Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

    1/6

    Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

    PENGHARGAAN

    Syukur kehadrat Ilahi, akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan reflective practice ini mengikut masa yang telah

    ditetapkan.Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengarah Kolej

    Kejururawatan --------------------------------Tidak lupa juga kepada Penyelaras Kumpulan ---------------------------- dan ----------

    ------------------------ selaku pengajar subjek Professional Development (NPDM 3222) kerana banyak memberikan tunjuk ajar

    bagi menyiapkan tugasan ini.

    Terima kasih juga diucapkan kepada Ibu bapa saya kerana banyak memberikan sokongan dan rakan-rakan

    sekumpulan iaitu kumpulan ------------- yang membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini melalui perbincangan yang

    dilakukan.Akhir kata,saya mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan reflective

    practice ini kerana tugasan ini banyak memberikan pengajaran yang berguna dan bermanfaat kepada saya.

    PENGENALAN

    Amalan reflektif merupakan satu aspek penting dalam perawatan kejururawatan.Reflective practice merujuk kepada

    keupayaan seorang jururawat untuk mengimbas kembali sesuatu kejadian atau peristiwa dan membuat kesimpulan sambil

    belajar melalui kejadian tersebut.Reflective practice juga merupakan satu cara untuk meneroka dengan lebih tentang

    persepsi atau pandangan seseorang. Amalan reflektif menunjukkan pentingnya pengajian dari pengalaman-pengalaman

    setelah berfikir mengenainya dan mengaitkan pengalaman praktikal bagi pendekatan-pendekatan pembelajaran teori.Reflective practice ini diperolehi semasa sesi praktikal di wad samada melalui pengalaman sendiri atau pengalaman

    rakan. Mengumpul dan berkongsi pengalaman dapat menggalakkan pemahaman dan pembelajaran sendiri.Ianya juga

    merupakan satu cara meningkatkan kemahiran profesional dan prestasi masa depan dengan menilai keadaan dan kesilapan-

    kesilapan telah ditekankan dalam banyak profesion termasuk bidang kejururawatan. Kaedah-kaedah untuk melakukan reflective practice adalah melalui catatan peristiwa di dalam diari. Kejadian yang

    berlaku direkodkan dengan ringkas.Selain itu,latihan pengalaman dan perbincangan dengan rakan-rakan sekumpulan juga

    dapat dilakukan. Andaian dikenalpasti dan di ases berkait dengan sistem kepercayaan seseorang.Isu-isu dari pandangan serta

    teori yang berkaitan diteliti untuk mendapatkan pendekatan yang terbaik. Selain itu juga, sokongan dari rakan sekumpulan dan dari pengajar juga membantu dalam melaksanakan reflective

    practice dimana ia turut membantu pelatih dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan meningkatkan pengetahuan agar

    pelatih dapat mempelajari sesuatu melalui reflective practice tersebut.

  • 7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

    2/6

    Terdapat pelbagai kelebihan amalan reflektif terutamanya menunjukkan bagaimana dan bila tindakan sedemikian

    seharusnya digunakan oleh jururawat-jururawat untuk pembangunan profesional selanjutnya. Amalan profesionalisme juga

    berkembang melalui amalan reflektif,

    Amalan reflective practice ini juga penting dalam profesion kejururawatan kerana ia dapat meningkatkan mutu

    kerja seseorang individu dengan cara mengikut prosedur manual yang standard dan menggalakkan pemikiran yang lebih

    kritis serta dapat memartabatkan lagi profesion kejururawatan. Disamping itu, melalui amalan ini juga dapat membantu

    mengurangkan implikasi medico-legal ke atas jururawat contohnya jururawat mendokumentasikan dengan betul, melaporkan

    kejadian abnormal kepada doktor dengan segera, memastikan setiap prosedur keatas pesakit yang memerlukan consenttelah

    ditandatangani oleh pesakit, perawatan mengikut Standard of Procedureyang telah ditetapkan dan lain-lain lagi.Menggunakan amalan reflektif sebagai satu kaedah latihan dalam pendidikan kejururawatan merupakan sesuatu

    yang penting bagi meningkatkan kualiti penjagaan dan perkhidmatan kejururawatan.

    LAPORAN REFLECTIVE PRACTICE

    DESCRIPTION

    Peristiwa ini berlaku pada 18 Julai 2011 semasa saya di penempatan klinikal di wad 28. Pada hari tersebut saya

    bekerja shif malam bersama 3 orang rakan sekumpulan. Pada mulanya saya bekerja seperti biasa seperti memeriksa tanda

    vital pesakit, melakukan jagaan infusi intravena dan sebagainya. Pada malam tersebut,saya ditugaskan menjaga kubikal 6 wad 28. Terdapat seorang pesakit yang mengidap penyakit

    diabetes mellitus. Pada jam 11.20 malam saya melakukan pemeriksaan glucometer terhadap pesakit tersebut. Bacaancapillary blood sugar pesakit semasa itu ialah 14mmol/L. Doktor telah mengarahkan untuk memberikan suntikan Humulin

    30/70 sebanyak 10unit.Selepas itu, saya memberitahustaff nurse dan diarahkan untuk memberikan suntikan Humulin tersebut. Saya

    menyediakan ubatan tersebut didalam bilik prosedur wad tersebut.Dengan yakin saya menyediakan ubatan itu sambil berbual dengan kawan yang kebetulan sedang berada di bilik

    prosedur tersebut. Sehinggalah staff nurse wad menegur saya tentang apa yang saya lakukan. Barulah saya menyedari yang

    saya telah mengeluarkan dos ubat yang lebih iaitu 100unit. Saya dimarahi oleh staff nurse tersebut dan dikatakan mahu

    membunuh pesakit dengan dos ubat yang saya sediakan.Beliau juga menegur saya tidak berhati-hati dan tidak mengamalkan prinsip 7R semasa menyediakan ubatan kerana

    saya juga tidak mengambil medication chart bersama semasa menyediakan ubatan tersebut. Setelah menyedari yang saya

    telah melakukan kesalahan,saya meminta maaf dari staff nurse kerana kesilapan saya.

    Kemudian,saya telah menyediakan semula dos ubat yang betul mengikut arahan doktor di medication chart. Saya

    menggunakan prinsip 7R untuk menyediakan dos ubat tersebut sambil diperhatikan oleh kawan dan staff nurse.Selesai menyediakan dos ubat yang betul,saya merujuk kepada staff nurse untuk memastikan dos ubat yang saya

    sediakan adalah betul. Kemudian,barulah saya memberikan ubatan tersebut kepada pesakit

  • 7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

    3/6

    Saya bernasib baik kerana sempat ditegur oleh staff nurse. Walaupun saya dimarahi,sekurang-kurangnya saya telah

    sedar akan kesalahan saya dan pesakit yang diberikan suntikan tidak mengalami masalah.

    FEELINGSEBELUM

    Sebelum kejadian berlaku saya gembira kerana pada mulanya kerja saya berjalan lancar dan menyebabkan

    saya lebih bersemangat untuk melakukan tugasan dalam wad Pada permulaan semasa menerima arahan untuk menyediakan

    ubatan kepada pesakit, saya rasa yakin untuk menyediakan dos ubatan tersebut kerana saya telah mempelajarinya dan telah

    biasa melakukan prosedur tersebut. Saya yakin untuk menyediakan ubatan tersebut tanpa pengawasan kerana saya

    merasakan yang saya mampu melakukannya. Saya merasa berani untuk memberikan suntikan kepada pesakit dengan ubatan

    yang saya sediakan.

    SEMASASemasa kejadian dimarahi oleh staff nurse saya merasa agak takut dengan memikirkan apa yang akan berlaku jika staff

    nurse tidak menegur saya. Saya juga takut sekiranya kesalahan yang saya lakukan akan dibawa ke pihak atasan ataupun

    klinikal kerana semasa bekerja shift malam jururawat klinikal tidak menjaga kami. Saya juga rasa bersalah kerana tidak menyediakan dos ubatan yang betul. Tindakan saya boleh mengakibatkan

    pesakit mengalami hypoglysemia akibat terlebih dos ubatan insulin memandangkan Humulin adalah ubatan insulin yang

    mempunyai kesanintermediate acting.Selain itu saya menyesal kerana tidak berhati-hati semasa menyediakan dos ubat yang boleh membahayakan nyawa

    pesakit malah saya berbual semasa menyediakan dos ubat tersebut.

    SELEPASSelepas dimarahi oleh staff nurse wad tersebut, saya menjadi tidak yakin dengan diri sendiri untuk memberikan

    suntikan tersebut yang menyebabkan saya memeriksa dos ubat tersebut berkali-kali sebelum memberikan suntikan kepada

    pesakit. Saya rasa bimbang sekiranya dos ubat yang saya berikan kepada pesakit masih tidak tepat.Saya juga rasa malu kerana dimarahi oleh staff nurse dihadapan kawan-kawan.Saya malu jika mereka mengejek saya

    kerana saya melakukan kesalahan yang boleh mengakibatkan pesakit mengalami komplikasi.Namun, kemudiannya saya merasa lega kerana saya tidak memberikan dos ubat yang salah. Sekurang-kurangnya

    dengan tindakan staff nurse tersebut saya menjadi lebih berhati-hati untuk memberi ubatan kepada pesakit.

  • 7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

    4/6

    EVALUATIONKESAN POSITIF

    Kesan positif dari peristiwa tersebut, saya lebih berhati-hati semasa melakukan prosedur terutama pemberian ubatan

    kepada pesakit. Saya akan mengamalkan prinsip 7R setiap kali pemberian ubatan iaitu right patient,right drug,right

    doses,right route,right time,right documentation dan patient right to refuse.Selain itu, saya akan lebih bertanggungjawab tentang setiap tindakan atau kesalahan yang saya lakukan. Saya tidak

    akan menyembunyikan kesalahan yang saya lakukan bagi memastikan pesakit mendapatkan rawatan yang betul dan tepat.Saya akan merujuk kepada staff nurse terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang prosedur terhadap pesakit dan

    memastikan ada jururawat klinikal atau jururawat yang menjaga wad tersebut memantau setiap prosedur yang saya lakukan

    untuk mengelakkan berlaku kesilapan yang sama.

    KESAN NEGATIVEKesan negatif dari peristiwa yang berlaku ialah saya rasa kurang yakin dengan diri saya untuk melakukan sebarang

    prosedur keatas pesakit. Saya juga merasa takut untuk melakukan sebarang prosedur keatas pesakit tanpa pengawasan.selain

    itu,saya juga rasa rendah diri kerana dimarahi dihadapan kawan dan staff wad yang lain. Selain itu, staff nurse juga menjadi kurang yakin dengan semua kerja yang saya lakukan kerana bimbang jika saya

    membuat kesilapanBagi pandangan masyarakat pula mengenai kejadian ini, mereka berasakan jururawat mengambil sikap sambil lewa

    terhadap perawatan yang diberikan dan tidak serius dalam melakukan tugas. Ini sekaligus sedikit sebanyak boleh

    mencemarkan nama baik profesion kejururawatan.

    ANALYSISBerdasarkan peristiwa yang berlaku ini,saya dapat mengatakan bahawa insiden yang berlaku adalah akibat dari

    kecuaian saya sendiri.menganalisiskan beberapa perkara. Diantaranya ialah saya akan lebih berhati-hati semasa melakukan

    prosedur terutama pemberian ubatan kepada pesakit untuk mengelakkan berlaku sebarang kesalahan.Selain itu saya juga turut akan mengamalkan prinsip 7R iaitu right patient,right dose,right drug,right route,right

    time,right documentation dan patient right to refuse setiap kali pemberian ubatan untuk memastikan tidak berlaku sebarang

    kesalahan semasa pemberian ubatan atau suntikan.Saya juga akan lebih bertanggungjawab tentang setiap tindakan atau kesalahan yang saya lakukan dan tidak akan

    menyembunyikan kesalahan saya yang boleh membahayakan nyawa pesakit. Saya akui kesalahan yang saya lakukan supaya

    saya dapat mengambil pengajaran dari kesalahan tersebut.

  • 7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

    5/6

    Disamping itu, saya akan merujuk kepada staff nurse terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang prosedur terhadap

    pesakit.Saya akan merujuk kepada staff nurse atau jururawat klinikal untuk memantau setiap tindakan saya untuk

    mengelakkan kejadian yang sama berlaku lagi.Kesilapan menyediakan atau memberikan dos ubatan yang betul terhadap seorang pesakit akan menyebabkan nama

    baik kakitangan hospital akan tercemar, kurangnya kepercayaan pesakit terhadap kakitangan hospital terutamanya profession

    kejururawatan.Kejadian yang berlaku ini memberikan pengajaran kepada saya dan mengingatkan diri saya agar lebih berhati-hati

    dalam setiap tindakan supaya tidak membahayakan nyawa pesakit dan tidak akan mengulanginya pada masa akan datang.

    ACTION PLAN

    Berdasarkan peristiwa yang berlaku, saya telah mengambil beberapa inisiatif untuk mengatasi kesalahan dalam

    pemberian ubatan terutamanya insulin. Saya akan lebih berhati-hati semasa menyediakan dos ubatan untuk mengelakkan

    dari mendatangkan kesan yang buruk terhadap pesakit. Saya akan bertanya dan merujuk jururawat klinikal terlebih dahulu

    sebelum melakukan sebarang prosedur untuk memastikan saya tidak melakukan sebarang kesalahan dan semua prosedur

    yang saya lakukan mendapat pengawasan daripada klinikal ataupun staff wad.Selain itu, saya akan menambahkan pengetahuan dengan membaca tentang penyakit dan komplikasi ubatan supaya

    lebih memahami tentang kepentingan memberi ubatan dalam dos yang betul. Saya akan bertanggungjawab dalam setiap

    tindakan saya dan tidak akan menyembunyikan kesalahan saya daripada staff nurse dan jururawat klinikal. Dengan itu, saya

    dapat membaiki segala kesalahan yang telah saya lakukan selain dari mengelakkan kesalahan daripada berulang.Sekiranya saya perlu memberi ubatan, saya akan menyemak fail pesakit, medication chart terlebih dahulu sebelum

    menyediakan dos ubat supaya saya menyediakan dos ubatan yang betul seperti yang telah di preskripsikan oleh doktor. Untuk meningkatkan kemahiran saya dalam menyediakan ubatan, saya akan melakukan suntikan lebih kerap keatas

    pesakit yang menghidapi diabetis mellitus dibawah pengawasan jururawat klinikal.

    RUMUSAN

    Setelah melakukan tugasan ini,saya dapat merumuskan bahawa reflective practice ini amat berguna terhadap pelatih

    agar dijadikan pengajaran serta tidak mengulangi kesalahan yang telah dilakukan.Pengajaran yang didapati dari peristiwa yang berlaku boleh dijadikan contoh untuk masa hadapan bagi mengelakkan

    kejadian yang sama berlaku lagi. Dengan itu,akan menjamin keselamatan pesakit.Selain dari pengalaman sendiri,pelatih juga dapat mengambil pengajaran melalui pengalaman kawan-kawan pelatih

    sendiri untuk mengelakkan ianya berlaku terhadap diri sendiri.Reflektif practice ini penting untuk mewujudkan

    nilai accountability dalam bidang kejururawatan.Kesalahan yang saya lakukan pada masa kini akan saya jadikan pengajaran untuk mengelakkan ianya berulang pada

    masa yang akan datang.

  • 7/29/2019 Contoh Reflektif Praktis Pelatih Jururawat

    6/6

    RUJUKAN

    Clift, R.T., Houston, W.R., & Pugach, M.C., eds. (1990),Encouraging reflective practice in education: An analysis of issues

    and programs.New York: Teachers College Press.http://www.learningandteaching.info/learning/reflecti.htmhttp://www.oxbridgewriters.com/essays/nursing/nursing-practice.php http://www.vtaide.com/png/ERIC/Reflective-Practice.htm

    International Textbook of Reflective Practice in Nursing,Dawn

    Freshwater(Author),Beverley J. Taylor(Author),Gwen Sherwood(Author)

    Reflective Practice in NursingbyChris Bulman,Sue Schutz

    http://www.amazon.com/exec/obidos/ISBN=0807729906/parentingthenextA/http://www.amazon.com/exec/obidos/ISBN=0807729906/parentingthenextA/http://www.amazon.com/exec/obidos/ISBN=0807729906/parentingthenextA/http://www.amazon.com/exec/obidos/ISBN=0807729906/parentingthenextA/http://www.learningandteaching.info/learning/reflecti.htmhttp://www.learningandteaching.info/learning/reflecti.htmhttp://www.oxbridgewriters.com/essays/nursing/nursing-practice.phphttp://www.oxbridgewriters.com/essays/nursing/nursing-practice.phphttp://www.vtaide.com/png/ERIC/Reflective-Practice.htmhttp://www.vtaide.com/png/ERIC/Reflective-Practice.htmhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_1?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Dawn%20Freshwaterhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_1?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Dawn%20Freshwaterhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_1?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Dawn%20Freshwaterhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_1?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Dawn%20Freshwaterhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_2?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Beverley%20J.%20Taylorhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_2?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Beverley%20J.%20Taylorhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_2?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Beverley%20J.%20Taylorhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_3?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Gwen%20Sherwoodhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_3?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Gwen%20Sherwoodhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_3?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Gwen%20Sherwoodhttp://www.amazon.com/s/ref=rdr_ext_aut?_encoding=UTF8&index=books&field-author=Chris%20Bulmanhttp://www.amazon.com/s/ref=rdr_ext_aut?_encoding=UTF8&index=books&field-author=Chris%20Bulmanhttp://www.amazon.com/s/ref=rdr_ext_aut?_encoding=UTF8&index=books&field-author=Chris%20Bulmanhttp://www.amazon.com/s/ref=rdr_ext_aut?_encoding=UTF8&index=books&field-author=Sue%20Schutzhttp://www.amazon.com/s/ref=rdr_ext_aut?_encoding=UTF8&index=books&field-author=Sue%20Schutzhttp://www.amazon.com/s/ref=rdr_ext_aut?_encoding=UTF8&index=books&field-author=Sue%20Schutzhttp://www.amazon.com/s/ref=rdr_ext_aut?_encoding=UTF8&index=books&field-author=Sue%20Schutzhttp://www.amazon.com/s/ref=rdr_ext_aut?_encoding=UTF8&index=books&field-author=Chris%20Bulmanhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_3?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Gwen%20Sherwoodhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_2?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Beverley%20J.%20Taylorhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_1?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Dawn%20Freshwaterhttp://www.amazon.com/s/ref=ntt_athr_dp_sr_1?_encoding=UTF8&sort=relevancerank&search-alias=books&field-author=Dawn%20Freshwaterhttp://www.vtaide.com/png/ERIC/Reflective-Practice.htmhttp://www.oxbridgewriters.com/essays/nursing/nursing-practice.phphttp://www.learningandteaching.info/learning/reflecti.htmhttp://www.amazon.com/exec/obidos/ISBN=0807729906/parentingthenextA/http://www.amazon.com/exec/obidos/ISBN=0807729906/parentingthenextA/