15
EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran 1 BAB 10: PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN 10.1 Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Video adalah sejenis media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia boleh mempergunakannya dalam bilik darjah. Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan masa. Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan. Pernahkan anda melihat proses bunga berkembang dalam rancangan televisyen? Sekiranya anda hendak melihat bunga sebenar berkembang tentulah mengambil masa yang lama. Tetapi melalui teknik rakaman masa sela, masa boleh dipendekkan di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak perlu menonton begitu lama untuk melihat bunga berkembang dalam keadaan sebenar. Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi. Adalah mustahil untuk membawa murid-murid melihat letupan gunung berapi dalam situasi yang sebanar. Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid, sementara murid-murid juga boleh melihat ruang angkasa melalui jarak jauh. Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. Teknik ini memerlukan sedikit kemahiran bagi menghasilkan pergerakan yang biasanya akan menjadi tarikan kepada minat murid terhadap pelajaran.

EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajarantasnimbalkisedu3053.weebly.com/uploads/3/1/3/2/31328469/... · 2019. 8. 7. · EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

  • Upload
    others

  • View
    10

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    1

    BAB 10: PENERBITAN VIDEO PENDIDIKAN

    10.1 Video Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Video adalah sejenis media bergerak. Ia boleh menghasilkan imej yang realistik dan

    sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan

    yang seharusnya disedari oleh guru supaya ia boleh mempergunakannya dalam bilik

    darjah.

    Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang begerak seperti merakam

    seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan

    melambatkan masa. Pergerakkan harimau bintang yang terlalu laju boleh diperlahankan

    dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan.

    Pernahkan anda melihat proses bunga berkembang dalam rancangan televisyen?

    Sekiranya anda hendak melihat bunga sebenar berkembang tentulah mengambil masa

    yang lama. Tetapi melalui teknik rakaman masa sela, masa boleh dipendekkan

    di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak perlu menonton begitu lama untuk melihat

    bunga berkembang dalam keadaan sebenar.

    Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau

    peristiwa-peristiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi. Adalah mustahil untuk

    membawa murid-murid melihat letupan gunung berapi dalam situasi yang sebanar.

    Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Ini bermakna video boleh memanipulasi

    ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan boleh dilihat oleh murid-murid,

    sementara murid-murid juga boleh melihat ruang angkasa melalui jarak jauh.

    Masa dan ruang juga boleh dimanipulasikan melalui animasi. Teknik ini memerlukan

    sedikit kemahiran bagi menghasilkan pergerakan yang biasanya akan menjadi tarikan

    kepada minat murid terhadap pelajaran.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    2

    Setelah membaca tentang kelebihan-kelebihan video, anda mungkin teringin untuk

    sendiri bahan video untuk pengajaran dan pembelajaran. Sebelum anda memulakan

    kerja-kerja penggambaran adalah lebih baik anda ikuti terlebihi dahulu tentang

    beberapa aspek berkaitan dengan penerbitan video. Dalam bahagian seterusnya anda

    akan diterangkan tentang jenis-jenis kamera dan perakam video.

    10.2 Jenis-Jenis Kamera Video

    Anda mungkin pernah melihat orang menggunakan kamera video yang kecil dalam

    majlis-majlis seperti perkahwinan, harijadi atau aktiviti-aktiviti sosial. Dalam situasi lain

    pula anda mungkin melihat wartawan memikul kamera video di bahu. Anda mungkin

    tertanya-tanya apakah perbezaannya selain daripada saiz yang berbeza. Sebenarnya

    terdapat dua format video kamera yang utama iaitu kamera video analog dan kamera

    video digital.

    10.2.1 Kamera video analog

    Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk analog. Kamera

    ini menggunakan tape magnetik dalam bentuk kaset video dalam pelbagai format

    seperti format VHS, VHS-C, Hi 8 dan U-matic. Saiz

    kaset ini berbeza-beza dan hanya boleh dimainkan pada pemain video yang sesuai

    dengannya sahaja.

    Gambar 1.1 : Kamera Video analog yang menggunakan kaset video VHS

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    3

    10.2.2 Kamera video digital

    Kamera video jenis ini merakam imej dan menyimpannya dalam bentuk digital. Kamera

    ini menggunakan kaset video dalam saiz yang kecil biasanya dalam format DVC (Digital

    Video Cassette). Kamera video ini boleh disambungkan terus ke komputer dengan

    menggunakan kabel firewire. Imejnya boleh disunting dengan menggunakan perisian-

    perisian suntingan video secara digital melalui komputer.

    Gambar 1.2 : Kamera Video Digital (DVC)

    10.2.3 Bahagian-Bahagian Asas Kamera Video

    Sebelum anda menggunakan sebuah kamera video, anda haruslah dapat mengenali

    bahagian-bahagian asas sebuah kemera video. Sila lihat gambarajah di bawah dan

    cuba kenal pasti fungsi bahagian-bahagian tersebut.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    4

    Rajah 1.3 : Bahagian kamera video

    Rajah 1.4 : Gambar Bahagian Butang Rakaman

    10.3 Jenis-Jenis Shot dan Pergerakan Kamera

    Tonton beberapa rancangan televisyen. Semasa menonton, lihat pertukaran-pertukaran

    imej dan pergerakan-pergerakan kamera. Semasa anda menonton anda akan dapati

    ada ketikanya sesuatu imej itu diambil dari jarak dekat dan ada ketikanya pula dari jarak

    jauh. Ada masanya kamera bergerak dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Lihat pula

    bagaimana kedudukan kamera semasa orang sedang bercakap atau berbual. Semua

    perubahan-perubahan imej ini ada kaitan dengan jenis-jenis shot dan pergerakan

    kamera.

    Butang rakam

    Lensa

    Butang Zoom

    Pemidang Tilik Pelekap mata

    Butang White balance Gelang Fokus

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    5

    10.3.1 Jenis-jenis shot

    Rajah 1.5 menunjukkan shot-shot yang baik dan shot-shot yang dilarang.

    Big Close-Up (B.C.U.)

    Close-Up (C.U.)

    Bust Shot (B.S.) Waist Shot (W.S.)

    Knee Shot (K.S.) Full Length Shot (F.L.S.)

    Long Shot (L.S.)

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    6

    Rajah 1.5 : Jenis-jenis shot

    Seimbang Kepala terpotong

    Berat di bawah

    Berat ke kanan

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    7

    10.3.2 Jenis-jenis pergerakan kamera

    Rajah 1.6 menunjukkan beberapa jenis-jenis pergerakan kamera. Perhatikan

    pergerakan kemera yang dinyatakan.

    Pan ke kanan Pan ke kiri

    Panning

    Tilt Up Tilt Down

    Tilting

    Pergerakan Dolly

    Dolly In Dolly Out

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    8

    Rajah 1.6 : Pergerakan Kamera

    10.3 Merancang Penerbitan Bahan Video Untuk Pengajaran

    Terdapat beberapa proses yang perlu diikuti ketika merancang peberbitan video untuk

    pengajaran. Berikut adalah urutan proses-proses terbut:

    Pergerakan Truck

    Truck ke kanan Truck ke kiri

    1. Tetapkan Tujuan dan Objektif Pastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. Siapakan kumpulan sasarannya dan bagaimana bahan itu akan digunakan dalam pengajaran.

    2. Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan

    Kumpulkan bahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebaginya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran.

    3. Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai Bahan yang anda kumpul mungkin terlalu banyak. Pilih bahan-bahan yang difikirkan benar-benar perlu.

    4. Menulis Skrip Di sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.

    5. Bersedia Membuat Penggambaran Sediakan jadual penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugas masing-masing.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    9

    6. Sediakan Bahan-Bahan Grafik Anda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Kalau tidak ia akan mengganggu kelancaran penggambaran

    7. Sediakan Bahan dan Peralatan Pastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.

    8. Mulakan Penggambaran Anda mungkin akan membuat penggambaran luar

    dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.

    9. Menyunting Setelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.

    10. Membuat Rakaman Audio Langkah ini adalah untuk memasukkan narasyen, Kesan bunyi dan muzik latar.

    11. Prebiu Rancangan perlu dipratonton oleh satu kumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.

    12. Gunakan Dalam Pengajaran Di sinilah anda menggunakan program video yang telah dihasilkan.

    13. Penilaian Di sinilah anda perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran.

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    10

    10.4 Menyediakan skrip video atau papan cerita

    Anda telah pun melalui pengalaman menghasilkan skrip audio. Sebenarnya konsep

    penyediaan skrip audio dan video adalah sama. Hanya terdapat sedikit perbezaan dari

    segi formatnya. Cuba anda perhatikan contoh skrip video di bawah. Bolehkan anda

    membuat perbezaannya?

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    11

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    12

    Mengedit Video

    Semasa anda membuat penggambaran, kemungkinan rakaman-rakaman tidak dibuat

    dalam susunan yang sepatutnya. Kemungkinan juga terdapat imej-imej yang dirakam

    terlalu panjang, atau tidak berkaitan sehingga keseluruhan rancangan yang dirakam itu

    tidak berjalan dengan licin dan sempurna. Melalui proses mengedit, bahan-bahan

    rakaman boleh disusun semula bagi menghasilkan video yang lebih licin dan sempurna.

    Mengedit video analog

    Kerja mengedit video analog memerlukan mesin mengedit. Tetapi ini tidaklah bermakna

    bahawa tanpa mesin mengedit anda tidak boleh melakukan pengeditan. Untuk kerja-

    kerja mengedit yang mudah dan murah, anda hanya memerlukan sebuah pemain

    video dan sebuah perakam video serta dua buah televisyen. Kedua-duanya perlu

    disambungkan. Sila lihat gambar di bawah dan cuba anda buat sambungannya dengan

    menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah anda.

    Gambar 1.7 : Perakam video

    Apakah perbezaan di antara pemain dan perakam video? Pemain video dan perakam video adalah sama. Perbezaannya ialah perakam video boleh merakam video. Ini boleh dikenalpasti dengan kehadiran butang Record yang biasanya berwarna merah.

    Butang Rakaman (Record)

    Butang pegun (Pause/ Still)

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    13

    Cara-Cara Membuat Penyambungan Kabel

    Gambar 1.8 : Cara membuat penyambungan kabel

    Gambar 1.9 : Kabel AV

    Proses mengedit sebuah rakaman dilakukan dengan cara memainkan sebuah rakaman

    video pada unit pemain dan tekan butang Record pada unit perakam. Untuk

    menyunting bahagian yang tidak dikehendaki, tekan butang Pause pada unit perakam

    dan cari bahagian yang hendak dimasukkan pada unit pemain. Kemudian tekan semula

    Record pada unit perakam untuk meneruskan rakaman.

    Mengedit video digital

    Terdapat beberapa proses dalam penyuntingan video digital seperti berikut:

    1. CAPTURE

    Proses capture gambar/ video merupakan proses pemindahan gambar dari

    memori penyimpanan (MiniDV atau MicroSD) ke dalam hardisk komputer/ laptop.

    A menandakan audio V menandakan video

    V A

    in

    out

    A V

    in

    out

    Kabel AV

    Pemain Perakam

    TV

    A V

    in

    out

    in

    out

    TV

    A V

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    14

    2. EDITING DALAM SOURCE MONITOR

    Proses editing dilakukan untuk memotong beberapa klip video yang mungkin ingin hendak dibuang atau disimpan. Dalam proses ini, pemotongan dan penyambungan berlaku.

    a. Pemotongan Gambar

    Ada dua jenis pemotongan gambar dalam editing, iaitu cut dan transisi. Cut bererti perpindahan dari satu shot ke shot berikutnya secara langsung, tanpa ada transisi sama sekali. Jenis pemotongan cut terbahagi kepada dua cara:

    i. matched cut - kesinambungan antara shot satu dengan cut shot berikutnya

    ii. cut away - sebuah sambungan atau cut dipengaruhi oleh beberapa faktor.

    b. Penyambungan

    Ketika shot disambungkan satu sama lain sehingga menjadi satu rangkaian, maka rangkaian shot tersebut haruslah dapat difahami. Suntingan yang dilakukan berdasarkan kepada prinsip penyambungan shot, yang terdiri daripada sequence shot, cutting to continuity, classical cutting, thematic montage, dan abstract cutting.

    i. Sequence Shot – jenis suntingan tanpa membuat pemotongan shot. Rakaman video telah dirancang mengikut babak yang berurutan secara teratur. Kaedah ini digunakan semasa kewujudan teknologi penyuntingan.

    ii. Cutting to Continuity - merupakan sambungan atau cut digunakan untuk melanjutkan cerita, cutting to continue telling the story.

    iii. Classical Cutting - sebuah pemotongan untuk memperjelas, sesuatu cerita (shot), cutting to clarify, dramatize or underline the previous shot.

    iv. Thematic Montage - sebuah suntingan untuk menyambung satu cerita

    dengan cerita lain, sebuah babak untuk menyambung babak lain; cutting to connect one story to another; cutting to argue one thesis to another.

    3. EDITING DALAM TIMELINE

    Jika terdapat bahagian yang masih ingin dihilangkan, lakukan proses dengan menggunakan banyak alat untuk mengedit klip di dalam timeline seperti dibawah ini :

    i. Razor Tool : Memotong klip

  • EDU 3105 Teknologi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    15

    ii. Move Tool : Memilih Klip iii. Rate Stretch Tool : Mengatur kecepatan putar klip

    4. PENAMBAHAN EFEK

    Klip-klip yang ada di dalam timeline dapat diberikan efek tambahan untuk menjadikannya lebih menarik.

    5. PENAMBAHAN TRANSISI

    Proses penambahan transisi dilakukan agar terjadi perpindahan antar dua atau beberapa klip menjadi lebih halus.

    6. RENDERING VIDEO Proses ini merupakan, langkah terakhir setelah semua pengubahsuaian telah dilakukan. Bahan yang disunting akan menjalani proses rendering dengan mebuat penetapan setting seperti jenis format video.

    Rumusan

    Penguasaan kemahiran teknik asas merakam movie menggunakan kamera video,

    sama ada analog mahupun digital membolehkan penghasilan bahan pengajaran dan

    pembelajaran yang menarik. Kerja-kerja penyuntingan rakaman menggunakan aplikasi

    seperti WMM, VCD Cutter dan penyuntingan video dengan menggunakan Ulead

    VideoStudio 8, Pinnacle 11, Adobe Premier akan menghasilkan kerja bagaikan seorang

    profesional.