2
Secara keseluruhannya, di Malaysia tidak terdapat catatan dalam mana- mana dokumen yang membezakan hak pendidikan kaum lelaki dan perempuan. Dalam Perlembagaan Malaysia, artikel 8, ada disebutkan juga bahawa semua warganegara adalah sama dari segi undang-undang dan mereka berhak diberi perlindungan undang-undang yang sama. Walaubagaimanapun, isu jantina dalam pendidikan tidak seharusnya dipandang remeh. Enrolmen pelajar lelaki dan perempuan di IPT masih memerlukan kajian yang serius. Pelbagai pihak yang berkenaan haruslah berganding bahu bagi mengatasi masalah ini, mahu tidak mahu kita hendaklah terus berhadapan dengan dunia yang penuh saingan dan mereka yang berpendidikan akan terus maju ke hadapan. Hal ini seterusnya dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang memang diperlukan negara untuk meralisasikan wawasan 2020. Statistik menunjukkan kemasukkan pelajar perempuan ke dalam university awam bagi tahun 2010 ialah 64.8% ialah 26,229 daripada 45,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama berbanding pelajar lelaki hanya 35.2%. Adakah fenomena menjadi suatu masalah yang perlu diperdebatkan? Ada pakar pendidikan mengatakan ini satu trend seluruh dunia dan tidak dapat dielakkan, dan tidak sepatunya dibimbangkan. Ada pula yang khuatir gejala ini, yang merupakan sesuatu yang baru sejak dua dekat yang lepas, merupakan suatu perkembangan yang tidak sihat dan kesannya kepada masyarakat belum lagi difahami sepenuhnya. Dalam hal ini, masyarakat perlu bersikap lebih terbuka dalam membincangkannya dengan cara yang ilmiah. Ini kerana, jika ramai perempuan yang lebih tinggi pendidikannya berbanding lelaki ianya akan berkait dengan masa depan institusi sesebuah kekeluargaan. Contohnya membabitkan soal mudah atau sukarnya mencari pasangan yang sesuai (terutama bagi wanita yang professional), soal peranan suami isteri dalam keluarga, soal keharmonian rumah tangga, dan soal nikah cerai yang dihadapi masyarakat kini. Kita juga mendapati wujudnya kini kes seperti “ Mr Mama” yang mana lelaki menjadi suri sepenuh masa sedangkan isteri bekerja. Adakah fenomena sebegini akan mengundang permasalahan dalam institusi sesebuah keluarga tersebut bagi jangka masa yang panjang . Jika dilihat dari sudut agama Islam , tanggungajawab suami sebagai pemimpin dalam rumahtangga serta pencari

Dr Hanis Forum Gender

Embed Size (px)

DESCRIPTION

forum

Citation preview

Page 1: Dr Hanis Forum Gender

Secara keseluruhannya, di Malaysia tidak terdapat catatan dalam mana-mana dokumen yang membezakan hak pendidikan kaum lelaki dan perempuan. Dalam Perlembagaan Malaysia, artikel 8, ada disebutkan juga bahawa semua warganegara adalah sama dari segi undang-undang dan mereka berhak diberi perlindungan undang-undang yang sama. Walaubagaimanapun, isu jantina dalam pendidikan tidak seharusnya dipandang remeh. Enrolmen pelajar lelaki dan perempuan di IPT masih memerlukan kajian yang serius.

Pelbagai pihak yang berkenaan haruslah berganding bahu bagi mengatasi masalah ini, mahu tidak mahu kita hendaklah terus berhadapan dengan dunia yang penuh saingan dan mereka yang berpendidikan akan terus maju ke hadapan. Hal ini seterusnya dapat melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang memang diperlukan negara untuk meralisasikan wawasan 2020. Statistik menunjukkan kemasukkan pelajar perempuan ke dalam university awam bagi tahun 2010 ialah 64.8% ialah 26,229 daripada 45,506 tempat yang ditawarkan untuk program ijazah pertama berbanding pelajar lelaki hanya 35.2%. Adakah fenomena menjadi suatu masalah yang perlu diperdebatkan? Ada pakar pendidikan mengatakan ini satu trend seluruh dunia dan tidak dapat dielakkan, dan tidak sepatunya dibimbangkan. Ada pula yang khuatir gejala ini, yang merupakan sesuatu yang baru sejak dua dekat yang lepas, merupakan suatu perkembangan yang tidak sihat dan kesannya kepada masyarakat belum lagi difahami sepenuhnya.

Dalam hal ini, masyarakat perlu bersikap lebih terbuka dalam membincangkannya dengan cara yang ilmiah. Ini kerana, jika ramai perempuan yang lebih tinggi pendidikannya berbanding lelaki ianya akan berkait dengan masa depan institusi sesebuah kekeluargaan. Contohnya membabitkan soal mudah atau sukarnya mencari pasangan yang sesuai (terutama bagi wanita yang professional), soal peranan suami isteri dalam keluarga, soal keharmonian rumah tangga, dan soal nikah cerai yang dihadapi masyarakat kini. Kita juga mendapati wujudnya kini kes seperti “ Mr Mama” yang mana lelaki menjadi suri sepenuh masa sedangkan isteri bekerja. Adakah fenomena sebegini akan mengundang permasalahan dalam institusi sesebuah keluarga tersebut bagi jangka masa yang panjang . Jika dilihat dari sudut agama Islam , tanggungajawab suami sebagai pemimpin dalam rumahtangga serta pencari nafkah “ dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada isterinya dengan cara ma’ruf (Al Baqarah, 2 : 233)

Oleh yang demikian setiap perkara yang berlaku pasti ada kebaikan dan keburukan. Namun inilah hakikat yang perlu kita hadapi pada zaman kini. Jika perempuan disisihkan sudah tentu akan wujud penindasan dan diskriminasi serta ketidakadilan pada sebelah pihak. Namun jika perempuan juga diberi hak yang sama dengan lelaki, ternyata perempuan lebih cemerlang dalam pendidikan menyebabkan lelaki ketinggalan. Namun begitu lelaki tetap memonopoli bidang-bidang tertentu contohnya bidang kejuruteraan. Oleh yang demikian, kerajaan kita juga menyedari hai ini dengan mengambil langkah seperti menyediakan kuota untuk lelaki terutama dalam bidang-bidang yang memerlukan komitmen dan tenaga yang kuat di bidang-bidang pengajian dan pekerjaan tertentu. Pada pendapat saya, tidak ada masalah jika perempuan diberi hak untuk bebas belajar dan bekerja asalkan ianya masih seimbang dengan kaum lelaki dan tidak melebih-lebih berbanding kaum lelaki. Malah jika dilihat zaman kini isteri digalakkan bekerja supaya sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban suami bagi menyara kehidupan seharian…