57
1 PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya merebut peluang ini untuk mengucap syukur kehadrat illahi dengan limpah kurnia dan berkatNya saya dapat menyiapkan „Health System Research‟ saya yang bertajuk “Menilai tahap pengetahuan mengenai penyakit Gastritis dalam kalangan masyarakat di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess Of Kent ” dengan jayanya dimana ia merupakan salah satu syarat untuk melayakkan pelatih Pembantu Perubatan menduduki ujian akhir Diploma Pembantu Perubatan. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada En. Johaibe Bin Bujang sebagai mentor saya yang telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar sepanjang saya menyiapkan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada kakitangan yang bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess Of Kent yang turut serta membantu dan memberi sedikit sebanyak maklumat yang saya perlukan dalam menyiapkan penyelidikan ini. Selain daripada itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua tenaga pengajar (Program Pembantu Perubatan) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu kerana telah banyak memberi dorongan serta tunjuk ajar kepada saya sebagai pelatih tahun akhir Kursus Diploma Pembantu Perubatan. Akhir sekali, terima kasih saya tujukan kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Contoh HSR (full)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh

Citation preview

1

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya merebut peluang ini untuk mengucap syukur kehadrat illahi

dengan limpah kurnia dan berkatNya saya dapat menyiapkan „Health System Research‟

saya yang bertajuk “Menilai tahap pengetahuan mengenai penyakit Gastritis dalam

kalangan masyarakat di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess Of Kent” dengan

jayanya dimana ia merupakan salah satu syarat untuk melayakkan pelatih Pembantu

Perubatan menduduki ujian akhir Diploma Pembantu Perubatan.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada En. Johaibe Bin Bujang sebagai

mentor saya yang telah banyak membantu serta memberi tunjuk ajar sepanjang saya

menyiapkan penyelidikan ini. Tidak lupa juga kepada kakitangan yang bertugas di

Jabatan Kecemasan Hospital Duchess Of Kent yang turut serta membantu dan memberi

sedikit sebanyak maklumat yang saya perlukan dalam menyiapkan penyelidikan ini.

Selain daripada itu, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua tenaga

pengajar (Program Pembantu Perubatan) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota

Kinabalu kerana telah banyak memberi dorongan serta tunjuk ajar kepada saya sebagai

pelatih tahun akhir Kursus Diploma Pembantu Perubatan.

Akhir sekali, terima kasih saya tujukan kepada individu yang terlibat secara langsung

atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

2

ABSTRAK

Dalam kajian ini penulis telah memilih tajuk “Menilai tahap pengetahuan

mengenai penyakit Gastritis dalam kalangan masyarakat di Jabatan Kecemasan

Hospital Duchess Of Kent”. Tujuan pemilihan tajuk ini sebagai kajian penulis adalah

berdasar statistik yang di perolehi dari Unit Rekod dan Dokumentasi Hospital Duchess

Of Kent menunjukkan jumlah kes pesakit yang mengalami kejadian kes Gastritis

meningkat pada tahun 2009 – 2011. Bagi memudahkan proses menyiapkan kajian ini,

penulis telah mengunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan data dan maklumat

yang di perlukan dalam kajian seperti mendapatkan statistik dari Unit Rekod dan

Dokumentasi dan menjalankan kajian berdasarkan borang soal selidik keatas sampel.

Kajian ini dijalankan keatas pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan,

Hospital Duchess Of Kent dan sebanyak 30 orang sampel telah di pilih secara rawak

tidak mengira usia, bangsa dan status. Segala penemuan dan maklumat yang di

perolehi dalam kajian ini akan di persembahkan dalam bentuk deskriptif, diantaranya

adalah dalam bentuk graf dan carta pai serta dalam bentuk huraian.

3

BAB 1

PENGENALAN

4

PENGENALAN

Jika dilihat apa yang terjadi di sekeliling kita, pasti kita ingin mengetahui

dengan lebih lanjut mengenainya. Maka semuanya bermula dengan penyelidikan

sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Menyentuh soal kejadian yang

berlaku di sekeliling kita, apa yang membimbangkan pihak Kementerian

Kesihatan ialah peningkatan terhadap penyakit Gastritis. Gastritis adalah satu

penyakit kronik atau akut yang sering terjadi di seluruh dunia. Sememangnya

penyakit ini berlaku di mana – mana saja tanpa mengira umur, bangsa dan

jantina. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih Jabatan Kecemasan, Hospital

Duchess Of Kent Sandakan sebagai lokasi kajian.

Aspek seperti anatomi dan fisiologi sistem alimentari yang normal,

patofisiologi, rawatan dan prognosis pesakit Gastritis juga akan dihuraikan

secara ringkas dalam penyelidikan ini. Ini adalah bertujuan untuk memberikan

sedikit sebanyak maklumat yang ada dan diharapkan dapat memberikan

kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya mengetahui kaedah rawatan

dan langkah pencegahan bagi pesakit Gastritis ketika serangan berlaku dari

menjadi lebih memudaratkan sehingga boleh membawa maut.

5

PENYATA MASALAH

Gastritis adalah satu penyakit kronik atau akut yang sering terjadi di

seluruh dunia. Sememangnya penyakit ini berlaku dimana – mana saja tanpa

mengira umur, bangsa dan jantina. Oleh itu, mengikut data yang diperolehi dari

Jabatan kecemasan di Hospital Duchess of Kent, penyakit ini sering terjadi

kepada lelaki dan perempuan. Kenyataan ini disokong oleh statistik yang

diperolehi dari Unit Rekod dan Dokumentasi Hospital Duchess Of Kent

Sandakan yang mana ia menunjukkan ada sedikit peningkatan bilangan pesakit

gastritis dari tahun 2009 - 2011.

Tahun

Bilangan kes

Jumlah

Lelaki Perempuan

2009 58 62 120

2010 39 50 89

2011 35 59 94

Jadual 1 : jumlah kes Gastritis dari tahun 2009 – 2011

di Hospital Duchess Of Kent

Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih Hospital Duchess Of Kent

Sandakan sebagai lokasi kajian dan untuk mengetahui sama ada terdapat

6

peningkatan kes Gastritis. Data yang diperolehi menunjukkan ada peningkatan

sedikit demi sedikit pada tahun berikutnya iaitu tahun 2009 dan 2011.

Pada tahun 2009, kes Gastritis mencatat jumlah 120 kes. Namun pada

tahun 2010, statistik menunjukkan sedikit penurunan iaitu sebanyak 89 kes

sahaja yang dilaporkan. Kemudian pada tahun 2011 pula, statistik menunjukkan

ada sedikit peningkatan jumlah kes iaitu sejumlah 94 kes sahaja yang

dilaporkan.

Berdasarkan statistik ini, penyakit Gastritis semakin meningkat di

kalangan masyarakat. Ini membuat pemikiran penyelidik, mengapa masalah ini

sering terjadi secara berulang walaupun pelbagai usaha kakitangan Kementerian

Kesihatan Malaysia menangani kes serangan penyakit Gastritis dari meningkat

setiap tahun dengan memberi rawatan yang sewajarnya. Oleh itu, penyelidik

telah mengambil langkah untuk mengkaji tahap pengetahuan berkenaan

penyakit Gastritis di kalangan masyarakat yang mendapatkan rawatan di

Jabatan Kecemasan, Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

7

JUSTIFIKASI KAJIAN

Dengan segala maklumat yang diperolehi, ini akan dapat membantu

semua pihak terutamanya pesakit dan ahli keluarga dalam menangani penyakit

Gastritis ketika serangan berlaku. Selain daripada itu, secara tidak langsung juga

pihak kakitangan kesihatan akan mengetahui di mana kelemahan dalam

memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit dan ahli keluarganya mengenai

penyakit Gastritis dan rawatannya.

8

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dibahagi kepada 2 objektif utama iaitu, objektif am dan objektif khusus.

Objektif am: Menilai tahap pengetahuan mengenai penyakit Gastritis dalam

kalangan masyarakat yang mendapatkan rawatan di Jabatan

Kecemasan Hosptal Duchess Of Kent, Sandakan.

Objekf khusus: 1. Mengenalpasti profil demografik golongan yang berisiko mendapat

Gastritis dalam aspek Bangsa, Jantina, Umur, dan jenis aktiviti

atau pekerjaan.

2. Mengkaji pengetahuan umum pesakit tentang kejadian Gastritis

dalam aspek faktor-faktor penyebab, kejadian, pencegahan dan

rawatan penyakit Gastritis.

3. Memberikan cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan kes

Gastritis daripada terus berlaku.

9

SKOP KAJIAN

Borang soal selidik adalah direka oleh penyelidik sendiri dan kemudian

diedarkan kepada ibubapa, penjaga atau pesakit itu sendiri. Penyelidikan ini

dibuat di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent. Pendekatan yang

digunakan ialah melibatkan pesakit Gastritis itu sendiri dan ahli keluarga untuk

dijadikan responden. Semua maklumat yang diperolehi adalah dalam bentuk

demografi iaitu jawapan maklum balas yang diberikan oleh responden itu sendiri.

10

BAB 2

KAJIAN SEMULA

11

Kajian semula

Tujuan kajian semula ini dimasukkan kedalam penyelidikan ini ada

untuk mendapatkan idea untuk merangka soalan – soalan yang akan ditanyakan

kepada respondan di dalam borang soalselidik. Selain itu, penyelidik dapat

membandingkan penemuan penyelidik dengan penemuan penyelidik –

penyelidik lain untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat. Selain itu, Tujuan

kajian semula dijalankan ialah untuk mendefinisikan masalah penyelidikan,

menjelaskan idea – idea pada amnya, menentukan dan memilih kaedah

penyelidikan yang sesuai serta perancangan yang terperinci dan bersistematik.

Gastritis merupakan perkara yang lazim berlaku dalam masyarakat

terutamanya pada mereka yang telah berumur. Namun, faktor umur bukanlah

faktor penyebab berlakunya Gastritis. Menurut Davidson’s (14th Edition),

Gastritis boleh didefinisikan sebagai inflamasi pada lapisan mukosa gaster akibat

daripada ketidakseimbangan kandungan asid reflux di dalam gaster, jangkitan

bakteria atau virus, ubat-ubatan dan alkohol. Ia boleh menjadi penyakit yang

kronik atau akut pada bila-bila masa sahaja jika ia tidak dirawat dengan segera.

Dia juga mengatakan bahawa Gastritis berpunca daripada Aspirin, Ubat anti-

inflamatori dan keberangkalian alkohol. Selain itu, ia juga disebabkan oleh

regurgitasi bile di dalam gaster terutamanya selepas melakukan pembedahan

gastrik. Pada sesetengah pesakit, simptom seperti anoreksia, nausea, kesakitan

pada bahagian epigastrik dan „Heart burn‟ merupakan simpton utama. Dalam kes

12

gastrik yang berulang, boleh menyebabkan berlakunya pendarahan pada dinding

gaster. Ini akan menyebabkan pesakit menghidap penyakit anemia.

Menurut Baharudin Omar et al (1993), Gastritis ialah salah satu masalah

yang paling sering berlaku pada sistem pencernaan manusia. Ia merupakan

peradangan mukosa gaster dan boleh bersifat akut atau kronik. Gejala utamanya

ialah rasa terbakar di epigastrium. Menurut mereka lagi, Gastritis akut boleh

disebabkan oleh pengambilan arak, aspirin, agen anti-peradangan bukan steroid

(NSAID) dan dadah-dadah lain, bahan-bahan kaustik (asid sulfuric, asid

hidroklorik, formaldehid), keracunan makanan, jangkitan bacteria (Streptococcus,

Staphylococcus, Escherichia coli) dan jangkitan virus. Bagi kes Gastritis akut

yang disebabkan oleh pengambilan dadah (aspirin, NSAID), pengambilan dadah

tersebut haruslah dihentikan serta-merta dan pesakit diberikan antasid atau

pemblok H2 untuk jangka waktu yang singkat (1 atau 2 minggu), gastritis yang

menyebabkan pendarahan (hemoraj) memerlukan penggantian bendalir dan

darah. Gastritis akut ringan biasanya tidak memerlukan rawatan khusus. Etiologi

Gastritis kronik pula ialah peminuman arak atau kopi yang berlebihan dan terlalu

sering, faktor keresahan, kecederaan akibat pendedahan pada sinaran dan

factor-faktor imunologi. Gastritis kronik memerlukan perubahan tabiat pada

penghidap dengan menjauhkan diri daripada arak dan mengelakkan meminum

minuman yang mengandungi kafein. Elakkan juga memakan sehingga terlalu

kenyang. Sebaik-baiknya makan makanan yang sedikit, tetapi dengan lebih

13

kerap. Gastritis yang dikaitkan dengan ulser peptik memerlukan rawatan ulser

yang dialami.

Menurut di laman web www.infosihat.gov.my/penyakit-gastritis.html

ketidaksimbangan asid (pepsin) dalam gaster serta perubahan ketahanan

mukosa antara penyebab yang dikenalpasti. Pengambilan alkohol, ubat „Non

steroid anti inflamatory drug‟, infeksi helicobacter pylori dan tekanan (stress)

merupakan punca yang menyebabkan berlakunya gastritis. Gastritis merupakan

salah satu penyebab utama pendarahan dalam gaster yang boleh

mengakibatkan seseorang itu muntah berdarah dan membuang najis berwarna

hitam. Ini berlaku akibat daripada hakisan mukosa pada dinding gaster oleh

faktor penyebab yang keterlaluan sehinga menyebabkan dinding gaster menipis

dan berdarah. Biasanya, seseorang individu merembeskan asid pada kadar

normal (hipoklorida), tetapi pada peringkat kejadian gastritis, asid

hidroklorik(HCL) dirembeskan melebihi paras normal (hiperklorida).

Walaubagaimanapun, terdapat golongan yang mengalami gastritis di sebabkan

oleh asid bile.

Menurut Marie V. Krause dan L. Kathleen Mahan (1993), Gastritis

adalah inflamasi pada mukosa gaster yang menyerang dengan tiba-tiba dan

kadangkala begitu hebat serangannya. Walau bagaimanapun, istilah ini kerap

digunakan untuk sebarang ketakselesaan pada gaster. Gastritis selalunya

ditandai dengan rasa loya, muntah, perdarahan, kesakitan, dedar, anoreksia

14

atau sakit kepala. Serangan kerap terjadi selepas memakan makanan tertentu

yang sensitif bagi individu berkenaan, makan terlalu cepat, atau makan apabila

terlalu letih atau dalam kesedihan. Faktor lain termasuk pengambilan alkohol,

tembakau serta makanan berempah yang banyak. Keracunan makanan dan

pengambilan sebatian korosif juga boleh menyebabkan Gastritis. Ubat seperti

salisilat, Reserpine, Indomethacin dan Fenilbutazone boleh menyebabkan

Gastritis. Kadangkala Gastritis terjadi selepas terapi sinaran, trauma, luka akibat

terbakar, pembedahan, hipoksia, kejutan, demam, jaundis atau kerosakan renal.

Gastritis juga boleh memburukkan lagi jangkitan bakteria.

Menurut Hardinge dan Shryock (1991) penyebab utama Gastritis tidak

diketahui. Namun demikian, kehadiran jus gastrik yang tediri daripada asid

hidroklorik dan pepsin boleh menyebabkan hakisan pada lapisan mukosa gaster.

Contohnya dalam pengambilan alkohol. Sebanyak 25% hingga 40% kes

disebabkan oleh pengambilan alkohol. Sebanyak 20% hingga 30% pesakit

menyebabkan pendarahan pada bahagian gastro usus dalam kes penyakit

gastrtis yang dialami. Kenyataan ini juga ada dinyatakan oleh Ross & Wilson (

9th Edition,2005), gastritis berlaku apabila ketidakseimbangan jus gastrik dan

tahap ketahanan dinding mukosa gaster terhadap pertambahan kadar jus gastrik

yang berlebihan dan keterlaluan. Kadar mukus di dalam gaster tidak mampu

untuk melindungi dinding gaster daripada dihakis oleh asid hydrocloric. Faktor-

faktor yang menyebabkan kejadian tersebut contohnya seperti penggunaan ubat

Asprin yang terlalu lama dan penggunaan ubat anti-peradangan yang terlalu

15

lama, pengambilan alkohol yang keterlaluan, keracunan makanan yang

disebabkan oleh bakteria atau virus, merokok, ubat sitotoksik, asid dan alkali,

dan regurgitasi bile di dalam gaster.

Penulis Delaney, B; McColl, K (2005) di dalam buku ‘Helicobacter

pylori and Gastro-oesophageal refluc disease’ ada menyatakan serangan

Gastritis yang disebabkan bakteria atau virus adalah kerana jangkitan selepas

pembedahan atau makanan yang tercemar yang boleh menyebabkan penyakit

Gastritis. Kenyataan ini juga ada dinyatakan oleh Harvey, Johns, Mckusick,

owen dan Ross ( 22nd Edition,2003), infeksi akibat daripada helicobacter pylori

dan bile reflux yang berlebihan boleh menyebabkan Gastritis. Infeksi helicobacter

pylori menyebabkan keradangan pada dinding mukosa gaster dan secara tak

langsung akan mengakibatkan tumbuhnya ulser pada dinding gaster.

Pertumbuhan ini akan menyebabkan penipisan dinding gaster dan akhirnya

boleh menyebabkan dinding gaster berlubang.

Penulis MD Lippincott Williams and Wilkins ( 2003) menyatakan

selain jangkitan, penggunaan ubat-ubatan „Non steroidal anti-inflammatory Drug‟

dengan jangka masa yang panjang juga boleh menyebabkan Gastritis. Selain itu

ubat lain seperti Vitamin C juga boleh menyebabkan Gastritis menyerang

sekiranya gaster kosong. Selain daripada itu, faktor alergi ataupun hipersensitiviti

juga banyak menyumbangkan kejadian serangan Gastritis.

16

Menurut Parveen Kumar dan Micheal Clark (3rd Edition,2003)

menyatakan bahawa tiada yang tetap kecuali dalam situasi ini terdapat

kelemahan dalam penemuan klinikal, patoligikal dan endoskopi. Dalam kes

Gastritis, keradangan pada dinding gaster berlaku dan merosakkan dinding

superficial gaster. Gastritis boleh berlaku akibat tindakan ubat seperti asprin,

infeksi bakteria atau virus, pengambilan alkohol yang berlebihan dan

kemungkinan stress atau tekanan yang melampau. Gastritis yang akut boleh

menyebabkan pesakit muntah dan berkemungkinan pendarahan pada gastro

usus sekiranya ia mejadi lebih kronik.

Menurut Royle dan Walsh (1992), Gastritis adalah penyakit yang biasa

berlaku disebabkan penambilan alkohol dengan kerap dalam kuantiti yang

banyak yang boleh meningkatkan sekresi gaster. Ini menyebabkan sekresi yang

tinggi oleh asid dan pepsin menyebabkan lapisan mukosa pada gaster terhakis

dan mengakibatkan gastritis. Penyakit ini sering berlaku dikalangan lelaki yang

berumur diantara 40 sehingga 55 tahun.

Menurut Cobaco et al (1996) menyatakan dalam keadaan normal, gaster

dan duodenum dilindungi daripada asid dalam jus penghadaman melalui

rembesan lapisan mukosa, terutamanya semasa pengambilan makanan.

Seseorang yang mengambil alkohol yang tinggi menyebabkan asid menjadi

tinggi dan seterusnya menyebabkan iritasi pada dinding mukosa dan seterusnya

menyebabkan Gastritis.

17

Manakala Phipps et al (1995) menyatakan alkohol boleh menyebabkan

kerosakkan dinding mukosa yang teruk secara terus dan pendarahan setempat.

Beliau juga menyatakan bahawa alkohol menyebabkan kejadian ulser dimana

memerlukan rawatan yang berpanjangan. Walau bagaimanapun, alkohol adalah

penyebab utama dalam peningkatan pengeluaran asid yang tinggi dalam gaster

dan menyebabkan hakisan pada dinding mukosa.

18

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

19

METODOLOGI

Dalam menghasilkan sebuah kajian yang lengkap, perancangan dan

persembahan data mestilah mudah dan berkesan untuk mendapat maklumat

dan gambaran yang lebih jelas tentang masalah kesihatan yang berkaitan

dengan penyakit Gastritis. Beberapa sumber dan maklumat penting perlu di

perolehi untuk membolehkan sesuatu penyelidikan dijalankan berdasarkan

maklumat yang berasas seperti mempunyai sistem rujukan, sampel kajian dan

data statistik yang tepat. Untuk memperolehi maklumat yang dikehendaki

beberapa kaedah telah digunakan untuk tujuan pengumpulan dan penganalisaan

data.

Design

Demi menjayakan dan menjalankan penyelidikan sistem kesihatan ini

penyelidik telah memilih penggunaan cara deskriptif, ini kerana cara ini

merupakan cara yang paling mudah untuk peringkat penyelidik. Selain itu cara ini

juga amatlah ringkas, singkat dan mudah untuk difahami oleh sesiapa sahaja.

Pemilihan cara deskriptif ini juga dipilih atas sebab-sebab penggunaan yang

mudah dan bertujuan melihat tentang pengetahuan responden untuk

penyelidikan ini dengan lebih mendalam. Penggunaan cara deskriptif dipilih juga

kerana cara ini tidak mempunyai banyak masa dan penggunaan tenaga kerja

20

yang menyukarkan. Secara keseluruhannya penyelidikan ini dijalankan dengan

cara yang amat mudah dan tidak mendalam amnya untuk peringkat ini.

Tempoh Kajian

Sila rujuk gantt chart pada lampiran.

Tempat Kajian

Penyelidikan ini dibuat di Jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent

Sandakan.

Protokol Etika

Kebenaran untuk menjalankan penyelidikan sudah diperolehi dari pihak

kolej untuk meneruskan kajian ini. Bagi mengedarkan borang soalselidik,

penyelidik akan berusaha untuk mendapatkan kebenaran daripada pihak hospital

untuk penyelidik mengedarkan borang soal selidik. Disetiap borang soalselidik

disertakan borang memohon keizinan daripada respondan untuk menyertai

penyelidikan ini. (Sila Rujuk Lampiran)

Instrumen

Pendekatan yang digunakan ialah melibatkan pesakit Gastritis itu sendiri

untuk dijadikan responden. Semua maklumat yang diperolehi adalah dalam

bentuk demografi iaitu jawapan maklum balas yang diberikan oleh responden itu

sendiri.

21

Rekabentuk soalan yang diutarakan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu

Bahagian A dan B. Bahagian A tertumpu kepada maklumat mengenai

latarbelakang pesakit. Manakala bahagian B, maklumat mengenai sejarah

perubatan pesakit, keluarga pesakit dan juga sejarah pembedahan selain

daripada soalan-soalan tentang pengetahuan dan kefahaman pesakt mengenai

penyakit Gastritis. Jenis skala jawapan juga adalah closed ended di mana

jawapan telah disediakan dan responden hanya memilih jawapan yang mereka

inginkan dengan menandakan () di ruang yang telah disediakan. (Sila Rujuk

Lampiran)

Kajian Rintis

Sebelum kajian sebenar dijalankan, pilot study dijalankan ke atas 5 orang

responden di mana penyelidik telah memilih 5 orang Pelatih Pembantu

Perubatan secara rambang ambilan Januari 2010 yang berada di Daerah

Sandakan. Mereka dijadikan subjek atau sampel untuk mengenalpasti masalah

yang timbul atau perkara yang kurang jelas dalam borang soal selidik. Ini adalah

untuk menguji keberkesanan borang soal selidik yang telah dibuat. Kaedah ini

digunakan adalah untuk kelemahan dan kesensitifan soalan dalam borang soal

selidik agar dapat diperbaiki. Kaedah ini sesuai digunakan sebelum menjalankan

kaedah soal selidik kerana memberi banyak kelebihan dalam membuat

pemilihan terhadap soalan yang akan digunakan dalam borang soal selidik.

22

Sampel:

Kaedah pengsampelan juga digunakan untuk mendapatkan maklumat

yang dikehendaki. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat ialah

dengan menemuduga dan juga borang soal selidik. Bagi pemilihan sampel pula,

penyelidik memperoleh maklumat kajian di kalangan pesakit-pesakit Gastritis

yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan, Hospital Duchess Of Kent

Sandakan. Seramai 30 orang respondan akan dipilih secara rambang. Syarat-

syarat sebagai seorang respondan adalah seperti sihat tubuh badan dan boleh

memberikan kerjasama. Respondan yang dipilih juga tidak mengira bangsa dan

tahap pendidikan.

Kaedah pengumpulan maklumat

Borang soal selidik diedarkan kepada ibubapa, penjaga atau pesakit itu

sendiri. Respondan tidak diberikan masa yang terhad untuk menjawab soalan

kerana memberikan respondan masa yang cukup untuk menilai dan memahami

kehendak sebenar soalan. Setelah respondan selesai menjawab soalan, saya

sendiri akan mengutip borang tersebut. Dan yang akhir sekali, borang soal

selidik yang telah dilengkapkan akan dikumpulkan bagi melengkapkan kajian

dalam membuat analisis data dan mendapat hasil kajian yang tepat

23

Kaedah penganalisaan maklumat

Bagi kaedah penganalisaan pula, pengkaji telah menggunakan kaedah

data dan statistik yang telah diperolehi untuk membuat keputusan dan

penganalisaan. Segala keputusan kajian akan dibentangkan dalam bentuk

jadual, graf dan secara huraian.

Selepas itu, penyelidik membuat kajian semula dengan mengumpul

semua maklumat yang berkaitan dengan penyakit gastritis dari buku rujukan teks

perubatan, journal perubatan, risalah kesihatan dan juga bahan – bahan dari

laman web di internet.

24

BAB 4

PENEMUAN

25

PENEMUAN DAN PENGANALISAAN DATA

BAHAGIAN A

Soalan 1

n: 3

10%

n: 6

20%

n: 9

30%

n: 12

40%

18 - 30

31 - 40

41 - 50

51 keatas

Rajah A (1) : carta peratusan mengikut kumpulan umur

Jadual di atas menunjukkan jumlah bagi kumpulan umur yang dikaji bagi

kes Gastritis di jabatan Kecemasan Hospital Duchess of Kent. Didapati bahawa

pesakit yang berumur dalam lingkungan 18 tahun hingga 30 tahun adalah

sebanyak 12 kes (40%) dan merupakan kumpulan umur yang tertinggi jika

dibandingkan dengan kumpulan umur yang lain iaitu 9 kes (30%) bagi kumpulan

umur 31 tahun sehingga 40 tahun. Manakala, kumpulana umur 41 tahun

N : 30

26

sehingga 50 tahun adalah seramai 6 kes (20%) sahaja dan diikuti oleh kumpulan

umur 51 tahun dan keatas seramai 3 kes (10%) sahaja. Kesemua jumlah

responden adalah 30 orang sahaja.

SOALAN 2

n:12

40%

n:18

60%

lelaki

wanita

N:30

Rajah A (3) : carta peratusan mengikut jantina

Graf diatas menunjukkan jumlah bilangan kes gastritis mengikut

jantina responden. Bilangan wanita mencatatkan 18 kes (60%) daripada 30 kes

menjadikan kes tertinggi berbanding lelaki. Ini meletakkan golongan perempuan

adalah golongan majoriti di kalangan responden. Responden lelaki pula adalah

40 peratus iaitu 12 kes.

27

SOALAN 3

N:30

n:12

40% n:0

0%

n:7

23%

n:6

20%

n:5

17%

melayu

cina

india

bumiputera

lain- lain

Rajah A (5) : carta peratusan mengikut bangsa/kaum

Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut bangsa

atau kaum. Berdasarkan rajah diatas, kaum bumiputera sabah menunjukkan

bilangan kes dan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 12 kes (40%) diikuti

oleh kaum cina sebanyak 7 kes (23%) telah direkodkan. Manakala bagi kaum

melayu dan lain – lain adalah sebanyak 6 kes (20%) dan 5 kes (17%) secara

berurutan telah direkodkan. Walaubagaimanapun, tiada kes direkodkan bagi

kaum india seterusnya membawa peratusan yang terkecil pernah direkodkan.

28

SOALAN 4

n:0

0%n:4

13%

n:9

30%n:17

57%

islam

kristian

buddha

lain - lain

N:30

Rajah A (7) : carta peratusan mengikut agama

Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut

agama. Berdasarkan rajah tersebut agama islam merupakan agama yang

mencatatkan jumlah kes dan peratusan yang tinggi direkodkan iaitu sebanyak 17

kes (57%) daripada 30 jumlah kes berbanding dengan agama lain. Agama

kristian merekodkan dengan 9 kes (30%) diikuti oleh agama buddha iaitu

sebanyak 4 kes (13%) menjadikan agama buddha adalah agama minority untuk

kejadian penyakit ini

29

N : 30

SOALAN 5

n:3

10%n:8

27%

n:7

23%

n:12

40%

tiada pendidikanformal

rendah

menengah

tinggi

Rajah A (9) : carta peratusan mengikut tahap pendidikan

Rajah di atas menunjukkan bilangan kes dan peratusan kes berdasarkan

tahap pendidikan respondan. Analisa data menunjukkan golongan berpendidikan

sekolah menengah merupakan golongan yang menduduki tempat pertama iaitu

sebanyak 12 kes (40%) daripada jumlah kes jika dibandingkan dengan golongan

yang mempunyai tahap pendidikan lain. Bilangan kes sebanyak 8 kes (27%)

adalah bagi golongan respondan yang mempunyai pendidikan tinggi seperti

maktab, kolej dan university dan seterusnya golongan respondan berpendidikan

30

sekolah rendah pula direkodkan sebanyak 7 kes (23%) menjadikan golongan

yang tiada pendidikan formal mewakili 3 kes (10%) sahaja.

SOALAN 6

n:9

30%

n:11

36%

n:8

27%

n:2

7%

pelajar

bekerja sendiri

kakitanganawam/swasta

lain - kain

Rajah A (11) : carta peratusan mengikut jenis pekerjaan

Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut jenis

pekerjaan respondan. Berdasarkan data yang dikumpul, jumlah tertinggi adalah

daripada golongan bekerja sendiri sebanyak 11 kes mewakili 36 peratusan dan

diikuti oleh golongan yang bekerja sebangai kakitangan awam dan swasta iaitu

sebayak 9 kes (30%). Bagi respondan pelajar telah menyumbang sebanyak 8

bilangan kes mewakili 27 peratusan. Jumlah paling rendah adalah daripada

golongan yang bekerja selain daripada yang telah disebutkan iaitu 2 bilangan

kes mewakili 7 peratusan.

31

N : 30

SOALAN 7

n:10

33%

n:20

67%

bujang

berkahwin

Rajah A (13) : carta peratusan mengikut status perkahwinan

Rajah diatas menunjukkan peratusan dan bilangan kes mengikut status

respondan. 67 peratus respondan adalah berkahwin dan ini menjadikan bilangan

tersebut adalah jumlah tertinggi diantara status lain. Hal ini menjadikan jumlah

respondan yang belum berkahwin (bujang) adalah 10 kes (33%).

32

N : 30

SOALAN 8

n:0

0%n:5

23%

n:15

50%

n:8

27%

dibawahRM1000

RM 1001 - RM2000

RM 2001 -3000

RM 3001keatas

Rajah A (15) : carta peratusan mengikut pendapatan

Rajah diatas menunjukan peratusan dan bilangan kes mengikut jumlah

pendapatan bulanan respondan. Kebanyakan respondan mempunyai

pendapatan bulanan dibawah RM1000 dengan jumlah kes 15 kes mewakili 50

peratus. Sebanyak 8 kes mewakili 27 peratus respondan yang mempunyai

pendapatan dalam lingkungan RM 1001 hingga RM2000 sebulan. Baki daripada

jumlah tersebut adalah diwakili oleh respondan yang mempunyai pendapatan

dalam lingkungan RM2001 hingga RM3000 iaitu 7 bilangan kes (23%)

33

memandang tidak ada respondan yang mempunyai pendapat melebihi RM3001

sebulan.

SOALAN 9

n:0

0%

n:30

100%

ya

tidak

Rajah B (1) : carta peratusan mengenai pengetahuan respondan tentang gastritis

Rajah diatas menunjukkan keputusan respondan yang menjawab soalan

mengenai tahap pengetahuan mereka. Berdasarkan data yang diperoleh,

kesemua respondan mengetahui mengenai penyakit gastritis apabila soalan

“tahukah anda apa itu gastritis/gastric?”

34

SOALAN 10

n:4

20%

n:24

80%

YA

TIDAK

Rajah B (3) : carta peratusan mengenai kesedaran respondan terhadap penyakit

gastritis yang dialami

Menurut jadual diatas, kajian mendapati bahawa masih banyak lagi

responden yang tidak menyedari yang mereka menghidap penyakit Gastritis. Terdapat

20 peratus bersamaan 6 responden sahaja yang menyedari bahawa mereka

menghidap penyakit Gastritis manakala 80 peratus lagi atau 24 orang responden tidak

tahu mengenainya. Ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi masyarakat tidak

mengambil berat akan kesihatan diri mereka sendiri.

35

SOALAN 11

n:22

73%

n:8

27%

ya

tidak

Rajah B (5) : carta peratusan mengikut sejarah gastritis keluarga

Rajah diatas menunjukkan bahawa sejarah keluarga adalah salah satu

factor berlakunya penyakit gastritis dalam kalangan respondan. Terdapat 27

peratus atau 8 orang respondan menyatakan bahawa mereka mempunyai ahli

keluarga yang menghidapgastritis manakala72 peratus atau 22 orang respondan

lagi menafikan kenyataan tersebut.

36

SOALAN 12

n:11

37%

n:19

63%

ya

tidak

Rajah B (7) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan berkaitan symptom

gastritis

Rajah diatas menunjukkan pengetahuan respondan mengenai tanda –

tanda dan symptom penyakit gastritis. Seramai 19 orang daripada 30 orang

responden yang mengetahui simptom-simptom dan tanda-tanda penyakit

Gastritis. Selebihnya responden tidak mengetahui tentang simptom-simptom dan

tanda-tanda penyakit gastritis iaitu sebanyak 11 orang respondan. Di sini

menunjukkan pengetahuan responden adalah dalam tahap yang agak baik

mengenai simptom-simptom dan tanda-tanda penyakit Gastritis.

37

SOALAN 13

n:8

27%

n:22

73%

ya

tidak

Rajah B (9) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan berkaitan symptom

serangan gastritis

Rajah di atas menunjukkan pengetahuan responden mengenai simptom-

simptom dan tanda-tanda semasa serangan Gastritis. Sebanyak 22 orang

responden bersamaan 73 peratus yang mengetahui simptom-simptom dan

tanda-tanda penyakit Gastritis. Manakala 8 orang responden mewakili 27 peratus

tidak tahu tentang simptom-simptom dan tanda-tanda semasa serangan gastritis.

Di sini menunjukkan pengetahuan responden adalah baik mengenai simptom-

simptom dan tanda-tanda semasa serangan penyakit Gastritis.

38

SOALAN 14

n:14

47% n:16

53%

YA

TIDAK

Rajah B (11) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan bahawa stress

adalah salah satu factor serangan gastritis

Berdasarkan rajah diatas, kajian mendapati bahawa masih banyak lagi

responden yang tidak tahu yang penyakit Gastritis boleh disebabkan oleh

tekanan atau stress yang terlampau memandangkan jumlah respondan yang

menyedari bahawa tekanan atau stress yang terlampau boleh menyebabkan

Gastritis hanyalah 16 orang mewakili 53 peratus manakala 14 orang responden

lagi tidak tahu mengenainya. Ini menunjukkan bahawa masih ramai lagi

masyarakat tidak mengetahui berkaitan penyebab penyakit Gastritis ini.

39

SOALAN 15

n:5

16%

n:8

27%

n:17

57%

makan tidakteratur

pengambilanalkohol

ubat - ubatan

Rajah B (13) : carta peratusan mengenai penyebab gastritis respondan

Rajah diatas menunjukan kajian yang telah dibuat bagi 30 orang

responden bagi mengkaji sejauh mana mereka mengetahui tentang faktor

penyebab penyakit Gastritis mereka. Setelah dikaji, mendapati sebanyak 17

orang responden mewakili 57 peratus mengatakan yang tiada selera makan

boleh menyebabkan mereka terkena serangan Gastritis iaitu faktor yang paling

banyak menyebabkan berlakunya serangan Gastritis. Ada juga responden

mengatakan bahawa minum minuman alkohol dengan kerap boleh

menyebabkan hakisan pada dinding gester dan menyebabkan gastritis. Ini di

setujui oleh 8 orang responden mewakili 27 peratus.. Di samping itu juga,

40

sebanyak 5 orang responden mengatakan faktor ubat-ubatan juga boleh

menyebabkan gastritis yang mewakili 16 daripada peratusan.

SOALAN 16

n:9

30%

n:16

53%

n:5

17%

ubat angin

minum susu

makan

Rajah B (15) : carta peratusan mengenai jenis rawatan yang digunakan oleh

respondan

Rajah di atas menunjukkan rawatan yang sering digunakan oleh

responden dalam merawat penyakit Gastritis. Sebanyak 5 orang mewakili 17

peratus daripada 30 orang responden yang mengamalkan ubat angin (Trisilox)

sebagai rawatan Gastritis. Selain itu, 16 orang respondan menyumbang 53

peratus mengamalkan meminum susu untuk merawat gastritis mereka dan

41

merupakan angka tertinggi berbanding kaedah lain manakala 9 orang respondan

lagi merawat Gastritis dengan makan.

SOALAN 17

n:0

0%

n:30

100%

ya

tidak

Rajah B (17) : carta peratusan mengenai cara pencegahan yang digunakan oleh

respondan

Rajah diatas menunjukkan cara respondan untuk mencegah serangan

gastritis daripada berlaku. Daripada 30 orang respondan, kesemua respondan

bersetuju dengan cadangan pencegahan yang diberikan iaitu mengelak daripada

pengambilan minuman beralkohol dan berkafein dan mengatur jadual makan

mengikut masa. Ini bermakna peratusan penuh untuk cara pencegahan

serangan gastritis daripada berlaku.

42

SOALAN 18

n:15

50%

n:15

50%

ya

tidak

Rajah B (19) : carta peratusan mengenai tahap pengetahuan respondan

berkaitan komplikasi gastritis

Kajian mendapati pengetahuan responden tentang komplikasi penyakit

Gastritis adalah sama iaitu kedua – duanya mewakili 50 peratusan bagi yang

mengetahui dan yang tidak mengetahui bahaya komplikasi serangan gastritis. Ini

bole disimpulkan tahap pengetahuan respondan terhadap komplikasi serangan

gastritis adalah ditahap yang baik.

43

SOALAN 19

n:7

23%

n:13

43%

n:10

34%risalah

media massa

kakitangankesihatan

Rajah B (21) : carta peratusan mengenai sumber maklumat yang diperoleh oleh

respondan

Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan 7 orang responden bersamaan

dengan 23 peratus yang mendapat maklumat mengenai penyakit ini melalui

risalah manakala 13 orang respondan bersamaan 43 peratus mendapat

maklumat dari media massa. Kakitangan perubatan merupakan orang yang

kedua terbanyak memberi sumber kepada respondan iaitu seramai 10 orang

respondan bersamaan 34 peratus selapas media massa.

44

SOALAN 20

n:0

0%n:9

7%

n:21

93%

kklinik

tradisional

tiada rawatan

Rajah B (23) : carta peratusan mengenai tindakan respondan untuk

mendapatkan rawatan

Berdasarkan rajah diatas di atas, penilaian yang telah dibuat secara

rawak ke atas tindakan yang dibuat oleh 30 orang responden apabila mendapat

serangan Gastritis menunjukkan yang paling banyak iaitu seramai 21 orang dari

jumlah respondan mewakili 93 peratusan pergi ke klinik kerajaan / swasta untuk

mendapatkan rawatan. Respondan yang mendapatkan rawatan sendiri /

tradisional pula seramai 9 orang respondan mewakili 7 daripada peratusan.

Daripada analisis, tiada seorang pun respondan yang tidak mendapatkan

rawatan apa bila diserang gastritis.

45

BAB 5

PERBINCANGAN

DAN

KESIMPULAN

46

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Perbincangan dan kesimpulan

Melalui pengumpulan maklumat dan data yang diperolehi melalui borang

soalselidik, pelbagai penemuan telah berjaya ditemui dan semua maklumat

tersebut dikumpul, diproses, dianalisa dan ditafsirkan melalui cara penyampaian

dalam bentuk graf bar dan carta pai juga sedikit penjelasan ringkas bagi

memudahkan penyelidik menyampaikan segala data yang diperolehi.

Menurut hasil penemuan, pesakit yang sering diserang gastritis adalah

pesakit yang berumur dalam lingkungan umur 18 tahun hingga 30 tahun. Ini

boleh juga dikaitkan dengan cara hidup mereka kerana dlam lingkungan umur

tersebut mereka masih lagi dikategorikan sebagai remaja dan awal dewasa.

Seterusnya, kita lihat dari segi jantina. Daripada data yang diperoleh kedua –

dua jantina mempunyai risiko yang sama untuk mendapat serangan Gastritis.

Kenyataan ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan kenyataan yang dibuat

oleh M Z Mazlam, MRCP, ‘Depatrment Of Medicine, Faculty Of Medicine,

University Kebangsaan Malaysia’ di dalam kajiannya ‘ Helicobacter Pylori

Infection In Malaysia’ meyatakan bahawa lelaki lebih kerap di serang gastritis

berbanding wanita. Manakala dari segi bangsa pula, rata – rata pesakit adalah

berbangsa bumiputera sabah jika dibandingkan dengan bangsa – bangsa lain

yang terdapat di Malaysia. Tetapi hasil penemuan ini tidaklah begitu tepat kerana

kajian ini dijalan di dibumi Sabah dan bangsa bumiputera sabah adalah

penduduk asli Sabah dam merupakan kaum majority di Sabah. Tambahan pula,

47

setiap kaum tau bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan tersendiri.

Contohnya, kaum dusun di Sabah mengamalkan pengambilan alcohol yang

banyak ketika mengadakan suatu majlis keramaian ataupun ketika menyambut

perayaan.

Dari segi tahap pendidikan, kebanyakkan pesakit adalah datangnya dari

berpendidikan sekolah menengah sahaja. Ini boleh disebabkan, mereka

kurangnya pendedahan dengan dunia perubatan pada masa lalu. Akan tetapi,

apabila ditanyakan mengenai penyakit Gastritis, mereka mempunyai tahap

pengetahuan yang baik mengenai isu ini. Penemuan menunjukkan ramai pesakit

mengetahui tentang symptom – symptom gastritis ketika serangan berlaku. Ini

jelas menunjukkan bahawa masyarakat sekarang mengambil berat akan

kesihatan diri mereka serta keluarga mereka.

Menurut Davidson’s di dalam bukunya yang bertajuk „ Principle &

Practice Of Medicine’ (14th Edition), simptom seperti anoreksia, nausea,

kesakitan pada bahagian epigastrik, „ Heart Burn „ dan kadang-kala hematemesis

adalah merupakan simptom yang paling kerap di adu oleh pesakit ketika pergi ke

klinik.

Ramai respondan menjawab factor makan yang tidak teratur merupakan

punca penyebab mereka diserang penyakit Gastritis tetapi penenuan ini

bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Penulis Hardinge and Shryock

(1991) menyatakan pesakit yang berumur 50 tahun keatas sering mendapat

serangan Gastritis apabila terlalu banyak minum minuman beralkohol tanpa had.

48

Kenyataan ini di perakui oleh Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan

Malaysia di mana mereka menyatakan pesakit yang berumur 50 tahun keatas

banyak yang menghidap gastritis berbanding yang berumur bawah daripada

umur 50 tahun.Ini kerana amalan mereka semasa peringkat remaja sudah

mendedahkan gester mereka terhadap minuman alkohol tersebut. Selain itu,

Penulis Delaney, B; McColl, K di dalam buku ‘Helicobacter pylori and

Gastro-oesophageal refluc disease’ ada menyatakan serangan Gastritis yang

disebabkan bakteria atau virus adalah kerana jangkitan selepas pembedahan

atau makanan yang tercemar yang boleh menyebabkan penyakit Gastritis.

Penulis MD Lippincott Williams and Wilkins di dalam buku ‘Textbook of

Gastroenterology’ 4th edition [ 2-Volume set ] 2003.p. 1394-1415.

menyatakan selain jangkitan, penggunaan ubat-ubatan „Non steroidal anti-

inflammatory Drug‟ dengan jangka masa yang panjang juga boleh menyebabkan

gastritis. Selain itu ubat lain seperti Vitamin C juga boleh menyebabkan gastritis

menyerang sekiranya gaster kosong. Namun, semua faktor – faktor di atas

adalah faktor penyebab utama penyakit gastritis. Ini dinyatakan oleh penulis

Parveen Kumar And Michael Clark (1990) di dalam bukunya ‘Clinical

Medicine A Textbook For Medical Students & Doctors’ 3rd Edition.

Soalan seterusnya merupakan tahap pengetahuan responden tentang

komplikasi gastritis sekiranya dibiarkan berlarutan tanpa mendapat rawatan yang

sewajarnya. Menurut Harvey, Johns, Mckusick, owen dan Ross dalam buku

‘The principles & Practice of medicine ( 22nd Edition) infeksi akibat daripada

helicobater pylori dan bile reflux yang berlebihan boleh menyebabkan gastritis.

49

Infeksi helicobacter pylori menyebabkan keradangan pada dinding mukosa

gaster dan secara tak langsung akan mengakibatkan tumbuhnya ulser pada

dinding gaster. Pertumbuhan ini akan menyebabkan penipisan dinding gaster

dan akhirnya boleh menyebabkan dinding gaster berlubang. Menurut Hardinge

dan Shryock (1991) penyebab utama gastritis tidak diketahui. Namun demikian,

kehadiran jus gastrik yang terdiri daripada asid hidroklorik dan pepsin boleh

menyebabkan hakisan pada lapisan mukosa trek pernafasan. Contohnya dalam

pengambilan alkohol. Sebanyak 25% hingga 40% kes disebabkan oleh

pengambilan alkohol. Sebanyak 20% hingga 30% pesakit menyebabkan

pendarahan pada bahagian gastro usus dalam kes penyakit gastrtis yang

dialami. Pendarahan tersebut akan menyebabkan pesakit mengadu fises mereka

berwarna kehitaman. Menurut Davidson’s di dalam bukunya yang bertajuk „

Principle & Practice Of Medicine’ (14th Edition), pendarahan yang melampau

tersebut boleh mengakibatkan pesakit menghidap penyakit anemia. Selain itu,

tindakan pesakit yang tidak mendapatkan rawatan mahupun mendapatkan

rawatan sendiri seperti rawatan tradisional menyebabkan penyakit ini semakin

berleluasa dan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk seterusnya boleh

membawa maut.

50

Cadangan

Hasil dari penemuan – penemuan yang telah diperolehi, penyelidik mendapat

tahu kes kejadian serangan penyakit Gastritis adalah datangnya di kalangan

pesakit yang berumur 50 tahun keatas. Oleh itu, penyelidik mencadangkan

beberapa cadangan untuk mengurangkan kejadian serangan Gastritis:

1. Pendidikan kesihatan – Mempertingkatkan kesedaran maysrakat

terutamanya ahli keluarga yang mempunyai masalah penyakit Gastritis agar

mereka lebih memahami penyakit Gastritis adalah merbahaya dan juga

jangan dipandang sambil lewa kerana ia boleh membawa maut sekiranya

tidak dirawat dengan rawatan yang sewajarnya.

2. Promosi kesihatan – Pengeluaran risalah – risalah, pamplets dan poster

kepada orang ramai untuk mempertingkatkan kefahaman mengenai faktor

yang boleh menyebabkan serangan Gastritis. Dengan cara ini, mereka akan

lebih perihatin dan mengambil langkah berjaga – jaga dari terdedah kepada

mana – mana faktor penyebab.

3. Merekodkan kedatangan pesakit Gastritis yang berulang untuk mengesan

kes – kes Gastritis yang kronik agar dapat dirujuk kepada doktor / pakar bagi

rawatan yang lebih berkesan. Dengan rekod ini juga dapat memantau dan

mengesan peningkatan kes atau semakin berkurang. Dengan cara ini, kita

dapat mengetahui sejauh mana keberkesanan atas apa jua cadangan yang

dikemukakan seta keberkesanan rawatan yang diberikan.

51

4. Kempen cara hidup sihat – Dengan kerjasama pihak Kementerian Kesihatan

Malaysia dan mana – mana badan bukan kerajaan mempromosikan kempen

cara hidup sihat seperti Anti – Merokok, Amalan Senaman, Makan Makanan

Yang Seimbang untuk tingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan keluarga.

Limitasi Kajian

Sepanjang menjalankan penyelidikan ini, pelbagai permasalahan telah

timbul dan penyelidik telah menyelasaikan permasalahan tersebut dengan penuh

sabar. Malahan pemasalahan tersebut dijadikan pendorong serta garis panduan

untuk masa akan datang. Selain mengetahui kelemahan diri dalam menjayakan

penyelidikan ini, penulis juga dapat meningkatkan kemahiran penulis dalam

mengatur cara –cara untuk mengumpul maklumat dengan lebih effektif dan teliti.

Diantara pemasalahan yang timbul dalam menjayakan penyelidikan ini adalah

seperti berikut :

1. Saiz sample penyelidik kali ini adalah kecil iaitu hanya 30 orang respondan

sahaja dan ini tidak mencukupi untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat.

2. Borang soalselidik juga tidak menanyakan kepada respondan dengan soalan

– soalan yang terperinci.

52

3. Masa yang diambil untuk menjalankan penyelidikan juga terlalu singkat keran

penyelidik mempunyai masa yang agak terhad untuk menyiapakan

penyelidikan ini.

4. Penyelidikan yang pertama ini banyak kekurangan dari segi pengalaman

dalam mengatur strategi untuk mengumpul maklumat.

5. Permasalahan masa juga timbul, di mana mentor dan penyelidik tidak dapat

berjumpa kerana perselisihan jadual berlaku. Malah mentor juga mempunyai

jadual kelas yang padat selain dari membuat pemantauan ke atas pelatih

pembantu perubatan yang berada di kawasan klinikal.

6. Bahan rujukan juga menjadi permasalahan, di mana bahan rujukan yang ada

di perpustakaan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota KInabalu dan juga

perpustakaan awam merupakan edisi yang lama dan terhad menyebabkan

penyelidik kurang mendapat maklumat yang baru.

7. Permasalahan bahasa timbul oleh kerana kebanyakan buku rujukan

mengunakan bahasa Inggeris, menyebabkan penyelidik mengambil masa

untuk menterjemah bahasa tersebut dengan teliti agar struktur dan maksud

ayat betul.

53

KESIMPULAN

Selepas meneliti dan menganalisa kesemua maklumat yang telah

diperoleh dan dikumpul semasa penyelidikan ini dijalankan, risiko penyakit

gastritis ini lebih mudah menyerang pesakit remaja dan awal dewasa. Oleh itu,

masyarakat haruslah sedar dari awal agar dapat mengelakkan penyakit gastritis

menjadi lebih teruk lagi bak kata pepatah mencegah lebih baik darp merawat.

Masyarakat haruslah menggalakkan makan makanan yang berkhasiat dan

seimbang serta aktif dalam menyertai mana – mana aktiviti sosial seperti

bermain atau bersukan untuk mengelakkan diri dari terjebak dengan aktiviti

minum minuman beralkohol. Tabiat makan juga penting dalam hal ini

memandangkan hasil kajian ini mendapati punca berlakunya serangan gastritis

adalah disebabkan oleh tabiat makan yang tidak teratur. Pesakit yang terdedah

kepadanya tanpa disedari sehingga serangan gastritis berlaku apabila gaster

tidak diisi dengan sebarang makanan. Oleh itu, masyarakat harus prihatin dan

peka terhadap kepentingan penjagaan kesihatan diri sendiri dan bukannya

hanya mementingkan keseronokan. Mereka yang mempunyai risiko penyakit

Gastritis terutamanya yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap

Gastritis haruslah diberi perhatian terhadap tabiat pemakanan begitu juga

dengan ketagihan alcohol. Masyarakat juga harus peka terhadap isu – isu

semasa dan info sihat bagi meningkat pengetahuan mereka tentang factor –

factor penyebab penyakit gastritis. Ini kerana bukan hanya factor pemakanan,

alkohol dan amalan merokok sahaja yang boleh menyebabkan penyakit gastritis

malah faktor ubat – ubatan, jangkitan bakteria atau virus, dan tekanan yang

54

melampau juga boleh mempengaruhi serangan gastritis. Pesakit juga haruslah

mendapatkan kaunseling agar pesakit sedar tentang penyakit gastritis dan

komplikasinya adalah merbahaya dan boleh membawa maut. Natijahnya,

dapatlah disimpulkan disini, bahawa kajian ini adalah untuk meningkatkan

kefahaman seluruh masyarakat selain daripada pesakit agar dapat membantu

mengurangkan kejadian serangan gastritis di kalangan masyarakat kita dan

mempertingkat kualiti hidup masyarakat kita.

55

BAB 6

RUJUKAN

56

1) Baharudin Omar, Abdul Rassip Che Nun dan Aminuddin Abdul Hamid Karim (1993),

Penyebab dan Gejala Penyakit (Edisi Kedua), Dewan Bahasa dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

2) Cobaco G, Philip SF, et al. (1996) ‘Gastric Potential Differences in Man’.

3) Davidson‟s ‘Principles & Practice Of Medicine’ 14th Edition.

4) Delaney, B; McColl, K ‘Helicobacter pylori and Gastro-oesophageal refluc

disease’

5) Hadringe H, Shryock (1991), Epidemiology of Peptic Ulcer Disease.

6) Harvey, Johns, Mckusick, Owens, Ross. ‘The Prinsiples & Practice Of Medicine’

Twenty – Second Edition.

7) Marie V. Krause dan L. Kathleen Mahan (1993), Makanan, Pemakanan dan Terapi

Diet.

8) MD Lippincott Williams and Wilkins ‘Textbook of Gastroenterology’ 4th edition [

2-Volume set ] 2003.p. 1394-1415

9) Parveen Kumar, Michael Clark (1990)‘ Clinical Medicine A Textbook For Medical

Students & Doctors’ 3rd Edition

10) Phipps P, Peter MN. (1995) ‘A Prospective Study of Gastroenterology’.

11) Ross and Wilson (1963), Anatomy and Physiology in Health and illness (9th

editors), Churchill Livingstone.

12) Royles B, Walsh DF. (1992) ‘A Clinical & Radiological Study of Consecutive

Patients’.

13) www.infosihat.gov.my/penyakit-gastritis.html

57