4
 Geografi ekonomi Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Perdagangan kopi ialah industri sejagat Geografi ekonomi ialah kajian lokasi, pengagihan, dan susunan ruangan tentang aktiviti- aktiviti ekonomi merentasi seluruh dunia. Isi yang diselidiki amat dipengaruhi oleh  pendekatan perkaedahan seseorang penyelidik. Ahli teori lokasi neoklasik  mengikut jejak Alfred Weber  dan cenderung menumpukan lokasi  perindustrian dan menggunakan kaedah kuantitatif . ejak dekad !"#$-an, dua tindak balas yang umum terhadap pendekatan neoklasikisme telah mengubah disiplin ini dengan ketara% &konomi politik 'ar(isme yang bercabang daripada karya David )arvey* dan +eografi ekonomi baharu yang mengambil kira faktor-faktor sosial, budaya, dan institusi dalam ekonomi ruangan. +eografi ekonomi biasa dianggap sebagai salah satu subbidang disiplin geografi. agaimanapun, pada masa kebelakangan ini, ahli-ahli ekonomi seperti Paul rugman dan effrey achs telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap sebagai sebahagian geografi ekonomi. /!0  rugman sanggup menggelar penggunaan pemikiran ruangannya pada teori  perdagangan antarabangsa sebagai 1geografi ekonomi baharu1 yang  bersaing secara langsung dengan pendekatan dalam disiplin geografi y ang dikenali sebagai 1geografi ekonomi baharu1. 2ama ekonomi kegeografian telah dicadangkan sebagai suatu alternatif untuk mengatasi masalah tersebut . /30 Disebabkan adanya berbagai-bagai pendekatan, geografi ekonomi telah merangkumi banyak isi yang berbe4a, termasuk 5senarai ini tidak lengkap6% ekonomi bentuk bandar* ekonomi etnik* ekonomi jantina* ekonomi penumpuan 5juga dikenali sebagai 1talian1 atau 1rangkaian16* gentrifikasi*

Geografi ekonomi.docx

  • Upload
    umbu

  • View
    7

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Geografi ekonomiDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perdagangan kopi ialah industri sejagatGeografi ekonomi ialah kajian lokasi, pengagihan, dan susunan ruangan tentang aktiviti-aktiviti ekonomi merentasi seluruh dunia. Isi yang diselidiki amat dipengaruhi oleh pendekatan perkaedahan seseorang penyelidik. Ahli teori lokasi neoklasik mengikut jejak Alfred Weber dan cenderung menumpukan lokasi perindustrian dan menggunakan kaedah kuantitatif. Sejak dekad 1970-an, dua tindak balas yang umum terhadap pendekatan neoklasikisme telah mengubah disiplin ini dengan ketara: Ekonomi politik Marxisme yang bercabang daripada karya David Harvey; dan Geografi ekonomi baharu yang mengambil kira faktor-faktor sosial, budaya, dan institusi dalam ekonomi ruangan.Geografi ekonomi biasa dianggap sebagai salah satu subbidang disiplin geografi. Bagaimanapun, pada masa kebelakangan ini, ahli-ahli ekonomi seperti Paul Krugman dan Jeffrey Sachs telah melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang boleh dianggap sebagai sebahagian geografi ekonomi.[1] Krugman sanggup menggelar penggunaan pemikiran ruangannya pada teori perdagangan antarabangsa sebagai "geografi ekonomi baharu" yang bersaing secara langsung dengan pendekatan dalam disiplin geografi yang dikenali sebagai "geografi ekonomi baharu". Nama ekonomi kegeografian telah dicadangkan sebagai suatu alternatif untuk mengatasi masalah tersebut.[2]Disebabkan adanya berbagai-bagai pendekatan, geografi ekonomi telah merangkumi banyak isi yang berbeza, termasuk (senarai ini tidak lengkap): ekonomi bentuk bandar; ekonomi etnik; ekonomi jantina; ekonomi penumpuan (juga dikenali sebagai "talian" atau "rangkaian"); gentrifikasi; globalisasi; harta tanah; hubungan antara alam sekitar dengan ekonomi (mengikat sejarah panjang ahli geografi mengkaji saling tindak budaya-persekitaran); lokasi industri; pengangkutan; perdagangan dan pembangunan antarabangsa; dan teori teras-pinggir;

Isi kandungan 1 Bidang kajian 2 Cabang 3 Lihat juga 4 Rujukan 5 Bacaan tambahan 6 Jurnal saintifik 7 Pautan luarBidang kajian Geografi ekonomi teori menumpukan pembinaan teori tentang susunan ruangan dan pengagihan aktiviti ekonomi. Geografi ekonomi kawasan mengkaji keadaan ekonomi kawasan-kawasan atau negara-negara di dunia. Ia juga mengkaji pewilayahan ekonomi. Geografi ekonomi kritis ialah pendekatan daripada sudut pandangan geografi kritis sezaman dan falsafahnya. Geografi ekonomi tingkah laku mengkaji proses kognitif yang mendasari taakulan ruangan, pembuatan keputusan lokasi, dan tingkah laku firma [3] dan individu.CabangDaripada segi tema, geografi ekonomi boleh dibahagikan kepada subdisiplin seperti yang berikut (tidak lengkap): Geografi Pertanian Geografi Industri Geografi Perdagangan Antarabangsa Geografi Sumber Geografi Pengangkutan dan Komunikasi.Bagaimanapun, bidang kajian yang tersebut mungkin bertindih dengan sains geografi yang lain atau dapat dianggap sebagai satu bidang yang berasingan.Lihat juga Analisis ruangan Ekonomi bandar Ekonomi luar bandar Geografi pembangunan Geografi runcit Gugusan perniagaan Model perdagangan graviti Sains kawasan Senarai topik geografi ekonomi Teori lokasiRujukan1. Gordon L. Clark, Meric S. Gertler, and Maryann P. Feldman, ed. The Oxford Handbook of Economic Geography. Oxford University Press. ISBN978-0-19-823410-4.2. Steven Brakman, Harry Garretsen, Charles van Marrewijk. An Introduction to Geographical Economics.3. Schoenberger, E. (2001): Corporate autobiographies: the narrative strategies of corporate strategists. Journal of Economic Geography 1, 277-98.4. Yeung, Henry Wai-Chung, Neil M. Coe, and Philip F. Kelly. Economic Geography: A Contemporary Introduction. Grand Rapids: Blackwell Limited, 2007.Bacaan tambahan Lloyd, P. E. - Dicken, P. (1977): Location in space - A Theoretical Approach to Economic Geography, Second Edition. Harper & Row Ltd, London. Massey, D. (1984): Spatial Divisions of Labour, Social Structures and the Structure of Production, MacMillan, London. Lee, R. - Wills, J. (1997): Geographies of Economies, Arnold, London. Dicken, P. (2003): Global Shift: Reshaping the Global Economic Map in the 21st Century, Fourth Edition. The Guilford Press. Scott, A. J. (2006) Geography and Economy. Oxford University Press.Jurnal saintifikEconomic Geography - founded and published quarterly at Clark University since 1925Journal of Economic Geography - published by Oxford University Press since 2001Zeitschrift fr Wirtschaftsgeographie - The German Journal of Economic Geography published since 1956.Tijdschrift voor economische en sociale geografie (TESG) - Published by The Royal Dutch Geographical Society (KNAG) since 1948.Pautan luar