Upload
yenfatinezati
View
31
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
darah
Citation preview
DARAHNAMA PENSYARAH:
EN SELVARATNAM A/L NAVARATNAMDISEDIAKAN OLEH:
AZNUR NIZZA YUCQUE BINTI AZRALLINDA EU HAI LUN
PENGENALAN• Darah terdiri daripada–Pepejal (sel darah) 40%–Cecair (plasma) 60%
• Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah.• Darah terdiri daripada plasma, sel darah
merah, sel darah putih dan sel pembekuan (platelet).
FUNGSI DARAH1. Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel
dan tisu badan.2. Melawan jangkitan kuman.3. Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-
hormon dan enzim-enzim.4. Memberi warna kepada kulit.5. Mengawal suhu badan.6. Mengelakkan badan kita daripada kehilangan darah
yang banyak sewaktu kemalangan/kecederaan berlaku.7. Mengimbangkan nilai pH (nilai keasidan) dalam cecair
badan, suhu badan dan kandungan air dalam sel.
KOMPOSISI DARAH
Sel-sel dalam darah
Sel Darah Merah
(Eritrosit)
Sel Darah Putih
(Leukosit)
Platelet(Trombosit)
Plasma
Air, ions, albumin,
fibrinogen, immunoglobis,
hormon
FUNGSI UTAMA ELEMEN DALAM DARAH AIR• Merupakan pelarut yang berfungsi untuk mengangkut bahan
terlarut seperti glukos.
IONS• Mengekalkan keseimbangan osmotik dalam darah dan pH darah
pada 7.4.
ALBUMIN (PLASMA PROTEIN)• Mengekalkan keseimbangan osmotik antara darah dan cecair
interstitial, sebagai pelindung menentang perubahan pH dan sebagai sistem pertahanan menentang penyakit.
FIBRINOGEN (PLASMA PROTEIN)• Terlibat dalam pembekuan darah untuk
mengelakkan kehilangan darah yang banyak.
IMMUNOGLOBIN (PLASMA PROTEIN)• Antibodi dalam sistem imuniti badan.
HORMON• Mengawal aktiviti fisiologikal badan.
Bahan terlarut• Nutrien seperti glukos, vitamin, bahan
kumuh seperti urea dan karbon dioksida.• Penting untuk membekalkan tenaga, proses
tumbesaran dan mengekalkan kesihatan.
SEL DARAH MERAH
• Berbentuk leper dengan tengahnya lebih nipis berbanding dengan sisinya.• Tidak mempunyai nukleus.• Diameter- 7.5 mikrometer.• Bikoncave - pertukaran gas O2 dan CO2.
• Setiap satu eritrosit mengandungi kira-kira 250 juta molekul haemoglobin (protein yang membawa oksigen dari kawasan yang banyak oksigen ke kawasan yang kurang oksigen dan memberikan sel darah merah warna merah).
• Jangka hayat - 120 hari.• Dimusnahkan di hati dan hempedu.• Dibentuk secara berterusan dalam sumsum tulang
(bone marrow) pada tulang panjang, tengkorak dan tulang belakang.• Lebih daripada 2 juta sel darah merah dimusnah dan
digantikan setiap saat dalam badan manusia.
SEL DARAH PUTIH• Dibahagikan kepada dua iaitu granular dan agranular• Tidak mempunyai warna (colourless) dan mempunyai
nukleus.• Tidak mempunyai haemoglobin.• Lebih besar daripada sel darah merah.• Diperbuat daripada sel stem (stem cell) dalam
sumsum tulang.• Untuk melawan jangkitan dalam pelbagai cara.
GRANULAR
• NEUTROPHILS (50-70%)
• EOSINOPHILS (1-4%)
• BASOPHILS (<1%)
AGRANULAR
• LYMPHOCYTES (25-40%)
• MONOCYTES (2-8%)
GRANULAR
NEUTROPHILSMerupakan
“phagocytes” yang mengelilingi dan
mencerna bakteria dan sel-sel mati.
EOSINOPHILSMembebaskan
enzim yang menentang
keradangan ketika alergik dan
membunuh cacing parasit.
BASOPHILSMenghalang
keradangan dan alergik.
AGRANULAR
LYMPHOCYTESMenghasilkan tindak balas imun terhadap benda asing dalam
badan.
MONOCYTESMerupakan “phagocytes”
yang mengelilingi dan mencerna bakteria dan
sel-sel mati.
PLATELET
• Dihasilkan dalam sum-sum tulang.• Tidak mempunyai nukleus.• Berfungsi menghalang kehilangan darah dengan
membentuk plug darah dan membentuk darah beku.
MEKANISME PEMBEKUAN DARAH
• Keperluan/kepentingan pembekuan darah:–Menghalang kehilangan darah yang banyak dari
badan–Menghalang kemasukan mikroorganisma dan
partikel asing ke dalam badan menerusi luka –Mengekalkan tekanan darah–Mengekalkan pengedaran darah di dalam sistem
pengedaran tertutup
3. Pembekuan Darah
Aktivasi (prothrombinase)
Prothrombinase menukar prothrombin trombin
Trombin menukar fibrinogen kepada
fibrin
2. Plug PlateletPlatelet darah melekit dan tergumpal bersama. Kerosakan kecil sel darah akan diperbaiki oleh plug platelet. Plug platelet mengurangkan
kehilangan darah.
1. Pengecutan Salur / Pembuluh DarahSalur darah di sekeliling luka akan mengecut sebagai tindakbalas terhadap kecederaan dan mengurangkan aliran darah keluar
(kehilangan darah).
5. Penarikan Pembekuan
Penarikan pembekuan mencairkan darah beku dengan
menarik dan mencantumkan tisu-tisu yang rosak.
Pemecahan pembekuan (fibrinolisis) disempurnakan
oleh plasmin.
4. Kawalan Pembekuan DarahAntikoagulasi (antitrombin & heparin) dalam darah mencegah
pembekuan darah.
STRUKTUR DAN FUNGSI SALUR DARAH
Terdapat 3 jenis salur darah yang utama:1. Arteri2. Vena3. Kapilari
ARTERI• Arteri ialah salur darah yang membawa darah
keluar dari jantung ke bahagian-bahagian lain badan.• Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya
ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh denyutan jantung.• Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol.• Semua arteri membawa darah beroksigen
kecuali arteri pulmonari.
VENA• Vena ialah salur darah yang membawa darah dari
bahagian-bahagian lain badan ke jantung.• Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang
lebih besar jika dibandingkan dengan arteri.• Darah yang berada dalam vena mengalir pada
tekanan yang rendah. Oleh itu, dinding yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan rintangan yang kurang terhadap pengaliran darah.• Vena bercabang-cabang membentuk venul.
KAPILARI DARAH• Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil.• Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada
venul.• Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.• Dinding-dindingnya yang nipis serta telap
memudahkan resapan bahan-bahan antara darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.
PERBEZAAN VENA, ARTERI DAN KAPILARI
NAMA VENA ARTERI KAPILARI
SAIZ LUMEN Besar Sederhana Kecil
KETEBALAN DINDING
Sederhana Tebal Nipis (1 sel tebal)
INJAP Ada Tiada Tiada
NADI Tiada Ada Tiada
JENIS DARAH
Tidak beroksigen
Beroksigen Campuran
FUNGSI Darah dari badan ke jantung
Darah dari jantung ke bahagian badan lain
Menghubungkan arteriol dan venul
Berikut adalah jadual bagi menentukan samada darah penderma adalah sesuai atau tidak
dengan darah penerima.
Penderma Universal• Kumpulan darah O boleh menderma kepada SEMUA kumpulan
darah, tetapi hanya boleh menerima daripada kumpulan darah O sahaja.
• Oleh itu, kumpulan darah O dikenali sebagai Penderma Universal kerana boleh mendermakan darahnya kepada semua kumpulan.
Penerima Universal• Manakala Kumpulan darah AB pula boleh menerima daripada
SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan AB sahaja.
• Oleh itu, kumpulan darah AB dikenali sebagai Penerima Universal kerana boleh menerima darah daripada semua kumpulan.
PENYAKIT BERKENAAN DARAH
Sejenis penyakit mengakibatkan darah seseorang tidak boleh membeku dengan normal.
Sejenis penyakit 'genetic sex linked chromosome X recessive'. Ini bermakna hanya gen X sahaja yang boleh membawa penyakit
ini.
Dikelaskan kepada Hemofilia A atau Hemofilia B. Bezanya, untuk Hemofilia A, darah kekurangan faktor pembeku VII, manakala Hemofilia B darah kekurangan
faktor IX
Risiko untuk mendapat penyakit ini adalah lebih tinggi dalam
kalangan lelaki.
HEMOFILIA
Pendarahan luaran• Pendarahan dalam mulut daripada tergigit atau kehilangan
gigi.• Pendarahan yang banyak daripada luka kecil.• Luka yang berdarah kembali selepas berhenti berdarah.• Pendarahan daripada hidung yang kerap.
Pendarahan dalaman• Air kencing (pendarahan berlaku di buah pinggang atau
pundi kencing).• Najis berdarah (pendarahan berlaku di usus atau perut).• Lebam-lebam (pendarahan berlaku di kulit, otot atau sendi).
LEUKEMIA• Barah sel darah putih - lebihan sel darah putih di dalam
sumsum tulang. • Proses pengeluaran sel-sel darah putih terganggu dan sel-sel
yang tidak matang ini terus membahagi dan membiak. • Ini adalah sebahagian daripada kumpulan penyakit yang
dikenali sebagai neoplasma hematologi atau “hematological neoplasm”.
• Sel-sel darah ini tidak normal dan tidak dapat berfungsi untuk mengawal jangkitan dalam badan.
• Kehadiran sel sel darah putih yang tinggi akan mengganggu keupayaan sumsum mengeluarkan sel-sel darah yang lain seperti sel darah merah dan platelet.
SIMPTOM LEUKEMIA• Lemah dan letih lesu.• Kurang selera makan dan kurang berat badan.• Bengkak dan gusi berdarah.• Sakit kepala.• Bengkak abdomen disebabkan oleh pembesaran hati dan
limfa.• Sakit tulang, boleh menyebabkan kelemahan.• Sakit sendi.• Kelenjar membengkak. Jika kelenjar di leher dan dada
bengkak, ia boleh menyebabkan pengaliran darah tersekat. Ini akan menyebabkan muka membengkak, kesukaran bernafas serta berdengkur.
ANEMIA• Merujuk kepada kekurangan sel darah merah
atau hemoglobin.• Keupayaan darah untuk memindahkan
oksigen ke tisu-tisu berkurangan, dan mengakibatkan hipoksia.• Hemoglobin harus hadir untuk memastikan
pengoksigenan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.
• Tiga kelas anemia yang utama termasuk:–kehilangan darah akut (mendadak) yang
berketerlaluan. Contohnya, kes pendarahan akibat kecelakaan atau kronik (kehilangan darah isi padu rendah dalam jangka masa lama);–pemusnahan sel darah yang keterlaluan (hemolisis);
dan–pengeluaran/penghasilan sel darah merah yang
kurang (hematopoiesis yang tidak berkesan).
SIMPTOM ANEMIA• Keletihan setiap masa.• Pening.• Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.• Kulit pucat.• Kadar denyutan jantung yang cepat.• Kurang daya ingatan.• Kurang berat badan.
PENYAKIT SEL SABIT (SICKLE CELL DISEASE)
• Anemia sel sabit adalah satu bentuk anemia yang berlaku apabila gen sel sabit diwarisi daripada kedua-dua ibu bapa.
• Molekul pembawa oksigen (hemoglobin) yang abnormal dalam sel darah merah (RBCs) menyebabkan sel-sel merah darah yang biasanya bulat untuk menjadi cacat ke dalam bentuk "sabit".
• Ini menyebabkan kemusnahan awal sel-sel darah merah (hemolisis) dan menyebabkan anemia kronik.
• Sel-sel darah merah menjadi terperangkap dalam saluran darah kecil dan menghalang peredaran.
• Menyebabkan sakit teruk dan kecederaan kepada banyak organ dengan mengganggu bekalan darah mereka.
• Paru-paru, hati, tulang, otot, otak, limpa, zakar, mata, dan buah pinggang.
MALARIA• Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit
protozoa yang paling biasa di dunia, iaitu plasmodium.• Parasit Malaria disebarkan oleh nyamuk Anopheles
betina. Parasit tersebut membiak dalam sel darah merah. • Penyebaran Malaria boleh dikurangkan dengan:–menghalang gigitan nyamuk melalui kelambu nyamuk dan
penghalang serangga–melalui langkah pengawalan nyamuk seperti menyembur
racun serangga dalam rumah dan mengeringkan kawasan air bertakung tempat nyamuk bertelur.
SIMPTOM MALARIA
•Demam.• Menggeletar.• Arthralgia (sakit sendi).• Muntah.•Anemia.
SEPSIS• Sepsis ialah kehadiran banyak bakteria di
dalam darah yang membiak secara aktif.• Sepsis dicirikan oleh tindak balas
keradangan sistemik yang menyebabkan:–Kegagalan sistem peredaran darah untuk
berfungsi.–Kegagalan pelbagai organ.–Kematian.
SIMPTOM SEPSIS• Rasa sejuk.• Kekeliruan atau kecelaruan.• Air kencing yang keluar
berkurangan bila membuang air kencing.
• Demam atau suhu badan yang rendah (hipotermia).
• Hyperventilation (keadaan tercungap-cungap).
• Pening akibat tekanan darah rendah.
• Denyutan jantung yang cepat.• Menggigil.• Ruam kulit.• Kulit hangat (warm).
TALASEMIA• Talasemia ialah penyakit kecacatan darah• Merupakan penyakit yang diwarisi daripada
ibu bapa• Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin
dalam sel darah merah menjadi tidak normal – menyebabkan pesakit tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi• Justeru itu, pesakit akan kelihatan pucat kerana
paras haemoglobin yang rendah (sama seperti anemia)
• Jenis-jenis Talasemia:-–Talasemia minor: merujuk kepada mereka yang
mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa–Talasemia major: merujuk kepada mereka yang
mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia
• Rawatan Talasemia:–Menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan–Mengambil suntikan ubat Desferrioxamine untuk
menyingkirkan zat besi berlebihan yang terjadi sewaktu transfusi darah–Pemindahan sumsum tulang
SIMPTOM TALASEMIA• Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan
normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia antara 13-18 bulan• Tubuh pucat, lemah dan gelisah• Anemia yang serius sehingga sukar bernafas• Jaundis• Tumbesaran terbantut• Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limfa• Perubahan pembentukan tulang muka, pipi dan rahang
yang tidak normal (tanda lewat)
LUPUS• Lupus ialah keradangan kronik (teruk) yang disebabkan
oleh penyakit auto-imun iaitu sistem pertahanan badan yang tidak normal telah melawan tisu badan sendiri• Badan pesakit menghasilkan protein darah (antibodi)
yang abnormal dengan banyak• Antibodi abnormal tersebut mensasarkan tisu badan
sendiri• Wanita lebih cenderung mendapat lupus• Tiada penawar untuk penyakit lupus. Rawatan yang
diberikan hanya untuk mengurangkan simptom dan melindungi organ yang merosot fungsinya.
• Jenis-jenis lupus:-–Discoid Lupus Erythematosus – hanya melibatkan
kulit (yang kelihatan seperti gigitan serigala) dan jarang merebak ke organ lain–Systemic Lupus Erythematosus – boleh merebak ke
organ lain dan mengakibatkan kematian• Lupus sukar dikesan kerana simptomnya sama
dengan penyakit biasa, dan hanya satu atau dua sahaja simptom yang nyata.
SIMPTOM LUPUS• Ruam merah atau perubahan
warna pada muka. Biasanya berbentuk rama-rama pada hidung dan mata.
• Sendi membengkak dan sakit• Demam tanpa sebab• Sakit dada ketika menarik
nafas panjang• Kelenjar menjadi bengkak• Keletihan yang berlebihan• Keguguran rambut yang luar
biasa (terutamanya di atas kepala)
• Jari tangan atau kaki menjadi pucat atau berwarna ungu kerana kesejukan atau tekanan
• Sensitif terhadap matahari• Sel darah rendah• Kemurungan, sukar
menumpukan perhatian atau masalah ingatan
• Ulser mulut• Sawan tanpa sebab• Masalah mental• Keguguran yang kerap• Masalah buah pinggang
SEKIAN, TERIMA KASIH.