Hadis 34

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/12/2019 Hadis 34

    1/3

    Hadis 34 Merubah Kemungkaran By mufias December 3, 2012 No Comments

    HADITS KETIGA PULUH EMPAT

    :

    :

    [] Terjemah hadith / : Dari Abu Said Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shallallahu`alaihi wa sallam bersabda: Siapa yang

    melihat kemungkaran maka rubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka rubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka

    (tolaklah) dengan hatinya dan hal tersebut adalah selemah-lemahnya iman .

    (Riwayat Muslim)

    Kosa kata / : Merubah : Yang paling lemah :

    Pelajaran yang terdapat dalam hadith / : 1. Menentang pelaku kebatilan dan menolak kemunkaran adalah kewajiban yang dituntut dalam ajaran Islam atas setiap muslim sesuai

    kemampuan dan kekuatannya.

    2. Ridha terhadap kemaksiatan termasuk di antara dosa-dosa besar.

    3. Sabar menanggung kesulitan dan amar maruf nahi munkar.

    4. Amal merupakan buah dari iman, maka menyingkirkan kemunkaran juga merupakan buahnya keimanan.

    5. Mengingkari dengan hati diwajibkan kepada setiap muslim, sedangkan pengingkaran dengan tangan dan lisan berdasarkan

    kemampuannya.Fiqh Dakwi dan Tarbawi :

    1. Kewajipan berdakwah dituntut ke atas setiap individu yang mukalaf dan berdaya. Syarat berdaya atau mampu perlu difahami dengan

    betul. Ia bukanlah bermakna pilihan seperti kita memilih untuk membenci dengan hati dalam setiap hal.

    2. Walaupun begitu, bukti iman adalah membenci maksiat dengan hati dan hukumnya adalah wajib ke atas setiap individu dan sesiapa yang

    menyetujui suatu kemungkaran bererti dia bersekongkol dengannya. (Jika hati seseorang tidak membenci kemungkaran), tidak ada

    selepas itu iman walaupun sebesar biji sawi. (HR Bukhari dan Muslim)

    3. Kemungkaran itu wajib dirubah walau apa-pun keadaannya. Mengubah bermaksud tindakan atau perbuatan untuk menghapuskan

    kemungkaran tersebut. Kerana mencegah kemungkaran ditujukan untuk menyelamatkan dan mewujudkan yang maslahat atau yang lebih

    maslahat, bukan sebaliknya yakni mudhorat. ( Hadis tebuk dek bawah kapal , HR Bukhari)

    4. Saksi tidak boleh diam kerana dia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah taala atas kesaksiannya terhadap kemungkara n,

    ketidakadilan, kezaliman dan penyelewengan terhadap agama Allah

    5. Wajib belajar cara untuk merubah kemungkaran berdasarkan sunnah Nabi saw. kerana di situ terdapat syarat, kaedah dan juga manhaj

    tertentu.

    Umar bin Abdul Aziz pernah mengatakan, Siapa yang beribadah kepada Allah tanpa ilmu, maka kerusakannya akan lebih besar daripada

    kebaikannya.

    Tidaklah sikap lemah lembut dalam sesuatu melainkan membuatnya indah. Dan tiadalah sikap kasar dalam sesuatu melainkan

    membuatnya buruk. (HR Muslim dan Ibnu Majah)

    6. Mungkar al-Akbar, al- Maruf al -Akbar Titik tolak dawah Islamiyyah ialah memerangi mungkar terbesar (al -munkar al-akbar)

    sekaligus menegakkan maruf terbesar (al -maruf al -akbar). Dengan kata lain peranan dawah Islamiyah yang utama ialah meruntuh kan

    jahiliyyah daripada memimpin alam dan menggantikannya dengan pimpinan Allah SWT.

    7. Syarat pelaksanaan nahyi munkar :

    o Pertama , ada atau terjadinya kemungkaran. Kemungkaran adalah segala kemaksiatan yang diharamkan atau dilarang oleh Islam.

    http://dakwah.info/quran-hadis/hadis-34-merubah-kemungkaran/http://dakwah.info/quran-hadis/hadis-34-merubah-kemungkaran/http://dakwah.info/quran-hadis/hadis-34-merubah-kemungkaran/http://dakwah.info/author/admin/http://dakwah.info/quran-hadis/hadis-34-merubah-kemungkaran/#respondhttp://dakwah.info/quran-hadis/hadis-34-merubah-kemungkaran/#respondhttp://dakwah.info/author/admin/http://dakwah.info/quran-hadis/hadis-34-merubah-kemungkaran/
  • 8/12/2019 Hadis 34

    2/3

    o Kedua , kemungkaran yang dimaksud hadits di atas dan wajib diperangi adalah perbuatan yang secara qathi (tegas, eksplisit)dinyatakan sebagai kemungkaran dalam Al- Quran atau Sunnah, atau berdasarkan ijma dan bukan yang diperselisihkan.

    Kemungkaran-kemungkaran yang qathi itu adalah yang disebutkan dalam Al- Quran sebagai fahsya atau munkar, seperti zina,

    mencuri, riba, dan melakukan kezhaliman.

    Contoh Jauhilah tujuh hal yang membinasakan. Para sahabat bertanya, Apa itu? Rasulullah saw. menjelaskan, Menyek utukan

    Allah, sihir, membunuh jiwa yang Allah haramkan kecuali dengan cara haq, makan riba, makan harta yatim, lari dari gelanggang saat jihad, dan menuduh zina kepada wanita suci. (HR Muslim, Abu Dawud, dan Baihaqi)

    o Ketiga , kemungkaran itu tampak kerana dilakukan secara terbuka dan bukan hasil dari tajassus (mencari-cari kesalahan). SebabRasulullah saw. bersabda, Sesungguhnya kamu jika mencari -cari aurat (kesalahan-kesalahan) manusia, maka kamu

    menghancurkan atau nyaris menghancurkan mereka. (HR Ibnu Hibban)

    8. Tahapan dalam merubah kemungkaran.

    A. Pertama , memberikan kesedaran dan pemahaman. Allah swt. Berfirman, Dan Allah sekali -kali tidak akan menyesatkan suatu

    kaum, sesudah Allah memberi petunjuk kepada mereka hingga dijelaskan-Nya kepada mereka apa yang harus mereka jauhi.

    Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (at-Taubah: 115)

    B. Kedua , menyampaikan nasihat dan pengarahan. Jika penjelasan dan maklumat tentang ketentuan-ketentuan Allah yang harus ditaati

    sudah disampaikan, maka langkah berikutnya adalah menasihati dan memberikan bimbingan. Cara ini dilakukan Rasulullah terhadap

    seorang pemuda yang ingin melakukan zina dan terhadap orang Arab yang kencing di Masjid.

    C. Ketiga , peringatan keras atau kecaman. Hal ini dilakukan jika ia tidak menghentikan perbuatannya dengan sekadar kata-kata lembut

    dan nasihat halus. Dan ini boleh dilakukan dengan dua syarat: memberikan kecaman hanya manakala benar-benar dibutuhkan dan

    jika cara-cara halus tidak ada pengaruhnya. Dan, tidak mengeluarkan kata-kata selain yang yang benar dan ditakar dengan kebutuhan.

    D. Keempat , dengan tangan atau kekuatan. Ini bagi orang yang memiliki walayah (kekuasaan, kekuatan). Dan untuk melakukan hal ini

    ada dua catatan, yakni: catatan pertama, tidak secara langsung melakukan tindakan dengan tangan (kekuasaan) selama ia dapat

    menugaskan si pelaku kemungkaran untuk melakukannya. Jadi, janganlah si pencegah kemungkaran itu menumpahkan sendiri arak,

    misalnya, selama ia boleh memerintahkan peminumnya untuk melakukannya. Catatan kedua, melakukan tindakan hanya sebatas

    keperluan dan tidak boleh berlebihan. Jadi, kalau bisa dengan menarik tangannya, tidak perlu dengan menarik janggotnya.

    E. Kelima , menggunakan ancaman pemukulan. Ancaman diberikan sebelum terjadi tindakannya itu sendiri, selama i tu mungkin. Dan

    ancaman tentu saja tidak boleh dengan sesuatu yang tidak dibenarkan untuk dilakukan. Misalnya, Kami akan telanjangi kamu di

    jalan, atau Kami akan menawan isterimu, atau Kami akan penjarakan orangtua kamu. (Lebih lanjut lihat Fahmul-Islam Fi

    Zhilalil-Ushulil- Isyrin , Jumah Amin Abdul -Aziz, Darud -Dawah, Mesir).

    9. Mengabaikan kewajipan dakwah mendatangkan azab,

    Dan peliharalah dirimu daripada seksaan yang tidak khusus menimpa ke atas mereka yang zalim dan kalangan kamu sahaja. Dan

    k etahuilah Allah maha keras seksaannya. (al-Anfal: 25)

    Ayat ini menjelaskan, apabila azab menimpa disebabkan kemungkaran yang berleluasa, ia tidak hanya menimpa ke atas mereka yang

    melakukan maksiat, ia juga menimpa ke atas mereka yang salih yang mengabaikan dakwah.

    Zainab binti Jahsy bertanya kepada nabi, adakah kita akan dimusnahkan sedangkan golongan yang soleh masih ada di kalangan k ita?

    Nabi menjawab, ya, apabila kekejian berleluasa. (HR Muslim)

    Sesungguhnya agama Islam adalah aqidah dan syariah. Adapun yang dimaksud dengan aqidah iaitu setiap perkarayang dibenarkan oleh jiwa, yang dengannya hati menjadi tenteram serta menjadi keyakinan bagi para pemeluknya, tidak ada keraguan dan

    kebimbangan di dalamnya. Adapun yang dimaksud syariah adalah tugas-tugas pekerjaan yang dibebankan oleh Islam, seperti salat, zakat,

    puasa, berbakti kepada orang tua, dan lain sebagainya.

    Landasan aqidah Islamiah adalah beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hari Akhir, dan beriman kepada

    qadar (takdir), yang baik mahupun yang buruk.

    Dalilnya adalah firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 177 yang ertinya: Bukanlah menghadapkan

    wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi

  • 8/12/2019 Hadis 34

    3/3

    sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, harikemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, dan nabi- nabi. Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu itu menurut ukuran. Dan perintah Kami hanyalah satu perkataan seperti kejapan

    mata. (Al-Qamar: 49 50).

    Sabda Nabi saw. yang ertinya, Iman adalah hendaknya engkau percaya kepada

    Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para rasul-Nya, hariKemudian, dan percaya kepada qadar (takdir), yang baik maupunyang buruk. (HR Muslim).Pentingnya Aqidah Islamiah

    Pentingnya aqidah Islamiah tampak dalam banyak hal, di antaranya sebagai berikut.

    1. Bahawasanya keperluan kita terhadap aqidah adalah di atas segala keperluan, dan kepentingan kita terhadap aqidah adalah di atas segala

    kepentingan. Sebab, tidak ada kebahagiaan, kenikmatan, dan kegembiraan bagi hati, kecuali dengan beribadah kepada Allah, Rab dan Pencipta

    segala sesuatu.

    2. Bahawasanya aqidah Islamiah adalah kewajiban yang paling besar dan yang paling ditekankan. Kerana itu, ia adalah sesuatu yang pertama

    kali diwajibkan kepada manusia. Rasulullah saw. bersabda, Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi

    bahawa tidak ada sesembahan yang hak, kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah. (HR Bukhari dan Muslim).

    3. Bahawa aqidah Islamiah adalah satu-satunya aqidah yang dapat mewujudkan keamanan dan kedamaian, kebahagiaan dan

    kegembiraan. (Tidak demikian) bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya

    pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekh uatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati (Al-Baqarah: 112).

    Demikian pula, hanya aqidah Islamiah satu-satunya aqidah yang boleh mewujudkan kecukupan dan kesejahteraan. Jikalau sekiranyapenduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pa stilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi. (Al-

    Araaf: 96).

    4. Sesungguhnya aqidah Islamiah adalah sebab sehingga boleh berkuasa di muka bumi dan sebab bagi berdirinya daulah Islamiah. Dansungguh telah Kami tulis di dalam Zabur sesudah (Kamitulis dalam) Lauh Mahfuzh, bahawasanya bumi inidipusakai hamba- hambaKu yang shaleh. (Al- Anbiya: 105) Sumber: Diadaptasi dari Kitab Tauhid 1 terbitan Yayasan Al-Sofwa, terjemahan dari At-Tauhid Lish-Shaffil Awwal al- Aliy, Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan.