26
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DI SEKOLAH- SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU, NEGERI JOHOR. MUHAMAD ZAIRULNIZAM BIN ZAKARIA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

  • Upload
    vongoc

  • View
    232

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN 4

DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DI SEKOLAH-

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU, NEGERI

JOHOR.

MUHAMAD ZAIRULNIZAM BIN ZAKARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN 4 DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU, NEGERI JOHOR.

SESI PENGAJIAN : 2005/2006 Saya MUHAMAD ZAIRULNIZAM BIN ZAKARIA

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi / badan di mana penyelidikan dijalankan

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh : ____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIDIK)

Alamat Tetap : 252 FELDA TENGGAROH 01, 86810 MERSING, JOHOR Tarikh : 14 APRIL 2006

_____________________________________

(TANDATANGAN PENYELIA)

EN. YUSRI BIN

Tarikh : 14 APRIL 2006

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan, penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) ”

Tandatangan : ……………………………

Nama Penyelia : En. Yusri Bin Kamin

Tarikh : 14 April 2006

Page 4: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

i

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR TINGKATAN 4

DALAM MATA PELAJARAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN DI SEKOLAH-

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH JOHOR BAHRU, NEGERI

JOHOR.

MUHAMAD ZAIRULNIZAM BIN ZAKARIA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2006

Page 5: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya. ”

Tandatangan : ……………………………………

Nama penulis : Muhamad Zairulnizam Bin Zakaria

Tarikh : 14 April 2006

Page 6: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

iii

DEDIKASI

Buat Ayahanda dan Bonda serta ahli keluarga, terima kasih atas segala sokongan

dan doa kalian.

Khas untuk pensyarah yang dihormati, En. Yusri Bin Kamin, terima kasih atas

segala bimbingan dan nasihat.

Kenangan kepada pelajar Tingkatan 4 dan guru Teknologi Kejuruteraan di

Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru atas kerjasama yang diberikan.

Ingatan kepada rakan seperjuangan 5 SPA, menghadapi pelbagai cabaran

ditempuhi bersama.

“ Kehidupan adalah sangat berharga, janganlah disia-siakan melainkan kepada perkara

yang terbaik ”

Page 7: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnianya

laporan projek ini telah dapat disiapkan dengan sempurna.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Yusri Bin Kamin selaku pensyarah

pembimbing yang banyak memberi bimbingan, pendapat, tunjuk ajar dan sokongan yang

diperlukan dalam usaha menyiapkan projek penulisan ini.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan, teman seperjuangan dan semua yang terlibat

dalam menyiapkan laporan ini. Semoga Allah merahmati segala kebaikan mereka.

Akhir sekali, penghargaan yang setinggi-tinggi ditujukan kepada semua ahli

keluarga saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan kepada saya. Segala

sumbangan dan bantuan kalian amatlah saya hargai. Wassalam.

Page 8: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

v

ABSTRAK

Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi

pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah-

sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Negeri Johor. Kajian ini dijalankan

di empat buah sekolah. Faktor yang dikaji adalah dari aspek kemahiran belajar, teknik

pengajaran guru, sikap dan persekitaran. Jumlah sampel kajian yang terlibat adalah

seramai 80 orang. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian. Data-data

yang telah diperolehi dianalisis dengan berbantukan komputer, menggunakan perisian

Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 11.5 untuk mengira peratusan,

kekerapan dan min. Hasil daripada kajian menunjukkan faktor yang mempengaruhi

pencapaian Teknologi Kejuruteraan ialah teknik pengajaran guru, sikap dan persekitaran

yang menunjukkan tahap yang tinggi dari segi nilai min berbanding faktor kemahiran

belajar yang menunjukkan tahap yang sederhana.

Page 9: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

vi

ABSTRACT

The purpose of this descriptive research is to identify of several factors that

influence on form four student’s achievement in Technology of Engineering subject. This

research was carried out in four secondary schools in Johor Bahru, Johor. In this study,

four factors which influence on student’s learning techniques, teaching techniques by

teachers, the student’s attitude in learning this subject and learning environment. A set of

questionnaire which covers all factors under the study was given to 80 respondents as a

sample. This questionnaire was used as a instrument to collect data in this study. Data

collected were analysed by using Statictical Package of Social Science (SPSS) Version

11.5, carried out the percentage, frequency and mean. The result of the research obtained

showed the factors which influence the student’s achievement in Technology of

Engineering subject were teacher’s teaching technique, student’s attitude and also the

environment. All of these factors showed their means at higher level compare to student’s

learning technique which is at moderate level.

Page 10: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

vii

KANDUNGAN

i

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiv

xv

xvi

Pengesahan Status Tesis

Pengesahan Penyelia

Halaman Judul

Halaman Pengakuan

Halaman Dedikasi

Halaman Penghargaan

Abstrak

Abstract

Halaman Kandungan

Halaman Senarai Jadual

Halaman Senarai Rajah

Halaman Senarai Simbol

Halaman Senarai Lampiran

HALAMAN

1

1

4

5

BAB PERKARA

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

Page 11: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

viii

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.6.1 Pelajar

1.6.2 Guru

1.6.3 Ibu bapa

1.6.4 Sekolah

1.6.5 Jabatan Pendidikan Negeri, Johor (JPN)

1.7 Batasan Kajian

1.8 Definisi Operasional

1.8.1 Faktor

1.8.2 Mempengaruhi

6

7

8

9

10

10

11

12

13

14

14

15

15

16

17

18

1.8.3 Pencapaian

1.8.4 Pelajar

1.8.5 Subjek

1.8.6 Teknologi Kejuruteraan

1.8.7 Kemahiran Belajar

1.8.8 Teknik Pengajaran Guru

1.8.9 Persekitaran

1.8.10 Sikap

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan

2.2 Konsep Pembelajaran

2.3 Pembelajaran Teknologi Kejuruteraan

2.4 Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian

Teknologi Kejuruteraan

Page 12: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

ix

2.4.1 Kemahiran Belajar

2.4.2 Teknik Pengajaran Guru

2.4.3 Sikap

2.4.4 Persekitaran

2.5 Kesimpulan

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Rekabentuk Kajian

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

3.4 Instrumen Kajian

3.4.1 Bahagian A

19

23

25

29

31

32

32

32

33

34

35

36

37

38

41

44

45

45

46

47

3.4.2 Bahagian B

3.5 Kajian Rintis dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kajian

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Penganalisaan Data

3.8 Kesimpulan

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Analisis Data Bahagian A

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Page 13: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

x

47

48

49

49

50

51

52

53

55

57

60

63

66

68

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa

4.2.3 Taburan Responden Mengikut

Pekerjaan Bapa

4.2.4 Taburan Responden Mengikut

Pekerjaan Ibu

4.2.5 Taburan Responden Mengikut

Pendapatan Ibubapa

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Keputusan

Subjek Sains Dalam Penilaian Menengah

Rendah (PMR)

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Keputusan

Subjek Matematik Dalam Penilaian

Menengah Rendah (PMR)

4.2.8 Taburan Responden Mengikut Keputusan

Subjek Teknologi Kejuruteraan Dalam

Ujian Yang Lepas

4.3 Analisis Data Bahagian B

4.3.1 Faktor Kemahiran Belajar

4.3.2 Faktor Teknik Pengajaran Guru

4.3.3 Faktor Sikap Pelajar

4.3.4 Faktor Persekitaran

4.3.5 Hubungan Antara Faktor Yang Dikaji

Dengan Pencapaian Teknologi Kejuruteraan

4.4 Kesimpulan

Page 14: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

xi

70

70

71

72

73

74

74

77

80

82

84

86

87

88

88

90

98

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

5.2 Rumusan

5.3 Perbincangan

5.3.1 Latar Belakang Pelajar

5.3.2 Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian

Subjek Teknologi Kejuruteraan

5.3.2.1 Persoalan Kajian 1

5.3.2.2 Persoalan Kajian 2

5.3.2.3 Persoalan Kajian 3

5.3.2.4 Persoalan Kajian 4

5.3.2.5 Persoalan Kajian 5

5.4 Cadangan

5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar

5.4.2 Cadangan Kepada Guru

5.4.3 Cadangan Kepada Ibubapa

5.4.4 Cadangan Kepada Sekolah

5.4.5 Cadangan Kepada Jabatan Pendidikan

Negeri Johor (JPNJ)

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 15: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

xii

SENARAI JADUAL

HALAMAN

5

34

36

37

41

42

42

43

47

47

48

49

50

50

51

NO. JADUAL TAJUK

1.1 Pencapaian Teknologi Kejuruteraan SPM Bagi Negeri Johor

2003- 2004

3.1 Pemilihan Sampel Mewakili Populasi

3.2 Bilangan Dan Nombor Item Mengikut Aspek Kajian

Di Bahagian B

3.3 Jadual Skala Likert.

3.4 Pemeringkatan Berasaskan Skala Likert

3.5 Pengkelasan Skor Min Dan Status

3.6 Ujian Statistik Untuk Menguji Perkaitan antara

Dua Pemboleh Ubah

3.7 Klassifikasi Kekuatan Korelasi

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa

4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa

4.4 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Ibu

4.5 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Ibubapa

4.6 Taburan Responden Mengikut Keputusan Subjek

Sains Dalam PMR

4.7 Taburan Responden Mengikut Keputusan Subjek

Matematik Dalam PMR

Page 16: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

xiii

52

53

54

55

57

60

63

66

68

4.8 Taburan Responden Mengikut Keputusan Subjek

Teknologi Kejuruteraan Dalam Ujian Yang Lepas

4.9 Pemeringkatan Berasaskan Skala Likert

4.10 Klassifikasi Kekuatan Korelasi

4.11 Analisis Data Bilangan, Kekerapan, Peratusan Dan

Min Responden Bagi Faktor Kemahiran Belajar

4.12 Analisis Data Bilangan, Kekerapan, Peratusan

Dan Min Responden Bagi Faktor Teknik

Pengajaran Guru

4.13 Analisis Data Bilangan, Kekerapan, Peratusan

Dan Min Responden Bagi Faktor Sikap Pelajar

4.14 Analisis Data Bilangan, Kekerapan, Peratusan

Dan Responden Responden Bagi Faktor Persekitaran

4.15 Hubungan Antara Faktor Yang Dikaji Dengan

Pencapaian Teknologi Kejuruteraan

4.16 Kesimpulan Data Analisis Persoalan Kajian,

Purata Peratusan, Purata Min Dan Tahap

Page 17: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

xiv

HALAMAN

40

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK

3.1 Carta Alir Prosedur Kajian

Page 18: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

xv

SENARAI SIMBOL

SIMBOL TERJEMAHAN

MASTIC Pusat Maklumat Sains Dan Teknologi Malaysia

PMR Penilaian Menengah Rendah

SPM Sijil Pelajaran Malaysia

SMK Sekolah Menengah Kebangsaan

JPNJ Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pelajaran

BUPP Bahagian Unit Penilaian dan Peperiksaan

VMA Vernon Measurement Abilities

MAOS Multidimensional Achievement Orientation Sense

TEP Test of Educational Development

IQ Intelligence Quotient

MSQ Machigan Student Questionnaire

CPT California Personality Test

SCT Sentence Completion Test

SPSS Statistical Package for Social Science

AS Amat Setuju

S Setuju

TP Tidak Pasti

TS Tidak Setuju

ATS Amat Tidak Setuju

Page 19: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

97

103

105

107

108

109

110

111

LAMPIRAN A Soal Selidik

LAMPIRAN B Kesahan Soal Selidik 1

LAMPIRAN C Kesahan Soal Selidik 2

LAMPIRAN D Jadual Saiz Sampel Minimum Mewakili Populasi

LAMPIRAN E Graf Pencapaian Teknologi Kejuruteraan SPM

Bagi Negeri Johor 2003-2004

LAMPIRAN F Surat Akuan Diri Daripada Fakulti Pendidikan

LAMPIRAN G Surat Kebenaran Kajian Daripada JPNJ

LAMPIRAN H Surat Kebenaran Kajian Daripada KPM

Page 20: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan merupakan punca utama dalam menentukan perbezaan di antara

sebuah negara maju dengan negara kurang maju dari segi ekonomi dan segalanya. Masa

depan negara ini bergantung kepada kejayaan sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan

negara ini memerlukan perubahan dari segi model pendidikan baru yang boleh

menghasilkan pelajar atau sumber tenaga kerja yang diperlukan untuk pembangunan

negara.

Menurut Paimah Atoma (2001) Wawasan 2020 merupakan suatu gerakan

kebangsaan baru yang menuntut komitmen dan kemahuan seluruh rakyat supaya berada

di depan bersama dunia yang sedang berubah dengan cepatnya. Matlamat terakhir

wawasan adalah pembentukan sebuah negara (Malaysia yang benar-benar maju

menjelang tahun 2020) iaitu sebagai sebuah “industrialised country”. Malaysia yang maju

sepenuhnya itu tidak pula mengambil acuan kemajuan salah sebuah negara yang

dianggap negara maju tetapi mengikut acuan negara Malaysia sendiri. Adalah menjadi

Page 21: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

2

harapan kepada semua iaitu Malaysia akan menjadi sebuah negara yang benar-benar

maju, bersatu, berdikari, makmur dan progresif menjelang tahun 2020.

Terdapat sembilan cabaran dalam usaha untuk merealisasikan idea Wawasan

2020. Cabaran keenam menggagaskan supaya rakyat Malaysia tidak seharusnya menjadi

pengguna teknologi semata-mata tetapi juga bertindak sebagai penyumbang terhadap

pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa depan. Di samping itu,

masyarakat Malaysia boleh menyebarkan ilmu sains dan teknologi kepada negara-negara

membangun yang lain dalam sektor pertanian, perindustrian dan pembuatan.

Menurut Zainal Abidin Ahmad (2005), teknologi boleh ditakrifkan sebagai

kajian yang bersistem mengenai teknik untuk menghasilkan dan melakukan sesuatu

benda. Istilah ini yang telah mula digunakan dalam bahasa Inggeris sejak kurun ke 17

merupakan gabungan dari perkataan Greek; techne yang bermaksud “seni” atau “kraf”

dan logos yang bermaksud “perkataan” atau “ucapan”.

Secara ringkas istilah teknologi membawa maksud penggunaan alat, bahan dan

proses oleh manusia untuk membolehkan mereka melakukan atau menghasilkan

sesuatu. Teknologi digunakan untuk memenuhi keperluan manusia. Oleh sebab

manusia sentiasa mencipta dan menggunakan cara atau proses yang baru untuk

memudahkan kehidupan mereka, maka penggunaan teknologi telah menyebabkan

berlaku perubahan yang banyak kepada kehidupan manusia.

Teknologi telah dicipta dan digunakan dalam pelbagai bidang kehidupan

manusia. Umpamanya bidang komunikasi, pengangkutan, pembinaan, pembuatan dan

tenaga. Teknologi komunikasi ialah kajian berhubung dengan penghantaran dan

penerimaan maklumat melalui penglihatan, pendengaran elektronik atau lain-lain lagi.

Page 22: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

3

Radio, telefon, televisyen dan komputer ialah contoh peralatan bagi teknologi

komunikasi.

Sebenarnya kesemua bidang teknologi seperti yang telah dijelaskan di atas

adalah saling berhubungan di antara satu sama lain. Sebagai contoh, cuba perhatikan

pesawat angkasa lepas yang membawa manusia dan peralatan. Pesawat tersebut

mempunyai sistem komunikasi yang kompleks dan memerlukan pembinaan struktur

khas supaya dapat dilancarkan ke angkasa. Ia tidak akan dapat dihidupkan sekiranya

tidak ada bahan bakar yang akan mengeluarkan tenaga dan kuasa. Peralatan yang

terdapat pada pesawat tersebut telah dihasilkan di pelbagai jenis kilang pembuatan

dengan penggunaan teknologi tertentu.

Dengan itu pendidikan, khasnya pendidikan sains dan teknologi perlu menyahut

cabaran untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dan berketrampilan.

Namun demikian, terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Kajian

ini cuba meninjau beberapa faktor tersebut daripada perspektif pelajar melalui satu soal

selidik.

Page 23: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Dari kajian yang telah dijalankan, masyarakat Malaysia didapati kurang membaca

bacaan yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Ini jelas ditunjukkan oleh satu kajian

yang telah dijalankan oleh Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC)

dimana hasil kajiannya mendapati 71.1% masyarakat Malaysia gemar memilih majalah

sebagai bahan bacaan berbanding hanya 19.4% memilih untuk membaca bahan bacaan

berunsurkan sains dan teknologi. Kajian ini dijalankan ke atas 5055 rakyat Malaysia

merangkumi berbagai etnik dan peringkat umur. Jika keadaan ini berterusan, matlamat

negara kita untuk mencapai Wawasan 2020 tidak akan tercapai. Daripada kajian yang

telah dijalankan ini menunjukkan kurangnya kesedaran dikalangan masyarakat Malaysia

tentang budaya membaca berbanding dengan masyarakat negara maju.

Faktor ini merupakan salah satu daripada faktor yang mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah. Penguasaan mata

pelajaran Teknologi Kejuruteraan di kalangan pelajar sekolah masih di tahap kurang

memuaskan. Ini dapat dilihat dalam jadual 1.1 yang menunjukkan pencapaian Teknologi

Kejuruteraan, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi Negeri Johor 2003-2004 (Sumber ;

Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), laporan Post-Mortem 2004). Pelajar yang

memperolehi pencapaian rendah adalah seramai 248 orang (47.7%) pada tahun 2003.

Manakala tahun 2004 seramai 217 orang (38.1%). Secara keseluruhannya, pencapaian

pelajar dalam subjek Teknologi Kejuruteraan di semua sekolah di Negeri Johor dapat

dilihat dalam jadual 1.1. Jadual 1.1 menunjukkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun

2003 dan 2004 bagi analisis Daerah mengikut mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

Page 24: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

5

Jadual 1.1 : Pencapaian Teknologi Kejuruteraan SPM bagi negeri Johor 2003- 2004

Gred

Tahun 1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G

Jumlah

2003 0 6 60 65 74 67 75 96 77 520

2004 7 50 65 50 84 95 86 75 56 570

Sumber : Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Laporan Post-Mortem 2004

Fenomena ini jelas menunjukkan kepada kita, bahawa pembelajaran Teknologi

Kejuruteraan di kalangan pelajar sekolah perlu dipertingkatkan lagi. Ini adalah bertujuan

untuk mencapai matlamat negara iaitu mewujudkan masyarakat yang berteknologi dan

saintifik. Oleh itu, satu kajian perlu dilakukan untuk mengetahui faktor yang

mempengaruhi pencapaian pelajar yang mengambil mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang diterangkan, maka pengkaji ingin

melihat apakah faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar tingkatan 4 dalam mata

pelajaran Teknologi Kejuruteraan di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Daerah

Johor Bahru, Negeri Johor.

Page 25: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

6

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk meninjau beberapa faktor yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan pelajar Tingkatan 4

dalam subjek Teknologi Kejuruteraan.

Tujuan utama kajian ini ialah :-

i. Mengenalpasti faktor kemahiran belajar yang mempengaruhi pencapaian

pelajar Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

ii. Mengenalpasti faktor teknik pengajaran guru yang mempengaruhi

pencapaian pelajar Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Teknologi

Kejuruteraan.

iii. Mengenalpasti faktor sikap yang mempengaruhi pencapaian pelajar

Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

iv. Mengenalpasti faktor persekitaran yang mempengaruhi pencapaian pelajar

Tingkatan 4 dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan.

v. Mengenalpasti samaada terdapat perhubungan yang signifikan di antara

keempat-empat faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar.

Page 26: FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN PELAJAR … file“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

7

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian, berikut adalah persoalan-persoalan kajian :-

i. Apakah kemahiran belajar merupakan faktor yang mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan?

ii. Apakah teknik pengajaran guru merupakan pendorong kepada pencapaian

pelajar dalam subjek Teknologi Kejuruteraan?

iii. Apakah sikap merupakan faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar

dalam mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan?

iv. Apakah persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi

pencapaian pelajar dalam subjek Teknologi Kejuruteraan?

v. Apakah terdapat perhubungan yang signifikan di antara keempat-empat

faktor yang dikaji dengan pencapaian pelajar?