E4800 Programmable Logic Controllers UNIT10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Uploaded from Google Docs

Text of E4800 Programmable Logic Controllers UNIT10

E4800 / UNIT 10 / 1 ___________________________________________________________________

UNIT 10

PEMILIHAN DAN PENYELENGGARAAN PLC

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM Menerangkan perkara-perkara penting yang perlu di ambil kira semasa membuat pemilihan penggunaan PLC. Mengenal pasti jenis-jenis kerosakan dan gangguan pada PLC dan cara-cara membuat penyelenggaraan.

OBJEKTIF KHUSUS Diakhir unit ini anda sepatutnya dapat : Membuat pemilihan yang betul terhadap kapasiti input/output, jenis input/ output, saiz ingatan, jenis bahasa pengaturcaraan dan perkembangan sistem automasi masa depan apabila anda merancang untuk menggunakan PLC. Mengetahui jenis-jenis kerosakan luaran dan dalaman PLC. Membuat penyelenggaraan pencegahan dan baikpulih PLC.

E4800 / UNIT 10 / 2 ___________________________________________________________________

INPUT10.0 PENGENALAN Satu sistem kawalan PLC yang baik adalah terhasil dari segi pemilihan spesifikasi PLC dan penyelenggaraan yang tepat dan betul.

10.1

KAPASITI INPUT DAN OUTPUT PLC mempunyai berbagai nilai kapasiti Input dan Output. Kapasiti bermaksud bilangan terminal sambungan yang terdapat pada Unit Input dan Unit Output. Seseorang pengguna perlu memilih nilai kapasiti Input dan Output bersesuaian dengan kerja yang akan di lakukan oleh PLC supaya terminal sambungan Input dan Output mencukupi. Jadual 10.1 menunjukkan beberapa nilai Kapasiti Input dan Output.

10.2

JENIS INPUT DAN OUTPUT Seperti yang anda telah pelajari pada 10.1, PLC juga mempunyai berbagai jenis Input dan Output. Sebelum anda menggunakan PLC untuk mengawal sesuatu kerja, anda perlu memastikan jenis bekalan yang akan di sambungkan kepada Unit Input samada AC ataupun DC. Anda sama sekali tidak di benarkan untuk menyambung bekalan AC kepada unit Input DC dan sebaliknya .Manakala untuk mengawal peranti keluaran pada penyuisan biasa, anda perlu menggunakan Output jenis RELAY dan untuk penyuisan yang cepat maka anda perlu menggunakan Output jenis TRANSISTOR manakala untuk penyuisan pada voltan tinggi maka Output jenis AC di perlukan. Jenis-jenis Input dan Output yang telah diterangkan di atas adalah seperti yang terdapat pada Jadual 10.1.

E4800 / UNIT 10 / 3 ___________________________________________________________________

10.3

SAIZ INGATAN Saiz ingatan sesuatu PLC adalah merujuk kepada keupayaan ruang menyimpan aturcara di dalam sistem ingatan PLC anda. Jadual 10.2 menunjukkan beberapa saiz ingatan mengikut jenis CPUnya.

10.4

JENIS BAHASA PENGATURCARAAN Setiap PLC mempunyai bahasa pengaturcaraannya sendiri. Oleh itu anda perlu berhati-hati sebelum membangunkan sesuatu aturcara PLC. Jenis-jenis bahasa pengaturcaraan telah anda pelajari dalam UNIT 4 . Untuk pengetahuan anda Rajah Tangga merupakan bahasa pengaturcaraan yang sangat popular digunakan masa kini.

Rajah Tangga merupakan bahasa pengaturcaraan yang popular digunakan masa kini.

10.5

PERKEMBANGAN SISTEM MASA DEPAN Sistem kawalan di industri masa kini sedang mengalami perubahan dari kawalan tradisional kepada kawalan automasi di mana PLC merupakan agen utama sistem pengautomasian ini. Anda perlu peka kepada fenomena ini kerana buat masa kini banyak industri telah melaksanakan sistem kawalan berteraskan pengautomasian seperti Flexible Manufacturing System ( FMS ) dan Computer Intergrated Manufacturing ( CIM ). Pemilihan penggunaan PLC juga perlu melihat kepada keperluan masa depan industri supaya penggunaan PLC tidak merugikan industri berkenaan.

E4800 / UNIT 10 / 4 ___________________________________________________________________

10.6

SOKONGAN DAN BACKUP Sistem kawalan automasi diindustri memerlukan unit sokongan dan backup bagi menjalankan sistem kawalan yang sedia ada jika berlaku kerosakan . Disinilah peranan PLC sebagai unit sokongan dan backup kerana sambungannya yang mudah dan cepat . Kelewatan menggantikan sistem kawalan yang menghadapi kerosakan akan menyebabkan industri mengalami kerugian.

JENIS DC Input AC Input JENIS Relay Output

Units Transistor Output CQM1-OD211 CQM1-OD212 Units CQM1-OD213 CQM1-OD214 CQM1-OD215 AC Output Unit CQM1-OD221

UNIT INPUT NO. MODEL KAPASITI CQM1-ID211 8 points CQM1-ID212 16 points CQM1-ID213 32 points CQM1- IA121 8 points CQM1-IA221 8 points UNIT OUTPUT NO.MODEL KAPASITI CQM1-OC211 8 points CQM1-OC222 16 points 8 points 16 points 32 points 16 points 8 points 8 points

Jadual 10.1 : Spesifikasi Unit Input / Output

No. Model CQM1-CPU11-E CQM1-CPU21-E CQM1-CPU41-E CQM1-CPU42-E

Saiz Ingatan 3.2 K-word Program Memory 1K-word Data Memory

E4800 / UNIT 10 / 5 ___________________________________________________________________

CQM1-CPU43-E CQM1-CPU44-E

7.2 K-word Program Memory 6K-word Data Memory

Jadual 10.2 : Spesifikasi Unit CPU

AKTIVITI 10a

JAWAB SEMUA SOALAN BERIKUT

E4800 / UNIT 10 / 6 ___________________________________________________________________

1.1

Nyatakan TIGA perkara penting yang perlu diambil kira sebelum membuat perancangan keatas penggunaan PLC ?

anda

1.2 1.3

Terangkan perbezaan diantara Output jenis Relay dan Output jenis Transistor Mengapakah anda perlu mengetahui jenis bahasa pengaturcaraan sebelum anda menggunakan PLC ?

Bandingkan jawapan kamu dengan jawapan di ruangan MAKLUMBALAS AKTIVITI.

MAKLUMBALAS 10a

JAWAPAN 1.1

E4800 / UNIT 10 / 7 ___________________________________________________________________

TIGA perkara penting yang perlu diambil kira sebelum saya membuat perancangan keatas penggunaan PLC ialah : 1. Kapasiti Input dan Output 2. Jenis Input dan Output 3. Saiz Ingatan JAWAPAN 1.2 Perbezaan di antara Output jenis Relay dan Output jenis Transistor ialah dari segi penyuisannya di mana Output Jenis Relay untuk penyuisan biasa dan Output Jenis Transistor untuk penyuisan yang cepat.

JAWAPAN 1.3 Saya perlu mengetahui jenis bahasa pengaturcaraan sebelum menggunakan PLC ialah kerana setiap PLC mempunyai bahasa pengaturcaanya yang tersendiri.

INPUT10.7 KEROSAKAN PERALATAN INPUT DAN OUTPUT ( SENSOR DAN ACTUATOR ) Daripada kajian yang telah di buat di dapati 60% - 80% kerosakan dalam

E4800 / UNIT 10 / 8 ___________________________________________________________________

sistem kawalan automasi kebiasaannya berlaku disebabkan oleh peralatan Input dan Output. Kemungkinan kerosakan ini adalah di sebabkan oleh perkara berikut : Sensor pada silinder berubah daripada kedudukan asal. Sensor terbakar di sebabkan oleh lebihan arus. Sesentuh dalaman sensor terputus. Gelung motor atau injap solenoid terbakar di sebabkan oleh lebihan arus.

10.8

KEROSAKAN PENDAWAIAN Kerosakan pendawaian yang berlaku di dalam sistem kawalan PLC kemungkinan di sebabkan oleh perkara-parkara berikut : Pengalir di dalam kabel terputus. Kelonggaran pada skru-skru peralatan, terminal Input dan Output. Pengalir mengalami proses pengoksidan.

10.9

KEROSAKAN SAMBUNGAN KOMUNIKASI Kerosakan sambungan komunikasi yang berlaku di dalam sistem kawalan PLC kemungkinan di sebabkan oleh perkara-parkara berikut : Pengalir di dalam kabel komunikasi terputus.

E4800 / UNIT 10 / 9 ___________________________________________________________________

Pin penyambungan pada terminal bengkok atau patah. Sambungan pin longgar. Berlaku gangguan ( interference ) di dalam sambungan kabel komunikasi yang di sebabkan oleh motor, gelung , voltan tinggi , pematrian yang tidak kemas dan sebagainya. Berlaku litar pintas sesama pengalir di dalam kabel komunikasi.

10.10 GANGGUAN BEKALAN KUASA Gangguan bekalan kuasa berlaku di dalam sistem kawalan automasi apabila voltan bekalan susut di bawah 85% daripada nilai kadaran. Keadaan ini akan menyebabkan PLC berhenti serta merta. 10.11 KEROSAKAN DALAMAN PLC Kerosakan dalaman PLC kemungkinan di sebabkan oleh perkara-parkara berikut : Geganti atau Transistor pada Unit / Module Output di dalam PLC terbakar. Optocoupler pada Unit / module Input tidak berfungsi. Fius terbakar. Bateri simpanan lemah. Komponen mikro elektronik ( Mikropemproses, RAM , ROM terbakar.

10.12 PERTIMBANGAN TERHADAP PEMASANGAN DAN PENDAWAIAN Untuk mengurangkan masalah kerosakan pada sistem kawalan automasi, pemasangan dan pendawaian PLC perlu memberi pertimbangan yang serius terhadap perkara-perkara berikut :

E4800 / UNIT 10 / 10 ___________________________________________________________________

Elakkan pemasangan PLC di tempat yang mempunyai ciri-ciri seperti di bawah. Terdedah terus kepada cahaya matahari.

Suhu ambien melebihi julat 0C hingga 55C.

Kelembapan relatif melebihi julat 10% hingga 90% RH. Pemeluapan berlaku di sebabkan perubahan suhu yang berlaku secara tiba-tiba. Mengandungi gas gas mudah terbakar dan beracun. Mengandungi air, minyak, habuk bahan kimia. Mudah berlaku gegaran. Memasang PLC di dalam panel / kabinet yang mempunyai ciriciri berikut : Ruang yang cukup untuk peredaran udara. Kipas pendingin . Alat yang menghasilkan haba terletak di bawah PLC. Tiada mengandungi peralatan voltan tinggi. Talian kuasa terletak lebih kurang 200 mm daripada PLC.

Membuat pendawaian seperti di bawah. 1. Kaedah Pendawaian Handing Ducts

Talian Input / Output 300 mm minima

E4800 / UNIT 10 / 11 ___________________________________________________________________

Kabel kawalan dan Talian bekalan Kabel bekalan 2. Kaedah Pendawaian Floor Ducts Talian Input Output Kabel kawalan dan Talian bekalan Kabel bekalan 200 mm minima 300 mm minima

3. Kaedah Pendawaian Konduit Talian Input Output Kabel kawalan dan Talian bekalan Kabel bekalan

Mengikut panduan pendawaian seperti di bawah. Gunakan kabel sependek mungkin. Guna talian tunggal di antara