1
Foto HOTEL NAUMI Hotel Naumi Lokasi: 41 Seah Street Harga: $260++ bagi bilik premium dan $280++ bagi bilik deluxe (promosi hujung minggu termasuk sarapan) Daya tarikan: Terletak di kawasan CBD Reka bentuk mewah Khidmat peribadi Komen BM: Reka hias Hotel Naumi ini pasti memenuhi citarasa pelanggan moden. Hotel ini kami sarankan bagi wanita yang ingin dimanja. Tingkat enam hotel ini dikhususkan untuk wanita sahaja, memberikan kaum hawa privasi yang dinginkan. Bilik-bilik di tingkat ini dihiasi dengan kertas dinding designer, permaidani indah lengkap dengan produk kulit Kiehl. Melengkapi khidmat istimewa ini ialah pembantu wanita Naumi yang sentiasa bersedia memenuhi setiap keperluan pelanggan. Laman & talian: www.naumihotel.com 6403 6000 Hotel Quincy Lokasi: 22 Mount Elizabeth Harga: $208 ++ setiap orang ($60 bagi setiap tetamu tambahan. Kadar harga boleh bertukar dan dijangka naik pada Mei dan Jun ini.) Daya tarikan: Sebuah kolam renang atas bumbung, menghadap bangunan mencakar langit di kawasan Orchard Road. Bilik-bilik wap dan sauna. Kemudahan Internet, selain dua pakaian untuk dicuci setiap hari. Bekalan “minibar” percuma dan diganti setiap hari. Komen BM: Sesuai untuk keluarga dengan anak-anak remaja yang gemar membeli-belah di sekitar kawasan Orchard Road. Bagi penggemar nasi ayam penyet, hotel butik yang baru dibuka ini berdekatan beberapa kedai nasi ayam penyet popular. Laman web & talian: www.quincy.com.sg 6738 5888 Crowne Plaza Hotel Lokasi: 75 Airport Boulevard Harga: Potongan harga 40% daripada kadar fleksibel terbaik ($260) (Termasuk sarapan untuk dua orang dan katil tambahan jika perlu. Sehingga 31 Ogos 2009) Daya tarikan: Bersebelahan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. Kemudahan Sky Train untuk ke Terminal 1 dan 2. Promosi beli-belah bebas GST di Lapangan Terbang Changi. Dekat dengan Taman East Coast, Singapore Expo dan Changi Village. Satu-satunya hotel dengan pemandangan landasan kapal terbang. Komen BM: Ayuh bersiap isikan beg dengan pakaian dan langsung ke Lapangan Terbang. Tiada lain cara lebih baik untuk membangkitkan 'feeling' sebagai pelancong daripada menginap di hotel lapangan terbang. Kalau kali ini cuti tak dapat naik kapal terbang, lihat kapal terbang berlepas dan mendarat pun jadilah. Laman web & talian: www.crowneplaza.com 6823 5300 Siloso Beach Resort Lokasi: 51 Imbiah Walk, Sentosa Harga: Promosi 3H2M Escapade daripada $300++ - $520++ (Sehingga 21 September 2009) Daya tarikan: Terletak di Pantai Siloso, lantas dekat dengan tarikan-tarikan utama di Sentosa Kolam renang lengkap dengan air-terjun setinggi 18 meter Khidmat 'butler' untuk tetamu villa Konsep hijau dan memiliki hutan mini dengan koleksi tumbuh-tumbuhan yang jarang dilihat, sesuai untuk pecinta alam. Resort ini juga menjadi tuan rumah kepada haiwan seperti merak, tupai dan pelbagai jenis burung. Laman web & talian: www.silosobeachresort.com 6722 3333 Pilihan Berita Minggu! marriedwithnokidsyet.blogspot.com Kami kini di Sentosa! Sudah tidak terkira berapa kali kami melawat pulau ini, tapi kali ini berbeza. Kali ini, saya dan J (isteri saya tu), berkunjung ke Sentosa sebagai pelan- cong. Kami sudah pun check-in di resort kami. Cantik, ada jakuzi peribadi di halaman luar. Tak sabar nak berendam malam ini, berbumbungkan bulan dan bintang. Jangan hujan sudah. Lepas check-in, tiba masanya untuk meneroka Sentosa. Bukan bercuti di Pulau Sentosa namanya jika tidak menjejakkan kaki ini ke pantai. Ada tiga pantai di Sentosa – Pantai Palawan, Pantai Tanjong dan Pantai Siloso. Pantai Palawan dikatakan mesra keluarga, lengkap dengan segala kemudahan bagi memastikan si isteri dan suami gembira, dan anak-anak pula tak kurang kegiatan untuk mengisi masa. Hmmm....confirm kita jangan pergi Pantai Palawan. Bukan saya tak suka budak-budak, tapi kalau setiap sudut atau suara budak terpekik, menangis dan terpekik lagi, takut tak boleh handle. Pantai Tanjong pula orang kata baik sebagai tempat untuk lepak atau chill. Tapi kalau nak chill, lebih baik saya balik ke resort. Chill di jakuzi peribadi. Lagi bebas. :) Jadi pantai pilihan kami ialah Pantai Siloso. Di Pantai ini, kita bukan hanya boleh chill, tapi juga menikmati kegiatan luar. J baru pandai naik basikal, jadi kita sewa basikal dan kayuh-kayuh sekeliling Sentosa. Best.... Bila sampai waktu makan tengah hari, kami rehat sekejap. Beli sandwic dari DeliFrance, sambil togok air Coke Light. J beli sandwic ikan salmon. Saya tak suka rasa salmon, jadi saya beli sandwic ayam. Tapi lepas rasa sandwic ikan salmon J, sedap pulak. Menyesal. Takpe, esok boleh beli. Selepas makan tengah hari, kami habiskan masa di pantai. Cuaca Alhamdulillah, meskipun matahari terik, namun berangin...sampaikan saya terlena. J kata saya berdengkur. Mesti dia bedek. Selalu dia dakwa saya berdeng- kur. Mengarut. Kalau ikutkan hati, saya nak lepak saja di pantai. Tapi J ajak ke Imbiah Lookout. Dengan hati yang berat, saya kata “ok, let’s go”. Kalau taknak pergi nanti takut kena siku. Tapi bila sampai ke sana, tak menye- sal. Pelbagai tarikan dan permainan menarik di Imbiah Lookout ini. Terdapat sembilan kesemuanya. Seronok! Menjelang senja, kami pulang ke resort. Mandi, berehat dan langsung ke salah sebuah kafe di tepi pantai. Suasana santai, sambil menghirup jus buah semangka, betul-betul buat mata saya mengantuk. J tenung saya semacam. Holiday pun asyik tidur je! kata dia. Alamak! Dah kena marah. Jangan rancangan nak berendam dalam jakuzi di bilik nanti dia kansel sudah.... Hadi Nota: Harga bilik tepat semasa waktu cetak. Untuk kadar terkini, sila hubungi/ lungsuri laman web hotel atau resort. Foto CROWNE PLAZA HOTEL Foto MOHD TAUFIK A KADER Foto MOHD TAUFIK A KADER Foto FAR EAST ORGANIZATION Foto RENDEZVOUS HOTEL Rendezvous Hotel Lokasi: 9 Bras Basah Road Harga: Kadar harga bilik bermula dari $180++ Daya tarikan: Sebuah kolam renang dengan reka bentuk Bali lengkap dengan jakuzi. Kaki bersenam boleh melepaskan geram di pusat kesihatan yang lengkap dengan pelbagai peralatan angkat berat. Berhampiran stesen MRT Dhoby Ghaut. Komen BM: Meskipun berdekatan kawasan bandar, namun sekitarannya tidak terlalu sibuk. Sesuai untuk keluarga yang ingin menghabiskan masa bersama sambil melawat Muzium Seni Singapura, dan ia terletak hanya beberapa stesen MRT ke kawasan bandar yang menawarkan banyak pusat membeli belah. Laman dan talian: www.rendezvoushotels.com 6336 0220 Hotel Changi Village Lokasi: 1 Netheravon Road Harga (untuk satu malam): The Perfect Urban Spa - $178 bersih. Weekend Escapade - $199 ++ Suite Sensation - 298 ++ Daya tarikan: Kolam renang atas bumbung. Pemandangan menghadap pantai Changi, sambil menyaksikan pesawat terbang naik atau mendarat di Lapangan Terbang Changi. Gimnasium, selain bilik wap dan sauna. Tempat meletak kereta percuma bagi tetamu hotel. Berdekatan dengan tempat-tempat yang menawarkan cara kehidupan desa seperti Pulau Ubin dan pantai Changi. Komen BM: Sesuai untuk keluarga yang ingin menikmati pemandangan dan udara tepi pantai. Sekiranya anda berminat ke Pulau Ubin, anda boleh menaiki bot sampan dari Terminal Ferry Changi Village. Terdapat juga tempat pejalan kaki atau boardwalk di pesisiran perairan Changi. Yang minat dengan nasi lemak Changi Village, anda hanya perlu berjalan kaki sekitar lima minit untuk menikmatinya. Laman web & talian: www.changivillage.com.sg 6379 7111 Treasure Resort Sentosa Lokasi: 23 Beach View, Sentosa Harga: Promosi 2H1M $209++ Daya tarikan: Masuk ke Sentosa percuma melalui Bas Sentosa atau Sentosa Express Naik kereta kabel percuma (sehala) untuk dua orang dari Mount Faber ke Sentosa Naik percuma bagi Sentosa Luge dan Skyride untuk dua orang Komen BM: Resort ini mengekalkan ciri-ciri bangunan kolonial zaman 1940-an. Ia juga hanya seminit daripada stesen Sentosa Light Rail yang membawa penumpang ke VivoCity dan St James power station. Laman web & talian: www.treasure-resort.com 6271 2002 Komen BM: Sesuai untuk pasangan yang mahu “melarikan diri” dari hiruk-pikuk kehidupan bandar dan menikmati hujung minggu romantis. Resort yang dibuka tiga tahun lalu ini memiliki keindahan dua dunia - alam semulajadi dan juga segala kemudahan serta keselesaan kehidupan moden. Ia dikelilingi sebuah hutan yang kaya dengan pelbagai kehidupan flora dan fauna. Elemen hutan ini digabungkan dengan reka bentuk resort. Malah, air kolam renangnya merupakan mata air daripada sebuah kolam bawah tanah. Bagi pasangan, atau mereka yang mempunyai seorang anak kecil sekalipun, BM sarankan Roof Garden Suite. Pada harga kira-kira $300 (satu malam) anda boleh berendam dalam jakuzi privet berbumbungkan langit sambil menikmati pemandangan indah pantai Silosa. Namun, resort ini bukan hanya mesra-pasangan muda. Tetapi ia juga elok sebagai percutian seisi keluarga dengan pelbagai tarikan di Sentosa hanya beberapa minit berjalan kaki. Bilik keluarga untuk lima orang juga tersedia pada kadar kira-kira $320 buat satu malam. Semasa tinjauan BM ke resort ini, kami menikmati minum petang di resort tersebut sambil ditemani sepasang tupai, yang sibuk berasmara. Seekor lagi pula asyik menguyah sekeping buah epal, tanpa menghiraukan kehadiran jurugambar BM yang memetik gambar. Si tupai pun rasa begitu tenang melakukan “kegiatan” kesukaan mereka di Silosa Beach Resort. Berita Minggu 7 19 April 2009 7 SPEKTRA makan angin

Foto RENDEZVOUS HOTEL Rendezvous Hotelsilosobeachresort.com/media/berita_minggu_0409/Berita...sandwic ikan salmon J, sedap pulak. Menyesal. Takpe, esok boleh beli. Selepas makan tengah

  • Upload
    phamanh

  • View
    231

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Foto RENDEZVOUS HOTEL Rendezvous Hotelsilosobeachresort.com/media/berita_minggu_0409/Berita...sandwic ikan salmon J, sedap pulak. Menyesal. Takpe, esok boleh beli. Selepas makan tengah

Foto HOTEL NAUMI

Hotel NaumiLokasi: 41 Seah StreetHarga: $260++ bagi bilik premium dan $280++ bagi bilik deluxe(promosi hujung minggu termasuk sarapan)Daya tarikan:★ Terletak di kawasan CBD ★ Reka bentuk mewah ★ Khidmat peribadiKomen BM:Reka hias Hotel Naumi ini pasti memenuhi citarasa pelanggan moden. Hotel ini kami sarankan bagi wanita yang ingin dimanja. Tingkat enam hotel ini dikhususkan untuk wanita sahaja, memberikan kaum hawa privasi yang dinginkan. Bilik-bilik di tingkat ini dihiasi dengan kertas dinding designer, permaidani indah lengkap dengan produk kulit Kiehl.Melengkapi khidmat istimewa ini ialah pembantu wanita Naumi yang sentiasa bersedia memenuhi setiap keperluan pelanggan.Laman & talian:www.naumihotel.com6403 6000

Hotel QuincyLokasi: 22 Mount ElizabethHarga: $208 ++ setiap orang ($60 bagi setiap tetamu tambahan. Kadar harga boleh bertukar dan dijangka naik pada Mei dan Jun ini.)Daya tarikan:★ Sebuah kolam renang atas bumbung, menghadap bangunan mencakar langit di kawasan Orchard Road.★ Bilik-bilik wap dan sauna.★ Kemudahan Internet, selain dua pakaian untuk dicuci setiap hari.★ Bekalan “minibar” percuma dan diganti setiap hari.Komen BM:Sesuai untuk keluarga dengan anak-anak remaja yang gemar membeli-belah di sekitar kawasan Orchard Road. Bagi penggemar nasi ayam penyet, hotel butik yang baru dibuka ini berdekatan beberapa kedai nasi ayam penyet popular.Laman web & talian:www.quincy.com.sg6738 5888

Crowne Plaza HotelLokasi: 75 Airport BoulevardHarga: Potongan harga 40% daripada kadar fleksibel terbaik ($260)(Termasuk sarapan untuk dua orang dan katil tambahan jika perlu. Sehingga 31 Ogos 2009)Daya tarikan:★ Bersebelahan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. Kemudahan Sky Train untuk ke Terminal 1 dan 2.★ Promosi beli-belah bebas GST di Lapangan Terbang Changi.★ Dekat dengan Taman East Coast, Singapore Expo dan Changi Village.★ Satu-satunya hotel dengan pemandangan landasan kapal terbang.Komen BM:Ayuh bersiap isikan beg dengan pakaian dan langsung ke Lapangan Terbang. Tiada lain cara lebih baik untuk membangkitkan 'feeling' sebagai pelancong daripada menginap di hotel lapangan terbang. Kalau kali ini cuti tak dapat naik kapal terbang, lihat kapal terbang berlepas dan mendarat pun jadilah.Laman web & talian:www.crowneplaza.com6823 5300

Siloso Beach ResortLokasi: 51 Imbiah Walk, SentosaHarga: Promosi 3H2M Escapade daripada $300++ - $520++(Sehingga 21 September 2009)Daya tarikan:★ Terletak di Pantai Siloso, lantas dekat dengan tarikan-tarikan utama di Sentosa★ Kolam renang lengkap dengan air-terjun setinggi 18 meter★ Khidmat 'butler' untuk tetamu villa★ Konsep hijau dan memiliki hutan mini dengan koleksi tumbuh-tumbuhan yang jarang dilihat, sesuai untuk pecinta alam.★ Resort ini juga menjadi tuan rumah kepada haiwan seperti merak, tupai dan pelbagai jenis burung.Laman web & talian: www.silosobeachresort.com6722 3333

Pilihan Berita Minggu!

marriedwithnokidsyet.blogspot.com

Kami kini di Sentosa!Sudah tidak terkira berapa kali kami

melawat pulau ini, tapi kali ini berbeza.Kali ini, saya dan J (isteri saya tu),

berkunjung ke Sentosa sebagai pelan-cong.

Kami sudah pun check-in di resort kami. Cantik, ada jakuzi peribadi di halaman luar. Tak sabar nak berendam malam ini, berbumbungkan bulan dan bintang. Jangan hujan sudah.

Lepas check-in, tiba masanya untuk meneroka Sentosa. Bukan bercuti di Pulau Sentosa namanya jika tidak menjejakkan kaki ini ke pantai.

Ada tiga pantai di Sentosa – Pantai Palawan, Pantai Tanjong dan Pantai Siloso.

Pantai Palawan dikatakan mesra keluarga, lengkap dengan segala kemudahan bagi memastikan si isteri dan suami gembira, dan anak-anak pula tak kurang kegiatan untuk mengisi masa.

Hmmm....confirm kita jangan pergi Pantai Palawan. Bukan saya tak suka budak-budak, tapi kalau setiap sudut atau suara budak terpekik, menangis dan terpekik lagi, takut tak boleh handle.

Pantai Tanjong pula orang kata baik sebagai tempat untuk lepak atau chill.

Tapi kalau nak chill, lebih baik saya balik ke resort. Chill di jakuzi peribadi. Lagi bebas. :)

Jadi pantai pilihan kami ialah Pantai Siloso. Di Pantai ini, kita bukan hanya boleh chill, tapi juga menikmati kegiatan luar. J baru pandai naik basikal, jadi kita sewa basikal dan kayuh-kayuh sekeliling Sentosa.

Best....Bila sampai waktu makan tengah hari,

kami rehat sekejap. Beli sandwic dari DeliFrance, sambil togok air Coke Light. J beli sandwic ikan salmon.

Saya tak suka rasa salmon, jadi saya beli sandwic ayam. Tapi lepas rasa sandwic ikan salmon J, sedap pulak.

Menyesal. Takpe, esok boleh beli.Selepas makan tengah hari, kami

habiskan masa di pantai. Cuaca Alhamdulillah, meskipun matahari terik, namun berangin...sampaikan saya terlena.

J kata saya berdengkur. Mesti dia bedek. Selalu dia dakwa saya berdeng-kur.

Mengarut.Kalau ikutkan hati, saya nak lepak

saja di pantai. Tapi J ajak ke Imbiah Lookout. Dengan hati yang berat, saya kata “ok, let’s go”. Kalau taknak pergi nanti takut kena siku.

Tapi bila sampai ke sana, tak menye-sal. Pelbagai tarikan dan permainan menarik di Imbiah Lookout ini. Terdapat sembilan kesemuanya.

Seronok!Menjelang senja, kami pulang ke

resort.Mandi, berehat dan langsung ke salah

sebuah kafe di tepi pantai.Suasana santai, sambil menghirup jus

buah semangka, betul-betul buat mata saya mengantuk. J tenung saya semacam. Holiday pun asyik tidur je! kata dia. Alamak! Dah kena marah. Jangan rancangan nak berendam dalam jakuzi di bilik nanti dia kansel sudah....

Hadi

Nota: Harga bilik tepat semasa waktu cetak. Untuk kadar terkini, sila hubungi/ lungsuri laman web hotel atau resort.

Foto CROWNE PLAZA HOTEL

Foto MOHD TAUFIK A KADER

Foto MOHD TAUFIK A KADER

Foto FAR EAST ORGANIZATION

Foto RENDEZVOUS HOTEL

Rendezvous HotelLokasi: 9 Bras Basah RoadHarga: Kadar harga bilik bermula dari $180++Daya tarikan:★ Sebuah kolam renang dengan reka bentuk Bali lengkap dengan jakuzi.★ Kaki bersenam boleh melepaskan geram di pusat kesihatan yang lengkap dengan pelbagai peralatan angkat berat.★ Berhampiran stesen MRT Dhoby Ghaut.Komen BM:Meskipun berdekatan kawasan bandar, namun sekitarannya tidak terlalu sibuk.Sesuai untuk keluarga yang ingin menghabiskan masa bersama sambil melawat Muzium Seni Singapura, dan ia terletak hanya beberapa stesen MRT ke kawasan bandar yang menawarkan banyak pusat membeli belah.Laman dan talian:www.rendezvoushotels.com6336 0220

Hotel Changi VillageLokasi: 1 Netheravon RoadHarga (untuk satu malam): The Perfect Urban Spa - $178 bersih.Weekend Escapade - $199 ++Suite Sensation - 298 ++Daya tarikan:★ Kolam renang atas bumbung.★ Pemandangan menghadap pantai Changi, sambil menyaksikan pesawat terbang naik atau mendarat di Lapangan Terbang Changi.★ Gimnasium, selain bilik wap dan sauna.★ Tempat meletak kereta percuma bagi tetamu hotel.★ Berdekatan dengan tempat-tempat yang menawarkan cara kehidupan desa seperti Pulau Ubin dan pantai Changi.Komen BM:Sesuai untuk keluarga yang ingin menikmati pemandangan dan udara tepi pantai.Sekiranya anda berminat ke Pulau Ubin, anda boleh menaiki bot sampan dari Terminal Ferry Changi Village. Terdapat juga tempat pejalan kaki atau boardwalk di pesisiran perairan Changi. Yang minat dengan nasi lemak Changi Village, anda hanya perlu berjalan kaki sekitar lima minit untuk menikmatinya.Laman web & talian:www.changivillage.com.sg6379 7111

Treasure Resort SentosaLokasi: 23 Beach View, SentosaHarga: Promosi 2H1M $209++Daya tarikan:★ Masuk ke Sentosa percuma melalui Bas Sentosa atau Sentosa Express★ Naik kereta kabel percuma (sehala) untuk dua orang dari Mount Faber ke Sentosa★ Naik percuma bagi Sentosa Luge dan Skyride untuk dua orangKomen BM:Resort ini mengekalkan ciri-ciri bangunan kolonial zaman 1940-an. Ia juga hanya seminit daripada stesen Sentosa Light Rail yang membawa penumpang ke VivoCity dan St James power station.Laman web & talian:www.treasure-resort.com6271 2002

Komen BM:

Sesuai untuk pasangan yang mahu “melarikan diri” dari hiruk-pikuk kehidupan bandar dan menikmati hujung minggu romantis.

Resort yang dibuka tiga tahun lalu ini memiliki keindahan dua dunia - alam semulajadi dan juga segala kemudahan serta keselesaan kehidupan moden. Ia dikelilingi sebuah hutan yang kaya dengan pelbagai kehidupan flora dan fauna. Elemen hutan ini digabungkan dengan reka bentuk resort.

Malah, air kolam renangnya merupakan mata air daripada sebuah kolam bawah tanah.

Bagi pasangan, atau mereka yang mempunyai seorang anak kecil sekalipun, BM sarankan Roof Garden Suite. Pada harga kira-kira $300 (satu malam) anda boleh berendam dalam jakuzi privet berbumbungkan langit sambil menikmati pemandangan indah pantai Silosa.

Namun, resort ini bukan hanya mesra-pasangan muda. Tetapi ia juga elok sebagai percutian seisi keluarga dengan pelbagai tarikan di Sentosa hanya beberapa minit berjalan kaki. Bilik keluarga untuk lima orang juga tersedia pada kadar kira-kira $320 buat satu malam.

Semasa tinjauan BM ke resort ini, kami menikmati minum petang di resort tersebut sambil ditemani sepasang tupai, yang sibuk berasmara. Seekor lagi pula asyik menguyah sekeping buah epal, tanpa menghiraukan kehadiran jurugambar BM yang memetik gambar. Si tupai pun rasa begitu tenang melakukan “kegiatan” kesukaan mereka di Silosa Beach Resort.

Berita Minggu 7

19 April 2009 7SPEKTRA makan angin