11
4.0 GANGGUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4.1 Pengenalan Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Sebenarnya ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai perlakuan, persepsi, dan perasaan yang pada kebiasaanya dialami oleh ramai orang dalam kehidupan harian. Kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh pakar psikologi, didapati bahawa tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam persekitaran mereka. Ini secara langsung akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya. Dalam konteks pendidikan pula, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini diberi kepada dua pecahan utama iaitu tingkah laku murid bermasalah positif dan negatif.

Gangguan P&P

Embed Size (px)

Citation preview

4.0 GANGGUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN4.1 Pengenalan Tingkah laku bermasalah boleh didefinisikan sebagai tingkah laku yang tidak normal dan terkeluar dari nilai dan norma sosial masyarakat,tidak kira di dalam kehidupan bermasyarakat atau termasuk sekolah. Sebenarnya ia bertentangan dengan tingkah laku yang lazimnya dianggap sebagai perlakuan, persepsi, dan perasaan yang pada kebiasaanya dialami oleh ramai orang dalam kehidupan harian.

Kajian dan pemerhatian yang dilakukan oleh pakar psikologi, didapati bahawa tingkah laku bermasalah ini timbul kerana kurangnya keupayaan individu dalam proses mengadaptasi atau akomodasi apabila menghadapi perubahan situasi dalam persekitaran mereka. Ini secara langsung akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi dan seterusnya mengganggu kestabilan dan keharmonian persekitarannya.

Dalam konteks pendidikan pula, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang yang boleh merosakkan kelancaran dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah. Kajian terhadap masalah murid sekolah ini diberi kepada dua pecahan utama iaitu tingkah laku murid bermasalah positif dan negatif.

Perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif dikategorikan sebagai tingkah laku bermasalah positif. Manakala tingkah laku bermasalah negatif pula sering dikaitkan dengan perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan.

4.2 Gangguan PdP daripada Murid Berkeperluan Khas (PKBP)

Murid-murid yang bermasalah tingkah laku berkeperluan khas merupakan antara individu yang memiliki kepelbagaian tingkah laku. Apabila membicarakan isu ini secara analitikal didapati guru sering menghadapi masalah untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam pengurusan tingkah laku. Secara umumnya masalah tingkah laku atau disiplin bagi murid-murid masalah pembelajaran ini mempunyai ciri-ciri tertentu yang tidak dapat dielak. Antara ciri-ciri yang ada pada murid-murid yang bermasalah tingkah laku ialah penumpuan yang singkat, memencil dan menarik diri daripada aktiviti kelas, terlalu bergantung kepada seseorang, melanggar perintah, motivasi kendiri rendah, tidak mesra dengan guru dan orang lain, gopoh dan tidak sabar, , agresif, , sentiasa mempunyai perasaan negative, memberi jawapan sesuka hati, kurang kemahiran mengawal emosi, sering resah serta kurang kepercayaan terhadap kebolehan diri dan perlakuan hiperaktif. Menurut Lianna Pizzo dan Susan M Bruce (2010), masalah tersebut secara umumnya telah dipengaruhi oleh beberapa faktor. Antara faktor yang mempengaruhi pengurusan tingkah laku dan disiplin di dalam kelas adalah seperti kedudukan tempat duduk murid yang jauh dari guru. Susun atur peralatan seperti meja, kerusi, almari memainkan peranan penting dalam mewujudkan kelas yang kondusif dan mempunyai ruang untuk murid dan guru bergerak. Di samping itu, bahan dan alat mengajar yang dipamerkan hendaklah sentiasa ditukar dari masa ke semasa. Jika perkara ini tidak dipandang serius maka murid-murid akan mengganggu guru semasa PdP dijalankan. Murid-murid tidak akan mengendahkan guru yang bertungkus-lumus mengajar. Guru hendaklah peka di dalam penyediaan bahan yang bersesuaian dengan murid-murid keperluan khas ini. Terdapat sesetengah guru menggunakan muzik latar semasa membuat aktiviti. Hal ini menyebabkan kebisingan di dalam kelas, tindakan agresif, mengada-ngada dan sebagainya. Sekiranya mempelbagaikan suasana tempat belajar iaitu di luar bilik darjah. Oleh kerana mereka mudah tertarik kepada persekitaran, mereka akan hilang tumpuan untuk belajar di luar bilik darjah dan mereka lebih banyak bermain.

4.3 Gangguan PdP daripada Murid HiperaktifMurid yang hiperaktif merupakan antara murid yang tidak dapat mengawal diri sendiri dan sentiasa melakukan sesuatu aktiviti yang akan mengganggu murid lain serta guru yang mengajar di kelas. Ibnu Syamsi (2005) dalam kajiannya turut menyatakan bahawa murid-murid hiperaktif ini boleh membahayakan dirinya sendiri dan juga murid lain jika perasaan tidak stabil. Contohnya murid hiperaktif ini akan memanjat pagar tingkap kerana emosi tidak stabil mahupun untuk menarik perhatian guru. Kemungkinan besar murid itu akan jatuh dan tercedera atau pagar itu jatuh terkena pada murid lain yang boleh menyebabkan kecederaan. Ini secara langsung akan mengganggu PdP guru serta membazirkan masa guru. Murid ini juga didapati akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dengan bertindak luar dari kawalan seperti berlari di dalam kelas, membuat bising dan menganggu murid lain.Kebiasaannya murid aliran perdana yang menjadi hiperaktif ini adalah disebabkan oleh kurang berdisiplin ketika di rumah ataupun kurang perhatian daripada ibu bapa yang sentiasa sibuk dengan tugasan kerja. Secara langsung murid ini berkemungkinan mengalami tekanan dan seterusnya memberontak ketika di sekolah. Sekiranya jumlah pergerakan sangat tinggi dan impulsive iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir mereka boleh kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.

4.4 Gangguan PdP Daripada Murid-Murid Tingkah Laku Bermasalah PositifTingkah laku bermasalah positif dalam aspek proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada perlakuan pelajar yang ingin tahu secara keterlaluan, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif turut berlaku atau di sekolah dipanggil hiperaktif positif. Walaupun secara umumnya perlakuan tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid, namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlaku. Sebagai contoh kes yang biasa berlaku di sekolah, murid X yang berperilaku ingin tahu yang keterlaluan akan menyebabkan murid X itu suka bertanya tidak putut- putus sehingga mengganggu proses penerangan sesuatu topik yang dipelajari semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku . Ia juga memberi kesan kepada murid lain yang sedang cuba memahami atau memberi fokus terhadap sesuatu topik pembelajaran dan memerlukan tumpuan serta suasana yang kondusif turut mengalami gangguan dari murid X tersebut.

Selain itu, proses pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam kelas akan mengalami ketidakseimbangan sekiranya terdapat murid-murid bertingkah laku bermasalah positif seperti cepat belajar dan pintar cerdas. Daripada pemerhatian didapati perilaku murid-murid sedemikian akan menyebabkan gangguan emosi kepada murid dalam kelas itu sendiri, dan guru juga turut akan menerima kesannya. Selain itu, murid yang bermasalah ini akan cuba untuk memperkatakan perkara yang mereka fahami dalam topik yang sedang diajar oleh guru. Hal ini menyebabkan murid-murid lain yang sama kelas kehilangan minat untuk belajar kerana berasa rendah diri melihat rakan sekelas telah mempunyai pengetahuan yang lebih dalam topik itu selain lebih berminat bertanya murid tersebut berbanding guru yang sedang mengajar.Ini secara langsung akan mengganggu pengajaran dan pembelajaran (PdP). Suppiah Nachiappan et.al (2008) turut berpendapat bahawa murid cerdik mengganggu PdP dengan berkelakuan terlalu proaktif, menyudahkan kerja-kerja cepat dan berani melawan. Di samping itu, gerak-geri pelajar yang mempunyai kelebihan positif pintar cerdas juga menyebabkan guru tidak selesa dan tidak berminat untuk mengajar. Hal ini dapat dilihat sekiranya guru tersebut kurang bijak mengawal tingkah laku murid-murid yang tidak diingini dan tidak asertif dalam mengawal mereka. Contohnya, murid yang hiperaktif positif, ini apabila diberi sesuatu tugasan yang perlu disiapkan akan mengganggu pelajar lain yang masih sedang menyiapkan tugasan yang diberi kerana dia mampu menyiapkannya dengan lebih awal. Kebanyakan mereka mengganggu dan menjawab soalan sering berlaku sehingga menganggu proses pembelajaran dan pengajaran. Murid yang menjadi pintar cerdas ini adalah murid yang mengalami masalah lembam kerana di dalam kalangan murid PKBP ini merekalah yang lebih berpengetahuan sikit, cuma kurang daya ingatan. Penyelesaiannya, guru seharusnya lebih tegas agar murid lebih menghormati , dapat mengelak daripada murid lebih aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru boleh memfokuskan murid agar tumpuan dapat diberikan murid sepenuhnya.

4.5 Gangguan PdP daripada Murid-Murid Tingkah Laku Bermasalah Negatif

Tingkah laku bermasalah negatif pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung yang berlebihan. Tingkah laku distruktif sering berlaku di kalangan murid yang berusia 10 hingga 15 tahun. Sikap agresif mereka sering ditunjukkan dalam bentuk tingkah laku merosakkan sama ada melalui sindiran atau melalui perbuatan fizikal seperti tumbuk-menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain. Tingkah laku merosakkan ini mungkin melibatkan permusuhan nyata, vandalisme dan klik. Tindakan agresif kepada pihak lawan akan ditunjukkan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau dendam. Tingkahlaku destruktif sebenarnya dipelajari sama ada melalui masyarakat, ibu bapa mahupun televisyen. Murid yang mempunyai tingkah laku desruptif pula sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tingkah laku menganggu ini juga berlaku di luar bilik darjah sama ada sesama adik beradik mahupun rakan sebaya. membuat bising iaitu tingkah laku yang mengganggu atau disruptif. Kebiasaan masalah ini wujud apabila keadaan murid keperluan khas ini tidak kondusif ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimanapun Axup & Gersch (2008) dalam kajian menyatakan bahawa kebanyakan guru hanya bertanggapan bahawa murid-murid mencabar kekuatan mereka dengan bertingkah laku disruptif. Namun ia juga berkait rapat dengan strategi pengurusan tingkah laku murid oleh guru-guru. Hal ini juga disebabkan kurangnya guru mengendalikan murid-murid tersebut seperti tidak mempelbagaikan kaedah penyampaian mengajar, guru menghadirkan diri ke mesyuarat dan meninggalkan mereka tanpa pengawasan, sikap semulajadi murid-murid keperluan khas seperti hiperaktif. Kebiasaan mereka akan hilang minat untuk mengikuti pembelajaran selepas waktu rehat atau melakukan aktiviti luar seperti pendidikan jasmani. Bagi mengatasi kebisingan di dalam kelas guru mesti memainkan peranan dengan menggunakan kaedah modelling iaitu modifikasi tingkah laku melalui ubah suai luaran. Modifikasi ini merujuk kepada peniruan melalui pemerhatian tingkah laku seorang model yang disanjung dan secara tidak langsung mengubah tingkah lakunya. Menurut Khalim Zainal (2008) bagi mengatasi masalah tingkah laku ini guru seharusnya mengabil tindakan dengan memberi tumpuan kepada murid tersebut secara individu agar murid dapat memberi perhatian. Tetapi tumpuan tersebut cuma sekejap sahaja kerana murid ini cepat bosan dan akan membuat aktivitinya sendiri. Manakala bagi murid aliran perdana guru seharusnya berbincang dengan ibu bapa murid kerana ini berkemungkinan murid mengalami masalah di rumah. Selain itu, guru seharusnya mengajar apa yang diminati oleh murid kerana sedikit sebanyak akan memberi kesan terhadap murid ketika belajar. 5.0 PENUTUPMenurut Suppiah Nachiappan et. al (2008), perbezaan individu merupakan elemen penting yang perlu diambil berat dalam bidang psikologi pembelajaran terutamanya dalam kalangan murid-murid sekolah. Perbezaan individu dalam kalangan murid dapat dikenalpasti dari pelbagai aspek seperti fizikal emosi, kecerdasan, social, budaya, personality, bahasa dan etnik. Tidak dapat dinafikan bahawa perbezaan individu telah memberi impak yang besar terhadap pengajaran dan pembelajaran. Maka guru-guru haruslah mengetahui pebagai strategi dan teknik serta perlu melaksanakannya secara konsisten. Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran juga perlu diketahui guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada setiap pelajar dan menarik kesungguhan serta usaha untuk mencipta pengalaman-pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar mampu memberi pulangan yang cukup baik kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, ia dapat meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna dan bukan hanya berorientasikan kepada peperiksaan semata-mata.

Tuntasnya, tanggungjawab seorang guru bukan sahaja mendidik dan menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi turut mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebenar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah. Hal ini kerana realitinya, kini pelajar yang wujud dalam sesebuah kelas adalah datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial. Kesemua aspek ini mempengaruhi penerimaan serta minat pelajar untuk terus belajar dan diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

RUJUKAN Axup, T., & Gersch, I. (2008). The impact of challenging student behavior upon teacherslivesin a secondary school: teachers perceptions.British Journal of

SpecialEducation,35(3),144-151.Ibnu Syamsi (2005). Management Tingkah laku Hiperaktif. Jurnal Pendidikan Khusus Vol 1 Nom 1 Juni, 2005.

Khalim Zainal (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif Teori

Tingkah Laku, Humanistik, Psikoanalitik & Tret Personaliti. Jurnal Pengajian Umum

Bil. 9. Muat turun pada 25 Mac 2015 daripada %20khalim%20ms%2043-56.pdf" http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_09_2008/artikel%204%20-

%20khalim%20ms%2043-56.pdf

Lianna Pizzo; Susan M Bruce (2010). Language and Play in Students with Multiple Disabilities and Visual Impairmen. Journal of Visual Impairment &Blindness; May 2010; 104, 5; Academic Research Librarypg. 287

Mohd Khairuddin Abdullah Et.Al (2014). Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah Dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal For Educational Thinkers) Vol. 5, Pp. 59-77, ISSN 1985-3637 (Print)Suppiah Nachiappan et.al (2008). Psikologi Pendidikan. Selangor : Oxford Fajar Sdn.Bhd