Upload
ct-rasheqa-mat-razali
View
19
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
beg
ARTIKEL RUMAHTANGGA
PENGENALAN
Program Kemahiran Hidup merupakan suatu kursus teknikal yang banyak memberi ilmu
serta pengalaman baru kepada para pelajar terutamanya aplikasi dalam kehidupan seharian.
Program ini juga mampu melahirkan insan yang berdikari, memahami perkembangan teknologi,
berinisiatif dan yakin diri dalam perubahan teknologi untuk kehidupan seharian. Selain itu,
program ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan
dalam kalangan pelajar.
Terdapat beberapa kursus wajib yang perlu diambil oleh setiap pelajar Kemahiran Hidup.
Antaranya ialah Pengurusan Jahitan dan Pakaian. Kursus ini berjalan selama 14 minggu
termasuk kuliah dan amali. Terdapat beberapa kerja kursus yang harus dilaksanakan selama 14
minggu tersebut. Salah satu daripadanya ialah melaksanakan Artikel Rumahtangga. Artikel
rumahtangga merupakan suatu kerja kursus yang memerlukan setiap pelajar memilih satu barang
perhiasan yang berada di dalam rumah samada di dapur, ruang tamu mahupun bilik tidur.
Seiring dengan kerja kursus Artikel Rumahtangga ini,ia memupuk serta merangsang
minda para pelajar dalam mengaplikasikan asas – asas jahitan yang telah dipelajari sebelum ini.
Artikel yang telah dipilih ialah bantal hiasan. Ia bertepatan dengan untuk hiasan pada kereta,
rumah dan sebagainya bagi menarik sesuatu sudut di rumah serta bagi menceriakan sesebuah
kereta tersebut. Kemahiran menjahit dengan cara quilting diperlukan dalam penghasilan artikel
tersebut. Selain itu, pelbagai lagi kemahiran yang perlu diterapkan iaitu seperti jahitan lurus,
jahitan untuk hiasan dan sebagainya.
CETUSAN IDEA
Cetusan idea terhasil apabila terdapat pelbagai keunikan dalam pengeluaran sarung
kusyen di pasaran sekarang. Setelah mempelajari asas – asas jahitan didapati bahawa tidak sukar
untuk mengahasilkan sarung kusyen sendiri. Oleh yang demikian, sarung kusyen telah dipilih
sebagai perlaksanaan kerja kursus bagi Artikel Rumahtangga ini.
Bantal hiasan ini diambil inisiatif oleh saya untuk hasilkan pada artikel rumahtangga ini
kerana keadaan rumah tanpa barangan hiasan akan menampakkan rumah tersebut kusam dan
tidak ceria. Ini termasuklah keadaan kereta yang kosong di dalamnya. Penghasilan bantal hiasan
ini saya tidak terlalu besar dan terlalu kecil. Sekiranya saya buat terlalu besar ia akan menganggu
pandangan belakang pada kereta dan pada rumah ia akan menutupi segala pandangan di rumah
tersebut dan akan tertumpu pada bantal hisan tersebut.
Konsep yang dipilih adalah akuatik di mana saya memilih bantal hiasan yang berbentuk
ikan sebagai bantal hiasan saya. Bentuk ikan ini dipilih kerana kanak-kanak sekarang mereka
lebih cenderung pada hasil yang lebih menonjol kepada binatang. Tambahan pula, ikan
merupakan satu bentuk yang lain dari sebelum ini. Pencetusan idea ini diperoleh melalui
televisyen,internet dan pemerhatian sekeliling. Artikel Rumahtangga ini tercetus apabila
walaupun kereta yang dimiliki cantik, bersih dan mewah tetapi tiada unsur keceriaan di
dalamnya tidak menarik bagi saya. Oleh itu, idea ini tercetus untuk dibuat.
Selain itu, bantal hiasan ini juga bukan sahaja untuk hiasan semata-mata malah ia turut
memberi fungsi sebagai bantal itu sendiri yang untuk keselesaan orang yang berada di dalam
kereta tersebut. Ini kerana bantal hiasan yang dihasilkan mempunyai span yang lembut di dalam
dan memberi kesan yang selesa pada penggunanya.
Terdapat 3 idea kasar yang difikirkan sebelum memilih satu tema yang terbaik. Di bawah
merupakan lukisan bagi 3 idea tersebut.
i. Idea 1 :
ii. Idea 2 :
iii. Idea 3 :
Berdasarkan ketiga – tiga idea tersebut, idea ketiga telah dipilih untuk dilaksanakan. Ini kerana,
idea ketiga lebih ssesuai untuk diaplikasikan jahitan quilting.
PEMILIHAN FABRIK DAN HIASAN LAIN
JENIS FABRIK ATAU HIASAN SEBAB PEMILIHAN
1) Fabrik baldu merah - Fabrik jenis baldu dipilih oleh
sebab teksturnya yang lembut.
- Selain itu,ia juga lebih eklusif
berbanding fabrik yang lain.
- Fabrik ini juga bersifat kosong
iaitu tiada corak dan hal ini
memudahkan untuk membuat
hiasan tambahan.
2) Fabrik bercorak batik - Fabrik bercorak batik ini
dipilih sebagai hiasan
tambahan atau pelengkap
kepada artikel ini. Ia kerana
sarung kusyen ini bertemakan
batik. Namun batik tidak
digunakan secara keseluruhan
malah hanya sebahagian
sahaja.
- Elemen batik diterapkan
untuk melengkapkan tema
batik tersebut.
3) Renda reben lebar warna hijau - Renda ini dipilih untuk
menghasilkan sarung kusyen
yang lebih elegan dan eklusif
dengan diikat seperti reben di
pepenjuru sarung kusyen
tersebut.
- Pemilihan warna yang agak
kontra adalah bertujuan untuk
menyerlahkan lagi hiasan
reben tersebut.
4) Tali hiasan warna hijau - Tali hiasan ini dipilih sebagai
hiasan disekeliling sarung
kusyen tersebut.
- Ia dipilih seiring dengan renda
hijau tersebut iaitu supaya
kelihatan lebih elegan dan
tidak terlalu serabut dengan
hiasan yang berat.
5) Manik dan sulam - Jahitan manik dan sulaman
dipilih sebagai
mengaplikasikan pmbelajaran
yang lepas.
- Ia juga untuk mencantikkan
lagi hiasan pada sarung
kusyen tersebut.
-
LANGKAH – LANGKAH MENJAHIT SARUNG KUSYEN
Langkah 1 :
Langkah permulaannya ialah melukis polar bagi sarung kusyen tersebut. Ukuran sarung kusyen
sedia ada diambil dan dipindahkan ke kertas minyak. Polar dilukis pada kertas minyak mengikut
ukuran segiempat sama iaitu 14 inci x 14 inci untuk bahagian hadapan. Manakala bahagian
belakang terdapat 2 polar asing iaitu bahagian belakang A berukuran 14 inci x 4.5 inci dan
bahagian belakang B berukuran 14 inci x 9.5 inci.
Langkah 2 :
Setelah selesai melukis polar langkah seterusnya ialah menggunting polar tersebut.
Langkah 3 :
Kemudian letak polar tersebut di atas fabrik dan jelujur diatasnya. Ini bertujuan untuk
memudahkan langkah menggunting fabrik tersebut. Satu inci lebihan dilukis pada fabrik tersebut
sebagai basi untuk jahit tepi dan memudahkan jahitan penyambungan. Fabrik digunting
mengikut ukuran.
Langkah 4 :
Kemudian span diletakkan di bawah fabrik baldu dan fabrik alas diletakkan di bawah span
tersebut. Polar yang telah dilukis bentuk diletakkan di atas fabrik bertujuan untuk menjahit
quilting. Langkah menjahit dilakukan.
Langkah 5 :
Setelah selesai menjahit quilting,seterusnya menjahit serta mencantumkan bahagian hadapan dan
belakang sarung kusyen dilakukan.
Langkah 6 :
Langkah seterusnya ialah langkah menghias sarung kusyen tersebut dengan elemen – elemen
hiasan.
SARUNG KUSYEN YANG TELAH SIAP
PENGIRAAN KOS
Di bawah merupakan jadual pengiraan kos dalam penghasilan sarung kusyen.
Bil. Perkara Kuantiti Jumlah
1. Fabrik baldu 1 meter RM 10.00
2. Renda reben hijau 2 meter RM 3.60
3. Tali hijau 1.5 meter RM 2.10
4. Zip 14 inci 1 RM 1.00
5. Span 1 RM 0.80
6. Manik 1 bungkus RM 1.80
Jumlah keseluruhan RM 19.30
KESIMPULAN
Hasil daripada artikel rumahtangga yang telah disiapkan iaitu sarung kusyen, ia telah
memberikan suatu pengalaman baru serta input tambahan dalam kehidupan seharian.
Sesungguhnya pelbagai aspek perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan sarung kusyen
tersebut termasuklah pemilihan fabrik, elemen hiasan yang bersesuaian dan ukuran yang betul.
Selain itu, cara menjahit quilting dengan betul juga dipelajari dalam penghasilan sarung
kusyen tersebut. Kepelbagaian corak quilting boleh dilakukan mengikut kreativiti tersendiri.di
samping itu juga ia merangsang minda untuk berfikir jauh serta kreatif dalam penghasilan
produk buatan tangan sendiri.