Cth Refleksi Pnp

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/13/2019 Cth Refleksi Pnp

    1/10

    Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

    REFLEKSI PEMBELAJARAN UNTUK MAKRO PENGAJARAN 

    REFLEKSI 

    Refleksi ini dibuat berdasarksan pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan pada

    tarikh 26 April 2012 bersamaan hari Khamis. Murid-murid yang terlibat adalah dari kelas tahun 2

    Fokus seramai 35 orang. Murid-murid Tahun 2 Fokus adalah kelas yang boleh dikatakan dalam

    kategori sederhana. Berlatarbelakang dari kawasan penempatan semula penduduk dari

    kawasan setinggan, murid-murid di sekolah ini kebanyakkannya adalah dari kalangan keluarga

    yang sederhana dari segi ekonomi dan pendidikan. Oleh sebab itulah kebanyakkan murid-murid

    di sekolah ini dalam tahap sederhana dari segi penguasaan pembelajaran mereka.

    Bidang pembelajaran yang saya sampaikan dalam pengajaran dan pembelajaran saya

    adalah Nombor dan Operasi. Yang mana ianya termasuk dalam tajuk Operasi tolak dalamlingkungan 1000 yang melibatkan standard pembelajaran menolak sebarang dua nombor hingga

    tiga digit tanpa mengumpul semula.

    Semasa menjalankan set induksi, saya dapati murid-murid seronok dan memberi penumpuan

    serta aktif dengan memberi respon di mana mereka bersama-sama mengira bola yang

    ditunjukkan dalam sesi ini. Bola yang berwarna-warni saya gunakan adalah untuk menarik

    perhatian murid di samping dapat digunakan untuk mengaitkan dengan operasi tolak yang akan

    saya sampaikan dalam pengajaran saya.

    Saya telah menggunakan pendekatan atau kaedah penerangan bagi aktiviti perkembangan

    isi pelajaran langkah pertama yang mana penggunaan contoh-contoh dengan penerangan

    adalah asas dalam pengajaran dan pembelajaran terutama pelajaran matematik yang

    melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Ini adalah kerana ianya akan dapat

    melahirkan pemikiran yang jelas dan lebih berkesan. Idea yang abstrak, konsep-konsep yang

    baru dan susah, lebih mudah difahami apabila menggunakan contoh-contoh yang mudah

    kepada yang lebih konkrit. Misalnya dalam bentuk lisan iaitu dengan mengemukakan analogi,

    bercerita, bentuk metafora dan sebagainya. Contoh-contoh juga boleh ditunjukkan dalam bentuk

    visual, lakaran, ilustrasi dan lain-lain.

    Sebenarnya pelbagai masalah telah saya lalui dalam usaha untuk menjalankan proses

    rakaman pengajaran dan pembelajaran ini, yang mana pada mulanya saya telah merancang

    untuk menggunakan peralatan ICT di dalam bilik makmal computer dalam bentuk microsoftpower point semasa penyampaian pengajaran saya. Malangnya pada hari tersebut, makmal

    computer digunakan untuk aktiviti sekolah dan peralatan ICT yang terdapat di dalam kelas 2

    Fokus pula sememangnya telah rosak. Keadaan ini menyebabkan saya mengubah

    perancangan kepada pendekatan penerangan menggunakan cara tradisional iaitu menggunakan

    papan putih dan kad-kad manila sebagai bahan bantu mengajar (BBM)

    Saya dapati murid-murid dalam kelas ini, dapat memerima penerangan dengan baik dan

    mudah memahami penerangan yang diberikan. Murid-murid memberi respon dengan menjawab

    soalan-soalan secara lisan yang ringkas yang diutarakan sebagai menguji pemahaman mereka

    terhadap penerangan yang disampaikan. Walaupun saya dapati ada beberapa orang murid

    yang kelihatan tidak memberi perhatian semasa sesi pengajaran, saya faham kerana ketika

  • 8/13/2019 Cth Refleksi Pnp

    2/10

    cuaca panas dan kurang selesa. Apa yang saya dapat lakukan adalah dengan memberi teguran

    dan memanggil mereka supaya memberi perhatian.

    Bagi aktiviti kumpulan pula, kaedah yang saya gunakan adalah kaedah kumpulan pelbagai

    kecerdasan yang mana murid-murid terdiri dari murid-murid yang sederhana dan lambat bagi

    kelas tersebut. Pengumpulan jenis ini adalah amat sesuai bagi aktiviti pembelajaran yangmemerlukan bimbingan dari murid-murid yang cerdas bagi murid-murid yang kurang

    cerdas. Dengan cara ini, bakat kepimpinan murid-murid yang cerdas dapat dikembangkan serta

    nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, bertimbangrasa, bertanggungjawab dan toleransi

    dapat dipupuk dalam kumpulan jenis ini. Semasa aktiviti menjawab soalan matematik secara

    kumpulan, saya dapati ada yang suka untuk menulis dan ada yang berusaha mengira

    menggunakan jari untuk mencari jawapan. Setelah mereka selesai menjawab soalan yang diberi

    dalam kumpulan, saya paparkan hasil kerja mereka di papan tulis dan semak bersama-sama

     jawapan yang telah diberi mengikut kumpulan masing-masing. Dari jawapan yang diberi, saya

    dapati mereka faham dan tahu untuk menjawab soalan matematik yang diberi dalam bentuk ayat

    kepada bentuk lazim semasa menjawab. Walaupun saya dapati ada sedikit kelemahan dalam

    penyediaan ruangan bentuk lazim yang mana ada murid yang keliru dalam penyalinan semula

    soalan di ruangan yang sepatutnya. Namun ini dapat disedari sendiri oleh murid kekeliruan

    yang telah dilakukan dan dapat diatasi dengan membuat sedikit pembetulan walaupun kelihatan

    sedikit kotor pada ruangan jawapan mereka.

    Kelemahan yang terdapat semasa proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan adalah

    bahan bantu mengajar iaitu kad yang mengandungi soalan latihan dalam kumpulan kurang

    menarik dan kurang kandungan dari segi bilangan soalan. Bilangan soalan untuk kerja

    kumpulan sepatutnya diberi lebih kerana mereka akan menyelesaikan soalan secara kumpulan

    tetapi saya beri hanya satu soalan kerana pengisian pengajaran yang dibuat hanya untuktempuh tiga puluh minit. Tulisan kurang menarik dan sepatutnya saya gunakan tulisan yang

    ditaip supaya kelihatan lebih cantik dan menarik. Dari segi penggunaan ruang menjawab dalam

    bentuk lazim ada kekeliruan penggunaan ruang oleh murid dan mereka menyedarinya kerana

    tidak membuat tinjauan menyeluruh dahulu sebelum menulis dalam bentuk lazim. Suasana

    kelas kedengaran sedikit bising kerana penglibatan murid yang aktif dan ada pula beberapa

    orang yang kelihatan sedikit bosan kerana cuaca yang panas ketika itu mempengaruhi tumpuan

    mereka pada pembelajaran. Namun begitu, melalui penilaian yang dibuat semasa

    pembentangan hasil kerja kumpulan saya dapati murid-murid dapat mencapai objektif yang

    diharapkan kerana semua soalan yang diberi dapat dijawab dengan betul. Hal ini disokong pula

    dengan hasil kerja latihan bertulis secara individu yang telah diberi. Setelah saya semak hasil

    kerja mereka saya dapati semua orang dapat menjawab dengan betul sekurang-kurangnya

    tiga dari lima soalan yang diberi. Latihan secara latih-tubi boleh diberikan kepada murid-murid

    ini sebagai kerja rumah bagi membantu mereka dalam mempertingkatkan kemahiran menolak.

    Oleh yang demikian, di sini saya boleh rumuskan bahawa kaedah-kaedah yang saya

    gunakan berjaya dilaksanakan dan murid-murid menglibatkan diri secara aktif semasa proses

    pengajaran dan pembelajaran berlaku. Saya harapkan di masa akan datang, saya akan dapat

    mempelbagaikan lagi kaedah-kaedah bagi menarik minat murid supaya murid-murid akan dapat

    memahami sesuatu topik yang disampaikan dengan lebih jelas. Penggunaan kaedah dan teknik

    yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu lebih menarik dan akan memberi ruanguntuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu

  • 8/13/2019 Cth Refleksi Pnp

    3/10

    dan bosan. Terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, pemilihan terhadap kaedah dan

    teknik yang lebih sesuai perlulah dilakukan secara berhati-hati supaya tidak menghalang dalam

    melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan lebih berkesan. Aktiviti-

    aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untukmembolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan dapat difahami dengan lebih

     jelas dan tepat. Aktiviti yang dipilih harus mempengaruhi intelek, emosi, minat dan

    kecenderungan pelajar secara berkesan serta mampu untuk menjelaskan pengajarannya.

    Jika saya berpeluang untuk mengajar topik ini lagi kepada kumpulan pelajar yang sama, saya

    akan gunakan pendekatan dan kaedah yang sama. Cuma semasa penerangan saya akan

    gunakan kemudahan ICT supaya murid-murid akan dapat melihat dengan jelas penggunaan

    ruang semasa penyelesaian soalan tolak dalam bentuk lazim. Sememangnya penggunaan

    computer dan multimedia penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat

    memupuk pebagai kecekapan seperti menggalakkan potensi imaginative, kreatif, emosi,

    pemikiran logic dan kritikal. Penggunaan computer dan multimedia dalam pengajaran dengan

    memilih perisian yang sesuai dengan pembelajaran adalah penting supaya kecerdasan atau IQ

    para pelajar dapat dikukuhkan lagi.

    REFLEKSI PENGAJARANPendahuluan:   

    Refleksi saya berdasarkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa

    Malaysia Tahun 4. Masa yang ditetapkan 30 minit. Tajuk pengajaran ialah ayat pasif dan ayat

    aktif. Setelah melihat semula rakaman dan pendapat daripada rakan-rakan dapatlah saya

    simpulkan kelemahan dan kelemahan pengajaran saya seperti berikut. Namun bagitu ada juga

    lain-lain kelemahan.

    Kekuatan:   

    Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah

    perancangan p&p saya dapat menimbulkan minat murid untuk belajar. Semasa saya

    menayangan slaid Microsoft Powerpoint tentang aktiviti membaca buku, anak murid tertarik

    dengan gambar-gambar yang saya tayangkan kerana ada unsur-unsur lucu dan menunjukkan

    minat untuk belajar. Mereka dapat memberikan nama aktiviti dengan betul. Semasa aktiviti soal

     jawab, saya berasa gembira melihat penglibatan dan kerjasama mereka yang baik semasa

    menjawab soalan. Apabila jawapan mereka betul, saya memberi pujian dan dapat melihat

    kepuasan ditunjukkan di air muka mereka. Apabila mereka dapat menjawab dengan betul,

    terbukti mereka memahami pengajaran yang saya sampaikan. Saya berasa puas hati kerana

    murid-murid dapat menikmati pembelajaran mereka dan objektif saya juga tercapai

    Kelebihan kedua adalah kejelasan saya dalam memberikan arahan dan pengajaran.

    Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan

    yang jelas dan ringkas memudahkan murid memahami kehendak saya dan bagaimana sesuatu

    aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah murid dapatmenjalankan pembelajaran dengan lancar. Seterusnya, mereka dapat melakukan aktiviti bertulis

  • 8/13/2019 Cth Refleksi Pnp

    4/10

    dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat mempelajari ilmu yang baru yang

    diajar pada hari itu.

    Kelebihan ketiga pengajaran saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang

    lantang,murid dapat mendengar apa yang disampaikan dengan jelas dan seterusnya membantu

    pemahaman murid dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam

    menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara dapat menarik tumpuan murid supaya fokus kepada

    isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Apabila saya menanyakan

    soalan, murid dapat mendengar dengan jelas serta menjawab dengan betul menunjukkan

    kefahaman mereka terhadap penyampaian saya. Ketegasan adalah terkandung dalam

    kelantangan suara semasa menyampaikan pelajaran. Ini membuatkan murid-murid lebih hormat

    kepada guru.

    Kelemahan:   

    Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan

    tugasan pengajaran makro saya ialah penggunaan bahasa baku yang salah. Ada ketikanya

    saya menggunakan bahasa dialek. Semasa melihat semula rakaman makro teaching saya, didapati saya menyebut beberapa perkataan dialek walaupun bertujuan jenaka. Walau

    bagaimanapun, saya mengajar sebutan dan ayat betul agar mereka memahami bagaimana

    membentuk struktur ayat yang betul. Guru adalah pengajar murid yang pertama. Jika guru

    sendiri menyebut salah, anak murid kita akan keliru. Saya dapati tanpa sedar saya telah

    dipengaruhi oleh bahasa pasar atau rojak.. Hal ini saya akan ambil secara serius dan akan lebih

    berhati-hati dalam pengajaran.

    Kelemahan yang kedua, set masa pada slaid powerpoint agak cepat bertukar semasa set

    induksi menyebabkan ada gambar yang tidak sempat saya beri penerangan lengkap. Walau

    bagaimanapun, semasa menggunakan projektor tayang untuk bacaan dan latihan ayat, murid

    dapat membaca dengan jelas disebabkan tayangan yang lama dan jelas. Pada masa tersebut

    saya dapat memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas. Saya juga meluangkan sedikit masa

    untuk memberi teguran kepada murid-murid yang nakal agar seluruh perjalanan pengajaran

    saya tidak terjejas. Jika guru tidak dapat mengurus atau menjaga tatatertib murid di dalam kelas

    dengan baik, maka murid tidak akan menumpukan perhatian dan mendengar pelajaran yang

    disampaikan.

  • 8/13/2019 Cth Refleksi Pnp

    5/10

      Kelemahan yang ketiga ialah ketepatan mengikut masa. Ketepatan masa penting bagi

    memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan rakaman

    dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk

    menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan terdapatnya

    gangguan-gangguan dan hal- hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untukmelakukan sesuatu langkah tidak seiring. Walau bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran

    tidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik. Namun begitu, guru perlu memastikan

    murid faham akan isi pembelajaran daripada terikat dengan masa. Guru perlu fleksibel tentang

    masa.

    Untuk masalah saya yang pertama, saya hendaklah membuat persiapan awal yang

    mencukupi untuk mengelakkan perkara yang sama berlaku lagi. Saya hendaklah lebih

    berwaspada dan menumpukan perhatian semasa menjalankan pengajaran. Saya perlu

    memahami maksud kosakata dalam petikan dan penggunaan ayat pasif dan aktif. Bacaan

    adalah penting kerana murid Tahun 4 yang baru mula belajar jenis-jenis ayat dengan mendalam.

    Mereka perlu bersedia dengan penggunaan ayat sebagai persediaan menghadapi peperiksaan

    UPSR. Pengetahuan mendalam guru tentang jenis-jenis ayat amat penting. Semasa

    memperkenalkan kosakata yang baru, jika guru salah memberi maksud, murid akan terus keliru.

    Merujuki kamus juga perlu dilakukan. Sebagai seorang guru, pengetahuan mendalam tentang

    ayat dan maksud perkataan perlu dititik beratkan agar murid lebih faham. Dengan ini, kesalahan

    itu tidak akan berterusan dan bahasa Malaysia tidak akan tercemar atas kesilapan guru itu.

    Masalah saya yang kedua, saya seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti

    murid. Namun begitu saya mengunakan bilik tayang yang agak terbatas ruang menyebabkankurang dapat bergerak kearah setiap murid. Saya menggunakan bilik tayang agar rakaman

    dapat berjalan dengan lancar walau ada juga gangguan. Ketetapan masa Slaid Powerpoint akan

    saya suaikan dengan penerangan saya agar ianya tidak bertukar semasa saya belum tamat

    memberi penerangan tentang gambar tersebut. Selain itu, guru perlu membantu murid secara

    dekat semasa mereka menjalankan aktiviti dan lebih mudah mengenal pasti kelemahan murid-

    murid melalui pemerhatian. Guru boleh memberi tunjuk ajar kepada murid yang lemah dan murid

     juga boleh berinteraksi dengan guru dengan mudah.

    Bagi masalah yang ketiga ialah masa. Masa p&p yang ditetapkan adalah supaya kita

    tidak terguna masa guru lain yang masuk ke kelas pada waktu yang seterusnya. Masa adalah

    salah satu elemen yang perlu dikira dalam setiap p&p. Guru perlu fikirkan apa jenis ABM, bahan

    pengajaran yang boleh digunakan dan sesuai dengan tahap penguasaan muridnya. Walaupun

    saya menetapkan lima minit diluangkan ke atas langkah set induksi, tetapi saya telah terlebih

    guna. Ini menyebabkan langkah pengajaran perlu dikurangkan. Oleh itu saya gabungkan 20

    minit untuk penerangan dan latihan supaya murid lebih faham isi pembelajaran. Pada akhir

    pengajaran, saya telah gunakan 5 minit untuk meneliti kerja murid seterusnya membuat teguran

    terutama kepada murid lemah yang dikenalpasti. Walau bagaimanapun saya telah terlebih masa

    hampir 2 minit daripada keseluruhan masa p&p.

  • 8/13/2019 Cth Refleksi Pnp

    6/10

  • 8/13/2019 Cth Refleksi Pnp

    7/10

     

     Aktiviti berkumpulan membolehkan murid membentuk sikap bekerjasama, bertolak ansur d

    an boleh menerima pendapat orang lain. Melalui aktiviti berkumpulan ini dapat dilihat dengan

     jelas bahawa mereka mempunyai sikap bekerjasama, tolong menolong dan rela menerima pen

    dapat kawan-kawannya dalam menyiapkan tugasan yang diberi dalam masa yang singkat. Persaingan untu

    k menjadi yang pertama telah menguatkan lagi semangat kerja berkumpulan. 

    KELEMAHAN 

     Antara kelemahan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran

    ini adalah guru tidak menulis hari, tajuk dan tarikh. Justeru itu tidak hairanlah jika di

    akhir pelajaran masih adamurid yang agak keliru apabila ditanya tentang apa yang mereka pelajari pada hari tersebut.

    Tiada penglibatan secara individu dalam bacaan dilakukan. Murid hanya diminta membaca sec

    ara beramai-ramai. Kadangkala guru lupa

    menyebut nama murid ketika meminta murid menjawab soalan. Soaljawab antara guru dengan

      murid secara individu juga dilihat kurang dilakukan. Murid dilihat suka menjawab secara bera

    mai-ramai.

    Cara Mengatasi 

    Setiap kelemahan-kelemahan

    yang dikesan perlu diambil serius dan diatasi dengan melakukan penambahbaikan untuk me

    ningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

    Saya seharusnya ingat untuk menulis hari, tajuk dan tarikh di papan tulis sebagai langkah aw

    al untuk murid mengetahui apa yang bakal dipelajarinya nanti. Saya juga harus member pelu

    ang kepada beberapa orang murid untuk membaca secara individu. Dengan cara ini saya bol

    eh mengesan kebolehan membaca seseorang murid dengan lebih tepat. Saya juga harus lebi

    h prihatin ketika sesi soal jawab yang berlaku antara guru

    dengan murid terutamanya penyoalan secara individu.

    Saya seharusnya ingat nama semua murid. 

    Walaupun kaedah yang saya gunakan membolehkan objektif pengajaran saya tercapai,

    saya amat berharap di masa yang akan datang, saya akan pelbagaikan lagi kaedah-

    kaedah yang lebih menarik agar murid-murid dapat memahami sesuatu topik dengan lebih

     jelas dan terperinci lagi. Diharapkan kaedah dan teknik yang pelbagai

    akan menjadikan pengajaran itu menarik dan akan member ruang untuk membolehkan pelajar

    terlibat secara aktif sepanjang sesi pengajaran tanpa rasa jemu dan bosan di samping boleh

    mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. 

  • 8/13/2019 Cth Refleksi Pnp

    8/10

    emasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas pengurusan bilik

    darjah sebuah kelas prasekolah. Aspek yang diperhatikan adalah dari segi perancangan,

    pengelolaan, pengawalan dan arahan guru dalam kelas tersebut. Saiz bilik darjah agak sempit dengan ruang pembelajaran yang terhad. Sistem pencahayaan

    dan pengudaraan kurang baik menjadikan suasana kelas panas. Terdapat banyak hasil

    kerja murid yang digantung dan ditampal di sekeliling kelas menjadikan kelas kelihatan

    berserabut, agak padat dan sesak. Kumpulan kami mendapati guru telah membuat perancangan pengajaran sehari sebelum

    pengajaran. Murid membuat aktiviti dalam kumpulan dan berkongsi bahan maujud dalam

    kumpulan. Terdapat juga murid yang kurang berpuas hati apabila tidak dapat menyentuh

    semua bahan. Dari segi penilaian, kami mendapati terdapat rekod penilaian yang tidak

    dilengkapkan. Guru menggunakan corak kepimpinan autokratik dalam mengawal disiplin

    murid. Kadang kala guru menggunakan suara yang agak tinggi dan sesekali menunjukkan

    pembaris sebagai amaran kepada murid. Murid agak takut dan sedikit pasif. Seorang murid

    menangis setelah dimarahi guru. Murid akur dengan arahan guru. Arahan guru dapat

    difahami oleh murid. Bahasa guru mudah dan arahan tidak mengelirukan. Setelah selesai membuat pemerhatian, kami membuat perbincangan dalam kumpulan bagi

    melengkapkan laporan. Kami dapati suasana kelas kurang kondusif. Walaupun guru

    merancang dengan baik, keadaan fizikal bilik darjah yang sempit dan panas sedikit

    sebanyak mengganggu emosi pelajar seperti tidak selesa dan berpeluh-peluh. Ini seperti

    yang dikatakan oleh Marland dalam buku yang ditulis oleh Ee Ah Meng (2001) iaitu suasana

    fizikal bilik darjah mungkin merupakan ”kawan” atau ”musuh” dalam pengajar an. Susun aturbilik darjah yang baik boleh merangsang pembelajaran murid. Murid-murid prasekolah

    berminat dengan bahan maujud dan mahu memiliki bahan yang sama dengan rakan mereka

    disebabkan oleh sifat egosentrik yang ada dalam diri masing-

    masing. Komunikasi dan gaya kepimpinan autokratik guru boleh menyebabkan emosi

    murid terganggu.

    Kami juga melihat penilaian perkembangan murid yang tidak disempurnakan boleh

    menyebabkan guru sukar mengubahsuai perancangan pengajaran dan pembelajaran

    berikutnya supaya bersesuaian dengan tahap murid. Setelah selesai melakukan tugasan ini, kami lebih menyedari tentang keperluan murid-muridprasekolah dan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Berdasarkan pengurusan kelas yang telah kami perhatikan, kami berpendapat guru

    prasekolah tersebut perlu mewujudkan suasana kelas yang lebih kondusif dengan

    mengubah susunan kerusi meja dalam kelas supaya ada ruang yang lebih luas untuk

    memudahkan pergerakan murid. Bilangan hasil kerja murid perlu sesuai dengan ruang agar

    tidak terlalu sesak dan ditukar ganti setiap minggu supaya dapat menarik perhatian

    murid. Ubahsuaian tingkap perlu bagi mewujudkan pengudaraan yang lebih dalam

    kelas. Semasa mengelolakan pengajaran dan pembelajaran, guru perlu memastikan bahan

    yang disediakan mencukupi supaya tidak menjadi rebutan murid.

  • 8/13/2019 Cth Refleksi Pnp

    9/10

    Murid-murid prasekolah masih tergolong sebagai kanak-kanak yang amat gemar kepada

    aktiviti permainan. Justeru guru prasekolah perlu merancang isi dan aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran berbentuk permainan untuk menarik minat murid. Semasa mengelolakan

    pengajaran dan pembelajaran, arahan guru harus jelas dan tidak mengelirukan.

    Hati kami tersentuh apabila mengenangkan salah seorang murid yang menangis setelah

    dimarahi guru. Oleh itu kami sedar bahawa sebagai guru prasekolah kita tidak boleh terlalu

    berkasar dengan murid. Sebaliknya murid-murid ini memerlukan perhatian dan kasih

    sayang. Justeru, guru-guru prasekolah perlu memenuhi tuntutan tersebut agar murid tidak

    rasa tertekan dan bersemangat untuk meneruskan pembelajaran. Cara ini sedikit berbeza

    dengan cara menangani murid KBSR yang usianya lebih tinggi.

    Guru prasekolah juga tidak boleh mengabaikan aspek penilaian ke atas perkembangan murid kerana mereka berada pada tahap pembelajaran

    aktif. Perkembangan kognitif, bahasa, emosi dan sosial perlu diperhatikan dengan penuh

    kesedaran dan tanggungjawab. Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan kami bahawa sebagai seorang guru

    prasekolah kita perlu sentiasa peka kepada keperluan dan kehendak naluri kanak-kanak

    prasekolah.

    REFLEKSI PENGAJARAN M IKRO  

    (Ini hanya contoh sahaja, Anda boleh menulis apa saja tentang pengalaman, situasi P&P,

     perasaan, kekuatan, kelemahan, masalah, positif atau negative…. dsb.) 

    1.  Kekuatan   Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan microteaching

    ialah ketegasan dan kelantangan suara. Suara yang lantang akan memudahkan murid

    mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh

     guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan

     sesuatu. Hal ini kemusian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid

    akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-

     gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid

    lebih hormat kepada guru.  Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam

     penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman

    murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas,

    memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang

    diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap

     penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. 

    2.  Kelemahan   Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan microteaching

    ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan

  • 8/13/2019 Cth Refleksi Pnp

    10/10

     perbandingan rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati

    masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini

    disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang

    lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Bagaimanapun, masa keseluruhan

     pengajaran tidak terlalu terjejas.  Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru

    didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap

     penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara

    itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga,

     guru dapat membantu murid dengan lebih dekat. 

    3.  Langkah Mengatasi  Setiap kelamahan dan kekurangan yang dikesan memerlukan penambah baikan bagi

    meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan

    kekurangan dalam tugasan microteaching, penambah baikan yang perlu dilakukan ialah

    ketepatan penggunaan masa menyampaikan pelajaran serta pemantauan murid di dalam

    kelas. Guru perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam RPH. Ketetapan

    masa perlu diikut bagi melancarkan proses PnP. Hal ini juga akan memudahkan guru

    menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran

    hingga tamat. 

    Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan

    melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat

    membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku

    murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta.

     Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Iamenunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.