Upload
halien
View
214
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
HARAPAN PENGUSAHA INDUSTRI TERHADAP PELAJAR LEPASAN
KOLEJ KOMUNITI DI DAERAH MUAR NEGERI JOHOR
KHAIRUDDIN BIN MISRAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Februari, 2004
i
ii
iii
DEDIKASI
Al-Fatihah buat Almarhum Ayahanda yang di sanjungi lagi dikasihi,
Hj Misran bin Hj Abd Rahman
Semoga roh mu dicucuri rahmat....................
Teristimewa buat bonda yang sangat dikasihi dan disayangi,
Hjh Suramah bte Mat Padir
Berkat doa dan usaha keringat bonda
Anakanda berharap,
Semoga kejayaan anakanda ini dapat membalas jasa mu yang tiada tolok
bandingnya
dan anakanda mengharapkan berkat doa bonda pada halangan dan dugaan yang
anakanda bakal tempuhi.
Buat insan yang tersayang,
Noor Maizurah bte Johari
Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan
Kamu adalah insan yang teristimewa
Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan yang budiman
Segala kerjasama yang diberikan akan ku hargai hingga akhir hayat.
Semoga sisa-sisa perjuangan ini akan meninggalkan kenangan manis yang tidak
akan dapat dilupakan hingga akhir hayat..........
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT dengan segala limpah
rahmat dan kurniaNya projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan dengan sempurna
dalam jangka masa yang telah ditetapkan setelah melalui pelbagai cabaran dan
dugaan.
Penulis dengan rasa penuh keikhlasan ingin mengucapkan jutaan terima kasih
yang tidak terhingga serta penghargaan ikhlas kepada Prof. Madya Dr Muhammad
Rashid bin Hj Rajuddin selaku penyelia projek yang sentiasa memberi bimbingan,
dorongan, nasihat dan ide -ide yang membina dalam usaha menyiapkan penyelidikan
ini.
Rakaman terima kasih dan penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu menjayakan
projek penyelidikan ini.
v
ABSTRAK
Kajian yang berkaitan dengan harapan industri tempatan kepada pekerjanya
telah banyak dijalankan di negara-negara maju dan ianya semakin mendapat
perhatian daripada banyak pihak terutamanya kajian yang melibatkan institusi
pendidikan vokasional dan teknikal atau Kolej Komuniti dengan pihak industri.
Walau bagaimanapun, kajian sedemikian masih belum begitu meluas dilaksanakan di
negara kita khususnya kajian yang melibatkan industri tempatan. Kajian ini adalah
tertumpu di sekitar daerah Muar, Johor, yang bertujuan untuk mengetahui harapan
pengusaha industri terhadap pelajar lepasan Kolej Komuniti yang ditekankan oleh
industri tempatan di daerah ini. Kajian ini melibatkan seramai 47 responden yang
terdiri daripada majikan industri tempatan yang mana industri tersebut berada di
berdekatan dengan Kolej Komuniti dan berdaftar di daerah Muar. Pemilihan sampel
adalah menggunakan kaedah pensampelan secara rawak, di mana dalam kaedah ini,
pengkaji memilih sebanyak 47 sampel dari industri yang berasaskan kejuruteraan
elektrik dan jentera. Instrumen kajian ini ialah dengan menggunakan satu set borang
soal selidik yang telah diuji kesahan dan kebolehpercayaannya melalui kajian rintis.
Data yang diperoleh di kumpul dan dianalisis dengan cara analisis berkomputer iaitu
menggunakan perisian “Statistical Packages For the Social Sciences (SPSS) for
Windows” versi 11.0. Dapatan kajian dinyatakan dalam bentuk peratusan dan purata.
Kajian ini secara keseluruhannya mendapati bahawa para pengusaha industri di
daerah Muar ini lebih mementingkan dan menekankan aspek kemahiran di kalangan
pekerjanya dan mengharapkan lepasan Kolej Komuniti memenuhi harapan industri
ini berbanding aspek-aspek yang lain yang dinyatakan iaitu aspek ilmu pengetahuan,
tahap berkomunikasi dan juga sikap kerja yang baik.
vi
ABSTRACT
.
Studies regarding employer’s expectations of their workers were common in
most developed countries. In Malaysia, however this type of studies are not
common. Today, collaboration with local industries and vocational and technical
institutions or Community Colleges is pertinent in determining how skillful or
knowledgeable the workers are after finishing their studies. This thesis, is to study
the expectations of the industries towards the graduates of the Community College
in Muar, Johor. This study involved 47 respondents from local industries located
near the Muar Community College. Sample have been collected randomly and their
business were based on electrical and mechanical engineering area. Questionnaires
were used as a mean of gathering data. The data collected have been analyzed using
“Statistical Packages For the Social Sciences (SPSS) for Windows” version 11.0
program and the results were presented in a form of percentage and average only. In
conclusion, most selected employers need skillful workers graduating from the
Community College rather than other aspects like communication skills, academic
profile or working etiquette.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN TESIS
JUDUL
PENGESAHAN PENYELIA i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
viii
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Objektif Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Vokasional 11
1.8.2 Sikap Kerja 11
1.8.3 Ilmu Pengetahuan 11
1.8.4 Industri 12
1.8.5 Kemahiran 12
1.8.6 Komunikasi 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kemahiran 13
2.3 Pengetahuan 13
2.4 Komunikasi Di Tempat Kerja 18
2.5 Sikap Kerja 20
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 23
3.3 Sampel Kajian 23
3.4 Tempat Kajian 24
ix
3.5 Instrumen Kajian 24
3.5.1 Bahagian A 25
3.5.2 Bahagian B 25
3.6 Kajian Rintis 26
3.7 Prosedur Kajian 26
3.8 Prosedur Analisis Data 28
3.9 Andaian 29
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 30
4.2 Keputusan dan Analisis Data Bahagian A 31
4.2.1 Analisis Bagi Bilangan Responden
Mengikut Jantina 31
4.2.2 Analisis Bagi Bilangan Responden
Mengikut Keturunan 32
4.2.3 Analisis Bagi Bilangan Responden
Mengikut Jawatan dalam Pentadbiran 32
4.2.4 Analisis Bagi Bilangan Responden
Mengikut Umur 33
4.2.5 Analisis Bagi Bilangan Responden
Mengikut Kelulusan Akademik 34
4.2.6 Analisis Bagi Bilangan Responden
Mengikut Pengalaman Pengurusan 34
4.2.7 Analisis Bagi Bilangan Responden
Mengikut Jenis Perusahaan 35
x
4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 36
4.3.1 Persoalan Kajian 1
Lepasan Kolej Komuniti Mempunyai
Kemahiran Yang Baik Di Dalam Bidang
Kerjayanya Menjadi Kehendak
Industri Tempatan 37
4.3.2 Persoalan Kajian 2
Lepasan Kolej Komuniti Mempunyai
Tahap Ilmu Pengetahuan Yang Baik
Akan Menjadi Kehendak Industri
Tempatan 39
4.3.3 Persoalan Kajian 3
Lepasan Kolej Komuniti Mempunyai
Tahap Komunikasi Yang Baik Akan
Menjadi Kehendak Industri Tempatan 41
4.3.4 Persoalan Kajian 4
Lepasan Kolej Komuniti Mempunyai
Sikap Kerja Yang Baik Akan Menjadi
Kehendak Industri Tempatan 43
4.3.5 Rumusan Terhadap Persoalan Kajian 44
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 47
5.2 Rumusan 48
5.3 Perbincangan 49
5.4 Cadangan 58
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 59
5.6 Penutup 60
xi
BIBLIOGRAFI 62
LAMPIRAN
Lampiran A: Soal Selidik
Lampiran B: Nilai Kebolehpercayaan Alpha Dalam
Kajian Rintis
Lampiran C: Surat Akuan Universiti
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pemeringkatan Lima Skala Kepada Tiga Skala 28
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 31
4.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 32
4.3 Taburan Responden Mengikut Jawatan dalam Pentadbiran 32
4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 33
4.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik 34
4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Pengurusan 34
4.7 Taburan Responden Mengikut Jenis Perusahaan 35
4.8 Taburan Kemahiran Yang Diperlukan Di Dalam Industri 37
4.9 Taburan Tahap Ilmu Pengetahuan Yang Diperlukan
Di Dalam Industri 39
4.10 Taburan Tahap Komunikasi Yang Diperlukan
Di Dalam Industri 41
4.11 Taburan Sikap Kerja Yang Diperlukan Di Dalam
Industri 43
4.12 Keputusan Analisis Dapatan Kajian Keseluruhan. 44
4.13 Keputusan Analisis Dapatan Kajian Keseluruhan
Mengikut Kedudukan Tinggi Kepada Rendah 46
xiii
SENARAI SINGKATAN
1. SPSS Statistical Packages For the Social Sciences
2. ILP Institut Latihan Perindustrian
3. IKBN Institut Kemahiran Belia Negara
4. IKM Institut Kemahiran Mara
5. SKM Sijil Kemahiran Malaysia
6. LLPPKK Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan
Ketukangan Kebangsaan
7. MLVK Majlis Latihan Vokasional Malaysia
8. KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
9. JPT Jabatan Pendidikan Teknikal
10. UTM Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Nilai Kebolehpercayaan Alpha Dalam
Kajian Rintis
C Surat Akuan Universiti
1
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Pada tanggal 28 Februari 1991, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekas
Perdana Menteri kita, telah mengemukakan satu pandangan yang jauh dalam
menyediakan rangka pembangunan masa hadapan negara. Beliau telah membentangkan
satu kertas kerja bertajuk “Malaysia -The Way Forward” sewaktu pelancaran Majlis
Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur di mana di dalam ucapannya beliau telah
menekankan matlamat untuk menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara
industri dan pembentukan sebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang
tahun 2020 menurut acuan nagara kita sendiri. Segala ucapan beliau kemudiannya
ditafsirkan sebagai Wawasan 2020 (Mohd Rosli , 2000). Industri, terutamanya industri
kecil memainkan peranan yang penting di dalam pembangunan ekonomi negara.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Mohd Asri (1996) industri kecil dan sederhana
merangkumi 75 peratus daripada bilangan sektor industri pembuatan di Malaysia.
Menurut Chee (1986) di antara peranan utama industri kecil di negara ini ialah
menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan jumlah pengeluaran dan
meningkatkan kadar penjimatan dalam ekonomi.
2
Dalam keghairahan rakyat Malaysia mencapai matlamat Wawasan 2020 yang
sering dilaungkan di setiap bibir rakyat Malaysia dan untuk bersaing dengan negara
maju, bidang pendidikan memainkan peranan yang sangat besar di samping mendapat
kerjasama daripada masyarakat, pihak industri tempatan dan juga luar negara. Industri
bukan hanya menjadi tapak menyediakan latihan industri untuk para pelajar, sebaliknya
industri juga boleh membantu tugas penyelidikan dan perundingan di Institusi Pengajian
Tinggi Awam (Berita Harian , 2003). Kenyataan ini bertepatan dengan kerjasama yang
sangat diperlukan di antara pihak industri dengan bidang pendidikan supaya hasil
kerjasama ini mendapat pulangan dan kesan yang positif dan seterusnya akan memberi
keyakinan masyarakat untuk terus memberikan kerjasama yang tanpa sempadan.
Dalam konteks pendidikan pada hari ini khususnya di Malaysia, bidang teknikal
menjadi aspek penting untuk ditekankan bagi melahirkan tenaga mahir yang bakal
menggembleng tenaga di dalam sektor industri tempatan. Ini bersesuaian dengan
penyataan di mana institusi yang memberikan latihan kemahiran bertanggungjawab
menyediakan latihan teknikal secara formal bagi membolehkan golongan remaja lepasan
sekolah dan pekerja-pekerja di industri mendapat kemahiran teknikal dalam bidang
perdagangan tertentu. Pendedahan dan latihan ini amat penting supaya pelajar mendapat
pengalaman dan menambahkan kemahiran mereka (Alberth, 1996). Usaha ini sejajar
dengan matlamat penubuhan institusi kemahiran untuk mengeluarkan tenaga kerja mahir
bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian, meningkatkan kemahiran pekerja
industri dan menyediakan peluang kepada golongan remaja lepasan sekolah memperoleh
pekerjaan melalui latihan kemahiran perindustrian yang sistematik (Mohd Rosli , 2000).
Institusi-institusi yang menyediakan latihan kemahiran yang terampil dan
menyediakan pengetahuan tentang pendidikan vokasional yang bernaung di bawah
bumbung kerajaan Malaysia ialah seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut
Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Kemahiran Mara (IKM) dan yang terbaru
ialah dengan penubuhan Kolej Komuniti. Menurut Stevenson dan Mc Karanagh (Poole ,
1992), pendidikan vokasional ialah proses pembelajaran yang mana ia bukan sahaja
mengandungi dan mementingkan pengalaman dan pembelajaran secara formal, tetapi ia
3
juga mengandungi pembelajaran tentang pembangunan sumber manusia, memberi
latihan dan kemahiran berasaskan teknologi industri yang terkini, pengurusan kewangan,
perdagangan dan juga keusahawanan. Kenyataan ini disokong lagi oleh Marland (1974)
yang menerangkan bahawa pendidikan vokasional adalah usaha pihak sekolah atau
institusi mengajar subjek atau kurikulum yang berasaskan praktikal untuk memberikan
para pelajarnya asas pengetahuan, kemahiran dan persediaan untuk memasuki ke alam
pekerjaan. Sehubungan dengan itu, untuk melahirkan tenaga pekerja yang berkemahiran
dan berpengetahuan di dalam skop bidang tertentu, peranan pusat-pusat pendidikan yang
berteraskan kemahiran vokasional adalah salah satu jalan penyelesaian untuk memenuhi
kehendak permintaan tenaga kerja yang berkemahiran serta terampil dan juga
berpengetahuan.
Pelajar aliran kemahiran ini akan disediakan untuk menduduki peperiksaan Sijil
Kemahiran Malaysia (SKM) yang dikelolakan olah Majlis Latihan Vokasional
Kebangsaan (MLVK) yang ditubuhkan pada 2 Mei 1989, yang dahulunya dikenali
sebagai Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan
(LLPPKK) yang ditubuhkan pada tahun 1971, di bawah Kementerian Sumber Manusia.
Matlamat penubuhan Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK) adalah untuk
mewujudkan satu sistem penyelarasan latihan vokasional dan perindustrian yang
menyeluruh dan bersesuaian dengan strategi dan objektif pembangunan teknologi.
Selain itu, tujuan penubuhan MLVK ialah menentukan pencapaian tahap kemahiran
seimbang bagi menggunakan sepenuhnya potensi latihan di loji-loji yang terpilih di
institusi-institusi latihan awam yang terakhir ialah bagi menyelaras pembangunan
kemahiran dan melaksanakan Persijilan Kemahiran Kebangsaan bagi memenuhi
keperluan sebenar pengguna tenaga negara. Menurut Swetz dan Tim (1982) pula,
penilaian dibuat adalah untuk memastikan kesediaan pelajar bagi memulakan kerja yang
baru dan menentukan sama ada pelajar-pelajar sudah menguasai kemahiran, konsep dan
pengetahuan yang diperlukan bagi memahami isi pelajaran yang disampaikan.
4
Sistem penilaian yang dilaksanakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK) adalah untuk memastikan bakal pelajar yang tamat pengajian di dalam bidang
masing-masing memenuhi tahap kemahiran yang ditetapkan dan ia sekali gus mengisi
ruang dan tempat di dalam industri tempatan. Segala kemahiran dan pengetahuan yang
telah diberikan dapat menolong meyakinkan kesamarataan peluang dalam
melengkapkan pelajar dengan keperluan kemahiran teknikal yang luas untuk pekerjaan
di dalam kehendak industri yang terkini (Wilms , 1988). Oleh itu, jelas menunjukkan
matlamat kerajaan menubuhkan institusi kemahiran untuk memenuhi tenaga pekerja di
industri tempatan yang berketerampilan selain dari menuju meningkatkan taraf ekonomi
di negara kita pada paras yang stabil dan selamat.
1.2 Latar belakang Masalah
Penubuhan Kolej Komuniti di bawah perlaksanaan Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM) dan di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Teknikal (JPT), adalah
merupakan institusi kemahiran yang memberi peluang membangunkan potensi dan
mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan sekolah menengah dan masyarakat
setempat melalui pendidikan dan latihan yang disediakan (Kolej Komuniti Kementerian
Pendidikan Malaysia , 2002). Perlaksanaan untuk menubuhkan Kolej Komuniti ini
adalah berpandukan kepada kehendak masyarakat setempat, pihak industri mahupun
rakyat Malaysia yang inginkan pendidikan vokasional ini dikecap oleh segenap lapisan
masyarakat di negara kita. Penubuhan Kolej Komuniti ini mempunyai objektif khusus
yang ingin dicapai bagi merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan. Objektif
penubuhan Kolej Komuniti ialah : -
1 Menyediakan pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti. 2. Menganjurkan dan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan
menengah. 3. Menganjur dan menyediakan pendidikan sepanjang hayat dalam
pembangunan komuniti berpengetahuan
5
4. Menyediakan rangkaian strategik untuk pengukuhan aktiviti sosioekonomi di kalangan pelanggan setempat dan pihak berkepentingan
5. Menyediakan kemudahan dan pilihan berpusatkan komuniti. (Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia , 2002: 1)
Berlandaskan kepada objektif penubuhan Kolej Komuniti ini, ia melibatkan dan
mempunyai hubung kait yang rapat di antara pihak Kolej Komuniti, pihak industri dan
juga pihak masyarakat setempat. Menyedari kepentingan sistem pendidikan dan latihan
didapati bahawa negara Jerman mengamalkan sistem pelatih atau perintis yang dipuji
dan diiktiraf sejagat. Ini adalah kerana ia adalah salah satu model aliran daripada
institusi kemahiran kepada aliran kerja. Ia menggabungkan pendidikan, latihan dan
kerja praktikal serta mendapat kerjasama di antara pihak industri, institusi dan juga
masyarakat (Tajulddin , 1997).
Bagi merealisasikan kerjasama di antara pihak industri, institusi kemahiran dan
masyarakat, kerjasama yang berterusan perlu dijalankan dari masa ke semasa. Ini
kerana perubahan teknologi di dalam industri terlalu cepat mengalami pembaharuan
teknologi dan ini memberi kesan kepada pengeluaran tenaga pekerja yang dilaksanakan
oleh institusi kemahiran seperti contoh Kolej Komuniti. Menurut Tajulddin (1997) lagi,
ekonomi perindustrian memerlukan sistem pendidikan dan latihan yang lebih fleksibel
iaitu sentiasa mengikuti perubahan-perubahan teknologi selari dengan perubahan pesat
dalam pengeluaran dan pasaran buruh. Ini kerana dengan kepesatan teknologi di
industri, pengeluaran hasil atau produk sesuatu perusahaan dapat ditingkatkan dan
pengeluaran atau ekonomi nagara menjadi kukuh. Ini disokong dengan kenyataan
Blakers (1992) di mana beliau menyatakan bahawa teknologi adalah salah satu
penggerak utama kepada perubahan produktif dan seterusnya akan memberi kesan
kepada peningkatan ekonomi.
Di dalam memenuhi kehendak negara dalam meningkatkan ekonomi, pihak
industri memerlukan ramai bakal pekerja yang mempunyai kemahiran berpengetahuan
dan mampu mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari di dalam penggunaan
6
teknologi terkini. Teknologi digunakan untuk memenuhi keperluan manusia, oleh
kerana manusia sentiasa mencipta dan menggunakan cara atau proses yang baru untuk
memudahkan kehidupan mereka, maka penggunaan teknologi telah menyebabkan
berlaku perubahan yang banyak kepada kehidupan manusia dan produktiviti (Zainal,
1999). Jika institusi kemahiran tidak mengikuti perkembangan teknologi di perusahaan
industri, berkemungkinan latihan kemahiran yang diberikan tidak memenuhi kehendak
industri dan ini sekali gus memberi kesan pengeluaran tenaga kerja mahir. Clark (1962)
telah membentuk satu teori pendidikan fungsi teknika l. Teori ini menyatakan bahawa
keperluan kemahiran bagi sesuatu pekerjaan itu akan bertambah dengan terdapatnya
perubahan teknologi di dalam masyarakat perindustrian. Keadaan ini membawa kepada
peratusan pekerja tidak mahir akan menurun, manakala peratusan pekerja mahir akan
meningkat.
Proses pembuatan daripada industri ialah satu proses yang mengkoordinasi
kebolehan manusia, alatan dan mesin untuk mengubah bahan mentah menjadi barangan
berguna dan berteknologi di industri telah menjadi teras kepada pembangunan dan
ekonomi negara (Zainal , 1999) dan pernyataan ini jelas menunjukkan bahawasanya
kombinasi di antara kebolehan manusia termasuklah kemahiran yang dimiliki oleh
seseorang individu, penggunaan peralatan yang berteknologi merupakan teras
pembangunan ekonomi negara. Di dalam proses pembentukan kemahiran yang
memenuhi kehendak industri tempatan pelbagai elemen perlu dikenal pasti ia
termasuklah pembentukan kemahiran gaya berfikir yang merangkumi kemahiran berfikir
secara kreatif, positif, negatif, analitis, matematik, informatif, logik, kritikal, emotif,
nilai, sistematik dan intuitif (Ainon dan Abdullah , 1994). Gaya berfikir ini mempunyai
pelbagai fungsi dan peranan yang tersendiri dan unik dalam menyelesaikan sesuatu
masalah atau membuat keputusan. Menurut Som dan Mohd Dahlan (1998) kemahiran
berfikir ialah kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai
kemungkinan, menghasilkan sesuatu yang baru, asli, dan bernilai sama ada bersifat jud,
abstrak, ide atau gagasan dan ia sekali gus bertujuan dan berperanan untuk
merealisasikan Wawasan 2020 dan hasrat negara, memupuk dan mewujudkan pemikiran
7
yang baik dan berkesan, mengamalkan budaya berfikir secara kritis dan kreatif,
mengelakkan kesilapan berfikir dan meningkatkan kualiti berfikir.
Pelbagai lagi kerjasama yang diperlukan di antara pihak industri dan institusi kemahiran
terutamanya Kolej Komuniti bagi memastikan lepasan pelajarnya dapat memenuhi
kehendak industri tempatan.
1.3 Pernyataan Masalah
Sistem pentadbiran dan sistem pengurusan bagi sesebuah satu sektor pekerjaan
mempunyai kehendaknya sendiri terhadap pekerjanya. Sistem pemilihan pekerja yang
baik dalam sesebuah pengurusan sesuatu industri dapat meningkatkan mutu kerja yang
diberikan dan menghasilkan produk yang ba ik dan seterusnya bermutu tinggi. Selain
daripada pelajar lepasan Kolej Komuniti ini menamatkan pengajiannya dengan
memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan mencapai tahap yang dikehendaki
untuk membolehkan pelajar mendapat pekerjaan yang baik, apakah kekuatan lain yang
membolehkan pihak industri tertarik dan berminat untuk mengambil pelajar lepasan
Kolej Komuniti ini bekerja di sektor industri. Oleh itu adalah perlu bagi memastikan
setiap masyarakat, pelajar kolej komuniti mahupun pihak pengurusan kolej mengetahui,
apakah harapan pengusaha industri tempatan terhadap pelajar-pelajar lepasan Kolej
Komuniti bagi memenuhi kehendak pihak industri tempatan?.
8
1.4 Persoalan Kajian
Untuk menjawab penyataan masalah di atas, kajian ini telah dibahagikan kepada
beberapa aspek untuk dikaji oleh pengkaji:
(i) Adakah kemahiran yang baik daripada lepasan Kolej Komuniti diperlukan di
dalam industri?
(ii) Adakah ilmu pengetahuan yang baik daripada lepasan Kolej Komuniti
diperlukan di dalam industri?
(iii) Adakah komunikasi yang baik daripada lepasan Kolej Komuniti diperlukan
di dalam industri?
(iv) Adakah sikap kerja yang baik daripada lepasan Kolej Komuniti diperlukan di
dalam industri?
1.5 Objektif Kajian
Pelajar Kolej Komuniti yang terdiri daripada pelbagai kursus yang diikuti
merupakan pelajar yang terdedah kepada risiko untuk memperoleh pekerjaan yang baik
selepas tamat pengajian kelak. Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah
untuk menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan sebelum ini. Oleh itu, kajian
ini dilakukan berdasarkan beberapa objektif yang berikut :-