Upload
others
View
9
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TERHAD
1
GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PROSIDING KES SIVIL
MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH BAGI MAHKAMAH DI
SELURUH MALAYSIA
1. PENGENALAN
Garis Panduan ini disediakan sebagai panduan bagi pengendalian prosiding
kes sivil melalui teknologi komunikasi jarak jauh bagi Mahkamah di seluruh
Malaysia.
2. PEMAKAIAN
2.1 Garis Panduan ini adalah bagi maksud edaran dalaman sahaja dan
terpakai bagi prosiding kes sivil di semua peringkat Mahkamah di
seluruh Malaysia.
2.2 Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2021
Pengendalian Prosiding Kes Sivil Melalui Teknologi Komunikasi
Jarak Jauh Bagi Mahkamah di Seluruh Malaysia dan tatacara serta
garis panduan yang dikeluarkan oleh Badan Kehakiman berhubung
dengan pengendalian prosiding melalui teknologi komunikasi jarak
jauh yang masih terpakai hendaklah dibaca bersama Garis Panduan
ini, tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian yang sewajarnya.
2.3 Walau apa pun peruntukan yang terkandung dalam Garis Panduan
ini, Mahkamah masih boleh menggunakan budi bicara dalam
menentukan tatacara dan perkara berkaitan pengendalian prosiding
melalui teknologi komunikasi jarak jauh.
TERHAD
2
3. TAFSIRAN
Peruntukan tafsiran di bawah Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan
1 Tahun 2021 Pengendalian Prosiding Kes Sivil Melalui Teknologi
Komunikasi Jarak Jauh Bagi Mahkamah di Seluruh Malaysia adalah terpakai
bagi dan hendaklah dibaca bersama Garis Panduan ini.
4. TARIKH KUAT KUASA
Garis Panduan ini berkuat kuasa mulai 8 Januari 2021.
5. PENYEDIAAN DOKUMEN
5.1 Dokumen yang digunakan dalam prosiding sidang video ialah
dokumen yang telah diproses oleh Mahkamah secara elektronik
melalui sistem e-filing.
5.2 Rujukan kepada dokumen oleh Mahkamah dan pihak-pihak semasa
prosiding akan dibuat kepada salinan digital format PDF sesuatu
dokumen yang telah diproses oleh Mahkamah secara elektronik
melalui sistem e-filing.
5.3 Rujukan kepada dokumen dalam penyediaan hujahan bertulis dan
juga semasa penghujahan oleh pihak-pihak pada tarikh prosiding
dijalankan hendaklah dibuat mengikut aturan yang berikut:
(a) nyatakan nombor kandungan dan nama dokumen;
(b) nyatakan muka surat pada salinan digital format PDF; dan
TERHAD
3
(c) nyatakan perenggan yang dirujuk.
TATACARA PENGENDALIAN PROSIDING MELALUI TEKNOLOGI
KOMUNIKASI JARAK JAUH MENGIKUT PLATFORM E-MEL, E-REVIEW DAN
SIDANG VIDEO
6. PENGURUSAN KES
6.1 Mahkamah hendaklah menetapkan satu tarikh pengurusan kes
menerusi teknologi komunikasi jarak jauh sebelum tarikh prosiding
yang telah ditetapkan, bagi maksud persediaan pengendalian
prosiding melalui teknologi komunikasi jarak jauh.
6.2 Semasa pengurusan kes, Hakim, Timbalan Pendaftar atau Penolong
Kanan Pendaftar boleh mempertimbangkan hal keadaan kes serta
isu-isu yang berkaitan bagi mengenal pasti sama ada prosiding
adalah sesuai dijalankan melalui platform digital. Ini termasuklah—
(a) isu dan persoalan undang-undang;
(b) sama ada pihak-pihak diwakili peguam atau tidak;
(c) sama ada hal perkara kes melibatkan kepentingan awam;
(d) tempoh masa hujahan;
(e) kes-kes lain yang berkaitan yang perlu didengar bersama dan
cadangan berkenaan kaedah penghujahan;
TERHAD
4
(f) perkara-perkara berbangkit berkaitan dokumen seperti rujukan
kepada pelan dan lakaran, muka surat yang tidak jelas dan lain-
lain;
(g) pertikaian kepada ekshibit atau nota keterangan, jika ada;
(h) perkara-perkara teknikal berkenaan pengendalian sidang video;
atau
(i) jika terdapat Sijil Perakuan Segera (Certificate of Urgency) yang
difailkan oleh mana-mana peguam bagi memohon tarikh bicara
awal.
6.3 Mahkamah hendaklah memaklumkan kepada pihak-pihak yang tidak
bersetuju dan membantah untuk prosiding dijalankan melalui teknologi
komunikasi jarak jauh untuk memfailkan ke dalam sistem e-filing
permohonan secara bertulis berserta dengan alasan selewat-lewatnya
empat (4) hari sebelum tarikh pengurusan kes. Timbalan Pendaftar,
Penolong Kanan Pendaftar atau jurubahasa hendaklah merujuk
bantahan tersebut kepada Pengerusi Panel Persidangan atau Hakim
untuk arahan lanjut. Arahan daripada Pengerusi Panel Persidangan
atau Hakim hendaklah disampaikan secara bertulis atau secara lisan
kepada pihak-pihak.
6.4 Mahkamah hendaklah membuat arahan berkaitan penetapan waktu
prosiding mengikut masa berperingkat semasa pengurusan kes agar
pihak-pihak tidak perlu menunggu lama.
TERHAD
5
7. PRA-PERSIDANGAN
7.1 Platform e-mel
7.1.1 Hakim, Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar
hendaklah menghantar notis kepada pihak-pihak melalui
platform e-mel untuk memaklumkan bahawa prosiding akan
dijalankan secara e-mel.
7.1.2 Notis tersebut hendaklah mengandungi antara lain maklumat
berkaitan pegawai yang terlibat (nama dan e-mel), tarikh dan
masa prosiding menggunakan platform e-mel akan dijalankan
serta apa-apa arahan lain yang berkaitan, dan hendaklah
dikemukakan kepada pihak-pihak dalam tempoh sekurang-
kurangnya satu minggu sebelum tarikh prosiding tersebut atau
tempoh yang lebih singkat mengikut kesesuaian kes tersebut.
7.1.3 Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau
jurubahasa hendaklah memastikan agar pihak-pihak—
(a) menghantar e-mel mengaku penerimaan notis dalam
tempoh tiga hari daripada tarikh penerimaan notis
tersebut atau tempoh yang lebih singkat mengikut
kesesuaian kes tersebut; dan
(b) memberikan butiran e-mel dan nombor telefon bimbit
yang tepat.
TERHAD
6
7.1.4 Hakim, Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar
hendaklah menghantar e-mel kepada pihak-pihak untuk
memaklumkan butiran prosiding, arahan-arahan berkaitan
prosiding dan merekodkan kehadiran pihak-pihak.
7.2 Platform e-Review
7.2.1 Tatacara pengendalian prosiding kes sivil melalui teknologi
komunikasi jarak jauh menggunakan platform e-Review bagi
Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah
Tinggi Malaya, Mahkamah Sesyen, dan Mahkamah Majistret
di Semenanjung Malaysia adalah sebagaimana yang
diperuntukkan dalam apa-apa Arahan Amalan, arahan atau
garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
7.2.2 Tatacara pengendalian prosiding kes sivil melalui teknologi
komunikasi jarak jauh menggunakan platform e-Review bagi
Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah
Majistret di Sabah dan Sarawak adalah sebagaimana yang
diperuntukkan dalam apa-apa Arahan Amalan, arahan atau
garis panduan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
7.3 Platform sidang video
7.3.1 Mahkamah hendaklah menghantar notis secara e-mel atau
mengikut apa-apa kaedah yang bersesuaian kepada pihak-
pihak untuk memaklumkan bahawa prosiding akan dijalankan
menggunakan platform sidang video dalam tempoh sekurang-
kurangnya satu minggu sebelum tarikh prosiding atau tempoh
yang lebih singkat mengikut kesesuaian kes.
TERHAD
7
7.3.2 Notis tersebut hendaklah mengandungi—
(a) tarikh dan masa prosiding menerusi platform sidang video
akan dijalankan;
(b) tarikh dan masa sesi percubaan, jika perlu;
(c) jenis platform sidang video; dan
(d) nama Hakim, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan
Pendaftar, Penolong Pendaftar, jurubahasa atau
kakitangan yang boleh dihubungi jika terdapat masalah
teknikal.
7.3.3 Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau
jurubahasa hendaklah memastikan perkara-perkara yang
berikut:
(a) pihak-pihak mengaku penerimaan notis dalam tempoh
tiga hari daripada tarikh penerimaan notis tersebut atau
tempoh yang lebih singkat mengikut kesesuaian kes
tersebut dan menyatakan butiran e-mel dan nombor
telefon bimbit yang tepat;
(b) bagi mengelakkan kekeliruan dan memastikan
kelancaran prosiding, pihak-pihak hendaklah membalas
e-mel menggunakan aliran (thread) e-mel yang
pertama, yang mengandungi notis yang telah dihantar
kepada pihak-pihak oleh Timbalan Pendaftar atau
TERHAD
8
Penolong Kanan Pendaftar dan setiap e-mel hendaklah
disalinkan kepada semua pihak; dan
(c) pihak-pihak mematuhi jadual penetapan waktu
prosiding mengikut masa berperingkat yang telah
ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar atau Penolong
Kanan Pendaftar.
7.4 Sesi Percubaan
7.4.1 Semasa sesi percubaan, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan
Pendaftar atau jurubahasa hendaklah memastikan perkara-
perkara yang berikut dipatuhi:
(a) peguam yang telah diberi notis makluman mengenai sesi
ujian perlu menghadiri sendiri sesi ujian tersebut dan
boleh membawa wakil tambahan semasa sesi ujian
tersebut;
(b) lokasi sesi percubaan hendaklah dijalankan di lokasi yang
sama di mana pihak-pihak akan menjalankan prosiding
sebenar; dan
(c) sesi ujian tersebut hanya merujuk kepada persiapan
teknikal sahaja dan kehadiran pihak-pihak boleh
direkodkan.
7.4.2 Ujian percubaan tidak harus dijadikan sebagai satu ketetapan
yang perlu dipatuhi dalam kesemua kes yang ditetapkan untuk
dijalankan menggunakan platform sidang video. Dalam hal ini,
TERHAD
9
Mahkamah mempunyai budi bicara untuk menentukan
keperluan mengadakan ujian percubaan tersebut.
7.4.3 Bagi Panel Persidangan atau Hakim, sekiranya wujud
keperluan untuk mengadakan suatu sesi percubaan sidang
video, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau
jurubahasa akan mengadakan sesi tersebut sebelum tarikh
prosiding.
7.4.4 Sekiranya semasa sesi percubaan sidang video tersebut
terdapat masalah teknikal di pihak peguam yang
menyebabkan sidang video tidak dapat dijalankan, Mahkamah
hendaklah membuat arahan berkaitan kaedah prosiding yang
akan dijalankan.
8. SEMASA PERSIDANGAN
8.4 Platform E-mel
8.4.1 Semasa hari persidangan, maklum balas pihak-pihak akan
dihantar melalui rantaian e-mel (email thread) kepada Hakim,
Timbalan Pendaftar atau Penolong Kanan Pendaftar yang
mengendalikan prosiding tersebut, mengikut tempoh masa
yang diarahkan oleh Hakim, Timbalan Pendaftar atau
Penolong Kanan Pendaftar.
8.5 Platform Sidang Video
A. Sebelum Hari Persidangan
TERHAD
10
8.5.1 Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau
jurubahasa yang bertugas hendaklah menghantar pautan
(link) untuk sidang video kepada pihak-pihak selewat-lewatnya
tiga hari sebelum hari prosiding atau apa-apa tempoh yang
ditentukan oleh Mahkamah.
B. Hari Persidangan : Sebelum Persidangan Bermula
8.5.2 Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau
jurubahasa yang bertugas hendaklah—
(a) memastikan talian internet yang digunakan adalah
stabil dengan kapasiti rangkaian yang sesuai;
(b) menyediakan saluran komunikasi yang bersesuaian
antara Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar
atau jurubahasa dengan pihak-pihak yang terlibat
dalam prosiding bagi tujuan menangani masalah
teknikal yang mungkin berlaku ketika prosiding
berlangsung;
(c) berada di bilik atau ruang kerja yang bebas daripada
sebarang gangguan bising dengan pencahayaan yang
terang semasa sidang video;
(d) menjemput pihak-pihak untuk log masuk dan menyertai
sidang video selewat-lewatnya tiga puluh (30) minit
sebelum prosiding dijalankan atau mengikut apa-apa
tempoh yang dirasakan sesuai bagi tujuan
memudahkan pasukan teknikal menguji kualiti audio
TERHAD
11
dan video serta kecekapan rangkaian masing-masing
semasa sesi sidang video tersebut;
(e) memaklumkan pihak-pihak untuk mematuhi etika
kepeguaman serta decorum Mahkamah pada setiap
masa;
(f) memaklumkan pihak-pihak supaya memastikan
fungsian mikrofon hanya dibuka semasa sesi
memperkenalkan diri, berhujah, mengemukakan
bantahan atau apabila menjawab pertanyaan daripada
Panel Persidangan atau Hakim sahaja;
(g) memaklumkan pihak-pihak untuk menukar nama ID
dalam sesi sidang video kepada nombor kes dan nama
pihak yang diwakili bagi memudahkan urusan Timbalan
Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau jurubahasa
yang bertugas untuk menjemput pihak-pihak bagi
mengendalikan perkongsian dokumen semasa
berhujah. Sebagai contoh:
(i) 02(f)-8-02/2020 (Perayu);
(ii) 08(f)-423-06/2019 (Pemohon); dan
(iii) 08(f)-88-04/2019 (Responden).
(h) memastikan Panel Persidangan atau Hakim log masuk
ke dalam sidang video sekurang-kurangnya sepuluh
minit sebelum prosiding bermula;
TERHAD
12
(i) memastikan Panel Persidangan atau Hakim perlu
berada di bilik atau ruang kerja yang bebas daripada
sebarang gangguan bising dengan pencahayaan yang
terang semasa sidang video berjalan; dan
(j) mendapatkan arahan daripada Pengerusi Panel
Persidangan atau Hakim sama ada Panel Persidangan
atau Hakim telah bersedia untuk memulakan prosiding;
C. Hari Persidangan : Semasa Persidangan
8.5.3 Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau
jurubahasa yang bertugas hendaklah—
(a) menjemput Panel Persidangan atau Hakim untuk
menyertai sidang video apabila semua pihak telah
bersedia;
(b) mengesahkan senarai kehadiran pihak-pihak dan
memaklumkan kepada Panel Persidangan atau Hakim;
(c) memulakan prosiding dengan memperkenalkan koram
Panel Persidangan atau Hakim kepada pihak-pihak;
(d) memastikan supaya fungsian mikrofon pihak-pihak
hanya dibuka semasa sesi memperkenalkan diri,
berhujah, mengemukakan bantahan atau apabila
menjawab pertanyaan daripada Panel Persidangan
atau Hakim sahaja. Fungsian mikrofon hendaklah
TERHAD
13
ditutup bagi peranti lain yang tidak digunakan untuk
berhujah;
(e) memastikan sekiranya satu pihak menggunakan lebih
daripada satu peranti bagi tujuan persidangan, pihak-
pihak hendaklah memastikan fungsian video hanya
dibuka pada peranti yang akan digunakan oleh peguam
yang berhujah; dan
(f) memastikan bahawa jika pihak-pihak menggunakan
peralatan kamera web, kamera tersebut hendaklah
dipastikan sentiasa fokus kepada peguam yang sedang
berhujah.
D. Hari Persidangan : Menangguhkan Sebentar Persidangan
8.5.4 Jika Pengerusi Panel Persidangan atau Hakim membenarkan
permohonan Peguam untuk menangguhkan sebentar
prosiding, Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar
atau jurubahasa hendaklah mengaktifkan atau menekan
butang “pause” bagi membolehkan prosiding tersebut
ditangguhkan sebentar.
8.5.5 Setelah pihak-pihak bersedia untuk menyambung prosiding,
Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau
jurubahasa hendaklah memaklumkan kepada Pengerusi
Panel Persidangan atau Hakim untuk mendapatkan arahan
bagi meneruskan prosiding.
TERHAD
14
8.5.6 Bagi prosiding yang dibuat secara tayangan langsung—
(a) sebelum Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan
Pendaftar atau jurubahasa memanggil kes untuk
sesuatu prosiding, Timbalan Pendaftar, Penolong
Kanan Pendaftar atau jurubahasa hendaklah memberi
isyarat memaklumkan pasukan teknikal terlebih dahulu
bagi tujuan memulakan tayangan langsung;
(b) sekiranya prosiding ditangguhkan sebentar, Timbalan
Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau jurubahasa
hendaklah memaklumkan kepada pasukan teknikal
untuk menghentikan tayangan langsung dan memuat
naik crawler tangguh sebentar; dan
(c) sekiranya Panel atau Hakim telah bersedia untuk
menyambung semula prosiding, Timbalan Pendaftar,
Penolong Kanan Pendaftar atau jurubahasa hendaklah
memaklumkan kepada pasukan teknikal bagi tujuan
persediaan untuk menyambung tayangan langsung.
E. Tanggungjawab Lain
8.5.7 Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau
jurubahasa yang bertugas hendaklah merakam keseluruhan
prosiding sidang video dengan menggunakan fungsian
rakaman yang terdapat dalam perisian sidang video yang
digunakan. Rakaman tersebut hendaklah disimpan sebagai
rekod rasmi prosiding. Pihak-pihak lain tidak dibenarkan
TERHAD
15
membuat rakaman menggunakan sebarang jenis kaedah
rakaman.
8.5.8 Dari segi penggunaan dokumen semasa prosiding, Timbalan
Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau jurubahasa
hendaklah memastikan—
(a) pihak-pihak merujuk kepada salinan digital dokumen
yang telah dimuat turun melalui sistem e-filing. Pihak-
pihak tidak digalakkan untuk merujuk kepada salinan
fizikal dokumen bagi mengelakkan ketidaksamaan
rujukan dengan salinan digital;
(b) Peguam memuat turun semua dokumen, ikatan
dokumen, ikatan teras, ikatan pliding, penyata saksi,
dan sebagainya yang hendak digunakan semasa
bicara nanti daripada sistem pemfailan mahkamah;
(c) fungsi share screen diletakkan dalam mod “multiple
participants can share simultaneously”;
(d) dokumen yang ingin dirujuk oleh pihak-pihak semasa
berhujah hendaklah dipancarkan pada skrin komputer
dengan mengaktifkan fungsi “share screen”. Peguam
yang mengendalikan perkongsian dokumen hendaklah
menghentikan fungsi “share screen” apabila telah
selesai berhujah dengan memilih fungsi “stop sharing”
bagi membolehkan pihak lain berkongsi dokumen; dan
TERHAD
16
(e) rujukan kepada dokumen dalam penyediaan hujahan
bertulis oleh peguam dan semasa peguam berhujah
hendaklah dibuat mengikut aturan yang berikut:
(i) nyatakan nombor kandungan dan nama dokumen;
(ii) nyatakan muka surat pada salinan digital format
PDF; dan
(iii) nyatakan perenggan yang dirujuk.
8.5.9 Sekiranya Panel Persidangan atau mana-mana pihak
memerlukan masa untuk perbincangan, Timbalan Pendaftar,
Penolong Kanan Pendaftar atau jurubahasa yang bertugas
boleh menghentikan seketika sesi sidang video (pause) untuk
pihak-pihak dan menjemput semula pihak-pihak menyertai
sidang video selepas itu.
8.5.10 Sekiranya Panel Persidangan atau Hakim berhasrat untuk
menangguhkan sebentar (stand down) prosiding yang sedang
berjalan pada bila-bila masa, Panel Persidangan atau Hakim
hendaklah memaklumkan kepada pihak-pihak bahawa
prosiding akan ditangguhkan sebentar. Kamera dan mikrofon
Panel Persidangan atau Hakim hendaklah ditutup pada masa
tersebut.
8.5.11 Sekiranya Panel Persidangan atau Hakim telah bersedia untuk
menyambung kembali prosiding, Pengerusi Panel
Persidangan atau Hakim hendaklah memaklumkan kepada
Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau
TERHAD
17
jurubahasa bagi tujuan persediaan pihak-pihak dan untuk
pasukan teknikal menyambung persidangan video dan
tayangan langsung, sekiranya prosiding dibuat secara
tayangan langsung.
8.5.12 Sekiranya Panel Persidangan atau Hakim memutuskan untuk
menangguhkan prosiding termasuk untuk memberikan
keputusan pada hari yang lain, Pengerusi Panel Persidangan
atau Hakim hendaklah memaklumkan kepada pihak-pihak
bahawa satu tarikh lain akan ditetapkan kemudian dan sidang
video akan ditamatkan.
8.5.13 Panel persidangan atau Hakim boleh menetapkan tarikh untuk
keputusan. Tarikh keputusan boleh dimaklumkan kepada
pihak-pihak melalui e-mel, sistem e-filing, sidang video atau
mengikut mana-mana cara yang difikirkan sesuai.
F. Etika Meninggalkan Prosiding
8.5.14 Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau
jurubahasa hendaklah memastikan perkara yang berikut:
(a) bagi prosiding yang belum selesai, pihak-pihak hanya
boleh meninggalkan sidang video setelah mendapat
kebenaran daripada Panel Persidangan atau Hakim;
dan
(b) bagi prosiding yang telah selesai, pihak-pihak tidak
dibenarkan untuk meninggalkan sidang video sebelum
TERHAD
18
kesemua Panel Persidangan atau Hakim meninggalkan
sidang video (log out).
8.6 Pasca persidangan
8.6.1 Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar, atau
jurubahasa hendaklah memastikan bahawa perintah untuk
dimeterai bagi prosiding yang dijalankan secara sidang video
hendaklah menyatakan platform teknologi komunikasi jarak
jauh yang digunakan contohnya “Mahkamah Terbuka secara
sidang video”.
8.6.2 Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar, atau
jurubahasa yang bertugas hendaklah menyediakan minit
prosiding tertakluk kepada arahan lanjut Panel Persidangan
atau Hakim.
8.6.3 Semua minit prosiding dan laporan yang disediakan
hendaklah dimuat naik ke dalam sistem Case Management
System (CMS).
TATACARA PENGENDALIAN SAKSI YANG MEMBERIKAN KETERANGAN MELALUI TEKNOLOGI KOMUNIKASI JARAK JAUH
9. Tatacara Sebelum Memberikan Keterangan
9.1 Bagi memastikan proses memberikan keterangan oleh saksi berjalan
dengan lancar, Mahkamah hendaklah melakukan perkara-perkara
yang berikut:
TERHAD
19
(a) memastikan saksi menyertai sidang video selewat-lewatnya
tiga puluh (30) minit sebelum prosiding dijalankan atau
mengikut apa-apa tempoh yang dirasakan sesuai bagi tujuan
memudahkan pasukan teknikal menguji kualiti audio dan video
serta kecekapan rangkaian masing-masing semasa sesi
sidang video tersebut;
(b) saksi diberikan penerangan bahawa keterangan akan
diberikan melalui sidang video dan saksi berupaya untuk
mengendalikan kemudahan sidang video sepanjang sesi
sidang video berlangsung;
(c) pautan sidang video akan diberikan melalui e-mel bagi
membolehkan saksi untuk menyertai prosiding dan saksi
adalah dilarang untuk berkongsi pautan ini dengan mana-
mana orang lain;
(d) mengingatkan saksi mengenai tanggungjawab saksi untuk
bercakap jujur semasa memberikan keterangan melalui
teknologi komunikasi jarak jauh dan saksi mempunyai peranan
yang sama sebagaimana memberikan keterangan secara
fizikal di hadapan Hakim di Mahkamah terbuka;
(e) menerangkan kepada saksi bahawa apabila saksi mula
memberikan keterangan, saksi tidak dibenarkan untuk
bercakap atau berkomunikasi dengan mana-mana orang
mengenai kes tersebut sehinggalah saksi selesai memberikan
semua keterangan;
TERHAD
20
(f) menerangkan kepada saksi bahawa sekiranya pada bila-bila
masa saksi tidak berupaya untuk mendengar atau melihat
dengan jelas apa-apa dokumen atau maklumat yang
dikemukakan melalui platform digital, saksi hendaklah
memberitahu Mahkamah dengan segera;
(g) bertanya kepada saksi siapakah yang berada bersama saksi
di lokasi saksi memberi keterangan dan akan mengarahkan
saksi untuk memperkenalkan dirinya dan sesiapa yang berada
bersamanya;
(h) memastikan dan mengesahkan bahawa saksi berada di lokasi
di mana saksi telah diarahkan untuk memberikan keterangan;
(i) mengingatkan saksi mengenai keperluan untuk berada dalam
posisi yang boleh dilihat sepanjang memberi keterangan
melalui teknologi komunikasi jarak jauh;
(j) menerangkan kepada saksi mengenai kaedah mengangkat
sumpah sebelum memberikan keterangan, kaedah memberi
keterangan, dan pengendalian pemeriksaan utama
(examination-in-chief), pemeriksaan balas (cross-
examination), dan pemeriksaan semula (re-examination);
(k) bagi saksi yang tidak diwakili oleh peguam, Mahkamah boleh
memberikan apa-apa arahan secara terus kepada saksi; dan
(l) bagi saksi yang memberikan keterangan dalam bahasa asing,
Mahkamah perlu memastikan bahasa yang akan digunakan
oleh saksi sewaktu memberi keterangan.
TERHAD
21
10. Tatacara semasa memberikan keterangan
10.1 Mahkamah hendaklah memastikan—
(a) saksi membuat akuan sumpah sebelum memberikan
keterangan. Sekiranya saksi tidak boleh membaca,
Mahkamah hendaklah membantu saksi membuat akuan
sumpah;
(b) saksi telah diberikan teks akuan sumpah lebih awal untuk
dibacakan sebelum mula memberikan keterangan;
(c) saksi menunjukkan teks akuan sumpah melalui fungsi
“share screen”;
(d) saksi tidak dibantu oleh pihak ketiga ketika saksi
memberikan keterangan melainkan jika dengan kebenaran
Mahkamah atas sebab-sebab tertentu sebagai contoh untuk
perkara-perkara teknikal atau saksi yang tergolong dalam
kategori orang kelainan upaya yang memerlukan bantuan
khusus seperti bantuan bahasa isyarat, dan sebagainya;
(e) tidak ada dalam milikan saksi apa-apa bahan atau dokumen
rujukan yang boleh memprejudiskan mana-mana pihak atau
menjejaskan perbicaraan yang adil; dan
(f) talian komunikasi berfungsi dengan baik sepanjang masa
supaya boleh dihubungi oleh Mahkamah semasa prosiding
berlangsung.
TERHAD
22
7.5 Sekiranya peguam membantah soalan yang ditanya kepada saksi,
peguam tersebut hendaklah menyatakan bantahan itu dengan
mengangkat tangan dan menunggu kebenaran Mahkamah sebelum
menyatakan secara lisan bantahan itu. Sekiranya berlaku gangguan
kepada rangkaian internet dan menghalang peguam daripada
membuat bantahan terhadap soalan yang ditanya kepada saksi
sebelum saksi menjawab soalan tersebut, peguam hendaklah
membuat bantahan dengan seberapa segera yang mungkin selepas
gangguan itu tamat. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah
hendaklah menimbangkan bantahan itu dan membuat keputusan
berkenaan bantahan tersebut.
11. Pembatalan Pengambilan Keterangan Melalui Teknologi Komunikasi
Jarak Jauh
11.1 Apabila Mahkamah membatalkan sesi pengambilan keterangan
melalui teknologi komunikasi jarak jauh, satu tarikh perbicaraan secara
fizikal hendaklah ditetapkan dan Mahkamah hendaklah memaklumkan
pihak-pihak mengenai tarikh berkenaan sebelum menamatkan sesi
sidang video.
12. KEPERLUAN TEKNIKAL BAGI PENGENDALIAN SECARA SIDANG VIDEO
12.1 Mahkamah hendaklah memastikan bahawa setiap pengguna perlu
menyediakan keperluan minimum perkakasan, perisian dan capaian
Internet yang dinyatakan di bawah terlebih dahulu sebelum memulakan
sesuatu sidang video bagi menjamin pengendalian prosiding secara
sidang video lancar tanpa gangguan.
TERHAD
23
Keperluan minimum perkakasan untuk sidang video
12.2 Berikut adalah keperluan spesifikasi minimum PC/Notebook untuk
sidang video dengan perisian Zoom Pro atau Zoom for Business atau
apa-apa perisian sidang video yang akan ditentukan oleh Mahkamah.
12.3 Tatacara penggunaan perisian sidang video yang lain yang akan
ditentukan oleh Mahkamah adalah sebagaimana manual perisian
berkenaan.
12.4 Keperluan sistem untuk sidang video
(a) Rangkaian Internet – Broadband wired or wireless (3G / 4G / LTE
/ 5G);
(b) Speakers and a microphone – built-in, USB plug-in, or wireless
Bluetooth; dan
(c) Webcam or HD Webcam – built-in or USB plug-in.
12.5 Windows Desktop
(a) Perisian Zoom for Windows di Windows Desktop;
(b) Muat turun daripada https://zoom.us/support/download;
(c) Windows 10 Home, Pro or Enterprise;
(d) Windows 8.1, Windows 8, Windows 7;
(e) Sekurang-kurangnya kekuatan CPU Intel i3 dengan 1GHz
processor; dan
(f) Sekurang-kurangnya kapasiti 4 GB RAM;
ATAU
https://zoom.us/support/download
TERHAD
24
12.6 Zoom Web Client
(a) Internet Explorer 10 atau yang lebih tinggi or higher;
(b) Microsoft Edge atau Chromium Edge 80 yang terkini;
(c) Google Chrome 5.3.0.2785 atau yang lebih tinggi or higher;
(d) Safari 10.0.602.1.50 atau yang lebih tinggi;
(e) Firefox 76 atau yang lebih tinggi;
(f) Sekurang-kurangnya kekuatan CPU Intel i3 dengan Dual Core
2GHz processor; dan
(g) Sekurang-kurangnya kapasiti 4 GB RAM;
ATAU
12.7 Untuk platform selain Windows (contoh seperti perkakasan
Macbook), spesifikasi minimum dan perisian Zoom boleh dimuat
turun daripada url berikut: https://zoom.us/support/download
Keperluan capaian internet
12.8 Peserta yang akan menyertai sesi sidang video perlu mempunyai
rangkaian Internet sendiri seperti TM UNIFI, MaxisONE Home, Time
Broadband atau daripada pembekal perkhidmatan Internet.
12.9 Berikut adalah keperluan minimum rangkaian Internet mengikut
bilangan pengguna dalam sidang video:
Call type Minimum download
/ upload speed
Recommended
download
/ upload speed
Calling 100kbps / 100kbps 600kbps / 600kbps
TERHAD
25
Video calling /
Screen sharing
128kbps / 128kbps 1.2Mbps / 1.2Mbps
Video calling (high-
quality)
400kbps / 400kbps 1.8Mbps / 1.8Mbps
Video calling (HD) 1.2Mbps / 1.2Mbps 1.8Mbps / 1.8Mbps
Group video (3
people)
800kbps / 1Mbps 1.5Mbps / 1.5Mbps
Group video (5
people)
2Mbps / 1.2Mbps 3Mbps / 3Mbps
Group video (7+
people)
3Mbps / 2Mbps 3Mbps / 3Mbps
12.10 Speed di atas adalah bergantung kepada kapasiti langganan talian
internet peserta masing-masing.
12.11 Sekiranya semua keperluan minimum perkakasan, perisian dan
rangkaian telah disediakan, maka sidang video dengan perisian
Zoom boleh dilaksanakan dengan mudah.
12.12 Setiap pihak dalam sidang video perlu mematuhi etika sidang video
seperti yang berikut:
(a) bilik sesi sidang video mestilah dilengkapi dengan cahaya yang
terang dan tiada gangguan bising;
(b) memastikan PC / Notebook / Peranti Tablet yang digunakan
semasa sesi sidang video mempunyai punca kuasa yang
mencukupi;
TERHAD
26
(c) talian dan capaian Internet mestilah mencukupi dan tiada
gangguan sepanjang tempoh sidang video;
(d) memastikan kamera web dan mikrofon di komputer masing-
masing dan Internet berfungsi dengan baik;
(e) perisian sidang video seperti Zoom for Business telah dimuat
turun dan tersedia dalam komputer masing-masing dan
pengguna telah mendaftar sebagai pengguna sidang video;
(f) sekiranya terdapat sebarang gangguan kepada paparan video
atau audio atau gangguan Internet, pihak-pihak hendaklah
segera memaklumkan kepada Timbalan Pendaftar, Penolong
Kanan Pendaftar atau jurubahasa. Kemungkinan sidang video
perlu ditangguhkan sebentar atau ditetapkan semula pada tarikh
lain sekiranya gangguan teknikal tersebut tidak dapat diatasi;
dan
(g) tatacara penggunaan dan langkah-langkah penggunaan boleh
dirujuk melalui pautan https://support.zoom.us/hc/en-us atau klik
pada ikon aplikasi Zoom for Desktop yang telah diinstall dalam
PC/Notebook.
13. KHIDMAT SOKONGAN
13.1 Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pengendalian prosiding kes
sivil melalui teknologi komunikasi jarak jauh boleh dimajukan kepada
Hakim Mahkamah Sesyen, Timbalan Pendaftar, Majistret, Penolong
https://support.zoom.us/hc/en-us
TERHAD
27
Kanan Pendaftar atau jurubahasa yang mengendalikan kes di
Mahkamah yang berkenaan.
13.2 Untuk bantuan sokongan teknikal, pihak-pihak boleh menghubungi
Bahagian Teknologi Maklumat, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah
Persekutuan Malaysia di talian 03-88803908 atau emel kepada
14. SENARAI PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI
(a) Mahkamah Persekutuan Malaysia
Puan Nurul Husna binti Awang
Timbalan Kanan Pendaftar
Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan
03-88803947 / 019-4157376/ [email protected]
(b) Mahkamah Rayuan Malaysia
Puan Norliza binti Othman
Pendaftar Mahkamah Rayuan
03-88804045 /012-2367976 / [email protected]
(c) Mahkamah Tinggi Malaya
Puan Hasbi binti Hasan
Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
03-88803702 / 012-2098648 / [email protected]
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]:[email protected]
TERHAD
28
(d) Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak
Puan Amelati Parnell
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak
088-286100 / 019-8195908 / [email protected]
(e) Mahkamah Rendah Malaya
Tuan M. Bakri bin Abd Majid
Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya
03-88809418 / 019-9851333 / [email protected]
(f) Mahkamah Rendah Sabah & Sarawak
Tuan Jason Juga
Pendaftar Mahkamah Rendah Sabah & Sarawak
083-442228 (samb. 136)/019-8346554/ [email protected]
mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]