68
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKASURAT Pengenalan Tajuk Tugasan 2-3 Konsep Jihad Ilmu Dalam Islam Pengertian Jihad Tujuan Jihad Ilmu Dalam Islam Kaedah dan Penanda Aras Menuntut Ilmu Kesimpulan 4-13 Kelebihan Orang Yang Berilmu Pengetahuan Maksud Ilmuwan Ciri-ciri Orang Berilmu Kelebihan Orang Berilmu 1.Dalil al-Quran dan Huraian 2.Dalil Hadis Nabawi dan Huraian 14-24 Impak kecemerlangan ilmu pengetahuan Kelangsungan Dakwah Islamiah 1.Politik 2.Ekonomi 3.Sosial Umat Islam Negara Islam Kesimpulan 25-33 Implikasi Pengabaian Ilmu Pengetahuan Kesan Kepada Individu Kesan Kepada Masyarakat Kesan Kepada Negara Kesan Kepada Umat Islam Kesimpulan 34-41 Penutup Kesimpulan Saranan 42-43 1

Tesis Tugasan Jururawat OUM

  • Upload
    zam-ri

  • View
    147

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

tesis

Citation preview

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

KANDUNGANMUKASURAT

Pengenalan Tajuk Tugasan

2-3

Konsep Jihad Ilmu Dalam Islam

Pengertian Jihad

Tujuan Jihad Ilmu Dalam Islam

Kaedah dan Penanda Aras Menuntut Ilmu

Kesimpulan

4-13

Kelebihan Orang Yang Berilmu Pengetahuan

Maksud Ilmuwan

Ciri-ciri Orang Berilmu

Kelebihan Orang Berilmu

1.Dalil al-Quran dan Huraian

2.Dalil Hadis Nabawi dan Huraian

14-24

Impak kecemerlangan ilmu pengetahuan

Kelangsungan Dakwah Islamiah

1.Politik

2.Ekonomi

3.Sosial

Umat Islam

Negara Islam

Kesimpulan

25-33

Implikasi Pengabaian Ilmu Pengetahuan

Kesan Kepada Individu

Kesan Kepada Masyarakat

Kesan Kepada Negara

Kesan Kepada Umat Islam

Kesimpulan

34-41

Penutup

Kesimpulan

Saranan

42-43

Sumber Rujukan

44-45

JIHAD ILMU DALAM ISLAM

PENGENALAN

Menuntut ilmu merupakan kewajipan kepada setiap Muslim sepertimana yang telah

diterangkan dalam kebanyakan hadis Rasulullah SAW. Antara hadis yang biasa menjadi

pengucapan kita dalam apa-apa ceramah atau pengajaran Islam ialah

" ... ."Maksudnya : Menuntut ilmu itu merupakan kewajipan terhadap semua Muslim (lelaki

dan perempuan).

(Riwayat Ibnu Majah dan lain-lain)

Sememangnya menuntut ilmu memerlukan ketabahan dan ketahanan yang tinggi untuk

mencapai apa yang diperlukan.Islam menggariskan ada dua keperluan ilmu perlu dituntut

oleh setiap Muslim iaitu

1. Ilmu Fardu Ain (wajib terhadap semua Muslim menuntutnya)

2. Ilmu Fardu Kifayah (Wajib terhadap sebahagian Muslim menuntutnya)

Berdasarkan kepada keperluan di atas maka kajian ini lebih tertumpu kepada menangani

keadaan semasa umat Islam yang dianggap sudah meninggalkan sebahagian kewajipan

mereka terhadap ilmu.

Oleh sebab itu saya merasa terpanggil untuk membahaskan keperluan Jihad Ilmu Dalam

Islam memandangkan kebanyakan orang yang bernama dengan nama Orang Islam

sudah melupakan kewajipan mereka yang asasi iaitu menuntut ilmu untuk dunia dan

akhirat.

Insya Allah tugasan saya tentang tajuk Jihad Ilmu Dalam Islam berkisar hanya kepada

fakta-fakta seperti di bawah ini :

1. Konsep jihad ilmu dalam Islam

2. Kelebihan orang yang berilmu pengetahuan

3. Impak kecemerlangan ilmu pengetahuan terhadap proses dakwah Islamiah dan Umat

Islam

4. Akibat atau kesan (jangka pendek dan jangka panjang) jika mengabaikan kewajipan

menuntut ilmu terhadap Umat Islam.

Mudah-mudahan hasil tugasan ini memberi natijah seperti berikut :

1. Kefahaman mengenai konsep jihad ilmu dalam Islam

2. Memberi kesedaran kepada Umat ini agar menghormati penuntut ilmu dan guru yang

banyak berkorban memberi ilmu kepada pelajarnya.

3. Menambah nilai kecemerlangan Umat ini yang menjadikan ilmu pengetahuan yang

pelbagai sebagai persiapan berdakwah kepada yang lain.

4. Memberi peringatan dan amaran keras kepada Umat ini supaya tidak memandang

remeh kewajipan menuntut ilmu dan mengamalkannya untuk kepentingan Agama ,

Bangsa dan Negara.

KONSEP JIHAD ILMU DALAM ISLAM

Pengertian Jihad

1. Jihad dari segi bahasa berasal daripada perkataan Bahasa Arab bermaksud

bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan.

2. Jihad dari segi istilah syarak bermaksud Menentang orang kafir di medan

pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap dakwah bagi menjadikan

kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya

3. Terdapat juga pengertian jihad yang berbeza daripada apa yang dikemukakan di atas

seperti :-

a) Jihad adalah untuk bertahan sahaja (defensive). Pendapat ini disarankan oleh musuh-

musuh Islam supaya menyesuaikan Islam dengan keadaan serta fahaman-fahaman

kufur dan thaghut.

b) Jihad adalah menentang hawa nafsu atau menentang hasutan syaitan .Pendapat ini

bersandarkan kepada dalil riwayat seorang sahabat yang bermaksud :-

Kami baru pulang dari satu jihad yang kecil kepada suatu jihad yang lebih besar.

Seorang sahabat lain bertanya . Apakah jihad yang lebih besar itu? Beliau menjawab

Jihad menentang hawa nafsu.

(Petikan dari kitab : Mulla al-Qari)

c) Pendapat yang memberatkan pengertian jihad daripada sudut bahasa sahaja tanpa

mempedulikan pengertian jihad daripada segi syarak.Pengertian jihad disisi mereka

ialah Usaha sedaya upaya . Fahaman ini bermaksud cuba sedaya upaya memadam

api jihad Umat Islam untuk berjuang menegakkan Islam.

Huraian :

Dalam konteks pengertian jihad di atas jelas terdapat pendapat dan fahaman yang

berbeza sama ada mengikut syarak atau sebaliknya.Apa yang penting bagi kita Umat

Islam ialah memperjuangkan Agama Islam walau apa cara sekalipun.Jelas di sini konsep

jihad ilmu yang kita perlu jelaskan ialah : Berusaha bersungguh-sungguh mempelajari

dan mengkaji ilmu untuk meninggikan kedudukan Agama Islam.

Oleh sebab itu saya berpendapat Umat Islam wajib berjihad mendalami ilmu

terutama Ilmu agama yang merupakan cabang Fardu Ain di samping tidak mengabaikan

ilmu Fardu Kifayah. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 122 :

( ((((( ((((( ((((((((((((((( (((((((((((( (((((((( ( (((((((( (((((( ((( ((((( (((((((( ((((((((( (((((((((( (((((((((((((((( ((( ((((((((( (((((((((((((( (((((((((( ((((( (((((((((( (((((((((( (((((((((( ((((((((((( (((((

Maksudnya : Tidak sepatutnya orang-orang beriman itu pergi kesemuanya ke medan

perang . Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan antara mereka

beberapa orang untuk memperdalami ilmu pengetahuan mereka tentang

agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka

kembali kepadanya supaya mereka mendapat peringatan.

Berdasarkan kefahaman ayat di atas jelas membuktikan kepada kita , bahawa kita

bukan sahaja dituntut untuk jihad melawan musuh Islam bahkan dituntut juga mencari

sebanyak mungkin dengan tujuan untuk meninggikan taraf Umat Islam yang di gelar

Umat contoh kepada manusia sejagat.

Seterusnya umat Islam dituntut berfungsi sebagai pemberi peringatan kepada

manusia yang lain dengan ilmu yang telah dipelajari. Justeru itu , jihad mencari ilmu

sama pentingnya berjihad di medan perang melawan musuh-musuh Allah SWT.

Tujuan Jihad Ilmu Dalam Islam

Setelah membentangkan beberapa pengertian jihad serta perbezaan antara satu

sama lain , maka di bawah ini dinyatakan apa tujuan kita berjihad di dalam menuntut

ilmu?

Dalam menerangkan tujuan berjihad menuntut ilmu ini saya akan kaitkan contoh-

contoh relevan dan bersifat terkini mengapa kita perlu berjihad menuntut ilmu.Apa

salahnya kalau kita hanya berpolitik atau sibuk dengan dunia masing-masing. Tidak perlu

fikirkan tentang kesungguhan menuntut ilmu ini.

Tujuan jihad menuntut ilmu ialah :

1. Menyebar dan menyampaikan syiar dan dakwah Islam.

Tugas menyampaikan syiar dan dakwah Islam adalah kewajipan setiap Muslim.

Tiada seorangpun akan terlepas tanggungjawab ini. Menurut rekod sejarah Rasulullah

SAW sebagai pemimpin agung Umat Islam telah menunjuk contoh kepada para sahabat

RA.

Rasulullah SAW telah menubuhkan Negara Islam pertama di dunia lengkap

dengan undang-undang serta pentadbiran Negara yang menjadi contoh kepada Negara-

negara lain pada ketika itu.

Kita sebagai Umat Islam patut mengikut contoh-contoh yang ditunjukkan oleh

Baginda Rasulullah SAW. Dalam pengurusan organisasi atau apa-apa yang melibatkan

pentadbiran dan pengurusan kita dituntut mempelajari ilmu kepimpinan Islam. Tahu akan

sepak terajang dalam kepimpinan seperti melibatkan diri dalam politik , sudah tentu perlu

mengetahui ilmu kepimpinan sama ada jadi pemimpin atau dipimpin.

Justeru itu, kita perlu mempelajari ilmu kepimpinan Islam supaya kepimpinan kita

tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang ditabur oleh musuh-musuh Islam.

Contohilah sikap Rasulullah SAW dan para Sahabat R.A. serta Ulama-Ulama Islam

yang mewarisi pekerjaan para Nabi A.S.

2. Tuntutan Agama Islam

Menuntut ilmu merupakan kewajipan ulung bagi Umat Islam. Terdapat banyak ayat

al-Quran dan Hadis Nabawi menggesa akan tuntutan menuntut ilmu.

a) Contoh ayat al-Quran :

((((((( (((((((((((( ((( (((((((( ( ((((( (((((( (((((((((((( (((((( ((((((( ((((((( (((((((( ( ((((( (((((((( (((( ((((((((( ((((((((((( (((((

Maksud : Ia memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendakinya.Dan barangsiapa

yang diberi hikmah sesungguhnya ia mendapat kebaikan yang banyak.

Dan tidak mendapat peringatan melainkan orang yang berakal.

(al-Baqarah : 269)b) Contoh Hadis Nabawi :

" () : ."Maksudnya : Rasulullah SAW telah bersabda : Seorang yang alim adalah lebih sulit

digoda oleh syaitan daripada seribu ahli ibadah.

(Hadis Riwayat Tirmizi)Apabila kita perhatikan ayat al-Quran yang pertama diturunkan, nyatalah Allah

SWT menitik berat kepada qalam (mata pena) , tulis menulis dan baca membaca.

Natijahnya ialah kita dituntut mendalami ilmu-ilmu Allah SWT sama ada melalui

keterangan al-Quran , Hadis Nabawi dan kekuatan akal untuk mencari penyelesaian

kepada masalah-masalah ilmu sama ada bersifat sejagat atau dalaman Negara.

Contoh yang boleh saya berikan dalam penulisan ini ialah bidang perubatan .

Bidang perubatan sangat penting untuk dikaji dari semasa ke semasa kerana peredaran

masa yang berubah dan kajian penyakit yang sentiasa berubah-ubah. Seorang Doktor

Muslim perlu buat kajian dengan menghadiri seminar atau kajian di makmal tentang virus

, bakteria dan kuman-kuman yang lain yang sentiasa berubah sifat dan tindakbalasnya.

Seorang jururawat perlu memikir kaedah-kaedah terbaik merawat pesakitnya dan apa-apa

protokol dan prosedur yang memudahkan pesakit.Kita tidak boleh lagi mengamalkan

sistem lama yang didapati ketinggalan zaman.Hasilnya kita perlu melaksanakan tuntutan

jihad ilmu dalam bidang perubatan atau bidang-bidang lain supaya tidak dimonopoli oleh

orang bukan Islam.

3. Kepentingan dan Penanda Aras kepada prestasi dan kualiti Umat Islam

Islam adalah agama ilmu dan agama akal. Oleh itu , sebelum Islam membebankan

pengikut-pengikutnya dengan sesuatu perintah atau larangan terlebih dahulu Islam

mewajibkan mereka supaya menjadi orang-orang yang berilmu , berakal sihat dan dapat

mendalami sesuatu urusan sebelum mengerjakannya supaya perbuatan-perbuatan itu

bersesuaian dengan kebenaran , kemaslahatan dan kewajipan.

Setiap pekerjaan kita dalam Agama Islam ada kaedah , disiplin dan penanda aras

tertentu supaya pekerjaan kita akan diterima dan diredhai Allah SWT. (mudah-mudahan).

Antara kaedah , disiplin dan penanda aras yang diutarakan oleh ulama Muslim ialah :

a) Niat dalam menuntut ilmu.

Imam Burhanuddin Az-Zarnuji menjelaskan bahawa niat ikhlas adalah mesti

(tidak dapat tidak) dalam menuntut ilmu kerana ia adalah pokok bagi setiap amalan

sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW :

" .... ."Maksudnya : Sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Setiap penuntut hendaklah meniatkan tujuan sebenar menuntut ilmu ialah :-

a) Mencari redha Allah SWT dan hari akhirat

b) Menghapuskan kejahilan dalam dirinya

c) Menghidupkan agama

d) Mengembalikan keagungan Islam

Apabila keikhlasan wujud dalam hati penuntut wujudlah mereka yang digelar

Ulama Akhirat atau Ulama Pewaris Nabi bukan Ulama Jahat atau Ulama Rasmiun

yang kita dapat lihat pada hari ini. Akhirnya Islam akan menjadi agung kerana hanya

melalui ilmu pengetahuan Islam akan kekal keagungannya.

b) Berilmu dan Berakhlak

Berilmu sahaja tidak memadai untuk menjadi seorang Muslim itu baik . Ada

Mufti yang mengeluarkan fatwa yang mengelirukan orang ramai. Ada hakim yang

menjatuhkan hukuman mengikut kehendak individu tertentu . Ada pengurus kewangan

menggelapkan wang syarikat. Kesemua itu sudah dimaklumi sehingga ada badan khas

telah menetapkan senarai perjawatan yang boleh dipercayai.

Menurut kajian badan ini yang paling dipercayai ialah doktor manakala yang

paling tidak dipercayai ialah ahli politik. Jelas di sini berilmu sahaja tidak cukup , ia

hendaklah disertai dengan akhlak dan amalan mulia yang boleh menjadi contoh kepada

orang lain. Dalam erti kata lain ilmu yang dipelajari hendaklah didisiplinkan dengan amal

yang berterusan. Sabda Rasulullah SAW. :-

: : .... .Maksudnya : Mahukah kalian aku beritahukan orang yang paling aku kasihi dan orang

yang paling hampir kepadaku tempat duduknya nanti pada hari kiamat ?

Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan sebanyak dua atau tiga kali. Maka

sahabat menjawab : Ya wahai Rasulullah . Rasulullah SAW bersabda :

Mereka ialah orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu.

(Riwayat Imam Ahmad)

c) Adab menuntut ilmu

Adab adalah sesuatu yang penting dalam apa-apa pekerjaan terutama dalam

menuntut ilmu.Kelihatan ramai penuntut sudah hilang adab mereka ketika menuntut ilmu.

Ini menyebabkan kualiti mereka sudah tiada kerana tiada keberkatan daripada Allah

SWT. Imam Syafie RA dalam syairnya telah menggariskan syarat-syarat untuk

memperolehi ilmu seperti berikut :-

Maksudnya :-

Saudaraku tidak akan tercapai ilmu itu kecuali dengan enam perkara

Akanku datangkan keterangan dan penjelasannya

Cerdik , Kuat Azam , Sabar , Mempunyai Belanja

Berdamping Rapat Dengan Guru , Sepanjang Masa

(Petikan :Kitab Diwan As-Syafie)

Inilah panduan yang diamalkan oleh Imam As-Syafie dalam urusan menuntut

ilmu. Janganlah cepat purus asa , berjihadlah mendapatkan ilmu yang berada di mana-

mana. Jika gagal tidaklah beerti gagal selama-lamanya. Generasi muda hari ini patut

mencontohi sikap Syeikh Mohd Abduh .Beliau merupakan bekas Syeikh el-Azhar iaitu

jawatan nombor satu dalam Universiti el-Azhar.

Apa kisah beliau ? Beliau pernah gagal dalam pelajarannya sehingga beliau duduk

berfikir tentang kegagalannya dalam peperiksaan tahunan el-Azhar dalam Masjid El-

Azhar . Ketika termenung dan berfikir itu beliau terlihat seekor semut yang berulang kali

mengangkut makanan tanpa putus asa walaupun gagal pada permulaannya. Akhirnya

semut itu berjaya setelah berusaha bersungguh-sungguh.

Melihatkan keazaman semut itu beliau berazam untuk terus berusaha tanpa rasa

jemu dalam menuntut ilmu sehingga berjaya dengan cemerlang dan akhirnya dilantik

menjadi Syeikh di tempat yang beliau sendiri pernah gagal. Di mana ada kemahuan di

situ ada jalannya.

d) Ilmu dan KepimpinanPerlu diingatkan di sini bahawa ilmu pengetahuan yang mendalam adalah menjadi

salah satu ciri yang terpenting dalam kepimpinan. Ini kerana ia adalah cahaya yang

menyuluh akal dan hati bagi mengenal Allah SWT dan segala tuntutanNya.Amirul

Mukminin Saidina Umar Al-Khattab berpesan :

" .."

Maksudnya : Dalamilah agama sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin

(Athar Sahabi)Kesimpulan :

Melihat kepada keperluan di atas jelaslah konsep yang perlu diterapkan dalam

kehidupan berilmu ialah :

1. Kesungguhan menuntut ilmu sepanjang masa

2. Menetapkan matlamat serta niat yang betul dalam menuntut ilmu

3. Mengamalkan ilmu itu untuk diri sendiri dan disebarkan kepada yang lain

Dalam keadaan dunia sekarang penerapan ketiga-tiga konsep adalah perlu supaya

penghayatan dan pengamalan tidak tersasar. Oleh itu wajarlah bagi kita berjihad

menuntut dan menyampaikan ilmu tersebut demi kelangsungan Umat Islam sama ada

ilmu Fardu Ain mahupun ilmu Fardu Kifayah. Umat Islam perlu digerak dari tidur lena

yang panjang.GOLONGAN ILMUWAN DAN KELEBIHAN MEREKA

Apakah maksud ilmuwan ?

Ilmuwan atau sesetengah orang memanggil cendiakawan.Ada sesetengah orang

lebih suka memanggil perkataan ulamak atau seumpamanya.Namun begitu apakah

maksud Ilmuwan atau cediakawan atau ulamak ini?

Pengertian yang boleh kita ketengahkan di sini adalah bermaksud pengertian

secara umum iaitu mereka yang menguasai sesuatu ilmu atau mahir dalam beberapa ilmu

asas. Ilmu menurut bahasa ertinya berpengetahuan atau kepandaian. Orang yang berilmu

bererti memiliki pengetahuan atau kepandaian.

Justeru itu orang yang berilmu boleh diertikan mereka yang mampu membezakan

antara baik dan buruk. Sesetengah orang menganggap orang yang berilmu ibarat pelita

atau lampu yang menerangi kehidupan. Begitulah indahnya perumpamaan bagi orang

yang berilmu sehinggakan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW

merupakan perintah menuntut ilmu iaitu ayat 1 hingga 5 surah al-Alaq. Ini menunjukkan

Islam memberi perhatian kepada kewajipan menuntut ilmu supaya manusia tidak berada

dalam kejahilan selama-lamanya.

Kesimpulannya orang berilmu bermaksud mereka yang mempunyai ilmu dan

kemahiran yang boleh dimanfaatkan kepada orang lain untuk tujuan kebaikan dan

menjauhkan diri daripada kejahilan di dunia dan akhirat.

Ciri-ciri orang yang berilmu1. Rendah Hati

Orang yang berilmu kebiasaannya mereka sentiasa merendah diri dengan ilmu

yang ada pada mereka.Jika kita bertemu mereka yang mendakwa banyak ilmu maka

orang itu sebenarnya bukanlah orang yang berilmu. Imam Abu Hanifah iaitu pengasas

Mazhab Hanafi pernah menyatakan : Barang siapa mendakwa dirinya lebih berilmu ,

ketahuilah bahawa dia adalah orang paling jahil. Lihatlah resam tanaman padi lagi berisi

lagi tunduk ke bumi.

2. Apabila melakukan sesuatu perbuatan ia akan berfikir baik atau buruk

perbuatan itu.

Orang berilmu sentiasa berhati-hati dalam melaksana sesuatu pekerjaan atau

perbuatan. Ia akan menghitung terlebih dahulu baik atau buruknya sebelum bertindak

supaya tidak menyesal kemudian hari. Apatalah lagi jika berhadapan dengan masalah-

masalah yang besar seperti masalah Negara dan rakyat.

3. Menghargai pendapat orang lain

Orang berilmu tidak egois dalam pendirian ilmunya. Ia akan sentiasa bertanya

pandangan orang lain supaya hasil perbuatannya mendatang hasil yang bermanfaat untuk

dirinya dan orang lain.Setelah itu orang berilmu akan bermunajat serta mengharap

bantuan dari yang maha Esa Allah SWT.

4. Menghargai waktu.

Orang berilmu tidak suka membuang masa. Setiap detik dan saat akan digunakan

untuk perkara-perkara yang berfaedah . Baginya membuang waktu dan masanya

merupakan kerugian besar kerana waktu yang berlalu tidak dapat diganti kembali.

Pepatah Arab ada menyebut Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotong , maka

dia akan memotong kamu. Begitulah pentingnya waktu dan masa bagi orang yang

berilmu. As-Syahid Imam Hassan al-Banna menyatakan Kewajipan kita mengatasi

waktu. Jadi hargailah waktu yang ada pada kita

5. Gemar membaca , mengaji dan mengkaji.

Orang berilmu suka membaca , menganalisis serta menghuraikan apa yang

ditelaah. Oleh sebab itu orang yang berilmu gemar mengaji , menghadiri majlis ilmu ,

bertukar-tukar maklumat supaya tidak ketinggalan dalam apa-apa maklumat terkini.

Tujuan menghadiri majlis ilmu adalah untuk memberi peringatan dan menghidupkan

kembali apa-apa yang terlupa atau terlalai. Jadi pentingnya membaca , mengaji dan

mengkaji ilmu-ilmu baru.

6. Suka berkongsi ilmu dengan orang lain.Orang berilmu suka berkongsi ilmu dengan orang lain dengan cara berdiskusi ,

mengajar dan menberikan ilmunya kepada orang lain. Ia tidak lokek dengan ilmu yang

ada padanya. Baginya ilmu itu adalah pemberian Allah Taala kepadanya untuk

disampaikan kepada orang lain.

Saidina Ali KRM. pernah menyatakan dalam kata-kata hikmatnya iaitu : Harta

kalau dibelanja akan berkurang , Ilmu kalau diberi kepada orang akan bertambah. Jadi

janganlah anda kedekut dengan ilmu yang sedikit itu.

7. Tidak suka berbicara tentang sesuatu yang tidak bermanfaatOrang berilmu tidak suka berbual kosong dan mengarut. Baginya berbual kosong

dan mengarut merugikannya dari segi waktu dan masa.Bahkan boleh mendatangkan

fitnah dan berbuat dosa. Oleh itu orang berilmu mesta mengelakkan diri daripada

perbuatan tersebut.

8. Tidak mengerjakan sesuatu yang tidak bermanfaat.Orang berilmu tidak akan melakukan sesuatu yang tidak mendatang tujuan yang

baik.Orang berilmu akan berusaha melakukan tugas yang berfaedah kepadanya dan orang

lain. Apabila melaksanakan sesuatu tugas dia akan menentukan perancangan strategik ,

bermatlamat jangka pendek atau panjang dan mempunyai objektif yang mendatangkan

kebaikan bersama. Tidak ada istilah kepentingan peribadi atau adik-beradik atau para

kroninya. Itulah sikap orang berilmu.

Kesimpulannya Apabila kita meneliti ciri-ciri orang yang berilmu di atas , fahamlah kita bukanlah

mudah untuk melaksanakan tugas sebagai orang yang berilmu. Dewasa ini ramai yang

mengaku dirinya pakar atau alim dalam bidangnya walhal yang sebenar adalah

sebaliknya.

Jadi kita dituntut supaya mendalami ilmu apatah lagi ilmu Agama Islam yang

merangkumi Aqidah , Syariah dan Akhlak kerana kita sentiasa terdedah kepada anasir-

anasir yang mengeliru dan merosakkan jatidiri Umat Islam.Hayatilah tafsiran dan huraian

Surah al-Asr agar kita tidak menjadi golongan yang rugi.

Kelebihan Orang Berilmu.a) Dalil al-Quran

Dalil pertama

((((((((((( ((((((((( ((((((((((( ((((( ((((( (((((( ((((((((((( ((( ((((((((((((( ((((((((((((( (((((((( (((( (((((( ( ((((((( ((((( (((((((((( (((((((((((( (((((((( (((( ((((((((( (((((((((( ((((((( ((((((((((( (((((((( (((((((((( ((((((((( ( (((((( ((((( ((((((((((( ((((((( ((((

Maksudnya : Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-

lapanglah dalam majlis", Maka lapangkanlah nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", Maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.

(al-Mujadilah : 11)Abdullah ibnu Abbas mengatakan bahawa darjat ulamak atas orang mukmin itu sebanyak 700 darjat , dan antara satu darjat dengan satu darjat yang lain sejauh 500 tahun

perjalanan.

Dalil kedua(((((( (((( ((((((( ((((((((( (((((((( (((((((( ((((((((((( (((((((( (((((((((( ((((((((((( (((((((( (((((((( ( (((( (((( ((((((((( ((((((((( ((((((((((( ((((((((((( (( ((((((((((( ( ((((((( (((((((((( ((((((((( ((((((((((( (((

Maksudnya :(apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang

yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia

takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?

Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-

orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang

dapat menerima pelajaran.

(az-Zumar : 9)Ayat Allah ini menegaskan bahawa orang-orang alim itu tidak sama tarafnya dengan

orang jahil. Ibarat langit dan bumi. Begitulah perbandingannya.

Dalil ketiga

(((((( (((( ((((((( (( ((((((( (((( (((( (((((((((((((((((( ((((((((((( (((((((((( ((((((((( (((((((((((( ( (( ((((((( (((( (((( ((((((((((( ((((((((((( ((((

Maksudnya :Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan dia (yang berhak

disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan orang-orang yang

berilmu. (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada Tuhan melainkan dia

(yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Ali-Imran : 18)

Ayat ini untuk menjelaskan martabat orang-orang berilmu.

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah Ini dengan menyebut nama Allah. setiap pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma Allah, seperti makan, minum, menyembelih haiwan dan sebagainya. Allah ialah nama zat yang Maha suci, yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya, yang tidak berhajat kepada makhlukNya, tapi makhluk yang berhajat kepada-Nya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu Allah yang memberi pengertian bahwa Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada makhlukNya, sedang Ar Rahiim (Maha Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat rahmah yang menyebabkan dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhluk-Nya.Dalil keempat(((((( (((((((( (((((((((((((( ((((((((((((( (((((((((( (((((((((((( ((((((((( ( ((((((( ((((((( (((( (((( ((((((((( (((((((((((((((( ( (((( (((( ((((((( ((((((( ((((

Maksudnya :Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan

binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan

jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-

Nya, hanyalah ulama . Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha

Pengampun.

(Fathir : 28)

Yang dimaksud dengan ulama dalam ayat Ini ialah orang-orang yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah.Huraian Dalil al-Quran di atas1. Sesungguhnya dalil al-Quran mengenai orang berilmu sangat banyak , pelbagai

keadaan serta sifatnya. Oleh itu penegasan Allah SWT. Terhadap orang berilmu sangat

berkait-rapat dengan keadaan , tatacara , ciri-ciri dan sifat orang yang berilmu.

2. Martabat orang berilmu dengan orang jahil tidak sama. Oleh Allah menegaskan

bahawa untuk membebaskan diri daripada kejahilan , maka orang itu mesti mencari

ilmu sama ada secara ormal atau tidak formal.

3. Penghormatan Allah SWT. Terhadap orang berilmu sangat tinggi sehingga taraf

mereka di bawah para malaikat-Nya. Dengan jelaslah di sini betapa kemuliaan ,

kelebihan dan keagungan ilmu serta orang yang memiliki ilmu kerana mereka tunduk

di bawah kekuasaan Allah SWT.

4. Orang berilmu sentiasa takutkan Allah SWT melebihi segalanya. Tujuan mencari ilmu

adalah untuk mengenal Allah SWT melalui siat-sifat dan perbuatan Allah SWT.

Jelaslah antara sifat orang berilmu ialah takutkan Allah SWT.

KesimpulannyaMari kita berfikir sejenak ramaikah orang yang berilmu yang bersifat seperti dalam al-

Quran para era kini. Tepuk dada Tanya iman. Dengan kemungkaran yang berleluasa tidak

ramai yang tampil menerangkan kebenarannya. Mereka berkemungkinan takut akan

kedudukan mereka , periuk nasi mereka dan status mereka di pandang hina masyarakat

jika menentang kemungkaran. Jauhilah kita daripada bersifat demikian. Bukan mudah

tetapi itulah hakikatnya.b) Dalil Hadis Rasulullah SAWDalil pertama

" "

Maksudnya : Para Ulama itu adalah pewaris para Nabi

(Riwayat Abu Daud , At-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Dalil kedua

" "

Maksudnya : Kelebihan orang berilmu atas orang ahli ibadah itu bagaikan kelebihanku

atas sekurang-kurang lelaki dari kalangan sahabatku .

(Riwayat al-Khatib)Dalil ketiga

" "

Maksudnya : Iman itu adalah bertelanjang , pakaiannya ialah taqwa , perhiasaannya

adalah malu dan buahnya adalah ilmu.

(Riwayat Abu Nuaim)

Huraian dalil Hadis di atas :-

1. Dalil hadis di atas kebanyakannya tidak disepakati oleh ulama hadis kerana menurut

penelitian mereka terdapat perawi-perawinya yang diragui.Walau bagaimanapun dalil

hadis di atas banyak menerangkan kelebihan orang yang menuntut ilmu.

2. Martabat orang menuntut ilmu adalah pewaris kepada kenabian itu sendiri. Ini

menunjukkan betapa tingginya martabat orang-orang yang diakui sebagai pewaris Nabi

3. Hasil kepada menzahirkan keimanan kepada Allah SWT adalah melalui ilmu. Sesiapa

mengenal dirinya maka dia akan mengenal tuhannya. Gunakan ilmu yang ada untuk

menambahkan lagi keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT seperti yang pernah

terjadi kepada orientalis dan saintis yang bukan Islam.Kesimpulannya :

Kelebihan orang berilmu memang diakui oleh sesiapapun. Orang berilmu

mempunyai darjat yang tinggi selagimana ia mengamalkan ilmu untuk dirinya dan

disampaikan kepada orang lain.Janganlah kedekut kerana ilmu tersebut adalah daripada

Allah SWT. Menyampaikan ilmu adalah amanah Allah SWT sepertimana tugas para

Rasul dan Nabi. Oleh itu berusaha mendapatkan ilmu selagi hayat dikandung badan.IMPAK KECEMERLANGAN ILMU PENGETAHUAN

Dalam bab ini saya akan menghuraikan impak kecemerlangan ilmu pengetahuan melalui

tiga sudut yang berbeza iaitu :

1. Kelangsungan (survival) dakwah Islamiah

2. Umat Islam

3. Negara Islam

Kelangsungan (survival) Dakwah IslamiahDalam penghuraian tajuk ini saya akan membahaskan mengikut tiga fakta

kelangsungan yang sesuai dibahaskan kerana ada kaitan dengan kehidupan manusia.

Fakta kelangsungan tersebut ialah Politik , Ekonomi dan Sosial seperti yang biasa

dibahaskan oleh para sejarawan dalam penulisan sejarah mereka.

a) Politik

Secara umum Umat Islam akan terdedah kepada suasana politik yang banyak

mempengaruhi suasana dan keadaan dunia sejak dahulu sehingga sekarang. Sejarah telah

menunjukkan impak kecemerlangan Umat Islam melalui kemajuan dan kebangkitan ilmu

pengetahuan.

Wujudnya tamadun Islam sejak berkurun-kurun lamanya menjadi batu asas

kepada kebangkitan dan mercu tanda keagungan Umat Islam. Oleh sebab itu peningkatan

kepada sudut keilmuan sangat penting dan perlu diperbaharui agar kita menjadi umat

yang prihatin terhadap ilmu pengetahuan.Meneruskan lagi kelangsungan dakwah

Islamiah ialah perlaksanaan Syariat Islam yang mampu menjamin keadilan. Dalam

Dakwah kita perlu menekankan betapa penting perlaksanaan Syariat Islam kerana Syariat

Islam adalah undang-undang paling agung yang menjamin keadilan untuk semua .

Dalam sirah Rasulullah SAW dan sirah para Khulafa ar-Rasyidin ada

ditunjukkan contoh-contoh keadilan dalam perundangan Islam.Kesemua fakta sirah boleh

dijadikan sandaran kukuh untuk membuktikan inilah impak kepada yang berilmu

pengetahuan dalam melaksanakan perundangan Islam.

Hasil daripada pelaksanaan syariah tadi telah menyebabkan orang bukan Islam

tertarik dengan Islam seterusnya ingin mendekati agama Islam. Sejarah penubuhan

Kerajaan Abbasiyah dipelopori oleh keturunan Farsi yakni bukan Arab. Mereka

menyebarkan Islam berdasarkan ilmu yang mereka pelajari.

Di samping itu para Khalifah Abbasiyah minat terhadap ilmu sama ada fardu

kifayah atau fardu ain. Secara tidak langsung orang-orang bukan Islam telah melihat

kehebatan orang Islam.Inilah kelangsungan Umat Islam dalam melaksana dakwah sama

ada dalam bentuk fardi ataupun ijtimai. Akhirnya Umat Islam bebas daripada sebarang

pengaruh penjajahan pemikiran jika mengamalkan ilmu yang dipelajari.

b) ekonomi

Zaman teknologi moden sedang berkembang pesat. Selaras dengan kehendak

tersebut , ekonomi semakin dibicara oleh ramai orang di serata dunia. Negara-negara

dunia ketiga tidak ketinggalan berusaha mengadakan usahasama dengan Negara-negara

lain dalam meningkatkan pendapatan ekonomi mereka. Namun adakah mereka berjaya

ataupun sebaliknya ?

Sebenarnya banyak kajian telah dibuat tentang perkembangan ekonomi dunia

tetapi keadaan yang berlaku adalah lebih menguntung kepada kuasa-kuasa besar.

Ekonomi yang diamalkan sekarang lebih menjurus kepada konsep Kapitalis bahkan ada

yang mirip kepada Sosialis.

Ekonomi berasaskan syariah masih diperingkat permulaan , namun masih ada

pengaruh ekonomi ala barat ataupun cara yang tidak syarei. Keadaan ini disebabkan

pengaruh politik yang banyak memainkan peranannya. Oleh itu kita melihat kerajaan

Malaysia cuba menghidupkan perbankan Islam sebagai batu asas.

Kerajaan Malaysia juga telah menubuhkan hub halal antarabangsa bagi menarik

perhatian Negara-negara Umat Islam yang lain.Kesemua itu memerlukan ilmu untuk

meneruskan kelangsungan dakwah melalui ekonomi. Semoga cita-cita tersebut dapat

diteruskan kerana kita mengetahui sudah tentu ada di sana cabaran-cabaran yang menanti.

c) Sosial

Bidang sosial amat luas untuk dibincangkan. Dalam tugasan ini saya akan

merumuskan keadaan sosial yang berlaku di Malaysia sama ada yang melibatkan

pendidikan atau bersifat hiburan atau apa-apa yang boleh kita kaitkan dengan impak

kecemerlangan ilmu pengetahuan Umat Islam.

Negara kita pernah dijajah oleh beberapa kuasa besar suatu ketika dahulu.

Kesannya masih terasa sehingga sekarang. Mengubah sesuatu yang sudah lama melekat

pada kehidupan Umat Islam di Malaysia memerlukan masa dan pendekatan keilmuan

yang sesuai. Kita juga tidak terlepas daripada sebarang anasir yang subversif dan bersifat

anti agama atau perkauman.Oleh itu tidak hairan sehingga kini masih ada yang percaya

kepada tahyul , kuasa magik dan sebagainya.

Kedatangan Islam dan pengamalan mula mempengaruhi corak dan gaya hidup

masyarakat Islam yang majoritinya orang Melayu.Hasilnya kita melihat banyak pusat

pengajian yang berasaskan agama tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Kewujudan

universiti-universiti , pusat-pusat pengajian sama ada peringkat pra-sekolah hingga

ke peringkat yang tertinggi membuktikan masyarakat Islam sudah sedar akan

kepentingan ilmu pengetahuan apatah lagi yang berkaitan dengan Agama Islam.

Darul Quran telah di wujudkan bagi melaksana kelangsungan dakwah melalui

Tahfiz al-Quran. Kewujudannya diharapkan sebagai simbol keutuhan pendidikan al-

Quran bagi generasi yang akan membangunkan keperibadian yang unggul melalui

pengajian al-Quran.

Hasilnya diharap dapat diaplikasi dalam kehidupan masyarakat sehingga wujud generasi

al-Quran yang unggul.

Fenomena penghijrahan beberapa orang artis di Malaysia menampakkan kita

betapa impak keilmuan telah berjaya diterapkan. Mereka diundang untuk berkongsi

pengalaman bersama masyarakat Islam. Antara artis yang telah berhijrah memulakan

kehidupan beragama ialah Encik Sham Kamikaze dan Puan Yatt Hamzah.

Kita merasakan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat kita adalah

impak kepada kelangsungan dakwah yang berkesan melalui penyampaian dan peranan

yang dimainkan media massa.Harapan kita agar-agar perubahan-perubahan yang baik

bakal berlaku dari semasa ke semasa.

Umat IslamUmat Islam adalah umat harapan yang akan menyelamatkan dunia ini. Penduduk

dunia mengharapkan Umat Islam menjadi contoh teladan yang baik. Bilangan penganut

Agama Islam adalah yang paling ramai di dunia. Oleh itu wajar bagi Umat Islam menjadi

umat contoh. Apakah karakter umat cemerlang yang perlu untuk menjadi contoh kepada

umat lain yang bukan Islam ?

Antara karakter umat cemerlang ialah :-

1. Umat yang kukuh imannya kepada Allah SWT.

2. Umat yang mengamalkan amalan soleh.

3. Umat yang mengamalkan budaya itqan (tekun dan bersungguh-sungguh)

Lihatlah contoh kecemerlangan umat islam terdahulu daripada kita. Mereka

mengamalkan prinsip-prinsip Agama Islam secara berterusan tanpa ada istilah jemu pada

diri mereka. Umat Islam zaman dahulu menitikberatkan ilmu pengetahuan. Mereka

menjadi maju dan diiktiraf oleh kawan dan lawan sehingga menjadi contoh ikutan umat

lain yang bukan Islam. Jadi berusahalah kita menjadi seperti mereka yang beriman ,

berprinsip serta berakhlak mulia dalam segala aspek.

Kesimpulannya umat yang cemerlang ialah umat yang mengenali dirinya sendiri

dan mengenal penciptanya. Ia akan sentiasa membangunkan potensi diri untuk mencapai

umat soleh dengan menjalankan tanggungjawab terhadap penciptanya. Semakin ramai

insan cemerlang yang dilahirkan dalam masyarakat islam , peluang melahirkan

Khair Ummah atau umat terbilang semakin terserlah. Firman Allah SWT :

(((((( (((((( (((((( (((((((((( (((((((( ((((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((( (((( ((((((((((( ((((((((((((( (((((( ( (((((( ((((((( (((((( ((((((((((( ((((((( ((((((( ((((( ( ((((((((( ((((((((((((((( (((((((((((((( (((((((((((((( (((((

Maksudnya :Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.

(Ali-Imran : 110)

Negara IslamMewujudkan Negara islam adalah cita-cita bahkan menjadi kewajipan setiap

orang Islam.Ini ditegaskan dalam kebanyakan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Antaranya ialah firman Allah SWT :

( (((( (((( (((((((((((( ((( ((((((((( (((((((((((( (((((( ((((((((( ((((((( ((((((((( (((((( (((((((( ((( ((((((((((( (((((((((((( ( (((( (((( ((((((( ((((((((( (((((( ( (((( (((( ((((( (((((((( (((((((( ((((

Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang

berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di

antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah

memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah

adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.

(An-Nisa:58)

Terdapat juga hadis Rasulullah SAW yang menegaskan tentang keperluan

mewujudkan Negara Islam. Sabda Rasulullah SAW :

" ." Maksudnya : Selepas aku kamu akan dipimpin oleh banyak pimpinan , maka yang baik

memimpin kamu dengan kebaikan dan yang zalim pula memimpin kamu

dengan kezaliman , dengar dan taatilah kamu dalam perkara yang menepati

kebenaran ,jika mereka berbuat baik maka kebaikan itu untuk mereka dan

jika mereka berbuat jahat maka kejahatan itu terkena ke atas diri mereka

sedang kamu terus mendapat kebaikan . (Riwayat Darul Qutni) Apabila ditinjau kepada dua dalil di atas jelaslah kepada kita keperluan

mewujudkan Negara Islam seperti yang pernah diwarwarkan oleh kebanyakan orang

khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang politik. Ada orang kata

politik itu kotor. Jadi dengan keilmuan yang ada kita tidak perlu bimbang dan takut

kerana kita bertindak mengikut disiplin ilmu yang berlandaskan al-Quran dan Hadis

Rasulullah SAW.

Dalam dunia zaman sekarang kita tidak melihat contoh Negara Islam hatta

Malaysia yang pernah mendakwa sebagai Negara Islam. Negara-negara Arab juga tidak

boleh dijadikan contoh Negara Islam. Apa yang kita lihat ialah pelaksanaan hukum

syariah di beberapa buah Negara Umat Islam sahaja seperti Negara Brunei darus salam

yang akan menguatkuasa hukum syariah pada bulan april 2014.

Saya cuba mengaitkan faktor Negara Islam sebagai impak kecemerlangan kerana

fakta sejarah telah menunjukkan bahawa kewujudan Negara Islam akan mempercepatkan

proses budaya keilmuan dalam kalangan masyarakat Islam dewasa ini. Oleh itu apabila

ada budaya keilmuan disitu memang terlaksana Negara Islam secara sepenuhnya.

Tidak ada lagi berlaku perkara-perkara buruk kerana masyarakat Islam adalah

masyarakat cemerlang , gemilang dan terbilang. Mereka melaksanakan kehidupan secara

iklim dini dan mematuhi perintah Allah SWT dan RasulNya.Itulah harapan kita.

Kesimpulan yang dapat diberikan disini ialah :

1. kecemerlangan ilmu pengetahuan memang memberi kesan yang sangat baik kepada

kelangsungan Dakwah Islamiah.

2. Apabila dakwah dapat dilaksana dengan jaya , umat Islam akan menjadi contoh teladan

yang baik kepada masyarakat bukan islam.

3.Hasilnya dapat mewujudkan Negara Islam seperti yang pernah dilakukan oleh

Rasulullah SAW. Pada abad yang lampau.

Renungilah firman Allah SWT. Di bawah ini dan jadikan ia panduan dalam

kehidupan kita. Firman Allah SWT : (((( ((( ((((((( ((((((((( (((( (((((((((((((( (((((((((((( (((( (((((((((( (((((( ((((((((((( ( (((((( ((((((( ((((((( ((((

Maksudnya : Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku,

niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha

Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Ali-Imran :31)

IMPLIKASI PENGABAIAN KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUANApakah kesan jika kita mengabaikan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita?

Di sini saya membahagikan kesan pengabaian kepada empat bahagian mengikut keutamaan. Empat bahagian tersebut ialah :-

1. Kesan kepada individu

2. Kesan kepada masyarakat

3. Kesan kepada Negara

4. Kesan kepada Umat Islam.

Kesan kepada individua) Mudah mengikut fahaman yang bertentangan dengan prinsip Agama Islam.

Dewasa ini banyak ajaran sesat dan budaya songsang yang wujud sehingga boleh

mengeliru setiap individu . Jika tiada ilmu mudahlah ajaran dan fahaman ini menyerap

dan mempengaruhi individu sehingga terpesong aqidahnya seperti ajaran ayah pin ,

ajaran syiah dan yang terkini ajaran kassim ahmad. Jelaslah ilmu perlu untuk menangani

fahaman-ahaman seperti ini.

b) Tiada prinsip hidup yang betul

Skim cepat kaya dan jutawan segera memang sinonim dengan kehidupan individu

yang tinggal di Bandar. Keadaan ini juga berlaku di mana-mana bahagian dalam Negara

kita. Tidak terkecuali mereka yang dianggap berpelajaran. Kesemua perkara tersebut

merintis kepada kebankrapan dek kerana tiada prinsip hidup serta halatuju yang jelas.

Hasilnya ramai individu sekarang diisytihar bankrap atau mudah kena tipu sama

ada dengan orang dalam Negara atau orang negro. Bodoh rasanya diperlakukan begitu,

namun masih ada yang belum serik terutama kaum wanita yang berkerjaya. Jelas ilmu

perlu sebagai penilai kepada individu tersebut.

c) Aqidah mudah goyah serta terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat.

JAKIM merekodkan hampir setiap tahun wujud ajaran sesat. Ajaran-ajaran sesat

seolah-olah bermaharajalela. Kemungkinan besar ada penaungnya yang berpengaruh.

Individu yang tidak berilmu mudah di ajak untuk mengamalkan ajaran sesat ini walaupun

ada ancaman tetapi tidak memberi kesan kepada kumpulan tersebut . Antara ajaran sesat

yang sedang aktif ialah ajaran tuhan harun ajaran syiah ajaran kassim ahmad dan banyak

lagi yang wujud di Malaysia.

d) Tidak dapat memahami dan mengerti al-Quran dan hadis Rasulullah SAW

Dalam kajian yang pernah dilakukan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia

tahun 2008 menunjukkan ramai individu tidak dapat membaca al-Quran dengan baik.

Oleh sebab itu kita mendapati pusat-pusat mengaji al-Quran swasta wujud di merata

tempat dalam Negara Malaysia.

Ada dalam kalangan mereka yang sudah berusia datang mengaji kerana

menyedari kekurangan diri. Walau bagaimanapun individu yang berumur bawah 40 tahun

kurang memberi perhatian terhadap perkara ini. Mereka lebih mementingkan kerjaya

daripada berusaha mempelajari serta memahami al-Quran.

Hasilnya individu-individu ini tidak menghayati al-Quran dan hadis kerana bagi

mereka tiada kaitan dalam kerjaya mereka. Jelas bagi kita untuk memahami serta

mengaplikasi ajaran al-Quran memerlukan ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan

hadis. Jadi serulah individu tersebut ke arah penghayatan al-Quran dan hadis

e) Sentiasa bersikap negatif

Sikap negatif lahir daripada individu yang merasakan dirinya hebat dan

merasakan orang tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Individu seperti ini sukar diajak

berbincang apatah lagi yang bersifat ilmiah. Oleh sebab itu kita mendapati sifat egois

yang terlampau boleh membawa kemudaratan kepada individu tersebut kerana dalam

jangka masa panjang akan wujud ramai individu yang sering bercakaran sesama sendiri.

Dalam erti kata lain individu yang berkepentingan peribadi seperti yang berlaku

dalam kebanyakan parti politik dan jabatan-jabatan kerajaan . Jelaslah kepada kita ilmu

yang berbentuk kerohanian adalah perlu untuk menunduk nafsu-nafsu yang bersarang di

hati. Jangan abaikan ilmu yang bersifat kerohanian.

Kesan kepada masyarakat

a) Masyarakat akan berpecah belah

Masyarakat akan berpecah belah. Itulah ungkapan yang sesuai bila kepentingan

ilmu diabaikan . masyarakat hanya tahu mengikut perintah tertentu tanpa berfikir buruk

atau baik sesuatau perintah. Oleh itu ilmu kemasyarakatan perlu ada untuk membentuk

satu masyarakat atau komuniti yang berjaya dalam semua aspek.

Jadi ketua kena memainkan peranan yang penting untuk mengawal keadaan di

samping masyarakat itu sendiri mengerti dan memahami situasi jika berlaku sesuatu isu

dalam masyarakat tersebut. Contoh paling mudah ialah isu murtad dan isu kahwin lari

dengan orang Lombok , ia perlu ditangani dengan baik agar tidak berlaku perpecahan

dalam masyarakat. Jadi ilmu kemasyarakatan sangat penting bagi menjamin

kesejahteraan dalam masyarakat.

b) Kehidupan semakin tidak aman dan tenteram

Apabila masyarakat berpecah belah , kehidupan mereka sudah tentu tidak aman

dan tenteram .Lihatlah keadaan yang berlaku di selatan Siam di Wilayah Pattani dan

Naratiwatt. Kehidupan mereka dibelenggu ketakutan dan kebimbangan. Senjata api

sentiasa ada di tangan kerana bimbang diserang oleh musuh mereka. Tiada kesepakatan

dan hidup dalam prejudis sehingga kanak-kanak menjadi mangsa keadaan. Jelas bagi kita

memiliki ilmu yang berkaitan adalah perlu supaya keamanan akan terjamin.

c) Fitnah akan berleluasa

Kehidupan yang tidak aman dan tenteram adalah hasil daripada perbuatan fitnah yang

tidak dapat dibendung seolah-olah fitnah itu satu permainan.Masyarakat yang hidup

dalam fitnah sememangnya mengundang masalah. Kelihatan mereka tidak boleh bersatu

padu , kata mengata dan mengadu domba sudah sinonim dalam masyarakat kita terutama

orang melayu yang beragama islam.oleh itu ilmu keagamaan perlu dilaksana dalam

masyarakat seperti ini

d) Nilai murni dan bersifat keagamaan tidak dapat dilakukan

Nilai murni atau akhlak mahmudah tidak dilaksanakan sepenuhnya. Aspek

keagamaan hanya dilihat dalam kes-kes tertentu seperti bila ada bencana baru terhegeh-

hegeh panggil ustaz atau tokoh agama. Menariknya ramai lagi yang percaya kepada

bomoh . Dalam kes misteri kehilangan pesawat MAS MH 370 kita sudah melihat betapa

pengabaian ilmu agama , ilmu akhlak atau ilmu moral menyebabkan masyarakat sudah

tidak beriman kepada Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Jadi kehidupan tersebut

perlu dihindarkan. Belajarlah mengenali pencipta.

e) Masyarakat akan saling salah menyalah antara satu sama lain

Dunia akhir zaman . itulah ungkapan yang menarik yang sentiasa dibicara orang.

Antara tanda-tanda akhir zaman ialah manusia saling salah-menyalah antara satu sama

lain. Berdasarkan bukti yang sedikit tanpa asas yang tepat sudah cukup untuk bertengkar

atau bergocoh. Fenomena ini seakan menjadi kebiasaan .

Lihatlah artis-artis kita di Malaysia yang permai ini , bolehkah mereka ini menjadi

contoh kepada masyarakat. Banyak kes melibatkan artis bergaduh seperti yang berlaku

baru-baru ini di set penggambaran. Tidak cukup dengan keadaan itu dibawa ke media

elektronik. Artis rampas suami orang dan macam-macam lagi tajuk akhbar yang menarik.

Pendek kata ilmu yang kurang dan diabaikan akan menyebab kerosakan dan kemerosotan

nilai hidup dalam masyarakat kita.

Kesan kepada Negara

a) Imej Negara menjadi buruk

Tanggungjawab menjaga imej Negara terletak di atas bahu rakyat Negara

tersebut. Pemimpin dan rakyat berganding bahu menjaga imej Negara supaya nama baik

negara tidak dicemari oleh anasir-anasir luar seperti di kebanyakan Negara lain yang

masih lagi mengamalkan dasar yang tidak bertanggungjawab atas isu-isu tertentu.

) Negara berada dalam keadaan bahaya

Negara boleh berada dalam keadaan bahaya jika tiada kecekapan daripada para

Pemimpin. Mereka perlu bijak menangani pelbagai isu dengan baik dengan memberi

Keutamaan kepada perkara-perkara penting yang melibatkan rakyat sama ada dari segi

Keselamatan luar dan dalam Negara , ekonomi dan sebagainya.

c) Terdedah kepada ancaman luar

Setiap Negara sudah tentu mempunyai bilangan rakyat yang pakar dalam bidang-

bidang tertentu. Tenaga pakar sangat penting untuk membangunkan Negara serta mengelak Negara ini daripada ancaman luar . Mereka mesti bijak membuat perhitungan

dan penilaian atas sesuatu perkara supaya tidak melakukan kesilapan berulang kali. ) Keadaan Negara akan menjadi mundur

Negara akan menjadi mundur jika rakyatnya tidak berpendidikan yang

sewajarnya. Acap kali kita melihat kemunduran sesebuah Negara itu dikaitkan dengan

pemikiran rakyat. Jadilah rakyat yang berilmu serta beramal.

e) Wujud kezaliman dalam Negara tersebut

Kezaliman akan wujud bila keadaan sosio politik dan ekonomi tidak stabil.Rakyat

akan menderita tidak cukup makan serta berlaku penganiayaan.Hasilnya rakyat akan

hidup dalam ketakutan akibat kejahilan mereka dalam menuntut hak dan sebagainya.

Kesan kepada Umat Islam a) Hilang jati diri Umat Islam yang mulia

Peranan Umat Islam sebagai Khairu Ummah akan hilang bila aspek ilmu tidak

diberi keutamaan.Lihat Negara-negara yang digelar dunia ketiga. Mereka ibarat menangguk di air keruh. Tidak mendapat apa-apa manfaat daripada hasil Negara.b) Umat yang tidak bertamadun

Umat yang bertamadun ialah umat yang berilmu dan mengamalkan ilmu serta

meyakini pembalasan tuhan terhadap perbuatan mereka. Sejarah membuktikan beberapa

buah tamadun dunia hancur akibat kesombongan mereka tidak percaya kepada tuhan

serta melakukan kezaliman. Inilah hasilnya apabila ilmu diabaikan. Belajarlah daripada

sejarah tamadun yang lampau.

c) Mudah dijajah oleh Umat yang lain

Negara yang banyak dijajah ialah Negara Umat Islam dari timur hingga ke Barat.

Dalam sejarah Negara Thailand tidak pernah dijajah kerana rajanya merupakan orang

yang bijak. Rakyat yang dijajah sememangnya rakyat yang malang malahan lebih teruk

jika pemikiran rakyat masih lagi dijajah walaupun Negara sudah merdeka.Contoh yang paling terkini enam orang rakyat Malaysia mati akibat mengambil dadah berlebihan sewaktu konsert di Stadium Bukit Jalil.d) Azab dan bencana akan berlaku

Semejak akhir-akhir ini Negara kita mengalami banyak musibah ujian daripada

Allah SWT. Secara positifnya Allah SWT tidak akan menurunkan bencana jika tanpa

sebab musabab. Kemalangan jalanraya , jerebu yang melanda , wabak penyakit , jenayah

berleluasa , gejala rasuah dan pembunuhan semakin menjadi-jadi namun rakyat Malaysia

seperti tidak ambil kisah. Terkini misteri kehilangan pesawat MAS MH 370 yang belum

dapat dirungkai lagi.

e) Tiada lagi keagungan dan kehebatan

Akhir sekali tiada lagi keagungan dan kehebatan umat ini yang mampu mengubah

keadaan dunia. Jadi kembali kita kepada Sunnatullah iaitu berpegang kepada Kitab Allah

dan RasulNya.

Kesimpulannya :

Renungilah sejarah tamadun silam dan yang akan datang. Berfikir dan merenung sejenak serta muhasabah diri kepada kesan-kesan yang akan berlaku jika kita mengabaikan kepentingan jihad menuntut ilmu. Di bawah ini dirangkumkan beberapa isu penting sebagai renungan kita bersama. Isu-su tersebut ialah :1. Anti Hadis

2. Ajaran Syiah3. Gejala Murtad4.Masalah Sosial

5. Kes Rumah Tangga6. Comango7.Budaya kuning8.Anti Agama

9.Kristianisasi10.Konspirasi Politik11. Kalimah Allah

PENUTUP KEPADA TUGASANKESIMPULAN PENTING :

Berdasarkan kepada tugasan dan penyelidikan yang telah dijalankan dalam kajian

ini , dapatlah dibuat beberapa kesimpulan penting iaitu :

1. Kewajipan menuntut ilmu adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan oleh setiap

Muslim . Masa yang ada hendaklah digunakan sepenuhnya menuntut ilmu.

2. Kelebihan orang yang menuntut ilmu adalah tidak ternilai. Jadi janganlah takut dan

hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu.

3. Ilmu-ilmu seperti Ilmu Fardu Ain dan Ilmu Fardu Kifayah kedua-duanya sama penting

dan amat berguna dalam kehidupan Muslim.

4. Kecemerlangan Umat Islam adalah berasaskan ilmu . Maju atau mundur sesuatu umat

adalah dinilai daripada tahap keilmuannya.

5. Pengabaian kepada kewajipan menuntut ilmu mengundang masalah besar kepada

semua aspek penting dalam kelangsungan Dakwah Islamiah.

SARANAN PENTING :

Berikut adalah merupakan saranan penting ke arah meningkatkan lagi tahap

keupayaan Umat Islam dalam menuntut ilmu sebagai jihad utama masa kini :-

1. Para pendakwah hendak bergerak cergas menyedarkan masyarakat tentang

kepentingan jihad dalam menuntut ilmu.

2. Konsep jihad dalam menuntut ilmu perlu didedahkan dan diperhalusi supaya

masyarakat zaman memandang betapa pentingnya menuntut ilmu yang memerlukan

kekuatan rohani , zahir dan batin.

3. Ulama-ulama dan cendiakawan perlu melipat-gandakan usaha dan inisiatif dalam

menonjolkan konsep , kelebihan , impak kecemerlangan dan kesan pengabaiannya

kepada masyarakat dan menegur pihak pemerintah supaya memberi keutamaan kepada

proses jihad menuntut ilmu.

4. Mewujudkan banyak tempat pengajian yang memberi kemudahan penuntut ilmu. Elak

daripada budaya ENJOY dalam menuntut ilmu. Individu-individu Muslim perlu tahu

kewajipan mereka dalam bab menuntut ilmu.

Begitulah antara saranan yang difikirkan penting dalam meneruskan

kelangsungan dakwah islamiah melalui jihad menuntut ilmu dalam Agama Islam. Segala

salah silap harap dimaafi dan keampunan dipinta dari Allah SWT atas kepincangan yang

terdapat dalam tugasan ini. Sekian terima kasih.

SUMBER RUJUKAN1. Al-Quran

Al-Quran dan terjemahan (versi Bahasa Indonesia)

Cetakan Majma al-Malik al-Fahd Saudi Arabia

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Syeikh Abdullah bin Muhammad Basamieh)

Cetakan Jabatan Hak Ehwal Islam , Jabatan Perdana Menteri

2. Hadis Nabawi

Sohih Bukhari (Imam Abi Abdullah bin Muhammad bin Ismail)

Cetakan Maktabah Tijarah dan Darul Fikr Beirut Lubnan

Sohih Muslim Bisharhi an-Nawawi (Imam Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj)

Cetakan Darul Hadis Qaherah Misr

Sunan at-Tirmizi Bisharhi Tuhfatuk Ahwazi(Imam Abi Isa At-Tirmizi)

Cetakan Darul Fikr Beirut Lubnan

3. Buku Ilmiah dan Jurnal

Jurnal Darul Quran bil 16 Tahun 2012

Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jurnal Syariah Jilid 8 bil 1 Januari 2000

Terbitan Bahagian Pengajian Syariah

Akademik Pengajian Islam , Universiti Malaya

Jurnal Usuluddin bil. 13 Julai 2001

Terbitan Bahagian Pengajian Usuluddin

Akademik Pengajian Islam , Universiti Malaya

Ar-Rahiq Makhtoum Fi Riwayati Rasulullah SAW

(Safi ur-Rahman al-Mubarakpuri)

Cetakan Darul Wafa Mansourah Misr

Fiqh al-Harakah dari Seerah Nabawiyah

(Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)

Cetakan Dewan Pustaka Fajar , Kuala Lumpur

Terjemahan Sairus Salikin Jilad 1

(Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani)

Cetakan Al-Hidayah Publication

An-Nizom Siyasi Fi Islam

(Doktor Muhammad Abdul Qadir Abu Faris)

Cetakan Darul Furqan Amman Jordan

4. Majalah dan Kertas Kerja

Buletin Darul Quran bil 19 Tahun ke-7

Sinar Rohani Pembimbing Ummah bil 45 Tahun ke-10

Cahaya Pembimbing Remaja Cemerlang bil 76 Tahun ke-18

Suara Majlis Jabatan Agama Islam Perak bil 232

Majalah I bil 35 Mei 2006

Majalah al-Ustaz volume 1 Isu 6

Kertas Kerja Nadwah Kebangkitan Islam Abad Ke 20

(Kemajuan dan Teknologi Moden : Realiti Ummah)

Kertas Kerja Nadwah Kebangkitan Islam Abad Ke 20

(Serangan Pemikiran & Aliran Bertentangan dengan Islam)

Kertas Kerja Pendekatan Ke Arah Pendidikan Dalam Perlaksanaan Usrah

Kertas Kerja Tarbiyah Ruhiyyah Dalam Membentuk Generasi Berwawasan

Kertas Kerja Ke Arah Melahirkan Mahasiswa Berilmu dan Berorganisasi

PAGE - 1 -