5
Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan guru ialah orang yang mengajar , seorang pendidik , seorang pengajar , dan juga pengasuh . Perkataan merealisasikan pula didefinisikan menjadikan kenyataan atau pun perwujudan dan aspirasi bermaksud keinginan yang kuat (untuk mencapai , mengadakan , dan lain-lain sesuatu ) cita-cita. Berdasarkan definisi di atas , apabila dikatakan guru dapat merealisasikan aspirasi negara membawa makna yang sangat besar peranan seseorang guru. Namun , persoalannya sejauh manakah peranan seorang pendidik masa kini berfungsi menjadikan kehendak keluarga , masyarakat dan negara menjadi suatu kenyataan dan apakah yang dicita-citakan oleh negara serta harapan terhadap seseorang yang bergelar guru atau pendidik. Persoalan ini sebenarnya terkandung dalam hasrat yang tersurat dan tersirat dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan aspirasi Rukun Negara, ... “ mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik ; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak ; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden...” Manakala dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah jelas dinyatakan “ Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi dan jasmani , berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan , berketerampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga , masyarakat dan negara.” Maka, dengan itu peranan seorang guru amat besar dan berat untuk mencapai aspirasi yang termaktub dalam Rukun Negara dan Falsafah 1

Guru Masa Kini Merealisasikan Aspirasi Negara

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Peranan Guru dan Aspirasi Negara

Citation preview

Page 1: Guru Masa Kini Merealisasikan Aspirasi Negara

Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan guru ialah orang yang mengajar ,

seorang pendidik , seorang pengajar , dan juga pengasuh . Perkataan merealisasikan

pula didefinisikan menjadikan kenyataan atau pun perwujudan dan aspirasi bermaksud

keinginan yang kuat (untuk mencapai , mengadakan , dan lain-lain sesuatu ) cita-cita.

Berdasarkan definisi di atas , apabila dikatakan guru dapat merealisasikan

aspirasi negara membawa makna yang sangat besar peranan seseorang guru.

Namun , persoalannya sejauh manakah peranan seorang pendidik masa kini berfungsi

menjadikan kehendak keluarga , masyarakat dan negara menjadi suatu kenyataan dan

apakah yang dicita-citakan oleh negara serta harapan terhadap seseorang yang

bergelar guru atau pendidik.

Persoalan ini sebenarnya terkandung dalam hasrat yang tersurat dan tersirat

dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berdasarkan aspirasi

Rukun Negara, ... “ mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di

kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik ; mencipta

masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama

secara adil dan saksama ; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi

kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak ; membina satu masyarakat

progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden...” Manakala dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah jelas dinyatakan “ Pendidikan di Malaysia

ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek , rohani , emosi dan jasmani , berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.

Usaha ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan ,

berketerampilan , berakhlak mulia , bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga , masyarakat dan negara.”

Maka, dengan itu peranan seorang guru amat besar dan berat untuk mencapai

aspirasi yang termaktub dalam Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Guru merupakan alat atau agen yang penting dalam mencapai cita-cita tersebut. Guru

merupakan profesion yang profesional , mereka dilatih dengan pelbagai bidang ilmu ,

dibekalkan kekuatan fizikal dan mental untuk menghadapi pelbagai situasi dalam

1

Page 2: Guru Masa Kini Merealisasikan Aspirasi Negara

mengharungi bidang pekerjaan mereka. Kejayaan dan kegemilangan pendidikan

merupakan pengukur kejayaan mereka dalam merealisasikan aspirasi negara.

Tugas dan peranan guru masa kini jauh lebih berat dan kompleks berbanding

guru pada masa dahulu akibat kepesatan dan perkembangan pendidikan negara dan

global. Ekoran reformasi pendidikan negara tugas guru bukan lagi sekadar penyampai

maklumat. Menurut Mak Soon Sang,2012 Tugas-tugas guru masa kini sekurang-

kurang mempunyai enam fungsi iaitu sebagai pembentuk nilai , sebagai agen

sosialisasi , sebagai pendidik dan pakar rujuk , sebagi mentor , sebagai pengurus dan

juga sebagai penyebar ilmu. Jelas kepada kita peranan guru amat penting dalam

merealisasikan aspirasi negara.

Guru pada masa kini juga bersifat dinamik yang sentiasa responsif dan berupaya

menyesuaikan diri untuk menghadapi perubahan-perubahan dari semasa ke semasa.

Di dalam konteks profesionalisme keguruan , guru-guru pada masa kini dikehendaki

meningkat ilmu pengetahuan melalui pelbagai program latihan yang dianjurkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Bahagian Pendidikan Guru , Jabatan

Pendidikan Negeri dan Daerah dan pelbagai agensi lain. Usaha-usaha ini adalah demi

meningkatkan ilmu pengetahuan , kemahiran pedagogi , serta meningkat nilai-nilai

positif terhadap profesion yang dipegang oleh guru.

“...berlalu sudah zaman di mana pelajar menjadi pendengar setia, tanpa banyak

benda lain yang boleh menarik tumpuan mereka daripada memberi perhatian kepada

guru dan buku. Hari ini, dengan revolusi yang dibawa oleh ICT (teknologi komunikasi

maklumat), pengajaran dan pembelajaran tidak lagi terkepung di dalam bilik darjah

semata-mata,” Rosmah Mansor,10.1.2011 dalam ucaptamanya bertajuk Kompetensi

Guru Dalam Membentuk Generasi Akang Datang di Persidangan Antarabangsa

Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke 12.

Pada masa kini guru perlu memiliki kecekapan di luar batas bidang kandungan

atau pengetahuan serta kemahiran mudah untuk membolehkan mereka memenuhi

tuntutan kontemporari dan masa depan yang kompleks. Kecekapan ini termasuk

berhubung pemikiran kritis dan kreatif , penyelesaian masalah , inovasi, kepintaran dan

keusahawanan, semangat ingin tahu serta imaginasi untuk meningkatkan keupayaan

dalam urusan pembelajaran sepanjang hayat.

2

Page 3: Guru Masa Kini Merealisasikan Aspirasi Negara

“...guru juga perlu memiliki pengetahuan dan kepakaran untuk membentuk

pengalaman pembelajaran bersifat produktif serta mampu mengenal pasti gaya

pemikiran dan pembelajaran pelajar. Oleh kerana dalam bidang pendidikan tidak wujud

pendekatan yang mampu memenuhi keperluan semua kelompok pelajar, maka

seseorang guru yang cekap perlu memahami dan mampu memenuhi keperluan

pelbagai gaya pembelajaran pelajar...”. Syed Ismail Syed Mustapa ,2012. Sesetengah

murid mampu memahami pelajaran lebih cepat daripada murid lain, manakala murid

istimewa pula mampu menyempurnakan silibus dalam masa separuh daripada tempoh

biasa yang diperlukan. Oleh itu, guru perlu memiliki kepekaan tinggi tentang kadar

penyerapan ilmu yang berbeza antara murid dan perlu memiliki kemampuan untuk

mengendalikan kelas secara interaktif, menarik dan berkesan. Ini melibatkan

penggunaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran, termasuk peralatan

teknologi komunikasi maklumat.

Generasi hari esok perlu sedar tentang isu kemasyarakatan yang bersifat global,

faham tentang integrasi ekonomi, menghargai hubung kait dan keperluan

pergantungan antara manusia, menghormati dan memelihara kepelbagaian budaya

serta memahami tentang kesan tindakan manusia terhadap alam sekitar. Rosmah

Mansor,10.11.2012. Persoalannya ialah sudahkah kita memupuk pengetahuan yang

diperlukan itu dalam diri murid-murid untuk membolehkan mereka menjadi pemimpin

dan warga yang baik serta bertanggungjawab untuk membentuk masa depan dunia?

Adakah kita mendidik mereka supaya berusaha ke arah mencapai kemajuan dalam

bidang ekonomi dan teknologi serta memupuk dan membentuk masyarakat yang

harmoni. Pendekatan pendidikan ini memerlukan kefahaman lebih mendalam tentang

masalah global dan mengutamakan cara beretika untuk memajukan, mengguna pakai

dan mengamalkan teknologi serta komited terhadap tadbir urus yang betul dan amalan

terbaik secara global. Untuk membentuk hari esok yang lebih baik , kita perlu

memulakan langkah hari ini juga dan kita perlu memastikan murid-murid dipersiapkan

sepenuhnya untuk menghadapi sebarang cabaran yang mungkin mereka hadapi. Maka

dengan ini guru masa kini berperanan menentukan hala tuju masyarakat dan

warganegara yang akan datang.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk

melahirkan guru yang berkualiti dan memastikan mereka yang berkualiti kekal dalam

3

Page 4: Guru Masa Kini Merealisasikan Aspirasi Negara

sistem pendidikan negara dan kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan.

Antara langkah yang telah diusahakan termasuklah memantapkan latihan perguruan,

menambah baik sistem pemilihan calon guru, melonjakkan kecemerlangan institusi

latihan perguruan, dan menambah baik laluan kerjaya serta kebajikan guru.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan

peneraju utama latihan perguruan di Malaysia. BPG bersama-sama Institut Pendidikan

Guru (IPG) dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) bertanggungjawab merancang

dan melaksanakan latihan perguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di

institusi pendidikan seluruh negara. Bagi menjamin guru yang dihasilkan berkualiti

tinggi, tiga aspek utama ditekankan iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan,

pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran.

Standard Guru Malaysia ( SGM ) juga digubal untuk mengenal pasti tahap

kompetensi guru dalam amalan nilai profesionalisme keguruan , pengetahuan dan

kefahaman serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Melalui SGM ini juga

pelbagai kelemahan dapat dikenal pasti untuk penyediaan dan pelaksanaan latihan

perguruan bagi menjamin tahap yang ditetapkan tercapai. Oleh yang demikian guru

masa kini dapat merealisasikan aspirasi negara dengan kompeten berdasarkan

perancangan dan pelaksanaan yang jitu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Adalah jelas kepada kita aspirasi yang berteraskan Rukun Negara merupakan

suatu amanah kepada guru-guru masa kini. Falsafah Pendidikan Kebangsaan

merupakan satu panduan kepada warga pendidik agar sentiasa sedar dan peka betapa

guru masa kini bukan sekadar penyampai ilmu pengetahuan sahaja tetapi mereka

adalah tonggak keberhasilan warga yang dibentuk dalam negara. Oleh yang demikian

peranan guru masa kini mempunyai tanggungjawab yang besar dalam merealisasikan

aspirasi negara.

4

Page 5: Guru Masa Kini Merealisasikan Aspirasi Negara

Bibliografi

Mok Soon Sang.2012. Falsafah Pendidikan di Malaysia.Penerbitan Multimedia Sdn

Bhd. Puchong.

Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon.2012. Budaya dan Pembelajaran.

Penerbitan Multimedia Sdn Bhd. Puchong.

Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Kurikulum Standard Sekolah Rendah. 2013. Pusat

Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. Putrajaya.

Standard Guru Malaysia ( SGM ). http://www.moe.gov.my

Kamus Dewan Online. http://www.prpm.gov.my

Kecekapan Pendidik Bentuk Generasi Masa Depan.10.1.2011.

http://www.utusan.com.my

5