3
Tujuan : Menentukan kesan kepekatan larutan sukrosa yang berbeza terhadap jisim dan keadaan batang kangkung Pernyata an masalah: Bagaimanakah kesan kepekatan larutan sukrosa yang berbeza terhadap jisim dan keadaan batang kangkung? Hipotesi s: Kepekatan larutan yang isotonic terhadap sap sel batang kangkung tidak member kesan terhadap jisim dan keadaan sel batang kangkung. Pemboleh ubah: a) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan: Kepekatan larutan sukrosa b) Pemboleh ubah yang bergerak balas: Jisim dan keadaan batang kangkung c) Pemboleh ubah yang dimalarkan: Isipadu larutan, masa rendaman Bahan dan Radas: Larutan sukrosa 10%, air suling, batang kangkung, gunting, spatula, bikar 250 ml, besin, penimbang elektronik Prosedur : 1) Dua buah bikar dilabelkan dengan A dan B. 2) Bikar A diisi dengan 100ml larutan sukrosa 10%, bikar B diisi dengan air suling. 3) Batang kangkung dipotong memanjang sebanyak 2 batang dengan panjangnya 6cm. 4) Jisim setiap batang kangkung diukur dengan tepat dan dicatat. 5) Setiap batang kangkung dirasa dengan jari. 6) Setiap batang kangkung dimasukkan ke dalam bikar A dan B pada masa yang sama untuk direndam selama 20 minit. 7) Selepas 20 minit, batang kangkung dikeluarkan dari bikar. 8) Setiap batang kangkung dilap kering menggunakan kertas turas. 9) Keadan batang kangkung dirasa dengan jari. 10) Jisim setiap batang kangkung diukur dan dicatat. 11) Pemerhatian dankeputusan eksperimen dicatat dalam jadual. 12) Perbezaan peratusan perbezaan jisim setiap batang kangkung dikira. Penjadua lan data: Laruta n Bik ar Keadaan Batang Kangkung Jisim batang kangkung (g) Perbeza an Jisim Peratusan Perbezaan Jisim (%) Sebelum Selep Awal Akhi

Group 1 Laporan Lengkap Eksperimen Osmosis

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh laporan peperiksaan amali SPM

Citation preview

Page 1: Group 1 Laporan Lengkap Eksperimen Osmosis

Tujuan : Menentukan kesan kepekatan larutan sukrosa yang berbeza terhadap jisim dan keadaan batang kangkung

Pernyataan masalah:

Bagaimanakah kesan kepekatan larutan sukrosa yang berbeza terhadap jisim dan keadaan batang kangkung?

Hipotesis: Kepekatan larutan yang isotonic terhadap sap sel batang kangkung tidak member kesan terhadap jisim dan keadaan sel batang kangkung.

Pemboleh ubah:

a) Pemboleh ubah yang dimanipulasikan: Kepekatan larutan sukrosa b) Pemboleh ubah yang bergerak balas: Jisim dan keadaan batang kangkungc) Pemboleh ubah yang dimalarkan: Isipadu larutan, masa rendaman

Bahan dan Radas:

Larutan sukrosa 10%, air suling, batang kangkung, gunting, spatula, bikar 250 ml, besin, penimbang elektronik

Prosedur: 1) Dua buah bikar dilabelkan dengan A dan B.2) Bikar A diisi dengan 100ml larutan sukrosa 10%, bikar B diisi dengan air suling.3) Batang kangkung dipotong memanjang sebanyak 2 batang dengan panjangnya 6cm.4) Jisim setiap batang kangkung diukur dengan tepat dan dicatat.5) Setiap batang kangkung dirasa dengan jari.6) Setiap batang kangkung dimasukkan ke dalam bikar A dan B pada masa yang sama untuk

direndam selama 20 minit.7) Selepas 20 minit, batang kangkung dikeluarkan dari bikar.8) Setiap batang kangkung dilap kering menggunakan kertas turas.9) Keadan batang kangkung dirasa dengan jari.10) Jisim setiap batang kangkung diukur dan dicatat.11) Pemerhatian dankeputusan eksperimen dicatat dalam jadual.12) Perbezaan peratusan perbezaan jisim setiap batang kangkung dikira.

Penjadualan data:

Larutan Bikar Keadaan Batang Kangkung

Jisim batang kangkung (g)

Perbezaan Jisim

Peratusan Perbezaan Jisim (%)

Sebelum Selepas Awal Akhir

Larutan sukrosa 10%

A Lembut Lembut 0.48g 0.48g 0.00g 0.00 x 100 = 0.00 %

0.48

Air suling

B Lembut Keras 0.46g 0.47g 0.01g 0.01 x 100 = 2.17 %

0.46

Page 2: Group 1 Laporan Lengkap Eksperimen Osmosis

Analisis data:

1) Selepas 20 minit, batang kangkung dalam bikar A yang mengandungi larutan sukrosa 10% kekal lembut seperti di awal eksperimen dan tiada perubahan jisim berlaku. Ini kerana pergerakan molekul air meresap keluar dan masuk dari sap sel kangkung secara osmosis adalah pada kadar yang sama. Ini adalah kerana larutan sukrosa 10% adalah isotonic terhadap sap sel batang kangkung.

2) Selepas 20 minit, batang kangkung dalam bikar B yang mengandungi air suling menjadi keras dan segah. Jisim batang kangkung meningkat sebanyak 0.01g iaitu sebanyak 2.17%. Air suling adalah hipotonik terhadap sap sel batang kangkung. Kepekatan bahan larut tinggi di dalam sap sel tumbuhan berbanding dalam air suling. Molekul air dari air suling meresap masuk ke dalam sap sel batang kangkung secara osmosis.

Kesimpulan Eksperimen:

Hipotesis diterima. Berdasarkan dapatan data, larutan sukrosa 10% adalah isotonic terhadap sap sel batang kangkung. Tiada perubahan jisim dan keadaan sel batang kangkung.

Jawapan Soalan C

(KBAT):

Jurulatih menggalakkan kepada Razi untuk mengambil minuman isotonic semasa berlangsung perlawanan badminton adalah untuk menggantikan kehilangan air dan cecair yang hilang melalui perpeluhan proses perspirasi. Minuman isotonic juga membantu mengimbangi kepekatan garam dan gula yang hilang semasa perlawanan badminton tersebut.