5
HASIL PEMBACAAN Sebelum saya menjalani praktikum, saya telah membaca pelbagai jenis sumber, antaranya blog sekolah Sahom untuk mendapatkan pandangan awal dan maklumat tentang sekolah tersebut serta beberapa buah buku ilmiah antaranya ialah buku Permainan Bahasa. Buku ini sangat bagus kerana membantu saya dalam melaksanakan dan mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas. Tambahan pula saya mengajar tahun 3, jadi pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas memerlukan saya mereka dan mencipta pelbagai aktiviti yang menarik bagi menarik minat murid di dalam kelas saya untuk belajar dan bersemangat ketika menjalani aktiviti pembelajaran. Sepanjang dua minggu menjalani praktikum di sekolah ini, semasa pengjaran saya berlangsung saya telah mereka pelbagai aktiviti yang menarik anratanya ialah cari kata, teka silang kata, domino perkataan dan sebagainya. Kesemua aktiviti permainan bahasa ini saya ambil daripada buku permainan bahasa yang ditulis oleh Kamarudin Hj. Husin dan juga Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. Selain daripada buku ini, saya juga mendapat pembacaan daripada lembaran RPH yang diberikan oleh pensyarah bahasa Melayu. Lembaran RPH ini sangat bagus dan penting sebagai rujukan

HASIL PEMBACAAN

  • Upload
    violet

  • View
    42

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

HASIL PEMBACAANSebelum saya menjalani praktikum, saya telah membaca pelbagai jenis sumber, antaranya blog sekolah Sahom untuk mendapatkan pandangan awal dan maklumat tentang sekolah tersebut serta beberapa buah buku ilmiah antaranya ialah buku Permainan Bahasa. Buku ini sangat bagus kerana membantu saya dalam melaksanakan dan mempelbagaikan aktiviti di dalam kelas. Tambahan pula saya mengajar tahun 3, jadi pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas memerlukan saya mereka dan mencipta pelbagai aktiviti yang menarik bagi menarik minat murid di dalam kelas saya untuk belajar dan bersemangat ketika menjalani aktiviti pembelajaran. Sepanjang dua minggu menjalani praktikum di sekolah ini, semasa pengjaran saya berlangsung saya telah mereka pelbagai aktiviti yang menarik anratanya ialah cari kata, teka silang kata, domino perkataan dan sebagainya. Kesemua aktiviti permainan bahasa ini saya ambil daripada buku permainan bahasa yang ditulis oleh Kamarudin Hj. Husin dan juga Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. Selain daripada buku ini, saya juga mendapat pembacaan daripada lembaran RPH yang diberikan oleh pensyarah bahasa Melayu. Lembaran RPH ini sangat bagus dan penting sebagai rujukan ketika membuat rancangan pengajaran harian. Tambahan pula, semasa menjalani praktikum selama 3 bulan ini saya dikehendaki mengajar tahap 1 iaitu menggunakan KSSR. Jadi bagi saya ilmu untuk saya mengajar dalam KSSR masih baru kerana sebelum ini, saya mengajar dalam KBSR, jadi melalui lembaran RPH yang diberikan oleh pensyrah Bahasa Melayu amat berguna kepada saya dan juga rakan-rakan saya yang lain. Saya akan menambahkan lagi koleksi pembacaan saya dengan mencari buku-buku atupun sebarang risalah sumber bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya.

HASIL PERBINCANGANPada tahun ini saya dikehendaki menjalani praktikum selama 3 bulan di Sekolah Kebangsaan Sahom. Hasil perbincangan saya dengan guru pembimbing saya iaitu Puan Suryani Bt Musa saya dikehendaki mengajar tahun 3 Gemilang. Masa yang diperuntukkan untuk saya mengajar adalah 10 masa seminggu. Saya telah ditugaskan untuk mengajar subjek major iaitu Bahasa Melayu selama 8 masa seminggu dan juga subjek minor iaitu Sastera selama 2 masa seminggu. Selain itu juga, hasil perbincangan dengan guru pembimbing, saya perlu mengikuti Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Bahasa Melayu semasa mengajar dan juga membuat rancangan pengajaran harian. Di samping itu juga, saya juga perlu menyambung tajuk pelajaran guru kelas mereka. Hasil daripada perbincangan dengan guru kelas terbabit, mereka mengatakan bahawa segala lembaran kerja ataupun lembaran aktiviti perlu ditampal di dalam buku latihan murid-murid yang telah disediakan sebelum ini. Selepas itu, murid-murid perlu menyiapakan buku aktiviti yang telah disediakan oleh mereka. Saya perlu menanda buku aktiviti dan juga buku latihan setiap kali selepas mengajar. Selain daripada mengajar, semasa berada di sekolah ini saya dan rakan saya perlu melatih murid tahun 4, 5 dan 6 dalam aktiviti kokurikulum pada setiap hari Rabu. Hasil perbincangan dengan Pk Kokurikulum iaitu selaku guru pembimbing saya. Saya perlu melatih murid dalam unit badan berunifom iaitu puteri islam. Walaupun semasa berada di Institut Perguruan Ipoh, saya telah menyertai pengakap, pengalaman dalam unit beruniform itu akan saya aplikasikan untuk membantu puteri islam di sekolah ini. Jadi hasil perbincangan yang telah dilakukan oleh guru pembimbing, maka saya dan rakan saya perlu melatih murid di sekolah ini.HASIL PEMERHATIANSepanjang 2 minggu saya mengajar tahun 3 Gemilang, saya mendapati bahawa ada beberapa orang murid di dalam kelas tersebut masih lagi tidak boleh membaca ayat mudah dengan betul. Sekolah Kebangsaan Sahom merupakan sekolah kurang murid, jadi sesi persekolahan hanya lah satu sesi sahaja iaitu sesi pagi dan setiap tahun terdiri daripada 1 kelas sahaja. Jadi setiap kelas muridnya bercampur tahap pengetahuan iaitu ada yang lemah, sederhana dan baik. Jadi berdasarkan pemerhatian saya, terdapat 4 orang di dalam kelas tahun 3 Gemilang yang masih tidak tahu membaca.

Selain daripada masalah membaca saya melihat bahawa murid di dalam kedua-dua kelas ini juga dari segi tulisan tidak begitu memuaskan. Ada di kalangan murid yang masih lagi mencampur huruf besar dan huruf kecil. Saya melihat masaalah ini sebagai masaalah yang serius kerana murid tahun 3 perlu menguasai kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis kerana kemahiran ini sangat penting untuk beralih kepada tahap 2.

Setelah saya membuat pemerhatian kelas ini. Saya akan mengambil langkah untuk meningkatkan tahap penguasaan murid-murid terhadap kemahiran membaca dan juga kemahiran menulis. Kebetulan, saya juga masih mencari-cari tajuk kajian tindakan yang sesuai, jadi saya akan terus membuat pemerhatian lanjut dan mengenalpasti sampel melalui beberapa murid yang lemah dalam tahap penguasaan kemahiran asas mereka.