42
Bahasa Kanak- kanak masalah Pembelajaran Disediakan oleh : Yee Jia Hui Tenh Ching Ling Esther Tan Meng Li

G3 masalah pembelajaran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pkp 3102

Citation preview

Implikasi terhadap intervensi bahasa

Bahasa Kanak-kanak masalah PembelajaranDisediakan oleh :Yee Jia Hui Tenh Ching LingEsther Tan Meng Li

PENGENALANKanak-kanak bermasalah pembelajaran biasanya dikaitkan sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain.

Definisi kanak-kanak bermasalah pembelajaranKirk, S (1963)Kanak-kanak bermasalah pembelajaran dikategorikan sebagai kelewatan perkembangan dalam satu atau lebih daripada proses pertuturan, pembacaan, penulisan, pengiraan atau mata pelajaran sekolah lain.Kementerian Pelajaran Malaysia (1995)Kanak-kanak yang dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional sebagai mengalami kekurangan yang menganggu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia adalah:1. Sindrom Down2. Autisme Ringan 4. Terencat akal minima3. Hiperaktif (ADHD)5. Kurang upaya dalam pembelajaran6. Kurang upaya dalam pembelajaran khusus, contoh DisleksiaAspek psiko-motorKanak-kanak bermasalah pembelajaran contohnya kanak-kanak Sindrom Down biasanya kanak-kanak ini sukar berbahasa manakala kemahiran pergerakan halus dan kemahiran pergerakan umum juga lewat bertumbuh.pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai masalah sukar memberi tumpuan, mudah terganggu, terlalu aktif dan resah, tidak mengikut arahan dan sebagainya. Istilah yang sering digunakan dalam masalah ini disebut masalah kurang tumpuan hiperaktiviti (ADHD). Masalah tingkah laku ini akan mengganggu kelas dan tidak menyenangkan bagi guru, ibu bapa dan pelajar lain. Masalah tingkah laku ini juga boleh mengganggu hubungan sosial dan memberi kesan negatif terhadap penilaian kendiri pelajar.Aspek kognitifPerkembangan kognitif contohnya kanak-kanak Sindrom Down berbeza.Oleh itu, Kebolehan kognitif mereka berbeza.

Pelajar bermasalah pembelajaran kebiasaannya lemah dalam pengamatan termasuklah tumpuan, perhatian, ingatan dan pemikiran atau pengolahan. Pelajar bermasalah pembelajaran menghadapi kesukaran dalam mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan baru atau sukar mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam situasi pembelajaran.

Aspek Afektifafektif = perkembangan emosiMasalah afektif kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah pada tahap rendah dan sering menunjukkan sikap yang negatif.Masalah Bahasa Kanak-kanak Bermasalah PembelajaranPearl L. SiedenbergKelemahan bahasa merupakan salah satu daripada ciri-ciri kanak-kanak tersebut di mana mereka akan mengalami kelambatan dalam pertuturan dan sukar untuk memahami dan menggunakan bahasa percakapan.Tiga bahagian : Bentuk bahasaKandungan bahasaPenggunaan bahasaMetalinguistik Definisi : kesedaran tentang bahasa dan konsep-konsep linguistik.

Dena(1993) menyatakan ia adalah kefahaman tentang penggunaan bahasa, berfikir,bercakap tentang bahasa dan bagaimana menggunakan bahasa sebagai alat untuk menganalisis serta menggunakannya untuk bercakap tentang bahasa itu sendiri.FonologiFonologi adalah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa.Contoh : makan terdiri daripada dua suku kata (ma+kan) Lima fonem : m,a,k,a,nKanak-kanak Bermasalah Pembelajaran susah menyebut perkataan yang mempunyai fonem konsonan-vokal-konsonan

Bock dan Mercer (1985)Masalah ekspresi bahasa adalah disebabkan oleh ketidakupayaan artikulasiContoh: rabbit : wabbitYou : oo

Kajian Wiig dan Semel (1976)Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran sering keliru dengan konsonan bersuara dan tidak bersuara.Contoh : b,d,g,p,t,v,z,th

Contoh :p dengan b ; d dengan tpadang ; batangKanak-kanak Bermasalah Pembelajaran keliru untuk membunyikan perkataan yang mempunyai vokal depan a,i,dan e .

Contoh : sit, set, sat, leaveMorfologiSuatu bidang yang mengkaji struktur pembentukan kata.Melalui proses imbuhan, gandaan, akronim, penukaran, dan pemajmukan

Vogel(1983) menyatakan bahwa kelambatan kanak-kanak bermasalah pembelajaran berbahasa lebih bersifat kuantitatif daripada kualitatif.Wiig, Semel dan Crouse(1973) mendapat ramai kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran sukar untuk menggunakan hukum morfologi.

Contoh:Tambah es untuk plural : box boxesTambah s untuk bilangan ramai : boy boysTambah s untuk tunjukkan kepunyaan : Alis bagSintaksisBidang ini mengkaji ayat atau struktur ayat dan berkait rapat dengan tatabahasa

Contoh:Ahmad menendang bola. FN + FK + FNSubjek Predikat ObjekKanak-kanak bermasalah pembelajaran sukar menggunakan atau membuat ayat pasif kerana keliru dengan subjek dan predikat.

Contoh: Saya makan nasi Nasi makan sayaNasi dimakan oleh Ali.

Kandungan bahasaSemantikSemantikBidang yang mengkaji mengenai makna perkataan-perkataan.Biasanya kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran sukar memahami makna perkataan yang lebih dari satu makna.

Contoh : miss ( ketinggalan, rindu, cik)

Penggunaan BahasaPragmatikPragmatikKebolehan atau kemahiran untuk menggunakan ayat dengan betul mengikut konteks atau situasi.Woolfolk(1998) menggunakan bahasa yang betul mengikut konteks atau sesuatu situasi.Biasanya, kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran menggunakan ayat-ayat panjang dan rumit untuk memberi keterangan.Implikasi terhadap intervensi bahasaKaedah Penilaian BahasaPenilaian melalui portfolioPenilaian melalui pemerhatianPenilaian melalui kontrak pembelajaranPenilaian melalui soal jawabPenilaian melalui projekPenilaian melalui kertas kerjaPenilaian melalui portfolioPenilaian berbentuk lebih terbuka dan seimbangTugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lainProses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang dipersetujui bersama.Jenis-jenis portfolio yang boleh dibina:Portfolio kerja harianPortfolio hasil terbaikPortfolio dokumenKegunaan portfolioMembolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistikMembolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembanganMempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugasan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajarKriteria penilaianStruktur dan organisasiStrategi pengurusanVariasi isi yang sesuaiStruktur ayat dan gaya bahasaSenaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciriMengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajarSkala berkadar atau berkala boleh digunakanPenilaian melalui pemerhatianPenilaian melalui pemerhatian adalah satu proses untuk menentukan apa yang pelajar tahu bagaimana hendak melakukan sesuatu tugasan atau operasi dalam masa sebenar.Tujuan untamanya adalah untuk membekalkan data yang bersifat objektif tentang kualiti pencapaian pelajar termasuklah proses dan prosedur dalam menyiapkan tugasan dan cabaran yang dihadapi sepanjang proses tersebut.Maklumat ini boleh digunakan oleh pendidik dalam merencanakan proses dan prosedur pengajarannya. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah ketidakadilan (bias). Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada.Penilaian melalui kontrak pembelajaranKontrak pembelajaran (perjanjian pembelajaran) merupakan persetujuan atau kontrak yang dibuat antara guru dengan pelajarnya (secara individu/kumpulan) berhubung dengan tugasan yang dibuat secara bertulis.Persetujuan meliputi kriteria-kriteria yang berkaitan dengan tugasan seperti:-Bentuk akhir tugasan dihasilkanBagaimana tugasan dihasilkan (individu atau kumpulan)Tempoh menyiapkan tugasan/tarikh tugasan dihantar kepada guruKaedah penilaian dibuat (secara proses atau hasil akhirnya sahaja)Tindakan/akibat yang akan diterima oleh pihak yang gagal mematuhi kontrakPenilaian melalui projekSebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawabMemberi kebebasan kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasiMemberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjahMemotivasikan pelajar untuk belajarMemberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpinMembenarkan pelajar menentukan perananMembolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya.Kesukaran kanak-kanak BP menguasai kemahiran berbahasa dan komunikasi akan menyebabkan kanak-kanak ini sukar untuk berinteraksi dan bersosial dengan rakan sebayanya.Strategi untuk memperbaiki kemahiran ekspresi berbahasa bagi kanak-kanak BP:Komponen-komponen seperti morfem dalam sistem bahasa formal perlu diajar bersama-sama bukannya berasingan.Bahasa boleh diajar dalam setting yang berbeza dan tidak hanya dalam suasana yang seterotaip.Kemahiran berbahasa perlu diajar merentasi kurikulum (Wiig & Semel, 1984)Kemahiran pragmatik seperti menyoal dan mengambil giliran (turn taking) perlu dimasukkan dalam pengajaran (Spekman & Roth, 1984)v) Kanak-kanak tidak perlu terlalu ditekankan dengan ayat-ayat yang lengkap, cukup sekadar menjawab soalan dengan satu atau dua ayat atau perkataan (Spekman & Roth, 1984)vi) Membuat generalisasi perlu diajar agar pelajar boleh menggunakannya dalam bentuk novel.vii) Mesej yang disampaikan oleh kanak-kanak perlu diberi perhatian terlebih dahulu hanya ianya penting dalam proses komunikasi dan juga kesalahan-kesalahan sintak boleh diperbaiki (Spekman & Roth, 1984).