6
1.0 PENGENALAN Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ialah teknologi berkaitan dengan pemprosesan maklumat, dalam kata lainnya adalah berkenaan dengan penggunaan komputer, peranti komunikasi dan aplikasi perisian untuk menukar, mengawasi, memproses, menghubung dan menghasilkan maklumat. Dalam Kamus Rujukan 2006, perkataan colonialism atau kolonialisme di definisikan sebagai dasar atau amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara yang lain. Salah satu jenis kolonialisme adalah elektronik kolonialisme atau e- colonialisme . Kolonialisme juga adalah amalan perluasan kuasa dan penguasaan negara, terutamanya dengan kawalan langsung ke atas wilayah politik atau ekonomi negara lain. (Goldstein,J.S & Pevehouse,J.C, 2006) Pada masa kini, istilah imperialisme atau kolonialisme tidak lagi digunakan untuk menggambarkan sebagai penaklukan secara langsung tetapi lebih dikenali sebagai agenda tersembunyi iaitu The New Demension Of Colonialisme’ . Penjajahan bentuk baru atau Neo-kolonialismepada hari ini menggantikan kolonialisme tradisional dan berlaku melalui teknologi maklumat dan komunikasi yang berbeza dengan bentuk penjajahan pada abad lalu yang mana ia bersifat kekerasan dan paksaan. Penjajahan bentuk baru ini lebih kepada perubahan sikap, tanpa ada unsur paksaan dan kekerasan. Neo-kolonialisme ini adalah berbentuk tipu daya, perjanjian berat sebelah, tekanan ekonomi, penyaluran pengaruh fikiran, budaya dan ideologi. Dalam erti kata sebenar sebuah negara menjadi mangsa kepada bukan hanya sebuah negara tetapi banyak negara yang lebih berkuasa, kaya dan berpengaruh di dalam era globalisasi kini. Neo-kolonialisme begitu berkesan daripada penjajahan bentuk lama. 1

full (2).docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: full (2).docx

1.0 PENGENALAN

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ialah teknologi berkaitan dengan

pemprosesan maklumat, dalam kata lainnya adalah berkenaan dengan penggunaan

komputer, peranti komunikasi dan aplikasi perisian untuk menukar, mengawasi,

memproses, menghubung dan menghasilkan maklumat. Dalam Kamus Rujukan

2006, perkataan colonialism atau kolonialisme di definisikan sebagai dasar atau

amalan oleh sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara

yang lain. Salah satu jenis kolonialisme adalah elektronik kolonialisme atau ‘e-

colonialisme’. Kolonialisme juga adalah amalan perluasan kuasa dan penguasaan

negara, terutamanya dengan kawalan langsung ke atas wilayah politik atau

ekonomi negara lain. (Goldstein,J.S & Pevehouse,J.C, 2006)

Pada masa kini, istilah imperialisme atau kolonialisme tidak lagi digunakan

untuk menggambarkan sebagai penaklukan secara langsung tetapi lebih dikenali

sebagai agenda tersembunyi iaitu ‘The New Demension Of Colonialisme’.

Penjajahan bentuk baru atau Neo-kolonialismepada hari ini menggantikan

kolonialisme tradisional dan berlaku melalui teknologi maklumat dan komunikasi

yang berbeza dengan bentuk penjajahan pada abad lalu yang mana ia bersifat

kekerasan dan paksaan. Penjajahan bentuk baru ini lebih kepada perubahan sikap,

tanpa ada unsur paksaan dan kekerasan. Neo-kolonialisme ini adalah berbentuk

tipu daya, perjanjian berat sebelah, tekanan ekonomi, penyaluran pengaruh fikiran,

budaya dan ideologi. Dalam erti kata sebenar sebuah negara menjadi mangsa

kepada bukan hanya sebuah negara tetapi banyak negara yang lebih berkuasa,

kaya dan berpengaruh di dalam era globalisasi kini. Neo-kolonialisme begitu

berkesan daripada penjajahan bentuk lama.

1

Page 2: full (2).docx

2.0 Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Merupakan Senjata

Utama Barat Dalam Agenda ‘The New Demension Of Colonialisme’

2.1 Politik

Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan

penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala

maklumat. Dalam menjalankan agenda ‘The New Demension Of Colonialism’, pihak

Barat menjadikan ICT sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala

maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita

dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada

mereka dan menindas negara-negara yang tidak bersengkongkol dengan mereka

khususnya negara-negara islam.

Hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah

negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan

dominasi dunia Barat. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan

Soviet Union, Amerika Syarikat telah muncul sebagai kuasa sebuah negara kuasa

besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia

Barat dalam menjalankan agenda ‘The New Demension Of Colonialisme’. Contohnya

di Iraq pada hari ini Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama

dengan negara Rusia, United Kingdom telah campur tangan dalam politik dalaman

Iraq. Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan

antarabangsa sama ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan

lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan

diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah

kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan

ketenteraan dan militarinya. Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya

kuasa besar dunia setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet

Union.

2

Page 3: full (2).docx

2.2 Ekonomi

Dalam konteks ekonomi, ICT dilihat kepada pembukaan pasaran dan pengaliran

modal secara meluas di dalam satu pasaran tunggal. Namun yang demikian, kajian

membuktikan tentang kewujudannya dalam era globalisasi sebagai satu peluang

yang membawa kepada kolonialisme era baru yang mampu memberi kesan kepada

ekonomi. Ledakan teknologi maklumat dan ekonomi pengetahuan atau maklumat

(knowledge-driven economy) bermula dari negara-negara Barat yang kaya dan

kuat, dan dalam tata dunia yang baru New World Order di bawah pimpinan Amerika

Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Fanomena globalisasi boleh memberi peluang kepada negara maju untuk

memperluaskan penguasaan mereka ke atas negara mundur atau sedang

membangun. Teori Modern World System yang diperkenalkan oleh Immanuel

Wallenstein pada abad ke-16 membuktikan bahawa penjajahan bentuk baru wujud

dalam era globalisasi. Syarikat multinasional (MNC), institusi kewangan

antarabangsa seperti Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Tabung Kewangan

Antarabangsa dan Bank Dunia dilihat sebagai alat oleh negara yang berkuasa untuk

mengawal negara membangun. Kolonialisme era baru melalui konteks ekonomi ini

dapat diambil contoh melalui kewujudan MNCs iaitu syarikat atau perbadanan yang

beroperasi sama ada di dua ataupun lebih daripada dua buah negara asing secara

serentak melalui usaha sama, subsidiari milik penuh dan cawangan yang dikawal

oleh satu perbadanan induk.

Kebanyakkan MNCs adalah dimiliki oleh negara maju seperti Amerika

Syarikat (US) dan Kesatuan Eropah (EU) yang mana mempunyai dana yang banyak

dan kukuh dan sering mencari ruang pelaburan di negara dunia ketiga bagi

memperolehi sumber asli yang banyak dan sumber buruh yang murah bagi

meminimumkan kos dan memaksimumkan keuntungan. kebanyakkan modal dan

teknologi adalah datangnya dari MNCs telah meyebabkan negara membangun

3

Page 4: full (2).docx

bergantung kepada negara maju demi kemajuan ekonomi. Pergantungan ini

pastinya memberi impak negatif kepada negara dunia ketiga kerana segala

keputusan seperti pemilikan sepenuhnya aset, perjalanan syarikat serta

keuntungan dalam perniagaan terletak sepenuhnya kepada syarikat induk di

negara maju. Kesannya menyebabkan negara Dunia Ketiga mengikut sahaja

halatuju dan keputusan dari dari syarikat negara maju seperti Jepun dan Amerika

Syarikat. (Nurul Hasliza Mohd Razmin & et.al, 2010)

2.3 Sosial

Dari aspek sosial pula masyarakat kini terdedah kepada budaya Barat melalui ICT.

Globalisasi telah mempercepatkan hemegonisasi budaya secara global. Melalui

proses ini, masyarakat akan berpandangan bahawa budaya yang baik adalah yang

berasal dari Barat. Pelbagai program-program hiburan Barat telah menjadi ikutan

masyarakat yang menyebabkan minda masyarakat akan banyak dibentuk dengan

budaya hiburan. Pihak Barat juga menggunakan ICT sebagai alat untuk

menyebarkan elemen-elemen yang boleh meruntuhkan nilai keagmaan dalam diri

individu. Barat telah melaungkan slogan sekular yang telah membataskan agama

dan menafikan sebarang peranan yang boleh dilakukan oleh agama dalam usaha

memperbaiki, merubah dan membawa kemajuan atau tamadun.

Masyarakat yang terdedah kepada budaya Barat melalui teknologi akan

menyebabkan keruntuhan moral. Justeru, muncul gerakan-gerakan sosial yang

memperjuangkan kebebasan seks, hak pengguguran anak, kebebasan pelacur-

pelacur, perkahwinan sejenis dan hari-hari perayaan golongan “gay” yang disambut

secara besar-besaran. Secara umumnya, pihak Barat telah berjaya menjalankan

agenda ‘The New Demension Of Colonialisme’ dalam demensi sosial dengan

menggunakan ICT melalui penyerapan kepada budaya masyarakat.Contoh yang

boleh dilihat melalui budaya makan iaitu pelbagai jenis makanan Barat telah dapat

dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Spaghetti, pasta, minuman bergas

seperti Coca-Cola, Pepsi tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh

dunia.

Dalam budaya fesyen pula,anak-anak muda semakin ghairah mengikuti

segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti

Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini, Levi’s

4

Page 5: full (2).docx

menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya. Budaya Hidup juga telah

dipengaruhi dengan adanyamajlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala

barat serta dunia lakonan dan pembuatan filem mengikut cara barat. Masyarakat

dunia hari ini juga lebih terdedah kepada budaya yang menggunakan produk rokok

yang menajakan budaya hidup barat. Budaya muzik dan hiburan juga berjaya

dipengaruhi oleh Barat. Contohnya muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik

'black metal' telah mula menguasai dunia.

3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan

senjata utama Barat dalam agenda ‘The New Demension Of Colonialisme’ dan

membawa implikasi kepada perkembangan kolonialisme dalam bentuk baru yang

kebanyakannya dikuasai oleh negara maju. Dalam keadaan sedemikian, organisasi

antarabangsa, MNCs dan pertubuhan perdagangan dunia adalah menjadi tunggak

kepada penjajahan dalam bentuk baru dengan menggunakan idea pembangunan

untuk menarik minat negara dunia ketiga supaya mengikut arus yang dirangka oleh

mereka. Dengan ini, negara dunia ketiga akan terus terikat dengan perjanjian yang

telah dilaksanakan dengan harapan dapat membangunkan negara mereka tetapi

hakikatnya adalah membawa kemunduran yang lebih keatas ekonomi mereka.

Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat

pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan

modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negara-

negara tersebut terkenal sebagai ‘developed’ (maju), ‘advanced’ (terkehadapan)

atau ‘fully industrialised countries’ (negeri-negeri yang telah mencapai kemajuan

perindustrian sepenuhnya). Tetapi kemajuan dan modenisasi yang dicapai

khususnya oleh negara-negara Barat itu juga telah menghasilkan kelunturan nilai-

nilai budaya, kelonggaran nilai-nilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama. 

Malahan ia berjaya merubah bentuk pemikiran, ideologi, budaya dan berbagai

elemen luar memasuki ruang negara lain tanpa sekatan dan kawalan termasuklah

dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Justeru, masyarakat perlu menggunakan

5

Page 6: full (2).docx

kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi pada landasan yang betul untuk

mengelakkan berlakunya impak negatif kepada diri, masyarakat dan negara.

RUJUKAN DAN BIBILOGRAFI

Fathi Yakan. 2002. Api Kebangkitan Islam dan Cabaran Abad ke-21. Kuala Lumpur:

Jasmin Enterprise

Goldstein,J.S & Pevehouse,J.C. 2006. International Relation (7th Ed). Landon:

Pearson Longman

John L. Esposito. 2004. Ancaman Islam Mitos atau Realiti?. Kuala Lumpur: Institiut

Terjemahan Negara Malaysia Bhd.

Kamus Rujukan 2006

Nurul Hasliza Mohd Razmin & et.al. 2010. Globalisasi Sebagai Satu Kolonialisme

Bentuk Baru Dan Kesan Kepada Ekonomi. Kelantan: Lecturer, Faculty of

Entrepreneurship and Business Universiti Malaysia Kelantan

Pusat Pengajian Umum UKM. 2006. Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Selangor:

FULSON TRADING CO.

YADIM Sabri Mohamad Sharif. 2009. Generasi Ulul Albab Segunung Harapan

Seteguh Gagasan. Kuala Lumpur: Karisma Publications

Internet

6

Page 7: full (2).docx

Hegemoni Barat Dan Globalisasi Realiti Dan Cabaran. http://All About History Htm.

Diakses Pada 10/11/2014.

Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Bin Hassan. Mendaulatkan martabat bangsa.

http://zanas.wordpress.com/pembinaan-b angsa-dan-negara-malaysia-yang

berdaulat/keutuhan-budaya-dan-moral/. Diakses Pada 3/11/2014.

7