Contoh Stdy Case

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/11/2019 Contoh Stdy Case

    1/7

    PENGENALAN

    Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras

    hemoglobin yang rendah semasa mengandung. Anemia berlaku apabila jumlah sel-

    sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita

    mengandung, adalah penting untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan

    paras haemoglobin semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan

    antenatal). Walaupun tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama,

    seseorang itu masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini dalam tempoh

    kehamilan tersebut. Kebanyakkan Anemia yang berlaku semasa mengandung

    adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalamkebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah Anemia :

    Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian.

    Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus,

    buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.

    Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di manaini akan menyebabkan berlakunya Anemia.

    Walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana

    sebahagian daripada ferum dan juga asid folik itu diagihkan kepada janin dalam

    kandungan.

    Talasemia - sejenis penyakit darah keturunan yang banyak berlaku di kawasan

    Asia, Mediterranean dan juga Afrika.

    PENYATAAN MASALAH

    Anemia merupakan kekurangan ferum yang ringan dan tidak mendatangkan

  • 8/11/2019 Contoh Stdy Case

    2/7

    masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku

    apabila keadaan Anemia tersebut menjadi lebih teruk.

    Kajian menunjukkan bahawa keadaan Anemia yang teruk boleh menyebabkan

    kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga

    menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.

    Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau Praeklampsia di kalangan ibu.

    Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa

    mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga

    janin sekiranya tidak dirawat serta lebih mudah untuk mendapat jangkitan

    semasa mengandung dan selepas bersalin.

    KAJIAN LITERATURE

    Menurut definisi World Health Organization , Anemia semasa mengandung ialah

    keadaan di mana bacaan kandungan hemoglobin kurang daripada 11g/dL,manakala anemia kekurangan iron semasa mengandung ialah satu keadaan di

    mana bacaan hemoglobin kurang daripada 11g/dL semasa mengandung yang

    disebabkan oleh kekurangan bekalan iron (artikel Brady PG Iron deficiency

    anemia).

    Menurut takrifan World Health Organization terhadap anemia semasa

    mengandung, hampir 50% daripada wanita yang mengandung akan mengidapi

    Anemia sekiranya mereka tidak mengambil ubat hematinik (Oxford handbook ofclinical specialties) .

  • 8/11/2019 Contoh Stdy Case

    3/7

    Kajian menunjukkan bagi wanita mengandung yang mempunyai masalah Anemia

    kekurangan iron ,pengambilan iron tambahan dalam seharian boleh mengelakkan

    daripada melahirkan bayi yang tidak cukup berat. Pengambilan iron tambahan

    boleh juga mengurangkan kadar bayi dilahirkan sebelum tempoh matang iaitu

    preterm labour (artikel Impact of Anemiaprophylaxis in pregnancy on

    maternal and fetus/Medline).

    Menurut buku (Oxford handbook of clinical specialties) bahagian obstetrics,

    seorang wanita yang mengandung akan mula mengalami keadaan anemia bermula

    minggu ke 20 dia mengandung .

    Anemia semasa mengandung ialah seorang wanita yang mempunyai kandunganhemoglobin yang rendah semasa mengandung (Ismail Taqib dalam artikel Anemia

    semasa mengandung).

    PENEMUAN

    Pada tarikh 30 Mei 2011, saya dan rakan saya bertugas di Klinik ibu dan anak

    di daerah Pendang. Kami setiap orang bergilir-gilir bertugas di bahagian yang

    berlainan. Pada hari tersebut, saya bertugas di bahagian pemeriksaan antenatal

    yang melakukan pemeriksaan kandungan, memeriksa denyutan jantung janin,

    memberi pendidikan kesihatan dan memberi ubat hematinik. Seorang wanita

    mengandung yang berketurunan Siam berasal dari kawasan Kampung TanahMerah. Dia berusia 21 tahun dan didapati menghidapi Iron deficiency Anemia,

    selepas menjalani ujian Full blood count dan ujian serum ferritin yang diarahkan

    oleh doktor. Pesakit yang sedang mengandung kandungan yang berusia 22 minggu

    dengan bacaan hemoglobin 9.1g/dL dan bacaan tekanan darah ialah 120/84

    mmHg. Ini merupakan kali pertama pesakit mengandung dan dia mengatakan dia

    tidak pernah mengidap masalah Anemia atau sebarang penyakit sebelum ini.

  • 8/11/2019 Contoh Stdy Case

    4/7

    PERBINCANGAN

    Menurut data yang terdapat di Klinik ibu dan anak di daerah Pendang, didapati

    peratusan penghidap Anemia semasa mengandung yang mempunyai bacaan

    hemoglobin dari 9-11g/dL ialah sebanyak 30.3% manakala bacaan kurang dari

    9g/dL ialah 3.1% dan 66.6% yang lain ialah wanita mengandung yang mempunyai

    bacaan hemoglobin yang melebihi 11g/dL dan perkara ini jelas disokong

    berdasarkan kajian literature (World Health Organization dalam artikel Brady

    PG Iron deficiency Anemia). Oleh itu, statistik menunjukkan 33.4% wanita

    mengandung di dearah Pendang yang menghidapi Anemia semasa mengandung .Pemeriksaan antenatal secara berjadual dijalankan demi mengesan penyakit ini

    pada peringkat awal dan melakukan pencegahan dengan menggalakkan wanita

    mengandung mengambil ubat hematinik dan perkara ini jelas disokong

    berdasarkan kajian literature (World Health Organization dalam Oxford

    handbook of clinical specialties).

    Selain itu, peratusan kaum yang menghidapi Anemia semasa mengandung dalam

    daerah Pendang adalah 56.3% dan daripada penghidap Anemia semasamengandung ialah kaum Melayu, 20.2%, kaum Cina, 10.78%, kaum India 9.6%,

    manakala 15.72% ialah kaum yang lain. Perkara ini jelas terbukti bahawa

    penghidap Anemia semasa megandung adalah tinggi di dalam daerah Pendang.

    Anemia terjadi disebabkan oleh sel darah merah yang berperanan untuk

    mengagihkan oksigen ke seluruh badan. Komponen darah yang memainkan peranan

    utama dalam hal ini dikenali sebagai hemoglobin. Ia membawa oksigen ke seluruh

    tisu-tisu badan. Hemoglobin terdiri daripada protein dan juga ferum (zat besi).

    Ferum ini adalah penting untuk mengekalkan paras hemoglobin dan perkara inijelas disokong berdasarkan kajian literature (Ismail Taqib dalam artikel Anemia

  • 8/11/2019 Contoh Stdy Case

    5/7

  • 8/11/2019 Contoh Stdy Case

    6/7

    antara 2 waktu makan utama untuk penyerapan yang lebih baik atau pun dua kali

    sehari. Walau bagaimanapun, terlalu kerap mengambil ferum boleh menyebabkan

    sembelit. Jadi, untuk mengelakkan masalah sembelit, ambil lebih banyak serat

    dan lebihkan meminum cecair.

    Rawatan mungkin melibatkan pengambilan diet yang kaya dengan ferum, asid

    folik dan juga vitamin. Rehat yang cukup adalah penting. Asid folik adalah

    sejenis vitamin yang boleh didapati di dalam banyak jenis makanan dan

    multivitamin tambahan. Asid folik adalah penting untuk mengelak kejadian

    anemia dan kecacatan kelahiran. Makanan yang kaya dengan asid folik

    termasuklah sayuran berdaun hijau, jus dan buah-buahan sitrus dan juga

    kekacang. Pengambilan multivitamin tambahan juga adalah perlu.

    RUMUSAN

    Sekiranya masalah ini dikesan awal dan dirawat dengan sempurna, prognosis

    untuk pesakit dan anak dalam kandungan adalah baik. Dengan kata lain

    keselamatan pesakit dan janin adalah terpelihara. Semasa hamil, tubuh ibu akan

    sentiasa mempastikan yang bayi di dalam kandungan akan mendapat bekalan

    ferum yang cukup berbanding dengan ibu itu sendiri. Oleh itu keperluan untuk

    bayi sentiasa ada.

    Anemia biasanya mudah dirawat dengan pengambilan ferum dan juga asid folik

    tambahan yang cukup. Tetapi sekiranya keadaan anemia itu dibiarkan tidakdirawat, kesan buruk akan timbul pada ibu dan juga bayi dalam kandungan dan

  • 8/11/2019 Contoh Stdy Case

    7/7

    juga untuk kehamilan-kehamilan yang mendatang.

    Demi kesihatan ibu mengandung dan fetus dalam kandungan, ibu mengandung

    harus mengambil penyakit ini sebagai suatu perkara yang penting dan berusaha

    untuk mengubatinya dengan mematuhi arahan doktor seperti menjaga

    pemakanan. Bagi melahirkan bayi yang sihat dan sempurna, pengamal perubatan

    dan ibu harus saling bekerjasama untuk menyelesaikan masalah ini .

    RUJUKAN

    1. Madan N, Agarwal N, Sikka M, Sood S. Effect of maternal iron deficiency

    anemia on fetal outcome.[Medline]

    2. Garn SM, Ridella SA, Tetzold AS, Falkner F. Maternal hematological levels

    and pregnancy outcomes.[Medline]

    3. Brady PG (2007). Iron deficiency anemia. SouthAus.4. Singla PN , Dash D, Shankar R. Fetal growth in maternal anemia.

    5. World Health Organization , health topic 2010.

    6. Artikel hemoglobin science facts dari www.austincc.edu.

    7. Artikel Anemia semasa kelahiran oleh Ismail Taqib .

    8. Kajian Anaemia in pregnancya cross-sectional study in Singapore

    9. Laporan kajian Anemia in pregnancy in Malaysia oleh Haniff J, Das A, Onn

    LT, Sun CW, Nordin NM, Rampal S, Bahrin S, Ganeslingam M, Kularatnam KI,

    Zaher ZM. Kementerian Kesihatan Malaysia , Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital kuala Lumpur .