dapat dikategorikan kepada

tiga aspek utama iaitu ilmu, kemahiran dan penampilan unggul. Ketiga – tiga aspek

ini sangat berkaitan antara satu sama lain.

Modal insan yang berkualiti bukan sekadar mempunyai ilmu pengetahuan yang

tinggi semata – mata tetapi ia mencakupi aspek peribadi serta akhlak yang tinggi

yang perlu ada pada seseorang itu. Modal insan yang memiliki akhlak yang terpuji.

Jujur, amanah, bersifat kemanusiaan, bekerja sama adalah antara akhlak yang

unggul. Akhlak yang tinggi yang dimiliki oleh individu merupakan aset yang penting

kepada negara. Akhlak yang unggul melahirkan individu yang progresif, dan

berperanan positif dalam dimensi pembangunan negara.

Cabaran wawasan 2020 yang ke-4 ialah Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya

bermoral dan beretika tinggi, yang mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama,

dan kejiwaan dan didorong oleh tahap etika paling tinggi. Menjadi Negara maju

dengan acuan sendiri amat sukar andai rakyat tidak memiliki akhlak yang baik.

Ternyatalah bahawa akhlak yang unggul merupakan antara cabang modal insan

sebagai pemacu pembangunan Negara. Nilai – nilai murni ini perlu diterapkan

semasa individu itu pada usia kecil lagi dan institusi pendidikan memainkan peranan

yang sangat penting dalam proses penerapan nilai – nilai murni tersebut. Modal

insan yang berkualiti juga perlu mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan,

berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi serta

berkemampuan berfikir secara kreatif dan kritis serta berkemahiran menyelesaikan

masalah.

Modal insan yang berkualiti juga mampu untuk mencipta peluang-peluang baru tidak

hanya mengharapkan peluang yang sedia ada sebaliknya mempunyai inisiatif untuk

memperbaiki dan mengembangkan potensi bagi meningkatkan taraf hidup.

Page 2: Ciri2 Modal Insan

 

Seterusnya, ciri yang perlu ada pada modal insan yang berkualiti ialah mempunyai

ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global

yang sering berubah-ubah. Seseorang individu itu perlulah sentiasa berusaha untuk

memantapkan diri dan tidak mudah berputus asa sebaliknya sentiasa mencuba

sesuatu yang baru seiring dengan perubahan semasa. Pada masa sekarang kita

melalui cabaran globalisasi, rakyat terutama generasi muda perlu bijak

menggunakan nilai tradisional dan kontemporari dalam usaha memajukan negara

dan memartabatkan bangsa. Hanya dengan gabungan itu dapat memastikan

generasi masa depan bukan sahaja berbangga dengan kemajuan dan

pembangunan malah kekuatan jati diri yang tinggi tidak yang tidak pernah terhakis.

Modal insan yang berkualiti juga mestilah mempunyai ciri – ciri kepimpinan yang

utuh (towering personality). Semua orang boleh menjadi pemimpin tetapi untuk

menghasilkan kepimpinan yang utuh itu bukanlah satu perkara yang mudah. Imam

Ghazali menggariskan beberapa ciri pemimpin, antaranya ialah mempunyai intelek

yang tajam, berpengetahuan dan berfungsi, mempunyai keberanian, sayang kepada

rakyat, berpandangan jauh serta benar-benar berazam. Pandangan Imam Ghazali

ini juga tidak bercanggah dengan pandangan sarjana bukan islam seperti Plato dan

Confucius. Pemimpin yang unggul akan memacu pembangunan Negara dengan

lebih efisyen dan progresif.

Dalam konteks saranan Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk

mendapatkan manusia atau insan yang berkualiti, pendidikan dan latihan hendaklah

diberikan secara berterusan. Ini bermaksud, pendidikan dan juga latihan kemahiran

tidak terhad untuk tempoh masa tertentu sahaja sebaliknya perlulah berterusan bagi

meningkatkan potensi diri selaras dengan konsep “pembelajaran sepanjang hayat” 

Page 3: Ciri2 Modal Insan