2
Pada 16 Januari 2015, Pusat Kerjaya & Kaunseling (PKK) telah mengadakan program Koferensi Kes Kaunseling/ Perkongsian Ilmu Bil 1/ 2015 bertempat di Bilik Seminar PKK. Tajuk-tajuk pengisian yang disampaikan pada program ini ialah Penulisan Laporan Kes Kaunseling (Etika & Perundangan), Penggunaan Release of Information (ROI) dan Penyeragaman Laporan Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK). Pengisian program disampaikan oleh Tuan Haji Mohamed Soder Rahmad (Ketua Pusat, PKK) dan Cik Hajah Fozilah Abdul Hamid (Timbalan Ketua Kaunseling, PKK). Peserta yang terlibat adalah seramai 15 orang pegawai psikologi UiTM Shah Alam. SYABAS & TAHNIAH !!! Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355443498 Faks : 0355443493 Minda 2015 Kaunseling BIL 1 (JANUARI) KONFERENSI KES KAUNSELING/ PERKONGSIAN ILMU BIL1/ 2015 INFOMARSI KONFERENSI KES KAUNSELING/ PERKONGSIAN ILMU BIL 1/ 2015 # Objektif umum -membincangkan kes-kes kaunseling secara pro- fessional, Mendapatkan maklumat dan pandangan daripada pakar, Meningkatkan tahap pengetahuan dan profesionalisme Pegawai Psikologi #Objektif Khusus -kemahiran menulis laporan sesi berdasarkan etika dan perundangan, Pendedahan mengenai Release of Information (ROI), Meningkatkan pengetahuan mengenai pelaporan perkhidmatan Kerjaya dan Kaunseling. TAKWIM PELAKSANAAN KONFERENSI KES KAUNSELING/PERKONGSIAN ILMU TAHUN 2015 BIL PERKARA PENCERAMAH/PEMBENTANG TARIKH & MASA TEMPAT 1 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 1/2015 Tajuk 1: Taklimat Penulisan Laporan Sesi Kaunseling (Etika dan Perundangan) dan Penggunaan Release of Information (ROI) Tajuk 2:Penyeragaman Pelaporan Bulanan : Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya Tn Hj Mohamed Soder Rahmad (Ketua Pusat PKK) Hjh Fozilah Abd Hamid (Timbalan Ketua Kaunseling) 16/1/2015 8.00am – 5.00pm Bilik Seminar, PKK 2 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 2/2015 Tajuk : Modul Kaunseling Syarie Dr. Abdul Ghaffar bin Surip Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Insan, JAKIM 12/2/2015 8.00am – 1.00pm Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 3 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 3/2015 Tajuk : Art Therapy & Healing Processs During Disaster Pn Wan Noraini Wan Yusoff Pn Rokiah Mahmood Pn Salwani Ibrahim 3/4/2015 (Rabu) 8.00am – 12.00pm Bilik Seminar, PKK 4 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 4/2015 Tajuk 1 : Trauma & Krisis Tajuk 2 : Hypnotherapy En Norhisham Ya’cob Pn Nur Farahzawanah Ali Cik Norrazila Razuan Pn Nurulaini Muhiyuddin 2/7/2015 8.00am – 12.00pm Bilik Seminar, PKK 5 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 5/2015 Tajuk : Self Care Tn Hj Hairol Kamal Hj Abd Rahman Ketua Unit Psikologi & Kaunseling Hospital Rehabilitasi Cheras 5/8/2015 8.00am – 12.00pm Bilik Seminar, PKK 6 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 6/2015 Tajuk : Pendekatan Art Therapy dalam Kaunseling Prof Madya Mohd Makzan Bin Musa Pensyarah Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, UUM 2 - 4/11/2015 (Isnin - Rabu) Universiti Utara Malaysia, (UUM) Sintok

dan profesionalisme Pegawai Psikologi · PDF file-kemahiran menulis laporan sesi berdasarkan etika dan perundangan, Pendedahan mengenai Release ... Tajuk 1: Taklimat Penulisan Laporan

  • Upload
    ngotu

  • View
    260

  • Download
    11

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: dan profesionalisme Pegawai Psikologi · PDF file-kemahiran menulis laporan sesi berdasarkan etika dan perundangan, Pendedahan mengenai Release ... Tajuk 1: Taklimat Penulisan Laporan

Pada 16 Januari 2015, Pusat Kerjaya & Kaunseling (PKK) telah mengadakan program Koferensi Kes

Kaunseling/ Perkongsian Ilmu Bil 1/ 2015 bertempat di Bilik Seminar PKK. Tajuk-tajuk pengisian yang

disampaikan pada program ini ialah Penulisan Laporan Kes Kaunseling (Etika & Perundangan), Penggunaan

Release of Information (ROI) dan Penyeragaman Laporan Perkhidmatan Kaunseling dan Kerjaya. Antara

aktiviti yang dijalankan adalah ceramah dan latihan dalam kumpulan (LDK). Pengisian program disampaikan

oleh Tuan Haji Mohamed Soder Rahmad (Ketua Pusat, PKK) dan Cik Hajah Fozilah Abdul Hamid (Timbalan

Ketua Kaunseling, PKK). Peserta yang terlibat adalah seramai 15 orang pegawai psikologi UiTM Shah Alam.

SYABAS & TAHNIAH !!!

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355443498 Faks : 0355443493

Minda 2015

Kaunseling

BIL 1 (JANUARI)

KONFERENSI KES KAUNSELING/ PERKONGSIAN ILMU BIL1/ 2015

INFOMARSI KONFERENSI KES KAUNSELING/ PERKONGSIAN ILMU BIL 1/ 2015

# Objektif umum -membincangkan kes-kes kaunseling secara pro-fessional, Mendapatkan maklumat dan pandangan daripada pakar, Meningkatkan tahap pengetahuan dan profesionalisme Pegawai Psikologi #Objektif Khusus -kemahiran menulis laporan sesi berdasarkan etika dan perundangan, Pendedahan mengenai Release of Information (ROI), Meningkatkan pengetahuan mengenai pelaporan perkhidmatan Kerjaya dan Kaunseling.

TAKWIM PELAKSANAAN KONFERENSI KES KAUNSELING/PERKONGSIAN ILMU TAHUN 2015

BIL PERKARA PENCERAMAH/PEMBENTANG TARIKH & MASA TEMPAT

1 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 1/2015 Tajuk 1: Taklimat Penulisan Laporan Sesi Kaunseling (Etika dan

Perundangan) dan Penggunaan Release of Information (ROI) Tajuk 2:Penyeragaman Pelaporan Bulanan : Perkhidmatan

Kaunseling dan Kerjaya

Tn Hj Mohamed Soder Rahmad

(Ketua Pusat PKK) Hjh Fozilah Abd Hamid (Timbalan Ketua Kaunseling)

16/1/2015 8.00am – 5.00pm

Bilik Seminar, PKK

2 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 2/2015 Tajuk : Modul Kaunseling Syarie

Dr. Abdul Ghaffar bin Surip

Ketua Penolong Pengarah

Bahagian Pembangunan Insan, JAKIM

12/2/2015 8.00am – 1.00pm

Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia

(JAKIM) 3 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 3/2015

Tajuk : Art Therapy & Healing Processs During Disaster Pn Wan Noraini Wan Yusoff Pn Rokiah Mahmood Pn Salwani Ibrahim

3/4/2015 (Rabu) 8.00am – 12.00pm

Bilik Seminar, PKK

4 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 4/2015 Tajuk 1 : Trauma & Krisis Tajuk 2 : Hypnotherapy

En Norhisham Ya’cob Pn Nur Farahzawanah Ali

Cik Norrazila Razuan Pn Nurulaini Muhiyuddin

2/7/2015 8.00am – 12.00pm

Bilik Seminar, PKK

5 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 5/2015 Tajuk : Self Care

Tn Hj Hairol Kamal Hj Abd Rahman

Ketua Unit Psikologi & Kaunseling

Hospital Rehabilitasi Cheras

5/8/2015 8.00am – 12.00pm

Bilik Seminar, PKK

6 Konferensi Kes Kaunseling/Perkongsian Ilmu Bil 6/2015 Tajuk : Pendekatan Art Therapy dalam Kaunseling

Prof Madya Mohd Makzan Bin Musa Pensyarah

Pusat Pengajian Pembangunan Sosial, UUM

2 - 4/11/2015

(Isnin - Rabu) Universiti Utara

Malaysia, (UUM)

Sintok

Page 2: dan profesionalisme Pegawai Psikologi · PDF file-kemahiran menulis laporan sesi berdasarkan etika dan perundangan, Pendedahan mengenai Release ... Tajuk 1: Taklimat Penulisan Laporan

Pusat Kerjaya dan Kaunseling, Aras 5, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam. Tel: 0355443498 Faks : 0355443493

“Mencuci tangan berulang-ulang kerana anda merasa tidak bersih atau kotor”

“Menyusun baju di almari berulang-ulang kerana anda masih berasa tidak kemas”

“Mengira duit berkali-kali sehingga 10 kali kerana anda berasa takut salah kira”

“Sudah mengunci pintu kereta/rumah tetapi berasa belum dikunci”

Pernahkan anda mengalami situasi diatas? Jika ada, anda berkemungkinan menghadapi masalah

OCD. Apa itu OCD?? Obsessive Compulsive Disorder atau juga dikenali sebagai OCD

merupakan penyakit berkaitan dengan masalah mental. Mengikut DSM IV (2000) OCD

merupakan penyakit yang disebabkan oleh kewujudan pemikiran yang menghasilkan

kebimbangan (Obsessive) sehingga menyebabkan tindakbalas yang berulang-ulang

(Compulsive) bagi tujuan mengurangkan kebimbangan tersebut.

Namun tingkahlaku OCD tidak banyak disedari oleh penghidapnya kerana ianya bukan

berdasarkan kepada satu pemikiran dan tingkahlaku tetapi mempunyai banyak ragam yang

berbeza-beza. Menurut Sturgis dan Meyes (1981) menyatakan OCD boleh dipecahkan kepada

tiga iaitu pemikiran yang berkaitan ingin mencederakan diri sendiri atau orang lain, pemikiran

yang berhubung dengan pencemaran dan ragu-ragu yang berulang-ulang.

Pemikiran ingin mencederakan diri sendiri atau orang lain boleh dilihat melalui kes-kes ibu yang

baru bersalin. Ini kerana bagi ibu yang bersalin sulung ada kecenderungan mengalami masalah kecelaruan pemikiran untuk

mencederakan anak mereka sendiri terutamanya ketika anak mereka sedang menangis (Button & Reivich, 1974). Perkara ini

menimbulkan rasa gelisah dan ingin mencederakan bayi mereka sendiri.

Pemikiran yang berhubung dengan pencemaran pula berkait rapat dengan individu yang berfikir secara keterlaluan tentang pencemaran

dan kekotoran. Penghidap OCD akan menukarkan pemikiran tersebut kepada tingkah laku. Misalnya apabila mereka duduk di atas

kerusi di tempat awam seperti stesen bas atau dalam dewan, penghidap OCD akan merasa tidak selesa kerana mereka berasa seolah-

olah seluar mereka kotor (Hodgson & Rachman, 1972). Hal yang sama juga akan berlaku jika penghidap OCD tersentuh atau terpegang

sesuatu benda, ini akan menyebabkan mereka mencuci tangan mereka berkali-kali kerana mereka beranggapan benda yang disentuh

atau dipegang itu adalah sangat kotor. Pemikiran ragu-ragu yang berulang-ulang pula akan menyebabkan penghidapnya merasa ragu-

ragu dengan segala tingkah lakunya yang lepas. Contoh yang mudah untuk dilihat ialah seseorang penghidap OCD jenis ini akan

memastikan pintu kereta mereka ditutup dengan betul dan akan menyebabkan mereka memeriksa pintu kereta berkali-kali dalam sehari.

Hal ini menyebabkan perubahan kepada emosi, pemikiran dan tingkah laku kepada penghidapnya.

Kesimpulannya, pengetahuan tentang masalah mental seperti OCD ini amat penting kerana ia akan mendidik masyarakat tentang

adanya penyakit-penyakit seperti ini yang akan dihidapi oleh sesiapa sahaja. Dengan pengetahuan yang ada diharapkan dapat membantu

masyarakat memahami bagaimana penyakit ini memberi kesan kepada kehidupan seseorang dan membolehkan masyarakat

mencegahnya dari peringkat awal lagi.

AKAN DATANG ( OCD- RAWATAN DAN PENCEGAHAN)

Rosdi Ali

Pegawai Psikologi

Pusat Kerjaya & Kaunseling

Bahagian HEP, UiTM Shah Alam

Rujukan :

#American Pyshiatric Association (2000). Diagnostic and Statistical Manual of

Mental Disorder (4th), Text Revision. Washington D.C.

#Azizi Yahaya & Jamaludin Ramli (2007). Psikologi Abnormal (Cetakan kedua 2010).

Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

#Azizi Yahaya & Tan Soo Yin (2007). Kesihatan Mental (Cetakan ketiga 2011). Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia,

Skudai.

#James N. Butcher, Susan Mineka & Jill M. Hooley (2013). Abnormal Psychology (15th Edition). USA. Pearson Education.

#Maarof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2004). Psikologi (Edisi Kedua). Kuala Lumpur. Mc Graw Hill Malaysia Sdn Bhd.

#Puvaneswari Candiah (1981). Buku Panduan Kejururawatan Psikiatri (Cetakan Kedua 1996). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) – Kenali OCD Dan Jenis-Jenisnya

Untuk Maklumat Terkini, Sila

Layari Laman Web Kami :

www.jobshop.uitm.edu.my

Atau Kami di

www.facebook.com/PKKUiTM