5
8/9/2019 Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL) http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-gaya-kepimpinan-guru-besar-dengan-kepuasan-kerja-guru-di-tiga-buah 1/5 Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16 Oktober 2008, UTHM. HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH DI SEREMBAN: PROPOSAL Oleh Raziah binti Mansor, Ahmad bin Esa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Abstrak Kepimpinan adalah merupakan satu unsur yang amat penting dalam sesebuah organisasi kerana gaya kepimpinan banyak mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi seperti sekolah. Malahan kejayaan dan kecemelangan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar. Kajian ini dilakukan untuk kesan hubungan di antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja. Gaya kepimpinan ini dilihat dari dua dimensi iaitu dimensi  pengutamaan struktur dan dimensi bertimbangrasa sebagaimana dipersepsikan oleh guru-guru. Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar, hubungan gaya kepimpinan guru besar dan tahap kepuasan bekerja guru- guru dan perbezaan gaya kepimpinan antara guru besar. Reka bentuk Rekabentuk  penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel. Responden kajian terdiri daripada 196 orang guru dan 9 orang guru penolong kanan dari tiga buah sekolah rendah di Zon Seremban 2, Daerah Seremban di mana mereka mempunyai hubungan yang rapat dalam menentukan kelancaran perjalanan sekolah tersebut.  Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temubual. Kajian dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai skor min dan peratus.  Beberapa cadangan diketengahkan agar guru besar dapat memahamidan menggunapakai gaya kepimpinan yang sesuai dan dapat memberi kepuasan bekerja kepada guru-guru Pendahuluan Kepimpinan adalah merupakan satu unsur yang amat penting dalam sesebuah organisasi kerana gaya kepimpinan banyak mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi seperti sekolah. Malahan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar. Sehubungan dengan itu seorang guru besar sewajarnya bertindak sebagai seorang  professional iaitu sebagai seorang pengurus, pentadbir dan pembimbing kepada organisasinya.

Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL)

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL)

8/9/2019 Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL)

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-gaya-kepimpinan-guru-besar-dengan-kepuasan-kerja-guru-di-tiga-buah 1/5

Keterangan: Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008, 16

Oktober 2008, UTHM.

HUBUNGAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DENGAN KEPUASAN

KERJA GURU DI TIGA BUAH SEKOLAH DI SEREMBAN: PROPOSAL

Oleh

Raziah binti Mansor, Ahmad bin Esa

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstrak

Kepimpinan adalah merupakan satu unsur yang amat penting dalam sesebuah organisasi

kerana gaya kepimpinan banyak mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan sesebuah

organisasi seperti sekolah. Malahan kejayaan dan kecemelangan sesebuah sekolah

adalah bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar.

Kajian ini dilakukan untuk kesan hubungan di antara gaya kepimpinan guru besardengan kepuasan kerja. Gaya kepimpinan ini dilihat dari dua dimensi iaitu dimensi

 pengutamaan struktur dan dimensi bertimbangrasa sebagaimana dipersepsikan oleh

guru-guru. Kajian ini bertujuan melihat persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan

guru besar, hubungan gaya kepimpinan guru besar dan tahap kepuasan bekerja guru-

guru dan perbezaan gaya kepimpinan antara guru besar. Reka bentuk Rekabentuk

 penyelidikan yang digunakan ialah kajian deskriptif jenis tinjauan sampel. Responden

kajian terdiri daripada 196 orang guru dan 9 orang guru penolong kanan dari tiga buah

sekolah rendah di Zon Seremban 2, Daerah Seremban di mana mereka mempunyai

hubungan yang rapat dalam menentukan kelancaran perjalanan sekolah tersebut.

 Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temubual. Kajian dianalisis

menggunakan perisian SPSS versi 13.0 untuk mendapatkan nilai skor min dan peratus.

 Beberapa cadangan diketengahkan agar guru besar dapat memahamidan

menggunapakai gaya kepimpinan yang sesuai dan dapat memberi kepuasan bekerja

kepada guru-guru

Pendahuluan

Kepimpinan adalah merupakan satu unsur yang amat penting dalam sesebuah

organisasi kerana gaya kepimpinan banyak mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan

sesebuah organisasi seperti sekolah. Malahan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah

sekolah adalah bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar.

Sehubungan dengan itu seorang guru besar sewajarnya bertindak sebagai seorang

 professional iaitu sebagai seorang pengurus, pentadbir dan pembimbing kepada

organisasinya.

Page 2: Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL)

8/9/2019 Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL)

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-gaya-kepimpinan-guru-besar-dengan-kepuasan-kerja-guru-di-tiga-buah 2/5

 

Latar belakang masalah

Guru Besar sepatutnya memberi yang terbaik kepada orang bawahannya

khususnya guru-guru. Gaya kepimpinan guru besar yang berhubung kait dengankepuasan kerja guru perlu dikaji supaya mampu menghasilkan beberapa tindakan

susulan mengenai gaya kepimpinan guru besar berkesan yang akan memberi kepuasankerja di kalangan guru-guru. Ini kerana kecemerlangan organisasi dan pelajar dalam

 pelbagai segi samada kurikulum atau kokurikulum banyak bergantung kepada faktor

kepuasan kerja guru.

Kepuasan Kerja merupakan aspek penting implikasi kepimpinan kerana peranan pemimpin sering dinilai berasaskan sejauhmana orang yang bekerja dibawahnya

 berpuashati dengan cara mereka diurus (Glube & Magerison, 1976). Menurut Locke

(1976) kepuasan kerja boleh memberi akibat kepada ketidak hadiran , berhenti kerja,kelewatan aduan-aduan, daya pengeluaran, cepat meninggalkan pejabat dan berlengah-

lengah di waktu rehat.Guru-guru mempunyai keperluan yang berlainan dan masalah yang berbeza .

Pihak pentadbir seharusnya mengambil tahu keperluan guru-guru dan kakitangan

sekolahnya. Guru-guru dan kakitangan sekolah akan lebih menghormati pemimpin bila

dapati pihak petadbir mengambil berat keperluan mereka. Guru-guru dan kakitangan juga

ingin dihormati sebagaimana pemimpin mereka ingin dihormati oleh pekerja bawahan.Oleh itu guru besar hendaklah mewujudkan hubungan yang baik dengan guru dan

kakitangannya dengan menggunakan gaya kepimpinan yang sesuai . Guru-guru akan

memberikan komitmen kerja yang tinggi apabila mereka rasa gembira, kurang mencari pelbagai alasan untuk tidak hadir ke sekolah dan yang penting sentiasa berminat untuk

 bekerja di bawah pimpinan guru besar tersebut.

Penyataan Masalah

Gaya kepimpinan guru besar berkait rapat dengan kejayaan sesebuah sekolah

yang ditadbirnya. Sebagai pemimpin utama di sekolah guru besar perlu berupayamempengaruhi semua guru untuk melaksanakan program. Keadaan ini boleh dicapai jika

guru besar mempunyai gaya kepimpinan yang dapat memenuhi kepuasan kerja guru-

guru.Berdasarkan latar belakang kajian yang dikemukakan wujud beberapa masalahhubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan kepuasan kerja guru. Namun begitu

didapati belum ada lagi kajian yang dijalankan khasnya di daerah Seremban untuk

meninjau persepsi guru-guru apabila wujudnya ketidakpuasan kerja dengan gayakepimpinan guru besar. Dalam kajian ini isu utama yang hendak dilihat adalah persepsi

guru-guru mengenai gaya kepimpinan guru besar yang memberi kepuasan kerja kepada

mereka.

Page 3: Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL)

8/9/2019 Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL)

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-gaya-kepimpinan-guru-besar-dengan-kepuasan-kerja-guru-di-tiga-buah 3/5

Persoalan Kajian

a)  Sejauhmanakah persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar

mereka?

 b) 

Apakah tahap kepuasan kerja guru di sekolah kajian tersebut?c)  Adakah terdapat hubungan antara gaya kepimpinan guru besar dengan

tahap kepuasan kerja guru?

d)  Adakah terdapat perbezaan gaya kepimpinan antara guru besar denganguru besar?

Objektif Kajian

ii)  Mengenalpasti pengamalan gaya kepimpinan guru besar di sekolah mengikut

 persepsi dan pandangan guru-guru di kawasan kajian.

iii) 

Mengenalpasti tahap kepuasan kerja guru-guru di kawasan kajian.iv)  Melihat perhubungan gaya kepimpinan keseluruhan guru besar dengan tahap

kepuasan bekerja guru-guru di kawasan kajian.v)  Melihat perbezaan gaya kepimpinan guru besar di tiga buah sekolah kawasan

kajian.

Metadologi

Penyelidik memilih untuk menggunakan kajian tinjauan jenis deskriptif yangmenggunakan data kuantitatif. Bentuk kajian ini dipilih untuk mendapatkan maklumat

dari sampel yang besar. Melalui kajian deskriptif, data dikutip daripada seluruh populasidan statistik asas seperti min, peratusan, frekuensi, sisihan piawai dan taburan skor.

Sampel yang dipilih terdiri daripada 196 orang guru-guru dari sekolah rendah di Zon

Seremban 2, Daerah Seremban. Persampelan rawak mudah merupakan proses mencabut

sampel di mana unit-unit dipilih secara individu dan langsung melalui proses yang rawak.Penyelidik telah memilih untuk menggunakan borang soal selidik dan temu bual sebagai

instrumen kajian. Kaedah temu bual juga digunakan untuk menyokong kajian tinjauan.

Sembilan orang guru penolong kanan telah dipilih sebagai sampel dalam temubual ini.

Dalam kajian ini kaedah pengumpulan data melibatkan dua fasa iaitu kajian rintis dan

kajian fasa sebenar. Data yang diperoleh dari kajian rintis adalah untuk mengujikebolehpercayaan borang soal selidik yang telah dibangunkan. Dalam kajian fasa sebenar

 pula instrumen soal selidik dan temu bual telah dijalankan. Borang soal selidik yang

digunakan dalam kajian ini ialah borang yang telah diuji dari segi kebolehpercayaan danmendapat pengesahan pakar. Kaedah ini digunakan untuk mencari nilai korelasi antara

skor setiap item dengan jumlah skor bagi setiap item dalam ujian tersebut. Dalam kajian

ini, kebolehpercayaan yang digunakan ialah alfa Cronbach. Program yang digunakan

dalam mentafsir data bagi kajian ini adalah perisian statistik berkomputer SPSS(Statistical Packages for The Social Science) versi 13.0. Program ini digunakan untuk

menganalisis data kuantitatif.

Page 4: Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL)

8/9/2019 Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL)

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-gaya-kepimpinan-guru-besar-dengan-kepuasan-kerja-guru-di-tiga-buah 4/5

Skop Kajian

Kajian ini adalah tertumpu kepada guru-guru dan guru dari sekolah-Sekolah rendah di Zon Seremban 2, Seremban yang terdiri daripada guru-guru dan guru

 besar-guru besar di sekolah kajian. Sekolah-sekolah yang dipilih adalah tiga buah

Sekolah Kebangsaan iaitu Sekolah Kebangsaan King George V, Sekolah Kebangsaan

Pancor dan Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya.

Kajian ini memfokus kepada persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besardan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Terdapat beberapa aspek yang perlu

diambilkira dalam kajian ini:

a)   pendapat dan pandangan guru-guru terhadap gaya kepimpinan guru besar.

 b)  Pendapat dan pandangan guru-guru terhadap kepuasan kerja dan hubungannyadengan gaya kepimpinan.

c)  Strategi dan pendekatan gaya kepimpinan yang lebih relevan untuk

meningkatkan kepuasan kerja guru-guru. 

Kepentingan Kajian

i)  Bakal-bakal Guru Besar: Kajian ini dapat menerangkan amalan dan aspek-aspek gaya kepimpinan guru besar di tiga buah sekolah di daerah Seremban

dan hubungannya dengan tahap kepuasan bekerja guru-guru. Ianya amat

 bermakna bagi bakal-bakal guru besar yang akan menjadi pemimpinorganisasi sebagai persediaan dari segi pengetahuan dan persediaan .

ii)  Guru-guru  : Kajian ini juga amat bermakna bagi guru-guru melihat secara

 positif hubungan gaya kepimpinan guru besar dengan tahap kepuasan bekerja.Pengetahuan ini penting bagi mewujud satu persefahaman dan komitmen

dalam penglibatan guru-guru ke arah mencapai visi dan misi organisasinya.iii)  Guru Besar : Kajian ini amat berguna bagi menilai tahap gaya

kepimpinannya dan melihat personalitinya secara positif terhadap gaya

kepimpinan mengikut peredaran masa dan kesesuaian dalam mereliasasikan

matlamat organisasi dengan mengambil kira kepuasan bekerja guru-guru.iv)  Stake-holder: Kajian ini amat bermakna bagi Kementerian Pelajaran

Malaysia untuk mengenalpasti dan menilai permasalahan guru besar-guru

 besar sekolah rendah dan mengambil langkah-langkah ke arah peningkatantahap dan keupayaan profesionalisme pengurusan dan kepimpinan guru besar.

Kajian ini juga diharap dapat membantu Kerajaan Malaysia dan Kementerian

Pelajaran Malaysia menilai tahap kemudahan dan keperluan sekolah yang boleh menjejaskan tahap kepuasan bekerja guru sehingga mempengaruhi gaya

kepimpinan guru besar.

Page 5: Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL)

8/9/2019 Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Di Seremban (PROPOSAL)

http://slidepdf.com/reader/full/hubungan-gaya-kepimpinan-guru-besar-dengan-kepuasan-kerja-guru-di-tiga-buah 5/5

Bibliografi:

Fadzillah Hj Md Noor(1990) Tingkahlaku pentadbiran dan pemimpin pengetua Sekolah

menengah di Pahang Darul Makmur   . Tesis sarjana tidak dterbitkan Universiti

Malaya.

Mohamad Fadzil Che Din(1988) Kepuasan bekerja di kalangan kaunselor sekolah di

Pulau Pinang .Latihan ilmiah sarjana yang tidak dterbitkan UPM.

Abdul Ghani Ishak(1993). Kepimpinan Pengetua Sek Men agama Selangor , Tesis

Sarjana yang tidak dterbitkan UPM.

Obura.S.O(1974)  Attitude toward an intrest in teaching among trained secondary

schools. Tesis sarjana yang tidak dterbitkan. Universiti Malaya

Daisy, E.E. (1974) A study of factors influencing teacher trainees choice of the teaching

 profession in West Msia . Tesis Sarjana tidak diterbitkan .

Abdul Ghani (1994) Stail Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah Agama di Negeri

Selangor dan Kaitannya dengan kepuasan bekerja di kalangan guru-guru,Master

of Science Thesis, UPM

Abd . Main Hj. Salimon (1993) Kepuasan kerja guru dan perkaitannya dgn latar blkg

 pengurusan kurikulum dan pengajaran. Tesis Phd yang tidak dterbitkan .

Universiti Kebangsaan Malaysia

Hersey.P & K.H. Blanchard, (1982)  Management of Organization Behavior, Utilizing

 Human Resources,4th

 ed . Eaglewood Cliffs, New Jersey: Prentice hall,Inc

House R.J. & Mitchell T.R,(1974) Path Goal Theory and Leadership, Journal of

Contemporary Business

Stogdill, Ralph M. (1974) Handbook of Leadership . New York Free Press

Locke,E.A (1976). Nature and Causes of Job satisfaction. Chicago US: Rand Mc Nally

College Publishing Co.

Vasuthevan.P (2003) Hubungan gaya kepimpinan Pengetua dengan kepuasan kerja guru

di Sabah, tesis yang tidak diterbitkan , Universiti Malaya.

Locke,E.A & Whiting, R.J. (1974) Sources of job satisfaction and dissatisfaction among

solid waste management employee, Journal of applied Psychology.