18
EJEN HADI #MisiSelamatkanBisnes 12 Tips Urus Bisnes Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) www.nakurusbisnes.com E-BOOK

EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

E J EN HAD I#MisiSelamatkanBisnes

12 TipsUrus Bisnes Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

www.nakurusbisnes.com

E-BOOK

Page 2: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

Hak Cipta Terpelihara © RICHWORKS INTERNATIONAL SDN. BHD.

Cetakan Pertama Tahun 2020

Hak cipta terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis dari pihak RichWorks International Sdn. Bhd.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas dan nasihat professional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab tentang apa-apa kerugian dan risiko secara langsung atau tidak langsung akibat penggunaan atau aplikasi daripada kandungan buku ini.

Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman penulis semata-mata dan maklumatnya mungkin berbeza dari semasa ke semasa.

Diterbitkan Oleh: RichWorks International Sdn. Bhd. No.77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03 5523 9664 www.richworks.com

Editorial: Team Nak Urus Bisnes

Penulis: Nasrul Hadi C.A.(M) Vice President - Finance RichWorks International Sdn. Bhd.

Page 3: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

PENGENALAN

Nasrul Hadi C.A.(M)Vice President - Finance

RichWorks International Sdn. Bhd.

Ketika ini, seluruh dunia sedang dilanda wabak yang masih lagi belum dijumpai penawarnya, iaitu COVID-19. Virus yang didakwa bermula di Wuhan, di wilayah Hubei, China dan kemudiannya merebak ke seluruh dunia. Wabak yang telah diisytiharkan sebagai pandemik ini telah meragut ramai nyawa di seluruh dunia dan membuatkan kehidupan kita menjadi kucar-kacir.

Negara kita (Malaysia) adalah di antara negara paling awal mendapat tempiasnya sebelum menjadi “simbahan” virus ini sehingga kesannya, kita semua diarahkan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac 2020 dan PKP ini telah dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020. Tidak mustahil untuk ia dilanjutkan lagi sekiranya kita tidak bekerjasama dengan duduk di rumah agar virus ini dapat dikawal.

Namun, kesannya? Semua industri terkesan teruk kerana perlu menutup premis-premis perniagaan dan aktiviti pengilangan terpaksa diberhentikan melainkan industri yang dibenarkan beroperasi. Semua ‘value chain’ terputus. Yang paling parah ialah apabila ramai duduk di rumah dalam keadaan takut dan lebih berhati-hati dalam berbelanja.

Saya percaya ada di antara anda yang membaca ebook ini sekarang adalah antara usahawan yang bisnesnya terkesan di mana anda pun dah keliru dan tak tahu macam mana lagi anda nak terus pastikan bisnes anda mampu survive dalam krisis COVID-19 ini. Saya juga pasti anda dah tahu tentang usaha yang diambil oleh pihak kerajaan Malaysia untuk membantu rakyat dan usahawan yang terjejas melalui pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

Tetapi penting untuk saya dan juga RichWorks membantu anda. Jadi dalam ebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP).

Tak kira sama ada anda baru menjalankan bisnes atau sudah lama menjalankan bisnes, penting untuk anda ambil berat tentang langkah-langkah yang saya akan kongsikan.

Selamat Membaca.

Page 4: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

12 TIPS URUS BISNESKETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)BE UP-TO-DATE

KEMASKINI PENYATA KEWANGAN ANDA

LAKUKAN PEMERIKSAAN KEWANGAN PADA PERNIAGAAN ANDA

BUAT BUDGETING SEPANJANG KRISIS

SENARAIKAN APA KESAN-KESAN YANG AKAN BERLAKU PADA BISNES KITA

BERTINDAKLAH SEKARANG - JAGA CASHFLOW

START NAIKKAN ONLINE SALES

PERLU ADA PLAN B

BERCAKAP DAN BERBINCANG DENGAN VENDOR

KENAL PASTI PEKERJA DENGAN KEMAHIRAN KRITIKAL UNTUK PERNIAGAAN ANDA

KENALI POTENSI SEBENAR PERNIAGAAN ANDA

JIKA KITA ADA MASALAH KEWANGAN, DAPATKAN NASIHAT LEBIH AWAl

Page 5: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

1

BE UP-TO-DATEPenting untuk anda mengikuti semua maklumat rasmi mengenai COVID-19 dan mana-mana arahan pihak berkuasa terutamanya kesihatan awam yang dikeluarkan. Tapi, pastikan hanya dapatkan maklumat dan berita yang sah sahaja. Bukan maklumat dan berita palsu. Paling penting kita kena up-to-date dan sentiasa tahu apakah yang sedang dikuatkuasakan oleh Pihak Kerajaan. Kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diletakkan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Hah...apa kena mengena pula dengan bisnes kita? Dari segi bisnes, kita sebagai pemilik bisnes perlu dan mesti tahu tentang:-

a) Pekeliling yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia tentang apa tindakan kita sebagai majikan kepada staf kita. Maklumat apa yang sepatutnya kita sampaikan dengan betul dan apakah tindakan yang sepatutnya kita ambil.

b) Pekeliling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tentang tawaran penangguhan bayaran balik kepada bank selama 6 bulan atau Moratorium. Sudahkah anda semak semula semua komitmen pinjaman anda?

12 TIPS URUS BISNESKETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)BE UP-TO-DATE

KEMASKINI PENYATA KEWANGAN ANDA

LAKUKAN PEMERIKSAAN KEWANGAN PADA PERNIAGAAN ANDA

BUAT BUDGETING SEPANJANG KRISIS

SENARAIKAN APA KESAN-KESAN YANG AKAN BERLAKU PADA BISNES KITA

BERTINDAKLAH SEKARANG - JAGA CASHFLOW

START NAIKKAN ONLINE SALES

PERLU ADA PLAN B

BERCAKAP DAN BERBINCANG DENGAN VENDOR

KENAL PASTI PEKERJA DENGAN KEMAHIRAN KRITIKAL UNTUK PERNIAGAAN ANDA

KENALI POTENSI SEBENAR PERNIAGAAN ANDA

JIKA KITA ADA MASALAH KEWANGAN, DAPATKAN NASIHAT LEBIH AWAl

Page 6: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

2

Untuk sustain perniagaan kita dalam situasi sukar ini, kita perlu tahu maklumat terkini tentang keadaan kewangan bisnes kita sendiri. Pada situasi sekarang, Akauntan masih lagi boleh buat kerja di luar pejabat - secara online. Mereka seharusnya masih boleh berkomunikasi dengan kita dan update status kewangan bisnes dari semasa ke semasa.

Walaupun dalam situasi COVID-19, laporan percukaian dan Audited Report masih lagi perlu dihantar...walaupun tempoh submission telah dilanjutkan, itu bukan bermakna kita boleh ambil enteng dan mudah tentang aspek ini.

Pastikan kita sentiasa tahu maklumat terkini status kewangan bisnes kita setiap hari.

KEMASKINI PENYATA KEWANGAN ANDA

Page 7: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

3

Bila kita tahu dan alert tentang tahap kewangan bisnes kita, ini pasti boleh membantu dalam proses kita untuk membuat keputusan. Apa yang kita boleh dan harus lakukan sekarang adalah perbaiki kedudukan perniagaan kita untuk harungi krisis ini. Banyak maklumat mengenai prestasi kewangan perniagaan boleh diperolehi dengan menganalisis penyata kewangan kita sekarang.

Kita ada masa nak tengok balik bisnes kita, duit balance tinggal berapa sekarang? Tengok berapa hutang tertunggak sekarang, siapa lagi yang ada hutang dengan kita dan siapa Client yang belum buat pembayaran lagi.

Apa yang kita cuba lakukan sekarang namanya - Cashflow Level Analysis (Analisis Tahap Aliran Tunai). Kita kena tengok adakah bisnes kita boleh survive lagi ke tidak. Check Cashflow level anda. Listkan betul-betul. Tengok Cash betul-betul. Adakah gaji staf boleh bayar ke tidak, gaji diri sendiri pun belum tentu jika kita tidak tahu tahap Cashflow bisnes kita. Ni belum masuk lagi bil utiliti, sewa dan kos-kos lain untuk run bisnes kita.

LAKUKAN PEMERIKSAAN KEWANGAN PADA PERNIAGAAN ANDA

Page 8: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

4

Buat bajet at least 4 bulan ke depan. Check balik apakah jenis pembayaran yang kita kena buat untuk tempoh 4 bulan akan datang. Apakah income yang kita boleh expect untuk kita boleh dapat dalam tempoh 4 bulan akan datang. Kena buat bajet. Kalau selama ni kita tak pernah terpikir nak buat bajet, inilah masanya.

Kita boleh Google je cara nak buat bajet. Yang pernah pergi kelas Cashflow dan Costing saya sebelum ini pasti anda telah belajar cara nak buat bajet. Dalam situasi krisis, sekarang lah masa paling sesuai untuk kita buat bajet. Nak tak nak kita kena hadap juga, apa lagi option yang kita ada? Kita kena buat juga. Kita kena sentiasa bersedia. Dan paling penting, buatlah tindakan! Yang bezakan di antara dapat hasil atau tidak, adalah tindakan yang kita buat.

BUAT BUDGETINGSEPANJANG KRISIS

Page 9: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

5

Anggarkan Cashflow impact atau kesan kewangan akibat krisis ini terhadap perniagaan kita. Bincang dengan kakitangan, pembekal utama dan pelanggan utama mengenai perniagaan kita. Perniagaan kita kemungkinan besar akan paling terkesan terhadap aspek:

a) Jualan: Terutamanya jika kita terlalu bergantung kepada jualan secara direct atau secara terus. Tidak ada jualan secara dalam talian (online), jadi kita kena listkan apa kesannya dan fikirkan alternatif lain.b) Kakitangan: Dengan perintah yang sedia ada ini, keupayaan pekerja untuk pergi bekerja akan terhad, terutamanya jika mereka tidak dapat bekerja dari rumah.c) Vendor: Kalau perlukan vendor, vendor tak boleh deliver barang…. apa kesan dia?d) Kewangan: Terutamanya jika Cashflow atau saving anda terlalu sikit/rendah. Sekiranya perniagaan anda terjejas, mulakan dengan menyenaraikan apa kesan tersebut. Penting anda kena senaraikan apa kesan- kesan yang bisnes anda akan hadapi.

Salah satu kesan yang saya tengok sekarang adalah kita perlu be ready dan buat dua - tiga langkah ke hadapan daripada pesaing kita. Kita kena tahu apa kesannya kalau tempoh PKP ni dilanjutkan lagi. Apa kita kena buat seterusnya? Kita kena fikirkan. Yang penting jangan give up lagi.

SENARAIKAN APA KESAN-KESAN YANG AKAN BERLAKU PADA BISNES KITA

Page 10: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

6

Inilah peluang terbaik. Inilah waktu terbaik untuk kita perkemaskan cara kita menguruskan Cashflow. Kalau selama ni takut tengok nombor, inilah masa terbaik untuk kita belajar tengok nombor. Kalau selama ni tak pernah buat bajet, inilah waktunya. Kalau selama ni tak pernah tekan kalkulator, inilah masanya, kalau selama ni tak pernah tanya Akauntan, inilah waktunya.

Jaga Cashflow dengan teliti terutamanya DUIT KELUAR (Perbelanjaan). Pada waktu sekarang ini, kena sangat berhemah dalam berbelanja. Keluar duit untuk yang betul-betul perlu sahaja. Utamakan perbelanjaan yang bila kita spend, dapat jana jualan atau sales.

Nak belanja DUIT perlulah ada DUIT MASUK. Kalau ada orang yang masih hutang kita, negotiate macam mana nak collect cepat-cepat. Sikit-sikit pun tak apa, jangan dari tak dapat langsung. Penting kena sangat-sangat jaga Cashflow kita sekarang.

BERTINDAKLAH SEKARANG- JAGA CASHFLOW

Page 11: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

7

Kalau sebelum ni tak pernah buat online sales, ini adalah waktu untuk kita ada online sales. Apa maksudnya? Sama ada kita jual secara online dan deliver atau kita jual direct secara online. Orang yang buat bisnes online ni, masih lagi boleh buat bisnes dan masih lagi duit boleh masuk. Yang penting sebenarnya adalah duit kena masuk. Memang ramai sedang ada situasi dengan bisnes mereka sekarang, tapi secara jujurnya saya rasa masih banyak lagi peluang bisnes kita masih boleh buat secara online. Of course kita kena ada social distancing tapi regardless masih ada bisnes yang kita boleh buat dari rumah.

Inilah waktunya untuk fikirkan strategi apa kita kena buat lepas ni. Untuk terus berdaya maju anda perlu mula menjual secara online atau meningkatkan seberapa banyak jualan yang boleh dan jual secara online. Penting untuk anda gunakan platform online yang berbeza untuk melihat platform mana yang sesuai untuk keperluan perniagaan anda.

START NAIKKANONLINE SALES

Page 12: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

8

Memang perlu ada Plan B atau Contingency Plan, untuk apa saja benda yang kita buat. Tapi yang paling penting sebenarnya bukan sekadar perlu ada plan B, tapi perlu ada banyak plan. Sebab apa? Kita pun tak tahu sampai bila PKP ini akan berjalan jadi sebab itu kita perlu ada banyak plan - mesti ada plan-plan tambahan.

Saya suka kalau anda ada Contingency Plan dari segi pengurusan Cashflow anda. Suka atau tidak dalam waktu sekarang, jangan membazir. Jangan berbelanja sesuka hati. Jangan jadikan krisis untuk kita berhenti atau give up. Penting untuk kita ada banyak plan sekiranya ada antara usaha kita yang tidak berjaya.

Dan tolong sentiasa faham satu rule ni. Plan yang kita buat tu, kalau perlu ubahsuai, adjust mana yang patut. Ideanya adalah, trial and adjust bukan trial and error. Itu sebab perlu buat dan adjust along the way. Dan bila kita dah biasa buat, lebih mudah untuk dapat hasilnya nanti.

P E R L U A D A P L A N B

Page 13: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

9

Bercakap dan berbincang dengan pembekal utama kita. Kalau masih ada hutang dengan Vendor, bincang untuk bayar sikit-sikit. Kalau bisnes masih beroperasi dan perlukan barang, negotiate dengan Vendor, jangan hantar barang lambat sangat. Kena maklumkan anggaran tarikh delivery. Yang buka kedai makan, kena bincang dengan Vendor, bila nak hantar, berapa harga, kalau lagi lama tempoh PKP ni berlanjutan, akan ada kesan pada harga barang. Jadi dari awal sekarang dah kena negotiate.

Bercakap dengan Vendor kita tentang proses penghantaran mereka semasa krisis. Pertimbangkan keupayaan mereka untuk menghasilkan input yang kita perlukan, pengangkutan produk kepada kita dan kos atau harga yang dipersetujui. Pembekal mungkin terkena sekatan perjalanan, jadi pertimbangkan untuk menyediakan pembekal alternatif, termasuk pembekal tempatan walaupun agak mahal kos yang perlu kita tanggung. Takpelah, buat sementara ini dan dalam tempoh krisis. Demi untuk kita boleh buat sales sebab kalau barang tiada, sangkut pulak nak buat DUIT MASUK.

BERCAKAP DAN BERBINCANG DENGAN VENDOR

Page 14: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

10

Check balik semua staf yang anda ada. Staf mana yang ada kemahiran kritikal untuk bisnes kita. Staf ni bagus ke tidak? Penting ke tidak? Dalam keadaan sekarang ni, bagus untuk kita tengok mana staf yang berpotensi dan staf mana yang tidak berpotensi. Staf yang tidak menyumbang dalam tempoh krisis ini kita harus consider semula adakah dia harus stay sebagai Team kita lagi?

Ini adalah salah satu konsep pengurusan HR yang bagus. Pertimbangkan kembali mana-mana pekerja kita yang tidak boleh digantikan, dan department mana yang perlu terus beroperasi. Jika pekerja tersebut boleh bekerja dari rumah, pastikan mereka mengambil peralatan yang diperlukan bagi memudahkan mereka bekerja dari rumah.

KENAL PASTI PEKERJA DENGAN KEMAHIRAN KRITIKAL UNTUK PERNIAGAAN ANDA

Page 15: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

11

KENALI POTENSI SEBENAR PERNIAGAAN ANDAGunakan krisis COVID-19 ini sebagai satu peluang untuk kita reflek semula perniagaan kita. Kaji semula bagaimana ia berjalan selama ini dan bagaimana anda boleh menjalankan bisnes jika berlaku lagi krisis selepas ini. Anda akan tahu, dalam keadaan sekarang ni di mana potensi bisnes kita.

Bila dah dalam keadaan macam sekarang, kita akan tahu apa core dan kekuatan sebenar bisnes kita. Kita akan tahu samada bisnes kita ada Team yang padu, samada kita pandai jaga Cashflow dan akaun atau samada sebenarnya Team Customer Service kita bagus dan pelanggan masih percaya pada bisnes kita atau macam mana?

Kuncinya di sini adalah dalam tempoh krisis ini sebenarnya peluang untuk kita tengok balik bisnes kita secara menyeluruh.

Page 16: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

12

JIKA KITA ADA MASALAH KEWANGAN, DAPATKAN NASIHAT LEBIH AWALSemasa krisis berlaku, selalu bertanya pada diri kita:

I. Adakah perniagaan kita dapat membayar hutang yang ada?II. Bagaimana dengan kewajipan Cukai kita?III. Apa tanggungjawab pada pekerja dan membuat pembayaran pinjaman?IV. Adakah kita mempunyai Cashflow yang mencukupi untuk menampung hutang yang kena dibayar dan akan dibayar dalam beberapa bulan akan datang?

Jika kita tidak dapat jawab soalan-soalan ini dengan meyakinkan, petandanya kita ada masalah kewangan. Kalau kita ada masalah kewangan, tolong dapatkan khidmat profesional. Contoh - kalau kita tak pandai nak buat Cashflow, pergi belajar urus Cashflow. Atau kita boleh cari Akauntan, Tax Agent atau pergi kelas yang dikendalikan oleh individu yang bertauliah tentang kewangan untuk bantu kita betulkan Cashflow bisnes kita. Bukan saja dari segi kewangan, tapi juga banyak aspek lain dari segi pengurusan bisnes seperti Percukaian dan HR. Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar dalam bidang ini.

Page 17: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

13

KESIMPULANNYADiharapkan segala pengisian dan perkongsian dalam e-book ini dapat sedikit sebanyak membantu kita yang berada dalam situasi sukar semasa krisis COVID-19 ini. Tetapi saya percaya, saat-saat sukar seperti sekarang ini pasti akan berakhir.

Jika anda ikut nasihat, saranan, dan panduan yang diberikan dalam buku ini, anda seharusnya dah jelas apa yang anda buat semuanya mesti bermula dengan pengurusan Cashflow yang betul.

Menghadapi masalah Cashflow bukan sahaja akan menjejaskan reputasi bisnes anda, malah akan menjadi punca utama bisnes anda tidak mampu bertahan dalam situasi sukar sekarang.

Semuanya ada proses yang perlu anda lalui dan buat terlebih dahulu. InsyaAllah bila anda bijak dan tahu cara pengurusan Cashflow yang betul, tidak akan ada masalah untuk anda dapatkan loan selepas ini. Jika anda masih keliru atau kurang faham, anda boleh rujuk kepada pihak yang pakar seperti Pegawai Bank sendiri dan anda juga boleh sertai Facebook Group Nak Urus Bisnes - Rahsia Urus Bisnes Cara Mudah.

Ada banyak perkongsian tentang Pengurusan Bisnes meliputi aspek Cashflow, Kos dan Harga, Percukaian, Pengurusan Sumber Manusia (HRM) dan banyak lagi.

SERTAI FACEBOOK GROUP NAK URUS BISNES - RAHSIA URUS BISNES CARA MUDAH

www.nakurusbisnes.com/group

Page 18: EJEN HADInakurusbisnes.com/ebook/12tipsebook ini saya akan terangkan serba sedikit tentang 12 TIPS URUS BISNES KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP). Tak kira sama ada anda baru

www.nakurusbisnes.com