Upload
aiscu
View
1.800
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
23/2
Geografi
Kerja Kursus Kertas 2
PENILAIAN MENENGAH RENDAH KERJA KURSUS GEOGRAFI 2009
TAJUK KAJIAN: TUGASAN 2
Kajian Tentang Petempatan dan Perkembangannya di Taman Tun Dr. Ismail dan Perbandingannya dengan Petempatan di Bandar Raya Bangkok, Negara Thailand.
Nama Calon: Nurhani Bt Khairi
Tingkatan: 3 Jujur
No. Kad Pengenalan: 940211095100
Nama Sekolah:Smk Sultan Sulaiman Kuala Terengganu
Nama Guru:Encik Wan Mohamad Bin Wan Nik
Tandatangan guru:
1
SENARAI KANDUNGAN
BIL. ISI KANDUNGAN
1 KULIT HADAPAN
2 SENARAI KANDUNGAN
3 PENGHARGAAN
4 PENDAHULUAN
5 OBJEKTIF KAJIAN
6 KAWASAN KAJIAN
7 PETA KAJIAN
7 KAEDAH KAJIAN
8 DAPATAN KAJIAN
8.1 JENIS DAN POLA PETEMPATAN
8.2 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PETEMPATAN
8.3 FUNGSI PETEMPATAN
8.4 MASALAH PETEMPATAN
8.5 LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN
9 RUMUSAN
10 LAMPIRAN
11 RUJUKAN
12 TAMAT
2
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya dan dapat menghantar pada
waktu yang ditetapkan.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedua ibubapa saya kerana tanpa
dorongan dan sokongan moral mereka tidak mungkin saya dapat menyiapkan folio ini dan tidak
lupa juga kepada kakak saya yang banyak menyumbang idea dan informasi kepada saya.
Terima kasih juga dirakamkan kepada pihak sekolah, terutamanya guru geografi saya iaitu Encik
Wan Mohamad yang telah banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya dalam
usaha saya menyiapkan kajian ini.
Akhir sekali, ingin saya mengucapkan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung
dan tidak langsung yang sudi memberi kerjasama kepada saya berkaitan dengan pengumpulan
data di kawasan kajian.Dengan maklumat yang diberi oleh mereka,saya dapat menjalankan
kerja kursus ini dengan sempurna dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya
yang berada di kelas 3 Jujur yang telah memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya semasa
kajian dijalankan.
3
PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Geografi untuk Penilaian Menengah Rendah
(PMR), pelajar-pelajar tingkatan 3 diwajibkan menyiapkan Kajian Geografi. Saya Nurhani bt
Khairi, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman telah menjalankan satu kajian
yang diamanahkan oleh Encik Wan Mohamad yang bertajuk Petempatan dan
Perkembangannya di Taman Tun Dr. Ismail dan Dibandingkan dengan Negara Thailand.
Taman Tun Dr.Ismail menjadi pilihan saya untuk dikaji kerana kawasan ini
merupakan kawasan yang dekat dengan kediaman adik-beradik saya dan ini memudahkan saya
untuk menjalankan kajian serta manjimatkan tenaga dan kos sepanjang menjalankan kajian ini.
Saya memilih Negara Thailand sebagai negara yang dibandingkan dengan kawasan saya kerana
Negara Thailand merupakan negara yang moden dan mempunyai petempatan dan
perkembangan yang pesat.
Saya mengambil masa kira-kira enam bulan iaitu dari bulan Febuari hingga Julai untuk
menjalankan dan menyiapkan Kajian Geografi ini. Melalui kajian ini saya dapat mengetahui
dengan lebih mendalam tentang petempatan dan perkembangan di Taman Tun Dr. Ismail dan
Negara Thailand. Oleh itu, saya berharap kajian ini dapat membantu pelajar-pelajar lain yang
ingin mempelajari tajuk ini.
4
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan bertujuan mencapai objektif-objektif berikut:
1. Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di kawasan kajian.
2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi petempatan di kawasan kajian.
3. Mengkaji fungsi petempatan di kawasan kajian
4. Memahami masalah petempatan di kawasan kajian
5. Menyumbangkan idea-idea positif dalam mengurangkan masalah petempatan.
6. Mempraktikkan penerapan nilai dan unsure patriotism terhadap kawasan kajian.
5
KAWASAN KAJIAN
Setelah berbincang, ibubapa saya mencadangkan saya kawasan Taman Tun Dr. Ismail sebagai
kawasan kajian. Hal ini kerana ia lebih menjimatkan masa dan tenaga. Saya telah memilih
Negara Thailand dan Taman Tun Dr. Ismail sebagai kawasan kajian.
Taman Tun Dr. Ismail:
Terletak di pinggir bandaraya Kuala Lumpur dan terbahagi kepada beberapa bahagian
seperti Zaaba,athinapan,burhanudin Helmi,dan abang Haji openg
Berdekatan dengan sempadan negeri Selangor dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur.
Taman Tun terletak di barat kira-kira 10 KM dari bandaraya Kuala Lumpur iaitu di
kawasan Parlimen Segambut.
Latar belakang Bangkok,Thailand:
Bandar Bangkok dalam bahasa Thailand ialah Khrung Thep atau Khrung Thep Maha
Nakhon.
Terletak di tepi barat Sungai Chao Phraya,dekat Teluk Thailand.
Bangkok adalah salah satu kota dengan perkembangan terpesat dengan ekonomi yang
dinemis dan kemasyarakatan yang progresif di Asia Tenggara.
6
Perletakan Negara
Perletakan Negara Thailand
Thailand merupakan tempat terletaknya beberapa wilayah geografis yang berbeza.Di
sebelah utara gunung-ganangnya berbeza,dan tanah tingginya berada di Doi
Inthanon(2.576m).Sebelah timur laut terdiri dari Hamparan Khorat,yang dibatasi di timur oleh
Sungai Chao Praya yang hamper seluruhnya mendatar,dan mengalir ke Teluk Thailand.di
sebelah selatan terdapat Tanah Genting Kra yang melebar ke Semenanjung Melayu.Thailand
berbatasan dengan laos dan Myanmar di sebelah utara,dengan malaysai dan Teluk Siam di
selatan,dengan Myanmar dan Laut Timur di barat dan dengan Laos dan Kemboja di
timur.Koordinat geografinya adalah
Iklim
Cuaca setempat adalah tropis dan bercirikan monsoon.Ada monsoon hujan,panas dan
berawan dari sebelah barat daya antara pertengahan Mei dan September,serta monsunyang
kering dan sejuk dari sebelah timur laut dari November hingga pertengahan March.Tanah
Genting di sebelah selatan selalu panas dan lembap.Kota-kota besar selain ibu kota Bangkok
termasuk Nakhon Ratchasima,Nakhon Sawan,Chainag Mai dan Songkhla.
7
3.1 Peta daerah Peta daerah Damansara
8
Peta bentuk muka bumi Negara Thailand:
9
10
Peta kawasan kajian Taman Tun Dr.Ismail:
11
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menjalankan kajian melalui kaedah-kaedah berikut yang saya rasa sesuai untuk Kajian
Geografi kali ini. Antara kaedah tersebut ialah:
1. Kaedah pemerhatian
Saya telah memerhati jenis dan pola petempatan di kawasan kajian.
2. Kaedah rujukan
Saya telah membuat rujukan di dalam buku teks tingkatan 3 dan mengetahui dengan lebih lanjut
saya merujuk internet dan laman web yang berkenaan dengan kajian.
DAPATAN KAJIAN
8.1 Jenis dan pola petempatan(TTDI)
Petempatan Bandar mempunyai jumlah penduduk melebihi 10 ribu orang,kepadatan
penduduk tinggi dan aktiviti ekonomi utama ialah sekunder dan tertier.Hasil pemerhatian jelas
membuktikan Taman Tun Dr. Ismail adalah kawasan petempatan Bandar kerana penduduk yang
melebihi 10 orang.
Pola petempatan merujuk kepada susun atur rumah dan bangunan.Pola berpusat merujuk
kepada susun atur rumah padat dan mempunyai kemudahan asas yang cukup seperti balai
polis,sekolah dan terdapat bangunan aktiviti ekonomi seperti perniagaan.Pola petempatan di
Taman Tun Dr.Ismail ialah berpusat kerana kawasan perumahan di bina dengan terancang dan
padat.
12
Jenis dan pola petempatan(Bangkok,Thailand)
Jenis penempatan Bangkok,Thailand merupakan sebuah Bandar.Mempunyai bentuk muka bumi
yang rata dan luas menyebabkan banyak bangunan-bangunan didirikan di kawasan tersebut.Hal
ini demikian menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk dan semakin pesat
membangun dan menjadi sebuah Bandar yang penting bagi Thailand.Pola petempatan bagi
kawasan tersebut adalah pola petempatan berjajar.Fungsi petempatan bagi kawasan
Bangkok,Thailand banyak tertumpu kepada aktiviti-aktiviti perindustrian,pelancongan dan juga
perkhidmatan.Namun begitu,kawasan Bangkok,Thailang,juga mempunyai beberapa masalah
seperti pencemaran udara,pulau haba,kepupusan sumber dan sebagainya.Oleh yang
demikian,beberapa langkah telah di ambil mengatasi masalah tersebut.Antaranya,menampal
poster-poster,mengadakan kempen-kempen serta program-progran yang sesuai
13
8.2 Faktor yang Mempengaruhi Petempatan
Terdapat beberapa factor yang mempengaruhi petempatan dan perkembangannya di kawasan
kajian.
KEGIATAN EKONOMI
Taman Tun Dr.Ismail berkembang maju disebabkan oleh factor kegiatan ekonomi yang
pesat.Kawasan ini merupakan kawasan perniagaan dan pusat perdagangan.Terdapat pelbagai
jenis perniagaan yang dijalankan antaranya ialahperniagaan runcit,restoran dan
sebagainya.Justeru itu tempat ini dijadikan tumpuan penduduk kerana terdapat peluang
pekerjaan.
DARJAH KETERSAMPAIAN
Petempatan di Taman Tun Dr.Ismail juga dapat berkembang secara pesatkerana factor darjah
ketersampaian yang tinggi ke Kuala Lumpur dan beberapa pusat Bandar lain di Wilayag dan
Petaling Jaya.Hal ini kerana kawasan ini merupakan jaringan pengangkutan jalan raya yang
tinggidan cekap walaupun tanpa LRT.
THAILAND
Bentuk Muka Bumi
Penanaman padi di Negara Thailand ialah kegiatan yang penting.Ramai penduduknya terlibat
dalam kegiatan penanaman padi.Terdapat banyak petempatandi sekitar Delta Menam Chao
Phraya kerana tanih aluviumdi sini subur dan sesuai untuk penanaman padi.
14
Sumber Air
Sumber air semula jadi penting bagi menentukan petempatan di Negara Thailand.Banyak
petempatan didirikan di sepanjang Menam Chao Phraya dan cawangan-cawangannya.Keadaan
ini memudahkan penduduk yang terdiri daripada pesawah mengairi kawasan penanaman padi
mereka.
8.3 FUNGSI PETEMPATAN
PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN(TTDI)
Taman Tun Dr.Ismail merupakan kawasan pusat Bandar.Kawasan ini berfungsi sebagai Bandar
perniagaan dan perdagangan yang dilengkapi dengan pejabat perniagaan,bank dan institusi
kewangan yang bertaraf dunia.Terdapat juga rangkaian restoran di Taman Tun Dr.Ismail.Saya
berasa sangat bersyukur kerana dapat tinggal di kawasan Bandar yang dilengkapi dengan
kemudahan-kemudahan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
THAILAND
1. Ekonomi
Fungsi petempatan terhadap ekonomi kawasan Bangkok,Thailand adalah menyebabkan ekonomi kawasan tersebut tertumpu ke arah aspek perindustrian,perkhidmatan, dan juga pelancongan.
2. Sosial
Fungsi petempatan kepada aktiviti social di kota Bangkok,Thailand adalah memberikan peluang
pekerjaan kepada penduduk yang lebih besar dalam bidang perindustrian dan
15
perkhidmatan.hal ini menyebabkan kebanyakan penduduk di kawasan tersebut bekerja dalam
sector tersebut sebagai kerani,pengurus,pembantu hotel dan sebagainya
8.4 MASALAH PETEMPATAN
Berdasarkan pemerhatian,kesesakan lalulintas merupakan masalah utama yang dihadapi oleh
penduduk di kawasan ini terutama pada waktu puncak iaitu pada waktu pagi ketika penduduk
hendak pergi bekerja dan waktu petang sewaktu penduduk hendak pulang bekerja.Selain itu
masalah pencemaran juga turut berlaku.Kawasan yang saya kaji mengalami pencemaran udara
di sebabkan sentiasa berlaku kesesakan lalulintas setiap hari.
JENIS-JENIS KENDERAAN SERTA BILANGANNYA PADA WAKTU
6.00A.M-8.00A.M
JENIS-JENIS KENDERAAN BILANGAN KENDERAAN
(a) Kereta 124 buah
(b)Motor 163 buah
©Lori 12 buah
(d)Bas 6 buah
16
4.00 P.M-5.00 P.M
JENIS-JENIS KENDERAAN BILANGAN KENDERAAN
(a)Kereta 153 buah
(b)Motor 169 buah
©Lori 4 buah
(d)Bas 5 buah
17
Carta Graf Bilangan Jenis Kenderaan Pada Waktu 6.00am-8.00am dan
4.00pm-6.00pm.
6.00am-8.00am 4.00pm-6.00pm0
20
40
60
80
100
120
140
160
180
KERETA
MOTOR
LORI
BAS
18
THAILAND
1. banjir
Petempatan di bandaraya Bangkok sering dilanda banjir terutamanya ketika tiupan angin monsoon.Pada bulan Mei –September,bahagian utara Negara Thailand menerima hujan yang banyak daripada angin monsoon barat daya.Manakala bahagian selatan Negara Thailand meneriama hujan yang banyak daripada angin monsoon timur laut.pa bulan November-mac
2. kesesakan lalulintas
penduduk yang tinggal di bandaraya Bangkok,menghadapi kesesakan lalulintas setiap hari.Jalan-jalan raya di Bangkok di sesaki dengan pelbagai jenis kenderaan.Keadaan ini menyusahkan penduduk untuk pergi ke destinasi mereka setiap hari.
3. Pulau haba
Pembangunan yang pesat seperti pembinaan banyak bangunan pencakar langit menyebabkan berlakunya pulau haba.
Penduduk di bandaraya Bangkok berharap agar pihak berkuasamengambil langkah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut bagi menjamin petempatan yang selesa di
samping untuk mengelak daripada terjejasnya ekonomi Negara.
19
8.5 LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN
(TTID)
Masalah kesesakan lalulintas di kawasan kajian dapat di atasi dengan kawalan polis trafik.Hal ini
menyebabkan lebuhraya tidak menjadi begitu sesak.Selain itu,pembinaan jalanraya bertingkat
telah dijalankan bagi membantu mengawal kesesakan lalu lintas di kawasan ini.
THAILAND
1. Mengadakan Hari Penanaman Tumbuhan Hijau Kebangsaan
Melalui hari penanaman tumbuhan hijau kebangsaan dapat member ruang kepada penduduk di kawasan kajian untuk member kesempatan membantu daripada berlakunya pulau haba di kawasan tersebut.
2. Kerajaan Negara Thailand perlu memanfaatkan teknologi terkini.
Data jumlah hujan harian perlu direkodkan dan diproses dengan menggunakan computer.Air hujan yang berlebihan perlulah disalurkan ketempatlain seperti tasik atau sungai lain yang kekeringan dengan membuka kunci air yang terdapat di sungai-sungai Negara ini.
3. Menambahkan bilangan pengangkutan awam
Pengangkutan awam seperti bas dan keretaapi boleh mengurangkan bilangan kereta di atas jalan raya.Di samping itu,system kereta api di bawah tanah perlu diwujudkan untuk mengurangkan kesesakan lalulintas.
20
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, setelah mengkaji tentang masalh petempatan dan perkembangan di
Malaysia dan Thailand, saya dapat mengenal pasti jenis dan pola petempatan di kawasan kajian.
Kedua, saya dapat mengkaji fungsi petempatan di kawasan kajian ke arah peningkatan kegiatan
manusia yang positif untuk masa hadapan. Seterusnya, saya juga dapat menanam rasa
kesyukuran terhadap Allah s.w.t. dengan rezeki-Nya, kerana limpah kurnianya negara kita
mempunyai bentuk muka bumi yang baik. Halangan-halangan bentuk muka bumi yang
mempengaruhi kegiatan manusia dan memahami kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar
di kawasan kajian. Menyumbangkan idea-idea positif dalam mengurangkan kesan kegiatan
manusia terhadap alam sekitar. Mempraktikkan penerapan nilai dan unsur patriotism terhadap
kawasan kajian.
21
5.0 LAMPIRAN
5.1 Surat pengenalan diri murid
5.2 Surat kebenaran ibu bapa
5.3 Bahan daripada internet
22
7.1 Surat Pengenalan Diri Murid
Nama: Nurhani bt khairi
Tingkatan: 3 Jujur
Alamat: B-3-7 Desa Aman 2,59200 Bangsar,Kuala Lumpur.
Cita-cita:
Hobi: Bersukan
Nama Bapa: Khairi Bin Ahrasa
NamaIbu: Anson Bt ahmad
Sumber Inspirasi:
Makanan kegemaran: Nasi Goreng USA
Minuman kegemaran: Air Buah-buahan (Fresh Oren, Epal, Mempelam)
Bil. Adik-beradik: 4 orang adik beradik.
Anak keberapa: Anak ke-6
Subjek disukai: Geografi
23
7.2 Surat Kebenaran Ibubapa
Khairi bin AhrasaB-3-7 Desa Aman 2Jalan Pantai Murni59200 Pantai DalamKuala Lumpur,
20 April 2009
Pihak berkenaan:
KEBENARAN MEMBUAT PENYELIDIKAN
Seperti diatas, Setelah berbincang bersama keluarga, saya Khairi bin Ahrasa setuju membenarkan anak jagaan saya yang bernama Nurhani dari kelas 3 Jujur membuat kajian di kawasan kajian iaitu Taman Tun Dr.Ismail
Sebagai bapa, saya amat menggalakkan anak saya membuat penyelidikan tentang keadaan geografi di sini disamping anak saya dapat menyiapkan kerja kursus mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Yang benar
____________________(Khairi Bin Ahrasa)
24
Bahan dari internet
7 lokasiNegeri seluas 510.000 kilometer ini kira-kira seukuran dengan Perancis. Di sebelah barat dan utara, Thailand berbatasan dengan Myanmar, di timur laut dengan Laos, di timur dengan Kamboja, sedangkan di selatan dengan Malaysia (Peta).
8 Secara geografis, Thailand terbagi enam: perbukitan di utara di mana gajah-gajah bekerja di hutan dan udara musim dinginnya cukup baik untuk tanaman seperti strawberry dan peach; plateau luas di timur laut berbatasan dengan Sungai Mekong; dataran tengah yang sangat subur; daerah pantai di timur dengan resor-resor musim panas di atas hamparan pasir putih; pegunungan dan lembah di barat; serta daerah selatan yang sangat cantik.
9 WaktuJam di Thailand sama persis dengan Indonesia (GMT +7).
10 IklimThailand memiliki iklim tropis yang ramah, dengan musim semi dari Maret sampai Mei, musim hujan - namun tetap banyak matahari - di Juni sampai September, dan musim dingin dari Oktober sampai Februari. Rata-rata suhu tahunan adalah 28 derajat C.
25
Peta TTDI
26
Peta daerah Damansara
27
6.0 RUJUKAN
1) Buku teks tingkatan tiga
2) Buku rujukan PMR Geografi
3) Internet-(tentang Thailand)
www.wisatatthailand.com
www.701.panduan.com
www.malaxi.com/blogmap/2006/07
28
29