11
Gender And The Global (Valentine M. Moghadam) Objektif Menunjukkan bagaimana perspektif jantina untuk kita fahami dalam ekonomi global dan bagaimana lelaki dan wanita terlibat dan pengaruhnya terhadap ekonomi global.Untuk jantina Moghadam menyatakan bahawa hubungan tidak bersementri sosial antara lelaki dan wanita bedasarkan kepada perbezaan persefahaman jantina,ideologi mengenai peranan masing-masing,hak,nilai sebagai pekerja,pemilikan,rakyat dan keluarga. Manakala untuk ekonomi pula,peningkatan dalam kesepaduan dan kebergantungan kepada sistem aliran modal buruh merentasi wilayah,antara negeri dan institusi kewangan antarabangsa yang berbentuk pelaburan modal,perpindahan teknologi,pertukaran matawang dan peningkatan kadar pertukaran begitu juga dengan kepelbagaian bentuk pembangunan buruh. Ekonomi Global : Penyusunan Semula Ekonomi dan Global

Gender and the Global

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Woman

Citation preview

Page 1: Gender and the Global

Gender And The Global (Valentine M. Moghadam)

Objektif

Menunjukkan bagaimana perspektif jantina untuk kita fahami dalam ekonomi global dan

bagaimana lelaki dan wanita terlibat dan pengaruhnya terhadap ekonomi global.Untuk jantina

Moghadam menyatakan bahawa hubungan tidak bersementri sosial antara lelaki dan wanita

bedasarkan kepada perbezaan persefahaman jantina,ideologi mengenai peranan masing-

masing,hak,nilai sebagai pekerja,pemilikan,rakyat dan keluarga. Manakala untuk ekonomi

pula,peningkatan dalam kesepaduan dan kebergantungan kepada sistem aliran modal buruh

merentasi wilayah,antara negeri dan institusi kewangan antarabangsa yang berbentuk pelaburan

modal,perpindahan teknologi,pertukaran matawang dan peningkatan kadar pertukaran begitu

juga dengan kepelbagaian bentuk pembangunan buruh.

Ekonomi Global : Penyusunan Semula Ekonomi dan Global

Ekonomi global mendapatkan mata wang kerana berlakunya peningkatan kesepaduan

dalam proses pengeluaran dan pertukaran dan kepantasan transaksi kewangan yang berlaku

merentasi sempadan dan wilayah.Perkara ini terjadi disebabkan oleh kemajuan yang dicapai

dalam teknologi maklumat dan dalam pengankutan.Ini dikembangkan dengan pelaburan dan

perlindungan dalam kawasan perdagangan melalui perjanjian Uruguay Round dan pembentukan

World Trade Organisation(WTO).

Penyusunan semula ekonomi merujuk kepada perubahan dalam organisasi pengeluaran

yang meliputi secara global,wilayah,negara atau tahap firma.Globalisasi pula merujuk kepada

Page 2: Gender and the Global

orientasi keluar dan sifat transnational aktiviti ekonomi,kepentingan persaingan negara dan

peningkatan kesepaduan pasaran yang meliputi pekerja,gaji dan harga.Dalam negara sedang

membangun penumpuan khas diberikan terhadap perahan dan export bahan mentah.Daripada

pengeluaran dalam pertanian pula kini lebih tertumpu kepada pengeluaran barangan serta

pertumbuhan sektor perkhidmatan.Pengeluaran tahap perantaraan modal barangan dan produk

penggunaan untuk pasaran setempat telahpun digantikan dengan strategi pengeluaran barangan

untuk export kepada pasaran dunia.

Negara Baru Perindustrian telah memberikan kesan kepada perubahan ekonomi agrarian

(pertanian) dan negara berpendapatan rendah kepada perindustrian,proletarianized dan negara

berpendapatan sederhana rendah.Contohnya negara Korea Selatan,Hong Kong dan

Singapura.Bermula dengan mengeluarkan barangan murah dan kualiti yang rendah tetapi

sekarang barangan telah menjadi canggih.Mereka juga melabur dalam negara sedang

membangun yang lain kerana terdapat buruh yang murah dan barangan kompetitif menarik minat

pelabur asing.Pelabur asing dan pelaburan modal domestik disumbangkan agar industri

kompetitif dapat dikembangkan.

Ditempat lain berlakunya pembangunan akan tetapi di Sub Sahara Afrika dan Timur

Tengah masih lagi terpinggir kerana rejim perdagangan yang masih lagi ketat dan terhad yang

disebabkan oleh ketidakstabilan politik atau kemunduran relatif sumber manusia.Tambahan

pula,kawasan in merana oleh kerana faedah yang dikenakan terhadap pinjaman terlalu tinggi

daripada bank komersial antarabangsa serta penurunan harga barangan komoditi dan

perbelanjaan yang besar untuk ketenteraan.Afrika mengalami penyahindustrian akibat daripada

kelemahan konflik awam.

Page 3: Gender and the Global

Kesepaduan dalam ekonomi global dianggap sebagai penyelesaian kepada krisis ekonomi

dan hanya jalan untuk pembangunan ekonomi terbuka bagi negara sedang

membangun.Menggalakkan negara untuk melaksanakan dasar-dasar pengubahsuaian struktur

polisi untuk mencapai keseimbangan bajet dan peningkatan persaingan melalui perdagangan dan

harga liberisasi.Dalam pengurangan gaji sektor awam dan menggalakkan pertumbuhan sektor

swasta,negara sedang membangun telah menswastakan pegangan negeri,perkhidmatan sosial

diswastakan,mengundang pelaburan asing dan mempromosikan export.

Dalam penyesuaian struktur para ekomonist menganggap seluruh giliran ini menjadi

bencana kepada kedaulatan negara dan untuk orang kaya raya.Pembangunan kesusasteraan

golongan feminism telah menjadi kritikal.Perubahan struktur telah menyimpang daripada

objektif kemiskinan terutamanya golongan wanita.Dalam konteks pembangunan

dunia,kesepaduan bermaksud peningkatan pelaburan asing dalam negara membangun menerusi

perjanjian bilateral dan multilateral.Pertukaran pemasangan daripada assembly-line kepada

postindustrial dan perkhidmatan ekonomi teknologi tinggi.Kesan daripada penstrukturan semula

ekonomi dirasai oleh semua kawasan terutamanya dalam tenaga kerja buruh.Peningkatan dalam

perdagangan,harga barangan import yang sentiasa bersaing dengan harga barangan domestik

telah memaksa kapitalis domestik untuk mengurangkan kos buruh.

Penstrukturan Semula,Buruh Wanita dan Ideologi Jantina

Ideologi jantina dan kaum telanpun diatur untuk membantu golongan pekerja lelaki kulit

putih dan tidak termasuk pekerja lain.Ia digunakan untuk kesepaduan dan mempergunakan kuasa

buruh wanita dan kelemahan ahli kaum dan etnik menarik minat dalam mengaut

keuntungan.Dalam persekitaran ekonomi yang terbuka dan yang berdaya saing telah

Page 4: Gender and the Global

memberikan pergantungan yang berat terhadap kerja wanita antara bergaji dan tidak bergaji.

Fenomena Buruh Feminization telah menyebabkan peningkatan terhadap bilangan buruh wanita

dalam pekerjaan.Kesan daripada ini menyebabkan wanita tidak lagi bekerja dalam bidang

domestik seperti menjaga anak dan kerja-kerja rumah.

Proletarianization

Proses wanita menjadi buruh telah mengambil tempat dalam negara-negara membangun

tertamanya di Utara dan Timur Asia,sebahagian Amerika Latin,Caribbean,Tunisia dan

Morocco.Lebih banyak wanita telah ditarik menjadi buruh intensif dan berpendapatan rendah

dalam industri textile dan jahit disamping dalam bidang elektronik dan pharmasi.Di awal zaman

pembangunan kapitalis dan pertumbuhan ekonomi ditentukan oleh penggantian buruh dan kerja

pembuatan,komersial dalam pertanian dan migrasi yang berlaku di kawasan luar bandar.Perkara

ini berlaku kerana buruh wanita yang murah.Kemudahan untuk mengambil wanita yang tidak

berkemahiran dan separa mahir untuk bekerja dalam industri buruh intensif pada gaji yang

rendah berbanding lelaki telah diterima pakai dengan syarat penyatuan ini tidak memerlukan

permit.Pengeluaran yang dilakukan oleh pekerja wanita adalah hamper dengan pengeluaran yang

dapat dilakukan oleh pekerja lelaki.Oleh itu pada zaman post-war lebih banyak wanita yang

berkerja dalam industri.

Professionalization

Proses feminization terus merosot pada tahun 1980,bukan hanya pada sektor pembuatan

malah sektor awam juga merosot.Perkara ini berlaku kerana wanita lebih memilih untuk berkerja

dalam bidang perkhidmatan seperti jururawat,cikgu,doktor dan kerani di jabatan

Page 5: Gender and the Global

pentadbiran.Peningkatan ini berlaku kerana gaji unutk sektor perkhidmatan pada ketika ini

adalah sangat tinggi disamping ia juga memberikan keuntungan yang besar dan sektor swasta

lebih memilih wanita berbanding lelaki.Proetarianization dan professionalization terhadap wanita

telah membawa masalah budaya dan konflik antara gender.Perkara ini menjadi ketara dan

melampau disebabkan oleh faktor agama dan etika pemakaian.

The Informal Sector

Peningkatan terhadap sektor tidak formal oleh wanita di negara maju walaupun wanita mula

memasukit sektor formal. Sektor tidak formal ini merupakan sektor yang berada di luar bidang

kuasa negeri dan keselamatan social. Contoh sektor tidak formal adalah perusahaan sendiri dan

kerja sendiri. Sektor formal juga banyak yang menjadi seperti sektor tidak formal kerana lebih

fleksibel dan lebih menjimatkan kos seperti sub-kontrak. Ramai wanita tidak kisah tentang risiko

dan gaji rendah dalam menyertai sektor tidak formal ini kerana asal mudah untuk mendapat

pendapatan sampingan dan boleh tunai tanggungjawab untuk jaga anak.

The Income Gap

Secara purata, wanita hanya menerima 75% daripada gaji yang diterima oleh lelaki. Jurang

pendapatan ini lebih banyak berlaku dalam sektor swasta. Contoh di Mesir gaji yang diterima

oleh wanita dalam sektor swasta adalah seperuh daripada gaji yang diterima oleh lelaki manakala

di Ecuardo, Jamaica dan Philipina pula beza gaji sebanyak 20-30% walaupun wanita itu lebih

Page 6: Gender and the Global

berpendidikan daripada lelaki. Majikan juga lebih cenderung untuk memberi kerja yang

memerlukan skill yang tinggi kepada lelaki.

Unemployment

Wanita yang tidak mendapat pekerjaan adalah lebih tinggi berbanding lelaki iaitu sebanyak 30%

berbanding lelaki sebanyak 10%. Guna tenaga wanita mempunyai peranan yang tinggi dalam

sektor eksport namun selepas kedatangan teknologi, tugas wanita secara perlahan-lahan diambil

alih oleh lelaki.

Structural Adjustment and the Feminization of Poverty: Make Gender Visible

Peningkatan kadar pengangguran dan pengurangan gaji suami membuatkan wanita berkerja

untuk menampung perbelanjaan rumah dan anak-anak. Wanita yang bekerja dapat meningkatkan

pendapatan isirumah. Di Ghana, penurunan gaji wanita di dalam sektor formal membuatkan

mereka beralih kepada sektor tidak formal. Golongan miskin juga cenderung memberhentikan

anak perempuan mereka dari sekolah untuk dijadikan sebagai buruh bagi meningkatkan

pendapatan keluarga. Selain itu, teradapat juga perkara yang memberi kesan kepada ekonomi

wanita seperti adat dan bias gender oleh majikan.

Gender Dynamics of the Global Economy: Framework Theory

Page 7: Gender and the Global

Teori framework tertumpu kepada teori sosial. Teori sistem dunia yang mana wujud intergrasi

gender disebabkan ketidaksamaan sosial, gender dan isi rumah. Kedudukan gender masih tiada

teori tetapi terdapat penjelasan mengenai heiraki gender. Contoh, perkongsian wanita dalam

tenaga kerja tingkatkan tekanan terhadap kadar kesuburan. Wanita mempunyai peluang yang

terhad dalam sektor formal. Wanita lebih cenderung dalam sektor tidak formal walaupun tiada

bayaran. Kawalan kepada kesuburan juga kurang kerana anak penting untuk menjadi buruh.

Perbezaan kesuburan ini menunjukkan perbezaan kelas wanita. Tetapi yang penting dalam

ekonomi dunia kapitalis dalam beberapa abad ini menunjukkan peningkatan wanita bekerja

sebagai buruh. Penglibatan wanita telah mengubah hubungan antara gender.