Hubungan Sukatan Pelajaran Dengan Fpn

Embed Size (px)

Citation preview

PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

ISI KANDUNGAN PRAKATA PENGENALAN KONGSEP DAN PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU HUBUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH PENUTUP RUJUKAN

PRAKATA

Saya berasa bangga dan gembira dengan terhasilnya tugasan bertajuk Perkaitan Falsafah Kebangsaan Dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Tugasan ini memperlihatkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan tunjang kepada guru-guru dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai seorang pendidik yang harus berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dalam setiap pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Di dalan tugasan ini dinyatakan bahawa sistem pendidikan negara tidak hanya mementingkan akademik sahaja malahan kerohanian juga diberi keutamaan kerana dengan kerohanian boleh menjadikan generasi akan datang berfikir menggunakan akal fikiran bukan nafsu.

PENGENALAN

Pendidikan adalah suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan perhubungan atau komunikasi dan interaksi antara individu. Misalnya, interaksi antara seorang ibu dengan anaknya. Ia juga boleh berlaku di antara individu dengan beberapa individu lain seperti antara seorang dengan rakan sebaya, atau seorang guru dengan murid-muridnya. Bagi melatih murid-murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan tatabahasa secara optimis, mengungkap ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain dan juga mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis maka Kurikulum Bahasa Melayu telah dugubal. Ia bertujuan melahirkan insane yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Bagi membantu guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan, sukatan pelajaran disediakan yang mengandungi objektif khusus pembelajaran. Disamping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan pengisian kurikulum. Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran teras yang berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.

KONSEP DAN PENGERTIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN SUKATAN PELAJARAN a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pengertian falsafah menurut Kamus Dewan ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu lain. Falsafah juga dimaksudkan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki.

Menurut pandangan Islam pula, falsafah ditafsirkan kepada hikmah, walaupun konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu sendiri. . Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a pernah berkata Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang beriman. Dari pandangan sejarah pula, perkataan falsafah berasal daripada perkataan Greek (Yunani) Philosophia yang bermaksud cinta kepada kebijaksanaan, kearifan atau kehikmahan. Kesimpulannya falsafah bermaksud pandangan atau pemikiran yang benar dan bernas yang dikaji secara sistematik dan diterima umum. Manakala pendidikan pula adalah rangkuman keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, rohani, jasmani, tingkah laku dan akhlak. Kebangsaan pula bermaksud sesuatu yang universal atau keseluruhan. Pada keseluruhannya maksud Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terehadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara. Dasar yang digubal dalam suatu sistem pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah menjadi teras kepada sistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan digunakan, ciri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut Abdul Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidik.

b)

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM) merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru bagi melaksanakan pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek itu merangkumi matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum, kandungan bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah. Aspek-aspek ini menjadi panduan kepada guru dalam pengajarannya. Tujuannya agar pengajaran bahasa Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan bersistem. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (HSPBM) pula memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. HSPBM memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras, iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber mestilah berdasarkan HSPBM. Kreativiti memilih, menyusun, dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid adalah perkara utama di dalam pengajaran dan pembelajaran. HSPBM diharapkan dapat membantu para guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , kemahiran belajar cara belajar, dan pelbagai lagi adalah aktiviti yang memberi penekanan kepada unsur nilai tambah. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan.

c)

NilaiNilai Estetika

Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan terutamanya dalam bidang seni. Ini bermakna nilai nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan lain lain. Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.

PERKAITAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELATU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Justeru, setiap guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan

intelektual. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya. FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK ketika menjalankan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ia memerlukan penghayatan, pemahaman dan keperihatinan guru untuk merialisasikan FPK. Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni. Selain itu, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima oleh muridmurid. Disamping itu, FPKmemberi kesan kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Perubahan infrastruktur juga membolehkan para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.Perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif boleh melahiran pelajar yang cintakan ilmu, lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka. Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Antaranya :

(a ) Intelek Merujuk Kamus Dewan intelek bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisa), akal budi, golongan golongan cerdik pandai, Oleh itu Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan melahirkan insan yang berintelek tinggi dan berketerampilan.Ia bersesuai dengan prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani. Bertepatan dengan itu, Kurikulum Sukatan Pelajaran berfungsi membantu para guru merancang pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Pelajar-pelajar dijangka akan menjadi seorang insan yang berdaya fikir tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita cita dan Dasar Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi.

(b)

Akhlak Akhlak bermakna budi pekerti, kelakuan, tabiat, dan watak yang baik. Akhlak yang baik

sangat dituntut dalam agama Islam. Begitu juga dengan agama lain yang mahukan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan nilainilai murni ke dalam diri muridmurid. Contohnya, menghormati guru, membantu rakan-rakan , memberi salam, bertanggung jawab terhadap tugasan yang diberikan dan sebagainya.

(c ) Rohani Rohani merujuk Kamus Dewan adalah perkara yang berkaitan dengan jiwa. Falsafah Pendidikan Kebangsaan sangat menekankan aspek kerohanian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aspek nilainilai murni diterapkan ke dalam diri muridmurid seperti nilainilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi setiap masa. Jika nilainilai ini dapat disemat ke dalam diri muridmurid, muridmurid akan menjaga

tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkaraperkara negatif.

(d)

Jasmani Jasmani bermaksud badan, tubuh atau benda. Di samping aspek kerohanian murid

yang sihat, aspek fizikal jasmani murid juga diutamakan supaya murid sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemenelemen kesihatan. Contohnya kebersihan diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal dan yang boleh mengeluarkan peluh seperti melakukan lompatan, angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi. Dengan itu tubuh badan akan menjadi lebih sihat dan cergas dan otak pula cerdas. (e) Bakat Merujuk Kamus Dewan bakat bermaksud seseorang yang mempunyai kebolehan semulajadi. Kalangan muridmurid mempunyai bakatbakat tertentu seperti menyanyi, berlakon, bersyair, bersajak, menari, dan pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat ini. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Antaranya aktiviti lakonan, mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelbagai lagi. Dengan ini, bakat muridmurid akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banyak pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu pun kebangsaan, bagi mencungkil bakat kanak-kanak.

(f) Sosial Menurut Kamus Dewan sosial bermakna segala yang berkaitan dengan masyarakat. Sosial juga penting dan mesti diserap ke dalam diri muridmurid sekolah. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lainlain lagi. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakanrakan, guruguru, dan dengan

sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid dan berani menampilkan diri.

(g) Nilai nilai estetik. Nilainilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. Contohnya, dalam pengajaran puisi seperti sajak, pantun, gurimdam, seloka, syair, dan pelbagai lagi. Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel, cerpen, dan lain-lain seperti metafora, personafikasi, dan lain lain.

PENUTUP

Para guru menjalankan tugas berlandaskan garis panduan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Banyak tugas guru yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat pendidikan di negara kita ini. supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekaligus menjadi identiti sistem pendidikan di Malaysia ini. Guru memainkan peranan juga dalam menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Maka semestinya guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk seseorang pelajar dengan lebih berkesan sekali. Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.

RUJUKAN

Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books. Edaris Abbu Bakri.2004. Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterpris.

HUBUNGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN DENGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan muridmurid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu (Abdullah Hassan, 1996).

Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. (Roselan Baki, 2003).

Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangancadangan ini tidak sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Madya Dr. Nuraini Yusoff, 2003).

Matlamat mata pelajaran Bahasa melayu sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara, bahasa perpaduan dan bahasa imu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah semata-mat bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia.

Untuk melihat sama ada objektif Sukatan Pelajaran dapat dikaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah lebih elok bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai kaitan atau menjiwai roh dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika ia mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Menurut kandungan Sukatan Pelajaran, setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah, murid-murid dapat:

Mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupann seharihari;

Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;

Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan;

Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;

Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;

Memahami dan mengisi borang yang sesuai dengan betul;

Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;

Menggunakan Bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;

Menggunakan Bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan;

Memberi makna dan menggunakan peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai;

Menggunakan Bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan. Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian, guruguru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolahan murid (Roselan Baki, 2003). Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi, berinteraksi dan berfikir.

Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut kaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, adalah lebih baik kita lihat bentuk-bentuk strategi pengajaran dan pembelajaran.

Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik, Sejarah dan lainlain.

Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, program pengayaan perlu diberi penekanan kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Bahanbahan yang berbeza hendaklah diberi kepada murid-murid sama ada untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja, permainan dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid-murid yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.

Murid-murid yang belum menguasai kemahiran-kemahiran asas dalam tempoh yang telah ditetapkan disedikan dengan program atau aktiviti pemulihan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar. Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.

Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan. Setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti pengayaan yang sesuai bagi murid-murid. Dengan cara yang sedemikian, selain mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.

Kesimpulan

Setelah melihat objektif dan matlamat sukatan pelajaran Bahasa Melayu secara jelas seperti yang dinyatakan di atas, apakah kita dapat menghuraikan apakah terdapat kaitan antara Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

Dengan merujuk kepada definisi Kurikukum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), matlamat serta ciri-ciri KBSR itu sendiri, saya dapati KBSR akan mampu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan itu suatu proses yang berterusan. Sebagai saluran pendidikan pada peringkat awal, KBSR sememangnya memikul tugas yang amat berat. Ini kerana pada peringkat permulaannya segalanya bermula. KBSR akan memastikan pendidikan yang diberikan kepada pelajar memuaskan dan menepati ciri-ciri yang diinginkan. Pendidikan awal adalah penting kerana ia membentuk asas sahsiah yang akan terus berkembang hingga ke akhir hayat nanti. Oleh itu, KBSR menekankan kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Dengan kemahiran-kemahiran asas yang teguh dan mampat, segala proses pendidikan yang akan ditempuhi oleh pelajar menjadi mudah (Abdullah Hassan, 1996).

KBSR menitikberatkan soal nilai-nilai murni dan semangat patriotisme dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. Dengan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani akan tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, KBSR bukan sahaja menekankan soal penyampaian ilmu pengetahuan bahkan setiap guru dikehendaki menyelitkan penerapan nilai-nilai murni kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Selain itu, dalam seminggu hari persekolahan akan terdapat dua masa untuk matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Ini melambangkan KBSR amat menitikberatkan soal kesihatan para pelajar supaya pelajar tidak hanya memerah otak dalam sesi pembelajaran matapelajaran lain tetapi mereka juga boleh berekreasi dan menenangkan fikiran dengan bersenam dan bersukan.

Seterusnya, unsur Falsafah Pendidikan Kebangsaan ingin melahirkan rakyat yang memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Sehubungan dengan itu, KBSR menekankan kemahiran berfikir dalam sistem pendidikan pada peringkat awal. Melalui ciri ini pelajar bebas meluahkan pendapat dan mencipta sesuatu yang baru. Secara tidak langsung hasil kreativiti pelajar akan terus digilap dan dihargai. Oleh itu, maka lahirlah generasi yang mampu memberi sumbangan dalam pelbagai bidang.

al usul leksikal pendidikan adalah daripada morfem bebas Latin, educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh . Definisi pemajmukan leksikal Falsafah Pendidikan diertikan oleh Yusuf al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku.

Ia bertujuan untuk menyediakan manusia hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan dan kepahitan. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).

Kebangsaan secara generalnya diertikan sebagai sesuatu yang universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara keseluruhannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang falsafah, yakni metafizik atau ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik.

Kajian definisi dan kelompok rujukan cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di luar institusi pendidik. (c) NilaiNilai Estetika

Insan seimbang seperti yang dihasratkan melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat

dipupuk melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan seni visual dan muzik.

Estetika mengikut Kamus Dewan adalah merujuk perkara yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap keindahan ( terutamanya ) dalam bidang seni. Ini bermakna nilai nilai estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan lain lain.

HUBUNGAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Justeru, setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.

FPK merupakan dokumentasi rasmi yang mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang kepada FPK tika menjelaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem pendidikan negara ini, umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi

pendidikan yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam (ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang terkandung dalam FPK.

Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.

Kedua, FPK menekankan perubahan sikap pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para pelajar).

Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu, lantas membentuk budaya membaca dalam kalangan mereka.

Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang

cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya mempunyai hubungan yang rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran khasnya dalam beberapa aspek. Antaranya : Rohaniy

y Intelek

y

y Jasmani

y Bakat

y Akhlak

Sosial

Nilainilai estetik

(a) Intelek

Intelek merujuk kamus dewan bermakna kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisa), akal budi, golongan golongan cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar. Di sini jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasamani, rohani.

Oleh sebab itu, Kurikulum Sukatan Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang pengajaran secara tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Mampu memjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita cita dan Dasar Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi.

(b) Rohani

Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan begutu menekankan aspek rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa kanakkanak atau muridmurid. Aspek nilainilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai murni boleh diterapkan ke dalam diri muridmurid seperti nilainilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilainilai ini dapat disemat ke dalam diri muridmurid, muridmurid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkaraperkara negatif. Dengan kata lain, sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia.

(c) Jasmani

Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh menekankan aspek jasmani. Di samping rohani murid yang sihat, aspek fizikal jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan menyelitkan elemenelemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang petikan kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri, makanan seimbang ataupun mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti melakukan lompatan, angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi.

(d) Bakat

Dalam kalangan muridmurid kita mempunyai bakatbakat tertentu seperti menyanyi, berlakon, bersyair, bersajak, menari, dan pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat ini. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya, pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Antaranya aktiviti lakonan, mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelbagai lagi. Dengan ini, bakat muridmurid akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banyak pertandingan seperti bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun dan pelbagai lagi dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu pun kebangsaan, bagi mecungkil bakat.

(e) Akhlak

Akhlak yang baik sangat dituntut dalam agama Islam. Begitu juga dengan agama lain yang inginkan umatnya mempunyai budi perkerti dan akhlak yang baik. Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga dapat merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan nilainilai murni ke dalam diri muridmurid. Contohnya, membantu rakan, menghormati orang tua mahu pun orang yang lebih muda, memberi salam, dan pelbagai lagi.

(f) Sosial

Sosial juga penting dan harus diserap ke dalam diri muridmurid sekolah. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lainlain lagi. Guru perlu menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakanrakan, dengan guruguru, dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih baik. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat dihindari dari dalam diri sesetengah murid.

(g) Nilai nilai estetik.

Nilainilai estetik adalah berkaitan dengan keindahan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilainilai estetik ini dapat dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. Contohnya, dalam pengajaran puisi seperti sajak, pantun, gurimdam, seloka, syair, dan pelbagai lagi. Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel, cerpen, dan lain-lain seperti metafora, personafikasi, dan lain lain.

PENUTUP

Berteraskan daripada Falsafah Pendidikan Barat dan juga Falsafah Pendidikan Islam, maka wujudlah Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memastikan bahawa wujudnya suatu garis panduan kepada guru-guru untuk mengikutinya. Banyak fungsi-fungsi yang bakal dihadapi oleh guru serta tugas yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat pendidikan di negara kita ini. FPK juga bertujuan menjadi rujukan kepada sesuatu dasar pendidikan supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekaligus menjadi identiti sistem pendidikan di Malaysia ini.

Implikasi daripada FPK ini adalah untuk menyatakan peranan juga dalam menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Oleh kerana aspirasi ini aspirasi ini dijunjung oleh para guru, maka tidak hairanlah guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk seseorang pelajar tersebut dengan berkesan sekali. Ini selaras dengan KBSR yang mahu melahirkan pelajar yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek, dan juga emosi yang sihat.

Peranan guru pula boleh dibahagikan mengikut cabang falsafah yang menjadi pegangan para guru di Malaysia ini. Antara cabangcabang berkenan ialah metafizik, epistemologi, aksiologi, dan juga logik. Semua cabang ini mempunyai pengertian masing-masing dan haruslah difahami oleh setiap guru di Malaysia demi menjayakan FPK dan juga KBSR agar anak didik kita seimbang serta berjaya dalam semua bidang yang diceburinya nanti. Dengan penerapan unsur-unsur falsafah pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapatdirealisasikan dengan jayanya. Maka, hasrat untuk melahirkan individu yangberilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi danjasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.

RUJUKAN

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjung Malim: Quantum Books.

Atan Long. 1976. Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung Malim: Quantum Books.

Edaris Abbu Bakri.2004. Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School. London: London University Press.

Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz. 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterpris.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan