16
1.0 Pendahuluan Penglibatan Malaysia dalam isu dan badan antarabangsa merupakan perkara yang pen untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara jiran, menjalin hubung ekonomi dan kebudayaan dengan negara-negara lain sertamenjalinhubungan persahabatan dengan negara-negara lain tanpa mengira ideologi. Oleh itu, negara amatlah penting di peringkat antarabangsa. Antara pertubuhan antarabangsa dianggotai oleh Malaysia ialah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuha Negara-Negara Berkeuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Negara-negara !slam sebagainya. "ambahan lagi, #aktor persekitaran geostrategik, iaitu kedudukan Mal yang sangat strategik di dunia dan keadaan politik serantau, terutamanya negara anggota A$%AN merupakan #aktor luar yang membolehkan Malaysia melibatkan diri dalam isu dan badan antarabangsa. $elain itu, dasar luar sesebuah negara merujuk matlamat, ranangan, serta tindakan yang diambil oleh negara itu apabila mengada hubungan dengan negara-negara lain. $elain itu, dasar luar sesebuah negara seben berkait rapat dengan dasar dalaman negara itu. &al ini bermakna dasar negara digubal mengikut kehendak dasar-dasar negara negara dan asas-asas dan kepentingan nasional negara itu yang merangkumi kepentingan politik, ekonomi, da sosial. Oleh hal yang demikian, penglibatan Malaysia dalam isu dan badan antarab merupakan perkara yang amat penting untuk mengeratkan hubungan dua hala tanpa mengira ideologi dan politik. 1

esei kenegaraan.docx

Embed Size (px)

Citation preview

1.0 PendahuluanPenglibatan Malaysia dalam isu dan badan antarabangsa merupakan perkara yang penting untuk menjalinkan hubungan yang erat dengan negara-negara jiran, menjalin hubungan ekonomi dan kebudayaan dengan negara-negara lain serta menjalin hubungan persahabatan dengan negara-negara lain tanpa mengira ideologi. Oleh itu, dasar luar negara amatlah penting di peringkat antarabangsa. Antara pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh Malaysia ialah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam dan sebagainya. Tambahan lagi, faktor persekitaran geostrategik, iaitu kedudukan Malaysia yang sangat strategik di dunia dan keadaan politik serantau, terutamanya negara-negara anggota ASEAN merupakan faktor luar yang membolehkan Malaysia melibatkan diri dalam isu dan badan antarabangsa. Selain itu, dasar luar sesebuah negara merujuk kepada matlamat, rancangan, serta tindakan yang diambil oleh negara itu apabila mengadakan hubungan dengan negara-negara lain. Selain itu, dasar luar sesebuah negara sebenarnya berkait rapat dengan dasar dalaman negara itu. Hal ini bermakna dasar luar sesebuah negara digubal mengikut kehendak dasar-dasar negara negara dan asas-asas dan kepentingan nasional negara itu yang merangkumi kepentingan politik, ekonomi, dan sosial. Oleh hal yang demikian, penglibatan Malaysia dalam isu dan badan antarabangsa merupakan perkara yang amat penting untuk mengeratkan hubungan dua hala tanpa mengira ideologi dan politik.

2.0 Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)2.1 Latar Belakang Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok melalui Deklarasi Bangkok. Keahlian ASEAN terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei menyertai ASEAN pada 1984 diikuti Vietnam pada 1995, Laos serta Myanmar pada 1997 dan Kemboja pada 1999.

2.2 Matlamat Penubuhan Antara matlamat pembentukan ASEAN termasuklah mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara, membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan, meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian, memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa.

2.3 Penglibatan Malaysia Menerusi ASEAN, Malaysia telah banyak mengadakan perhubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama ekonomi, kerjasama politik, kerjasama sosial dan kebudayaan, kerjasama pendidikan dan kesihatan, kepentingan sosial dan sebagainya dengan negara anggota lain. Dalam Mesyuarat MenteriMenteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada bulan November 1971, satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mereka sepakat mengisytiharkan negaranegara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau lebih dikenali sebagai Zone of Peace, Free and Nuetrality (ZOPFAN). Tujuan utama penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan kstabilan politik di rantau Asia Tenggara, tidak bersetongkol dengan manamana blok Barat atau blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasakuasa besar.Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan. Idea ini yang telah dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC). Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara negara maju terutamanya Amerika Syarikat. Tetapi, usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN+3. Konsep ASEAN+3 ini merujuk kepada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negaranegara timur iaitu China, Jepun dan Korea. Kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan tertubuhnya Pertubuhan MenteriMenteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO) yang memberikan tumpuan ke arah kerjasama dalam semua bidang yang berkaitan. Contohnya, pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.Kerjasama lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Selain itu, pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992. (www.scribd.com/doc/19011598/Dasar-Luar-Malaysia)

3.0 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)3.1 Latar Belakang PBB telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945, iaitu selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Ibu pejabat asalnya di San Francisco tetapi pada tahun 1946 berpindah ke New York. Pada awal penubuhannya, PBB dianggotai oleh 51 buah negara sahaja tetapi sehingga tahun 2002 keanggotaanya meningkat kepada 189 buah negara. Malaysia telah menjadi ahli PBB pada tahun 1957, setelah negara kita mencapai kemerdekaan.

3.2 Objektif Penubuhan PBB bermatlamat mengawal keamanan dan kesejahteraan bersama dunia serta mewujudkan kerjasama dan perpaduan dalam bentuk rundingan antara negara. Ini bertujuan mencapai pendamaian yang lebih berkesan pada peringkat dunia. PBB memiliki dua badan penting iaitu Perhimpunan Agung PBB dan Majlis Keselamatan. Bagi melaksanakan agenda PBB, beberapa urus setia telah dibentuk iaitu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik Dan Budaya PBB (UNESCO), dan Tabung Kewangan Antarabangsa(IMF). 3.3 Penglibatan Malaysia Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB semasa membantu menyelesaikan konflik antarabangsa. Apabila tamat Darurat dalam tahun 1960, Malaysia telah diberi penghormatan sebagai sebuah negera merdeka, membantu mengekalkan keamanan dunia. Sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo (kini dikenali sebagai Zaire). Malaysia telah membelanjakan wang sebanyak RM30 juta sebulan untuk membantu misi PBB menyelesaikan perang tersebut di Congo. Malaysia terlibat aktif dalam aspek keamanan sejagat. Contohnya pada 1959, Malaysia bersama Negara Ireland telah mengemukakan usul di PBB untuk mengutuk tindakan China kepada negara Tibet. Pada tahun 1989, Malaysia dipilih untuk mewakili pasukan pengamanan PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mncapai kemerdekaan. Pada tahun 1990-an, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan IranIraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengamanan ke Bosnia. Malaysia juga lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid di Afrika Selatan. Negara kita juga menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara. Malaysia turut memberikan sumbangan besar untuk membebaskan Rhodesia yang dikenali sebagai Zimbabwe di Afrika daripada penjajahan British.Dari segi ekonomi, Malaysia juga menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang ditubuhkan oleh PBB pada bulan Disember 1945. Matlamat penubuhan Bank Dunia ini adalah untuk membantu negara-negara ahli yang sedang membangun terutama dari segi kewangan dalam menyusun semula dan membangunkan ekonomi negara. Malaysia sebagai ahli memperoleh faedah dari segi kemasukan pelabur-pelabur asing dan diharapkan dapat membasmi kemiskinan di luar bandar selain menyediakan peluang pekerjaan. Malaysia telah menggunakan bantuan daripada Bank Dunia untuk menjayakan rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.Di samping itu, Malaysia juga telah bekerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawah PBB. Contohnya, kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian atau Food and Algricultur Organization (FAO), kerjasama dalam bidang kesihatan dan perubatan di bawah Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organization (WHO), dan juga kerjasama dalam bidang sains dan teknologi di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO). Malaysia juga mengambil pendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna, Austria pada bulan Jun 1987 dan Mandan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahatir Mohammad telah menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.Malaysia juga pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999. Wakil Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB dan beliau dilantik sebagai wakil khas PBB untuk menyelesaikan konflik politik negara Myanmar. Malaysia juga berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur. (www.scribd.com/doc/19011598/Dasar-Luar-Malaysia) 4.0 Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)4.1 Latar Belakang OIC yang beribu pejabat di Jeddah, Arab Saudi, ditubuhkan pada tahun 1971 daripada idea Tunku Abdul Rahman. Semasa ditubuhkan, ahlinya terdiri daripada 57 buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika di mana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia. OIC merupakan forum khusus untuk menyatupadukan kesemua negara-negara Islam di dunia demi untuk kebaikan semua pihak.

4.2 Matlamat Penubuhan Matlamat utama penubuhannya adalah untuk mengeratkan hubungan sesama negara Islam dalam segala bidang dan bersuara dalam satu nada bagi kepentingan umat Islam. Kerjasama juga diwujudkan dalam bidang sosiobudaya, politik, sains, teknologi, dan pertukaran maklumat kewangan yang bertujuan mengangkat status Islam. Matlamatnya juga adalah untuk mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara Islam serta bersama-sama memastikan tempat-tempat suci Islam dihormati dan tidak dicemari. Selain itu, OIC juga berperanan menentang unsur-unsur kejam yang menindas negara Islam di seluruh dunia dan mengatasi sebarang kekeliruan berkenaan undang-undang Islam.

4.3 Penglibatan Malaysia Malaysia telah memainkan peranan penting dalam pertubuhan ini apabila Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. Malaysia telah menjadi perantaraan dalam menyelesaikan peperangan IranIraq. Di samping itu, Malaysia juga memberikan sokongan kepada rakyat Palestin dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan semula tanah air mereka daripada Israel.Malaysia pernah menjadi tuan rumah Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003, di samping menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada tahun 2002. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Malaysia juga telah mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.Sebagai negara anggota OIC, Malaysia juga telah medapat faedah berupa pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projekprojek pembangunan untuk kepentingan rakyat. OIC juga telah memberikan bantuan kepada Malaysia untuk menubuhkan UIAM. Selain itu, Malaysia telah mendapat penghormatan daripada negara anggota yang lain kerana amat serius dalam memperjuangkan hak dan kebajikan negaranegara Islam.Malaysia merupakan sebuah negara semestinya pemimpin kita telah mengutarakan pendirian tentang nasib warga Palestin dalam persidangan OIC. Hal ini sudah tentunya akan menyedarkan negara-negara yang menganggotai OIC agar bersatu dan mengutuk Israel serta sekutunya dalam serangan kejam mereka ke atas warga Palestin. Rentetan daripada itu, Malaysia juga telah membahaskan isu kemanusiaan yang menimpa rakyat Palestin ke peringkat yang lebih tinggi iaitu dalam persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Menerusi persidangan seperti ini Malaysia mampu merealisasikan impian rakyat Palestin agar nasib mereka terus dibela dan dijaga dengan sewajarnya. Malah, melalui suara yang diutarakan oleh Malaysia dapat menyedarkan negara-negara dunia tentang peranan mereka dalam membantu warga Palestin. Malaysia sebagai salah sebuah negara pengasas Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) terus memainkan peranan aktif. Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Ke-27. Menteri-Menteri Luar Islam (ICFM) pada Jun 2000 yang meletakkan asas bagi pencapaian kemajuan ummah pada masa hadapan. Dalam persidangan ini, Malaysia telah menggesa supaya OIC memberi tumpuan kepada usaha untuk merapatkan hubungan antara anggotanya supaya bersedia menghadapi cabaran masa hadapan sebagai tindak balas kepada kemajuan teknologi dan proses globalisasi. OIC menarik perhatian pada pembukaan sesi pertemuan diPutrajaya,Malaysia, pada tarikh 16 Oktober 2003, di mana Mandan Perdana MenteriTun Dr Mahathir Mohammad dalam sambutannya menegaskan bahawa Yahudi menguasai dunia: "Mereka mencipta sosialisme, komunisme, hak asasi manusia dan demokrasi , sehingga menganiaya mereka akan tampak menjadi salah, sehingga mereka dapat menikmati hak yang sama dengan orang lain. Dengan ini mereka telah menguasai negara-negara yang paling kuat dan mereka, masyarakat kecil ini, telah menjadi kekuatan dunia. 5.0 Komanwel5.1 Latar belakang Pertubuhan ini telah dibentuk pada tahun 1931 di bawah pimpinan Queen Elizabeth, Ratu England dan anggotanya terdiri daripada negara bekas jajahan Britain yang telah merdeka. Komanwel ialah pertubuhan negara-negara bekas jajahan British. Pada tahun 1952, keanggotaanya terdiri daripada lapan buah negara, iaitu Britain, Kanada, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, India, Pakistan, dan Sri Lanka. Pada hari ini, Komanwel dianggotai oleh 49 buah negara termasuk Malaysia. Sekretariat Komanwel telah ditubuhkan tahun 1965 dan beribu pejabat di London.

5.2 Matlamat Penubuhan Matlamat penubuhan Komanwel adalah untuk membina semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota dan mewujudkan kerjasama dalam segala bidang. Selepas mencapai kemerdekaan, negara-negara Komanwel telah membantu Malaysia memelihara keamanan dan kedaulatan negara dalam bentuk menyekat perjuangan Parti Komunis Malaya. Perjanjian pertahanan antara Malaysia dengan Britain, Australia dan New Zealand juga menjanjikan bantuan daripada mereka sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa Malaysia berkonfrontasi dengan Indonesia.

5.3 Penglibatan Malaysia Sebagai negara anggota Komanwel, Malaysia mendapat banyak faedah antaranya termasuklah kerjasama pertahanan. Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau Commonwealth Head of Governments Meeting (CHOGM) diadakan dalam kalangan negara anggota setiap dua tahun. Mesyuarat CHOGM di Malaysia pada tahun 1989 telah mengisytiharkan Deklarasi Langkawi. Malaysia juga dengan lantang bersuara menentang Dasar Apartheid di Afrika Selatan yang menyalahgunakan hak asasi manusia. Begitu juga dari segi perdagangan, eksport Malaysia ke negara-negara Komanwel terutamanya Britain dikenakan cukai yang rendah. Namun, keistimewaan ini telah dihakis selepas Britain menjadi anggota pertubuhan Kesatuan Eropah (EU). Rancangan Colombo pula menyediakan bantuan teknikal, pertanian, prndidikan, kesihatan, dan sebagainya. Dalam bidang pendidikan, misalnya negara Komanwel telah memberi nasihat dalam penubuhan maktab-maktab perguruan, A-level dan HSC. Dalam bidang sukan, Malaysia telah berjaya menganjurkan Sukan Komanwel pada tahun 1998. (www.scribd.com/doc/50017073/topic-12-dasar-luar-negara)

6.0 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM)6.1 Latar Belakang NAM, atau singkatan bahasa Inggerisnya, Non-Aligned Movement, yang juga dikenali sebagai Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, telah diasaskan pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yugoslavia. Asas penubuhan tersebut adalah sebagai tindak balas kepada perlumbaan senjata oleh dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan Soviet Union yang mendominasi dunia pada ketika itu. NAM ditubuhkan atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara-negara yang tidak memihak kepada mana-mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Brazil dan Republik Rakyat China. Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama-sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme. Oleh itu, negara-negara tersebut mengamalkan dasar berkecuali untuk mengekalkan kemerdekaan dan kedaulatan politiknya.

6.2 Penglibatan Malaysia Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969. Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam Pergerakan Negara-negara Berkecuali. Malaysia telah diberi penghormatan apabila telah dilantik menjadi Naib Presiden NAM dalam persidangannya di Belgrade pada tahun 1989. Dalam persidangan ini, Malaysia telah dilantik menganggotai Kumpulan 15 (G-15) yang merupakan sebuah kumpulan elit yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan kerjasama politik dan ekonomi negara anggota NAM. Pada bulan Februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan NAM.Malaysia kini adalah Pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah negara anggota iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB). Dalam Sidang Kemuncak Ketujuh di New Delhi pada tahun 1987, Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara yang sedang membangun. Antaranya termasuklah isu Palestin, kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika. Dalam Sidang Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe), Malaysia telah mengemukakan cadangan bagi menghapuskan dasar apartheid di Afrika Selatan. Pada tahun 1989, Malaysia telah diberikan penghormatan apabila dipilih sebagai Naib Presiden dalam Sidang Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia. Malaysia juga telah dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu kerjasama politik negara anggota. Di samping itu, Malaysia juga telah berjaya menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke13 pada tahun 2003. Sidang kemuncak ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 negara ahli, iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina. Pada masa yang sama, sidang ini berjaya menganjurkan satu mesyuarat tidak rasmi OIC. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan kembali NAM dan pernyataan bersama telah dikeluarkan tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat terhadap Iraq. (www.scribd.com/19011598/Dasar-Luar-Malaysia)

7.0 Kerjasama Selatan-Selatan (KSS)Konsep Kerjasama Selatan-Selatan pertama kali ditimbulkan di Persidangan Asia Afrika di Bandung, Indonesia pada tahun 1955. Rangka Kerjasama Selatan-Selatan ini dibuat dalam Persidangan Kumpulan 77 di Caracas pada tahun 1981. KSS ditubuhkan dengan tujuan untuk memelihara kepentingan ekonomi negara-negara membangun dan mengelakkan tekanan daripada negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Britain. Tekanan negara maju biasanya dalam penguasaan pasaran terhadap bahan-bahan mentah dari negara membangun. Oleh itu, bahan mentah negara membangun sukar menembusi pasaran luar.Penubuhan KSS ini diutarakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 1981 di Zimbabwe. Strateginya adalah dengan menubuhkan Kumpulan 15 atau G15 pada tahun 1989. Sidang kemuncak G15 yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Antara resolusi yang dikemukakan bagi penubuhan KSS ialah memperbaiki ekonomi negara membangun, mengatasi masalah ketidaktentuan harga bahan mentah akibat tekanan negara maju, berusaha mencari jalan melunaskan hutang negara membangun, dan menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan untuk mengemukakan syor bagi mengelakkan tekanan negara maju. (www.scribd.com/doc/50017073/topic-12-dasar-luar-negara)

8.0 Kesimpulan Malaysia telah menganggotai pertubuhan-pertubuhan serantau dan antarabangsa telah berjaya memainkan peranannya secara berkesan dan sistematik. Malaysia turut mendapat kepentingan untuk membangunkan ekonomi, dan menstabilkan pertahanan Negara dengan bantuan pertubuhan dunia dan serantau yang Malaysia sertai. Peranan kerajaan dan kestabilan ekonomi banyak membantu negara membangunkan ekonomi dan politik serta menarik ramai pelabur asing ke negara kita. Malaysia turut mendapat kepentingan untuk membangunkan ekonomi, dan menstabilkan pertahanan Negara dengan bantuan daripada pertubuhan dunia dan serantau yang Malaysia telah sertai.Sistem pendidikan turut berkembang dengan kehadiran tenaga pengajar dari Negara-negara yang lebih maju. Malaysia telah berjaya menaikkan nama sebaris dengan negara-negara maju yang lain khususnya melalui hubungan antarabangsa. Kejayaan Malaysia mempertahankan identiti dan pendirian Malaysia terhadap sesuatu isu menjadi pemangkin ke arah ini.

14