24

Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

  • Upload
    lydang

  • View
    234

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM

Page 2: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017

2018

Bicara Sihat20 Tujuh Tip untuk Lebih Relaks Semasa

Memandu

Pilihan Servis Anda22 Kedah, Perak, Sarawak, Terengganu & Johor

17 Taklimat Pengurusan Kenderaan

Ralat

Libur Destinasi18 Destinasi Terbaik untuk Kembara Solo

Wanita

Sekilas Minda03 Terus Melangkah Positif Dalam

Menyediakan Mutu dan Khidmat Cemerlang kepada Pelanggan

Yang Perlu Anda Tahu04 Panduan Membuat Tempahan Temu

Janji Servis: Lakukan Tempahan Servis Anda Sekarang!

06 Kekalkan Jarak Selamat Memandu dengan Peraturan 3 Saat

07 Kehilangan Kunci Kereta Adalah Satu Kecuaian yang Merugikan

Menjejak Inspirasi08 Pusat Servis Wilayah Ditambahbaik

Kata Mereka10 YBhg. Dato’ Sri Haji Mustafar Haji Ali,

Ingin SPANCO Terus Berdaya Saing: Memberi Khidmat Cemerlang Kepada Jabatan Imigresen Malaysia

Servis itu Penting12 Tayar Kereta Adalah Penentu

Keselamatan Anda

Persada Inovasi14 Sistem Pembahagi Jalan Beroda Satu

Lagi Usaha Kerajaan untuk Kurangkan Risiko Kemalangan Jalan Raya

Merakam Catatan16 Kunjung Hormat

12

Sila hantar komen, pandangan dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di sebelah. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PenaungDato’ Hamzah Mohd Salleh

SiDang PengarangPeter LimShaheeran Jalalludinalwyn ahmad nazriaimi Diyana azuddinrusman Bassri

PencetakSky Press Sdn Bhdno. 15, Jalan PBS 14/3taman Perindustrian Bukit Serdang

43300 Seri kembangan.

Tel 03-8941 4013

Faks 03-8941 4014

PerunDing PenerBitanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PenerBitSPancO Sdn Bhd (172957-u)no. 2, Jalan Perusahaan 2kawasan Perusahaan Batu caves68100 Batu caves.

Tel 03-6192 8888

Faks 03-6192 8999

emel [email protected]

web www.spanco.com.my

Talian bebas tol 1-800-88-6999

Page 3: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017 3

SEKILaS mINDa

Alhamdulillah, kita telah pun berada di suku kedua 2017. Kami amat bersyukur kerana telah melepasi suku pertama dengan jayanya. Hari ini, Proton PERSONA baharu dan Proton SAGA baharu telah pun menyertai fleet SPANCO. Kami amat teruja dengan cabaran positif ini sekali gus berikrar memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan SPANCO.

Bagi mempertingkatkan lagi tahap perkhidmatan SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal dan dilanjutkan dari 7 pagi hingga 12 tengah malam, setiap hari Isnin hingga Ahad. Pelanggan boleh membuat tempahan sehari awal sebelum hadir dengan menelefon talian bebas tol kami di 1-800-88-6999, menggunakan Aplikasi Mobil SPANCO, melalui laman web kami di www.spanco.com.my atau terus ke kaunter khidmat pelanggan di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Bangi.

SPANCO kini turut memperhebatkan mutu servis dengan menyediakan lima buah kereta ganti Peronda Polis (MPV SPC) untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kecekapan operasi fleet MPV PDRM sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan lancar. Walaupun tidak termaktub di dalam Perjanjian Konsesi, ini adalah inisiatif baru dari SPANCO sebagai satu tanggungjawab sosial korporat.

Terus Melangkah PosiTif DalaM MenyeDiakan MuTu Dan khiDMaT CeMerlang kePaDa Pelanggan

DATo’ AzMAn HAjI IDrISKetua Pegawai Operasi

Waktu operasi servis akan dibuka lebih

awal dan dilanjutkan dari 7 pagi hingga 12

tengah malam, setiap hari Isnin

hingga Ahad.

Selain itu, untuk mengenali pengguna dengan lebih dekat serta mengetahui masalah kenderaan mereka, kami mengadakan kunjung hormat dan taklimat ke setiap negeri secara berperingkat. Semasa lawatan kerja itu, kami menjelaskan fungsi dan kelebihan sebagai pengguna kenderaan SPANCO di samping mendapatkan maklum balas secara langsung dari pelanggan-pelanggan kami.

Sememangnya, suku kedua dan seterusnya akan lebih dirancakkan lagi dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang antaranya Anugerah Pusat Servis Cemerlang 2016, sumbangan mesin dialisis daripada SPANCO kepada hospital-hospital kerajaan, Kursus Pemanduan Defensif SPANCO dan banyak lagi. Yang pasti, kami akan terus fokus dalam menyediakan khidmat yang memberangsangkan kepada semua pelanggan dan akan terus mengorak langkah dalam memberikan impak positif kerana kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

dan Selamat Sejahtera

Page 4: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 20174

yaNg pErLu aNDa tahu

Panduan membuat tempahan temu janji servislakukan Tempahan servis anda sekarang!Kesibukan jadual kerja mungkin antara sebab pelanggan kadangkala terlupa untuk menghantar kereta bagi pemeriksaan dan servis berjadual mereka. Bagi memudahkan urusan tersebut, pihak SPANCO menyarankan agar pelanggan menggunakan khidmat tempahan servis di mana masa menunggu - bermula dari proses penghantaran

kereta hinggalah ke proses serahan kereta, dapat disegerakan.

Ianya amat mudah! Pelanggan hanya perlu menghubungi SPANCO sekurang - kurangnya sehari sebelum tarikh temu janji servis. Perkara ini perlu dilakukan bagi membolehkan SPANCO melakukan persediaan awal berlandaskan proses 4M (Man, Machine, Material, Method).

CArA MeMBuAT TeMPAHAn ServIS

Pelanggan boleh memohon tempahan temu janji servis melalui empat saluran berikut:

Muat turun Aplikasi Mobil SPANCO ke dalam telefon pintar anda melalui Google Play (untuk Android) atau AppStore (untuk iPhone).

01Untuk membuat temu janji servis, pilih ‘TEMUJANJI SERVIS’ dan isikan maklumat yang

dikehendaki di ruangan yang disediakan seperti nama, alamat emel, nombor untuk dihubungi, nombor pendaftaran kereta, jenis temu janji servis, lokasi, tarikh dan masa temu janji yang dikehendaki.

04

Daftar untuk mengaktifkan akaun anda sebelum boleh menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan.

02

Setelah berjaya mendaftar, anda akan diberi empat pilihan iaitu ‘LAPOR KES’, ‘KES’, ‘PROFIL’ dan ‘TEMUJANJI SERVIS’.

03

Cara melakukan tempahan melalui aplikaSi mOBil SpanCO

Menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6999

Melalui Aplikasi Mobil SPANCO

Secara dalam talian di laman web rasmi SPANCO

di www.spanco.com.my

Kod QR untuk diimbas

Di kaunter khidmat pelanggan di Pusat Servis Wilayah Batu

Caves dan Pusat Servis Wilayah Bangi

Menu utama

Isikan maklumat yang dikehendaki

Page 5: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017 5

Prosedur yang sama juga boleh dilakukan secara dalam talian dengan melayari laman sesawang SPANCO di www.spanco.com.my dan seterusnya ke ruangan ‘Service Appoinment’. Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh dan masa yang telah dijanjikan.

Bagi memudahkan pelanggan, maklumat jenis temu janji servis, lokasi, tarikh dan masa temu janji akan disediakan secara ‘drop-down menu’. Anda hanya perlu menandakan pilihan anda daripada senarai yang dipaparkan. Contoh: bagi jenis temu janji servis yang dikehendaki, anda akan diberi dua pilihan iaitu sama ada ‘pembaikan’ atau ‘penyenggaraan’. Manakala bagi lokasi pula, sama ada ‘PSW Batu Caves’ atau ‘PSW Bangi’.

05

Jika tidak berjaya, anda boleh kembali

semula ke menu ‘TEMUJANJI SERVIS’ dan menukar tarikh dan masa temu janji yang berlainan.

07

SMS pertama akan dihantar setelah anda berjaya membuat

tempahan.

09 Seterusnya, SMS kedua akan dihantar

sekurang-kurangnya dua jam sebelum temu janji.

10

Setelah mengisi kesemua maklumat, tekan butang ‘hantar’. Anda akan dimaklumkan jika permohonan anda berjaya.

06

Selepas berjaya membuat tempahan

servis, anda akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk hadir ke temu janji servis pada masa dan tarikh yang telah dipohon.

08

Buku servis penting untuk merekodkan segala servis yang telah dilaksanakan

ke atas kenderaan dan sebagai sumber rujukan penasihat

servis bagi melaksanakan penyenggaraan atau pembaikan yanag diperlukan. Pastikan

anda menyimpan buku servis di dalam kenderaan. Buku servis perlu dicop setiap kali kereta dihantar ke Pusat Servis Wilayah (PSW) atau Pusat Servis Diiktiraf (PSD) bagi kerja-kerja servis berjadual. Ianya bertujuan memudah dan mempercepatkan proses tuntutan jaminan dari Proton sekiranya ada.

+ Simpanlah Buku ServiS Di Dalam kereta, Bukan Di pejaBat

Tarikh temu janji

‘Drop - down menu’ pilihan untuk masa temu janji

‘Drop - down menu’ pilihan untuk pusat servis

Page 6: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 20176

yaNg pErLu aNDa tahu

Kelajuan dan rintangan udara.

Keadaan permukaan jalan raya

basah yang licin selepas hujan.

Air bertakung – tayar tidak

menyentuh permukaan jalan

menyebabkan pemandu boleh

hilang kawalan.

Kondisi tayar dan cengkaman

– bagi kenderaan dengan brek

anti-kunci dan brek elektronik

boleh membrek dengan lebih

berkesan lagi.

Cerun – jarak membrek apabila

menurun bukit atau cerun adalah

lebih panjang manakala mendaki

pula adalah lebih pendek.

Muatan – lebih berat muatan,

lebih jauh jarak diperlukan untuk

berhenti kerana daya tambahan

menolak kenderaan ke hadapan.

Faktor-faktor jarak semasa membrek:

Jarak di antara kenderaan semasa memandu amat penting kerana kebanyakan kemalangan jalan raya disebabkan oleh jarak yang terlalu dekat di antara kenderaan. Peraturan 3 saat adalah jarak selamat yang mesti diamalkan oleh semua pemandu. 3 saat, mengikut kajian pakar, memadai bagi mengelak dan berhenti di belakang kereta hadapan dalam sebarang situasi kecemasan. Berikut adalah keadaan dan peraturan jarak keselamatan yang harus anda patuhi:

MeMandu di waktu siang

Apabila menghadapi cuaca yang baik di waktu siang pastikan anda mengikut ‘peraturan jarak 3 saat’. Kadangkala tanpa kita sedar jarak akan bertukar mengikut kelajuan. Bagi mendapatkan jarak yang betul, ini yang perlu anda lakukan:• Pilih objek seperti papan tanda, tiang

lampu, pokok atau jambatan.• Kemudian, apabila kenderaan

di hadapan anda melintas objek tersebut, perlahan-lahan kira ‘seribu satu, seribu dua, seribu tiga’.

• Jika anda sampai kepada objek tersebut sebelum sempat mengira ‘seribu tiga’, bermakna jarak anda dengan kereta hadapan adalah terlalu dekat.

• Memastikan jarak 3 saat di antara anda dan kereta hadapan akan memberikan anda masa dan jarak untuk bertindak terhadap sebarang situasi.

MeMandu daLaM CuaCa kuRang

MeMuaskan

Apabila memandu dalam keadaan seperti hujan renyai, jalan sesak atau waktu malam, untuk keselamatan, gandakan peraturan 3 saat menjadi 6 saat.

MeMandu daLaM CuaCa buRuk

Jika cuaca sangat buruk seperti hujan lebat atau kabus tebal, gandakan tiga kali peraturan 3 saat menjadi 9 saat.

diekoRi teRLaLu dekat

Mengekori kenderaan hadapan terlalu dekat adalah sangat bahaya dan boleh mengundang kemalangan. Gunakan peraturan 3 saat ini. Jika kereta anda pula diekori terlalu dekat, bertukarlah ke lorong sebelah dan benarkan kenderaan belakang untuk melepasi anda.

213

Peraturan 3 saatKeKAlKAn JArAK

SelAmAt memAndu dengAn

Sila imbas kod QR di atas untuk mempelajari dan menonton video mengenai peraturan 3 saat.

Page 7: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017 7

2012 2013 2014 2015 2016

1 38

16

68Jumlah Kehilangan Kunci Penduadari Tahun 2012 - 2016

Kunci kereta ialah satu sistem keselamatan untuk membuka kereta dan menghidupkan enjin di mana kebanyakan model kenderaan sekarang menggunakan sistem PSB (Push Start Button).

Bagi kunci pintar yang ada pada kunci kenderaan zaman sekarang, cip yang terdapat pada kunci perlulah selari dengan sistem yang telah ditetapkan pihak pengeluar kenderaan.

Sebagai contoh, sekiranya kunci baharu telah dibuat, kunci

yang lama atau hilang tidak boleh digunakan lagi kerana cip telah bertukar kepada nombor siri yang baru semasa proses penetapan semula (reset).

Biasanya masa yang diambil untuk menggantikan kunci yang hilang bergantung kepada alat ganti dan model kenderaan yang mana ia turut mengambil kira proses ‘coding’ serta lain-lain hal yang bersangkut dengan kod keselamatan dari pengeluar kenderaan tersebut.

Sekiranya kehilangan kunci berpunca dari kecuaian, kos

kehilangan kunci kereta adalah satu kecuaian yang Merugikan

akan dicaj kepada pengguna dan ini amatlah merugikan kerana harga kunci adalah bergantung kepada model kenderaan.

Sekiranya punca hilang kunci kerana hal yang tidak dapat dielakkan seperti diragut, kemalangan atau sebab yang kukuh, pihak SPANCO akan menanggung kos penggantian kunci yang baharu.

Oleh itu, pengguna perlulah menanam sifat tanggungjawab

dan peka serta menjadikan ia sebagai sesuatu yang penting untuk disimpan seperti barangan peribadi yang lain bagi mengelakkan kerugian dari segi wang dan masa pengguna.Kes kehilangan kunci pendua didapati telah meningkat

dengan mendadak pada 2016 berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Perlu diingatkan bahawa pelanggan perlu menyerahkan semula kedua-dua set kunci yang dibekalkan kepada mereka semasa memulangkan kenderaan kepada SPANCO.

sekiranya

kehilangan kunci berpunca dari kecuaian, kos akan dicaj kepada

pengguna dan ini amatlah merugikan kerana harga kunci adalah bergantung

kepada model kenderaan.

Page 8: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 20178

KiniDibuKa7 Pagi hingga

12 Tengah Malam Setiap Hari

mENJEJaK INSpIraSI

Pusat Servis Wilayah Ditambahbaik

dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam, semuanya melalui temu janji sekurang - kurangnya sehari awal.

• Memulakan inisiatif menyediakan khidmat kereta ganti untuk kereta Peronda Polis (MPV SPC). Sebanyak lima buah kereta MPV SPC disediakan bagi membantu pasukan PDRM melaksanakan tugas-tugas rondaan menjaga keselamatan tanpa gangguan.

Melalui penyediaan dua pusat servis utama itu, disokong pula oleh rangkaian lebih 200 Pusat Servis Diiktiraf di seluruh negara, servis akan terus dipertingkatkan menjangkaui perjanjian tahap perkhidmatan dengan keupayaan boleh gerak fleet melebihi 98%.

penamBahBaikan terBaharu pSW Batu CaveS Dan pSW BangiSejajar usaha mempertingkatkan perkhidmatan, usaha-usaha penambahbaikan Pusat Servis Wilayah (PSW) dilaksanakan dari semasa ke semasa. Berikut antara inisiatif terbaharu di PSW Batu Caves dan PSW Bangi.

• Melancarkan ‘Service Kiosk’ pada 2015 dan ‘Service Board’ pada 2016.

• Menyediakan ‘Fast Lane Service’ dan ‘MPV Fast Lane Service’ yang dilancarkan pada 2017.

• Bermula 2017 juga, kedua-dua PSW ini dibuka dari Isnin hingga Ahad

pSW Batu CaveS menepati piaWaian antaraBangSaPSW Batu Caves merupakan satu dari dua pusat servis utama SPANCO selain PSW Bangi. Mula beroperasi pada Julai 2005, ia menggantikan pusat servis di Segambut, Kuala Lumpur dan bertindak sebagai pusat sehenti yang menempatkan pejabat pentadbiran, operasi fleet, khidmat pelanggan dan storan kereta.

Menyediakan kemudahan menyeluruh di bawah satu bumbung, menggabungkan teknologi terkini dan peralatan automotif termaju dengan 30 petak servis dan kapasiti menyiapkan 90 servis biasa dalam sehari. Ia turut memanfaatkan peralatan mesra alam dan menepati

Pusat Servis Wilayah Batu Caves adalah PSW utama SPANCO yang ditempatkan semula dari Segambut, Kuala Lumpur dan mula beroperasi pada 2005.

Page 9: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017 9

piawaian tertinggi pihak pengeluar Proton seperti Multi Unit Tester (MUT), alat penjajaran roda berkomputer, alat pam minyak pneumatik dan pengumpul sisa serta pengecas gas pendingin udara automatik.

PSW Batu Caves merupakan salah satu wakil servis bertauliah Proton Edar dan pernah memenangi tempat pertama Anugerah Wakil Servis Terbaik 2009/2010 Bagi Wilayah Tengah. Ia mendapat pengiktirafan ISO pada 1999 yang kemudiannya dipertingkatkan tahapnya kepada ISO 9001:2008 iaitu piawaian mutu antarabangsa serta sijil piawaian mutu sektor penyenggaraan dan servis fleet kenderaan.

pSW Bangi pertingkatkan lagi keCekapan OperaSi fleetSetelah berjaya membuka PSW Batu Caves, SPANCO menyiapkan pula PSW Bangi pada 2011 dan ia mula beroperasi sepenuhnya pada Jun 2012. Menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang luas, lapang lagi selesa, PSW Bangi memiliki kapasiti melaksanakan 90 servis dan pembaikan dalam sehari dengan 24 petak servis.

Sebagaimana PSW Batu Caves, PSW Bangi juga adalah salah sebuah wakil servis bertauliah Proton Edar dan turut mengoptimumkan penggunaan tenaga lagi mesra alam sekitar. Ia menyediakan perkhidmatan berintegrasi sepenuhnya melalui konsep servis di bawah satu bumbung.

Setiap tugas dikendalikan secara tersusun dan lancar melalui peruntukan satu petak servis untuk seorang mekanik. Tugas-tugas tersebut merangkumi penyenggaraan berjadual, pembaikan mekanikal, rombak rawat, hawa dingin, pendawaian elektrik, pencucian serta penggantian, pengimbangan dan penjajaran tayar.

Tahukah anda?

tahap keupayaan boleh gerak kenderaan – 98%

Servis berjadual – dalam tempoh 12 jam

rombak rawat enjin – dalam tempoh 20 hari

Masa tindak balas kerosakan – dalam tempoh 45 minit bagi lingkungan 25km radius

Jadual penyenggaraan cegahan – pakej pengurusan servis yang ditetapkan oleh pihak pengilang

ulasan prestasi secara proaktif terhadap pusat servis diiktiraf (PSD)

khidmat bantuan kecemasan 24 jam 7 hari seminggu melalui talian Bebas Tol 1-800-88-6999

kereta ihsan atau ganti untuk pengguna–pengguna kereta rasmi bagi penyenggaraan atau pembaikan yang melebihi dari tempoh 24 jam (bagi Lembah klang) atau 48 jam (di luar Lembah klang) – bergantung kepada ketersediaan kereta

Mutu pemeriksaan pra-penghantaran – 100%

Pembekalan kereta baru akan dibuat dalam tempoh 60 hari selepas penerimaan borang pesanan yang lengkap

Pembaikan kemalangan kecil – dalam tempoh 14 hari

Pembaikan kemalangan utama – dalam tempoh 30 hari

PIAwAIAn YAng DITeTAPKAn BAgI PerKHIDMATAn YAng DISeDIAKAn oLeH SPAnCo MerAngKuMI

Pusat Servis Wilayah Bangi adalah kesinambungan dalam pelaburan SPANCO bagi mempertingkatkan perkhidmatan dan mula beroperasi pada 2012.

Page 10: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 201710

tuturnya tegas, yakin bila berbicara mengutarakan fakta bijak dan idea bernas dengan lancar. Melihat gayanya, pasti ramai yang gerun apatah lagi beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. Dato’ Sri Haji Mustafar Haji Ali, sejujurnya bukan seperti yang disangka. Di sebalik perwatakan tegasnya, beliau seorang yang mudah mesra malah mengamalkan sifat kekeluargaan di Jabatan Imigresen Malaysia.

“Sejak saya masuk lagi, saya mengamalkan satu tindakan bahawa saya mempunyai satu keluarga yang besar. Dulu saya menguruskan 2,900 orang pegawai, sekarang saya ada 14,420 orang pegawai, jauh bezanya. Sebab itu saya mahu pegawai saya menjadikan saya sebagai abang atau bapa mereka dan jadikan jabatan ini sebagai satu keluarga,“ jelas anak kelahiran Tanjong Sepat, Selangor ini dan ayah kepada tujuh cahaya mata.

Mementingkan hubungan kekeluargaan itulah maka beliau telah menukar slogan Jabatan Imigresen dari Mesra, Profesional, Sejahtera kepada Integriti, Profesional, Mesra apabila beliau mula bertugas sebagai Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.

“Integriti adalah penyatuan sempurna

dari sifat ketulusan dan kejujuran dari sebuah keluarga. Profesional yang membabitkan bidang kerja dan pengetahuan dalam menjalankan tugasan sementara Mesra berhubung dengan tugas penguatkuasaan undang-undang yang bukan hanya tegas menjalankan tugas tetapi mesra dan bijak bersama rakyat.

“Ia bagaikan menarik benang dalam tepung. Tepung jangan berselerak, benang jangan putus. Kita boleh tegas menguatkuasakan undang-undang tetapi dalam masa yang sama kita juga menyambut tetamu kita dengan mesra dengan cara yang lebih sihat. Faktor utama adalah bermula dari kita sendiri. Jabatan Imigresen adalah ‘frontliner’ kepada negara dan kita mewakili Malaysia kerana itu sifat mesra mesti ada dalam menjalankan tugas,” ujarnya lagi.

Baginya Jabatan Imigresen menjaga ‘frontline’ dalaman dan luaran

dan ia adalah tugas besar dalam menjaga kawalan negara. Untuk mencemerlangkan sesebuah organisasi, segalanya perlu bermula dari dalam. Tekanan dan teguran yang diterima adalah satu pembelajaran, itulah yang beliau tegaskan dalam pentadbiran tugasan setiap pegawainya.

Beliau turut menerapkan tiga elemen penting kepada pengarah-pengarahnya iaitu Transformasi Modal Insan, Transformasi Kawalan dan Transformasi Operasi. Malah, beliau turut mewujudkan satu lagi jawatan dan melantik seorang Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) yang bertugas untuk memeriksa bahagian operasi menjadikan kini terdapat tiga jawatan Timbalan Ketua Pengarah di Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengukuhkan lagi jabatan tersebut.

Sepanjang menjalankan tugasan sebagai Ketua Pengarah Imigresen mulai 1 Ogos

Kata mErEKa

Memberi khidmat Cemerlang kepada Jabatan imigresen Malaysia

YBhg. dAto’ Sri hAJi muStAfAr hAJi Ali, ingin SPAnCo teruS BerdAYA SAing

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia,

Dato’ Sri Haji Mustafar Haji Ali bergambar

bersama Ketua Operasi SPANCO, Shaheeran

Jalalludin, di hadapan kereta rasmi beliau.

Page 11: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017 11

2016 pelbagai perubahan yang telah dilakukan malah hasil pimpinan beliau turut mendapat pujian daripada DYMM Sultan Selangor. Ianya menyentuh mengenai aspek peranan Jabatan Imigresen di dalam Institusi Diraja yang mana Institusi Diraja dan Imigresen bersama-sama memartabatkan kedaulatan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Berasal dan dibesarkan di Banting Selangor, Dato’ Sri Haji Mustafar mendapat pendidikan awal di Methodist English School di Banting dan kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti MalayadalambidangGeografi.Setelahmenamatkan pengajian pada 1984, beliau kemudian bertugas di Badan Pencegah Rasuah (BPR), sekarang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Beliau kemudian diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di University of New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat dalam bidang Master of Science in Criminal Justice.

“Saya kembali bertugas di SPRM pada 1995 sebaik sahaja tamat pengajian dan saya menggunakan kereta SPANCO mulai 1 March 2010 dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Siasatan SPRM. Perdana V6 adalah kereta rasmi pertama saya dari SPANCO. Sejak dari itu, saya telah menggunakan beberapa buah kereta lagi dari SPANCO.

“Ternyata kereta yang diuruskan SPANCO dikendali dan diselenggarakan dengan baik sekali. Ia memberi kelapanganfikirankepadasemuapegawai. Kita tidak perlu lagi memikirkan mengenai masalah kereta, segalanya diuruskan SPANCO. Sekali gus memberikan kelapanganfikirankepadapegawai untuk menumpukan masa kepada tugas-tugas yang lebih mendesak dan diutamakan. Satu perbezaan ketara berbanding kereta diuruskan oleh jabatan sendiri,” terangnya.

ditetapkan oleh Kerajaan sendiri,” ujarnya.

“Bagi saya SPANCO telah melakukan satu tugas yang begitu cemerlang malah saya memuji khidmat yang diberikan, tiada masalah dari segi masa menunggu, kecepatan dan menukar alat ganti. Memang puas hati dan terbaik,” jelasnya.

Bagi menambahbaikkan perkhidmatan, beliau turut mencadangkan SPANCO meneruskan elemen-elemen CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat) yang pelbagai bukan hanya dari segi kebajikan tetapi juga menyediakan perkhidmatan - perkhidmatan yang dapat mempermudahkan urusan Kerajaan tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.

Ini pastinya memberi pulangan kepada institusi yang membeli sekali gus meningkatkan daya saing SPANCO dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada Kerajaan. Begitulah yang diharapkan.

Selain membekal dan menguruskan kereta-kereta saloon, Dato’ Sri Haji Mustafar turut merasakan SPANCO perlu membekalkan kenderaan berat seperti trak, bas atau kenderaan bermuatan besar kepada Jabatan Imigresen memandangkan tugasan jabatan ini melibatkan penguatkuasaan.

“Kita akan melancarkan Unit Penguatkuasaan Bergerak Jabatan Imigresen Malaysia dan baru-baru ini kita telah membeli dua buah van bagi melancarkan operasi ini. Jika SPANCO dapat membekalkan kenderaan seperti ini, ia akan memberi ‘peace of mind’ kepada Jabatan yang mana kita hanya perlu menjalankan tugas tanpa perlu memikirkan tentang penyenggaraan.

“Saya yakin SPANCO telah menyediakan prasarana penyediaan kenderaan yang cukup baik dan tentunya boleh sampai ke peringkat yang lebih cemerlang lagi dengan penyediaan pelbagai kenderaan yang diperlukan oleh Jabatan dan tentunya mengikut dasar-dasar yang

Saya yakin SPANCO telah menyediakan prasarana penyediaan kenderaan yang cukup baik dan tentunya boleh sampai ke peringkat yang lebih cemerlang lagi dengan penyediaan pelbagai kenderaan yang diperlukan oleh Jabatan dan tentunya mengikut dasar-dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan sendiri.

Dato’ Sri Haji Mustafar semasa sesi temu bual di pejabat beliau di Putrajaya.

Page 12: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 201712

SErvIS Itu pENtINg

Tayar direka supaya tahan lasak tetapi akan cepat rosak jika diabaikan penjagaannya. Jika dijaga dengan baik, prestasi tayar akan dioptimumkan dan pemanduan menjadi lebih selamat lagi selesa. Tiga perkara utama perlu diberi perhatian iaitu tekanan angin, corak haus dan penjagaan.

jika tekanan angin kurang:• permukaan bersentuhan lebih

besar lalu menghasilkan geseran dan haba berlebihan

• kemampuan tayar untuk mencengkam terhakis dengan cepat

jika tekanan angin berlebihan:• permukaan tengah tayar cepat haus• pemanduan yang keras dan tidak

selesa• cengkaman kurang• tayar lebih terdedah kepada

kerosakan akibat hentakan

Tekanan angin sempurna:• luas permukaan bersentuhan yang

optimum• kehausan yang sekata• pemanduan lebih stabil• menjimatkan bahan api

COrak hauS Penjagaan tayar yang tidak sempurna akan memberi kesan kepada keadaan dan corak haus tayar. Ia turut memberi isyarat mengenai kerosakan pada sistem stereng, sistem gantungan atau brek kenderaan tersebut. Pemeriksaan sekurang-kurangnya sebulan sekali amat penting bagi mengesan corak haus yang luar biasa. Jika dibaiki segera, kerosakan yang lebih teruk dapat dielakkan.

Tekanan Sempurna Tekanan kurang Tekanan berlebihan

SErvIS Itu pENtINg

tekanan anginTekanan angin yang salah boleh membahayakan pemandu, manakala tekanan yang sempurna pula menjamin tahap keselamatan di samping penjimatan petrol. Tahap tekanan angin yang optimum bagi sesuatu tayar sudah ditetapkan pengeluar. Bergantung pada model kereta, maklumat tekanan angin itu terdapat pada manual, penutup tangki minyak atau di tepi pintu pemandu.

tayar Kereta Adalah Penentukeselamatan anda

Penjagaan tayar sangat penting dan perlu diamalkan oleh setiap pemandu kerana tayar merupakan antara komponen utama yang menentukan tahap keselamatan ketika anda memandu. Tayar

yang botak, kempis, terlebih angin atau mempamerkan kesan kehausan yang tidak sekata akan mendedahkan pemandu dan penumpang kepada kemalangan.

• bahu tayar cepat haus• stereng menjadi berat dan sukar

dikawal• tayar cepat rosak• boleh pecah ketika kenderaan

bergerak• meningkatkan penggunaan petrol

Page 13: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017 13

Kesan tak sejajarBonggol atau lubang di permukaan jalan boleh menyebabkan geometri tayar berganjak dan tidak selari. Bagaimanapun penjajaran tayar juga boleh berubah secara perlahan-lahan di bawah pemanduan biasa.

Lakukan penjajaran tayar sebaik saja anda mengalami masalah berikut:• Tayar cepat haus dengan corak

tidak sekata• Stereng menarik ke kiri atau kanan• Stereng bergetar• Stereng sukar dipusingkan

Mengapa kitaran tayar perlu dilakukan setiap 10,000km?• Hayat tayar dipanjangkan.• Kehausan tayar depan dan

belakang yang tidak seragam dapat dikurangkan.

• Kawalan stereng diperbaiki.

Mengamalkan penjagaan tayar secara berkala dan pemanduan yang tertib mampu memanjangkan hayat tayar sekali gus menjamin keselamatan anda di jalan raya. Cara pemanduan dan bagaimana kita menjaganya bakal menentukan prestasi tayar. Pandu dengan cermat dan sentiasalah berwaspada.

Manfaat pengimbangan dan

penjajaran sempurna:

• Kawalanlebihmudahdan

stabil.

• Perjalananlebihselesa

• Kecekapanpadatahap

terbaikmenghasilkan

perbatuanmaksimum

Kesan tak seimbangTayar yang tidak seimbang mengakibatkan bunga cepat haus secara tidak sekata dan boleh merosakkan sistem gantungan. Ketidakseimbangan akan menyebabkan kereta bergegar dan tidak selesa seterusnya meletihkan pemandu. Oleh itu, pengimbangan mesti dilakukan setiap kali tayar dipasang semula setelah diperbaiki dan untuk semua tayar baru.

• Periksa dan tambah angin ketika tayar sejuk bagi mendapatkan bacaan yang tepat.

• Periksa bunga tayar selalu. Buang batu atau objek yang terlekat di celah jalur dan bersihkan minyak atau cecair pelincir dari permukaan tayar.

• Tangani masalah corak haus yang tidak normal dengan segera.

• Lakukan kitaran tayar setiap 10,000km.

• Periksa penjajaran setiap 20,000km atau enam bulan, yang mana dahulu.

• Jangan abaikan tayar simpanan di dalam but.

• Jangan gunakan tayar jenis radial dan diagonal pada gandar yang sama.

• Jangan sekali-kali mengempiskan

tayar yang sedang panas.• Jangan bawa muatan yang

berlebihan.• Tayar dan rim boleh rosak jika

tayar yang kempis terus dipandu. • Ganti tayar sebaik saja kedalaman

bunga kurang daripada 1.6mm.• Apabila memasang tayar baru,

gantikan injapnya sekali.• Kurangkan kelajuan apabila

melalui jalan berair.• Elak menggeserkan tayar dengan

bahu jalan.• Elak mengambil selekoh dengan

laju kerana ini akan mencepatkan kehausan tayar.

• Tabiat memecut dan membrek secara tiba-tiba akan membotakkan tayar dengan

cepat selain meningkatkan penggunaan petrol.

penjagaanUntuk memanjangkan hayat tayar, pastikan anda mengamalkan panduan mudah berikut:

Makluman tekanan angin

yang betul terdapat pada

pintu pemandu

Page 14: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 201714

n ahas kemalangan jalan raya didapati kian meningkat saban tahun. Faktor reka bentuk dan peralatan jalan raya yang kurang memuaskan serta tidak memenuhi piawaian keselamatan adalah antara penyebab utama kemalangan sering terjadi.

Penghadang jalan yang diperbuat daripada struktur besi contohnya, tidak menjamin keselamatan pengguna-pengguna jalan raya mahupun menyelamatkan nyawa. Ia didapati gagal menahan kenderaan terutama kenderaan berat dari terbabas ke laluan bertentangan atau terjunam ke dalam gaung.

Untuk menghindarkan nahas seperti ini dari terus berlaku, pihak Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya telah mewujudkan sistem ‘rolling barrier’ atau penghadang jalan beroda bagi mengurangkan kadar kemalangan maut.

Direka dan dikeluarkan oleh sebuah syarikat Korea, penghadang jalan

beroda ini adalah penghadang alternatif dengan reka bentuk yang terdiri daripada silinder-silinder plastik berwarna kuning cerah yang dipasang pada tiub-tiub keluli kukuh.

Struktur seperti barisan bebola ini bukan hanya mampu menyerap impak pelanggaran apabila dilanggar malah akan menukarkan ia kepada tenaga putaran yang membolehkan kenderaan kekal pada laluan yang dilalui.

Sistem ini telah diuji akan keutuhannya dan mendapat pengiktirafan pihak berkuasa keselamatan jalan raya trafik di Korea

SiStem Pembahagi

Jalan beroda

pErSaDa INovaSI

Untuk menghindarkan nahas seperti ini dari terus berlaku, pihak Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya telah mewujudkan sistem ‘rolling barrier’ atau penghadang jalan beroda bagi mengurangkan kadar kemalangan maut.

Satu Lagi uSaha Kerajaan untuK KurangKan riSiKo KemaLangan jaLan raya

Page 15: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017 15

Selatan. Ia kini sedang menjalani peringkat percubaan di Malaysia dengan pemasangan pada selekoh Jalan Lapangan Terbang Subang menyusur masuk ke Lebuh Raya Persekutuan sepanjang 100 meter.

Kementerian Kerja Raya menjelaskan bahawa projek percubaan dua tahun yang bermula Disember 2016 ini adalah satu cara termaju untuk mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya. Susulan itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia telah diarahkan untuk bekerjasama dengan pengusaha-pengusaha lebuh raya bagi menyenarai dan mengenal pasti lokasi-lokasi yang perlu dipasang sistem penghadang baru ini.

Apabila senarai itu siap kelak, sistem ini dijangka akan dipasang secara berperingkat-peringkat bergantung pada peruntukan yang disediakan. Kerajaan sentiasa mengkaji teknologi terkini yang boleh memastikan keselamatan pengguna jalan raya, termasuk memanfaatkan sistem penghadang jalan beroda ini di lebuh-lebuh raya di Malaysia.

Amat sesuai digunakan di jalan-jalan yang cenderung kepada kemalangan.

Silinder plastik bertindak sebagai penyerap tenaga apabila dihentam oleh kenderaan dan mampu mengurangkan kesan kemalangan yang lebih teruk.

Mengurangkan kemalangan maut ke atas pemandu dan penumpang dengan penyerapan impak pelanggaran.

Silinder plastik yang bertindak seperti roda turut

menghalang kenderaan dari tersasar keluar dari jalan raya apabila dilanggar.

Warna cerah yang memantulkan cahaya dan mudah dilihat sebagai amaran kepada pemandu-pemandu supaya memperlahankan kenderaan mereka.

Komponen-komponen sistem boleh dibaiki secara individu sekali gus mengurangkan kos pembaikan dan penyenggaraan.

‘rolling Barrier’ adalah sistem keselamatan yang mengelakkan pemandu dan penumpang dari mengalami kemalangan maut melalui: • Penyerapan tenaga

impak • Menukarkan tenaga

impak kepada tenaga putaran

• Impak pelanggaran akan ditukar kepada putaran dan laluan kereta akan dikekalkan.

Siapa tahu, penghadang roda berwarna kuning cerah ini juga akan menyelamatkan nyawa kita satu hari nanti.

+ Manfaat Utama

Page 16: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 201716

mEraKam catataN

Brig. jen. jumali SalamatKomander Pangkalan

Dato’ Azimah Abd HamidPengarah Kastam AKMAL

Dato’ Hasim Hj. HasanPegawai Kemajuannegeri Perak

DCP Datuk wiraChuah ghee LyeKetua Polis Pulau Pinang

Pangkalan udaraButterworth

6 april 2017

akedemi kastam DirajaMalaysia Melaka

26 april 2017

unit PenyelarasanPelaksanaan7 Mac 2017

iPk Pulau Pinang4 april 2017

Pejabat Penasihatundang-undang negeri

Pulau Pinang6 april 2017

iPk Melaka27 april 2017

Dato’ razali Che Anijabatan Peguamnegara

DCP Dato’ Abd jalil HassanKetua Polis Melaka

Kunjung Hormat

Page 17: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017 17

ibu Pejabat Polis kontinjen Perak7 april 2017

ibu Pejabat Jabatan kastam, Putrajaya26 april 2017

PulaPol Bukit sentosa3 april 2017

Taklimat Pengurusan Kenderaan

hospital raja Perempuan Bainun ipoh, Perak6 Mac 2017

ralat: sPanCo memohon maaf kepada ya Tuan azman abu hassan, hakim Mahkamah sesyen dan Majistret kangar, dan ya Dato’ hashimhamzah, hakim Mahkamah Tinggi alor setar di atas kesilapan cetakan dalam keluaran lalu. kesilapan amat dikesali.

Kursus Pemanduan & AsasTeknikal Kenderaan

Kejohanan golf jemputanSempena Hari TenteraDarat Ke-84

hotel seri Malaysia, ipoh10 -12 Mac 2017

glenmarie golf &Country Club2 april 2017

Hari Terbuka KementerianKewangan 2017

Lawatan danSesi Taklimat

Putrajaya30 Mac 2017

Jabatan kastam DirajaMalaysia, Pulau Pinang

5 april 2017

Page 18: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 201718

Iceland Dikenali sebagai bumi ais dan api, Iceland kaya

dengan landskap semula jadinya yang sangat cantik. Di sini anda boleh melihat sendiri keindahan glasier,

geisar, cerun yang tajam, sungai, air terjun, pantai dan gunung berapi dalam jarak dekat antara satu dengan

lain. Mungkin inilah antara sebab ia menarik minat ramai pelancong dan pengembara solo. Iceland juga

tersenarai di dalam indeks antarabangsa sebagai negara paling aman dan paling serata dari segi hak

kaum perempuan dan lelakinya.

Solo Wanita

deStinaSi terbaik UntUk kembara

Dewasa ini, mengembara secara solo menjadi trend dan wanita juga tidak terkecuali. Perubahan dalam cara berfikir dengan sikap berdikari menyebabkan ramai wanita berani menyahut cabaran menjelajah ke negara asing berseorangan. namun begitu, keselamatan diri harus dititikberatkan dan kini, terdapat pakej yang ditawarkan khusus untuk wanita solo mengembara di negara-negara terpilih. Mari kita lihat tempat-tempat yang boleh anda lawati.

TaIpeI, TaIwan Taipei merupakan ibu kota Taiwan, terletak di dataran rendah Taipei, dikelilingi pergunungan di bahagian utara, timur dan tenggara. Titik tertinggi di dalam wilayah Taipei adalah puncak Gunung Qixing. Taipei menggabungkan sejarah dan gaya moden serta kaya dengan berbagai tempat menarik untuk dikunjungi seperti Taman Nasional Yangmingshan dan Menara Taipei 101. Mempunyai kadar jenayah yang rendah, bandar raya ini dilengkapi sistem metro berusia 20 tahun dengan platform bertanda ‘Zon Menunggu Selamat’ yang dipantau video bagi melindungi penjalan kaki wanita di waktu malam.

dubrovnIk, croaTIa Dubrovnik, salah satu destinasi percutian popular di Mediterranean, merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO. Antara yang mesti dikunjungi ialah ‘Ancient City Wall’ yang mengeliling kota lama Dubrovnik, kota yang didirikan pada zaman pertengahan. Terletak di persisiran pantai Adriatik yang terkenal dengan pemandangan laut yang memukau, anda juga boleh melakukan aktiviti berkayak dan ‘snorkeling’. Tidak lupa menikmati makanan enak tempatan serta berkunjung ke kedai-kedai yang menjual pelbagai cenderahati menarik.

LIbur DEStINaSI

Page 19: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017 19

Melbourne, ausTralIa Mendapat pengiktirafan ‘the Economist’ sebagai Kota Paling Sesuai Didiami,

Melbourne kaya dengan seni dan budayanya. Salah satu dari 50 restoran terbaik dunia ada di sini. Anda juga boleh menikmati pemandangan laut yang tenang atau

menyaksikan pelbagai acara menarik seperti perlawanan kriket, sepak bola ala Australia (Aussie Rules) dan F1 Australian Grand Prix. Juga boleh mengunjungi

Muzium Melbourne dan Bangunan Pameran Diraja yang terdaftar sebagai Warisan Dunia selain melihat keindahan landskap bangunan hebat dan indah.

sTockholM, sweden Stockholm terletak di bahagian timur Sweden, dengan suhu sejuknya yang sangat selesa untuk pengembaraan musim panas. Antara ibu kota Skandinavia tercantik, ia mempunyai beberapa pulau kecil yang mesti dikunjungi. Walaupun nilai mata wangnya agak tinggi namun kota ini memang sesuai buat pengembara solo wanita. Anda boleh sahaja tinggal di ‘Story Hotel’ dengan lokasi strategik untuk bersiar ke ‘Old Town’ atau ‘Gamla Stan’, deretan kedai malah istana lama dengan layanan mesra dari kakitangan. Perkhidmatan bas,teksidanrelsangatefisiendanbersepadu, memudahkan pelancong untuk bergerak.

okInawa, Japan Okinawa wilayah Jepun paling selatan terdiri dari rangkaian ratusan pulau yang disebut sebagai Kepulauan Ryukyu. Terkenal dengan laut yang membiru, batu karang, serta hidupan flora di dalamnya. Bagi pengembara solo, anda boleh menaiki pesawat yang akan mendarat di Bandaraya Naha. Kemudian, anda boleh menggunakan monorel menuju ke pusat bandar dan melawat Istana Shuri. Dari situ boleh terus berjalan menyusuri Pantai Naminoue dan kuil di atas ombak, Naminoue-gū.Keramahandansifat santun penduduk di situ juga bakal memberikan keselesaan buat pengembaraan solo wanita seperti anda.

Page 20: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 201720

bIcara SIhat

Memandu dalam keadaan jiwa yang tenang adalah salah satu cara untuk mengelakkan kemalangan.Mengharungijalanyangpenuhsesakbolehmenjadikanfikirantertekandanmenjurus kepada keadaan yang tidak selesa. Berikut adalah beberapa tip yang boleh anda

lakukan untuk lebih relaks semasa memandu.

tip untuk Lebih ReLaksSemaSa memandu

tujuh

Keluar rumah awalSalah satu faktor yang menyebabkan tekanan adalah apabila sampai lewat ke destinasi yang hendak dituju. Cara terbaik adalah dengan bertolak awal ke pejabat atau destinasi yang ingin anda pergi. Disiplinkan diri dan hargai masa, pastinya anda tidak merasa tertekan semasa memandu dan lebih bersedia untuk memulakan hari yang lebih ceria.

Nikmati pemandangan sekeliling

Semasa memandu juga cuba relakskan minda anda, sesekali pandang langit biru di

hadapan. Bila berhenti di lampu isyarat, alihkan pandangan pada pohon-pohon hijau di sekitar. Ini dapat membantu anda merehatkan mata,

tekanan dan minda.

JILID 2 | mac - apr 201720

Page 21: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017 21

Cubalah tip di atas dan belajarlah untuk lebih relaks serta tenang semasa memandu. jadikan pemanduan sesuatu yang menyeronokkan.

Tarik nafas panjang apabila berhenti di lampu isyaratApabila berhenti di lampu isyarat, lakukan senaman dengan menarik nafas panjang dan hembuskan perlahan-lahan. Lakukan 20 atau 30 kali sehingga anda berasa betul-betul relaks. Teknikpernafasaniniakanmenjadikanfikirandan tubuh lebih tenang.

Letakkan potpourri di dalam kereta

Potpourri dikatakan dapat merangsang suasana yang

damai dan tenang. Ia selamat diletakkan di dalam kereta kerana diperbuat dari

campuran bahan semula jadi seperti daun, bunga, akar kayu dan rempah beraroma.

Keharuman potpourri yang semerbak pastinya akan menjadikan

perjalanan anda lebih relaks.

Buat senaman tangan Selain senaman menarik dan

menghembus nafas, anda juga boleh melakukan senaman

regangan tangan. Buat contoh berikut: Depakan kedua-dua tangan di atas stereng dan

renggangkan jejari, genggam telapak tangan dan renggangkan jejari kembali. Ulang beberapa kali

sehingga anda berasa tenang.

Tutup semua bunyi bising yang mengganggu andaMemandu dalam keadaan senyap tanpa sebarang gangguan bunyi bising boleh memberi ketenangan kepada minda. Anda juga boleh lebih fokus terhadap pemanduan. Jika ingin sedikit irama, pasangkan radio dan dengar muzik merdu yang tidak membingitkan.

Menyanyi atau bersiul kecilJika berseorangan, anda boleh menyanyi atau bersiul kecil lagu kegemaran anda. Sama ada menyanyi mengikut irama di radio atau

tanpanya, kerana menyanyi adalah salah satu terapi minda yang dapat menenangkan anda dari sebarang masalah.

Page 22: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 201722

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

pILIhaN SErvIS aNDa

Perak - YtS autO Service SDn BHD - aYer tawar

Wakil Servis Sah Proton EdarYTS AuTo ServICe SDn BHD

Lot 33261 Batu 17, Jalan Beruas32400 Ayer Tawar, Perak.Tel 05 672 3000Faks 05 672 3001juruteknik | 5 Orang Hoist | 4 Unit

keDaH - nr SPare PartS & ServiceS SDn BHD - kuLiM

nr SPAre PArTS & ServICeS SDn BHD

No 830,831 & 832 Taman Kempas Indah 3 09000 Kulim, Kedah.Tel 04 490 4115Faks 04 490 4113juruteknik | 4 Orang Hoist | 3 Unit

keDaH - PuSat ServiS Dan aLat ganti PrOtOn eDar - aLOr Setar

PuSAT ServIS DAn ALAT gAnTI ProTon eDAr – ALor SeTAr

No 210 Jalan Gangsa Mergong 205150 Alor Setar, Kedah.Tel 04 733 8187 / 733 1132 Faks 04 730 1296juruteknik | 19 Orang Hoist | 19 Unit

Page 23: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 2017 23

PeLAnTIKAn BAru

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

Perak - PuSat ServiS Dan aLat ganti PrOtOn eDar - iPOH

PuSAT ServIS DAn ALAT gAnTI ProTon eDAr - jALAn LAHAT, IPoHLot26097JalanLahat 30200 Ipoh, Perak.Tel 05 242 2355 Faks 05 242 2858juruteknik | 14 Orang Hoist | 14 Unit

Wakil Servis Sah Proton EdarInDAH SArI oToMoBIL SDn BHD

Lot 941 Mukim Cabang Tiga Jalan Sultan Mohamad21000 Kuala Terengganu, Terengganu.Tel 09 623 3180 Faks 09 624 4179juruteknik | 7 Orang Hoist | 8 Unit

Wakil Servis Sah Proton EdarMAHA MegA eDAr SDn BHD

No 1 & 1A Jalan Taman Wangsa Utama Taman Wangsa Jaya 35900 Tanjung Malim, Perak.Tel 05 459 5111 Faks 05 459 4111juruteknik | 3 Orang Hoist | 3 Unit

Wakil Servis Sah Proton EdarjIn SAn engIneerIng SDn BHD

Lot 732 Block 5, Matang Land DistrictJalan Matang 93050 Kuching, Sarawak.Tel 082 64 1233 Faks 082 64 4533juruteknik | 3 Orang Hoist | 4 Unit

Wakil Sah Pembaikan Kemalangan Proton EdarToTAL worKSHoP SDn BHD

No15Batu7,JalanWaja 1Kawasan Perindustrian Pandan81100 Johor Bahru, Johor.Tel 07 352 4008 Faks 07 352 4003juruteknik | 3 Orang Hoist | 4 Unit

Page 24: Final Cover PRIHATIN Jilid 2 2017.pdf 1 15/05/2017 5:07 PM · SPANCO, waktu operasi servis akan dibuka lebih awal ... Anda hendaklah menghantar kereta ke pusat servis tepat pada tarikh

JILID 2 | mac - apr 201724

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Weaving_Prihatin.pdf 1 5/5/16 12:03 PM