Upload
dobao
View
266
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
HARAPAN IBU BAPA TERHADAP MASA DEPAN ANAK BERMASALAH
PEMBELAJARAN
NORHALEYZA BT MOHD HAIRUL QUAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
HARAPAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN, PEKERJAAN DAN
PENGURUSAN KEHIDUPAN ANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN
NORHALEYZA BT MOHD HAIRUL QUAH
Laporan Projek ini Dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
iv
DEDIKASI
Penghargaan istimewa untuk penyelia Dr Yeo Kee Jiar di atas kesabaran, galakan dan
pengorbanan masa yang tidak ternilai.
Serta kepada keluarga terutama ibu tercinta…
Mirah Bt Hj Paiman
Adik beradik yang dikasihi..
Terima kasih di atas dorongan dan doa kalian.
Kepada semua saudara mara dan sahabat handai..
Terima ksih tidak terhingga di atas pertolongan, dorongan dan nasihat yang diberikan
selama tempoh pengajian di UTM ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dengan
seadilnya segala budi baik kalian dengan sebaik-baik ganjaran
Insya’Allah…
Semoga Di Rahmati dan diberkati Allah Hendaknya..
v
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan RahmatNya
dapat saya menyiapkan projek sarjana muda ini sebagai syarat akhir pengajian sebelum
menerima segulung ijazah.
Ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih buat penyelia projek
sarjana muda iaitu Dr Yeo Kee Jiar yang sentiasa memberi nasihat, bimbingan dan juga
sokongan yang berterusan sehinggalah kajian ini dapat disempurnakan. Segala teguran
dan nasihat yang diberikan akan dijadikan panduan dan pegangan dalam meneruskan
cabaran hari yang mendatang.
Penghargaan ini juga ditujukan khas buat keluarga yang tanpa jemu mendoakan
kejayaan dalam mengharungi perjuangan ini dan memberi dorongan yang tiada
penghujungnya. Akhir sekali buat teman seperjuangan, terima kasih di atas kerjasama
dan bimbingan dari kalian. Semoga kejayaan ini membawa rahmat kepada kita semua.
vi
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap
pendidikan, pekerjaan dan pengurusan kehidupan anak-anak bermasalah pembelajaran.
Seramai 55 orang ibu bapa telah dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian
yang digunakan ialah menggunakan borang set soal selidik yang dibina oleh penyelidik,
mengandungi 45 item yang diukur dengan menggunakan Skala Likert. Kajian rintis telah
dijalankan terhadap 10 ibu bapa di sebuah sekolah menengah kebangsaan. Darjah
kebolehpercayaan bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah nilai α = 0.84.
Data dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social
Sciences (SPSS 15.0) untuk mencari peratus dan frekuensi. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa harapan utama ibu bapa terhadap anak bermasalah pembelajaran
ialah terhadap aspek pengurusan kehidupan sebanyak 85.7 peratus diikuti oleh aspek
pendidikan sebanyak 81.33 peratus dan akhir sekali ialah aspek pekerjaan sebanyak
77.56 peratus pada keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa ibu bapa
mempunyai harapan yang tinggi terhadap masa depan anak bermasalah pembelajaran
mereka dalam ketiga-tiga aspek yang dikaji iaitu pendidikan, pekerjaan dan pengurusan
kehidupan. Beberapa cadangan dikemukan sebagai langkah untuk membantu ibu bapa
merealisasikan harapan mereka selain cadangan beberapa tentang penyelidikan
selanjutnya untuk meningkatkan kualiti kehidupan golongan pelajar bermasalah
pembelajaran.
vii
ABSTARCT
This study was conducted to identify the expectations among parents of children
with learning problems about their children in terms of education, employment and life
management. A total of 55 parents were selected to participate in this study. The
instrument used was a questionnaire developed by the researcher, containing 45 items
that measured using a Likert scale. A pilot study was conducted on 10 parents in a
secondary school. The degree of reliability for instruments used in this study is the value
of α = 0.84. Data analyzed using Statistical Package for the Social Sciences (SPSS 15.0)
to find the percentage and frequency. The findings indicate that the main hope parents of
children with learning disabilities are aspects of life management of 85.7 percent,
followed by the educational aspect of 81.33 percent and finally the work aspect of 77.56
percent. Overall, the results showed that parents have high expectations for the future of
their children with learning disabilities in all three aspects, namely education,
employment and life management. Several recommendations were presented a measure
to help parents in realizing their hopes for the future of child with learning problems.
Recommendations for future research were also discussed.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
1
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN TESIS
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SIMBOL
SENARAI LAMPIRAN
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan kajian
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
xiii
xv
xvi
xvii
1
4
7
8
ix
1.6 Skop kajian
1.7 Kepentingan kajian
1.8 Batasan kajian
1.9 Definisi istilah
1.9.1 Harapan
1.9.2 Ibu bapa
1.9.3 Kerjaya
1.9.4 pendidikan
1.9.5 Pengurusan kehidupan
1.9.6 Pekerjaan
1.9.7 Masalah pembelajaran
1.10 Penutup
8
9
9
10
11
11
11
11
12
12
12
12
13
2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Kerjaya
2.3 Kanak-kanak bermasalah pembelajaran
2.4 Pendidikan
2.5 Pekerjaan
2.6 Pengurusan Kehidupan
2.7 Teori Hierarki Keinginan Manusia
(Abraham Maslow)
2.8 Teori Pengharapan
2.9 Kajian Lepas berkenaan kanak-kanak bermasalah
14
14
16
18
20
24
25
28
x
pembelajaran
2.9.1 Pendidikan
2.9.2 Pekerjaan
2.9.3 Pengurusan Kehidupan
2.10 Harapan Ibu bapa terhadap anak bermasalah
pembelajaran
2.11 Penutup
29
29
32
34
35
36
3
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Prosedur Kajian
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian
3.5 Responden Kajian
3.6 Instrumen Kajian
3.7 Kesahan
3.8 Kajian Rintis
3.9 Kebolehpercayaan Kajian
3.10 Kaedah pengumpulan Data
3.11 Analisis Data
3.12 Andaian Kajian
3.13 Penutup
37
38
39
43
44
44
46
47
47
49
49
51
51
xi
4.
5
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Analisa Bahagian A: Latar belakang Responden
4.2.1 Jantina
4.2.2 Bangsa
4.2.3 Pekerjaan Ibu bapa/ penjaga
4.2.4 Pendapatan ibu bapa/penjaga
4.2.5 Umur Anak
4.2.6 Kelulusan Akademik
4.3 Analisa Bahagian B
4.3.1 Harapan ibu bapa terhadap pendidikan anak
Bermasalah pembelajaran.
4.3.2 Harapan ibu bapa terhadap pekerjaan anak
bermasalah pembelajaran.
4.3.3 Harapan ibu bapa terhadap pengurusan
kehidupan anak bermasalah pembelajaran.
4.4 Analisis Keseluruhan
4.5 Penutup
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan
5.3 Perbincangan
5.3.1 Harapan ibu bapa terhadap pendidikan anak
53
53
54
54
55
55
56
57
57
58
60
62
64
65
66
66
67
68
xii
bermasalah pembelajaran.
5.3.2 Harapan ibu bapa terhadap pekerjaan anak
Bermasalah pembelajaran.
5.3.3 Harapan ibu bapa terhadap pengurusan
kehidupan anak bermasalah pembelajaran.
5.4 Cadangan
5.4.1 Ibu Bapa atau Penjaga
5.4.2 Sekolah dan Guru
5.4.3 Pihak Kerajaan
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
71
74
75
76
76
77
78
79
80
88
xiii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.0 Pendaftaran Orang kurang upaya mengikut
jenis kecacatan 2006-2008
2
3.1 Skala likert 42
3.2 Taburan responden berdasarkan sekolah 44
3.3 Item bahagian A 45
3.4 Item soal selidik mengikut persoalan kajian 45
3.5 Skala likert 46
3.6 Nilai kolerasi dan interprestasi
kebolehpercayaan soal selidik
48
3.7 Kriteria menganalisis data 50
3.8 Tahap penilaian responden berdasarkan
peratus, Mohd Najib ( 1997 )
50
4.1 Taburan responden berdasarkan jantina 54
4.2 Taburan responden berdasarkan bangsa 54
4.3 Taburan responden berdasarkan pekerjaan ibu
bapa
55
4.4 Taburan responden berdasarkan pendapatan
ibu bapa
56
4.5 Taburan responden berdasarkan umur anak 56
4.6 Taburan responden berdasarkan kelulusan
akademik
57
4.7 Skor analisis item 58
4.8 Taburan responden mengikut peratusan bagi
pendidikan
58
4.9 Taburan responden mengikut peratusan bagi
pekerjaan
60
4.10 Taburan responden mengikut peratusan bagi
xiv
pengurusan kehidupan 62
4.11 Taburan responden mengikut peratusan
keseluruhan bagi harapan ibu bapa terhadap
masa depan anak bermasalah pembelajaran
6
xv
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1
Carta Alir Prosedur Kajian
40
xvi
SENARAI SIMBOL / SINGKATAN
OKU - Orang Kurang Upaya
SPSS - Statistic Package for Social Science
PBB - Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu
UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah
PMR - Penilaian Menengah Rendah
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
IDEA - Individuals with Disability Education Act
JTK - Jabatan Tenaga Kerja
SPOKU - Sistem Penempatan Orang Kurang Upaya
NGO - Non Goverment Organization
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SLD - Severe Learning Disabled
LD - Learning Disabilities
SED - Seriously Emotionally Disturbed
RM - Ringgit Malaysia
UTM
BIL
%
f
-
-
-
-
Universiti Teknologi Malaysia
Bilangan
Peratus
Frekuensi
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
A Senarai Bilangan Sekolah Pendidikan Khas Di Johor Bahru
B Contoh Borang Soal Selidik
C Pengesahan Instrumen
D Surat kebenaran EPRD
E Surat kebenaran Jabatan pendidikan Negeri Johor
F
G
Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan
Analisa Nilai Kebolehpercayaan Alpha Cronbach
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Proses pertumbuhan dan perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak
lazimnya diikuti dengan penuh debaran oleh para ibu bapa. Setiap kecerdikan anak
akan disambut dengan penuh kegembiraan. Sebaliknya, ibu bapa akan berasa cemas
sekiranya terdapat sesuatu yang dirasakan tidak kena dengan perkembangan anak
yang disayangi.
Berita yang mendebarkan ibu bapa adalah apabila mereka mendapat tahu
anak mereka berada dalam golongan kurang upaya. Menurut pengerusi Institut
Pembangunan Keluarga Dan Kanak-kanak Nury, Noor Laily Abu Bakar (2006),
golongan kurang upaya terdiri daripada orang yang mengalami kecederaan otak dan
sistem saraf yang mungkin bermula dalam kandungan atau waktu kelahiran serta
kadang-kadang selepas demam panas akibat serangan bakteria atau virus yang
menyebabkan demam melarat ke dalam otak ataupun selepas berlaku sesuatu
kemalangan. Selain itu, Orang Kurang Upaya (OKU) berdasarkan Akta Orang
Kurang Upaya 2007 termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka
panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi
dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka
dalam masyarakat
2
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), golongan OKU merupakan 10 peratus daripada jumlah penduduk di
dunia. Sebanyak 80 peratus daripada golongan ini berada di negara-negara
membangun. Berdasarkan statistik PBB itu, maka, iaitu 10 peratus daripada jumlah
penduduk Malaysia seramai 28 juta orang (Marzuki Ibrahim,2010)
Mengikut statistik Jabatan Kebajikan Malaysia pula, statistik OKU mengikut
jenis kecacatan yang berdaftar adalah seperti jadual 1.1.
Jadual 1.0 Pendaftaran Orang Kurang Upaya mengikut jenis kecacatan,
2006-2008
TAHUN
JENIS KECACATAN 2006 2007 2008
Penglihatan 18, 258 20, 039 22, 856
Pendengaran 29, 522 31, 715 34, 580
Fizikal 66, 250 73, 559 83, 070
Masalah Pembelajaran 76, 619 85, 812 96, 246
Celebral Palsy 887 1, 728 2,890
Lain - lain 5,983 7, 338 9,216
JUMLAH 197, 519 220, 250 248, 858
( Sumber Jabatan Kebajikan Masyarakat)
Berdasarkan jadual pendaftaran OKU, salah satu kategori OKU ialah
golongan bermasalah pembelajaran. Golongan ini mencatatkan bilangan yang paling
ramai berbanding jenis kecacatan yang lain. Adalah sukar untuk kita mentafsirkan
makna masalah pembelajaran. Semua orang memberikan makna dan erti yang
berbeza mengikut pandangan masing-masing. Ibu bapa dan guru-guru juga kadang
kala membuat tanggapan -tanggapan yang mungkin kurang tepat terhadap kanak -
kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Si anak dikatakan malas, tidak
bermotivasi, bodoh atau asyik bermain sahaja. Terdapat pula sesetengah ibu bapa
yang menyalahkan pihak guru dengan mengatakan bahawa guru kurang
berpengalaman, teknik mengajar tidak berkesan, pilih kasih atau kurang memberikan
perhatian kepada si anak.
Siapakah Kanak-Kanak Bermasalah Pembelajaran?. Menurut Chua Tee Tee
dan Koh Bon Boon (1992), kanak-kanak bermasalah pembelajaran termasuklah
3
kanak-kanak yang tersekat sosial dan mempunyai kebolehan intelek yang terhad dan
taraf pencapaian pendidikan dikatakan kurang daripada 80 peratus daripada rakan
sebaya masing-masing. Peringkat perkembangan inteleknya juga mungkin terjejas.
Menurut Kementerian Kesihatan Malasyia, kanak-kanak bermasalah pembelajaran
terdiri daripada kanak-kanak yang tidak dapat mencapai tahap dalam pelajaran
sepertimana kanak-kanak lain pada umur yang sama setelah melalui beberapa
pengukuran secara objektif (DSM IV).
Golongan OKU bermasalah pembelajaan boleh mengikuti kelas di sekolah-
sekolah rendah dan menengah di negara kita. Mereka juga diberikan peluang
melanjutkan pelajaran ke politeknik, kolej atau universiti jika memenuhi syarat
kemasukan. Terdapat segelintir yang berjaya menduduki peperiksaan awam seperti
UPSR, PMR, dan SPM.
Namun, kebanyakan OKU yang telah meninggalkan bangku sekolah di
negara ini masih belum terbela seperti yang diharapkan oleh ibu bapa dan pertubuhan
bukan kerajaan. Hakikatnya, mereka sering kali menjadi mangsa kepada stigma
masyarakat dan juga faktor sosial disebabkan faktor kekurangan fizikal. Kekurangan
ini dijadikan alasan majikan untuk menolak permohonan kerja mereka secara terang-
terangan walaupun berkelayakan akademik dan kemahiran. Adakah mereka
didiskriminasi atau tiada kelayakan? . Pada kebiasaannya, masyarakat umum
berharap agar para majikan menerima pekerja daripada golongan yang hanya
mengalami sedikit kekurangan.
Peluang masa depan golongan OKU amat terbatas dari aspek peluang
kerjaya, kekeluargaan, sosial dan kemasyarakatan. Sehingga kini, golongan OKU
masih belum dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara terbuka. Majikan
seolah-olah takut hendak mengambil mereka bekerja padahal mereka juga sama
seperti manusia biasa. Tetapi jika dilatih dengan cara yang betul pasti mereka juga
dapat melakukan pekerjaan malah menampilkan komitmen yang lebih tinggi dan
tekun (Zinaida Ariffin, 2006).
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara umumnya kanak-kanak bermasalah pembelajaran menghadapi
kesukaran dalam pemprosesan maklumat atau lambat menerima pembelajaran.
Namun demikian kanak-kanak ini boleh berjaya sekiranya mereka mendapat bantuan
lebih awal. Mereka perlu diberi bantuan dari aspek perubatan dan pembelajaran
secara seiringan. Banyak model bantuan lebih awal yang bersesuaian dengan
perkembangan psikomotor, fisiologi, kognitif, emosi dan seumpamanya perlu
diberikan kepada kanak-kanak ini bagi menggalakkan mereka belajar dan terus
belajar. Antara kejayaan yang dapat diketengahkan adalah seperti Albert Einstein,
Alexander Graham Bell, George Washington, Henry Winkler, Thomas Edison, Walt
Disney, Winston Churchill dan Woodrow Wilson (K.A Rhaziyah,2006)
Pada tahun 1977, satu peruntukan di bawah perlembagaan Amerika Syarikat
( Public Law 94-142 ) diluluskan bagi mengiktiraf hak anak-anak Amerika yang
mengalami masalah pembelajaran. Ia khusus bagi mendapatkan pemeriksaan serta
kaedah yang sesuai bagi menangani masalah mereka. Pada tahun 1981, England dan
Scotland meluluskan Akta Pendidikan yang menyatakan bahawa semua kanak-kanak
wajar mendapat pemeriksaan dan bantuan yang sesuai dengan keperluan mereka.
Di negara kita, pergerakan membangunkan OKU turut ditanggung oleh pihak
kerajaan selain badan bukan kerajaan yang sudah sekian lama memperjuangkan hak
OKU. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, masalah pembelajaran boleh
dibahagikan kepada:
a. Lewat perkembangan: (Global Developmental Delay) bagi kanak-kanak
yang di bawah umur 4 tahun
b. Sindrom Down
c. Autisme
d. Masalah Intelek
e. Masalah Pembelajaran Spesifik seperti Disleksia, Diskalkulia
5
Kanak-kanak bermasalah pembelajaran boleh dikategorikan mengikut kebolehan
fungsi kemahiran berikut:
i. Kebolehan kognitif
ii. Kebolehan menggunakan bahasa dan pertuturan
iii. Penguasaan kemahiran matematik
iv. Penguasaan kemahiran membaca
v. Penguasaan kemahiran berinteraksi yang sesuai
vi. Kemahiran mengikut umurnya
vii. Darjah kebolehan penglihatan
viii. Darjah keupayaan pendengaran
Jika dilihat secara kasar, pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran
mempunyai tingkah laku yang berlainan daripada pelajar normal. Terdapat ciri-ciri
pelajar bermasalah pembelajaran iaitu :
i. Kelakuan yang terlampau aktif
ii. Tidak mempunyai gerakbalas (kaku)
iii. Tidak ada motivasi atau daya penggerak dalam diri
iv. Tidak ada kordinasi (penyelaras motor, mata dan tangan)
v. Terlampau berhati-hati dan teliti
vi. Tidak boleh menumpukan perhatian
vii. Gangguan dalam ingatan
viii. Terlampau menumpukan perhatian
ix. Gangguan dalam pendengaran dan penglihatan
x. Tidak boleh bertindakbalas dengan alam sekeliling
xi. Lemah dalam menguasai 3M
Secara hakikatnya, anak adalah hak ibu bapa dan merekalah yang berusaha
untuk memastikan mereka yang bermasalah pembelajaran mencapai perkembangan
asas yang membolehkan mereka meneruskan hidup dengan bermakna dan berkualiti.
Mereka berharap agar anak istimewa mereka diberikan peluang untuk berdikari,
misalnya dalam dunia kerjaya. Ibu bapa pasti berasa hampa sekiranya anak mereka
berkebolehan untuk bekerja tetapi terus disisihkan oleh masayarakat.
6
Ibu bapa memainkan peranan penting untuk membantu anak yang
mempunyai masalah pembelajaran untuk mecari karier pada masa depan. Ini
bertujuan untuk membentuk peribadi dan sikap positif dalam diri mereka. Seligman
dan Darling (1989 ) mencatatkan keluarga kepada kanak-kanak bermasalah
pembelajaran mempunyai cabaran dan beban yang tidak diketahui oleh orang lain.
Mereka perlu diajar betapa pentingnya berusaha dalam hidup ini semata-mata mahu
mencari sesuap nasi. Mereka sudah dewasa dan alam pekerjaan sudah bermula dalam
hidup mereka.
Persediaan dan kejayaan pendidikan kerjaya amat penting kepada pelajar
berkeperluan khas. Pelajar-pelajar biasa yang tidak mempunyai pendidikan
vokasional yang cukup, akan mudah mempelajari sesuatu kemahiran kemudian
daripada latihan sewaktu kerja. Namun bagi pelajar bermasalah pembelajaran, tanpa
latihan pekerjaan di sekolah, prospek kejayaan mendapatkan pekerjaan adalah amat
lemah (Simches, 2001). Kajian oleh Jamisan (1998) juga mendapati pengalaman
kerja, pendidikan kerjaya dan pengkhususan akademik meyumbang kepada
mendapatkan pekerjaan.
Walaupun kurang dari segi keupayaan dan fizikal itu bukan penghalang untuk
mereka menikmati kehidupan sama seperti manusia normal. Hak tersebut termasuk
diberi peluang saksama untuk mendapatkan pekerjaan sesuai dengan keupayaan,
kemahiran dan kelulusan tanpa sebarang unsur diskriminasi. (Zulhisham Ishak,
2011). Pelbagai kekangan yang terpaksa dihadapi oleh golongan yang istimewa
untuk menempuhi ke alam pekerjaan. Sehingga kini OKU masih belum dapat
diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara terbuka. Majikan seolah-olah takut
hendak mengambil mereka bekerja padahal mereka juga sama seperti manusia biasa,
cuma kurang dalam beberapa segi sahaja. Penyamaan peluang pekerjaan antara
manusia normal dan OKU telah mendapati separuh OKU telah didiskriminasikan
oleh majikan (Rosmawati,2008). Jika dilatih dengan cara yang betul pasti mereka
juga dapat melakukan pekerjaan malah menonjolkan komitmen yang lebih tinggi dan
tekun.
7
1.3 Pernyataan masalah
Ibu bapa sering mengimpikan sesuatu yang baik untuk anak-anak mereka
supaya berjaya pada masa hadapan. Hal ini kerana ibu bapa memainkan peranan
penting dalam penentuan misi dan diri anak bermasalah pembelajaran terhadap masa
depan (Momingstar et al,1995). Namun, ada segelintir yang meletakkan harapan
terlalu tinggi tanpa mengambil tahu tahap pencapaian anak- anak mereka. Harapan
yang tinggi ini akan menyebabkan ibu bapa akan berasa kecewa sekiranya harapan
yang diharapkan tidak tercapai.
Sebagaimana yang diketahui, anak-anak yang mengalami masalah
pembelajaran mempunyai daya pencapaian akademik yang agak lemah berbanding
dengan rakan-rakan seusia dengan mereka (Mohd Sharani,2006). Mereka seperti
berada dalam dunia mereka sendiri, tersisih daripada aliran perdana masyarakat.
Sebenarnya, anak-anak istimewa juga berhak untuk mempunyai masa depan supaya
dapat menjamin masa depan mereka jika ibu bapa sudah tiada lagi. Dengan
kekurangan yang dihadapi, mereka agak sukar untuk mendapatkan peluang pekerjaan
yang sesuai untuk mereka. Walaupun mereka mempunyai kekurangan, terselit juga
kelebihan yang tidak di jangka oleh orang lain.
Ibu bapa juga mempunyai harapan terhadap pendidikan, pekerjaan dan
pengurusan diri anak mereka yang mempunyai masalah pembelajaran. Ibu bapa amat
mengharapakan anak mereka mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan berkualiti.
Kajian Stark et al (1990) menyatakan bahawa kehidupan yang berkualiti adalah gaya
hidup yang dapat memuaskan keperluan dan kehendak seseorang serta memberikan
kepuasan dan kesejahteraan hidup. Tidak dinafikan seringkali berlaku harapan di luar
keupayaan dan kemampuan golongan ini. Terdapat juga ibu bapa yang tidak
mengharapkan langsung pada pencapaian anak mereka kerana mereka seolah –olah
sudah putus asa dan redha dengan apa yang akan berlaku.
8
Sejajar dengan penjelasan di atas, kajian ini dijalankan untuk mengetahui
harapan ibu bapa terhadap masa depan anak yang mempunyai masalah pembelajaran
dari aspek pendidikan, pekerjaan dan pengurusan kehidupan.
1.4 Objektif kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti harapan ibu bapa terhadap masa
depan anak bermasalah pembelajaran dari aspek pendidikan, pekerjaan dan
pengurusan kehidupan.
1.5 Persoalan kajian
Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan jawapan bagi beberapa persoalan
sejajar dengan objektif kajian iaitu :
i. Apakah harapan ibu bapa terhadap masa depan pendidikan anak-anak
bermasalah pembelajaran?.
ii. Apakah harapan ibu bapa terhadap masa depan pekerjaan anak – anak
bermasalah pembelajaran ?
iii. Apakah harapan ibu bapa masa depan pengurusan diri anak – anak
masalah pembelajaran?