48
http://ashaario.jimdo.com/perkhidmatan-ekosistem/ Ekosistem Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut adalah berhubungan dengan keanekaragaman spesies (species diversity). Ekosistem yang mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman spesies yang tinggi. Sedangkan istilah fungsi dalam definisi ekosistem menurut A.G. Tansley berhubungan dengan kitar material dan arus tenaga melalui komponen komponen ekosistem. Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya matahari untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma. Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: i. Menerangkan definisi dan pengertian ekosistem ii. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi TAJUK 1: PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM

Ekosistem Dan Biodiversiti

  • Upload
    ong-sc

  • View
    237

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Ekosistem Dan Biodiversiti

http://ashaario.jimdo.com/perkhidmatan-ekosistem/

Ekosistem

Ekosistem adalah suatu unit ekologi yang di dalamnya terdapat hubungan antara

struktur dan fungsi. Struktur yang dimaksudkan dalam definisi ekosistem tersebut

adalah berhubungan dengan keanekaragaman spesies (species diversity).

Ekosistem yang mempunyai struktur yang kompleks, memiliki keanekaragaman

spesies yang tinggi. Sedangkan istilah fungsi dalam definisi ekosistem menurut A.G.

Tansley berhubungan dengan kitar material dan arus tenaga melalui komponen

komponen ekosistem.

Aliran tenaga bermula bila autotrof sebagai pengeluar menggunakan cahaya

matahari untuk proses fotosintesis. Sebatian organik menyimpan bentuk-bentuk

tenaga yang banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam

ekosistem. Kebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang

kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma.

 

 Hasil Pembelajaran

           

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

 

i.   Menerangkan definisi dan pengertian ekosistem

            ii. Menerangkan bagaimana ekosistem berfungsi

 

 

TAJUK 1: PENGERTIAN DAN FUNGSI EKOSISTEM

 

1.1 Definisi dan Pengertian Ekosistem

Pengertian ekosistem pertama kali dikemukakan oleh seorang ahli ekologi Inggeris

bernama A.G. Tansley pada tahun 1935, walaupun konsep itu bukan merupakan

konsep yang baru. Sebelum akhir tahun 1800-an, pernyataan-pernyataan resmi

tentang istilah dan konsep yang berkaitan dengan ekosistem mulai terbit cukup

menarik dalam literatur-literatur ekologi di Amerika, Eropah, dan Rusia (Odum,

1993).

Page 2: Ekosistem Dan Biodiversiti

 

Beberapa definisi tentang ekosistem dapat diuraikan sebagai berikut :

(i) Ekosistem atau sistem ekologi adalah merupakan pertukaran bahan-bahan

antara benda hidup dan benda bukan hidup di dalam suatu sistem. Ekosistem

dicirikan dengan berlangsungnya pertukaran material dan transformasi tenaga yang

sepenuhnya berlangsung diantara berbagai komponen dalam sistem itu sendiri atau

dengan sistem lain di luarnya.

(ii). Ekosistem adalah hasil dari kesatuan unsur-unsur hidup dan bukan hidup (biotik

maupun abiotik) secara utuh dan menyeluruh, yang saling mempengaruhi dan saling

bergantung satu sama lain. Ekosistem mengandungi keanekaragaman jenis dalam

suatu komuniti dengan lingkungannya yang berfungsi sebagai suatu kesatuan

interaksi kehidupan dalam alam (Dephut, 1997). (iii). Ekosistem, ialah hasil kesatuan

secara kompleks di dalamnya terdapat habitat, tumbuhan, dan binatang yang

dipertimbangkan sebagai unit kesatuan secara utuh, sehingga semuanya akan

menjadi sebahagian mata rantai kitar material dan aliran tenaga. (Woodbury, 1954

dalam Setiadi, 1983). 

(iv). Ekosistem, iaitu unit fungsional dasar dalam ekologi yang di dalamnya meliputi

organisma dan lingkungannya (lingkungan biotik dan abiotik) dan di antara keduanya

saling mempengaruhi (Odum, 1993). Ekosistem dikatakan sebagai suatu unit

fungsional dasar dalam ekologi karena ia merupakan kesatuan terkecil yang memiliki

komponen secara lengkap, memiliki kawasan ekologi secara lengkap, serta terdapat

proses ekologi secara lengkap, sehingga di dalam unit ini kitaran material dan aliran

tenaga sesuai dengan keadaan ekosistemnya.

(v). Ekosistem adalah kesatuan secara menyeluruh antara setiap unsur kehidupan

yang saling mempengaruhi (UU Lingkungan Hidup Tahun 1997). Unsur-unsur hidup

(biotik) dan bukan hidup (abiotik) tersusun sebagai satu kesatuan dalam ekosistem

yang saling berhubungan, saling mempengaruhi, dan saling berinteraksi antara satu

sama lain.

(vi). Ekosistem, iaitu suatu sistem ekologi yang terbentuk oleh hubungan timbal balik

antara makhluk hidup dengan lingkungannya (Soemarwoto, 1983). Tingkatan

Page 3: Ekosistem Dan Biodiversiti

organisasi ini dikatakan sebagai suatu sistem karena memiliki komponen-komponen

dengan fungsi berbeda yang terkoordinasi secara baik sehingga masing-masing

komponen terjadi hubungan timbal balik. Hubungan timbal balik terwujudkan dalam

rantai makanan dan jaring makanan yang pada setiap proses ini terjadi aliran tenaga

dan kitar material

 

1.2 Fungsi Ekosistem

Ekosistem adalah saling hubungan antara organisma-organisma dan saling

hubungan dengan persekitaran mereka yang membentuk satu aliran tenaga melalui

kitaran bahan-bahan. Ekosistem adalah sistem yang terbuka dimana input-input,

perpindahan dalaman dan pengeluaran tenaga dan nutrien berlaku. Aliran tenaga

setiap ekosistem berlaku dalam satu arah sahaja. Paling biasa aliran tenaga

bermula bila autotrof fotosintetik menggunakan cahaya matahari untuk proses

fotosintesis. Autotrof adalah organisma pengeluar (producer) primer bagi sesuatu

ekosistem. Sebatian organik yang kaya menyimpan bentuk-bentuk tenaga yang

banyak dan merupakan asas kepada jaringan makanan dalam ekosistem . Jaringan

makanan terdiri daripada beberapa rantai makanan yang bergabung. Setiap rantai

dalam jaringan makanan adalah bermula dari pengeluar, pengguna yang pelbagai

dan penguraiKebanyakan tenaga yang memasuki jaringan makanan akan hilang

kepersekitaran terutamanya dalam bentuk haba metabolisma. Majoriti nutrien dikitar

semula dalam jaringan makanan tetapi sebahagiannya hilang ke persekitaran. Air,

karbon, nitrogen, fosforus and bahan-bahan lain yang diperlukan semasa produktiviti

permulaan bergerak melalui kitaran biogeokemikal.

 

 

Page 4: Ekosistem Dan Biodiversiti

TAJUK 2  : JENIS DAN LOKASI EKOSISTEM

 

2.1       Sinopsis

Sesebuah negara   menpunyai pelbagai jenis ekosistem bergantung kepada iklim

dan kedudukan dari segi latitud dan altitudnya masing-masing. Setiap ekosistem

mempunyai dua komponen iaitu biotik dan abiotik yang berbeza bergantung kepada

lokasi yang berbeza. Perbezaan ini merupakan faktor penentu kepada tahap

biodiversiti dalam sesuatu ekosistem. Ekosistem yang mempunyai tahap biodiversiti

yang tinggi akan menunjukkan tahap kerencaman dan kestabilan yang tinggi.

 

 

2.2       Hasil Pembelajaran

            Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

1.Menerangkan jenis-jenis ekosistem

2.Menyatakan dan menerangkan lokasi-lokasi ekosistem .

3.Menyatakan kaitan kerumitan dan kestabilan biodiversiti dengan ekosistem

 

2.3       Jenis-Jenis Ekosistem

Terdapat pelbagai jenis ekosistem yang utama   diantaranya adalah ekosistem

akuatik, ekosistem   hutan hujan tropika, ekosistem   hutan paya bakau, ekosistem

hutan gambut, ekosistem kolam   dan agro ekosistem   seperti ekosistem sawah

padi dan ekosistem ladang kelapa sawit.

.

 

2.3.1    Ekosistem Akuatik

Ekosistem Akuatik adalahsejenis ekosistem yang terletak dalam jasad air. Komuniti-

komuniti organisma bergantung antara satu sama lain dan persekitaran mereka.

Ekosistem ini terdiri daripada dua ekosistem iaitu ekosistem air masin dan ekosistem

air tawar

Page 5: Ekosistem Dan Biodiversiti

Ekosistem Akuatik

Ekosistem Marin

2.3.2 Ekosistem Air Masin (Marin)

 Ekosistem marin meliputi hampir 71% daripada permukaan bumi dan mengandungi

hampir 97% daripada air dunia. Ekosistem ini menjana 32% dari pengeluaran bersih

utama dunia. Hampir 85% daripada bahan terlarut dalam air laut adalah natrium dan

klorida. Air laut secara puratanya mengandungi kandungan garam 35 bahagian

Page 6: Ekosistem Dan Biodiversiti

perseribu (ppt) . Biasanya saliniti berbeza antara ekosistem marin.

Ekosistem Marine boleh dibahagikan kepada beberapa zon iaitu :-

 

i. oceanic (bahagian cetek)

ii. profundal (dasar atau air dalam)

iii. benthic (dasar laut);

iv. intertidal (kawasan antara taid(tides) tinggi dan rendah )

v. estuaries

vi. salt marshes;

vii. coral reefs (terumbu karang)

ix. hydrothermal vents (dimana bakteria sulfur chemosynthetic membentuk makanan

     asas).

Kelas-kelas organisma yang dijumpai dalam ekosistem marin termasuklah brown

algae, dinoflagellates, corals, cephalopods, echinoderms, and sharks. Ikkan dalam

ekosistem marin adalah sumber makanan komersial yang terbesar . Masalah alam

sekitar yang berlaku kepada ekosistem marin termasuklah ekploitasi sumber marin

yang tidak mampan, pencemaran air dan pembangunan kawasan pinggir pantai.

2.3.3 Ekosistem Air Tawar

Ekosistem ini meliputi 0.8% daripada permukaan bumi dan mengandungi 0.009%

dari jumlah air dunia. Ianya menjana hampir 3% dari pengeluaran bersih dari air

dunia. Ekosistem air tawar mengandungi 41% dari spesis ikan dunia.

 

Terdapat 3 jenis ekosistem air tawar iaitu;-

1. Lentic: air gerak perlahan termasuk kolam dan tasik.

2. Lotic: air bergerak laju seperti alur dan sungai.

3. Tanah Lembab (Wetlands), kawasan dimana tanah tepu dengan air

Asas makanan dari alur dan sungai terdiri dari hutan ripari yang mempunyai kanopi

yang tebal yang mengizinkan pertumbuhan alga di dalam sungai yang menjadi

sumber makanan kepada ikan anaromous. Ikan Anadromous juga merupakan

sumber nutrien penting kepada hidupan lain. Ancaman alam sekitar kepada sungai

termasuklah kehilangan air, empangan, pencemaran bahan kimia dan kepupusan

Page 7: Ekosistem Dan Biodiversiti

spesis. Tanah lembab didominasi oleh tumbuhan vaskular yang merupakan

ekosistem semulajadi yang produktif.

Ekosistem Air Tawar

2.3.3.1 Ekosistem Kolam

Merupakan ekosistem air tawar yang khusus dimana alga merupakan aras trof yang

asas iaitu pengeluar. Pemangsa utama dalam ekosistem ini biasanya terdiri

daripada ikan. Terdapat juga ular, kumbang air dan kura-kura.

Page 8: Ekosistem Dan Biodiversiti

Ekosistem Kolam

2.3.3.2 Fungsi Ekosistem Akuatik

Ekosistem akuatik sangat penting kepada alam sekitar. Sebagai contoh kitar nutrien,

air bersih, penampung banjir, saliran air bawah tanah dan menyediakan habitat

untuk kehidupan haiwan liar. Ekosistem akuatik juga penting untuk rekreasi manusia

dan sangat penting untuk industri pelancongan terutama kawasan pesisir

pantai.  Tekanan terhadap ekosistem akuatik akan mengakibatkan kerosakan alam

sekitar termasuklah perubahan suhu air dan penembusan cahaya ke dalam air.

Pencemaran kimia pula mengakibatkan kekurangan nutrien, oksigen terlarut

berkurang dan menjadi toksin kepada hidupan . Pertumbuhan populasi manusia

yang pesat juga merupakan satu lagi tekanan kepada ekosistem akuatik.

2.3.4 Ekosistem Hutan Hujan Tropika

 Hutan hujan tropika meliputi 6% daripada permukaan keseluruhan bumi dan

terletak di kawasan sekitar garisan   Khatulistiwa. Di Malaysia kebanyakan kawasan

hutan tanah pamah seperti     di Hutan hujan tropika ini , iklimnya adalah sangat

Page 9: Ekosistem Dan Biodiversiti

panas, dimana julat suhunya adalah diantara 20-26 ° C   serta menerima lebih

daripada 250 sm³ hujan setahun.   Kawasan ini juga menunjukkan panjang hari yang

hampir sama sepanjang tahun. Factor Ini menjadikan kawasan ini sangat sesuai

untuk   pertumbuhan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai. Faktor latitud   adalah

kawalan iklim utama di hutan hujan tropika.

Ekosistem hutan hujan tropika

2.3.5 Ekosistem Paya Gambut

 Hutan paya gambut adalah kawasan hutan yang di penuhi dengan air. Hutan ini

tumbuh di atas lapisan daun-daun yang telah   mati dan lapisan bahan daripada

tumbuh-tumbuhan setebal 20 meter. Ia adalah ekosistem yang unik dengan ciri- ciri

terendam air, kandungan nutrient dan oksigen larut pada tahap yang rendah serta

kawasan air yang berasid. Hutan gambut adalah jenis tanah berair yang terbesar

iaitu meliputi 75% daripada keseluruhan kawasan tanah berair di negara ini.

Dianggarkan terdapat seluas 1.54 ribu hektar tanah berair jenis ini masih kekal di

Malaysia, di mana 70% daripadanya terdapat di   Sarawak, kurang daripada   20% di

Semenanjung Malaysia dan yang selebihnya terletak di Sabah.

Page 10: Ekosistem Dan Biodiversiti

Ekosistem Paya gambut

2.4       Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan

 Biodiversiti   adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan bilangan spesies,

berapa   banyak variasi genetik atau bilan gan jenis komuniti yang terdapat di

sesuatu ekosistem . Kompleksiti   sesuatu ekosistem ber gantung kepada  

biodiversiti sesuatu ekosistem . Kestabilan ekosistem pula dinyatakan dengan

beberapa cara yang berbeza. Satu cara adalah untuk mendefinisikan   sebagai  

sesuatu sistem untuk kembali kepada keadaan asal selepas d iganggu, lebih cepat

ia kembali kepada keadaan   asal lebih stabil sesuatu ekosistem itu.

 

2.4.1 Biodiversiti, Kompleksiti dan Kestabilan Ekosistem hutan hujan

tropika

Hutan hujan tropika ini adalah biome yang terkaya dari segi biodiversiti dan biojisim

total. Haiwan-haiwan di hutan hujan tropika adalah sangat pelbagai dan ini terhasil

daripada adaptasi mereka terhadap persekitaran mereka. Satu daripada adaptasi

haiwan-haiwan di ekosistem ini adalah kebolehan melakukan penyamaran   yang

berkesan. Haiwan-haiwan ini kadang kala kelihatan seperti daun mati atau daun

hidup. Lantai hutan hujan tropika yang dipenuhi dengan daun-daun mati

menyebabkan haiwan-haiwan sebati dengan persekitaran itu serta sukar dilihat

daripada atas .Haiwan seperti kupu-kupu dan katak pokok menggunakan kaedah ini.

Page 11: Ekosistem Dan Biodiversiti

Haiwan-haiwan di kawasan ini juga menggunakan warna-warna untuk mem beri

amaran kepada pemangsa mereka bahawa mereka sangat beracun.   Sebagai

contoh katak beracun   dari species Dendrobates auratus yang berwarna putih dan

hitam, D. leucomelas mempunyai warna kuning terang dan hitam serta D.

granuliferus yang berwarna merah di   bahagian atas serta sisi dan kaki pula

berwarna hijau.

Lebih daripada separuh spesies daripada tumbuhan daratan hidup di dalam biome

ini. Kepelbagaian tumbuhan yang tinggi serta tiada banyak spesies yang

menunjukkan kedominan yang jelas di ekosistem ini. Tumbuh-tum buhan di

ekosistem   hutan hujan tropika ini   mempunyai pucuk atau daun muda yang

berwarna merah. Tumbuh-tumbuhan ini juga sering kelihatan berbunga. Ada haiwan

yang hidup dilantai hutan kebanyakan haiwan di hutan hujan tropika hidup pada

tumbuh-tumbuhan ini seperti di kanopi hutan ini. Serangga adalah antara haiwan

yang sangat banyak di kawasan ini. Anai-anai   adalah sangat penting sebagai

pengurai di kawasan ini. Kerana kompleksiti ecosystem ini ia juga sangat komplek

dan sangat stabil.

 

 

 

 

2.4.2 Biodiversiti, Kekompleksian dan Kestabilan di Ekosistem Hutan Paya

Gambut

 

Kawasan hutan gambut bukan sahaja satu ekosistem yang unik dan   tempat tinggal

kepada banyak spesies endemik ia juga menyediakan pusat perlindunga n bagi lebih

daripada   60 spesies haiwan yang disenaraikan sebagai terancam seperti Orang

utan, Proboscis Monkey, Sumatran Rhinoceros, gajah asia, harimau, Civet Otter,

Storm’s Stork and Wrinkled Hornbill. Hutan lembab ini juga berfungsi sebagai bank

gen semula jadi   tumbuhan. Kawasan ini juga mengandungi banyak spesies yang

belum diketahui dan diterokai.

PERKHIDMATAN EKOSISTEM

Page 12: Ekosistem Dan Biodiversiti

            Sinopsis

Perkhidmatan ekosistem   adalah proses-proses dimana persekitaran menyediakan

sumber-sumber seperti air bersih, balak, habitat untuk perikanan, pendebungaan

tumbuhan asli dan pertanian. Perkhidmatan-perkhidmatan ekosistem yang pelbagai

ini memberi kesan kepada tanah, air, makanan dan kesihatan kita.Diantara

kesannya adalah seperti menyederhanakan cuaca yang keterlaluan,mengitar dan

menggerakkan nutrient, menyahtoksik dan menguraikan bahan buangan dan

menyebarkan biji benih.Ekosistem semula jadi , tumbuhan dan haiwan didalamnya

menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan kepada manusia yang sukar digantikan.

Adalah sukar untuk mengira berapakah nilai dari segi wang ringgit. Walaupun

kebanyakan perkhidmatan ini nampak percuma ianya bernilai trillion ringgit

Perkhidmatan ekosistem ini amat penting dan mudah diabaikan. Ia boleh diancam

oleh aktiviti manusia seperti kadar perkembangan manusia (saiz populasi,

penggunaan per kapita, dan kesan teknologi penghasilan barangan kegunaan).

Selian daripada itu ia juga boleh diancam oleh kekeliruan tentang keperluan jangka

pendek dengan kesejahteraan jangka panjang masyarakat . Banyak aktiviti manusia

yang mengganggu , merosakkan, mengubah ekosistem setiap hari seperti

pengaliran racun perosak, baja dan bahan buangan haiwan, pencemaran tanah, air

dan udara,memperkenalkan spesies bukan asli, penangkapan ikan yang berlebihan

dan hakisan tanah.

 

            Kitaran Biogeokimia

 Kitaran biogeokimia atau kitar nutrient adalah satu laluan dim ana unsur-unsur kimia

atau molekul bergerak melalui kedua-dua komponen biotic dan abiotik bumi. Unsur-

unsur ini dikitarkan walaupun dalam sesetengah kitaran   terdapat tempat dimana

unsur-unsur ini dikumpulkan untuk jangka masa yang panjang.

 

Page 13: Ekosistem Dan Biodiversiti

Kitar Air

KITAR AIR

Dalam kitaran air atau kitaran hidrologi, pergerakan air secara berterusan di

permukaan bumi, di atas dan dibawah permukaan tanah. Air boleh bertukar

bentuk   daripada cecair, wap air   dan pepejal di pelbagai tempat dalam

kitaran

air ini. Walaupun keseimbangan air di bumi hampir tetap dari masa kesemasa

molekul air secara individu boleh datang dan pergi.   Air bergerak dari satu

takungan kepada takungan yang lain seperti dari sungai ke laut atau dari laut

ke

atmosfera melalui process-proses fizikal seperti pengwapan, kondensasi,

pemendakan, penurasan, pengaliran permukaan.   Semasa proses-proses ini air

melalui fasa-fasa berbeza iaitu cecair, pepejal dan gas. 

Kitar  air  ini  juga  melibatkan  pertukaran  tenaga  haba,  yang  menyebabka

n

suhu  berubah.  Satu  contoh    semasa  proses  pengewapan,  air  menyerap  

tenaga

dari persekitaran dan  menyejukkan   persekitaran.   Bertentangan dengan

proses

kondensasi  dimana  air  akan  membebaskan  tenaga  kepersekitaran

dan  memanaskan persekitarannya. Rajah  kitaran  air menerangkan

kesignifikan  dalam menetapkan   kehidupan dan ekosistem di bumi.

Dengan  perpindahan air dari satu  kawasan tadahan ke

kawasan tadahan  yang  lain,  kitar  air  m

Page 14: Ekosistem Dan Biodiversiti

enulenkan  air,  membekalkan  tanah dengan  air  bersih  ,  dan memindahkan   gara

m  mineral  ke  bahagian  bumi  yang

lain.  Air  juga  terlibat  dalam  proses mengubah  struktur  geologi  

bumi melalui proses hakisan dan pemendakan. Sebagai tambahan disebabkan kitar

air melibatkan pertukaran haba , ia juga memberikan kesan kepada iklim   sesuatu

ekosistem. Kitar air ini ditunjukan dengan Rajah 3.1

 

3.3.2 Kajian Kes: Kitar Nutrien

 Kitar nutrien dikaji dalam bentuk nutrien yang spesifik, dimana setiap nutrien

di persekitaran m empunyai corak kitaran yang tertentu. Di antara kitar nutrien yang

paling penting adalah kitar karbon   dan kitar nitrogen. Kedua -dua kitaran ini

merupakan bahagian terpenting dalam kitar nutrien dalam tanah.

 

3.3.2.1 Kitar Nitrogen.

 Komponen utama kitar nitrogen bermula dengan unsur nitrogen di udara.

Dua nitrogen oksida    di temui di dalam udara hasil daripada interaksinya dengan

oksigen. Nitrogen hanya akan bertindak balas dengan oksigen dengan kehadiran

suhu dan tekanan yang tinggi semasa kilat dan dalam tindakbalas pembakaran

dalam logi kuasa atau dalam enjin pembakaran internal. Asid nitrik, NO dan nitrogen

dioksida NO2 terbentuk dalam keadaan ini. Nitrogen dioksida boleh bertindak balas

dengan air hujan untuk mem bentuk asid nitrik, HNO3. Nitrate yang terbentuk boleh

digunakan oleh tumbuhan sebagai nutrien.

Nitrogen diudara telah bertukar menjadi bahan biologi melaui tindakan

bakteria dan alga dalam proses pengikatan nitrogen. Tumbuhan kekacang

seperti kacang soya dan   kacang tanah   membentuk bintil-bintil di akarnya

dimana bakteria pengikat nitrogen ini , mengikatkan nitrogen di udara   dan

menukarnya kepada ammonia, NH3. Amonia ini kemudiannya ditukarkan oleh

bakteria lain kepada ion nitrat (No2-) , kemudian kepada ion nitral lain (NO3-).

Ion Nitrat ini akan digunakan oleh tumbuhan   sebagai nutrien atau baja untuk

pertumbuhan. Nitrogen digabungkan dalam banyak asid amino yang akan

seterusnya menghasilkan protein. Amonia   juga boleh dihasilkan   melalui proses

sintetik yang dinamakan Proses Haber. Nitrogen dan Hidrogen bertindak balas di

dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dengan kehadiran pemangkin untuk

membentuk  ammonia. Ammonia boleh digunakan terus sebagai baja untuk sektor

Page 15: Ekosistem Dan Biodiversiti

perladangan. Ammonia seterusnya diproses dengan oksigen untuk membuat asid

nitrik. Tindakbalas ammonia dan asid nitrik menghasilkan ammonium nitrat yang

boleh digunakan sebagai baja. Tahi haiwan bila dihuraikan dalam tanah juga

membentuk nitrat. Untuk melengkapkan kitar nitrogen, bakteria dalam tanah

menjalankan proses denitrifikasi dengan menukar kembali nitrat kepada gas

nitrogen. Lain-lain hasil dari proses ini ialah nitrogen oksida (N2O) dikenali sebagai

gas ketawa , juga gas rumah hijau yang meyumbang kepada pemanasan sejagat.

 

3.3.3.2 Kitar Karbon

 Kitar nutrient karbon adalah kitar yang paling penting bagi hidupan di bumi,

keranakehidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh

didapati dalam jumlah yang banyak diudara dalam bentuk karbon dioksida. Bila

tumbuhan berfotosintesis ,ia menggunakan karbon dioksid daripada udara , dan

menggunakannya untuk membina molekul gula, kanji, protein dan makanan lain. Ini

merupakan bahagian pertama dalam kitar karbon. Karbon yang terdapat dalam

tumbuhan ini boleh digunakan oleh haiwan herbivora, haiwan yang memakan

tumbuhan. Herbivora seperti rusa menggunakan tumbuhan ini untuk membina,

memperbaiki dan menggandakan bilangan sel-selnya. Ini memindahkan karbon dari

kehidupan tumbuhan kepada haiwan. Karnivora seperti harimau mungkin akan

membunuh rusa tersebut dan memakannya, menggunakan daging rusa ini untuk

tumbesaran dan pembiakannya. Apabila akhirnya kedua-dua tumbuhan dan

haiwan ini mati, dan karbod dalam badan mereka dikitarkan kedalam tanah. Bahan

karbon dalam tanah ini akan dipecahkan oleh fungi dan bacteria, membebaskan

atom karbon ke dalam tanah dan kembali ke udara sebagai karbon dioksida.

Biodiversiti

Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia

merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata

dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga.

Kepelbagaian biologi atau “biodiversity” didefinisikan sebagai keanekaan antara

organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain

yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang

kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya.

Page 16: Ekosistem Dan Biodiversiti

Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta.

Malaysia sangat kaya dengan biodiversitinya dan termasuk dalam lingkungan dua

belas buah negara mega kepelbagaian biologi di dunia yang mana masih lagi

mempunyai kekayaan biodiversiti yang dianggarkan antara 60% hingga 70%

daripada jumlah biodiversiti dunia. Kepelbagaian tersebut dapat digambarkan

melalui flora dan fauna yang masih wujud di negara kita pada hari ini. Didapati lebih

kurang 12, 500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga dan lebih daripada 1,100

spesies paku pakis yang masih lagi menghuni hutan negara kita. Kebanyakan

daripada spesies-spesies tersebut adalah sangat unik dan tidak ditemui di mana-

mana tempat lain di dunia. Malah dari segi kepelbagaian spesies tumbuhan di

Rantau Asia-Australia pula, negara kita masih lagi mengekalkan kedudukan di

tempat kelima. Kalau dilihat daripada kedudukan negara kita, ia merupakan sesuatu

yang sangat membanggakan kerana dalam kebimbangan negara-negara lain di

dunia mengenai kepupusan habitat hutan serta sumber-sumber yang mendiaminya,

namun kita masih lagi dapat mengekalkan khazanah yang sangat berharga ini.

Bagi spesies fauna, negara kita mempunyai kira-kira 1,500 haiwan vertebrata dan

150, 000 haiwan invertebrata. Walaupun jumlah bagi spesies tumbuhan dan haiwan

vertebrata darat adalah tidak seberapa sebagaimana yang dimiliki oleh empat buah

lagi negara lain di Asia Timur, namun Malaysia masih mempunyai bilangan yang

terbanyak dari segi jumlah spesies per kilometer persegi. Kita patut bersyukur

kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi mempunyai kekayaan biodiversiti yang tidak

ternilai yang menjadi sumber rezeki untuk keperluan kehidupan seharian kita. Malah

rezeki yang Allah S.W.T. kurniakan kepada kita tidak terhitung banyaknya dan tidak

pernah putus. Justeru, kita sebagai khalifah di bumi ini patut menghargai dan

menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah S.W.T. menjanjikan rezeki kepada

setiap makhluk-Nya yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di dalam

Surah Sabaa, Ayat 39 yang bermaksud "Katakanlah sesungguhnya Tuhanku

melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hamba-

Nya dan Dia menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang siapa

sahaja yang kamu nafkahkan (belanjakan), maka Allah S.W.T. akan

menggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki". Justeru, dalam

konteks ini, biodiversiti merupakan sebahagian daripada rezeki anugerah Ilahi

Page 17: Ekosistem Dan Biodiversiti

kepada kita di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sebagai khalifah Allah, manusia

diamanahkan untuk menguruskan rezeki kurniaan-Nya dengan penuh kebijaksanaan

baik di daratan, lautan mahupun di angkasa.

Biodiversiti yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada kita merupakan nikmat yang

sangat besar dalam kehidupan kita. Ia memainkan peranan yang sangat penting

dalam mengekalkan keseimbangan alam sekitar kita. Bagaimanakah biodiversiti

dikatakan membantu dalam proses keseimbangan alam sekitar? Jika kita amati,

biodiversiti merangkumi satu spesies atau kombinasi spesies dan kekayaan;

interaksi spesies, interaksi antara organisma dan komponen bukan hidup dalam

persekitaran; tingkah laku; sejarah hidup dan kepelbagaian fisiologi; kepelbagaian

fizikal habitat yang terdiri daripada pelbagai biologi semua habitat atau ekosistem

yang berbeza di sesuatu kawasan. Dengan mengekalkan kekompleksan dalam

ekosistem ini, ia akan menyumbang kepada keseimbangan alam sekitar yang

sekaligus akan turut menjamin khidmat ekologi yang bernilai kepada manusia.

Setiap kejadian yang Allah S.W.T. ciptakan di atas muka bumi ini mempunyai alasan

tersendiri. Sebagai contoh, spesies reptilia terutamanya ular mempunyai peranan

tersendiri dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem, dan penciptaannya bukan

sekadar untuk menghuni alam tanpa sebarang sebab. Malah ia diperlukan dalam

kehidupan manusia terutama dalam bidang pertanian padi yakni berperanan

mengawal tanaman daripada serangan tikus dan serangan perosak yang lain.

Bayangkan jika spesies reptilia ini pupus, pastinya manusia akan berdepan pelbagai

masalah khususnya bagi mengawal pertanian daripada serangan perosak. Didapati

kira-kira 99% potensi serangga perosak tanaman adalah dikawal oleh pelbagai jenis

organisma merangkumi serangga, burung dan fungi (kulat) selain spesies reptilia

yang disebutkan di atas.

Biodiversiti juga penting dalam pendebungaan dan pengeluaran hasil tanaman. Bagi

kebanyakan tumbuh-tumbuhan berbunga, pembiakannya bergantung kepada

beberapa spesies haiwan seperti lebah, rama-rama, kelawar dan sebagainya dalam

membantunya membiak melalui pengangkutan debunga. Malah lebih daripada satu

per tiga hasil tanaman makanan manusia sejagat adalah bergantung kepada

pendebungaan semulajadi ini. Selain itu, kebanyakan spesies haiwan yang

mendiami hutan kita juga turut memainkan peranan penting menjalankan fungsi

tambahan dalam pembiakan tumbuhan melalui penyebaran biji benih. Di sini sangat

Page 18: Ekosistem Dan Biodiversiti

jelas menggambarkan peri pentingnya peranan spesies fauna dalam mengekalkan

keseimbanagn alam sekitar secara semulajadi.

Selain bertindak sebagai agen pendebungaan dan penyebaran biji benih, biodiversiti

juga memainkan peranan penting dalam menstabilkan iklim. Di mana tisu tumbuhan

dan bahan organik lain dalam lingkungan ekosistem daratan dan laut bertindak

sebagai gedung kepada karbon yang membantu memperlahankan pembangunan

karbon dioksida dalam atmosfera dan ia secara automatik membantu menyumbang

kepada kestabilan iklim. Ekosistem juga turut mempengaruhi keupayaan langsung

ke atas bentuk cuaca persekitaran. Sebagai contoh, lembapan yang dibebaskan ke

atmosfera melalui hutan hujan menyebabkan hujan ribut malar dan akan

menghadkan kadar kehilangan air daripada sesuatu kawasan dan membantu

mengawal suhu permukaan. Sementara itu, dalam iklim sejuk ekosistem hutan

bertindak sebagai penebat dan tampan angin bagi membantu mengurangkan kesan

suhu dingin.

Biodiversiti bukan sahaja penting dalam proses menstabilkan iklim, malah ia juga

memainkan peranan penting dalam mencegah dan mengurangkan kesan bencana

alam. Hutan dan padang rumput misalnya sangat membantu dalam melindungi

landskap daripada hakisan, kehilangan nutrien dan tanah runtuh melalui tindakan

cengkaman akar. Bagi sesetengah ekosistem pantai seperti paya masin, paya bakau

dan sebagainya sangat membantu dalam menghalang berlakunya hakisan pinggir

pantai dan mengurangkan kesan bencana alam seperti tsunami.

Selain itu, biodiversiti juga memainkan peranan penting dalam penjanaan tanah dan

pengekalan kualiti tanah. Fenomena ini berlaku melaui aktiviti mikrobiologi oleh

spesies-spesies organisma seperti bakteria, alga, fungi, hama, mentibang dan

cacing yang mana sangat penting dalam proses penghuraian tanah kepada bahan

organik dan membebaskan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk

hidup. Proses tersebut memainkan peranan mustahak dalam kitaran elemen seperti

nitrogen, karbon dan fosforus antara organisma hidup dan bukan hidup dalam

biosfera.

Selain penting dalam proses penjanaan tanah, ia turut memainkan peranan dalam

mengekalkan kualiti udara. Spesies tumbuhan bertindak membersih udara dan

mengawal kandungan atmosfera, mengitar semula keperluan oksigen dan menapis

partikel-partikel berbahaya yang terhasil daripada aktiviti-aktiviti industri.

Page 19: Ekosistem Dan Biodiversiti

Bukan itu sahaja, malah biodiversiti juga penting dalam mengekalkan kualiti air.

Ekosistem tanah lembap(kawasan paya) misalnya membantu menyerap dan

mengitar semula nutrien-nutrien penting, merawat kumbahan dan membersihkan

sisa tanah. Di dalam sistem muara pula, moluska (binatang berbadan lembut dan

bercangkerang) membantu menyingkirkan nutrien daripada air bagi menghalang

pengayaan melampau nutrien dan mengelakkan kehadiraan masalah seperti

terjadinya eutrofikasi (proses peningkatan laju input bahan organik ke muara atau

secara umumnya adalah proses penyuburan perairan secara berlebihan disebabkan

oleh kemasukan bahan organik) daripada proses penyalinan baja. Pokok-pokok dan

tanah hutan pula bertindak membersih air yang mengalir melalui ekosistem hutan.

Dalam proses menghalang tanah daripada dihanyutkan, ekosistem hutan juga

berperanan membantu menghalang pemendapan kelodak berbahaya ke sungai dan

empangan yang wujud daripada hakisan dan tanah runtuh.

Begitulah besarnya peranan biodiversiti dalam mengekalkan keseimbangan alam

sekitar kita. Justeru itu, kewujudan biodiversiti jangka panjang adalah sangat perlu

bagi memastikan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar kita terus terpelihara.

Kesedaran masyarakat mengenai peri pentingnya biodiversiti kepada pembangunan

umah dan negara perlulah dipupuk dari masa ke semasa agar keselamatan

biodiversiti kita terus terjamin. Selain itu, penambahbaikan ke atas pengurusan

biodiversiti secara lestari perlu dilakukan bagi menjamin pengekalan khazanah

tersebut untuk turut dinikmati oleh generasi akan datang

Kepentingan Menghargai Biodiversiti

             Biodiversiti adalah anugerah Allah yang tidak ternilai dan sangat penting

bagi kita menghargainya. Ini adalah kerana biodiversiti mempunyai kepentingan-

kepentingan kepada keseimbangan alam dan juga manusia.

1.4.1 Kepentingan Kepada Alam Sejagat

1.4.1.1 Pengekalan Kitar Hidrologi (Kitar Air)

Hidupan semula jadi berfungsi sebagai penyerap air. Tumbuhan hijau

menyerap air dari tanah dan membebaskannya melalui proses transpirasi. Hutan,

padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan

membebaskannya sedikit demi sedikit bila air bertakung. Ini sekaligus mengawal

banjir.

Page 20: Ekosistem Dan Biodiversiti

1.4.1. 2 Memodifikasi Iklim Dunia

Biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan

cuaca dan iklim dunia. Ia juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan

membebaskan wap. Ia akan mempengaruhi keadaan iklim dan menyederhanakan

suhu. Kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi

biodiversiti ini.

1.4.1.3 Mengawal Hakisan Tanah

Daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak timpaan

air hujan. Ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu,akar berfungsi

“mengikat tanah”dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di

kawasan tanah tinggi dan cerun bukit. Manakala tumbuhan, haiwan kecil dan

mikroorganisma menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang

berombak,paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini

bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan

nyawa.

1.4.1.4 Menyelenggara Kitar Oksigen dan Kitar Nitrogen

Tumbuhan menghasilkan oksigen untuk pernafasan. Manakala mikrob pula

membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam

tanah. Kepelbagaian biodiversity juga boleh menghalang tompokan sebatian

nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu

kesuburan tanah.

1.4.2 Kepentingan Kepada Manusia 

1.4.2.1 Mempunyai Nilai Perubatan

Page 21: Ekosistem Dan Biodiversiti

Sebanyak 3000 spesis tumbuhan di dunia ini dikenal pasti berfungsi sebagai anti-

kanser. Kekayaan kepelbagaian biodiversiti menyumbangkan US$8 bilion setahun

untuk menghasilkan ubat-ubatan seperti tumbuhan herba dan gamat. Penyaringan

dan pemprosesan flaura dan fauna menghasilkan pelbagai produk komersial, seperti

Tongkat Ali (Eurycoma longifolia), Misai Kucing (Orthosiphon staminues) dan Kacip

Fatimah (Labisia pumila). Ini dapat memperbaiki tahap kesihatan masyarakat dan

meningkatkan jangka hayat manusia. Antara 234 spesis yang dapat dikesan di

malaysia yang berupaya menyembuhkan penyakit adalah seperti berikut: Ceri

barbados,Cermai, chinese honeysuckle, Cucur atap, Daun Dewa, Daun

segugur, Delima, Depu Pelanduk, Derhaka Mertua, Dukung Anak, Durian

Belanda, Ekor Anjing,Embun tengahari

Gadis Lompat, Gaharu/depu, Gajus, Galak tua, Gandarusa, Garuda, Gelam

Tikus, Gelenggang,Gorek, Halia, Hamba Raja, Hempedu beruang, Hempedu

bumi, Hujan panas, Inai, Jambu batu,Jarak Minyak, Jarak pagar, Jarum Mas, Jarum

tujuh bilah, Jelai, Jerangau, Jeremin, Jeruju, jerun,jintan hitam, Kacang

Malabar, Kacang telang, Kaduk, kancing baju, Kancing Baju

Merah, Kantan,Kapalterbang, Kari, kayu manis, Kecubung, Keladi candik, Keladi

Tikus, Kelapa, Kemangi,kembang semangkuk, kemoyang, Kemunting, Kemunting

Cina, Kenerak, Kerak-kerak nasi,Kerian, Kermak putih, Kesum, Kesumba, Ketumbar

jawa, Ketumpangan air, Kucing galak,Kulim, Kunyit, Kunyit Hitam, Lada

Hitam, Laici, Lakum, Larak, Lemba, Lemon Balm, Lempoyang

gajah, Lemuju, Lemuni, Lengkuas, Lengkuas geting, Lenjuang merah, letup-

letup, Lidah buaya,Limau kasturi, Limau Purut, Lontar, mahkota dewa, Maman

Hantu, Maman Ungu, Mambu,Manggis, Mas cotek, Mata Ayam, Matakucing

Pingpong, Melada

pahit, Memali, Mempelas,Mengkirai, Mengkudu, Mengkunyit, Misai ali, Mulberi, Nam

Nam, Oregano, Paku Tunjuk Langit,Pala, Palas, Pandan wangi, Patawali, patikan

kerbau, pegaga, Penaga, Perah, Peria pantai,Periuk Kera, Petai, Petai

belalang, Pokok ajaib, Pokok lelipan, Pokok Manjakani(mempening),Pokok

Nilam, Pokok Tea, Pudina, Pulosari, Pulut-pulut, Putat, Rosemary, Rozel, Ruku

Hitam,Rumput Israel, Sagu Bemban, Salam, Sambung Nyawa, Sarang

semut, Sedap Malam, Sehelai setahun, Sekentut, Selada, Selai

Jendela, Selasih, Selasih dandi, Selom, Sembung, Senduduk,Senduduk

Paksa, Senduduk putih, Senna mekah, Sepang, Serai, Serai aceh, Serai

Page 22: Ekosistem Dan Biodiversiti

Wangi,Setawar, Setawar Putih, Sintok, Sirih, Sri Gading, Stevia, Subang

nenek, Sundal malam,Sungkai, Susun kepala, Tebengau, Teja, Temu hitam, Temu

kunci, Temu lawak, Tenggek Burung, Tepus Kesing, Tepus Tanah, Teratai, Terung

asam, Terung Kemar, Terung Ranti,Terung susu kambing, Timun

betik, Tomato, Tongkat Ali Hitam, Tutup Bumi, Ubat Kurap, Ubi jaga, Ubi

sarek, Ulam raja, Ulat Bulu, Urang-Aring, Vanila, Yesterday, today,

tomorrow, Zodia dan banyak lagi yang tak dapat disebut disini.

 

 

   

Pokok Misai Kucing; Ubat kencing

Manis

 

Pegaga; Anti Kanser

 

 

 

1.4.2.2 Membekalkan Bahan Mentah Kepada Manusia

Pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti boleh membekalkan makanan

dan minuman yang cukup kepada manusia seluruhnya. Contohnya hidupan akuatik

yang terpelihara dapat membekalkan sumber protin secukupnya kepada manusia.

Sumber makanan berasaskan ikan didapati dengan banyak jika laut tidak tercemar.

Air bawah tanah boleh membekalkan air mineral , manakala sungai membekalkan

air minuman kepada hidupan. Biodiversiti juga membekalkan bahan mentah untuk

kegunaan industri seperti minyak kelapa sawit dan getah.

     

Getah; Sumber Bahan Mentah yang

penting

Ikan adalah bahan makanan

yang penting kepada Manusia.

 

1.4.2. 3 Biodiversiti Menjadi Tempat Riadah

Tempat-tempat riadah atau rekreasi biasanya dipilih di kawasan hutan simpan

dan air terjun. Pesisir pantai juga menjadi tempat rekreasi yang menarik. Kehijauan

hutan hujan tropika yang membekalkan udara segar kepada manusia boleh

Page 23: Ekosistem Dan Biodiversiti

membantu menyihatkan badan. Keindahan pantai dan muara sungai boleh

mendatangkan ketenangan jiwa.

 

Air Terjun adalah tempat rekreasi

yang menarik

 

Muara Sungai kaya dengan pelbagai

spesis hidupan

 

            1.4.2.4 Mempunyai Nilai Intrinsik

             Kepelbagaian biodiversiti ini juga mempunyai “Nilai tersendiri” dan “Hak

untuk hidup”. Setiap fauna dan flora mempunyai “hak asasi” dan keistimewaan

masing-masing. Semuanya dijadikan Allah untuk kegunaan manusia. Kepandaian

manusialah yang akan memastikan pengekalan semua benda hidup di muka bumi

ini. Jika manusia melakukan kezaliman ke atas biodiversiti ini, bermakna manusia

menempah kesukaran hidup di masa depan dan memusnahkan peluang anak cucu

mereka untuk hidup dengan sempurna.

PEMULIHARAAN IN-SITU

Mengekalkan tumbuhan dan hidupan liar di habitat asalnya seperti taman negara,

hutan simpanan kekal, taman-taman laut dan pusat pemuliharaan hidupan liar.

  1.1       Sinopsis

 Pemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap spesis

yang telah sedia ada di habitat asalnya. Pemuliharaan ini agak sukar dijalankan

disebabkan oleh keadaan habitat dan ekosistem semulajadi yang semakin hari

semakin banyak mengalami perubahan dan pembangunan. Usaha pemuliharaan in-

situ ini perlu diberi perhatian dan perlu melalui pelbagai teknik bagi memastikan

ianya berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Usaha pemuliharaan ini

termasuklah pembangunan yang efektif, rekabentuk yang kreatif, pemeliharaan

habitat semulajadi dan rekreasi, pengurusan kawasan hutan simpan (protected area)

Page 24: Ekosistem Dan Biodiversiti

dan mempromosi serta memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai

pemeliharaan tumbuhan dan alam semulajadi secara mampan.

Strategi pemuliharaan “in-situ” adalah strategi pemuliharaan

jangka panjang dan

terbaik.Namun begitu peningkatan aktiviti manusia boleh mengakibatkan

spesies hidupan liar pupus melaluihakisan genetik, pengeluaran sumber

secara berlebihan, pembiakbakaan

yang terhad, perubahanpersekitaran, serangan penyakit serta persaingan dengan

spesies eksotik (spesies invasif). Dalam topik

ini, anda akan diberi pendedahan tentang populasi semulajadi dan habitat

semulajadi.

 

1.2       Hasil Pembelajaran

           Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

 

i. memahami Populasi Semulajadi

 

ii. memahami Habitat Semulajadi

 

1.3     Pemuliharaan In-Situ

                       Pemuliharaan in situ (in- site) merupakan pemuliharaan terhadap

spesis yang telah sedia ada di habitat asalnya. Kaedah ini banyak dijalankan dengan

menubuhkan taman-taman negara di negara masing-masing. Contohnya di

Malaysia, Taman Negara yang meliputi Kelantan Selatan dan Pahang. Taman Laut

juga adalah jenis pemulihan in-situ seperti Taman Laut di Pulau Perhentian,

Terengganu.

 

1.4       Populasi Semulajadi

 Populasi semulajadi adalah sekumpulan

individu yang sama spesies hidup dalam ruang yang sama

pada masa tertentu dalam ekologi semulajadi mereka. Individu-individu

dalam populasisemulajadi saling berinteraksi satu sama lain dan membiak di antara

sesama mereka. Konsep populasi banyak dipakai dalam bidang ekologi dan

genetik. Para ekologis menyatakan bahawa populasiadalah satu unsur

Page 25: Ekosistem Dan Biodiversiti

dari ekosistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari

suatu komuniti. Ahli-ahli genetik menyatakan bahawa populasi adalah sebagai

wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki oleh individu-individu dalam populasi

tersebut.

1.5       Habitat Semulajadi

            Habitat semulajadi adalah kawasan kediaman setiap spesis atau populasi

spesis secara semulajadi. Hutan merupakan habitat semulajadi kepada fauna dan

flora. Hutan Malaysia mempunyai kepelbagaian hidupan atau biodiversiti serta

menjadi habitat kepada pelbagai flora dan fauna. Terdapat 8 000 spesies bunga dan

2 600 spesies pokok kayu di hutan Malaysia. Terdapat 280 spesies mamalia, 600

spesies burung dan 140 spesies ular, 165 spesies katak dan 1 000 spesies rama-

rama. Di antara spesies-spesies flora dan fauna ini ada yang tidak dapat ditemukan

di negara-negara lain.

PEMULIHARAAN EX-SITU

  1.1      Sinopsis

Pemuliharaan ex-situ pula merupakan pemuliharaan terhadap organisma

samada fauna dan flora di luar habitat semulajadi mereka. Bagi flora spesis

tumbuhan yang diambil dari lapangan atau daripada habitat asalnya akan dipelihara

dalam kawasan yang disediakan. Sampel atau spesis tumbuhan yang diambil ini

bukan sahaja terhad kepada sesetengah bahagian tumbuhan itu, malah ia

merangkumi biji benih, debunga, bahagian vegetative seperti propagul, sel dan tisu

kultur. Pemuliharaan jenis ini mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan.

Antaranya ialah untuk memelihara sumber germplasma yang semakin terancam,

menyediakan bahan untuk penyelidikan biologi secara berterusan, simpanan

germplasma untuk rujukan dan kegunaan di masa akan datang dan pelbagai

manfaat dan faedah lagi dalam memastikan sumber biologi sentiasa mencukupi bagi

meneruskan program pemeliharaan dan pemuliharaan ini.

 

Bagi fauna spesis yang dikategorikan sebagai terancam  atau akan

mengalami kepupusan akan dilindungi dan dibiakbaka dalam kurungan atau habitat

buatan manusia sebelum dilepaskan ke habitat semula  jadi mereka apabila  saiz

populasi spesis tersebut telah pulih dan  mempunyai  habitat yang

Page 26: Ekosistem Dan Biodiversiti

sesuai. Pemuliharaan  ex situ  hidupan liar  fauna  dijalankan  di zoo , aquarium

dan program pembiakaan kurungan manakala pemuliharaan flora dijalankan di

taman botani, arboreta dan bank benih. Pemuliharaan jenis ini mempunyai

beberapa tujuan dan kepentingan. Antaranya ialah untuk memelihara sumber

germplasma yang semakin terancam, menyediakan bahan untuk penyelidikan

biologi secara berterusan, simpanan germplasma untuk rujukan dan kegunaan di

masa akan datang dan pelbagai manafaat dan faedah lagi dalam memastikan

sumber biologi sentiasa mencukupi bagi meneruskan program pemeliharaan dan

pemuliharaan ini.

 

Program pembiakbakaan kurungan hidupan liar merupakan salah

satu kaedah yang dijalankan untuk memastikan spesies-spesies hidupan liar

tidak pupus.  Tujuan program pembiakbakaan hidupan liar flora dan fauna

diwujudkan antara lain ialah:

 

1. Impak ke atas hidupan liar di kawasan pemuliharaan in-situ dapat dikurangkan.

2. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi sepenuhnya

   ke satu tahap populasi yang sihat sebelum dilepaskan semula ke habitat

   asalnya.

3. Membiakkan spesies hidupan liar flora dan fauna yang dilindungi

   dan mempunyai nilai ekonomi di dalam kurungan.

4. Membiak spesies yang mempunyai nilai rekreasi.

 

Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui beberapa kaedah

seperti, permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross

fostering), pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial

incubation). Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaan

ex situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian, FRIM

dan organisasi-organisasi lain.  Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar

telah mewujudkan beberapa pusat pembiakbakaan kurungan hidupan liar fauna

sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat Pembiakan Seladang, Pusat

Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan Rusa Sambar, Pusat Pembiakan

Tapir, Pusat Pembiakan Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka.

Bagi hidupan liar flora pula, Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-

Page 27: Ekosistem Dan Biodiversiti

lain organisasi telah membangunkan beberapa  pusat pemuliharaan ex-situ

seperti taman botani dan arboretum.

Program pembiakbakaan kurungan boleh dijalankan melalui   beberapa kaedah

seperti,permanian beradas (artificial insemination), peliharaan silang (cross

fostering), pemindahan embrio (embryo transfer) dan pengeraman buatan (artificial

incubation).

 

 

1.2       Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

 

1. Memahami tentang Zoo dan Akuarium

2. Memahami tentang Taman Botani dan Arboreta

3. Memahami tentang Bank Benih

 

1.3       Pemuliharaan ex-situ

Pemuliharaan ex-situ merupakan pemuliharaan terhadap organisma samada

fauna dan flora di luar habitat semulajadi

mereka.Terdapat beberapa organisasi yang menjalankan aktviti pemuliharaanex

situ seperti Jabatan Perhilitan dan Hidupan Liar, Jabatan Pertanian,

FRIM danorganisasi-organisasi lain. Jabatan Perhilitan dan

Hidupan Liar telah mewujudkan beberapa pusatpembiakbakaan kurungan hidupan

liar fauna sejak beberapa tahun yang lalu seperti Pusat

PembiakanSeladang, Pusat Pembiakan Burung Kuang, Pusat Pembiakan Rusa

Sambar, Pusat PembiakanTapir, Pusat Pembiakan

Napoh/Pelanduk dan Pusat Pembiakan di Zoo Melaka. Bagi hidupan liar florapula,

Jabatan Perhutanan, Jabatan Pertanian, FRIM dan lain-lain organisasi

telah membangunkanbeberapa pusat pemuliharaan ex-situseperti

taman botani dan arboretum.

 

 

           1.3.1 Zoo dan Akuarium

 Seiring dengan

keperluan untuk melindungi dan memulihara biodiversiti, maka peranan zoo

Page 28: Ekosistem Dan Biodiversiti

telah berubah daripada pusat pameran haiwan mamalia seperti

zirafah, gajah dan lain-lain

kepadapusat perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti terancam seperti serangga 

dan lain-lain kumpulanhaiwan. Matlamat zoo kini

secara umumnya adalah untuk memantapkan program pembiakbakaanhidupan

liar dan hidupan yang terancam kepupusan.

 

 

Zoo kini bekerjasama dengan organisasi lain

seperti universiti dan organisasi kerajaan seperti Jabatan Perhilitan yang

terlibat dengan aktiviti

pemuliharaan hidupan liar. Organisasi-organisasi ini akan menyediakan

kepakaran dan latihanpenjagaan haiwan serta ubatan veterinar kepada pihak

zoo manakala pihak zoo akan menguruskanpenjagaan haiwan yang dilindungi d

alam kurungan.

 

 

Zoo juga menjalankan program pendidikan dan kesedaran

kepada masyarakat tentang keperluan aktiviti pemuliharaan hidupan liar dan

telah mendapat banyak sokongan dan sumbangandaripada masyarakat. Di

samping itu, zoo merupakan tempat rekreasi, pusat

rujukan dan penyelidikanhidupan liar.

Terdapat pelbagai spesies fauna   seperti mamalia, burung, reptilia, amfibia,

serangga, yang terancam kepupusan dilindungi di zoo. Spesies ini akan dibiakbaka

kurungan sehinggamencapai saiz populasi yang sesuai sebelum dilepaskan

ke habitat semula jadi. Namun begitupelbagai persoalan timbul

terhadap sejauhmana keupayaan haiwan

kurungan tersebut berupayamenyesuaikan diri di habitat semula jadi.

 

 

Di Malaysia terdapat Zoo Negara dan beberapa zoo negeri. Antara zoo

yang aktif menjalankanprogram pembiakbakaan adalah Zoo Melaka dan Zoo

Taiping manakala Zoo Negara dijadikan pusat rekreasi utama dan tempat

rujukan serta penyelidikan oleh para penyelidik. Pengurusan zoomemerlukan

Page 29: Ekosistem Dan Biodiversiti

kepakaran, tenaga kerja terlatih, ruang yang luas dan kos pengurusan yang tinggi.

Usaha ini memerlukan kerjasama pelbagai pihak seperti NGO, badan

kerajaan, pihak berkuasa tempatan danbadan-badan swasta.

 

 

1.3.2 Taman Botani dan Arboreta

 Taman botani adalah tempat di mana pelbagai tumbuhan di tanam dengan tujuan

sebagaipusat rujukan pendidikan, penyelidikan, perhiasan serta

rekreasi manakala arboreta pula adalah fokus kepada sesuatu jenis

tanaman atau famili tumbuhan sahaja seperti

taman herba, taman paku pakis,taman orkid, kebun buah-buahan dan lain-lain.

Pelbagai organisasi terlibat

secara aktifmembangunkan taman botani untuk memulihara pelbagai

spesies flora yang terdapat di dunia. Fokus taman botani kini

tertumpu kepada usaha menanam tumbuhan yang

jarang di temui dan tumbuhantumbuhan yang diancam kepupusan.

 

Taman botani terbesar di dunia terletak di Kew, England dikenali

sebagai Taman Botani DiRajamempunyai 25000 spesies tanaman iaitu kira-

kira 10% daripada jumlah spesies

tumbuhan dunia dan2700 daripada spesies yang ditanam merupakan spesies yang

telah disenaraikan sebagai spesies terancam oleh badan IUCN (International Union

Conservation N). Di Malaysia, organisasi kerajaan,

swasta, institut penyelidikan mahupun institut pengajian tinggi awam

turut memain perananmembangunkan pelbagai

taman botani untuk tujuan pemuliharaan spesies flora serta dijadikan pusat

rujukan penyelidikan serantau. Antara taman botani yang terkenal sebagai pusat

rekreasi dan pusatpenyelidikan adalah seperti berikut iaitu Taman Botani

Rimba Ilmu, Universiti Malaya;

PusatPenyelidikan Botani, Semengoh, Sarawak;   Taman Pertanian Bukit

Cahaya, Shah Alam; Pusat Orkiddan Stesyen Penyelidikan Pertanian,

Tenom, 

Sabah ; Taman Botani, Putrajaya; Taman Botanikal,Melaka;   Taman Botani, Pulau

Pinang dan

Page 30: Ekosistem Dan Biodiversiti

 

 

Taman Botani Kepong.

 

Selain berfungsi sebagai institut penyelidikan perhutanan, FRIM

juga berfungsi sebagai tamanbotani. Sekurang-kurangnya 1098 spesies

tumbuhan peringkat tinggi (Angiosperma dan Gimnosperma) direkodkan di

kawasan institut yang meliputi 600 hektar. Senarai ini termasuk spesies

tempatan dan bukan tempatan yang dibawa masuk   melalui program pertukaran.

Kawasanpenyelidikan seluas kira-kira 391 hektar mempunyai 786

spesies, manakala Taman Botani yangdibangunkan oleh FRIM di Kepong

(93 hektar) mempunyai pelbagai koleksi semaian spesies pokokliar. Arboretum

Dipterokarpa yang ditubuhkan pada 1929 mempunyai koleksi 92 spesies manakala

Arboterum bukan Dipterokarpa mempunyai koleksi 96 spesies.

Arboretum yang ditubuhkan baru-baru ini, iaitu arboretum pokok buah-

buahan mempunyai 65 spesies, manakala Arboretum

Koniferatumdan monokot mempunyai 19 dan 39 spesies masing-masing.

 

 

          Pembangunan taman botani atau arboreta adalah satu usaha yang perlu 

diberi tumpuanmemandangkan banyak spesies flora yang terdapat di hutan negara

kita merupakan spesies endemik iaitu hanya terdapat di rantau Asia Tenggara

sahaja. Namun begitu beberapa perkara yang perludipertimbangkan

semasa membangunkan taman botani seperti memerlukan kawasan yang luas,

kospengurusan, kepakaran, tenaga kerja serta keperluan menyediakan habitat

seperti habitat semulajadi setiap spesies yang ditanam.

 

1.3.3 Aquaria

 Aquaria awam kebiasaannya lebih

cenderung mempamerkan spesis marin yang menarik dan luar biasa seperti singa

laut, ikan lumba-lumba dan lain-lain kepada pengunjung aquaria. Namunbegitu

fokus aquaria kini telah berubah kepada pendidikan pemuliharaan

spesis marin yang terancam kepupusan. Aktiviti pemuliharaan aquaria merupakan

suatu keperluan memandangkan beribu-ribu spesis ikan

Page 31: Ekosistem Dan Biodiversiti

kini mengalami ancaman kepupusan. Molluska air tawar juga perlu dilindungi kerana

sensitiviti hidupan ini terhadap pencemaran dan perubahan persekitaran.

 

 

Usaha kini tertumpu kepada membangunkan teknologi pembiakbakaan

spesies marin yang jarang ditemui.

Program pembiakbakaan spesies marin dijalankan di pusat penetasan, aquarium

serta habitat air buatan. Penyelidikan tentang teknologi pembiakbakaan spesies

marin juga sedangdibangunkan. Di negara kita terdapat beberapa aquaria seperti di

KLCC dan di beberapa negeri lain.Terdapat

juga beberapa pusat penetasan penyu di Tanjung Bidara Melaka, Segari

Perak dan Pasir Panjang, Kelantan. Pembangunan aquaria juga perlu kepada

kepakaran yang tinggi tentang hidupanmarin, kos yang tinggi dan tenaga

kerja terlatih disamping penyediaan habitan seperti habitat semulajadi

spesies marin tersebut.

 

           

            1.3.4    Bank Benih

           Taman botani dan institut penyelidikan

telah membangunkan bank germplasma tumbuhan-

tumbuhan yang dinamakan bank benih. Di bank benih terdapat

koleksi pelbagai benihdaripada tumbuhan liar mahupun tanaman.

Bank benih memberi tumpuan kepada 100

spesiestanaman yang merupakan 90% daripada

sumber makanan kepada masyarakat setempat.

Namunbegitu bank benih juga memainkan peranan untuk mengumpul

koleksi benih bagi spesies tumbuhanyang diancam kepupusan atau

kehanyutan variasi genetik.

 

 

 

Benih tumbuhan di simpan dalam keadaan kering atau pada suhu

rendah berupayamengekalkan benih dalam jangka masa yang panjang.

Kemudian benih

Page 32: Ekosistem Dan Biodiversiti

ini akan dicambahkan untukmenghasilkan populasi baru dan sebahagiannya 

digunakan untuk menambah koleksi benih di bankbenih.

Bank benih dijadikan pusat untuk mendapatkan germplasma untuk

tujuan pertanian, lanskap,penyelidikan atau taman botani

atau arboreta. Sebahagian germplasma tumbuhan di

simpan dalambentuk biji benih, keratan tumbuhan dan juga dalam bentuk tisu

kultur.

 

 

Pembangunan bank benih adalah usaha yang perlu diberi

tumpuan oleh pihak kerajaan supayagermplasma yang diperlukan terutamanya

tanaman makanan tidak mengalami kepupusan.

Namunbegitu pengurusan bank benih memerlukan kepakaran yang tinggi, kos

yang banyak, ruang danperalatan penyimpanan serta tenaga kerja

terlatih. Masalah yang dihadapi oleh bank benih adalah secara beransur-

ansur benih yang disimpan akan kehilangan

keupayaan untuk bercambah ataumengalami mutasi. Terdapat beberapa bank 

benih telah dibangunkan di dunia seperti Svalbard Global Seed Vault yang

terletak di Artik. Di negara

kita terdapat beberapa bank benih dibangunkan oleh pihakMARDI

seperti bank benih padi di MARDI, Bertam dan lain-lain bank benih.

PERUBAHAN TREND POPULASI

1.1       Sinopsis

          Populasi adalah semua organisma yang tergolong dalam

spesisyang sama dan hidup dalam kawasan geografi yang sama. Perubahan

t rend popu las i  adalah perubahan dari segi saiz populasi (N) dari semasa ke

semasa, dan ini ditentukan oleh kadar kelahiran, kadar kematian, imigrasi dan

emigrasi. . Kelahiran menambah individu baru kepada populasi manakala kematian

membuang individu daripada populasi. Begitu juga, imigrasi menambah individu

baru sedangkan penghijrahan keluar (emigrasi) membuang individu. Kadar

pertumbuhan populasi positif apabila pertambahan individu lebih ramai daripada

pengurangan individu. dan adalah sama dengan sifar apabila jumlah individu yang

bertambah dan berkurang adalah sama. Saiz penduduk dikenali sebagai Keupayaan

Page 33: Ekosistem Dan Biodiversiti

Muatan (K), yang ditentukan oleh faktor-faktor alam sekitar. Pertumbuhan populasi boleh

dimodelkan oleh lengkung geometri (iaitu, lengkung tak linear), samaada keluk yang berbentuk

S-(sigmoid) atau lengkung eksponen. Jika saiz populasi duakali ganda antara setiap

jangka masa, maka bentuk pertumbuhan geometri ini dipanggil pertumbuhan

eksponen. Bentuk lengkung pertumbuhan populasi dikawal oleh tiga faktor: iaitu saiz

populasi permulaan atau awal (N0),faktor pertumbuhan populasi (R) yang mengukur

kadar di mana populasi berkembang jika ia mempunyai sumber makanan.

 

1.2       Hasil Pembelajaran

            Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

 1.2.1    menyatakan tentang saiz populasi permulaan, Kepadatan Populasi dan

Keupayaan Muatan

            1.2.2    memahami tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan

populasi

            1.2.3     memahami tentang biodiversiti tersembunyi

 

 

1.3       Saiz Populasi Permulaan, Kepadatan Populasi dan Keupayaan Muatan

 Populasi adalah sekumpulan individu dengan ciri-ciri yang sama (spesies)

yang hidup menempati ruang yang sama pada waktu tertentu. Anggota-anggota

populasi hidup dalam habitat yang sama, mempunyai persamaan morfologi,

anatomi, dan fisiologi serta mampu menghasilkan keturunan dan berkembang biak

secara bersama. Konsep populasi banyak

dipakai dalam ekologi dan genetik. Para Ekologis memaknakan populasi sebagai

unsur dari sistem yang lebih luas. Populasi suatu spesies adalah sebahagian dari

suatu komuniti. Ahli-ahli genetik,menganggap

bahawa populasi adalah sebagai satu wadah bagi pertukaran alel-alel yang dimiliki

oleh individu-individu anggotanya. Pergerakan frekuensi alel dalam suatu populasi

menjadi perhatian utama dalam kajian genetik populasi. Sebagai contoh, pada suatu

ladang seluas 200 meter persegi terdapat 800 batang jagung, 500 ekor belalang, 50

ekor jangkrik, 10 ekor burung, dan 3 pokok belimbing. Berdasarkan data tersebut

maka di dalam ladang tersebut terdapat beberapa populasi, yaitu populasi jagung,

populasi belalang, populasi jangkrik, populasi burung, dan populasi belimbing.

Page 34: Ekosistem Dan Biodiversiti

            Saiz Populasi Permulaan (N0) dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu fungsi

kesihatan, penerokaan ruang, diversiti, masalah kesukaran, pemilihan tekanan dan

jumlah individu dalam populasi.