16
FONOLOGI -BUNYI VOKAL DAN KONSONAN HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA PENDAHULUAN Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”. Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more related languages”. Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya. Huraian huruf Vokal Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut. Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

FONOLOGI.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: FONOLOGI.docx

FONOLOGI -BUNYI VOKAL DAN KONSONAN

                    HURUF VOKAL DAN KONSONAN, DAN CARA MEMBUNYIKANNYA

PENDAHULUAN

Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini sememangnya

kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan

bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh

badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara.

Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud dan

definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan

dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam

Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan sebagai “the system of

speech sounds of a language or group of languages”.

Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi

merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam Webster’s

Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai “the science of speech

sounds including, especially the history and theory of sound changes in a language or in two or more

related languages”.

Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi

sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

 

 Huraian huruf  Vokal

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa Melayu. Ini diterapkan

dalam rajah berikut.

 

Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [ɛ] dan [a] manakala tiga Vokal

belakang iaitu [u], [o] dan [כ] dan satu vokal tengah, iaitu [ə]. secara nyata vokal-vokal Ini tidak betul-betul

menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini dapat dijelaskan menurut

persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.

Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya udara

dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang

sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara

keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

Page 2: FONOLOGI.docx

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu,

keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada depan

lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya, dinaikkan sedikit atau

diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru -paru keluar melalui rongga

mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara

dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal

yang disengaukan) dan keadaan glotis dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara

bergetar. Selain vokal terdapat juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Huraian Huruf konsonan

Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau

halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara

dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud konsonan yang terhasil apabila tekanan

udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara manakala konsonan tidak bersuara adalah

konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu tidak menggetarkan pita suara.

Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.

Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh penutur bahasa

Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu terdapat 9 jenis

konsonan iaitu :

a)    Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).

b)    Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).

c)    Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).

d)    Satu konsonan hentian glotis. ( ? )

e)    Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )

f)     Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis bersuara

( h ).

g)    Satu konsonan getaran bersuara ( r ).

h)    Satu konsonan sisian bersuara ( i ).

i)      Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, ŋ , n )

j)      Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).

k)    Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti dua bibir,

gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara membunyikan huruf  vokal

Dalam pertuturan sebenar, kita perlu peka bahawa terdapat lapan jenis huruf vokal yang wujud dalam

bahasa Melayu. Huraian berikut menyatakan peranan dan keadaan serta kedudukan alat-alat artikulasi

seperti bibir, lidah, anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan vokal-vokal bahasa

Melayu.

Page 3: FONOLOGI.docx

(a)  Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:

(a)                 Keadaan bibir hampar

(b)                 Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh

lelangit keras

(c)                Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar

melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan sempit [i] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Ikan Bila Tali

Ibu Tiba Padi

(a)  Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:

·         Keadaan bibir hampar

·         Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi

·         Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga    

·         hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari   

·         paru-paru keluar ke rongga hidung Pita suara digerarkan

 Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh sempit [e] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Enak Teleng Tauge

Elok Leher Tempe

(b)  Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui

rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan separuh luas atau lapang [ε] seperti pada perkataan

berikut:

Page 4: FONOLOGI.docx

Awal Tengah Akhir

Esa Belek Tauge

Enak Belok Tempe

(c)  Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Depan lidah diturunkan serendah mungkin

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui

rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal depan luas atau lapang [a] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Awan Kadar Siapa

Anak Beras Nama

(d)  Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit

lembut

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui

rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang sempit [u] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

ubat bulat Batu

ular sudu Palu

(a)  Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi  ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit

lembut

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui

rongga hidung

Page 5: FONOLOGI.docx

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh sempit [o]. seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Tolong Pidato

Otak Bohong Koko

(b)  Vokal belakang separuh luas atau lapang [כ]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir hampar

(b)  Belakang lidah dinaikkan separuh rendah  

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui

rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal belakang separuh luas atau lapang seperti [כ] seperti pada

perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Orang Borong Soto

Oleh Bolot Teko

(f)   Vokal tengah [ə]. Cara membunyikannya:

(a)  Keadaan bibir antara hampar dengan bundar

(b)  Tengah lidah dinaikkan kea rah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras  

(c)  Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui

rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal tengah [ə] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Emak Penat Sosialisme

Empat Tenat Behaviurisme

Cara Membunyikan  Konsonan

Page 6: FONOLOGI.docx

Lapan belas konsonan asli yang terdapat dalam bahasa Melayu dapat diklasifikasikan mengikut cara dan

daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut:

Daerah sebutan

Cara sebutan bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit

lembut

Glottis

Letupan P b T d - K g -

Letusan - - C j - -

Sengau M N (ny) (ng) ŋ -

Geseran - S - - H

Getaran - R - - -

Sisian - L - - -

Separuh

vokal

W - Y - -

Hanya sepuluh sahaja huruf konsonan dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan,

iaitu p,t, k, m, n, ng, s, h, rdan l. konsonan b, d, g, c dan jbab, had, koc dan kolej. Huruf konsonan ny,

w dan y tidak pernah terdapat pada akhir perkataan . hanya berada pada akhir perkataan dalam

perkataan- perkataan pinjaman seperti

Huraian berikut dapat menjelaskan peranan, keadaan dan kedudukan alat-alat artikulasi seperti

bibir, lidah anak tekak, lelangit lembut dan pita suara dalam membunyikan konsonan bahasa Melayu asli.

Huraian ini disertakan dengan gambar rajah bagi membantu memahami cara setiap konsonan tersebut

dihasilkan.

(a)  Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p] dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Cara

membunyikannya:

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]

1.    Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan

penuh pada arus udara dari paru-paru ke

rongga mulut.

2.    Lelangit lembut dinaikkan ke belakang atau ke

dinding rongga tekak untuk membuat sekatan

udara dari paru-paru ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.

4.    Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-

 Cara membunyikan sama seperti membunyikan

konsonan [p]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga

mulut dengan mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi  yang dihasilkan ialah letupan dua bibir

bersuara [b].

Page 7: FONOLOGI.docx

merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir

tidak bersuara [p].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [p] Palu Lapik Atap

Konsonan [b] Batek Rabun Adab

   

(b)  Konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] dan konsonan letupan gusi bersuara [d]

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [t] Bunyi konsonan [d]

1.    Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk

membuat sekatan penuh pada arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke

belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

menutup arus udara ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan .

4.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga

mulut tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi

dilepaskan serta-merta.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak

bersuara [t].

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [t]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui

rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan gusi

bersuara [d].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [t] Takut Batas Padat

Konsonan [d] Dalam Tanduk Abad

(c)  Konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k] dan konsonan letupan langit lembut bersuara [g].

Cara membunyikannya:

Bunyi konsonan [k] Bunyi konsonan [g]

1.    Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut

untuk membuat sekatan penuh pada arus udara

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [k]. yang berbeza ialah:

Page 8: FONOLOGI.docx

.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke

rongga tekak bagi menyekat arus udara dari

paru-paru ke rongga hidung. 3.    Pita suara di

renggangkan. 4.    Arus udara keluar dari paru-

paru melaui rongga mulut tanpa menggetarkan

pita suara. 5.    Sekatan udara yang dibuat oleh

belakang lidah dilepaskan serta merta.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit

lembut tidak bersuara [k].

1.    Pita suara dirapatkan .

2.    Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui

rongga mulut mengetarkan pita suara.

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit

lembut bersuara [g].

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [k] Kala Makan Tamak

Konsonan [g] Garam Pagar Dialog

                   

(d)  Hentian glotis [?] dan Cara membunyikannya:

(a)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga tekak untuk membuat

sekatan udara dari paru-paru ke rongga hidung

(b)  Pita suara dirapatkan sepenuhnya

(c)  Arus udara yang keluar dari paru-paru dibiarkan tersekat dibelakang rapatan pita suara.

(d)  Udara disekat oleh rapatan pita suara tanpa menggetarkan pita suara

Bunyi yang dihasilkan ialah hentian glotis [?] seperti pada perkataan  berikut:

Awal Tengah Akhir

Anak Saat Lemak

Ikan Rakyat Budak

(e)  Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [č] dan konsonan letusan lelangit keras bersuara [Ĵ]. Cara

membunyikannya:

Bunyi konsonan [č] Bunyi konsonan [Ĵ]

1.    Hadapan lidah rapat ke lelengit keras untuk

membuat sekatan pada arus udara.

2.    Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke

belakang atau ke dinding rongga tekak untuk

membuat sekatan terhadap arus udara dari

Cara membunyikan konsonan sama seperti

membunyikan konsonan [Ĵ]. yang berbeza ialah:

1.    Pita suara dirapatkan.

2.    Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga

mulut dengan menggetarkan pita suara.

Page 9: FONOLOGI.docx

paru-paru ke rongga hidung.

3.    Pita suara direnggangkan.

4.    Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut

tanpa menggetarkan pita suara.

5.    Udara yang tersekat oleh hadapan lidah di

lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan.

6.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit

keras gusi tidak bersuara [č].

3.    Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras

gusi bersuara [Ĵ]

Contoh perkataan:

Huruf Awal Tengah Akhir

Konsonan [č] Cara Laci Koc

Konsonan [Ĵ] Jala Kanji Kolej

(f)   Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:

(a)  Hadapan lidah dinaikan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari paru-

paru ke rongga hidung.

(c)  Pita suara di renggangkan.

(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara

(e)  Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi

tidak bersuara [s].

Contoh perkataan:

Awal Tengah Akhir

Silap Lasak Pedas

Satu Lesu Lemas

(f)   Konsonan getaran gusi bersuara [r]:

(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara

dari paru-paru ke rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan.

(d)  arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara

(e)  arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan getaran gusi bersuara [r] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Page 10: FONOLOGI.docx

Rapat Tiram Sabar

Rugi Seram Lebar

(f)   Konsonan gusi bersuara [I]:

(a)  Hujung lidah dikenakan pada gusi.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga hidung untuk membuat sekatan arus udara

dari paru-paru ke rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan

(d)  Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut  dengan menggetarkan pita suara

(e)  Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sisian gusi bersuara [I] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Lagu Tilam Tebal

Lipat Kelam Kekal

(f)   Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:

(a)  Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada arus udara.

(g)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga

hidung.

(h)  Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.

(i)    Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.

(j)    Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau dua bibir bersuara [m] seperti pada perkataan yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Macam Teman Ketam

Murah Lumba Badam

(k)  Konsonan sengau gusi bersuara [n] cara membunyikannya:

(a)  Hujung lidah dinaikkan pada gusi atau gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari paru-paru ke rongga

hidung.

(c)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung

(d)  Arus udara dilepaskan perlahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau gusi bersuara [n] seperti pada perkataan berikut:

Awal Tengah Akhir

Naga Tanah Taman

Page 11: FONOLOGI.docx

Nilam Panah Laman

(e)  Konsonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] cara membunyikannya:

(a)  Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan arus udara.

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang keluar dari paru-

paru masuk ke rongga hidung.

(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan

(d)  Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.

(e)  Arus udara yang tersekat oleh belakang lidah dan lelangit lembut dilepaskan pelahan-pelahan.

Bunyi yang yang dihasilkan ialah kosonan sengau lelangit lembut bersuara [ŋ] seperti yang berikut:

Awal Tengah Akhir

Ngilu Bingka Lalang

Ngeri Rangkap Tulang

(f)   Konsonan sengau gusi lelangit keras bersuara [ּת ]. Cara membunyikannya:

(a)  Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara

(b)  Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang terkeluar dari paru-

paru ke rongga hidung

(c)  Pita suara dirapatkan dan digetarkan

(d)  Arus udara daripada paru-paru melalui rongga mulut dan terus ke rongga hidung

(e)  Udara yang tersekat oleh depan lidah dan lelangit keras dilepaskan pelahan-lahan

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan sengau lelangit keras gusi bersuara (ּת) seperti perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Nyaris Banyak -

Nyala Senyap -

(f)    Separuh vokal dua bibir bersuara [w]:

(a)  Bibir di bundarkan.

(b)  Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.

(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara dari paru-paru ke

rongga hidung

(d)  Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut

(e)  Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal tengah

[w].

Page 12: FONOLOGI.docx

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w] seperti pada perkataan yang

berikut:

Awal Tengah Akhir

Waris Kawan Takraw

Wajar Lawan -

(g)  Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]. Cara membunyikannya:

(a)  Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.

(b)  Bibir di hamparkan.

(c)  Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paru-paru ke rongga

hidung.

(d)  Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan vokal [j].

(e)  Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [j] seperti pada perkataan

berikut:

Awal Tengah Akhir

Yakin Tayang -

Yuran Payah -

KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ tutur manusia ini

disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap satunya mempunyai

kedudukan dan fungsi yang berbeza  dalam menghasilkan bunyi bahasa. Namun demikian terdapat

unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi mempunyai peranan yang amat

penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara dan merupakan sumber tenaga utama

dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat artikulasi

manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan ada yang

bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini berkait rapat dengan

keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya,

maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika

pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak

berlaku maka yang terhasil ialah bunyi yang tidak bersuara.

Page 13: FONOLOGI.docx

RUJUKAN

Abdullah Hassan Dan Ainon Mohd (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur:

Fajar Bakti

Ahmad Kamal Muhammad (1992). Kejayaan Komunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana.

Ia merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi dari penutur kepada pendengar semasa

komunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini dibezakan melalui kelangsingan

bunyi, kelantangan suara, dan kepanjangan. Kesemua perkataan yang terlafaz dari si penutur

mempunyai objektif komunikasi yang tersendiri. Namun, norma-norma maknanya hanya akan

ditentukan oleh masyarakat yang mendengar dan mengalami situasi tersebut. Penyataan ini

diperkukuh dengan memetik kata-kata sarjana terkenal Couper-Kuhlen (1986:116)

“Perihal bunyi itu bukanlah apa yang diucapkan tetapi adalah bagaimana bunyi itu diucapkan.”

Sebagai contoh lafaz bunyi em dalam bahasa Melayu kebiasaannya menunjukkan makna “Ya”

dalam perbualan akan berubah menjadi makna “Tidak” apabila perkataan tersebut dilafazkan

dengan intonasi yang panjang dalam contoh perbualan berikut:

1. em yang menunjukkan makna “Ya”

Awak yang menghabiskan makanan itu?

em..

2. em yang menunjukkan makna “Tidak”

Awakkah yang mencuri duit kutipan derma itu?

emmmmm..

Kecanggihan teknologi komputer telah membuatkan seorang Sarjana Belanda bernama

Boersma, P. dan David Weenink (1992) telah menghasilkan sebuah perisian komputer yang

diberi nama “Praat” yang dapat mengukur elemen-elemen akustik seperti frekuensi fundamental

(Fo dalam unit Hz), intensiti (dalam unit dB), dan durasi dalam unit saat. Dari sudut pendengar,

ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masing sebagai kelangsingan bunyi,

kelantangan suara dan kepanjangan. Ketiga-tiga parameter ini juga dikenal sebagai signal

akustik.

Menurut pengarang Dr Faridah binti Nazir dan Dr Hjh Maridah Binti Hj Alias (2013) dalam buku

Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, mereka menerangkan para pengkaji fonologi

Page 14: FONOLOGI.docx

menggunakan istilah-istilah teknikal ketika menjelaskan sesuatu bunyi. Antaranya ialah bunyi-

bunyi itu dibahagikan kepada bunyi-bunyi vokal, kosonan dan diftong. Bunyi-bunyi itu diberi

lambang yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. Satu unit fonetik dinamakan fon dan diberi

lambang tertentu dalam kurungan siku [o]. Satu unit bunyi fonem diberi lambang hampir sama

dengan huruf dan ditulis dalam garis miring. Contohnya /o/. /o/ ialah unit bunyi yang lebih besar

daripada fon dan mempunyai fungsi tertentu dalam sesuatu bahasa. Fonetik ini dikaji secara

berasingan. Ruang lingkup fonetik merangkumi antara lain proses pertuturan atau penghasilan

bunyi dan pengelasan.