Upload
rabiatulnazari
View
9.830
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
GGGE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Esei Kumpulan
Nama Ahli
Siti Nur Rabiatul Adawiyah Bt Nazari (A137685)
Hada Hayata (A138728)
Kan Fook Keong (A138490)
Nama Pensyarah : En Mohd Yussof Bin Daud
Tajuk : Jenis Teknologi Bantuan dan Kepentingannya
PENGENALAN
Peningkatan penggunaan teknologi dalam pengajaran memberi peluang untuk membantu pelajar berkeperluan khas mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan dapat dilaksanakan dengan penggunaan teknologi bantuan. Esei ini bertujuan untuk memberi maklumat tentang konsep dan bentuk teknologi bantuan yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Selain itu, esei ini juga membincangkan beberapa kriteria pemilihan bahan teknologi bantuan yang boleh dijadikan panduan dalam usaha menyediakan bahan teknologi bantuan yang sesuai dengan keperluan pelajar. Peranan pihak daripada pelbagai perspektif dan disiplin turut dibincangkan. Seterusnya, esei ini menyenaraikan kriteria pemilihan bahan teknologi bantuan yang boleh dijadikan panduan bagi guru-guru yang mengajar pelajar berkeperluan khas. Arah kegunaan teknologi bantuan juga ditekankan.
KONSEP ASAS DAN JENIS TEKNOLOGI BANTUAN
Secara amnya,teknologi bantuan merupakan sebarang bentuk peralatan atau bahan bantuan
atau perkhidmatan yang boleh digunakan untuk membantu individu berkeperluan khas
meningkatkan tahap kefungsiannya. Dalam maksud kata lain, kebolehan seseorang dalam
kehidupan hariannya dan keyakinan diri dapat ditingkatkan dengan menggunakan teknologi
bantuan. Perkara ini penting bagi pelajar berkeperluan khas kerana ia dapat membantu
mereka menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.
Teknologi bantuan adalah kontinum kepada bahan-bahan, strategi dan perkhidmatan yang
sesuai dengan keperluan, kebolehan dan tugasan pelajar. Apabila mempertimbangkan
penggunaan teknologi bantuan, adalah penting bagi sesuatu kumpulan, guru atau individu
melihat kepada kontinum rancangan teknologi bantuan yang boleh didapati. Ini adalah
penting agar bantuan dan sokongan yang sepatutnya boleh diberikan secara berterusan atau
pada satu-satu jangka masa yang ditentukan setelah dirasakan penggunanya tidak
memerlukan teknologi tersebut. Teknologi yang membantu pelajar berkeperluan khas dalam
proses pembelajaran tidak semestinya mahal atau sukar untuk memastikan wujudnya kelainan
dalam pembelajaran. Aplikasi teknologi yang sesuai dengan keperluan pelajar seharusnya
membantu meningkatkan kejayaan pelajar dalam pembelajarannya dengan berkesan.
Menurut Bryant (2002) membahagikan teknologi bantuan kepada beberapa kategori yang
meliputi:
I. Alat teknologi bantuan yang membantu seseorang mempunyai kedudukan atau posisi
yang tertentu untuk melakukan pelbagai aktiviti.
II. Alat yang membantu individu bergerak ke tempat atau persekitaran yang pelbagai.
III. Alat yang membantu mereka yang mempunyai masalah pertuturan dan bahasa untuk
membentuk dan menggunakan kemahiran komunikasi yang dibentuk dengan
berkesan.
IV. Alat dan program yang membolehkan individu menggunakan komputer tanpa
halangan.
V. Alat mainan yang digunakan untuk meneroka mengukur, dan membentuk kemahiran
sosial dan kognitif.
VI. Alat yang membolehkan individu berkeperluan khas mengawal persekitaran mereka
ke arah kehidupan berdikari.
VII. Bahan, alatan atau program yang membantu pembelajaran pelajar dengan keperluan
khas.
TEKNOLOGI TAHAP BANTUAN
Bahan teknologi bantuan dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu tanpa teknologi,
bahan kos rendah dan mudah didapati, teknologi sederhana dan alat teknologi
tinggi(Blackhurst, 1997). Setiap tahap mempunyai hubungkait diantara jenis alat dan
bentuk latihan yang diperlukan untuk penggunaan alat dengan berkesan.
Penggunaan tanpa teknologi adalah sebarang bentuk prosedur, khidmat dan keadaan sedia
ada dalam persekitaran pelajar serta tidak memerlukan peralatan seperti khidmat bantuan
atau sebarang bentuk pengajaran yang sistematik. Contohnya meliputi masa tambahan
untuk menduduki peperiksaan, kertas warna dan khidmat pembaca untuk pelajar dengan
masalah penglihatan.
Sebarang bahan yang murah dan mudah didapati dari kedai ,katalog atau dibuat sendiri.
Bahan berteknologi rendah adalah bahan yang berbentuk pasif dan tidak bergerak atau
mungkin mempunyai peralatan yang mudah. Contoh bahan ini adalah seperti pengancing
Velcro, pemegang pensel, kanta pembesar, bahan pembelajaran dalam kaset, tongkat, dan
suis.
Bahan sederhana ini merupakan bahan yang menggunakan mekanisme elektronik atau
komputer yang mudah seperti perakam kaset, mesin kira elektronik yang mudah.
Bahan teknologi tinggi ini merupakan bahan yang menggunakan teknologi tinggi seperti
komputer, bahan pengajaran dalam bentuk perisian, papan kekunci alternatif dan perisian
komunikasi augmentative.
Bahan atau Alat Berteknologi Rendah Bahan atau Alat Berteknologi Tinggi
Papan komunikasi Alat komunikasi augmentative
Suis mudah Suis elektrik
Alat pengimbas Papan kekunci alternatif
Mainan menggunakan bateri Perisian komputer
Tongkat Peralatan mobility menggunakan tenaga
bateri atau elektrik
PENGGUNAAN TEKNOLOGI BANTUAN
Teknologi yang digunakan di dalam bilik darjah secara umumnya boleh membantu
meningkatkan keupayaan semua pelajar sama ada pelajar tipikal (tanpa berkeperluan khas)
atau kepada pelajar dengan keperluan khas dan mengalami ketidakupayaan tertentu.
Komputer, mesin kira, perakam kaset, bahan perisian, dan lain-lain lagi adalah contoh-contoh
teknologi umum yang boleh didapati di dalam bilik darjah.
Bagi pelajar dengan keperluan khas, kepelbagaian ketidakupayaan yang mereka alami
menunjukkan bahawa mereka memerlukan pengajaran khusus yang mengambil kira
ketidakupayaan tersebut. Dalam keadaan ini, pengajaran dengan menggunakan teknologi
bantuan akan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian pelajar
dipertimbangkan apabila mereka dapat melakukan tugasan dengan lebih berkesan dan
bersendirian tanpa bantuan orang lain(Manisah & Zawawi, 2005).
Pada suatu ketika dahulu, penggunaan teknologi bantuan hanya terhad dalam konteks
pemulihan dan rehabilitasi bagi individu dengan masalah sensori, iaitu masalah penglibatan
dan masalah pendengaran. Ofeish et al.(2002) menyatakan penggunaan teknologi bantuan
dalam konteks pendidikan khas kini menujukkan guru-guru peka akan kegunaan dan manfaat
yang boleh didapati oleh para pelajar mereka. Selaras dengan itu, adalah perlu bagi para guru
untuk memahami bagaimana penggunaan teknologi bantuan di dalam bilik darjah pendidikan
khas dapat memberi peluang pelajar dengan keperluan khas mengawal dan meningkatkan
pembelajaran mereka. Bila ini berlaku, tahap kefungsian pelajar akan meningkat dan seiring
dengan itu tahap keyakinan diri mereka juga akan turut meningkat (Manisah,2002). Ini akan
memberi ruang kepada pelajar untuk belajar sendiri dengan berkesan. Disamping itu,
pembelajaran koperatif dapat dilaksanakan yang membolehkan pelajar untuk mengambil
bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana dengan lebih
baik.
Namun, ini bergantung kepada keperluan individu berkenaan dan sesuatu bahan itu tidak
akan dapat memenuhi keperluan individu lain. Hal ini berlaku kerana pelajar berkeperluan
khas mempunyai kelemahan, kekurangan, minat dan pengalaman yang berlainan antara satu
sama lain(Bryant et al. 1998). Kelainan dalam ketidakupayaan memerlukan pendekatan dan
teknologi bantuan yang khusus kepada ketidakupayaan tersebut. Pelajar dengan masalah
pendengaran atau penglibatan mungkin memerlukan bahan dan pendekatan yang berbeza.
Begitu juga bagi pelajar dengan masalah pembelajaran akan dapat berlajar dengan lebih baik
jika situasi pembelajaran mereka pengajaran distrukturkan mengikut tahap keupayaan
mereka. Dalam kata lain, guru tidak boleh menggunakan teknologi bantuan berasaskan ciri-
ciri am satu-satu ketidakupayaan tetapi hendaklah berasaskan tahap kefungsian dan ciri-ciri
pelajar itu sendiri. (Lueck et al., 2001)
Keberkesanan penggunaan dapat dilihat dari segi keupayaannya meningkatkan daya
pembelajaran pelajar berkeperluan khas. Duhaney (2000) menegaskan bahawa penggunaan
teknologi memberi kesan kepada aspek kognitif dan meningkatkan pembelanjaan
Dalam konteks bilik darjah,keadaan atau situasi yang mungkin memerlukan teknologi
bantuan yang meliputi perkara-perkara umum dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang meliputi antara berikut :
1) Bacaan
2) Penulisan dan aspek motor berkaitan aktiviti menulis
3) Belajar
4) Komunikasi
5) Kedudukan Posisi
6) Keperluan khas pelajar yang mempunyai ketidakupayaan sensori seperti mengalami
masalah penglihatan dan pendengaran
7) Pembelajaran berbentuk computer
Ringkasan dalam Jadual 4.2 menunjukkan bagaimana teknologi bantuan dapat membantu
peningkatan keupayaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Jadual 4.2 Ringkasan Penggunaan Teknologi Bantuan dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
Teknologi Bantuan Contoh Sokongan Pelajar
Bacaan Buku Elektronik (e-book)
Pengimbas perkataan
Perisisan teks bacaanalat
bacaan secara elektronik
Kesukaran memahami teks
Kesukaran memberi tumpuan
Kesukaran mengenal
perkataan
Penulisan dan aspek motor
berkaitan aktiviti menulis
Pencengkam pensel/pen
Kertas yang diubahsuai
Templat penulisan
Mesin pemprosesan
perkataan
Kad perkataan / buku
Penyemak tatabahasa / ejaan
Kesukaran menulis
Kesukaran mengeja dan
membuat karangan
Belajar Highilighters
Peralatan merakam
Pengimbas ‘hand-held’
Jadual kerja elektronik
Jadual bergambar
Kesukaran melakukan kerja
dalam satu tempoh masa ;
kesukaran memahami
pembelajaran
Kesukaran berkomunikasi
dan memahami bahasa
Komunikasi alternative dan
augmentative
Papan komunikasi
Kad bergambar
Sintesister pertuturan
Peralatan bersuara
Kesukaran untuk mendapat
kedudukan atau posisi yang
betul disebabkan kecacatan
fizikal
Kedudukan atau posisi Ubah suai system
Pencahayaan
Penyokong lengan
Bangku alas kaki
Ubah suai meja/kerusi
Kerusi roda
Kesukaran untuk mendapat
kedudukan atau posisi yang
betul disebabkan kecacatan
fizikal
Penglihatan Cermin mata
Kanta pembesar
Buku bercetakan besar
CCTV
Pembaca skrin
Mesin Braille
Kesukaran untuk melihat /
masalah penglihatan
Skrin computer beresolusi
rendah
Pendengaran Pen dan kertas
System amplifier bergerak
Alat bantu pendengaran
Kesukaran untuk mendengar
Pembelajaran berbantukan
komputer
Pengesan bunyi huruf
Suis
Perisian pengawalan suara
Papan kekunci alternative
Modul pembelajaran
Kesukaran pembelajaran
Matematik Garis nombor
Lembaran kerja bersaiz besar
Mesin kira
Kesukaran dalam matematik
Bagi memberikan gambaran yang lebih jelas tentang penggunaan teknologi bantuan, contoh
dalam jadual 4.3 menunjukkan bagaiaman jenis teknologi bantuan yang pelbagai dapat
membantu dan menyokong seorang pelajar dengan keperluan khas dalam satu aktiviti
pembelajaran yang melibatkan kemahiran menulis.
Jadual 4.3 : Penggunaan teknologi Bantuan untuk Membantu Peningkatan Kemahiran
Menulis
Tanpa teknologi / Teknologi Rendah Teknologi Sederhana / Teknologi Tinggi
Papan berklip untuk memegang kertas
Alat tulis .contoh marker
Pensil pelbagai warna
Pemegang pensel
Kertas pelbagai warna
Kertas bergaris
Templat penulisan
Alat penyokong pergelangan tangan
Alat penyokong lengan
Helaian plastic mudah cuci
Easel untuk menulis
Mesin taip
Computer dengan aplikasi word processor
Penyemak ejaan
Perisian bersuara untuk word processor
Papan kekunci alternative
Perisian bersuara untuk papan kekunci
Pelekat (untuk melekat kertas kepada meja)
Ubah kedudukan pelajar semasa menulis
Masa tambahan untuk menyiapkan aktiviti
Sumber : Gavingan & Kurtts , (2009)
PEMILIHAN BAHAN TEKNOLOGI BANTUAN
Adalah penting bagi guru pendidikan khas menentukan apakah bahan yang sesuai digunakan
untuk membantu pelajar berkeperluan khas mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan berkesan. Secara amnya, pemilihan sesuatu bahan teknologi bantuan itu perlu
berfokuskan kepada pelajar yang akan menggunakan bahan tersebut. Ini dibuat dengan
merujuk kepada kebolehan dan kekurangan pelajar tersebut, konteks penggunaan dan jenis
tugasan yang akan dilakukan dengan bahan berkenaan (Bryant et al 1998)
Bagi menentukan bentuk bahan teknologi bantuan yang boleh dicadangkan untuk digunakan
oleh seseorang pelajar, guru perlu mengambil kira kesesuaian bahan berkenaan dengan
berpandukan kepada beberapa kriteria pemilhan bahan. Kriteria yang disenaraikan dalam
jadual 4.4 mengambil kira beberapa ciri penentu ( Edyburn 2000), faktor-faktor lain dan
persoalan –persoalan berkaitan.
Penentu Persoalan
Peningkatan Mutu Hasil Kerja Adakah hasil kerja yang sedia ada bertambah
baik jika menggunakan bahan teknolog
bantuan?
Ketepatan Adakah dengan pengguanaan teknologi
bantuan, hasil kerja dapat dilaksanakan
mengikut apa yang diperlukan?
Kadar Kelajuan Bolekah teknologi bantuan yang digunakan
dapat membantu pelajar menyiapkan tugasan
lebih cepat dari ditunjukkan?
Kekerapan Adakah dengan penggunaan bahan teknologi
bantuan dapat meningkatkan kekerapan
pelajar melakukan sesuatu tugasan?
Kebeasan Adakah teknologi bantuan dapat mebantu
pelajar melakukan sesuatu tugasan tanpa
bantuan orang lain?
Mudah alih dan Mudah guna Adakah bahan berkenaan jenis mudah alih
dan mudah digunakan?
Kos dan Kegunaan Adakah bahan yang dipilih seimbang dari
segi kos penyediaan atau pembelian dengan
kegunaannya?
Lokasi Kefungsian Bolehkah bahan ini digunakan di tempat lain
selain dari bilik darjah?
Ketahanan dan Jangka Hayat Adakah bahan berkenaan tahan dipakai
dalam keadaan yang pelbagai?
Adakah bahan berkenaan boleh digunakan
untuk jangka masa yang lama?
Kesesuaian Setakat mana bahan berkenaan boleh
disesuaikan untuk memenuhi keperluan
pengguna?
Ciri Keselamatan Apakah ciri keselamatan yang perlu diambil
kira semasa menggunakan bahan yang
dipilih?
Disamping penggunaan criteria pemilihan yang diberikan dalam jadual 4.5, pertimbangan
lanjut perlu dijalankan sebelum membuat keputusan pemilihan. Zabala (2000) mencadangkan
penggunaan Kerangka SETT (Student Enviroment Task Tools) dalam membuat
pertimbangan lanjutan untuk pemilihan bahan teknologi bantuan. Kesesuaian penggunaan
Kerangka SETT ini adalah kerana ia menumpukan kepada empat aspek utama iaitu pelajar
(students), persekitaran (environment), tugasan (Task) dan bahan/alat (Tools). Dengan
berasaskan kepada persoalan-persoalan berkaitan empat aspek ini, guru akan akan mendapat
maklumat tambahan untuk mengenalpasti atau membuat keputusan tentang pemilihan bahan
teknologi bantuan yang sesuai.
Jadual 4.5 Kerangka SETT
Pelajar Apa yang pelajar perlu lakukan?
Apakah kekuatan/kebolehan pelajar?
Apakah keperluan khas?
Apakah umur pelajar?
Persekitaran Apakah bahan dan alatan yang sedia ada
dalam persekitaran pelajar?
Apakah bentuk susunan fizikal (di sekitar
pelajar)?
Adakah terdapat sebarang persoalan
berkaitan susunan tersebut?
Apakah bentuk/konteks penyampaian
pengajaran?
Adakah akan berlaku perubahan dalam
bentuk/konteks berkenaan?
Apakah sokongan atau bantuan yang ada
untuk pelajar?
Adakah terdapat resos atau maklumat dan
bahan yang ada kepada individu yang
menbantu/ menyokong pelajar?
Tugasan Apakah bentuk aktiviti yang dilaksanakan
dalam persekitara pelajar?
Apakah bentuk aktiviti yang menyokong
penyampaian kurikulum kepada pelajar?
Apakah elemen yang penting dalam aktiviti
di atas?
Bagaimana aktiviti itu dapat diubahsuai
untuk memenuhi keperluan khas pelajar?
Bagaimana penggunaan teknologi dapat
menyokong penglibatan aktif pelajar
berkenaan?
Bahan/alat Apakah pilihan tekknologi yang perlu
diambil kira semasa membina sistem
sokongan dalam persekitaran sedia ada bagi
pelajar dengan keperluan khas?
Apakah strategi yang boleh digunkan untuk
meningkatkan pencapaian pelajar?
Bagaiaman alat yang bakal digunakan dicuba
dalam persekitaran pelajar?
Dengan merujuk kepada kerangka SETT, Iaitu Beberapa elemen wujud untuk memastikan
bahawa pemilihilan teknologi yang di lakukan harus sebaik mungkin dan memenuhi
keperluan pembelajaran penggunaannya. Elemen tersebut meliputi antara lain: proses,
komunikasi perspektif pelbagai pihak, kolaborasi antara pelbagai pihak,fleksibiliti dan
maklumat serta sumber dan data yang berkaitan.
1. proses SETT merujuk kepada proses, usaha, aktiviti yang berterusan dalam seluruh
proses pembelajaran pelajar.
2. komunikasi perspektif pelbagai pihak merujuk kepada komunikasi antara semua ahli
kumpulan. Setiap ahli kumpulan mengemukakan pelbagai pandangan berkaitan
pelajar, persekitaran, tugasan dan alatan atau bahan.
3. kolaborasi antara setiap ahli kumpulan pelbagai perspektif dan disiplin adalah penting
untuk kejayaan dalam perancangan , pelaksanaan dan penerusan.
4. Untuk setiap ahli kumpulan harus menunjukan keluwesan apabila mempertimbangkan
bantuan sebagai teknologi yang sesuai mengikut kegunaandan kesesuaian bagi setiap
pelajar.
5. Maklumat dan sumber mengikut kerangka SETT merupakan semua maklumat dan
sumber penting yang berkaitan
6. Kumpulan menggunakan data penaksiran formal dan tidak formal bagi membantu
dalam proses membuat keputusan
PERANAN KUMPULAN PELBAGAI PRESPEKTIF DAN DISIPLIN DALAM
PEMILIHAN BAHAN TEKNOLOGI BANTUAN
Disiplin adalah perlu agar dapat menyediakan perkhidmatan teknologi bantuan, maklumat
daripada satu yang berkesan. Mempunyai prespektif yang pelbagai daripada sejumlah disiplin
akan memastikan keperluan-keperluan pelajar akan terarah dan perkhidmatan yang
disediakan dapat merentasi semua persekitaran. Ahli -ahli kumpulan pelbagai prespektif dan
disiplin ialah pelajar,ibubapa,pakar teknologi bantuan,guru aliran perdana,guru pendidikan
khas, terapi cara kerja,terapi pertuturan, pentadbir sekolah, pembantu murid dan pihak lain
yang diperlukan terlibat. Berikut ringkasan peranan setiap ahli:
1. Ibu bapa : ibu bapa harus menyediakan prespektif tentang pelajar, keperluannya,
tabiat- tabiat, cita rasa dan keupayaan untuk merentasi persekitaran yang berbeza.
2. Pelajar : untuk menentukan jenis dan teknologi bantuan input daripada pelajar adalah
penting.
3. Pakar teknologi bantuan : pakar tersebut dapat membantu dalam mengenal pasti
bentuk adaptasi, akomodasi atau perkhidmatan yang penting untuk meningkatkan,
mengekalkan atau memperbaiki keupayaan fungsioal pelajar.
4. Guru pendidikan khas : guru pendidikan khas dapat mecadangkan pengubahsuaian
dan strategi pengangajaran bagi memenuhi keperluan pelajar pelajarnya.
5. Guru aliran perdana : guru boleh mengenal pasti pengubahsuaian matlamat kurikulum
bahan bahan serta sokongan tambahan bagi membolehkan pelajarnya dapat Berjaya
dan turut serta dalam aktiviti aktiviti yang di sediaka dalam bilik darjah.
6. Terapi cara kerja : membantu pelajar berkaitan dengan motor halus,kedudukan serta
mobility dan strategi untuk mengakses teknologi dengan tujuan pembelajaran dan
komunikasi.
7. Terapi pertuturan : terapi Pertuturan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti,
menilai, membuat diagnosa, dan melakukan rehabilitasi atau intervensi dalam
masalah bahasa, pertuturan dan komunikasi pelajar.
8. Pentadbir sekolah : pentadbir menyelia RPI, memperuntukan masa pekerja, memberi
sokongan serta pembiayaan.
9. Pembantu murid : menyediakan isu isu yang berkaitan dengan pelajar semasa pelajar
tersebut berada di sekolah.
Secara keseluruhan adalah kumpulan pelbagai perspektif dan disiplin mengambil
konsep yang berpusatkan pelajar dan ahli kumpulan yang berada di dalam atau luar
persekitaran pembelajaran murid. Selain itu ahli kumpulan pula menyediakan maklumat
tentang pelajar merentasi sema persekitaran dan konteks serta kumpulan juga berkuasa untuk
membuat keputusan mengenai alat teknologi bantuan dan perkhidmatan. Untuk menyediakan
pengajaran dan khidmat yang bermutu tinggi, pihak yang terlibat dalam membuat keputusan
tentang penggunaan teknologi bantuan yang sesuai perlulah mempunyai pengetahuan dan
kemahiran dalam pemilihan dan aplikasi penggunaan teknologi bantuan, Abner dan
Lahm(2002).
ARAH TUJU KEGUNAAN BAHAN TEKNOLOGI BANTUAN
Usaha untuk memberikan perkhidmatan sebaik mungkin untuk pelajar berkeperluan khas
adalah sesuatu yang berkaitan dengan keupayaan pihak yang berkenaan untuk menentukan
keberkesanan penggunaan bahan teknologi bantuan.berkaitan dengan arah kegunaan bahan
berkenaan ada 4 perkara yang di kemukakan oleh Edyburn(2000) iaitu:
1. Mengenali fungsi dan had atau limitasi bahan dalam meningkatkan pencapaian
seseorang,
2. Menentukan kosep bentuk teknologi yang digunakan,
3. Menentukan bentuk perkhidmatan berkaitan bahan teknologi yang disediakan,
4. Mendokumenkan keberkesanan penggunaan teknologi bantuan.
Ada juga factor factor lain yang menghalang dan yang meyokong penggunaan
teknologi bantuan. Kemudian pemantauan kemajuan dan penyelarasan penggunaan teknologi
harus dilakukan.
Penggunaan bahan teknologi dapat dilihat daripada hasil yang di tunjukan dan dalam
konteks pendidikan khas hasil boleh merupakan maklum balas pelajar, guru dan ibu bapa
terhadap pembelajaran pelajar berkeperluan khas. Penggunaan bahan teknologi ini harus
dilatih atau bantuan teknikal sebelum pelajar menggunakan bahan tersebut, kumpulan ini
meliputi pelajar, guru, ibu bapa atau penjaga.
Istilah daripada (universal design for learning) iaitu memberi ruang kea rah
pengintegrasian teknologi untuk menyediakan persekitaran yang kondusif dan menyokong
keperluan pendidikan semua pelajar.konsep ini yang memberikan erti bahawa ruang fizikal
dan persekitaran yang disediakan untuk individu yang berkeperluan khas dengan yang tidak
bekeperluan khas. Menurut Gavigan&Kurtts(2009) yang mengatakan bahawa dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran, apabila guru merancang pengajaran dengan mengambil kira
konsep-konsep reka bentuk sejagat untuk pembelajaran, ini Rmembawa maksud bahawa guru
berkenaan bersedia untuk menerima pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran yang
berbeza dengan tahap keupayaan yang berbeza.